KERJA BERPASUKAN : FAKTOR MEMPENGARUHI DAN
PENGARUHNYA KEPADA KEPUASAN, KEJELEKETAN DAN PRESTASI
AHLI DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI DAERAH
KUALA LANGAT, SELANGOR.
CHIN PEK LIAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : KERJA BERPASUKAN : FAKTOR MEMPENGARUHI
DAN PENGARUHNYA KEPADA KEPUASAN, KEJELEKETAN DAN PRESTASI AHLI DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya CHIN PEK LIAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √
Disahkan oleh
______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: N0: 33, JALAN TIGA, 42800. TANJONG SEPAT, TUAN HAJI MOHD. ANUAR ABDUL RAHMAN SELANGOR DARUL EHSAN. NAMA PENYELIA
Tarikh: 4 Mac, 2004 Tarikh: 4 Mac, 2004
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Tandatangan : ……………………………………………………
Nama Penyelia : TUAN HAJI MOHAD. ANUAR ABDUL RAHMAN
Tarikh : MAC, 2004
KERJA BERPASUKAN : FAKTOR MEMPENGARUHI DAN PENGARUHNYA
KEPADA KEPUASAN, KEJELEKETAN DAN PRESTASI AHLI DALAM PANITIA
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR.
CHIN PEK LIAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : CHIN PEK LIAN
Tarikh : MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Buatmu ibu (LIM SIEW ENG) dan ayah (CHIN YUN LAI) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan kulupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya ….
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Mohd. Anuar Abdul Rahman atas bimbingan
dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.
Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa berasa jemu dalam proses menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli-ahli panitia KHB di daerah Kuala Langat, Selangor atas kerjasama
yang telah diberikan dalam kajian ini dan kesudian mereka meluang masa untuk
menjawab item-item dalam borang soal selidik sehingga menjayakan projek ini. Segala
penglibatan mereka ini amat dihargai.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang disayangi atas
sokongan moral dan kewangan yang diberi. Di samping itu, penulis ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berkongsi maklumat
serta memberi sokongan moral kepada penulis. Tidak lupa juga kepada Perpustakaan
Sultanah Zanariah, Perpustakaan Sultan Ismail, Perpustakaan Awam Daerah Kuala
Langat dan juga Perpustakaan Awam Tanjong Sepat yang telah menyediakan banyak
bahan rujukan. Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini.
Sekain terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang bersifat
kuantitatif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
dalaman organisasi yang mempengaruhi kerja berpasukan dalam panitia Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB) mengikut keutamaan, di samping melihat kepada pengaruh
kerja berpasukan kepada kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli dalam panitia KHB.
Lima faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah kepimpinan yang efektif, matlamat
yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan
penglibatan dalam menyelesaian masalah. Untuk mencapai tujuan penyelidikan ini,
populasi diambil sebagai sampel kajian iaitu seramai 83 ahli panitia KHB di sekolah
menengah kebangsaan daerah Kuala Langat, Selangor. Satu set borang soal selidik yang
terdiri daripada 50 item diedarkan kepada responden. Item soal selidik ini telah menguji
kebolehpercayaannya dengan mengadakan kajian rintis dan indek kebolehpercayaannya
adalah .8573. Data-data yang diperolehi dianalisis secara stastistik deskriptif dan
stastistik inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for
Social Science (SPSS) 10.0 For Windows dan juga secara manual. Dapatan kajian
menunjukkan kesemua faktor yang dikaji dipersepsikan sebagai penting dalam kerja
berpasukan. Dimensi kepimpinan yang efektif dipersepsikan sebagai terpenting dalam
kerja berpasukan. Ini diikuti oleh komunikasi berkesan, matlamat yang jelas, penglibatan
dalam membuat keputusan dan penglibatan dalam menyelesaian masalah. Kerja
berpasukan juga didapati mempengaruhi kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli dalam
panitia KHB. Akhir sekali cadangan yang bernas dikemukakan kepada pihak pentadbir
sekolah dan juga pihak-pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan
lagi kerja berpasukan dalam panitia KHB.
