DAPATAN KAJIAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN
Rajah 1 di atas menunjukkan kesalahan proses fonologi yang telah dilakukan oleh
responden kajian iaitu Muhammad Nur Syafiq bin Syaiful Bakhtiar. Berdasarkan rajah di
atas, data secara keseluruhan menunjukkan bahawa responden telah melakukan
kesalahan dalam proses fonologi sebanyak 50% daripada 100% atau 15 kesalahan
daripada jumlah keseluruhan iaitu 30. Bacaan nilai yang menunjukkan tiada kesalahan
dalam aspek fonologi juga adalah sama iaitu sebanyak 50% daripada 100.
Kesalahan yang dilakukan oleh responden dalam proses fonologi ini merujuk
kepada kesalahan over generalization, backing, penggantian, pengguguran konsonan,
penambahan vokal dan pengurangan kluster. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh
responden kajian adalah kesalahan backing, over generalization dan pengguguran
konsonan iaitu masing-masing mencatatkan jumlah nilai tertinggi iaitu sebanyak 13.33%
atau empat kesalahan daripada 30 item yang diuji.
Manakala, kesalahan yang kurang dilakukan oleh responden adalah kesalahan
pengurangan kluster dan penggantian. Masing-masing mencatatkan nilai peratus
terendah iaitu 3.33% atau satu kesalahan daripada 30 item yang telah diuji.
0% 10% 20% 30% 40% 50%
PENGURANGAN KLUSTER
PENAMBAHAN VOKAL
PENGGUGURAN KONSONAN
PENGGANTIAN
BACKING
OVER GENERALISATION
TIADA KESILAPAN
PERATUS KESALAHAN DALAM PROSES FONOLOGI
JEN
IS K
ESA
LAH
AN
RAJAH 1 : KESALAHAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN KAJIAN
ANALISISKESALAHAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN KAJIAN
Bil.
Kesalahan Backing
perkataan
transkripsi
perkataan salah
sebut
Transkripsi
1
anggur
[anggurr]
2.
beruang
[berruang]
3.
harimau
[harrimau]
4.
qari
[qarri]
Rajah 2: Kesalahan backing.
Merujuk kepada rajah 2 di atas, responden kajian iaitu Muhammad Nur Syafiq bin
Syaiful Bakhtiar telah melakukan kesalahan backing dalam proses fonologi bagi empat
perkataan. Perkataan tersebut adalah ‘anggur’, ‘beruang’, ‘harimau’ dan ‘qari’.
Responden kajian dikatakan telah melakukan kesalahan backing kerana beliau tidak
membunyikan huruf ‘r’ pada tempat yang sepatutnya iaitu pada gusi. Ini kerana,
berdasarkan transkripsi yang telah dibuat, responden telah membunyikan huruf ‘r’ di
anak tekak. Ini menunjukkan bahawa tempat bunyi huruf telah berubah ke belakang
daripada mulut.Oleh hal yang demikian, responden telah dikatakan melakukan
kesalahan backing.
Responden seharusnya sudah boleh menyebut huruf ‘r’ dengan baik pada
umurnya sekarang memandangkan responden sudah berumur 11 tahun. Ini kerana
carta perkembangan bunyi pertuturan menunjukkan bahawa perkembangan bunyi ‘r’
dalam kalangan kanak-kanak berlaku pada julat umur tiga hingga tujuh tahun
(http://www.talkingtails.net/SpeechSoundDevelopmentChart.php).
Namun, menurut Heward W.L (2009), umur perkembangan tipikal penguasaan
pertuturan dan kemahiran bahasa kanak-kanak adalah tidak rigid dan fleksible kerana
ianya dipengaruhi oleh faktor kebolehan kanak-kanak itu sendiri serta faktor
persekitaran awal kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti responden sememangnya bermasalah dalam aspek ekspresif
iaitu merujuk kepada kemahiran menghasilkan bahasa dan pertuturan (Hallahan,D.,
Lloyd, J, Kauffman, J, Weiss, M., & Martinez., M., 2005).
Namun begitu, kesalahan yang dilakukan oleh responden ini adalah kesalahan
biasa yang selalu dilakukan oleh setiap individu terutamanya individu bermasalah
pembelajaran. Ini kerana, menurut Taylor R.L, Smiley L.R, dan Richards S.B (2009),
kanak-kanak kerap melakukan kesalahan dalam menyebut huruf ‘r’ kerana mereka
kerap menghasilkan bunyi huruf ‘r’ pada bahagian artikulasi yang salah.
