INDAHNYA BAHASA DALAM PANTUN MELAYU.
OLEH DR AMINUDIN MANSOR
Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa yang baik akan dapat difahami maksud sama ada bahasa yang tersurat dan tersirat. Bahasa yang tersurat adalah yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain.
Begitulah, pantun yang dahulu biasanya disampaikan sewaktu orang Melayu berkebun, bersawah, serta mengadakan majlis merisik, meminang dan nikah kahwin. Pantun sebati dengan adat dan budaya kehidupan masyarakat Melayu. Ia terangkum dalam pantun adat dan resam manusia, agama dan kepercayaan, nasihat dan pendidikan, kembara dan perantauan dan percintaan. Pantun sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasa jika dikaji dan dihayati.
Bahasa dalam pantun juga terdapat dua maksud antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Tetapi pada kebiasaannya pada pembayang atau sampiran pantun ia banyak menggunakan bahasa tersurat dan dalam maksud atau makna ia membawa dan menggunakan bahasa yang tersirat. Bahasa khususnya Bahasa Melayu nilainya amat tinggi tidak boleh dijual beli, seperti kata pantun di bawah ini:
Anak Cina bertimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tapi tanda budi dan bahasa.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
(Warisan Puisi Melayu, KL. DBP 1978).
Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak dapat berfungsi dengan lancar serta tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud. Pemantun atau pengarang pantun biasanya mengambil imej alam, kehidupan dan persekitaran semasa bagi pembayang. Manakala isinya atau maksudnya juga mempunyai kaitan dengan pembayang tersebut.
Bahasa dalam pantun juga meliputi tumbuhan, binatang, alam fizikal dan cakerawala, manusia, peristiwa, agama, objek konkrit, warna dan seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini. Hal ini terdapat dalam pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu. Begitulah juga keindahan bahasa dijelaskan dalam pantun di bawah.
Sebagai contoh;
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
(Kumpulan Pantun Melayu, DBP, 1983)
Simbol mendukung makna kata dan diksi dalam pantun. Simbol juga digunakan mengikut konteks pemakaian, dan lingkungan budaya masyarakat yang menghasilkan pantun itu. Unsur bahasa dan kod budaya turut memancarkan jaluran budaya dan pemikiran masyarakat baik secara individu dan masyarakat atau kelompok masyarakat yang mewakili zamannya. Puitika sesebuah pantun banyak bergantung pada bahasanya yang indah, berseni, mempunyai akal budi, menyentuh rasa dan perasaan dan ada rasa keindahan.
Proses penciptaan simbol ini sangat erat hubungannya dengan budaya dan lingkungan kehidupan orang Melayu pada zaman dahulu dan juga zaman kini bergantung pada bila proses penciptaan pantun itu sendiri. Aspek simbol ini memperkayakan lagi dan turut memahami bahasa dan budaya Melayu melalui karya sastera.
Kajian dan penyelidikan para sarjana mendapati, salah satu cara menyampaikan buah fikiran, teguran dan sindiran adalah melalui pantun. Orang Melayu dahulu gemar menyampaikan sesuatu persoalan secara
tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga hati orang lain agar tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.
Melalui karya sastera, simbol merupakan salah satu unsur bahasa yang penting. Simbol mungkin dapat ditafsirkan secara terus atau secara tidak langsung. Simbol bukan sahaja dapat dikesan melalui karya sastera Melayu lama, malah karya sastera Melayu Moden. Sebagai contoh, pantun Melayu dapat dikesan banyak menggunakan simbol yang dipakai bagi menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu.
Bahasa dalam pantun Melayu dapat dikesan simbolnya melalui Pantun Adat dan Resam, Pantun Agama dan Kepercayaan. Pantun Budi, Pantun Jenaka, Pantun Teka-Teki, Pantun Kepahlawanan, Pantun Nasihat dan Pendidikan, Pantun Peribahasa dan Perbilangan, Pantun Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan dan Pantun Percintaan.