vi
ABSTRACT The research was a descriptive quantitative survey research. The objective of this
research is to emphasize the internal factors, which influenced the teamwork in the KHB
committee. It also had to know the factors that affected the satisfaction, cohesiveness
and performance member of KHB. The research used five factors, which included
effective leadership, clear goals, effective communication, decision-making involvement
and problem solving involvement. The research used population as a sample that has
been 83 samples collected among KHB committee members in the secondary schools,
daerah Kuala Langat, Selangor. A set of questionnaire consisting of 50 items has been
distributed to the respondents. A pilot study had been run and the reliability index was
.8573. The data has been analyzed using descriptive statistics and inference statistics by
Statistical Package For Social Science (SPSS) 10.0 For Windows and it was also
manually analyzed. The result of the study showed of the all that factors in the research
were important to teamwork. The study also found that the effective leadership
dimension was the most important factor. This follow by the effective communication,
clear goals, decision making involvement and problem solving involvement. Teamwork
also influenced the members’ satisfaction, cohesiveness and performance. Finally, some
opinions were confronted to increase the teamwork in KHB committees among school
organizers and also the authorities of the Kementerian Pendidikan Malaysia.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
viii
1.7 Rasional Kajian 10
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Kerangka Kajian 13
1.11 Definisi Termonologi 13
1.11.1 Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu 13
1.11.2 Kerja Berpasukan 14
1.11.3 Kepimpinan yang Efektif 15
1.11.4 Matlamat yang Jelas 15
1.11.5 Komunikasi Berkesan 16
1.11.6 Penglibatan dalam Membuat 17
Keputusan
1.11.7 Penglibatan dalam Menyelesaikan 17
Masalah
1.11.8 Kepuasan 18
1.11.9 Kejeleketan 18
1.11.10 Prestasi 19
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Panitia Mata Pelajaran 20
2.3 Pasukan Kerja 23
2.4 Pasukan Kerja yang Efektif 26
2.5 Prestasi, Kejeleketan dan Kepuasan Kerja 31
dalam Kerja Berpasukan
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Kaedah Menganalisis Data 40
3.8 Penutup 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 46
4.2.3 Taburan Responden Mengikut 47
Pengalaman
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh 47
Berkhidmat
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jurusan 47
4.3 Persoalan Kajian Satu 48
4.3.1 Kepimpinan yang Efektif 49
4.3.2 Matlamat yang Jelas 51
4.3.3 Komunikasi Berkesan 52
4.3.4 Penglibatan dalam Membuat 53
Keputusan
4.3.5 Penglibatan dalam Menyelesaikan 55
x
Masalah
4.4 Persoalan Kajian Kedua 56
4.5 Persoalan Kajian Ketiga 58
4.5.1 Kepuasan Ahli 59
4.5.2 Kejeleketan Ahli 61
4.5.3 Prestasi Ahli 62
4.6 Hipotesis Kajian 64
4.6.1 Hipotesis Kajian Satu 65
4.6.2 Hipotesis Kajian Kedua 67
4.6.3 Hipotesis Kajian Ketiga 68
4.7 Kesimpulan 69
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan 70
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 72
5.3.1 Faktor-faktor Dalaman Organisasi yang 73
Mempengaruhi KerjaBerpasukan
Mengikut Keutamaan
5.3.2 Faktor-faktor Lain dalam mempengaruhi 79
Kerja Berpasukan
5.3.3 Tahap Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi 81
Ahli dalam Panitia KHB
5.3.4 Pengaruh Kerja Berpasukan kepada 84
Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli
dalam Panitia KHB.
