36651459 KPLI Sek Pedalaman
-
Upload
suhaimi-samat -
Category
Documents
-
view
80 -
download
5
Transcript of 36651459 KPLI Sek Pedalaman
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Pertama 2009
Kementerian PelajaranMalaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apaapa juga bentuk dan dengan apaapa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
i
Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Penggunaan Modul 1
2.1 Kandungan Modul 1
2.2 Objektif Modul 2
2.3 Sistem Penyampaian 2
2.4 Struktur Pelaksanaan Modul 3
3.0 Kandungan Pengetahuan / Kemahiran 5
Unit 1 Pengenalan kepada Kanakkanak di Kawasan Pedalaman
5
Unit 2 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak Pedalaman
25
Unit 3 Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
36
Unit 4 Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
50
Unit 5 Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman 60
Unit 6 Pedagogi Bahasa Inggeris Sekolah Pedalaman 85
Unit 7 Pedagogi Sains Sekolah Pedalaman 96
Unit 8 Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman 115
Unit 9 Pentaksiran dan Penilaian Terhadap Pencapaian Kanakkanak Pedalaman
131
4.0 Jadual Pelaksanaan 143
Panel Penggubal Modul 145
1
1.0 PENGENALAN
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Sekolah Pedalaman ini merupakan bahan tambahan (add on) kepada Sukatan Pelajaran KPLI SR sedia ada.
Sebagai modul pengajaran dan pembelajaran, bahan ini dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada pensyarah yang mengajar KPLI SR Ambilan Jun 2009 di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia yang terlibat. Di samping itu, modul ini juga boleh menjadi salah satu sumber rujukan kepada pelajar apabila mereka berada di sekolah pedalaman bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Kandungan modul pengajaran dan pembelajaran ini mengandungi dua komponen iaitu Pengetahuan Kemahiran (Skills Knowledge) dan Tugasan/Latihan Pelajar.
2.0 PENGGUNAAN MODUL
2.1 Kandungan Modul
Modul pengajaran dan pembelajaran KPLI SR Sekolah Pedalaman ini terdiri daripada 09 unit seperti yang berikut:
Unit 1 : Pengenalan kepada Kanakkanak Pedalaman
Unit 2 : Pengurusan Tingkah Laku KanakKanak Pedalaman.
Unit 3 : Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
Unit 4 : Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Unit 5 : Pedagogi Bahasa Melayu (Sekolah Pedalaman)
Unit 6 : Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Pedalaman)
Unit 7 : Pedagogi Matematik (Sekolah Pedalaman)
Unit 8 : Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman)
Unit 9 : Pentaksiran dan Penilaian Terhadap Pencapaian Kanakkanak Pedalaman
Setiap pelajar yang mengikuti Program KPLI SR Sekolah Pedalaman Ambilan Jun 2009 dikehendaki mengikuti semua 09 tajuk yang disediakan di dalam modul ini, tanpa mengambil kira bidang pengkhususan dalam program KPLI SR yang sedang diikuti oleh mereka.
2
2.2 Objektif Modul
Secara keseluruhan penyediaan dan penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran KPLI SR Sekolah Pedalaman ini untuk mencapai objektif kursus seperti yang berikut:
i. Membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada bakal guru sekolah pedalaman, supaya dapat membantu muridmurid pedalaman menguasai Mata Pelajaran Teras di sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
ii. Memahami latar belakang, budaya, bahasa, pengaruh persekitaran dan keperluan muridmurid/kanakkanak pribumi di pedalaman.
iii. Membantu pelajar bertindak atau mengambil langkahlangkah secara profesional dalam mengurus tingkah laku muridmurid pedalaman.
iv. Membolehkan pelajar menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Kelas Bercantum jika mereka ditempatkan di Sekolah Kurang Murid (SKM).
v. Membantu pelajar membuat pentaksiran dan penilaian secara bijak dan tepat terhadap pencapaian/kebolehan kanakkanak pedalaman, dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi memupuk/menggilap potensi semula jadi yang ada pada kanakkanak pedalaman tersebut.
vi. Meningkatkan daya inisiatif, kreativiti dan inovatif guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mendorong minat muridmurid pedalaman supaya rajin ke sekolah dan bertambah motivasi untuk belajar.
2.3 Sistem Penyampaian
Modul ini akan dimanfaatkan oleh pensyarah dan pelajar melalui tiga mode penyampaian, iaitu: • Kuliah • Latihan kendiri/berkumpulan/tugasan • Tutorial/Pembentangan Latihan/tugasan
Dalam sesi kuliah, pensyarah akan melaksanakan aktivitiaktiviti pengajaran pembelajaran seperti yang berikut:
• Memberi definisi/menjelaskan konsepkonsep/istilahistilah. • Menyampaikan idea utama dan idea sokongan berkaitan tajuk. • Memberikan contohcontoh yang relevan. • Membuat hubung kait dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. • Mengaplikasikan/memberi tunjuk cara pelaksanaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah.
Latihan kendiri/berkumpulan/tugasan yang diberikan kepada pelajar pula adalah secara terarah (guided) berdasarkan templat/borang pengurusan grafik yang disediakan di dalam modul.
Latihan/tugasan ini perlu dibentangkan dalam sesi tutorial untuk diberi peneguhan oleh pensyarah. Melalui sesi ini pelajar lain juga akan mendapat pengetahuan tambahan melalui pemerhatian (observation).
3
Dalam sesi pembentangan tugasan/latihan oleh pelajar, pensyarah membuat rumusan terhadap hasil tugasan dan penyertaan pelajar dalam sesi pembentangan tersebut dengan membuat catatan pada borang yang disediakan di bawah:
*Sila tanda X pada ruangan berkenaan
Bil Nama Pelajar/Kumpulan Tugasan Penyertaan Dalam Sesi Pembentangan
Catatan: • Pada akhir kursus, pelajar akan diberi Sijil Penyertaan sebagai bukti
bahawa mereka telah diberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Sekolah Pedalaman selama 10 hari (02 minggu) semasa mengikuti program KPLI SR di IPG.
• Sijil Penyertaan tersebut akan diberikan oleh IPG masingmasing.
2.4 Struktur Pelaksanaan Modul Modul pengajaran dan pembelajaran ini akan digunakan dalam masa 10 hari (02 minggu). Struktur pelaksanaannya seperti di bawah:
Minggu 1:
Hari Modul Jumlah Jam
I Pengenalan kepada Kanakkanak Pedalaman 6 jam
II Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak Pedalaman 6 jam
III Pengurusan Aktiviti P&P Kelas Bercantum 6 jam
IV Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6 jam
V Pentaksiran dan Penilaian Terhadap Pencapaian Kanak kanak Pedalaman
3 jam
Jumlah 27 jam
4
Minggu 2:
Hari Modul Jumlah Jam
I Pedagogi Bahasa Melayu (Sekolah Pedalaman) 6 jam
II Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Pedalaman) 6 jam
III Pedagogi Matematik (Sekolah Pedalaman) 6 jam
IV Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman) 6 jam
V Sambungan Pentaksiran dan Penilaian Kanakkanak Pedalaman. (Membina item soalan)
3 jam
Jumlah 27 jam
• Jumlah keseluruhan = 54 jam • Jadual waktu pelaksanaan kursus setiap hari dilampirkan di dalam
modul.