Za’ba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya. Pantun sebagai puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang digunakan untuk berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh hingga kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.
Menurut pengkaji pantun Francois –Rene Daillie (2002) menyimpulkan bahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di dalamnya tersirat segala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah, rumah, kebun, sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang, burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Menurutnya, ia menyatakan juga tentang adat resam, kebijaksanaan, pelbagai bentuk kepercayaan dan perasaan, cinta kepada jejaka idaman, wanita dan Tuhan. Walau bagaimanapun, pantun bukanlah hak milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi bersama oleh hampir setiap etnik di alam Melayu ini.
Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu mempunyai keistimewaan yang dipilih oleh pengarangnya dengan teliti, melalui pemerhatian yang lama dan rapi. Garapan bahasa yang digunakan juga membabitkan simbol tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin disampaikan kepada pendengar.
Bagi kepentingan budi dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat jelas digambarkan melalui pantun di bawah:
Di sana padi di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Barulah sempurna bernama orang.
(Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59).
Pandangan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun di Indonesia lazim disebut “sampiran”. Pantun pada hakikatnya menjadi bahagian yang tidak dipisahkan dari isi pantun. Sebahagian orang mengatakan bahawa kata “pembayang” dapat diertikan sebagai “bayang-bayang” atau “bayangan” pantun, yang menunjukkan
persebatian yang kekal antara pembayang dan isi pantun. Demikian juga dengan kata sampiran yang dapat ditafsirkan sebagai sarung atau tempat menyimpan isi sebagai cerminan perpaduan isi dan sampirannya.
Keindahan bahasa dalam pantun sejak dahulu sangat menitikberatkan unsur pemilihan kata dan bahasa yang disampaikan. Terdapat juga sejumlah kecil pantun menggunakan citra dan simbol alam sebagai pembayang dan juga maksud yang membayangkan perlambangan atau kiasan sebagai membuktikan khazanah keindahan pemikiran Melayu yang luas itu.
Dalam hal ini, R.J. Wilkinson dan R.O.Winstedt (1957) pernah menyarankan bahawa untuk memahami perasaan orang Melayu, seharusnya difahami pantunnya. Mereka berpendapat, bahawa satu daripada perkara yang penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, bahasa dan aliran fikiran orang Melayu sendiri ialah melalui pantun-pantunnya. Malahan seseorang itu tidak dapat menduga aliran fikiran orang-orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya.
Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting dalam serangkap pantun untuk menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa yang tidak indah dan tidak tepat yang digunakan dalam pembayang dan isi pantun akan menyebabkan sesebuah pantun itu tidak seimbang keindahan bahasanya. Perhatikan pantun di bawah:
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
(Petikan Teks Sehijau Warna Daun, “Pantun Budi” 2000:4, DBP.)
Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam setiap tindakan dan perlakuan. Bahasa yang baik akan memancarkan budi bahasa yang baik. Justeru, dikatakan hutang emas boleh di bayar; hutang budi dibawa mati. Begitulah juga dengan orang berbudi disanjung mulia; ke mana pergi tiada terbuang.
Begitulah rapatnya kaitan antara budi dan bahasa. Budi yang baik akan sentiasa diiringi dengan bahasa yang baik juga, yang melambangkan perasaan dan fikiran orang Melayu tentang budi dan bahasa. Orang Melayu sentiasa bersifat budiman, mengenang budi, berbudi bahasa, menabur budi dan sentiasa ingin berbudi. Hal ini sangat jelas dalam kebanyakan pantun-pantun Melayu dahulu.
Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Bahasa Melayu para guru mestilah menekankan keindahan bahasa dalam pantun-pantun Melayu melalui Komponen Sastera (Komsas) dari Tingkatan Satu hingga Lima bagi memberi kesedaran, mendidik akal budi, dengan sifat-
sifat keistimewaan bahasa Melayu dalam karya-karya sastera khususnya pantun. Pantun budi dikategorikan dalam pantun budi dan bahasa.
Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting dalam penciptaan pantun-pantun Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang dikarang atau dibacakan tidak terasa keindahannya. Oleh itu, para pencipta pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana memilih kata-kata tentang penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam, kehidupan, adat istiadatdan budaya masyarakat Melayu. Melalui pemerhatian yang teliti, penelitian yang rapi serta pengalaman baharullah sesebuah pantun itu dicipta dengan fikiran yang bijaksana.
Dicatat oleh DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) di 23:50
Definisi Pantun. Konsep Pantun.Unsur Pantun
Pendahuluan
Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1961). Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka. Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.
Penciptaan Pantun Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka. Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, kepercayaan terhadap Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.t. Kenyataan ini dapat dilihat daripada penggunaan unsur alam dan kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen alam fizikal atau alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh alam. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Fenomena ini biasanya disebut sebagai alam ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t (2006).
Unsur Alam dalam PantunSebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain. Maksud boleh pula ialah, manusia boleh membuat sesuatu berdasarkan kuderat dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Mereka yang cacat, mungkin tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai seperti mereka yang normal. Namun, kita jangan lupa, bahawa mereka yang cacat [penglihatan] mungkin lebih tajam daya imiginasi mereka berbanding dengan kita yang normal.
Hal inilah yang dikatakan bahawa mata hati mereka (yang cacat penglihatan) lebih tajam derianya (perasaan) daripada manusia yang normal. Mereka dapat bermonolog dan bermeditasi dengan daya imiginasi yang lebih ampuh jika dibandingkan dengan mereka yang normal penglihatannya. Begitu juga yang cacat pendengaran, mungkin daya agakan mereka lebih tajam, iaitu seumpama lintah di dalam air yang tajam pendengaran lalu hanya dengan melalui riak dan getaran air, si lintah akan datang kepada objek yang menyebabkan kocakan atau riakan air itu. Demikian juga rasa sentuhan, deria sentuh dan rasa (perasaan). Yang cacat pendengaran dan penglihatan mungkin lebih tajam daya rasa dan perasaan berbanding dengan insan yang normal.
Selaku manusia yang normal, kita amat bertuah kerana dengan kenormalan itu kita dapat mencetuskan idea bagi menghasilkan puisi yang baik. Oleh itu, penggunaan unsur alam akan dilihat lebih membawa makna yang lebih dari sekadar maknanya yang harfiah. Unsur ini perlu ditafsir bagi menghayati makna yang sebenar. Tuntutan untuk melaksanakan tafsiran bagi menemukan makna ini memberi implikasi bahawa kesusasteraan memiliki sifat zahir dan batin atau yang tersurat dan yang tersirat (Hashim Awang, 2002). Muhamad Haji Salleh (1999), memberi pandangan bahawa manusia Melayu membaca dan mentafsir kejadian alam untuk memahami sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang akan berlaku (ramalan). Alam sering dilihat seperti mengetahui perasaan manusia dan menyebelahinya dalam menyediakan tanda, memberi peringatan atau pun merayakan sesuatu peristiwa dan keadaan. Alam membayangkan kebenaran. Maka bayangan ini selalu dicari oleh pemikir dan pengarang untuk dipindahkan ke dalam karya mereka. Misalnya, unggas atau ayam akan berbunyi menandakan sesuatu (seperti manusia dan bukan manusia) akan datang dan terbit waktu fajar pada waktu subuh.
Mengikut Za’ba (1934) perlambangan atau teknik yang sengaja menyamarkan citra dan makna adalah salah satu teknik utama sastera Melayu yang bukan sahaja digunakan dalam pantun tetapi juga dalam naratif yang lain. Menurut pendapat Pendeta ini, hal ini demikian kerana dalam pemikiran sastera, sekurang-kurangnya pantun, hikayat dan beberapa bentuk yang berkaitan, sesuatu yang lebih misterius. Oleh itu, segala-galanya akan lebih mencabar akal fikiran khalayaknya.