5.3.5 Kesimpulan Perbincangan 88
xi
5.4 Cadangan Kajian 90
5.4.1 Cadangan Tindakan 90
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 91
5.5 Penutup 93
RUJUKAN 95-103
LAMPIRAN A- F 104-116
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan antara Pasukan Kerja dengan 24
Kumpulan Kerja
3.1 Susunan Item dalam Soal Selidik 38
3.2 Tahap Analisis Min 41
3.3 Tahap Pengaruh Kerja Berpasukan 43
4.1 Latar Belakang Responden 45
4.2 Faktor-faktor Dalaman Organisasi yang 48
Mempengaruhi Kerja Berpasukan Mengikut
Keutamaan
4.3 Item Kepimpinan yang Efektif 49
4.4 Item Matlamat yang Jelas 51
4.5 Item Komunikasi Berkesan 52
4.6 Item Penglibatan dalam Membuat Keputusan 54
4.7 Item Penglibatan dalam Menyelesaikan Masalah 55
4.8 Faktor-faktor Lain yang Mempengaruhi Kerja 57
Berpasukan
4.9 Tahap Persetujuan Responden kepada Kepuasan, 59
Kejeleketan dan Prestasi Ahli dalam Panitia KHB
4.10 Item Kepuasan Ahli dalam Panitia KHB 60
4.11 Item Kejeleketan Ahli dalam Panitia KHB 61
4.12 Item Prestasi Ahli dalam Panitia KHB 63
4.13 Tahap Pengaruh Kerja Berpasukan kepada 65
xiii
Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli
dalam Panitia KHB
4.14 Analisis Regresi bagi item Kepuasan dalam 66
Pasukan
4.15 Analisis Regresi bagi Item Kejeleketan dalam 67
Pasukan
4.16 Analisis Regresi bagi Item Prestasi Ahli dalam 68
Pasukan
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian 13
2.1 Kedudukan Panitia KHB Dalam 21
Organisasi Sekolah
2.2 Model Perbezaan Kumpulan Kerja 25
Dan Pasukan Kerja
2.3 Pembentukan Pasukan Kerja dalam 28
Sistem Sosial
2.4 Proses Komunikasi dalam Pasukan Kerja 29
2.5 Model Pembinaan dalam Organisasi 30
2.6 Model Tingkah Laku Pasukan 32
2.7 Individu dan Pasukan 34
xv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
% - Peratus
+ - Positif
- - Negatif
= - Sama dengan
R - Kolerasi
R² - Pekali Penentuan Berbilang
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
JPNS - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
PSM - Projek Sarjana Muda
SPSS - Statistical Package for Socail Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran daripada Kementerian 102
Pendidikan Malaysia
B Surat Kebenaran daripada Jabatan 104
Pendidikan Negeri Selangor
C Surat daripada Jemaah Nazir Sekolah 105
Negeri Selangor
D Surat Pengesahan diri daripada Fakulti 106
Pendidikan.
E Borang Soal Selidik 107
F Peratus Lulus Kemahiran Hidup Bersepadu 116
(PMR) Di Negeri Selangor
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi
sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang
dinamakan pasukan kerja (Saari Sungib, 1991). Menurut Sulaiman Shamsuri (1991),
kejayaan sesebuah organisasi bergantung pada seberapa baiknya pekerja yang dapat
bekerja secara berpasukan. Maka, kepentingan kerja berpasukan (team work)
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Sebenarnya kerja berpasukan mula diamalkan
di British sejak awal tahun 1940. Pada masa itu, kerja secara berpasukan dalam suatu
organisasi sama ada dalam aspek kawalan pengeluaran, kualiti ataupun dalam
pengurusan organisasi itu sendiri jelas menunjukkan pencapaian prestasi yang
membanggakan. Budaya kerja berpasukan ini mula berkembang ke Amerika Utara pada
tahun 1970 (George dan Wilson, 1997). Sehingga hari ini, budaya ini telah diamalkan di
seluruh dunia.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitu juga ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni telah menggambarkan konsep kerja berpasukan telah diamalkan
sejak awal-awal lagi dalam masyarakat Melayu. Falsafah Cina juga menyatakan bahawa
kerjasama adalah tenaga. Ini telah mendorongkan kaum cina menyatupadukan seluruh
ahli pasukan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Setiap ahli pasukan harus
2
berusaha dan bekerjasama untuk melahirkan budaya kerja berpasukan dan kualiti kerja
yang seoptima mungkin dan tidak hanya mementingkan bahagian masing-masing
semata-mata. Semangat berpasukan ini boleh dipraktikan melalui kerjasama, komitmen
dan penyertaan ahli pasukannya secara menyeluruh. Kita tidak akan dapat bergerak
lebih jauh ke hadapan dan maju tanpa usaha dari semua pihak.
