Dapatan kajian proses fonologi

7
DAPATAN KAJIAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN Rajah 1 di atas menunjukkan kesalahan proses fonologi yang telah dilakukan oleh responden kajian iaitu Muhammad Nur Syafiq bin Syaiful Bakhtiar. Berdasarkan rajah di atas, data secara keseluruhan menunjukkan bahawa responden telah melakukan kesalahan dalam proses fonologi sebanyak 50% daripada 100% atau 15 kesalahan daripada jumlah keseluruhan iaitu 30. Bacaan nilai yang menunjukkan tiada kesalahan dalam aspek fonologi juga adalah sama iaitu sebanyak 50% daripada 100. Kesalahan yang dilakukan oleh responden dalam proses fonologi ini merujuk kepada kesalahan over generalization, backing, penggantian, pengguguran konsonan, penambahan vokal dan pengurangan kluster. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh responden kajian adalah kesalahan backing, over generalization dan pengguguran konsonan iaitu masing-masing mencatatkan jumlah nilai tertinggi iaitu sebanyak 13.33% atau empat kesalahan daripada 30 item yang diuji. Manakala, kesalahan yang kurang dilakukan oleh responden adalah kesalahan pengurangan kluster dan penggantian. Masing-masing mencatatkan nilai peratus terendah iaitu 3.33% atau satu kesalahan daripada 30 item yang telah diuji. 0% 10% 20% 30% 40% 50% PENGURANGAN KLUSTER PENAMBAHAN VOKAL PENGGUGURAN KONSONAN PENGGANTIAN BACKING OVER GENERALISATION TIADA KESILAPAN PERATUS KESALAHAN DALAM PROSES FONOLOGI JENIS KESALAHAN RAJAH 1 : KESALAHAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN KAJIAN

Transcript of Dapatan kajian proses fonologi

DAPATAN KAJIAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN

Rajah 1 di atas menunjukkan kesalahan proses fonologi yang telah dilakukan oleh

responden kajian iaitu Muhammad Nur Syafiq bin Syaiful Bakhtiar. Berdasarkan rajah di

atas, data secara keseluruhan menunjukkan bahawa responden telah melakukan

kesalahan dalam proses fonologi sebanyak 50% daripada 100% atau 15 kesalahan

daripada jumlah keseluruhan iaitu 30. Bacaan nilai yang menunjukkan tiada kesalahan

dalam aspek fonologi juga adalah sama iaitu sebanyak 50% daripada 100.

Kesalahan yang dilakukan oleh responden dalam proses fonologi ini merujuk

kepada kesalahan over generalization, backing, penggantian, pengguguran konsonan,

penambahan vokal dan pengurangan kluster. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh

responden kajian adalah kesalahan backing, over generalization dan pengguguran

konsonan iaitu masing-masing mencatatkan jumlah nilai tertinggi iaitu sebanyak 13.33%

atau empat kesalahan daripada 30 item yang diuji.

Manakala, kesalahan yang kurang dilakukan oleh responden adalah kesalahan

pengurangan kluster dan penggantian. Masing-masing mencatatkan nilai peratus

terendah iaitu 3.33% atau satu kesalahan daripada 30 item yang telah diuji.

0% 10% 20% 30% 40% 50%

PENGURANGAN KLUSTER

PENAMBAHAN VOKAL

PENGGUGURAN KONSONAN

PENGGANTIAN

BACKING

OVER GENERALISATION

TIADA KESILAPAN

PERATUS KESALAHAN DALAM PROSES FONOLOGI

JEN

IS K

ESA

LAH

AN

RAJAH 1 : KESALAHAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN KAJIAN

ANALISISKESALAHAN PROSES FONOLOGI RESPONDEN KAJIAN

Bil.

Kesalahan Backing

perkataan

transkripsi

perkataan salah

sebut

Transkripsi

1

anggur

[anggurr]

2.

beruang

[berruang]

3.

harimau

[harrimau]

4.

qari

[qarri]

Rajah 2: Kesalahan backing.

Merujuk kepada rajah 2 di atas, responden kajian iaitu Muhammad Nur Syafiq bin

Syaiful Bakhtiar telah melakukan kesalahan backing dalam proses fonologi bagi empat

perkataan. Perkataan tersebut adalah ‘anggur’, ‘beruang’, ‘harimau’ dan ‘qari’.

Responden kajian dikatakan telah melakukan kesalahan backing kerana beliau tidak

membunyikan huruf ‘r’ pada tempat yang sepatutnya iaitu pada gusi. Ini kerana,

berdasarkan transkripsi yang telah dibuat, responden telah membunyikan huruf ‘r’ di

anak tekak. Ini menunjukkan bahawa tempat bunyi huruf telah berubah ke belakang

daripada mulut.Oleh hal yang demikian, responden telah dikatakan melakukan

kesalahan backing.