Unsur-unsur Lain dalam Pantun
Menurut kajian, selain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran, penyair Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik dan jelas, iaitu melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran. Karangan mereka lebih bersifat falsafah dan pemikiran. Salah satu contoh yang baik ialah Syair Ma’rifat karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut:
Baik-baik tuan menerima
Kepada pohon ialah seumpama
Daun dan buah tiada sama
Masing-masing berlain-lain nama
Sebiji kelapa ibarat sama
Lafaznya empat suatu makna
Di situlah banyak orang terkena
Sebab pendapat kurang sempurna
Kulitnya itu ibarat syariat
Tempurungnya itu ibarat tarekat
Isinya itu ibarat hakikat
Minyaknya itu ibarat makrifat
Jikalau kita amat-amati syair Ma’rifat baris demi baris, unsur alam, iaitu pokok kelapa digunakan secara terperinci untuk menggambarkan konsepsi agama seperti tarekat dan makrifat. Demikian juga jika kita biasa mendengar bait-bait lagu nasyid yang antara lainnya berbunyi seperti yang berikut:
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang, apa gunanya?
Mukadimah yang di atas dan beberapa sub topik yang berikutnya bukanlah tujuan kertas kerja ini disediakan. Pengenalan yang diberi di atas bertujuan supaya pembaca memahami asal-usul terciptanya karya puisi yang di dalamnya termasuklah pantun. Oleh yang demikian, perhatian pemakalah
ditumpukan kepada kaedah atau cara (definisi yang diskopkan pemakalah) pantun dicipta oleh pengkaryanya.
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.
Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.
Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih).
PERANAN PANTUN
Sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih orang berfikir asosiatif, bahwa suatu kata bisa memiliki kaitan dengan kata yang lain.
Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, bahkan hingga sekarang. Di kalangan pemuda sekarang, kemampuan berpantun biasanya dihargai. Pantun menunjukkan kecepatan seseorang dalam berpikir dan bermain-main dengan kata.
Namun demikian, secara umum peran sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaian pesan.
Struktur pantun
Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampiran terutama menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat dipahami karena pantun merupakan sastra lisan.
Meskipun pada umumnya sampiran tak berhubungan dengan isi kadang-kadang bentuk sampiran membayangkan isi. Sebagai contoh dalam pantun di bawah ini:
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belum lagi teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belum lagi sembuh
Beberapa sarjana Eropa berusaha mencari aturan dalam pantun maupun puisi lama lainnya. Misalnya satu larik pantun biasanya terdiri atas 4-6 kata dan 8-12 suku kata. Namun aturan ini tak selalu berlaku.
Jenis-jenis pantunArtikel atau bagian artikel ini mungkin lebih cocok dipindahkan ke Wikisource[pindah]
Pantun Adat
Menanam kelapa di pulau BukumTinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitabullah
Ikan berenang lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang
Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka
Bukan lebah sembarang lebah
Lebah bersarang di buku buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh
Pohon nangka berbuah lebat
Bilalah masak harum juga
Berumpun pusaka berupa adat
Daerah berluhak alam beraja
Pantun Agama
Banyak bulan perkara bulanTidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan Yang Esa
Daun terap di atas dulang
Anak udang mati di tuba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicoba
Bunga kenanga di atas kubur
Pucuk sari pandan Jawa
Apa guna sombong dan takabur
Rusak hati badan binasa
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
Pantun Budi
Bunga cina di atas batuDaunnya lepas ke dalam ruang
Adat budaya tidak berlaku
Sebabnya emas budi terbuang
Di antara padi dengan selasih
Yang mana satu tuan luruhkan
Diantara budi dengan kasih
Yang mana satu tuan turutkan
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Sarat perahu muat pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat berlaku lagi dikenang