5
3.0 KANDUNGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
UNIT 1: PENGENALAN KANAKKANAK PEDALAMAN
1.1 Pengenalan kanakkanak pedalaman
1.1.1 Konsep kawasan pedalaman
Setakat ini, tidak ada satu huraian yang lengkap atau bersifat menyeluruh untuk mentakrifkan istilah pedalaman dengan tepat. Hampir sebahagian besar, pengertian istilah ini memberi penekanan kepada aspek tertentu. Kamus Dewan (2007:307) mendefinisikan istilah pedalaman sebagai daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri). Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1980 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 pula menyatakan erti pedalaman berdasarkan keperihalan sesuatu kawasan yang mencakupi kriteriakriteria seperti yang berikut:
i. Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip, bekalan elektrik) dan;
ii. Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan).
Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa istilah pedalaman merujuk perihal kawasan atau daerah yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri dan kurang atau tiada mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti kemudahan bekalan air paip, bekalan elektrik, pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan.
1.1.2 Siapa kanakkanak pedalaman
Secara perbandingan, kanakkanak yang hidup di pedalaman cukup berbeza dengan kanakkanak yang menetap di kawasan bandar atau pinggir bandar(Arshad: 2007). Perbezaan tersebut meliputi amalan seperti berikut:
i. Budaya
‐ Taylor(1871, dalam Abbas Mohd. Shariff: 2002), budaya bererti sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat, undangundang dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperoleh oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.
‐ Kanakkanak pendalaman sensitif dengan perkara yang berkait dengan keturunan
‐ Ibu bapa dan masyarakat kanakkanak pedalaman tidak mempunyai pendidikan formal. Situasi ini mempengaruhi motivasi anakanak mereka untuk pergi ke sekolah.
‐ Kanakkanak pedalaman terikat kuat dengan cara hidup dan sistem kepercayaan yang diamalkan oleh ibu bapa mereka.
‐ Status kehidupan kanakkanak pedalaman bercorak sara diri, berpindah randah dan serba serbi kekurangan. Contohnya, kaum Penan. Mereka akan hadir ke sekolah pada awal tahun, tetapi apabila tiba musim menanam padi dan menuai mereka tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang agak panjang.
6
ii. Bahasa
‐ Dari segi komunikasi sama ada formal atau non formal, bahasa yang kerap digunakan oleh kanakkanak pedalaman adalah bahasa ibunda atau dialek setempat.
‐ Terdapat kosa kata, frasa dan ayat bahasa ibunda kanakkanak pedalaman mempunyai makna yang berbeza dengan Bahasa Melayu khususnya dari segi makna budaya. Contohnya:
/lawa/ Bahasa Melayu baku perihal cantik Dialek Sarawak sombong atau ego
‐ Sensitiviti perihal penggunaan bahasa perlu difahami oleh guru agar hubungan dengan kanakkanak pedalaman dapat diperkukuhkan
iii. Persekitaran
‐ Lokasi sekolah jauh dari tempat kediaman mereka(kanakkanak pedalaman)
‐ corak perhubungan ke sekolah agak sukar. Contohnya, menggunakan perahu panjang, bot, berjalan kaki dalam jarak jauh dan lainlain.
‐ Kanakkanak pedalaman menghadapi masalah kekurangan zat makanan. Menu makanan mereka tidak seimbang. Mereka hanya makan dan minum sekadar memenuhi keperluan hidup. Contohnya, bubur atau nasi bersama garam.
‐ Kanakkanak pedalaman bermasalah dalam mendapatkan sumber air bersih.
‐ Kanakkanak tinggal di rumah yang kurang selesa. Contohnya, bilangan isi rumah ramai, keperluan asas kurang lengkap dan sebagainya.
‐ Kanakkanak pedalaman kurang terdedah dengan masyarakat luar.
1.1.3 Ciriciri kanakkanak di kawasan pedalaman
Menurut Kamaruddin Abu Hassan dan Narendra Kumar Anopchand (2009:3), kebiasaannya kanakkanak pedalaman mempunyai ciriciri seperti berikut:
i. Tahap pencapaian rendah dalam semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah
‐ Kanakkanak pendalaman tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
ii. Masalah buta huruf ‐ Kanakkanak pedalaman sebahagian besar menghadapi masalah buta
huruf dan tidak mengenal huruf vokal dan konsonan dan fungsi setiap huruf tersebut
iii. Ketidakhadiran tanpa sebab ke sekolah ‐ Catatan kehadiran kanakkanak pedalaman ke sekolah merosot dan tidak
ada perubahan yang ketara dalam hal ini.
7
iv. Keciciran ‐ Kanakkanak pedalaman ketinggalan dalam semua mata pelajaran dan
tidak mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan.
v. Ponteng dan tidak minat belajar ‐ Kanakkanak pedalaman tiada ada sebarang motivasi untuk mendorong
mereka hadir sekolah seperti muridmurid lain.
vi. Tidak mempunyai citacita ‐ Kanakkanak pedalaman tidak memahami dan tidak mempunyai kesedaran
terhadap kepentingan pelajaran dalam membaiki hidup mereka.
vii. Masalah Kemiskinan ‐ Latar belakang ekonomi keluarga sangat rendah dan di bawah paras
kemiskinan menyebabkan kanakkanak pedalaman kekurangan serba serbi.
viii. Sangat pemalu ‐ Kanakkanak pedalaman mempunyai sifat pemalu yang tebal. Oleh itu,
mereka tidak berkongsi masalah yang dihadapi dengan guru. ix. Pelupa
‐ Kanakkanak pedalaman tidak menyimpan maklumat untuk dijadikan panduan hidup. Keadaan ini menyebabkan mereka memiliki budaya pelupa.
x. Lambat menerima perubahan dan sukar dididik ‐ Kanakkanak pedalaman tidak mempunyai citacita hidup yang tinggi dan
berpada dengan kehidupan yang sedia ada.