Responden seharusnya sudah boleh menyebut huruf ‘r’ dengan baik pada

umurnya sekarang memandangkan responden sudah berumur 11 tahun. Ini kerana

carta perkembangan bunyi pertuturan menunjukkan bahawa perkembangan bunyi ‘r’

dalam kalangan kanak-kanak berlaku pada julat umur tiga hingga tujuh tahun

(http://www.talkingtails.net/SpeechSoundDevelopmentChart.php).

Namun, menurut Heward W.L (2009), umur perkembangan tipikal penguasaan

pertuturan dan kemahiran bahasa kanak-kanak adalah tidak rigid dan fleksible kerana

ianya dipengaruhi oleh faktor kebolehan kanak-kanak itu sendiri serta faktor

persekitaran awal kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak bermasalah

pembelajaran seperti responden sememangnya bermasalah dalam aspek ekspresif

iaitu merujuk kepada kemahiran menghasilkan bahasa dan pertuturan (Hallahan,D.,

Lloyd, J, Kauffman, J, Weiss, M., & Martinez., M., 2005).

Namun begitu, kesalahan yang dilakukan oleh responden ini adalah kesalahan

biasa yang selalu dilakukan oleh setiap individu terutamanya individu bermasalah

pembelajaran. Ini kerana, menurut Taylor R.L, Smiley L.R, dan Richards S.B (2009),

kanak-kanak kerap melakukan kesalahan dalam menyebut huruf ‘r’ kerana mereka

kerap menghasilkan bunyi huruf ‘r’ pada bahagian artikulasi yang salah.

Bil.

Kesalahan pengguguran konsonan

Perkataan

transkripsi

perkataan salah

sebut

Transkripsi

1

selipar

[selipe]

2.

hidung

[idung]

3.

nyamuk

[namuk]

4.

rumah

[umah]

Rajah 3: Kesalahan pengguguran konsonan.

Merujuk kepada rajah 3 di atas, kesalahan yang dilakukan oleh responden adalah

kesalahan pengguguran konsonan.Responden kerap menggugurkan konsonan semasa

menyebut kad gambar yang ditayangkan kepadanya.Responden telah menggugurkan

huruf ‘r’ semasa menyebut perkataan ‘selipar’ dengan menyebutnya sebagai [selipe].

Namun, kebiasaannya bahasa Melayu komunikasi yang digunakan dalam pergaulan

masyarakat di Malaysia dikatakan sebagai ‘non-rhotic’ kerana fonem /r/ sering

digugurkan diakhir perkataan contohnya seperti ‘tidur’ sebagai /tido/. Maka,

pengguguran /r/ di akhir perkataan ‘selipar’ ini tidak tergolong dalam masalah fonologi

kerana ini adalah sesuatu yang normal dalam penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.

Selain itu, responden juga telah mengguggurkan konsonan awalan bagi

perkataan hidung dan rumah dengan menyebutnya sebagai idung dan

umah.Pengguguran konsonan bagi perkataan ‘rumah’ dan ‘hidung’ ini merujuk kepada

pengguguran konsonan dihadapan ataupun dikenali sebagai Initial Consonan Deletion

(ICD).Initial Consonan Deletion (ICD) berlaku apabila seseorang individu tidak

menyebut huruf konsonan awalan yang terdapat di dalam sesuatu perkataan ( http://

www. home-speech -home.com/ phonological- processes. html). Manakala, perkataan

terakhir iaitu nyamuk telah disebut sebagai [namuk] oleh responden dengan

meninggalkan huruf ‘y’ yang terdapat di dalam perkataan ‘nyamuk’.

Gejala pengguguran konsonan ini terjadi kerana responden adalah kanak-kanak

bermasalah pembelajaran. MenurutTaylor R.L, Smiley L.R, dan Richards S.B (2009),

ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah memanipulasikan bunyi pertuturan

dalam pertuturan bahasa dengan pengguguran, penambahan dan penggantian. Maka,

berdasarkan ciri-ciri tersebut dapat dirumuskan bahawa responden telah melakukan

kesalahan pengguguran konsonan dalam proses fonologi disebabkan oleh masalah

yang dihadapi olehnya sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Gejala ini juga berlaku adalah berpunca daripada persekitarannya. Ini kerana,

cara bertutur seseorang individu adalah hasil daripada percampuran pelbagai pengaruh

seperti etnik, bangsa, taraf sosioekonomi, pendidikan, pekerjaan, kedudukan geografi

dan kumpulan kawan-kawan (Heward W.L, 2009). Kenyataan Heward W.L (2009), tidak

boleh disangkal ini kerana berdasarkan pemerhatian kami semasa kajian dibuat

responden sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada masalah yang

sama iaitu masalah pembelajaran yang bertutur sama seperti dirinya. Maka, secara

tidak langsung pertuturan rakan-rakan telah mempengaruhi pertuturannya.