Inikan pula budi yang baik
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa karena emas
Hilang budi karena miskin
Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Mari kita menanam budi
Ayam jantan si ayam jalak
Jaguh siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari
Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik
Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas
Pantun Jenaka
Pantun Jenaka adalah pantun yang bertujuan untuk menghibur orang yang mendengar, terkadang dijadikan sebagai media untuk saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban, sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi semakin riang. Contoh:
Di mana kuang hendak bertelur
Di atas lata di rongga batu
Di mana tuan hendak tidur
Di atas dada di rongga susu
Elok berjalan kota tua
Kiri kanan berbatang sepat
Elok berbini orang tua
Perut kenyang ajaran dapat
Sakit kaki ditikam jeruju
Jeruju ada di dalam paya
Sakit hati memandang susu
Susu ada dalam kebaya
Naik ke bukit membeli lada
Lada sebiji dibelah tujuh
Apanya sakit berbini janda
Anak tiri boleh disuruh
Orang Sasak pergi ke Bali
Membawa pelita semuanya
Berbisik pekak dengan tuli
Tertawa si buta melihatnya
Jalan-jalan ke rawa-rawa
Jika capai duduk di pohon palem
Geli hati menahan tawa
Melihat katak memakai helm
Limau purut di tepi rawa,
buah dilanting belum masak
Sakit perut sebab tertawa,
melihat kucing duduk berbedak
jangan suka makan mentimun
karna banyak getahnya
hai kawan jangan melamun
melamun itu tak ada gunanya
Pantun Kepahlawanan
Pantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya berhubungan dengan semangat kepahlawanan
Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah misai tahu takut
Kamipun muda lagi perkasa
Hang Jebat Hang Kesturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata
Kalau orang menjaring ungka
Rebung seiris akan pengukusnya
Kalau arang tercorong kemuka
Ujung keris akan penghapusnya
Redup bintang haripun subuh
Subuh tiba bintang tak nampak
Hidup pantang mencari musuh
Musuh tiba pantang ditolak
Esa elang kedua belalang
Takkan kayu berbatang jerami
Esa hilang dua terbilang
Takkan Melayu hilang di bumi
Pantun Kias
Ayam sabung jangan dipautJika ditambat kalah laganya
Asam di gunung ikan di laut
Dalam belanga bertemu juga
Berburu ke padang datar
Dapatkan rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi
Anak Madras menggetah punai
Punai terbang mengirap bulu
Berapa deras arus sungai
Ditolak pasang balik ke hulu
Kayu tempinis dari kuala
Dibawa orang pergi Melaka
Berapa manis bernama nira
Simpan lama menjadi cuka
Disangka nenas di tengah padang
Rupanya urat jawi-jawi
Disangka panas hingga petang
Kiranya hujan tengah hari
Pantun Nasihat
Kayu cendana di atas batuSudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu
Benda yang buruk memang terbuang
Kemuning di tengah balai
Bertumbuh terus semakin tinggi
Berunding dengan orang tak pandai
Bagaikan alu pencungkil duri
Parang ditetak ke batang sena
Belah buluh taruhlah temu
Barang dikerja takkan sempurna
Bila tak penuh menaruh ilmu
Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Bijak bertemu dengan jauhari
Bagaikan cincin dengan permata
Ngun Syah Betara Sakti
Panahnya bernama Nila Gandi
Bilanya emas banyak di peti
Sembarang kerja boleh menjadi
Jalan-jalan ke Kota Blitar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun
Pantun Percintaan
Coba-coba menanam mumbangMoga-moga tumbuh kelapa
Coba-coba bertanam sayang
Moga-moga menjadi cinta
Jangan suka bermain tali
Kalau tak ingin terikat olehnya
Putus cinta jangan disesali
Pasti kan datang cinta yang lainnya
Limau purut lebat di pangkal
Sayang selasih condong uratnya
Angin ribut dapat ditangkal
Hati yang kasih apa obatnya
Ikan belanak hilir berenang
Burung dara membuat sarang
Makan tak enak tidur tak tenang
Hanya teringat dinda seorang
Anak kera di atas bukit
Dipanah oleh Indera Sakti
Dipandang muka senyum sedikit
Karena sama menaruh hati
Ikan sepat dimasak berlada
Kutunggu digulai anak seberang
Jika tak dapat di masa muda
Kutunggu sampai beranak seorang
Kalau tuan pergi ke Tanjung
Kirim saya sehelai baju
Kalau tuan menjadi burung
Sahaya menjadi ranting kayu.
