1.0 TAJUK
Mengenalpasti dan melaksanakan projek yang menggunakan bahan kayu, logam,
komponen elektrik, elektronik dan jahitan serta menyediakan rancangan pemasaran
untuk projek tersebut bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Kemahiran Hidup
sekolah rendah – Projek Kotak Bermuzik.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 MENGENAL PASTI MASALAH
Masalah yang dikenalpasti adalah kaedah penyimpanan barang kemas yang lebih
effisien dan sistematik terutamanya untuk golongan jutawan yang memiliki barang
kemas yang banyak. Biasanya barang kemas akan disimpan di tempat yang selamat
daripada masalah kecurian dan sebagainya. Sesetengah barang kemas adalah bersaiz
kecil tetapi mahal dan kadangkala pengguna lupa tempat penyimpanan barang tersebut.
Untuk itu projek ini direkacipta sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan barang
kemas dan mudah diingati kerana bentuknya yang menarik. Bagi mengelakkan daripada
kecurian, projek ini menghasilkan bunyi muzik apabila pintu dibuka.
2.2 PENGUMPULAN MAKLUMAT
Untuk memulakan projek, elemen-elemen yang dititikberatkan dalam pengumpulan
maklumat adalah pembacaan dan penyelidikan, melayari internet, pemerhatian dan
bimbingan daripada pensyarah. Aspek teknikal rekabentuk dikaji dengan teliti sebelum
memulakan rekabentuk. Medium internet digunakan dengan optimum sebagai sumber
penjanaan dan cetusan idea yang interaktif dan fleksibiliti.
1
REKA CIPTA
Mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat dan data, menganalisi maklumat dan menyenaraikan idea penyelesaian masalah
Melakar beberapa reka bentuk projek berdasarkan lakaran 2D dan 3D
Menilai dan memilih konsep reka bentuk serta membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran isometrik
Mengenal pasti bahan dan kesannya, memilih bahan, membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran
Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina dan membuat persembahan projek
Mengukur, menanda, memotong, mencantum dan membina bahagian projek, menguji dan menilai serta membuat kemasan projek
Menilai dan memilih idea yang paling sesuai
2
2.3 LAKARAN PENJANAAN DAN CETUSAN IDEA
3
4
5
2.4 ANALISIS REKABENTUK
REKABENTUK 1
Kelebihan
boleh mengisi pelbagai jenis barang kemas dengan banyak.
Mempunyai ruang yang luas.
Kekurangan
Menyukarkan pengguna sekiranya hendak mengambil barang kemas di
dalamnya yang bercampur.
Ketinggiannya tidak sesuai untuk menyimpan barang kemas yang bersaiz
kecil seperti cincin dan manik.
REKABENTUK 2
6
Kelebihan
Produk yang kukuh
Ada pembahagian ruang
Kekurangan
Konsep kotak barang kemas tidak sesuai dan relevan.
Proses pembuatan yang sukar.
REKABENTUK 3
7
Kelebihan
Reka bentuk dalaman dan luaran yang menarik dan canggih.
Memuatkan pelbagai jenis barang kemas.
Mudah dikormersialkan.
Kekurangan
Tidak stabil dan mudah terbalik.
Sukar untuk mengambil barang kemas.
Proses pembuatan yang terlalu sukar.
2.5 ANALISIS MASALAH
8
Mengapa produk ini dikeluarkan?
Produk ini dikeluarkan untuk mengatasi masalah menyimpan pelbagai jenis
barang kemas.
Bila produk ini akan dikeluarkan?
Pasaran produk ini adalah bergantung kepada kajian pemasaran yang telah
dilakukan.
Produk ini dikeluarkan untuk siapa?
Tumpuan produk ini adalah kepada golongan yang menghadapi masalah
menyimpan barang kemas.
Ini akan memudahkan mereka untuk menyimpan pelbagai jenis koleksi
barang kemas.
Di manakah produk ini boleh dipasarkan?
Berdasarkan perkiraan saya, produk ini boleh dipasarkan di kedai-kedai
menjual barang kemas.
2.6 PEMILIHAN IDEA
Setelah meneliti, mengumpul dan menganalisis maklumat, maka kami akan
merekacipta kotak barang kemas yang pada fikiran kami menepati kehendak
pengguna.