Sementara pasukan kerja berprestasi tinggi pula akan lebih bersedia
membangunkan potensi, mengemaskini kepakaran dan menjadikan kekuatan kognitif
dan emosi sebagai pemandu, penggerak dan pemantau dalam memastikan kecemelangan
pasukan (Ab.Aziz Yusof, 2003). Ini disebabkan dalam suasana kerja berpasukan, ahli
pasukan mudah menjalinkan perasaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan
perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam
menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat
keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan
mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi
menggerakkan proses peningkatan kualiti.
Kerja berpasukan amat mementingkan interaksi dan komunikasi pelbagai arah di
dalam sesebuah organisasi (Saari Sungib, 1991). Perasaan percaya-mempercayai yang
ada di kalangan ahli pasukan memudahkan proses komunikasi di dalam sesebuah
pasukan. Dengan ini, ahli-ahli pasukan bebas berhubung antara satu sama lain untuk
berkongsi data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk
kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan ahli pasukan di mana akhirnya
membantu memantapkan prestasi dalam organisasi tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah Sejak kebelakangan ini, bidang pendidikan negara kita berkembang dengan amat
pesat yang sejajar dengan hasrat negara kita ke arah status negara maju. Kementerian
Pendidikan Malaysia sentiasa mengadakan pembaharuan yang jelas menunjukkan
3
keprihatinan terhadap perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bidang politik,
ekonomi, dan sosial (Wan Ab. Kadir, 1996). Baru-baru ini Kementerian Pendidikan
Malaysia memperkenalkan kurikulum baru iaitu penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains agar para generasi baru dapat
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Selain mata pelajaran Sains dan Matematik,
banyak mata pelajaran telah menukar silibes baru agar dapat mengorak langkah ke arah
pembangunan yang dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah ditetapkan oleh
bekas Perdana Menteri kita termasuklah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB).
Isi kandungan mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua iaitu bahagian teras dan
bahagian elektif. Bahagian teras wajib diambil oleh para pelajar manakala bahagian
elektif hanya perlu memilih salah satu daripada empat pilihan yang ditawarkan iaitu
Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan
Perdagangan dan Keusahawaan. Ahli-ahli panitia KHB telah dipertugaskan terhadap
jurusan masing-masing. Oleh kerana secara rutin dalam panitia KHB ini, maka selalulah
ahli panitia berhadapan dengan jenis ketegangan. Mengikut kajian Cooper da Hensman
dalam Razali Mat Zin (1999), didapati bahawa pekerja yang mempunyai kadar tekanan
yang rendah, mengalami tahap kepuasan kerja yang tinggi. Jadi, kerja berpasukan amat
mustahak dalam panitia KHB. Ketua panitia KHB haruslah mempengaruhi ahli panitia
lain bekerja bagi mencapai matlamat organisasi dan mengekalkan hubungan mesra
antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan kejeleketan haruslah diwujudkan agar
ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan antara satu sama lain dan keinginan
kekal sebagai ahli pasukan.
Kerja berpasukan memang dapat membantu organisasi menyelesaikan pelbagai
masalah, termasuk masalah hubungan antara pekerja, produktiviti, kepuasan pelanggan
serta meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Pengaruh kerja berpasukan terhadap
kejayaan organisasi dapat dilihat melalui kecemerlangan beberapa syarikat di dunia.