Bil.
Kesalahan pengguguran konsonan
Perkataan
transkripsi
perkataan salah
sebut
Transkripsi
1
selipar
[selipe]
2.
hidung
[idung]
3.
nyamuk
[namuk]
4.
rumah
[umah]
Rajah 3: Kesalahan pengguguran konsonan.
Merujuk kepada rajah 3 di atas, kesalahan yang dilakukan oleh responden adalah
kesalahan pengguguran konsonan.Responden kerap menggugurkan konsonan semasa
menyebut kad gambar yang ditayangkan kepadanya.Responden telah menggugurkan
huruf ‘r’ semasa menyebut perkataan ‘selipar’ dengan menyebutnya sebagai [selipe].
Namun, kebiasaannya bahasa Melayu komunikasi yang digunakan dalam pergaulan
masyarakat di Malaysia dikatakan sebagai ‘non-rhotic’ kerana fonem /r/ sering
digugurkan diakhir perkataan contohnya seperti ‘tidur’ sebagai /tido/. Maka,
pengguguran /r/ di akhir perkataan ‘selipar’ ini tidak tergolong dalam masalah fonologi
kerana ini adalah sesuatu yang normal dalam penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.
Selain itu, responden juga telah mengguggurkan konsonan awalan bagi
perkataan hidung dan rumah dengan menyebutnya sebagai idung dan
umah.Pengguguran konsonan bagi perkataan ‘rumah’ dan ‘hidung’ ini merujuk kepada
pengguguran konsonan dihadapan ataupun dikenali sebagai Initial Consonan Deletion
(ICD).Initial Consonan Deletion (ICD) berlaku apabila seseorang individu tidak
menyebut huruf konsonan awalan yang terdapat di dalam sesuatu perkataan ( http://
www. home-speech -home.com/ phonological- processes. html). Manakala, perkataan
terakhir iaitu nyamuk telah disebut sebagai [namuk] oleh responden dengan
meninggalkan huruf ‘y’ yang terdapat di dalam perkataan ‘nyamuk’.
Gejala pengguguran konsonan ini terjadi kerana responden adalah kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. MenurutTaylor R.L, Smiley L.R, dan Richards S.B (2009),
ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah memanipulasikan bunyi pertuturan
dalam pertuturan bahasa dengan pengguguran, penambahan dan penggantian. Maka,
berdasarkan ciri-ciri tersebut dapat dirumuskan bahawa responden telah melakukan
kesalahan pengguguran konsonan dalam proses fonologi disebabkan oleh masalah
yang dihadapi olehnya sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Gejala ini juga berlaku adalah berpunca daripada persekitarannya. Ini kerana,
cara bertutur seseorang individu adalah hasil daripada percampuran pelbagai pengaruh
seperti etnik, bangsa, taraf sosioekonomi, pendidikan, pekerjaan, kedudukan geografi
dan kumpulan kawan-kawan (Heward W.L, 2009). Kenyataan Heward W.L (2009), tidak
boleh disangkal ini kerana berdasarkan pemerhatian kami semasa kajian dibuat
responden sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada masalah yang
sama iaitu masalah pembelajaran yang bertutur sama seperti dirinya. Maka, secara
tidak langsung pertuturan rakan-rakan telah mempengaruhi pertuturannya.
Selain itu, menurut Hallahan D. P, Kauffman J. M, dan Pullen P. C, (2009),
pertuturan kebiasaannya dipengaruhi oleh komuniti kanak-kanak tersebut kerana
mereka belajar bertutur berdasarkan ajukan. Maka, tidak hairanlah sekiranya
responden menyebut ‘selipar’ sebagai [selipe] kerana responden belajar melalui ajukan
daripada orang dewasa yang menuturkan perkataan ‘selipar’ sebagai [selipe].
Bil.
Kesalahan over generalization
Perkataan
Transkripsi
perkataan salah
sebut
Transkripsi
1
anggur
[ang’gur]
2.
beruang
[beruang’]
3.
hidung
[hidung’]
4.
udang
[udang’]
Rajah 4 : Kesalahan over generalization.