Kegunaannya boleh dipelbagaikan. Misalnya sekiranya pengguna tidak mahu
mengisi barang kemas, bekas ini boleh diisi dengan alatan jahitan, aksesori
dan sebagainya.
9
Berdasarkan pengetahuan yang sedia ada, saya mendapati bahan-bahan
untuk membina kotak barang kemas ini mudah didapati dengan kos yang
rendah dan tidak membebankan.
2.7 PEMILIHAN REKA BENTUK
Saya mulakan pemilihan reka bentuk dengan teliti kerana mahu menjadikan
kotak barang kemas ini mempunyai reka bentuk yang sesuai dan menarik supaya ia
dapat menarik perhatian orang ramai dan mampu bersaing dengan produk lain di
pasaran. Saya membuat penilaian reka bentuk berdasarkan kepada faktor seperti
fungsi, rekabentuk, kesesuaian bahan, kaedah pembinaan, ketahanan, kos pembinaan,
kekemasan, keselamatan, nilai komersial dan ciri-ciri ergonomik rekabentuk kotak
barang kemas.
2.8 KRITERIA PEMILIHAN BAHAN
Pemilihan bahan adalah berdasarkan kepada kriteria mudah mendapatkan bahan
tersebut pada harga yang murah dan berpatutan. Kayu mdf dipilih disebabkan sifat
fiziknya yang ringan dan bahan tersebut memang sudah tersedia di bengkel Kemahiran
Hidup serta secara automatiknya menjimatkan kos.
10
3.0 OBJEKTIF
Objektif kotak emas bermuzik adalah untuk memudahkan penyimpanan barang kemas
yang sistematik dan mempunyai ciri keselamatan yang tinggi. Membolehkan pelbagai
jenis barang kemas dan barangan lain disimpan di dalam satu bekas. Seterusnya
menjana idea kreatif dan kritis yang lahir dari fikiran pelajar dalam mendapatkan hasil
kerja yang terbaik.
4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN
Fungsi dan kegunaan kotak emas bermuzik adalah sebagai tempat penyimpanan
barang kemas yang mempunyai ciri keselamatan. Suis dipasang pada pintu atau
penutup untuk menghasilkan muzik apabila penutup di buka. Secara tidak langsung
ianya menjadi sebahagian daripada aspek keselamatan rekabentuk. Penggunaan kayu
mdf dipilih disebabkan sifat fiziknya yang ringan dan sesuai dengan konsep pengisian
barangan unik individu tertentu.
11
5.0 DISKRIPSI PROJEK
BIL
AKTIVITIMEI JUN JULAI
M1
M2
M3
M4
M1
M2
M3
M4
M1
M2
M3
M4
1 Mengenal pasti masalah Perbincangan ♫ ♫ ♫ Sumbangsaran ♫ ♫ Membuat rujukan ♫ ♫
2 Mengumpul maklumat dan data Bimbingan pensyarah ♫ ♫ Pembacaan ♫ ♫ Melihat contoh projek ♫ ♫
3 Lakaran dan cetusan idea Berbincang ♫ ♫ Membuat lakaran ♫ ♫ Pemilihan rekabentuk ♫
4 Perancangan dan pembinaan projek Lukisan teknikal ♫ ♫ Proses Pembuatan ♫ ♫ ♫ Pelan dan ukuran ♫ ♫ Pasang IC muzik ♫ ♫
5 Pemasangan dan pengubahsuaian Memeriksa bahan ♫ Memeriksa sambungan ♫ Membuat inovasi ♫
6 Membuat folio Perancangan Dokumentasi Kemasan
7 Persembahan Menyatukan bahan Sediakan persembahan Penyerahan projek
12
BILAKTIVITI
OGOS SEPTEMBER M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1 Mengenal pasti masalah Perbincangan Sumbangsaran Membuat rujukan
2 Mengumpul maklumat dan data Bimbingan pensyarah Pembacaan Melihat contoh projek
3 Lakaran dan cetusan idea Berbincang Membuat lakaran Pemilihan rekabentuk
4 Perancangan dan pembinaan projek Lukisan teknikal Proses Pembuatan ♫ ♫ Pelan dan ukuran Pasang IC muzik ♫ ♫
5 Pemasangan dan pengubahsuaian Memeriksa bahan ♫ ♫ Memeriksa sambungan ♫ ♫ Membuat inovasi ♫
6 Membuat folio Perancangan ♫ ♫ Dokumentasi ♫ ♫ ♫ ♫ Kemasan ♫ ♫ ♫
7 Persembahan Menyatukan bahan ♫ ♫ Sediakan persembahan ♫ ♫ Penyerahan projek ♫
6.0 PROSES PEMBUATAN REKABENTUK
13
6.1 PENYEDIAAN BAHAN DAN PEMBINAAN
Langkah awal yang diambil dalam penyediaan bahan adalah meneliti terlebih dahulu
aspek teknikal yang perlu diambilkira seperti proses pembuatan rekabentuk, jenis
bahan, kaedah penggunaan mesin yang bersesuaian dengan bentuk produk binaan dan
rekabentuk tempat penyimpanan litar elektrik untuk menghasilkan muzik. Antara alatan
tangan yang digunakan adalah seperti di bawah.