General Electric’s Plant, sebuah organisasi perusahaan di Willington, North Carolina
berjaya meningkatkan produktiviti sehingga 250% melalui pelaksanaan program kerja
4
berpasukan (Zainorazlin, 2001). Azilah (1995) telah membuat satu analisis tentang
peningkatan produktiviti dari tahun 1987 hingga 1994 di sebuah syarikat elektronik,
dapatan beliau boleh dirumuskan bahawa kerja berpasukan telah berjaya membantu para
pekerja dalam meningkatkan prestasi dan kerjaya. Kejayaan dapatan dilihat dari sudut
produktiviti pekerja yang semakin meningkat sejak kerja berpasukan dilaksanakan
(1988).
Subberi Ramli (1998) telah membuat satu kajian untuk meninjau persepsi guru
terhadap faktor penentu kejayaan kerja berpasukan dalam organisasi sekolah di daerah
Kulim, Kedah. Hasil kajian beliau juga menunjukkan terdapat kesedaran di kalangan
guru tentang perlunya pasukan, namun hanya responden dari kumpulan pengurusan
sahaja yang mempunyai tahap kesedaran tinggi tentang pelaksanaan kerja berpasukan di
sekolah. Kajian tersebut juga mendapati bahawa dalam menjayakan pasukan kerja di
sekolah, faktor kepimpinan pasukan merupakan faktor yang paling dominan (89.2%)
diikuti oleh faktor pengendalian konflik (78.4%) dan faktor komunkasi (67.5%).
Melalui tinjauan awal pengkaji, didapati bahawa ahli-ahli panitia KHB di
sekolah kini lebih menunjukkan kumpulan kerja daripada pasukan kerja. Mereka lebih
kepada berkongsi matlamat yang diminati iaitu prestasi keputusan pelajar daripada
berkongsi komitmen terhadap tujuan yang sama. Ini sejajar dengan pandangan
Shamsuddin (2002) dalam penulisannya yang menyatakan amalan pengurusan di
sekolah masih kurang berpusatkan kepada pasukan kerja. Menurut beliau juga, pasukan
kerja yang wujud di sekolah adalah berbentuk pasukan fungsi yang diwujudkan kerana
memenuhi tuntutan struktur organisasi. Ini juga disokong oleh Pushpalata (2003) dalam
kajiannya yang menyatakan bahawa walaupun guru-guru bekerjasama dalam panitia ada
kala mereka hanya menjadi pelaksana arahan tanpa komitmen dan kerelaan sendiri.
Menurut beliau lagi, terdapat juga ahli-ahli yang sekadar menjalankan tugasnya tanpa
memikirkan keberkesanan dan kesesuaian program.
Dapatan kajian Pushpalata (2003) juga mendapat persetujuan positif seratus
peratus yang menyatakan panitia yang bekerja secara berpasukan akan membuat
5
perancangan yang lebih baik berbanding dengan individu. Walaubagaimanapun, untuk
mewujudkan sebuah pasukan kerja yang efektif dalam panitia KHB bukanlah sesuatu
perkara yang mudah. Terdapat pelbagai kombinasai faktor yang perlu dipertimbangkan
untuk membangunkannya. Ini kerana tiada faktor tunggal untuk membangunkan
pasukan kerja yang efektif. Pengkaji-pengkaji lepas seperti Ab Aziz Yusof (2003),
Robbins (1994), Kazemark (1991), Mears dan Voehl (1994) telah menyenaraikan ciri-
ciri yang harus wujud dalam pasukan kerja dalam kajian atau penulisan mereka. Mereka
telah menekankan faktor kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi
berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan penglibatan dalam menyelesaikan
masalah merupakan faktor penting yang harus wujud dalam satu pasukan kerja yang
efektif.
