2. AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM
AHMAD HISHAM BIN AZIZAN
RUKUN ISLAM
RUKUN ISLAM [5 PERKARA]
RUKUN IMAN
BERIMAN KEPADA ALLAHBERIMAN KEPADA
MALAIKAT
BERIMAN KEPADA KITAB
BERIMAN KEPADA RASUL
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
BERIMAN KEPADA QADA’ & QADAR ALLAH
Asas kepada segala kehidupan kerohanian
Semulia-mulia keimanan
KEWUJUDAN ALLAH S.W.T.Wajib meyakini mengenai kewujudan Allah S.W.T. sama ada melalui logik akal, fitrah manusia dan wahyu
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)”
(Al-Baqarah (2): 255)
MENTAUHIDKAN ALLAH S.W.T.
Mengakui tiada benda lain, kuasa lain, sama ada manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah S.W.T. yang layak untuk dijadikan Rab dan Ilah
Mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya
Allah S.W.T. sebagai matlamat pengabdian, sebagai pelindung, sebagai tumpuan kecintaan, sebagai pemberi rezeki & sebagai sumber perundangan
Mengesakan nama-nama Allah S.W.T. yang amat indah & sifat-sifatNya yang sangat luhur – digunakan agar makhlukNya mengetahui, mengenali & mengesakanNya
KESAN KEIMANAN TERHADAP
KETAUHIDAN ALLAH S.W.T.
INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA
PERBUATAN
Beramal untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
Aman daripada perkara maksiat
Berkasih sayang Bersih daripada gejala
sosial
Berusaha membina tamadun berasaskan konsep fardu ain dan fardu kifayah serta memakmurkan dunia dengan tamadun Islam yang cemerlang
PERKATAAN
Bercakap benar Mengajak kepada
kebaikan & mencegah kemungkaran
Sentiasa memuji Allah
Menjaga adab-adab berkomunikasi dengan menjauhi perkara yang boleh mengeruhkan suasana seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba & bertengkar
Negara dipimpin oleh pemimpin yang dapat menegakkan kebenaran untuk membela negara-negara yang tertindas dengan menyuarakan hak-hak mereka
PEMIKIRAN
Berfikiran terbuka & luas pandangan
Meyakini kebolehan diri sendiri
Selamat daripada unsur-unsur tahyul & khurafat
Berfikiran positif terhadap masa depan umat
Berfikir untuk kemajuan negara & optimis terhadap masa depan yang cemerlang
PENAMPILAN
Berani berkata benar demi mencari & menegakkan kebenaran
Merendah diri & tidak sombong
Bersatu padu Menjalankan amar
makruf & nahi munkar
Berdaya saing Memimpin dunia ke arah
keselamatan & kemakmuran dengan membantu negara mundur
Wajib memiliki iktikad yang sebenarnya bahawa malaikat merupakan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium & dirasa – sentiasa tunduk & patuh kepada perintah Allah
Merupakan tanda-tanda kebenaran, kepercayaan dan ketaqwaan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Malaikat itu diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan padamu semua”
[Hadith Riwayat Imam Muslim]
SIFAT-SIFAT MALAIKAT SIFAT-SIFAT MANUSIA Tidak mempunyai jantina lelaki atau
perempuan Mempunyai jantina sama ada lelaki atau
perempuan Tidak berkahwin & tidak berketurunan Berkahwin & berketurunan Tidak makan & tidak minum Makan & minum Tidak tidur Tidur & jaga Tidak dapat dikesan oleh pancaindera
manusia Dapat dilihat dengan mata kasar
Sentiasa beribadat & mentaati Allah S.W.T. serta tidak pernah melakukan maksiat
Terdapat manusia yang beriman kepada Allah S.W.T. & ada yang kufur serta melakukan maksiat
SIFAT-SIFAT MALAIKAT: PERBEZAAN DENGAN
MANUSIA
Bertasbih, patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T. FirmanNya: “ Sesungguhnya mereka (malaika yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersifat
angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya dan kepadaNyalah jua mereka sujud
Memikul ‘arasyMemohon ampun bagi orang yang beriman
Memberi salam kepada ahli syurga
Menyiksa para ahli neraka
Membawa wahyu
Jibril – menyampaikan wahyu
Mikail – menurunkan rezeki
Israfil – meniup sangkakala
Munkar & Nakir – menyoal mayat di dalam kubur
Raqib & Atid – mencatat amalan kebajikan & kejahatan
Izrail – mencabut nyawa
Ridwan – menjaga pintu syurga
Malik – menjaga pintu neraka
Jumlah malaikat terlalu banyak tetapi yang wajib
diketahui ada 10:
KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Mempercayai bahawa segala kitab adalah dari Allah S.W.T. yang diberikan kepada para Rasul & Nabi untuk disampaikan segala ajarannya kepada umat & kaumnya
TUJUAN DITURUNKAN:Sebagai panduan kepada manusia
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) kitab suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan kitab-kitab Taurat dan Injil sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).”