PROSES ALATAN TANGAN
Mengukur dan menanda Pembaris keluli, sesiku L, pensel
Memotong Gergaji puting, gergaji lengkung halus
Membentuk Kikir parut, pahat tepi serong
Mencantum Ganding kayu, tukul warrington
Kemasan Pengikis
6.2 PROSES PEMBUATAN
14
Proses permulaan rekabentuk kotak emas berbentuk berlian ini dimulakan dengan
memotong kepingan papan mdf setebal 12 mm dan mengikut ukuran seperti yang
terdapat pada lukisan kerja. Pada permulaannya bentuk berlian dari perspektif
pandangan pelan dilukis mengikut ukuran spesifikasi rekabentuk. Daripada pandangan
pelan yang berbentuk berlian, sudut pemotongan untuk menggergaji kepingan mdf
ditentukan. Terdapat 5 kepingan papan mdf untuk dipotong mengikut spesifikasi sudut
rekabentuk seperti di bawah.
Untuk menghasilkan bentuk berlian atau diamond, maka kepingan papan mdf dipotong
menggunakan gergaji dalam keadaan bersudut seperti dalam gambar di bawah dan
dibuat sambungan satu demi satu kepingan papan mdf bersudut yang telah siap
dipotong. Gambaran kedudukan mata gergaji dan kepingangan mdf pada pengapit di
tepi meja kerja bengkel adalah seperti di bawah.
15
Setelah siap dipotong, kelima-lima keping mdf disambung menggunakan gam pvc
sebagai pengikat sementara dan dibiarkan selama 15 minit. Langkah seterusnya adalah
langkah untuk menghasilkan bahagian tapak berbentu berlian. Kepingan mdf setebal 5
mm dipotong menggunakan vendsaw machine mengikut bentuk berlian berdasarkan
kepada dimensi terperinci pada lukisan kerja. Kemasan akhir pada 5 bahagian yang
dipotong tadi menggunakan sanding machine. Kemudian bahagian tapak dilekatkan
dengan bahagian lekatan 5 keping mdf tadi menggunakan gam pvc. Setelah dibiarkan
selama 15 minit lekatan ini dipaku dari bahagian bawah.
16
Langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan bahagian pintu atau penutup kotak.
Prosesnya adalah sama seperti untuk menghasilkan bahagian tapak. Bahagian tengah
pintu dibahagi kepada 2 bahagian dan dipotong menggunakan gergaji mata kecil untuk
mendapatkan bentuk seperti di bawah.
17
Langkah seterusnya adalah untuk memasang engsel pada lekatan 5 keping mdf atau
kotak. Setelah engsel dipasang, penyokong dan ruang penyimpanan bateri direkabentuk
mengikut ketinggian spesifikasi yang telah ditetapkan. Tujuannya adalah sebagai tempat
penyimpanan IC muzik, buzer, litar elektrik dan bateri.
Kemudian tempat penyimpanan barang kemas direkabentuk yang mengandungi 4
bahagian atau partition. Setiap satu bahagian dikhaskan untuk mengisi satu jenis barang
kemas dan boleh juga mengikut citarasa pengguna seperti dalam gambar di bawah.