xi. Bermasalah pembelajaran ‐ Kanakkanak pedalaman yang tercicir dalam pelajaran, terdiri juga daripada
kanakkanak yang bermasalah pembelajaran seperti berikut: o Disleksia o Hiperaktif o Autistik yang ringan o Sindrom down o Slow learner o Terencat akal o Gangguan emosi yang ringan
1.2 Kepelbagaian ‘keperluan khas’ kanakkanak di kawasan pedalaman
Muridmurid pedalaman seperti muridmurid yang lain terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan keupayaan mereka yang boleh dikembangkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Adalah perlu sebagai seorang guru kita perlu mengetahui dan menguasai beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik murid murid yang berkategori keperluan khas dan yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
8
1.2.1 Definisi keperluan khas
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) mendefinisikan “murid berkeperluan khas adalah kanakkanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak kanak bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah: o Sindrom Down o Austisme ringan o Hiperaktif (Attention DeficitHyperactivity Disorders /ADHD) o Terancat akal minimum o Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disabilities) o Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Disleksia) o Pintar cerdas
Menurut The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA 1990) menyatakan pelajar bermasalah pembelajaran adalah pelajar yang menghadapi masalah khusus dalam satu atau lebih proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan pertuturan, dan penulisan yang mengakibatkan kurang kebolehan memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Golongan pelajar yang termasuk dalam pelajar bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut; o Hiperaktif o Autistik yang ringan o Sindrom down o Slow learner o Terencat akal o Gangguan emosi yang ringan o Multiple problem children
Sebagai bakal guru berkemungkinan terdapat pelajar di dalam kelas yang diajar mempunyai kategori di atas. Oleh itu perlu bagi seorang guru mempunyai pengetahuan atau kemahiran untuk mengenal pasti dan seterusnya membantu muridmurid ini. Beberapa maklumat asas perlu diketahui untuk mengesan muridmurid yang disyaki mempunyai masalah atau kecacatan supaya guru boleh mengambil langkah awal bagi menjalankan program pemulihan dan tindakan susulan terhadap kanakkanak ini. Berikut adalah beberapa contoh senarai semak pengesanan kanakkanak yang mempunyai ciri berkeperluan khas.
9
i. Senarai semak Disleksia
Petunjuk Catatan
Pencapaian yang rendah di sekolah
• Masalah membaca , mengeja atau menulis • Kerja sekolah tidak menggambarkan
kebolehan sebenar • Guru menjangka pencapaian yang tinggi
Masalah ingatan • Sukar mengingati arahan • Masalah mempelajari kemahiran bahasa
yang asas seperti abjad dan bunyi • Sukar mengingati perkataan yang baru
dibaca • Masalah mempelajari sesuatu yang
melibatkan urutan, seperti jadual darab (multiplication tables)
• Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk tempoh lama
• Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 31, pakar dan pakar
• Masalah matematik, mengira dengan menggunakan jari
• Menyalin dengan tidak tepat • Kesalahan ejaan yang sama dan berulang
Masalah pertuturan dan fonologikal
• Masalah susah mendapat perkataan sesuai semasa bercakap
• Masalah menyebut perkataan yang panjang seperti ‘penyelarasan”
• Masalah menyebut bunyi yang bergabung seperti “sahsiah”
• Masalah mengenal pasti dan membaca rhymes
• Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan yang bermula dengan suku kata yang dekat seperti “bapa baca”
• Masalah mempelajari fonik • Lebih lewat dari kanakkanak lain Untuk
kemahiran bertutur • Masalah struktur bahasa dalam penulisan
Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis
• Lambat untuk mendapati perkaitan antar bunyi dan huruf
• Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan tetapi tidak dapat menuliskan perkataan tersebut
• Sukar menyampaikan idea secara bertulis • Terjangkau atau terlebih perkataan dalam
penulisannya • Membaca perkataan yang tidak ada pada
buku • Pembacaan yang kurang kelancaran dan
kelajuan yang tidak sesuai Masalah visual • Lambat mendapat kemahiran menulis
10
Petunjuk Catatan
motor berbanding kanakkanak lain • Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot
dan daya menulis yang tidak sesuai • Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar • Lambat menghabiskan kerja sekolah • Koordinasi fizikal yang lemah dan
pergerakan yang kekok • Hilang baris semasa membaca • Menulis huruf dan nombor secara terbalik
contoh “b” dan “d” • Masalah semasa penulisan lama, tangan
mudah menjadi letih • Postur yang tidak betul dan tidak stabil
semasa bekerja pada meja atau duduk di lantai
Masalah tumpuan
• Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas • Senang tertarik dengan rangsangan lain • Didiagnostik bermasalah Attention Deficit
Disorder • Tidak boleh duduk diam, selalu merengek • Bertindak mengikut gerak hati membuta tuli
(impulsif),bergerak tanpa berfikir dan selalu menjerit
• Melakukan banyak kesilapan cuai • Hanya boleh bertumpu pada pembacaan
untuk jangka masa yang pendek • Organisasi diri yang lemah, selalu lupa
tentang mana letaknya sesuatu Masalah sosio emosi
• Harga diri yang rendah mengenai kerja sekolahnya
• Mengelakkan pembelajaran contohnya “menghilangkan buku”
• Tidak menjangka dirinya akan berjaya, jadi tidak bekerja bersungguhsungguh
• Keberatan menerima bantuan dan nasihat orang lain
(Sumber :Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
11
ii. Senarai semak kanakkanak pintar cerdas
Petunjuk Catatan
Perkembangan awal (maklumat yang boleh dikumpulkan melalui temu bual daripada ibu bapa /penjaga
• Lebih responsif pada peringkat bayi • Boleh berjalan awal • Boleh bercakap lebih awal • Perkembangan bahasa yang maju pada
peringkat kanakkanak • Menguasai kemahiran membaca yang awal • Kemahiran melukis yang maju berbanding
rakan sebaya • Perkembangan pemahaman matematik yang
awal • Guru prasekolah dan penjaga
menganggapnya sangat cerdik Kebolehan kognitif yang tinggi
• Mendapat skor IQ yang melebihi 130 pada ujian kecerdasan
• Mampu memahami konsep yang canggih dan kompleks
• Meminati permainan rumit dan mencabar seperti permainan catur dan komputer yang tertentu
