Dapatan Kajian
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pencemaran adalah suatu perbuatan yang
mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke atas alam persekitaran dan mengakibatkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-
aras radiasi kepada mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
8.2 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
Antara jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Taman Garing Permai ialah
pencemaran udara, air, dan pencemaran tanah.
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui
pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh
menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, dan anaemia. Habuk,
asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.
Pencemaran air pula berlaku apabila berlakunya perubahan sumber air dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya
berlaku di sungai tetapi juga di laut dan boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini
lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik, kimia atau fizik.
8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
Melalui pemerhatian saya, salah satu punca pencemaran alam sekitar ialah kenderaan.
Pelepasan asap dari kenderaan yang melalui lebuh raya utara-selatan bersebelahan Taman
Garing Permai, dan kedudukan kilang simen di kawasan sekitar Rawang menyebabkan
pencemaran udara berlaku. Antara bahan pencemar yang dilepaskan dari kenderaan ialah habuk,
asap dan gas lain seperti karbon monoksida. Enjin kereta yang kurang baik juga akan
melepaskan asap yang lebih ke udara. Manakala kilang simen pula akan menyebabkan habuk
simen berterbangan di udara dan mencemarkan udara. Tambahan pula habuk ini mengandungi
merkuri, arsenik
Selain itu, pembangunan yang pesat membangun turut menjadi punca pencemaran
alam sekitar di Taman Garing Permai. Misalnya kerja-kerja pembinaan jalan raya, pembinaan
bangunan seperti pusat perniagaan dan pasar. Malah aktiviti pembinaan ini telah menyebabkan
pasir, tanah, dan simen yang ditimbus telah mengubah landskap sungai di kawasan sekitar
Rawang.
Di samping itu, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat menjadi punca
pencemaran alam sekitar di Taman Garing Permai. Penduduk yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah seperti sisa-sisa makanan, beg plastik dan sebagainya di tepi jalan raya atau
ke dalam sungai.
Tambahan pula, pembinaan di Pusat Bandar Rawang turut mengundang pencemaran
bunyi dan udara.
Oleh itu, saya menyedari bahawa keprihatinan terhadap kepentingan alam sekitar,
semangat patriotisme dan perpaduan amat penting agar pencemaran dapat dikurangkan.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
Melalui pemerhatian saya, salah satu kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
ialah kawasan perairan tercemar. Bahan buangan yang dibuang seperti sisa-sisa makanan dan
beg plastik terapung di permukaan air menyebabkan air sungai kotor.
Selain itu, kualiti air akan terjejas. Bahan kimia tidak organik seperti sebatian
plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai. Bahan pejal menyebabkan
keindahan sungai tercemar. Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.
Tambahan pula, pelepasan asap dari kenderaan menyebabkan udara tercemar. Bahan-
bahan seperti karbon monoksida yang dilepaskan dari kenderaan akan mengganggu sistem
pernafasan dan menjejaskan kesihatan kita. Penyakit-penyakit seperti asma, batuk, dan bronkitis
akan merebak dengan mudah. Semuanya adalah berpunca daripada pencemaran udara.
Di samping itu, pencemaran bau turut berlaku. Sisa-sisa makanan dan sampah sarap
yang dibuang di sekitar Pusat Bandar Rawang akan mereput dan menghasilkan bau busuk. Bau
busuk ini sukar untuk ditahan.
Oleh itu, saya merasakan bahawa semangat patriotisme dan perpaduan amat penting
supaya kita dapat menangani masalah pencemaran ini dengan efisien.
8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
kawasan kajian
Melalui pemerhatian saya, salah satu cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran
alam sekitar di kawasan kajian ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Dengan ini,
penduduk di Taman Garing Permai dan kawasan sekitar Rawang akan menjadi lebih berdisiplin
dan bertanggungjawab seterusnya tabiat membuang sampah sarap di merata-rata tempat dapat
dikurangkan.