18
Ketika pintu dibuka, muzik akan berkumandang dan muzik akan dimatikan apabila pintu
ditutup disebabkan pemasangan sliding door switch. Keadaan dan bentuk kotak muzik
apabila ditutup dan dibuka adalah seperti di bawah.
19
7.0 REKABENTUK PRODUK
20
21
7.1 TERJEMAHAN LITAR SKEMATIK KE DALAM REKABENTUK
22
Pengujian Keterusan Litar + Muzik
BAHAN KUANTITI
Perintang 330 Ω 1
LED 1
Klip Buaya 2
Wire Kembar 1
Bateri Snap 1
Veroboard Potong 4
IC Muzik 1
Trs 9013 1
Speaker 1
23
24
8.0 SPESIFIKASI PROJEK
8.1 SPESIFIKASI REKABENTUK
25
26
8.2 KEFUNGSIAN
Kotak barang kemas ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang kemas yang
pelbagai jenis dengan kaedah penyimpanan yang sistematik dan effisien. Ianya dapat
memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
8.3 ESTETIKA DAN KEMASAN
Kotak barang kemas ini mempunyai ciri estetika dan kemasan yang unik mengikut
bentuk berlian dan sesuai dengan konsep dan tema kotak barang kemas. Rekabentuk
tepat, menarik, mempunyai saiz yang sesuai dan memberi kesan kepada pengguna.
8.4 MESRA ALAM
Penggunaan bahan yang tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak membahayakan.
8.5 KESELAMATAN
Ciri keselamatan yang dimuatkan di sini adalah penggunaan IC muzik bagi
membolehkan pemilik tahu jika kotak barang kemas mereka dibuka oleh individu lain.
8.6 KETAHANAN
Tahan untuk digunakan dan tidak mudah rosak sekiranya terjatuh dan sebagainya.
Ketahanan dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk ini.
27
8.7 KOS
Kos pembuatan yang rendah dan tidak membebankan pengeluar.
8.8 KESESUAIAN BAHAN DAN KEASLIAN
Terbukti bahan yang digunakan adalah asli dan sesuai dengan projek. Bahan yang
dipilih adalah tepat dan sesuai. Sebahagian daripadanya menggunakan bahan kitar
semula. Produk mempunyai nilai komersial, iaitu menepati kehendak dan cita rasa
pengguna.
28
9.0 HASIL KERJA AKHIR
29
30
10.0 PENGIRAAN KOS
31
KOS UPAH
Masa untuk menyiapkan 1 unit kotak barang kemas ialah 8 jam. Kerja ini dibuat oleh dua
orang pekerja iaitu Jamil dan Shaipul. Kadar upah pekerja ialah RM 3.50 sejam.
KOS PROJEK
KOS PENGELUARAN SEUNIT
Kos upah = 2 orang x 8 jam x RM3.50
= RM 56
32
Kos projek = kos bahan + kos upah
= RM 27.50 + RM 56 = RM 83.50
Catatan:
Kos Bahan terdiri daripada kos ic muzik, buzer, bateri, mdf, baldu, kain hiasan, paku, engsel, logam dan lain-lain bahan yang terlibat.
PARAS UNTUNG
HARGA PASARAN
33
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah
= RM 27.50 + RM 56 = RM 83.50
Kos pengeluaran seunit = RM 83.50
Paras untung yang dikehendaki ialah 20%
Oleh itu,
20 x RM 83.50 (kos projek) 100
= RM 16.40
Maka, Kotak barang kemas bermuzik ini boleh dipasarkan dengan harga RM 99.90.
Daripada aspek strategi pemasaran angka 99.90 mempunyai nilai unik dalam dunia
perniagaan jika dikaji dari sudut psikologi untuk mempengaruhi minda separa sedar
masyarakat amnya. Daripada sudut agama angka 99 melambangkan 99 nama Allah
S.W.T. dalam Asma Ul-Husna.
11.0 MERANCANG STRATEGI PEMASARAN
34
Harga Pasaran = Paras Untung + Kos Projek
Harga Pasaran = RM 16.40 + RM 83.50
Harga Pasaran = RM 99.90
Strategi pemasaran merupakan segala usaha yang dilakukan untuk mendapatkan
pelanggan dan mencapai objektif pemasaran secara lebih berkesan. Oleh itu, kami telah
membentuk strategi pemasaran sebelum produk keluaran yang siap diproses
dipasarkan kepada pengguna.