Kalau tuan pergi ke Tanjung
Belikan sahaya pisau lipat
Kalau tuan menjadi burung
Sahaya menjadi benang pengikat
Kalau tuan mencari buah
Sahaya pun mencari pandan
Jikalau tuan menjadi nyawa
Sahaya pun menjadi badan.
Pantun Peribahasa
Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Ke hulu memotong pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Jangan jadi sesal kemudian
Kerat kerat kayu di ladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul
Harapkan untung menggamit
Kain di badan didedahkan
Harapkan guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Pohon pepaya di dalam semak
Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan
Pantun Perpisahan
Pucuk pauh delima batuAnak sembilang di tapak tangan
Biar jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan
Bagaimana tidak dikenang
Pucuknya pauh selasih Jambi
Bagaimana tidak terkenang
Dagang yang jauh kekasih hati
Duhai selasih janganlah tinggi
Kalaupun tinggi berdaun jangan
Duhai kekasih janganlah pergi
Kalaupun pergi bertahun jangan
Batang selasih mainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Bunga Cina bunga karangan
Tanamlah rapat tepi perigi
Adik di mana abang gerangan
Bilalah dapat bertemu lagi
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umurku panjang
Bolehlah kita bertemu lagi
Pantun Teka-teki
Kalau tuan bawa keladiBawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk di hidung?
Beras ladang sulung tahun
Malam malam memasak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi
Terendak bentan lalu dibeli
Untuk pakaian saya turun ke sawah
Kalaulah tuan bijak bestari
Apa binatang kepala di bawah ?
Kalau tuan muda teruna
Pakai seluar dengan gayanya
Kalau tuan bijak laksana
Biji di luar apa buahnya
Tugal padi jangan bertangguh
Kunyit kebun siapa galinya
Kalau tuan cerdik sungguh
Langit tergantung mana talinya?
BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN
PENGENALAN
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi
sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b
dan ada juga berima a,a,a,a .
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai
nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
JENIS-JENIS PANTUN
Pantun 2 kerat
Pantun 4 kerat (jenis paling popular)
Pantun 6 kerat
Pantun 8 kerat
Pantun 10 kerat
Pantun 12 kerat
Pantun 14 kerat
Pantun berkait
FUNGSI PANTUN
Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
Sindiran atau tempelak
Melepaskan rindu dan kasih sayang
Menyatakan penghargaan/terima kasih
Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
Hiburan atau jenaka
DI MANA ORANG BERPANTUN?
Majlis pertunangan dan perkahwinan
Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi
Pertandingan berbalas pantun
Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain:
PANTUN
-sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan).
JENIS-JENIS PANTUN
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait
Contoh:
Pantun dua kerat Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pantun empat kerat Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
DEFINISI PANTUN
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati dan digunakan untuk mengambarkan pelbagai keadaan dan kegunaan seperti melahirkan perasaan sedih, gembira, rindu, berkasih dan memberi nasihat. Pantun juga boleh diguna secara berbalas-balasan di majlis seperti peminangan, perkahwinan dan di dalam rancangan radio. Pantun juga boleh dinyanyikan seperti mana lagu Rasa Sayang, Sri Mersing dan lain-lain. Pantun juga dibaca sebagai mentera dalam sesetengah jampi serapah yang diamalkan oleh pawang dan dukun dalam perubatan tradisional.
Pantun - Pengenalan
Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.
Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat
Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia.
Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulupun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.
ENIS-JENIS & KANDUNGAN PANTUN
JENIS-JENIS PANTUN
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.
Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.
Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.
Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.