Kesalahan yang seterusnya yang telah dilakukan oleh responden dengan merujuk
kepada rajah 4 ini adalah kesalahan over generalization.Kesalahan ini merujuk kepada
kesalahan membunyikan huruf ‘ng’ secara berlebih-lebihan daripada kebiasaannya.
Kesalahan ini merupakan kesalahan yang biasa. Ini kerana, menurut Hallahan D.
P, Kauffman J. M, dan Pullen P. C, (2009), pertuturan kebiasaannya dipengaruhi oleh
komuniti kanak-kanak tersebut kerana mereka belajar bertutur berdasarkan ajukan.
Maka, tidak hairanlah sekiranya responden menyebut huruf /ng/ secara berlebih-lebihan
mengikut dielek dan cara sebutan mengikut komuniti masing-masing.
Bil.
Kesalahan pengurangan kluster
perkataan
transkripsi
perkataan salah
[sebut]
transkripsi
1
cincin
[cicin]
Rajah 5 : Kesalahan pengurangan kluster.
Merujuk kepada rajah 5 di atas, kesalahan yang dilakukan oleh responden adalah
kesalahan pengurangan kluster.Responden telah menyebut perkataan ‘cincin’ dengan
sebutan [cicin] dengan mengurangkan konsoan ‘n’ yang terdapat di dalam perkataan
‘cincin’. Pengurangan kluster ini merujuk kepada pengurangan ataupun tindakan
menghilangkan satu atau semua bahagian kluster yang terdapat di dalam satu-satu
perkataan ( http: // www. home- speech -home. com/ phonological–processes .html ) .
Pengurangan kluster ini boleh terjadi secara keseluruhan ataupun secara separa.
Merujuk kepada rajah 5 di atas, responden kajian telah melakukan kesalahan
pengurangan kluster secara separa iaitu dengan menghilangkan huruf ‘n’ daripada
perkataan ‘cincin’.
Bil.
Kesalahan penambahan vokal
perkataan
transkripsi
perkataan salah
sebut
transkripsi
1
daun
[dauun]
Rajah 6 : Kesalahan penambahan vokal.
Berdasarkan rajah 6 di atas, responden telah melakukan kesalahan dalam proses
fonologi melibatkan kesalahan penambahan vokal. Kesalahan penambahan vokal telah
dilakukan oleh responden dengan menambah vokal ‘u’ pada perkataan ‘daun’ menjadi
[dauun].Kesalahan yang dilakukan oleh responden ini adalah berkaitan dengan
kesalahan artikulasi.Ini kerana, menurut Turnbbull A, Turnbull R & Wehmeyer M. L,
(2010), artikulasi melibatkan penghasilan bunyi dan urutan bunyi.
Responden dikatakan telah melakukan kesalahan artikulasi disebabkan oleh
penghasilan bunyi ‘daun’ adalah salah kerana responden telah menambahkan satu
fonem pada ‘daun’ iaitu ‘u’ yang mengakibatkan bunyi ‘daun’ menjadi [dauun].
Bil.
Kesalahan penggantian
perkataan
transkripsi
perkataan salah
sebut
transkripsi
1
x-ray
s-ray
Rajah 7 : Kesalahan penggantian
Berdasarkan rajah 7 di atas, kesalahan yang telah dilakukan oleh responden adalah
kesalahan penggantian. Penggantian menurut laman web http://www.home-speech-
home.com/phonological-processes.html terjadi apabila satu kelas bunyi digantikan
dengan kelas bunyi yang lain. Merujuk kepada rajah 7 di atas, responden telah
menggantikan huruf ‘x’ dengan huruf ‘s’ mengakibatkan terjadinya penggantian satu
kelas bunyi dengan kelas bunyi yang lain. Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa
responden telah melakukan kesalahan penggantian.
Kesalahan penggantian ini merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh
kanak-kanak.Menurut Turnbull A, Turnbull R & Wehmeyer. M. L., (2010), kesalahan
penggantian ini biasa dilakukan oleh kanak-kanak tetapi kesalahan ini akan hilang
bersama kematangan mereka. Oleh itu, kesalahan yang dilakukan oleh responden ini
adalah kesalahan yang tidak ketara kerana secara semulajadi akan dapat diperbaiki
seiring dengan proses kematangan.