Kami telah membahagikan strategi pemasaran kepada dua iaitu dengan
mengenalpasti sasaran pasaran dan campuran pasaran. Dalam sasaran pasaran, kami
telah menentukan terlebih dahulu siapakah pengguna atau sasaran pengguna yang
akan membelikan produk ini. Di dalam konteks ini, sasaran yang telah dikenalpasti
adalah golongan mewah dan sederhana yang sentiasa memerlukan kotak barang
kemas yang selamat untuk menyimpan koleksi peribadi.
Kemudian kami telah mengenalpasti campuran pemasaran yang merangkumi
aspek produk, harga, promosi dan tempat. Kami merancang strategi pemasaran 4P ini
kerana ia penting untuk mencapai keuntungan dan kepuasan pengguna yang optimum.
Strategi pemasaran merupakan segala usaha yang dilakukan untuk
mendapatkan pelanggan. Oleh itu, kami telah membentuk strategi pemasaran sebelum
produk keluaran yang siap diproses dipasarkan kepada pengguna.
Antara strategi pemasaran yang akan kami lakukan ialah melalui pengiklanan,
promosi jualan, publisiti, jualan langsung, kad perniagaan, poster dan sepanduk.
35
JENAMA PRODUK KOTAK
BARANG KEMAS
JAMINAN
KUALITI
KADPERNIAGAAN
STRATEGIPEMASARAN
HARGA BERPATUTAN
JUALAN LANGSUNGKEPADAPENGGUNA
POSTER DAN SEPANDUK
PENGIKLANAN PUBLISITI DAN
PROMOSI JUALAN
36
PROMOSIJUALANKEPADA
GOLONGAN SASARAN
STRATEGIPEMASARA
N4 P
PRODUCT(produk)
PRICE(harga)
PLACE(tempat)
PROMOTION(promosi)
37
TEMPAT UNTUKDIPASARKAN
KEDAI BARANG KEMAS DAN PAJAK
GADAI
PASARAYA
INTERNET DAN LAMAN WEB
BANK
38
DAPATKAN PELANGGAN
HASILKANPRODUK
PASARKAN KEPADAPELANGGAN
”KAEDAH INI BOLEH MENGURANGKAN KERUGIAN DENGAN TIDAK MENYIMPAN
STOKINVENTORI.
KAMI TIDAK AKAN KERUGIAN JIKA MENDAPATKAN PELANGGAN TERLEBIH
DAHULU SEBELUM MENGHASILKAN PRODUK”
STRATEGI PERNIAGAAN SYARIKAT KAMI ADALAH …
39
Produk
Produk keluaran kami adalah kotak barang kemas yang boleh memuatkan
pelbagai jenis barang kemas.
Kotak barang kemas ini mempunyai empat bahagian yang boleh dimasukkan
pelbagai jenis barang kemas mengikut kategori, jenis dan saiznya. Dengan
kaedah ini sekaligus akan memudahkan pengguna mengasingkan pelbagai jenis
barang kemas.
Produk ini berkualiti kerana dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan mesra
alam iaitu tidak mendatangkan pencemaran dan tidak mengandungi sebarang
bahan yang merbahaya.
Produk ini dibentuk dengan bentuk berlian yang boleh menarik perhatian orang
ramai. Penggunaan pembungkusan kain hiasan yang bercorak bunga untuk
menarik perhatian pengguna sasaran.
Kami meletakkan jenama yang mudah diingat oleh para pengguna. Jenama yang
dipilih ialah “Diamond Box”.
Selain itu, kami juga turut menawarkan jaminan dan khidmat sampingan kepada
para pengguna. Sekiranya terdapat produk kami yang mengalami kerosakan
selepas pengguna membelinya, mereka bolehlah menukarkannya. Khidmat
sampingan juga disediakan kepada pengguna yang ingin mendapatkan
maklumat dan nasihat mengenai produk yang dikeluarkan.
Harga
Produk ini akan dijual dengan harga yang berpatutan selaras dengan permintaan
daripada pengguna.
Harga produk ini adalah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan
terutamanya golongan sasaran.