• Meminati permainan rumit dan mencabar • Menggunakan dan memahami kosa kata yang
lebih canggih Sifat ingin tahu • Selalu bertanya soalan yang mencabar dan
inovatif • Selalu membaca buku yang berdasarkan
fakta seperti ensiklopedia, menonton dokumentari
• menunjukkan pemahaman yang matang dan canggih
• Tidak mudah menerima jawapan yang ringkas, ingin tahu yang mendalam
• Suka memahami sebab dan akibat sesuatu perkara seperti bagaimana sebuah mesin berfungsi
• Suka mencipta dan melakukan eksperimen Perkembangan akademik yang menonjol
• Menonjol dalam pemahaman pembacaan • Menonjol dalam matematik • Menonjol dalam bahasa bertulis
Bakat yang istimewa
• Kebolehan artistik yang luar biasa seperti muzik, seni dan tarian
• Pandai berjenaka • Kebolehan bersukan yang luar biasa • Kebolehan membina dan mereka cipta
contohnya semasa bermain blok • Kemahiran kepimpinan yang luar biasa
Gaya pembelajaran
• Menghabiskan masa yang panjang untuk aktiviti yang diminati
12
Petunjuk Catatan
• Menolak tugasan yang mudah dan ringkas • Minat yang mendalam pada topik tertentu • Memahami dan dapat menangani masalah
baru dengan cepat • Tidak suka kepada kerja yang berulang
seperti latih tubi • Tertarik kepada cabaran atau rangsangan
baru • Cenderung menyempurnakan tugasan mudah
yang diberi dengan cara yang kompleks • Menangani masalah dengan cara yang paling
pintas dan kreatif • Suka menjawab soalan matematik tanpa
merujuk operasi matematik Masalah suai dengan rakan sebaya
• Mendapati rakan sebaya lebih mengecewakan, lebih suka bergaul dengan kawan yang lebih dewasa
• Lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan seperti waktu rehat
• Tidak suka bekerja kumpulan, lebih suka bekerja bersendirian
• Sukar difahami oleh kanakkanak yang lain Masalah akademik
• Kadangkadang bermasalah dalam pembacaan, penulisan ataupun mengeja
• Bermasalah dalam matematik • Tidak aktif • Jangkaan yang tinggi, keberatan untuk
melakukan kesalahan • Keberatan melakukan tugasan pada peringkat
umurnya • Pencapaian yang tidak konsisten (pencapaian
yang tinggi di bawah guru tertentu dan sebaliknya merosot di bawah bimbingan guru yang lain)
Masalah emosi dan tingkah laku
• Memahami isu peringkat dewasa dan berasa kerisauan, seperti isu keamanan dunia
• Menjadi tidak sabar dengan rakan yang lambat
• Berdebat dengan orang dewasa dan selalu ada jawapan yang tersendiri
• Senang menjadi bosan dan tidak melibatkan diri /mengganggu orang lain
(Sumber: Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
iii. Senarai semak kerencatan intelek minimum Petunjuk Catatan
Lambat dalam perkembangan
• Lambat bercakap • Perkembangan fizikal lebih lambat (duduk,
berjalan)
13
Petunjuk Catatan
• Lambat menguasai kemahiran pengurusan diri dengan sendiri (toilet training)
Masalah sosial • Sukar berkawan dengan rakan sebaya • Selalu diejek dan dibuli oleh rakan lain • Tidak matang dalam aktiviti atau pergaulan
sosial • Terlalu senang mempercayai atau mengikut
orang lain, senang ditipu • Tidak pandai mengawal emosi • Menganggap seseorang itu kawan ,walaupun
hanya kenalan biasa Tidak matang dalam aktiviti mainan dan rekreasi
• Selalu bermain dengan kumpulan kawan yang lebih muda
• Suka kepada mainan, buku, program TV atau aktiviti yang sesuai bagi kanakkanak yang lebih kecil
• Menjadi keliru dengan permainan yang sesuai dengan peringkat umurnya
• Bertindak kasar atau bodoh dalam permainan yang berorganisasi
Masalah lain • Perkembangan bahasa yang mundur berbanding dengan rakan lain
• Pergerakan yang kurang cekap (physically clumsy)
• Masalah pendengaran atau penglihatan • Ahli keluarga yang lain juga bermasalah
mental Masalah dalam bilik darjah
• Terlalu aktif dan sukar memberi bantuan dalam kelas
• Mengelakkan kerja sekolah • Terlalu bergantung kepada orang lain • Memerlukan perhatian guru yang berlebihan • Tertekan atau tidak suka bekerjasama dengan
orang lain apabila diberi tugasan • Tidak bertanya untuk mendapatkan bantuan
apabila menghadapi masalah Masalah dalam pembelajaran
• Perkembangan akademik yang lambat berbanding dengan rakan lain
• Mundur dalam pencapaian semua bidang kurikulum
• Memerlukan tugasan dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil
• Memerlukan banyak perulangan untuk menguasai sesuatu kemahiran
• Memerlukan pengalaman yang konkrit dan barang yang maujud
• Memerlukan pengajaran yang jelas dan eksplisit
• Pemahaman pembacaan yang lemah
14
Petunjuk Catatan
• Susah memahami konsep yang abstrak • Lukisan dan hasil kerja yang tidak matang • Usaha yang tinggi tetapi tidak mencapai hasil
yang setimpal • Pencapaian semakin mundur ke belakang
berbanding rakan yang lain dengan peredaran masa
(Sumber: Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
iv. Senarai semak Autism
Petunjuk Catatan
Kurang upaya dalam komunikasi bukan lisan
• Kurang kontak mata untuk menyampaikan perasaan
• Kurang memahami/memberi respon kepada kontak mata
• Kurang menggunakan pergerakan fizikal atau bahasa badan untuk menyampaikan maksudnya
• Tidak banyak menunjukkan mimik muka • Susah memahami mimik muka orang lain • Tidak kerap membalas senyuman kepada
orang lain • Tidak begitu berminat dengan belaian kasih
sayang, pelukan dan lainlain • Susah menilai jarak sosial yang sesuai, berdiri
terlalu dekat atau jauh Kurang upaya dalam empati sosial dan emosi
• Tidak memahami perasaan orang lain • Tidak berkongsi sesuatu yang dia minati dengan
orang lain • Tidak rapat dengan orang lain, kecuali ahli
keluarganya sendiri • Hanya rapat dengan satu atau dua ahli keluarga • Tidak banyak menunjukkan kasih sayang • Tidak mudah meniru tingkah laku orang lain • Tidak memahami konsep sosial yang abstrak
“menjadi budak baik” Masalah persahabatan
• Tidak menyedari kehadiran orang lain • Tidak cuba berkawan dengan orang lain • Mencuba tetapi tidak berjaya dalam berkawan
dengan orang lain • Tidak menyertai aktiviti permainan • Sangat menyedari kehadiran orang asing • Tidak memahami konsep berkongsi, contohnya
mainan • Tidak memahami mengambil giliran, contohnya
semasa bermain Masalah memahami tingkah laku yang sesuai
• Bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak sesuai secara sosial
• Tidak berasa segan dengan tingkah laku yang tidak sesuai
15
Petunjuk Catatan
• Menanyakan soalan yang eksplisit contoh “Adakah saya bercakap terlalu banyak ?”