Selain itu, kempen mencintai alam sekitar harus dijalankan. Melalui kempen ini,
penduduk akan menyedari kesan dan bahaya pencemaran yang berlaku di Pusat Bandar Rawang
kepada kesihatan manusia sejagat. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan mereka akan
berganding bahu untuk menjaga keindahan alam sekitar dari sebarang pencemaran.
Di samping itu, pemasangan alat Catalytic Converter dalam kereta perlu diperluaskan
kepada umum. Penggunaan Catalytic Converter dalam ekzos kereta dapat mengurangkan
pelepasan karbon monoksida di udara. Alat ini juga dapat menukarkan karbon monoksida yang
beracun kepada karbon dioksida. Seterusnya, petrol tanpa plumbum harus digunakan.
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan. Dengan ini, pelepasan gas-gas yang berbahaya dapat dikurangkan.
Akhirnya, kita haruslah prihatin terhadap masalah pencemaran di kawasan kita dan cuba
menangani dengan sebaik mungkin agar kita dapat hidup dengan penuh keselesaan dan kesihatan
kita akan lebih terjamin, seterusnya berbangga dengan keindahan negara kita.
Bahan Grafik
Peta Minda
Rajah 1: Peta Minda pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan
Pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan
Punca
Pelepasan asap dari kenderaan
Pembuangan sampah sarap
Pembinaan
Kesan
Kawasan perairan tercemar
Hidupan akuatik terancam
Udara tercemar
Penyakit merebak
Bau busuk
Cadangan
Menguat kuasakan undang-undang
Mengadakan kempen cintai alam sekitar
Memasang catalytic converter
Menggunakan petrol tanpa
plumbum
Rajah aliran
Rajah 2: Rajah aliran pencemaran udara
PuncaPelepasan asap dari kenderaan
KesanUdara tercemar
CadanganMenggunakan petrol tanpa plumbum
Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk
di Pusat Bandar Rawang. Kegiatan penduduk di Pusat Bandar Rawang bukan hanya membawa
kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan dan menyediakan banyak
kemudahan tetapi membawa kesan negatif.
Punca- punca pencemaran yang terdapat di Pusat Bandar Rawang ialah pelepasan asap dari
kenderaan dan kilang, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan pembinaan di Pusat
Bandar Rawang.
Kesan-kesan pencemaran di Pusat Bandar Rawang ialah pencemaran bunyi, visual,
pencemaran udara, bau dan air. Cadangan bagi menangani masalah pencemaran ialah
penguatkuasaan undang-undang, mengadakan kempen cintai alam sekitar, pemasangan Catalytic
Converter dan penggunaan petrol tanpa plumbum.
Sebagai konklusi, saya berharap penduduk di Pusat Bandar Rawang dapat bekerjasama
dengan pihak kerajaan supaya masalah pencemaran ini boleh dikurangkan pada masa yang akan
datang. Jika masalah pencemaran dapat diselesaikan, kita akan berjaya mencapai Wawasan
2020.
Lampiran
Lampiran 1 - Surat kebenaran membuat kajian
Lampiran 2 - Surat makluman kepada ibu bapa
Lampiran 3 - Gambar
Sampah-sarap dibuang ke dalam sungai
Catalytic Converter
Sampah-sarap akan menghasilkan bau busuk yang sukar ditahan
Kilang Simen
Bahan pembinaan seperti pasir akan mengganggu sistem pernafasan kita
Rujukan
1. Buku teks
Mohd. Jamil Bin Mohamed, HJ.Rodzli bin HJ. Hashim, HJH. Mahani binti HJ.Mahbab. (2004).
Geogafi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd.
2. Buku Rujukan
S. L. Kang, Rufina Mansor.(2009). My Resos Geografi PMR,Petaling Jaya: PEP Publications
Sdn. Bhd.
3. Internet
http://www.google.com
http://www.scribd.com
Top Related