Selain itu, menurut Hallahan D. P, Kauffman J. M, dan Pullen P. C, (2009),

pertuturan kebiasaannya dipengaruhi oleh komuniti kanak-kanak tersebut kerana

mereka belajar bertutur berdasarkan ajukan. Maka, tidak hairanlah sekiranya

responden menyebut ‘selipar’ sebagai [selipe] kerana responden belajar melalui ajukan

daripada orang dewasa yang menuturkan perkataan ‘selipar’ sebagai [selipe].

Bil.

Kesalahan over generalization

Perkataan

Transkripsi

perkataan salah

sebut

Transkripsi

1

anggur

[ang’gur]

2.

beruang

[beruang’]

3.

hidung

[hidung’]

4.

udang

[udang’]

Rajah 4 : Kesalahan over generalization.

Kesalahan yang seterusnya yang telah dilakukan oleh responden dengan merujuk

kepada rajah 4 ini adalah kesalahan over generalization.Kesalahan ini merujuk kepada

kesalahan membunyikan huruf ‘ng’ secara berlebih-lebihan daripada kebiasaannya.

Kesalahan ini merupakan kesalahan yang biasa. Ini kerana, menurut Hallahan D.

P, Kauffman J. M, dan Pullen P. C, (2009), pertuturan kebiasaannya dipengaruhi oleh

komuniti kanak-kanak tersebut kerana mereka belajar bertutur berdasarkan ajukan.

Maka, tidak hairanlah sekiranya responden menyebut huruf /ng/ secara berlebih-lebihan

mengikut dielek dan cara sebutan mengikut komuniti masing-masing.

Bil.

Kesalahan pengurangan kluster

perkataan

transkripsi

perkataan salah

[sebut]

transkripsi

1

cincin

[cicin]

Rajah 5 : Kesalahan pengurangan kluster.

Merujuk kepada rajah 5 di atas, kesalahan yang dilakukan oleh responden adalah

kesalahan pengurangan kluster.Responden telah menyebut perkataan ‘cincin’ dengan

sebutan [cicin] dengan mengurangkan konsoan ‘n’ yang terdapat di dalam perkataan

‘cincin’. Pengurangan kluster ini merujuk kepada pengurangan ataupun tindakan

menghilangkan satu atau semua bahagian kluster yang terdapat di dalam satu-satu

perkataan ( http: // www. home- speech -home. com/ phonological–processes .html ) .

Pengurangan kluster ini boleh terjadi secara keseluruhan ataupun secara separa.

Merujuk kepada rajah 5 di atas, responden kajian telah melakukan kesalahan

pengurangan kluster secara separa iaitu dengan menghilangkan huruf ‘n’ daripada

perkataan ‘cincin’.

Bil.

Kesalahan penambahan vokal

perkataan

transkripsi

perkataan salah

sebut

transkripsi

1

daun

[dauun]

Rajah 6 : Kesalahan penambahan vokal.

Berdasarkan rajah 6 di atas, responden telah melakukan kesalahan dalam proses

fonologi melibatkan kesalahan penambahan vokal. Kesalahan penambahan vokal telah

dilakukan oleh responden dengan menambah vokal ‘u’ pada perkataan ‘daun’ menjadi

[dauun].Kesalahan yang dilakukan oleh responden ini adalah berkaitan dengan

kesalahan artikulasi.Ini kerana, menurut Turnbbull A, Turnbull R & Wehmeyer M. L,

(2010), artikulasi melibatkan penghasilan bunyi dan urutan bunyi.

Responden dikatakan telah melakukan kesalahan artikulasi disebabkan oleh

penghasilan bunyi ‘daun’ adalah salah kerana responden telah menambahkan satu

fonem pada ‘daun’ iaitu ‘u’ yang mengakibatkan bunyi ‘daun’ menjadi [dauun].

Bil.

Kesalahan penggantian

perkataan

transkripsi

perkataan salah

sebut

transkripsi

1

x-ray

s-ray

Rajah 7 : Kesalahan penggantian

Berdasarkan rajah 7 di atas, kesalahan yang telah dilakukan oleh responden adalah

kesalahan penggantian. Penggantian menurut laman web http://www.home-speech-

home.com/phonological-processes.html terjadi apabila satu kelas bunyi digantikan

dengan kelas bunyi yang lain. Merujuk kepada rajah 7 di atas, responden telah

menggantikan huruf ‘x’ dengan huruf ‘s’ mengakibatkan terjadinya penggantian satu

kelas bunyi dengan kelas bunyi yang lain. Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa

responden telah melakukan kesalahan penggantian.

Kesalahan penggantian ini merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh

kanak-kanak.Menurut Turnbull A, Turnbull R & Wehmeyer. M. L., (2010), kesalahan

penggantian ini biasa dilakukan oleh kanak-kanak tetapi kesalahan ini akan hilang

bersama kematangan mereka. Oleh itu, kesalahan yang dilakukan oleh responden ini

adalah kesalahan yang tidak ketara kerana secara semulajadi akan dapat diperbaiki

seiring dengan proses kematangan.