Kurang upaya komunikasi
• Bahasa lisan yang lemah • Perkembangan yang lambat dalam bahasa lisan • Mengulangi apa yang baru diucapkan oleh
orang lain • Mengulangi apa yang baru diucapkan olehnya
sendiri • Menggunakan perkataan atau frasa yang pelik
dan tidak bermakna • Mendengar, tetapi tidak memberi respons yang
sesuai apabila diberitahu • Susah menunggu giliran semasa berbual • Mengulangi corak perbualan yang sama
berulang kali • Suka meniru percakapan atau tingkah laku
orang lain • Tidak memahami bahasa yang tersirat • Tidak terlibat dalam main imaginatif • Susah memahami ‘pantomime” (berlakon tanpa
bahasa) Mannerisme fizikal yang luar biasa
• Pergerakan yang berulang, seperti mengayunkan tangan
• Menggerakkan jari di depan mukanya, dan merenunginya
• Koordinasi badan yang lemah • Berjalan dengan pergerakan yang kaku • Sangat sensitif dengan bau, tekstur dan rasa
yang tertentu • Ketahanan yang tinggi kepada kesakitan, suhu
yang tinggi/rendah • Mencederakan diri sendiri, contohnya menggigit,
menghentakkan kepala Minat yang tidak fleksibel dan terikat dengan rutin
• Obsesi dengan objek atau topik yang tertentu, contohnya kunci, api, kereta api dan lainlain
• Tertangguh dengan perubahan kecil pada rutin • Menegaskan rutin yang tidak semestinya perlu,
contohnya roti mesti dipotong dalam bentuk empat segi
• Terlalu berminat dengan bahagian objek • Berminat dengan objek yang berpusing atau
berkelip • Aktiviti perulangan ,contohnya menyusun
mainan mengikut corak tertentu secara berulangulang
Kemahiran atau ingatan spesifik yang luar biasa
• Ingatan luar biasa untuk maklumat tertentu, contohnya jadual ketibaan kereta api
• Kemahiran teknikal yang luar biasa, contohnya dalam muzik (walaupun kurang menunjukkan ekspresi kreatif)
16
(Sumber: Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
v. Senarai semak Masalah Penumpuan dan Hiperaktif atau ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)
Petunjuk Catatan
Tumpuan yang lemah
• Selalu bermimpi siang atau seolaholah dalam dunia sendiri
• Tempoh tumpuan pendek • Melupakan tugasan yang sepatutnya
dihabiskan (tertarik dengan aktiviti yang lain) • Bercakap sesuatu yang tidak dijangka dan
tidak ada perkaitan dengan perbualan atau tugas semasa
• Kadangkadang dijangka bermasalah pendengaran
• Mengambil masa yang terlalu panjang dengan tugas harian, seperti berpakaian dan bersarapan
• Lambat memberi respons apabila ditanya atau diminta melakukan sesuatu
Organisasi diri yang lemah
• Selalu kehilangan sesuatu yang diperlukan untuk tugas atau aktiviti
• Selalu kehilangan sesuatu yang diperlukan untuk tugas atau aktiviti
• Tidak boleh mengorganisasikan tugasan sekolah yang diberikan seperti keliru dengan apa yang perlu dilakukan dahulu
• Tidak merancang terlebih dahulu, tertangguh sehingga saat akhir
• Meja sekolah, almari berkunci dan beg sekolah selalu bercelaru dan tidak terurus
Ketidaksabaran • Benci menunggu • Selalu bergegas dan terlewat • Menjadi tidak sabar dengan permainan dan
aktiviti yang memerlukan kesabaran • Konsep masa yang lemah, melakukan sesuatu
terlalu lama Kawalan terhadap tingkah laku impulsif
• Menyentuh barangan walaupun diberi amaran • Bertindak dan bercakap sebelum berfikir • Sering mengulangi kesalahan yang sama • Menjerit dan bercakap dalam kelas semasa
pelajar sepatutnya mendengar atau menunggu gilirannya
• Menyiapkan kerja dengan cepat dan melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku
• Menyampuk apabila orang lain bercakap • Kelihatan kesal dengan kesalahannya tetapi
mengulangi kesalahan yang sama selepas itu Senang terangsang
• Menjadi terlalu seronok dan hilang kawalan semasa tidak mengikuti rutin
17
Petunjuk Catatan
• Tidak boleh berhenti apabila bermain atau berjenaka
• Keletihan menjadikannya semakin liar • Sukar mengawal emosinya, seperti menjadi
marah atas sesuatu sebab yang remeh temeh Aktiviti secara fizikal
• Selalu bergerak, nampaknya lebih bertenaga berbanding dengan yang lain
• Banyak pergerakan seperti bermain jari, pergerakan tangan semasa bercakap
• Sukar ditenangkan • Koordinasi dan pergerakan fizikal yang lemah
Masalah sosial • Tidak disukai kerana tingkah laku yang amat aktif
• Kanakkanak lain tidak suka cara bermain dan tingkah laku yang agresif
• Susah bekerjasama dalam kumpulan seperti mengambil giliran, tidak boleh kalah dan cepat menjadi marah
Ingatan yang lemah
• Selalu tidak ingat arahan • Susah belajar secara hafalan, seperti jadual
darab (Sumber: Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
vi. Senarai semak kemurungan
Petunjuk Catatan
Perasaan yang negatif
• Mudah tersinggung perasaan dan sensitif • Tidak suka kepada kebanyakan perkara • Selalu mengadu berasa tertekan • Selalu mengadu berasa bosan • Kelihatan murung dan selalu sedih • Kelihatan dingin dan tidak beremosi • Panas baran dan cepat mengaduh • Mudah menangis
Kehilangan minat dan keceriaan
• Kehilangan minat dengan aktiviti yang disukai sebelum ini
• Kehilangan perasaan kecindan, tidak berjenaka atau terhibur dengan jenaka
• Nampak malas dan tidak mengendahkan apa yang berlaku
• Tidak berminat dengan kejayaan di sekolah, sukan dan aktiviti lain
• Sukar dihiburkan • Menganggap semuanya tidak bermakna • Selalu mengadu
Masalah sosial
• Tidak suka menyertai aktiviti keluarga atau rakan sebaya
• Terperuk di bilik bersendirian • Tidak banyak kawan
18
Petunjuk Catatan
• Menganggap orang lain sengaja menjadikannya marah
• Kehadiran sekolah yang merosot • Menafikan masalah emosi sendiri
Bergantung kepada rakan sebaya
• Terlibat dalam aktiviti berisiko dengan rakan seperti merokok
• Mencabar disiplin yang ditetapkan orang dewasa, seperti sengaja balik lewat malam
• Memerlukan banyak perhatian orang dewasa, mungkin dengan cara menyalahi peraturan atau mengganggu kelas
Corak pemakanan dan tidur berubah
• Susah untuk tidur • Senang terjaga dari tidur • Tidur untuk masa yang terlalu panjang • Makan dengan sedikit, kehilangan selera • Tidur pada bila –bila masa
Harga diri yang rendah
• Tidak berminat/menjangka tentang kejayaan • Sering menyatakan dirinya bodoh • Sukar menerima kritikan • Mengatakan dirinya baik mati • Menganggap ibu bapa lebih suka kepada anak
yang lain • Rasa bersalah yang tidak perlu • Berasa kesal dengan perkara yang kecil
Dihantui pemikiran yang negatif dan tidak sihat
• Tingkah laku yang berisiko, menunjukkan kecenderungan memusnahkan diri sendiri, contohnya mengambil pil tidur berlebihan kerana susah tidur
• Tertarik dengan lagu, berita atau filem yang berkaitan dengan kematian, keganasan dan bencana
• Menyebut tentang membunuh diri (Sumber: Pengesanan Kanakkanak dengan Keperluan Khas)
Senarai semak di atas dipilih berdasarkan kemungkinan terdapat kategori di atas di dalam kelas perdana di kawasan pedalaman. Senarai semak di atas adalah sebagai contoh instrumen yang boleh digunakan untuk mengukur tahap atau kemampuan kanakkanak atau awal remaja di antara umur 418 tahun. Senarai semak ini akan membantu kita untuk lebih memahami kanak kanak tersebut berdasarkan kebolehan mereka.