Intipati proses kepemimpinan ialah bagaimana tiap-tiap individu saling
bekerjasama dalam sesuatu kumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya
sendiri, berasa puas dengan prestasi pasukan dan yang penting ialah pasukan itu dapat
mencapai matlamatnya (Maimunah Ismail, 1985). Kepimpinan autokratik di mana
proses membuat keputusan dibuat oleh ketua panitia sahaja memang tidak boleh wujud
dalam panitia KHB. Hellriegel & Slocum dalam M.Vivekananda (1999) berpendapat
pekerja-pekerja yang seronok dan komited terhadap tugasnya akan bekerja
meningkatkan produktiviti. Maka kita harus memerhatikan sesuatu kumpulan itu benar-
benar gembira bekerjasama antara satu sama lain atau ada seseorang dalam kumpulan itu
didiskriminasi (Sabitha Marican, 1991). Kepimpianan yang efektif dapat mengelakkan
rasa ketidakpuasan ahli terhadap panitia KHB. Dari rasa ketidakpuasan akan
menimbulkan kekecewaan seseorang ahli panitia KHB dan seterusnya akan meninggal
panitia tersebut.
Komunikasi merupakan pemindahan idea antara manusia melalui pancaindera
seperti percakapan, pendengaran dan sebagainya (Rusinah Siron, 1997). Memandangkan
mata pelajaran KHB adalah lebih rumit daripada mata pelajaran lain kerana ia
mempunyai empat jurusan, maka komunikasi antara satu sama lain adalah sangat
penting agar silibes pengajaran dapat dijalankan dengan lancar di samping ahli-ahli
6
panitia KHB dapat menukarkan idea, komen ataupun cadangan selalu. Perkara seperti
hanya guru yang sama jurusan berhubung mesra tidak patut wujud dalam panitia KHB.
Hal-hal ini akan mengakibatkan kertas soalan ujian KHB sukar diselaraskan walaupun
hanya bahagian teras yang akan diuji bersama kerana isi pengajaran yang tidak
mengikuti silibes yang disediakan oleh ketua panitia ataupun Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ini kerana penyusunan pengajaran topik-topik dalam KHB adalah secara
bebas dan mengikut kesukaan ahli-ahli panitia masing-masing .
Hasil kajian Mohamad Aziz (1999) telah menunjukkan sebahagian besar guru
wanita KHB menghadapi masalah untuk mengajar komponen enjin dalam teras atau
elektif KHB. Menurut beliau juga, punca utama kewujudan masalah ini adalah
kurangnya pengetahuan teori dan amali respondennya terhadap komponen enjin.
Biasanya mereka akan melangkau topik tersebut ataupun hanya mengajar dengan
sepintas lalu sahaja. Situasi meminta pertolongan daripada ahli panitia yang mempunyai
latar belakang dalam jurusan yang berkaitan untuk mengambil kelas secara sementara
jarang dijumpai. Sebenarnya, guru lelaki KHB juga menghadapi masalah sama semasa
mengajar topik-topik seperti masakan atau jahitan. Dalam situasi ini, tabiat penyelesaian
masalah bersama haruslah wujud dalam panitia KHB. Mereka haruslah meminta tolong
ahli panitia lain apabila menghadapi masalah agar proses pengajaran dan pembelajaran
boleh dijalankan dengan lebih lancar.
Apabila timbul situasi kekurangan guru KHB dalam sesuatu sekolah, guru yang
bukan opysen KHB diarah mengajar mata pelajaran tersebut. Sebenarnya hal ini akan
menyebabkan status seseorang guru KHB menjadi tercemar kerana mengajar tanpa
kemahiran tinggi. Rahmad Sukor dan Noraini (1995) telah membentangkan masalah ini
dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru (Ke 10). Maka, kerja berpasukan haruslah
wujud dalam panitia KHB supaya situasi tolong-menolong boleh diwujudkan dan
seterusnya meningkatkan kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli. Masalah-masalah yang
dikemukakan oleh Abu Ubaidah (1999) seperti curi tulang, cuai, datang lewat, sukar
melaksanakan arahan, tiada amanah yang biasa dijumpai dalam profesion keguruan tidak
harus diwujudkan lagi.