[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Pembayang atau Sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku Kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau Bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/, Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Jenis-jenis pantun beserta contohnya | Pantun adalah salah satu jenis puisi lama, Pantun memiliki kekhasan yaitu terdiri dari 4 larik/baris, dimana 2 baris pertama disebut dengan sampiran, sedangkan 2baris terakhir disebut dengan isi. Adapun pantun mempunyai sajak akhir dengan pola a-b-a-b atau a-a-a-a.
Pantun sendiri dikelompokkan menjadi bermacam-macam jenis, berikut ini adalah beberapa jenis pantun yang disertai dengan contohnya:
1. Pantun AdatLebat daun bunga tanjungBerbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjungBaru terpelihara adat pusaka
2. Pantun AgamaDaun terap di atas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicoba
3. Pantun BudiBiarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMari kita menanam budi
4. Pantun JenakaNaik kebukit membeli ladaLada sebiji dibelah tujuhApanya sakit berbini jandaAnak tiri boleh disuruh
5. Pantun KepahlawananEsa elang kedua belalangTakkan kayu berbatang jeramiEsa hilang dua terbilangTakkan Melayu hilang dibumi
6. Pantun KiasAyam sabung jangan dipautJika ditambat kalah laganyaAsam digunung ikan dilautDalam belanga bertemu juga
7. Pantun NasihatParang ditetak kebatang senaBelah buluh taruhlah temuBarang dikerja takkan sempurnaBila tak penuh menaruh ilmu
8. Pantun PercintaanAnak kera di atas bukitDipanah oleh Indera SaktiDipandang muka senyum sedikitKarena sama menaruh hati
9. Pantun PeribahasaBerakit-rakit kehuluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian
10. Pantun PerpisahanBatang selasih mainan budakBerdaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
11. Pantun teka-tekiKalau tuan muda terunaPakai seluar dengan gayanyaKalau tuan bijak laksanaBiji diluar apa buahnya
Indahnya Pantun - Contoh Berbalas Pantun
Salam Bahagia. Seperti yang dijanjikan saya akan menampilkan sebahagian dari contoh-contoh berbalas pantun yang dipetik dari pertandingan berbalas pantun yang pernah di sertai dahulu. Walau bagaimanapun ada pantun jawapan yang disiarkan di sini telah melalui proses penyempurnaan kerana jawapan yang diutarakan sewaktu pertandingan kurang tepat. Saya akan menyorot kembali post ini dan menyertakan pantun jawapan sebenar sebagai perbandingan. Silalah semak kembali post ini dalam waktu yang terdekat.
Membawa beras ke InderagiriPucuk paku di dalam ragaKenapa keras jariku iniIkan dilukis menjadi naga?
Kelapa bali kelapa puanDitawan orang di dalam kebunKalau nak lembutkan jarimu puanRendamlah di dalam airnya sabun
Bunga Melati indahnya rupaSayang dicampak di tepi kaliBuah hati sudahku jumpaSayang ditembak SiBentung Kali?
Tok Guru mengayuh basikalLaju menuju ke rumah Pak PandirJanganlah ragu janganlah kesalBukankah itu suratan takdir
Anak Merbah mati di lapahTertelan selasih di atas paraBertemu sudah bicara sudah
Kenapa masih gundah gulana?
Burung puyuh terbang rendahMencari makan dengan pantasHatiku resah lagi gulandahKerana kasihku tidak berbalas
Bacang masak bersama manggisDalam guri orang membawaBulan teresak matahari menangisMengapa pula bintang tertawa?
Bacang masak bersama manggisDibawa orang bersama pulutBulan teresak matahari menangisbintang tertawa si bumi terkentut
Buah belimbing dahannya sekahMari diatur di dalam pingganSedang bersanding di sengat lebahApa tindakan puan lakukan?
Kalau tuan pergi ke MekahJangan lupa membawa bekalanSedang bersanding disengat lebahKusuruh suami tolong ciumkan
Anak Cina di Kampung LembahMeraut selasih ditepi payaTidur lena makan bertambahMengapa masih tidak bermaya?
Meraut selasih ditepi payaPaya penuh si pohon semaluJika mahu badan bermayaMakan cukup senamlah selalu.