Setiap kanakkanak adalah unik dan tersendiri. Kita harus memerhati setiap perkembangan dan cara hidupnya. Para profesional dan ibu bapa akan mengisi maklumat ini untuk mengenal pasti kecenderungan individu sama ada ianya normal atau berbeza atau mengalami gangguan kecacatan. Penyeliaan yang berterusan perlu dijalankan untuk mendapat respon dan tindak balas dari segi personaliti, tingkah laku dan persekitaran. Berdasarkan analisa senarai semak itu, muridmurid berkeperluan khas di dalam kelas biasa dapat dibantu bagi menjalani proses pemulihan nanti.
19
1.3 Pengenalan MuridMurid Pemulihan
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” agar masalah ini menjadi kronik sehingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ dalam menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka terbenam. Justeru, melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan murid berprestasi rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
Program sistem menarik keluar (withdrawal) telah diperkenalkan, di mana murid murid yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mendidik muridmurid yang memerlukan pendidikan pemulihan.
Berikut adalah ciriciri murid pemulihan dari beberapa aspek:
Aspek Pemerhatian Catatan
Emosi dan Tingkah laku
Ø Perasaan rendah diri. Ø Perasaan risau. Ø Perasaan sedih, hiba atau duka. Ø Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap
pelajaran. Ø Perasaan takut akan perkaraperkara baru. Ø Degil, tidak patuh pada peraturanperaturan dan
suka melawan. Ø Pasif. Ø Malas
Sosial Ø Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawankawan.
Ø Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Ø Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Ø Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai
bagai alasan. Ø Menangis enggan masuk darjah. Ø Hiperaktif.
Kesihatan Ø Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. Ø Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang
(gemuk/kurus). Ø Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Ø Lemah gerakkan motorkasar dan halus. Ø Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit
terlalu lama dan teruk. Ø Kurang menjaga kebersihan diri.
20
Aspek Pemerhatian Catatan
Kesediaan Belajar
Ø Belum bersedia untuk belajar. Ø Perbendaharaan kata kurang. Ø Lemah pemahaman. Ø Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Ø Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur
hayat. Pengamatan Ø Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan
turutan. Ø Lemah pendengaran bunyi dan rentak. Ø Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Ø Lambat mengkelaskan benda. Ø Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru. Ø Tidak dapat menyelesaikan masalah. Ø Sukar ambil bahagian dalam permainan dan
tidak faham undangundang. Ø Tidak kreatif. Ø Lemah pergerakan dan perbuatan. Ø Lemah daya pemikiran/ingatan. Ø Tidak boleh mengingat kembali.
1.3.1 Bagaimana mengenal pasti muridmurid pemulihan
i. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
ii. Rekodrekod prestasi iii. Rekod kesihatan iv. Kerjakerja harian murid v. Laporan Adab Belajar ( LAB ) vi. Melalui pemerhatian
Kesimpulannya, bakal guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman harus mempunyai asas kemahiran dalam memberikan pendidikan yang sebaik mungkin untuk murid perdana dan murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran bagi menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi muridmurid yang datang kawasan pendalaman. Seterusnya, bakal guru dapat memberi peluang atau keseronokan kepada muridmurid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai walau di mana mereka berada.
21
1.4 Tugasan
Tugasan 1
Setiap kanakkanak pedalaman mempunyai potensi diri untuk dibangunkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan ciriciri kanakkanak pedalaman di bawah, cadangkan langkahlangkah atau tindakan yang sesuai untuk membantu meningkatkan keupayaan kendiri mereka.
Ciriciri kanakkanak pedalaman Tindakan atau langkahlangkah
membantu mengatasi masalah yang dihadapi kanakkanak pedalaman
3.1 Tahap pencapaian rendah dalam semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah
3.2 Masalah tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
3.3 Ketidakhadiran tanpa sebab ke sekolah
3.4 Keciciran
3.5 Ponteng
3.6 Tidak minat belajar
3.7 Tidak mempunyai citacita
3.8 Sangat pemalu
3.9 Pelupa
3.10 Lambat menerima perubahan dan sukar dididik
22
Tugasan 2
Masalah ketidakhadiran murid pedalaman ke sekolah telah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru permulaan yang ditempatkan di sekolah pedalaman, anda diminta untuk merancang satu pelan operasi untuk mengubah senario di atas berdasarkan borang grafik yang disediakan.
Bil. Aktiviti Petunjuk Prestasi Peneraju
Tugasan 3
Cikgu Amin telah mengajar di Tahun 2 Mawar selama satu bulan. Sepanjang pengajarannya, Cikgu Amin mendapati beberapa orang muridnya menunjukkan tingkah laku seperti di bawah. Bincangkan aktiviti P&P yang sesuai dan berkesan bagi membantu golongan pelajar ini.
Tingkah laku yang dibantu Aktiviti P&P
• Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
• Perasaan takut akan perkaraperkara baru
• Degil, tidak patuh pada peraturan peraturan dan suka melawan
• Pasif
• Malas
• Lemah/kurang berinteraksi dengan rakan
• Rasa ingin tahu yang tinggi
23
Rujukan
Abbas Mohd. Shariff. 2002. Budaya dan Falsafah Orang Melayu. EDN Media: Singapura.
H.Lee Swanson,Karen R. Harris & Steve Graham. 2006. Handbook of Learning Disabilities.London: The Guilford Press
Individuals with Disabilities Education Act Amendments. 1990.P.L.104476. Washington DC:US
Kamaruddin Abu Hassan dan Narendra Kumar a/l Anopchand.2009. Pelaksanaan program KIA2M sekolah angkat pendidikan anak orang asli peribumi: Satu bicara profesional. Seminar Pedagogi Peribumi Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis: Pahang.