Sebelum itu, kami akan melihat harga yang ditawarkan oleh pesaing. Sekiranya
pesaing saya menawarkan harga yang tinggi, kami akan mengurangkan harga
produk dengan beza yang mungkin hanya beberapa sen sahaja.
40
Tempat
Kami telah mengenal pasti tempat-tempat di mana hendak memasarkan produk
keluaran ini.
Oleh itu, produk ini akan dipasarkan di kedai barang kemas, bank, pasaraya,
internet dan laman web.
Kami telah menjalankan kajian dan mendapati kawasan seperti di atas sesuai
sebagai tempat produk dipasarkan.
Kami juga akan memasarkan produk ini di tempat yang masih belum ada orang
yang menjual produk seperti produk kami ini. Ini tidak akan mewujudkan
persaingan dalam menjual produk ini. Kami mendapati bahawa terdapat
beberapa kedai di kawasan yang telah dikenalpasti tidak menjual produk yang
akan kami keluarkan nanti.
Manakala berdasarkan jenis pelanggan pula, kami mengenal pasti golongan
mewah dan sederhana seringkali menjadikan pasaraya dan kedai barang kemas
sebagai tempat untuk mendapatkan koleksi barang kemas peribadi.
Kami juga mengambil kira faktor modal iaitu kami akan mengeluarkan modal
yang agak besar jika kami hendak memasarkan produk ini di kawasan bandar
yang besar dan sebaliknya.
Promosi
Kami merancang untuk mempromosikan barangan keluaran kami ini melalui kad
perniagaan, poster atau sepanduk dan cenderamata.
Melalui kad perniagaan, kami akan mempromosikan produk ini di kalangan
rakan-rakan yang mengenali. Kami akan memberikan mereka kad perniagaan
dan ini akan menggalakkan penyebaran maklumat yang lebih luas.
Manakala melalui poster atau sepanduk, kami akan memasarkannya di hadapan
pasaraya dan kedai barang kemas yang mana terlibat dalam pemasaran produk
ini.
41
Seterusnya melalui contoh ataupun cenderamata, kami akan menyelitkan
promosi produk keluaran kami ini supaya para pembeli dapat melihat iklan
mengenai produk yang kami keluarkan.
Kad Perniagaan
12.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) banyak memberi
pendedahan tentang komponen penting dalam Kemahiran Hidup seperti Rekabentuk
dan Teknologi, Elektrik dan Elektronik, Kerja Kayu dan Jahitan. Komponen ilmu ini perlu
dimanfaatkan oleh guru pelatih sebagai satu bekalan ilmu untuk mendidik anak bangsa
menjadi modal insan kelas pertama seterusnya melahirkan insan yang kreatif dan kritis
pada masa hadapan.
STRATEGIPROMOSI
POSTER
KAD PERNIAGAAN DAN SEPANDUK
RISALAHDAN BROSUR
CENDERAMATA
42
Melalui Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI), guru pelatih seperti kami dapat menjana
kembali segala ilmu yang telah dipelajari di institut perguruan ke dalam bentuk hasil
kerja tangan yang asli dan secara tidak langsung mempraktikkan ilmu yang dipelajari
semasa di bangku sekolah hinggalah ke universiti dan institut perguruan.
13.0 REFLEKSI KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA PELAJAR : JAMIL BIN MOHD DAUD
43
Penghasilan projek ini mencabar kreadibiliti saya sebagai guru yang mengajar
Kemahiran Hidup. Di mana pada peringkat awal saya perlu memikirkan rekabentuk yang
ingin dibina. Saya begitu tertekan kerana untuk mencari idea bentuk yang sesuai.
Namun berkat muasyawarah bersama pasangan saya kami dapat menghasilkan satu
bentuk yang boleh dikatakan unik.
Saya turut berasa teruja untuk memulakan projek ini setelah mendapat bentuk yang
ingin dibina. Walaubagaimanapun oleh kerana kelemahan saya dalam seni pertukangan
menyebabkan kesulitan dalam penghasilan projek ini. Namun berkat tunjuk ajar dari
pensyarah dan rakan saya dapat juga menghasilkan projek sebagaimana spesikasi
yang dikehendaki. Pada saya bahagian yang sukar adalah untuk mendapat diameter
yang tepat bagi membentuk bentuk yang dikehendaki. Selain itu saya turut menghadapi
kesukaran dalam memasang engsel pintu. Secara pandangan mata kasar ianya nampak
mudah, namun untuk memasangnya bagi saya amat susah.