7
Satu masalah lagi dibentangkan oleh Rahmad Sukor dan Noraini (1995) dalam
Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru (Ke 10) ialah isu kekurangan guru yang semakin
serius dan gawat di Malaysia. Apa yang dibincangkan oleh mereka ialah faktor utama
menyebabkan guru sekolah meninggalkan profesion keguruan atau mengambil persaraan
awal adalah kerana perasaan ketidakpuasan hati telah menjalar di sanubari guru sekolah.
Hal ini berpunca juga disebabkan kekurangan kejeleketan antara ahli panitia
mengakibatkan mereka ingin meninggalkan panitia tersebut. Sebenarnya, situasi ini juga
sama berlaku dalam panitia KHB.
Menurut hasil kajian kedoktoran Zubaidah Aman dalam Kamarian (2000),
didapati 41.5% guru di enam buah sekolah di negeri Selangor mengakui bahawa mereka
tidak mendapat kepuasan kerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 % lagi menyatakan
mereka bercadang meletakkan jawatan dan 52.8% mahu bersara awal.
Maka kita boleh menganggap bahawa kebanyakan guru-guru di negeri Selangor gagal
mencapai kepuasan kerja yang tinggi. Memandangkan pencapaian peratusan lulus KHB
pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2002 di daerah Kuala Langat ialah 94.5%
iaitu lebih rendah daripada jumlah peratusan lulus di negeri Selangor (95.32%). Maka,
pengkaji mengandaikan bahawa daerah tersebut mempunyai prestasi pencapaian yang
rendah dalam mata pelajaran KHB.
1.3 Penyataan Masalah
Menurut Gray & Starke dalam M.Vivekananda (1999), kelemahan pengurusan
akan terlindung sekiranya pekerja-pekerja bersatu hati menyokong pengurusan. Ini
menunjukkan betapa pentingnya kerja berpasukan di kalangan panitia KHB.
Walaubagaimanapun, kekuatan sesuatu pasukan boleh ditentukan oleh sejauh mana
kesepaduan (cohesiveness) ahli-ahli dalam pasukan tersebut. Berdasarkan pernyataan-
pernyataan yang dikemukakan dalam latar belakang masalah, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti faktor-faktor dalaman organisasi yang mempengaruhi kerja berpasukan
dalam panitia KHB. Ini bertujuan mengenalpasti apakah sebenarnya faktor yang boleh
8
mempengaruhi kejayaaan atau sebaliknya menggagalkan kerja berpasukan, di samping
meninjau pengaruh kerja berpasukan kepada kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli
dalam panitia KHB di daerah Kuala Langat, Selangor.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif
kajian ini adalah seperti berikut:-
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif,
matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat
keputusan dan penglibatan dalam menyelesaikan masalah) yang mempengaruhi
kerja berpasukan di kalangan ahli panitia KHB mengikut keutamaan.
1.4.2 Menentukan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kerja berpasukan dalam
panitia KHB.
1.4.3 Melihat apakah tahap kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli dalam panitia
KHB.
1.4.4 Meninjau pengaruh kerja berpasukan kepada kepuasan, kejeleketan dan prestasi
ahli dalam panitia KHB.
9
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian berkait rapat dengan objektif kajian adalah seperti
berikut:-
1.5.1 Apakah faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat
yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan
penglibatan dalam menyelesaikan masalah) yang dipersepsikan sebagai penting
untuk membentuk pasukan kerja yang efektif di kalangan ahli panitia KHB
mengikut keutamaan?
1.5.2 Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi kerja berpasukan dalam panitia
KHB?
1.5.2 Apakah tahap kepuasan, kejeleketan dan prestasi ahli dalam panitia KHB?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis-hipotesis yang diuji di dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.6.1 Terdapat pengaruh kerja berpasukan kepada kepuasan ahli dalam panitia KHB.
1.6.2 Terdapat pengaruh kerja berpasukan kepada kejeleketan ahli dalam panitia KHB.
1.6.3 Terdapat pengaruh kerja berpasukan kepada prestasi ahli dalam panitia KHB.