K.A. Razhiyah. 2006. Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pub.
Mohd. Kamal Mohd Ali dan Ab. Rahman Mahmud.2007. Amalan terbaik melaksanakan kelas intervensi awal membaca dan menulis. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Guru, anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan dan Institut Perguruan Sultan Mizan Besut, Terengganu.
Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus kanakkanak yang susah belajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pub.
Sandiyao Sebestian. 2007. Pengesanan kanakkanak dengan keperluan khas. Kuala Lumpur:Universiti Malaya
24
UNIT 2: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
2.1 Pengenalan
Tingkah laku adalah berbeza dan merupakan manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilainilai tertentu. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala Garry Martin & Joseph Pear(2003) pula menyatakan bahawa tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi yang melibatkan otototot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Merujuk perspektif Islam, AlGhazali mengklasifikasikan tingkah laku manusia bertujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciriciri
§ berasaskan dorongan serta tujuan § berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satusatu situasi itu.
Menurut ahli Teori Behaviorisme, pembelajaran merupakan perubahan yang secara relatifnya kekal dalam tingkah laku, keupayaan atau sikap. Oleh itu tingkah laku boleh diajar dan dipelajari oleh semua. Sekiranya tingkah laku boleh dipelajari, bererti tingkah laku juga boleh diubah sebagaimana katakata orang tua dahulu kala; “Rupa tidak boleh diubah tapi perangai (tingkah laku) masih boleh diubah.” Oleh itu, modifikasi atau pengubahsuaian merupakan satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk dan mengekalkan tingkah laku sasaran melalui aktiviti peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.
Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkaraperkara yang berikut:
§ perancangan yang rapi § tentukan individu atau kumpulan § teknik intervensi yang berkesan § penilaian secara objektif
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang muridmurid pedalaman sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, seperti:
§ kepelbagaian murid § persekitaran murid § tiada satu cara yang berkesan bagi semua murid § program intervensi berdasarkan keperluan dan kehendak murid (meliputi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor)
25
Langkahlangkah Mengenal pasti Tingkah Laku
Tahukah anda apakah langkahlangkah mengenal pasti masalah tingkah laku murid?
Antara langkah yang perlu dilakukan guru adalah:
i. Mengesan tingkah laku bermasalah Ujian pengesanan perlu dilaksanakan supaya dapat mengenal pasti masalah sebenar yang menyebabkan seseorang murid itu tidak mencapai objektif pembelajaran serta menentukan tahap dan arah pembelajaran murid.
Jenisjenis ujian yang boleh dlaksanakan bagi membuat pilihan, mengklasifikasi keputusan, penilaian rawatan dan mendapatkan pengesahan hipotesis saintifik ialah:
§ Ujian pencapaian § Ujian kecenderungan § Ujian minat § Ujian kecerdasan, dan § Ujian personaliti
ii. Memerhati dan merekod Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian anda akan melihatlihat, mendengar, memerhati dan bertanya supaya dapat memahami sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalanjalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.
§ Mengumpul data melalui pemerhatian dengan menggunakan alat seperti: § rekod berterusan § time sampling § soal selidik ibu bapa § temu bual § pengalaman sendiri atau orang lain § rujukan daripada artikel atau jurnal
iii. Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan) Terdapat lima langkah perancangan pengurusan tingkah laku yang perlu dilakukan bagi mengenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai:
§ Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai secara spesifik Contoh: kurang tumpuan
§ Kumpul maklumat: o Bilakah tingkah laku itu berlaku? o Berapa kerap ia berlaku? o Dalam keadaan apa ia berlaku?
26
o Apa berlaku sebelum tingkah laku ditunjukkan? o Adakah tingkah laku itu selalu berlaku sewaktu dia
bersendirian/semasa di bawah penyeliaan guru/ semasa bersama orang lain?
§ Tafsir maklumat yang dikumpul § Analisis fungsional
Stephen Starin (2007) mendefinisikan analisis fungsional sebagai satu proses mengenal pasti sebab atau fungsi sesuatu tingkah laku sebelum membentuk tindakan pemulihan yang sesuai.
Analisis fungsional membantu guru membina andaian mengenai:
§ mengapa seseorang murid terlibat dalam tingkah laku tersebut § bila murid berkemungkinan besar menunjukkan tingkah laku tersebut § keadaan apakah yang berkemungkinan mengurangkan tingkah laku
tersebut
Terdapat 7 komponen penting dalam analisis fungsional, iaitu:
§ Definisi operasional yang jelas mengenai tingkah laku bermasalah (Contoh: William enggan mendengar arahan guru – klasifikasikan jenis arahan seperti disuruh diam, diminta membuat latihan, dan sebagainya serta tempoh masa keengganan mendengar arahan tersebut)
§ Kenal pasti masa, tempat dan keadaan di mana tingkah laku bermasalah berlaku atau tidak berlaku
§ Kenal pasti faktorfaktor yang terjadi sebelum tingkah laku bermasalah itu berlaku (antesedent)
§ Kenal pasti faktorfaktor selepas tingkah laku bermasalah itu berlaku (konsekuens)
§ Menguji antesedent dan konsekuens tersebut bagi memerhati hubungan kesan antesedent dan konsekuens tersebut dengan tingkah laku sasaran
§ Pembentukan hipotesis atau andaian terhadap fungsi atau hubungan antara tingkah laku bermasalah itu dengan persekitaran seseorang bagi menghasilkan strategi intervensi
§ Pengumpulan data berterusan bagi memantau atau menyemak semula hubungan fungsional yang diandaikan dan/atau strategi intervensi yang dilaksanakan.
iv. Rancang pengubahsuaian § peneguhan semerta § peneguhan bergantung kepada kekerapan ganjaran § peneguhan bergantung kepada perubahan tindakan lazim murid § peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah
v. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda
vi. Mengkaji punca tingkah laku bermasalah yang dikenal pasti § Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif seperti rajin bertanya dan sifat ingin tahu berlebihan yang boleh menimbulkan masalah kepada guru dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
27
§ Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan orang lain seperti disruptif (mengganggu), pergantungan berlebihan, agresif, distruktif (suka merosakkan harta benda awam), kemurungan, pengasingan diri, ponteng dan sebagainya.
vii. Merancang program intervensi yang sesuai Contoh: Program Ekonomi Token bagi menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan merokok.
2.2 Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanakkanak berpunca daripada faktorfaktor tertentu. Roger Stancliffe telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanakkanak, iaitu:
§ persekitaran § tekanan psikologikal § ketakutan dan fobia § peneguhan yang kurang sesuai § kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad § kesukaran tugasan § aktiviti dan tahap rangsangan § kesihatan dan perubatan § jangkaan tingkah laku
2.2.1 Kesankesan salah laku terhadap pembelajaran Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah seperti yang berikut:
§ Kurang tumpuan terhadap pengajaran guru Murid kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru kerana tidak berminat, letih, bahan yang digunakan tidak menarik atau sesuai dengan tahap pencapaian serta minat murid
§ Mengganggu proses P&P Murid yang bermasalah tingkah laku akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan membuat bising serta mengganggu rakanrakan mereka atau tidur di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan suasana pembelajaran yang kondusif.