Selain itu saya berasa susah hati dalam aktiviti menghias projek kami. Setelah kayu
terpaku dan dapat bentuk yang dikehendaki saya begitu payah untuk menghias supaya
nampak menarik dan tertarik. Penggunaan span pada badan kayu agak sukar saya
untuk melekatkannya. Ini kerana ianya memerlukan penelitian yang tinggi. Setelah span
dilekatkan saya perlu melekatkan kain net. Saya berasa berdebar – debar semasa
melakukan aktiviti ini. Ini kerana saya perlu banyak bersabar dan cermat dalam
melekatkan kain net pada kotak barang kemas kami.
Selanjutnya aktiviti menghias tidak berakhir di situ sahaja. Saya berasa sedikit tertekan
kerana terpaksa membuang beberapa potongan kain baldu. Ini adalah lantaran saya
kurang cermat dalam melekatkan gam pada kain baldu tersebut, telah menyebabkan
kain baldu dicemari gam.
Secara keseluruhan saya benar – benar berasa seronok dalam menjayakan projek ini.
Meskipun berdepan dengan banyak kesukaran namun ianya dapat diatasi dengan
kerjasama dari semua pihak. Selain itu saya berasa bertuah kerana mendapat
pendedahan dalam aktiviti pertukangan kayu. Meskipun saya tidak menjadi tukang kayu
yang mahir tapi sekurang – kurangnya saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman.
44
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA PELAJAR: MOHD SHAIPUL AZRI BIN A HAMID
Refleksi adalah satu proses merenung kembali tindakan masa lalu dan membuat
penambahbaikan pada masa hadapan. Apa yang saya dapat sepanjang melaksanakan
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini adalah satu pengalaman yang tidak boleh dibeli
45
dengan wang ringgit. Saya banyak belajar tentang pengurusan masa kerana banyak
kerja yang perlu disiapkan dalam satu tempoh masa.
Bahagian yang mencabar keupayaan dan kredibiliti saya adalah ketika hendak
membentuk kepingan mdf menjadi bentuk berlian jika dilihat dari atas. Ini kerana saya
perlu memotong mdf mengikut sudut-sudut mata gergaji yang tertentu. Apabila kerja
telah siap maka untuk mendapatkan bentuk berlian yang simetri adalah cabaran selepas
itu. Penggunaan sanding machine sebagai satu kerja kemasan akhir permukaan amat
dititikberatkan pada peringkat ini.
Cabaran kedua saya adalah ketika bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya untuk
memasang engsel pada kotak emas. Prosesnya nampak mudah tetapi menjadi
sebaliknya apabila melakukannya sendiri. Pelbagai masalah timbul dan adalah sesuatu
yang mustahil untuk ditulis dalam refleksi ini setiap satu masalah tersebut.
Adakalanya idea yang dirancang tidak menjadi dan saya terpaksa memikirkan idea baru
dalam proses pembuatan rekabentuk. Apa yang saya dapat simpulkan adalah setiap
kerja teknikal yang hendak dilaksanakan memerlukan satu perancangan rapi untuk
mengurangkan kadar kesilapan ketika operasi menggunakan benda kerja dan
penghasilan produk akhir.
14.0 RUJUKAN
Kamaros Zaman Mohd. Affendi. (2008). Focus Super Hot PMR Kemahiran Hidup
Bersepadu (Pilihan Kemahiran Teknikal), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor.
46
Nor Aslina Mamat. (2008). Masteri Memori Melalui Peta Minda – Kemahiran Hidup
Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan PMR, PNI NEURON (M) Sdn. Bhd. Seri
Kembangan.
Rosli Ibrahim. (2006). Ulangkaji Total Terkini Tahun 4,5,6 PKSR Kemahiran Hidup,
Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Mohd Noor Abdullah. (2007). Masteri Memori Melalui Peta Minda – Kemahiran Hidup
Bersepadu Tahun 4,5,6, PNI NEURON (M) Sdn. Bhd. Seri Kembangan.
47