[Al-Maidah (3): 3-4]
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI
Jumlah kitab suci yang ditunkan oleh Allah S.W.T. kepada NabiNya berbentuk kitab dan suhuf adalah banyak
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. “Berapakah jumlah kitab yang telah diturunkan oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w.: “Seratus empat belas buah semuanya. Di antaranya sepuluh suhuf yang diturunkan kepada Nabi Adam, lima puluh suhuf kepada Nabi Seth, tiga puluh suhuf kepada Nabi Idris, sepuluh suhuf kepada Nabi Ibrahim, sepuluh suhuf kepada Musa sebelum diturunkan Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran”.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI
KITAB SUCI DAN PENERIMA
Nabi – seseorang yang menerima wahyu syariat untuk diamalkannya sendiri
Rasul – seseorang yang menerima wahyu syariat dari Allah S.W.T. untuk dirinya dan juga untuk disampaikan kepada umatnya
PERANAN RASUL:Menyeru & membimbing manusia ke jalan yang benarMemimpin manusia kepada keselamatan berasaskan akidah tauhidMenyeru manusia beriman kepada Allah S.W.T. sebagai Rab dan Ilah dalam kehidupan
BERIMAN KEPADA RASUL ALLAH
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Katakanlah (Wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
[Al-Baqarah (2): 136]
DALIL KEWAJIBAN BERIMAN KEPADA
RASUL ALLAH
Jumlah para Nabi terlalu banyak iaitu seramai 124,000 orang, 313 orang diangkat menjadi Rasul & 25 orang yang wajib diketahui namanya oleh setiap umat Islam
BERIMAN KEPADA RASUL ALLAH
Meyakini bahawa akan berlaku kemusnahan alam semesta & akan mati segala makhluk yang belum mati dan bumi akan berganti dengan bumi atau langit yang lain dari sekarang
Wajib percaya bahawa pada hari itu akan dibangkit & dihitung segala amal manusia untuk diberikan balasan yang sesuai dengan amal yang dilakukan semasa di dunia
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“(ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”.
[Ibrahim (14): 48]
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
TAKDIR: suatu peraturan yang dibuat oleh Allah S.W.T. ke atas segala yang ada di alam ini – merupakan undang-undang umum & ketentuan yang mengandungi sebab musabab atau sebab akibat – Firman Allah S.W.T. [al-Ra’d (13): 8]
Beriman kepada takdir baik dan buruk sama ada yang telah berlalu dan yang sedang dan akan berlaku adalah dari tuntutan Islam
Beberapa Takdir yang Telah Ditetapkan Untuk
ManusiaREZEKI
PEKERJAAN
Usia
NASIB
SIKAP ORANG ISLAM DALAM
MENERIMA TAKDIR ALLAH S.W.T.
PEMBINAAN AKIDAH
PEMBINAAN AKIDAH
MU’AHADAH
MURAQABAH
MU’AQABAH
MUHASABAH
MUJAHADAH
PEMBINAAN AKIDAH
MU’AHADAH
Perjanjian manusia dengan Allah S.W.T. di alam roh. Mengingati perjanjian yang dilakukan di alam roh dari semasa ke semasa merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membina & memperkukuhkan keimanan
PEMBINAAN AKIDAH
MURAQABAH
Kewaspadaan atau pengawasan. Sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T. mengawasi segala gerak geri kita (manusia) – sentiasa laksanakan perintah Allah & meninggalkan laranganNya
PEMBINAAN AKIDAH
Pertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T. – perlu dilakukan secara istiqamah pada setiap masa & tempat
MUJAHADAH
PEMBINAAN AKIDAH
Mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari untuk penambahbaikan di masa akan datang – mendorong seseorang supaya berhati-hati dalam kehidupan – boleh menimbulkan keyakinan & keinsafan dalam diri
MUHASABAH
PEMBINAAN AKIDAH
Suatu bentuk denda yang dikenakan terhadap diri sendiri kerana kecuaian dalam melakukan sesuatu perintah Allah S.W.T. – denda adalah dalam bentuk amalan yang boleh mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T. – merasa bimbang akan balasan Allah di atas kecuaiannya melaksanakan perintah Allah
MU’AQABAH
PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
PERKARA YANG MEMBATALKAN
AKIDAH
MELALUI PERCAKAPAN Mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam – contoh: Islam tidak sesuai sepanjang zaman, Islam tidak relevan dsb
MELALUI PERBUATANMelakukan upacara ibadah seperti yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di dalam rumah ibadah mereka atau di mana sahaja
MELALUI IKTIKADSeseorang itu meragui Islam atau sebahagian dari ajarannya yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah
UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH
UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH
UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN
UMMAH
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah S.W.T. – akan melaksanakan
segala perintah Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa paksaan Membentuk halatuju ummah yang jelas – tujuan diciptakan hanya untuk
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata – menyedari kepentingan dunia & akhirat
Membina keperibadian ummah yang unggul – ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah – tanpa akidah, ummah tidak mungkin memiliki akhlak yang mulia
Mengukuhkan kecemerlangan ilmu – melahirkan modal insan yang cemerlang dalam seluruh aspek kehidupan [spiritual, intelektual, fizikal & emosi] – Allah S.W.T. sentiasa mengangkat darjat orang-orang yang beriman & yang mempunyai ilmu pengetahuan
Menjana pemikiran ummah yang kritis – memahami sesuatu isu – membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran & kepalsuan – meyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
Membangun ekonomi ummah secara komprehensif – antara tugas manusia sebagai khalifah Allah ialah membangun & memakmurkan bumi
Mewujudkan kepimpinan yang adil – memahami status diri sebagai khalifah Allah di muka bumi – memelihara amanah & tidak menyalahgunakan kuasa