§ Sukar memahami pengajaran guru Murid menghadapi masalah untuk memahami pengajaran guru kerana keyakinan diri yang rendah, masalah emosi serta kurang minat terhadap pelajaran yang diajari guru.
§ Gagal menyiapkan tugasan yang diberi Murid yang kurang motivasi dan bermasalah tingkah laku ini kerap gagal menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah.
§ Enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan Murid enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti kumpulan kerana sikap mereka yang sukar difahami dan lebih suka bersendirian.
28
2.2.2 Prinsipprinsip asas mengurus tingkah laku Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut berlandaskan prinsipprinsip tertentu, seperti peneguhan, jenisjenis pemerhatian dan pengurusan tingkah laku.
2.2.2.1 Prinsip peneguhan
Peneguhan atau pengukuhan amat penting untuk mengekalkan minat, meningkatkan prestaswi atau mengurangkan tingkah laku bermasalah. Justeru, peneguhan (ganjaran atau dendaan) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan serta dapat diterima oleh murid.
Terdapat empat jenis peneguhan yang boleh diberikan kepada muridmurid, iaitu:
(i) Peneguhan Ketara (tangible) seperti makanan / minuman / barangan yang disukai murid
(ii) Peneguhan Deria (sentuhan / tactile, penggetar / vibratory, wangian / oltofactory, visual, auditori)
(iii) Peneguhan Sosial (pujian, senyuman, beri perhatian/kasih sayang dan persahabatan)
(iv) Aktiviti (lawatan/pertandingan mewarna / teka silang kata/ menonton TV Pendidikan)
2.2.2.2 Jenisjenis pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian guru akan melihatlihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian, guru dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, guru dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalanjalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.
Pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek penilaian seperti:
(i) memerhati tanpa membuat tafsiran
(ii) memerhati perlakuan atau sikap yang dikenal pasti
(iii) memerhati untuk jangkamasa tertentu (jangka pendek dan jangka panjang)
29
2.2.2.3 Prinsip pengurusan tingkah laku
Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu memahami prinsipprinsip pengurusan tingkah laku yang berikut:
(i) kebanyakan tingkah laku boleh dipelajari (ii) semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus (iii) tingkah laku boleh diajar dan diubah (iv) matlamat perlu jelas dan khusus (v) program perlu secara individu (vi) program berbentuk semasa (tertumpu kepada masalah
tingkah laku semasa) (vii) program berfokuskan persekitaran kanakkanak
2.3 Strategi Pengurusan Tingkah Laku
Tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program interevensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran serta merekodkan data dan melaksanakan interevensi.
2.3.1 Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku
(i) Meningkatkan Tingkah laku
Tingkah laku yang baik atau yang diingini seperti rajin datang ke kelas, kerap menyudahkan latihan atau kerja rumah yang diberikan guru pada masa yang ditetapkan atau menjaga kebersihan dan bilik darjah hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurangkurangnya dikekalkan. Guru boleh meningkatkan tingkah laku ini dengan memberi ganjaran yang berbentuk pujian, piala kehadiran penuh pada akhir tahun (Anugerah Majlis Kecemerlangan Sekolah), serta menjadikan murid sebagai ’model’ kepada muridmurid lain. Guru juga boleh memberikan ganjaran dalam bentuk token seperti buahbuahan, pensil warna, cokelat, dan sebagainya sekiranya individu atau kumpulan murid dapat mengekalkan sesuatu tingkah laku yang diingini guru.
(ii) Mengurangkan Tingkah Laku
§ Penghapusan (extinction) Memerhatikan atau menyekat muridmurid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransuransur dengan menggantikannya dengan tingkah laku baru yang positif. Misalnya, ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab.
Guru perlu merancang aktiviti yang berkesan dan menarik minat murid. Di samping itu, guru boleh membangkitkan keinginan murid untuk membuat kemajuan dalam pembelajaran melalui aktiviti
30
lakonan, main peranan, simulasi dan sebagainya dengan berlatar belakangkan persekitaran murid.
Kursus motivasi dan kem bina semangat/jati diri juga dapat menghapuskan murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif seperti ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab, sifat pemalu dan mengasingkan diri serta tidak mahu bekerjasama dengan rakan rakan lain dalam kumpulan.
§ Hukuman/dendaan Contoh: Murid membuat bising di dalam kelas (sama ada secara individu atau kumpulan). Guru mengenakan hukuman tahan kelas (lambat balik), denda fizikal, atau mengambil balik token/hak. Proses bagi mengatasi masalah tingkah laku kebisingan ialah dengan melakukan kaedah pemerhatian dengan mengikut urutan langkahlangkah yang berikut: (i) Melihat kekerapan tingkah laku kebisingan (ii) Tempoh masa (bila tingkah laku bermasalah dilakukan) (iii) Dengan siapa (iv) Penilaian (v) Penambah baikan (guru melaksanakan penambahbaikan atau
pengubahsuaian kaedah pengurusan tingkah laku murid)
§ Disensitisasi Tindakan secara beransuransur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas, fobia) Murid diberikan latihan menghafal dialog atau baitbait puisi (pantun, seloka, gurindam dan lainlain) serta mengungkapkannya di hadapan rakanrakan bagi mengatasi perasaan fobia atau takut. Latihan secara berulang kali atau melalui teater pembaca (teknik menyebut perkataan dengan intonasi dan sebutan yang betul dalam mata pelajaran bahasa) juga dapat membantu murid mengatasi kegugupan dalam pertuturan serta membina keyakinan diri mereka.
§ Overcorrection Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebih keadaan sebelumnya. Teknik ini sesuai digunakan sebagai latih tubi bagi memperbaiki kesilapan ejaan atau kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira murid)
Cuba anda renungkan caracara mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid anda di kawasan pedalaman
31
Contoh:
Masalah Tingkah Laku
Cara mengurangkan masalah tingkah laku
1. Autisme 1. Menggunakan kaedah time out iaitu membuat pengasingan di satu sudut bilik darjah dalam masa 10 minit yang masih boleh dipantau oleh guru kelas.
Contoh: Murid A tidak membuat latihan Matematik 2. Pintar Cerdas dan
Berbakat 1. Menggunakan teknik semasa dengan memberikan
ganjaran berbentuk positif atau menggunakan kaedah Ekonomi Token
2. Contoh: Murid dapat melengkapkan aktiviti pengayaan bagi murid pintar cerdas dan berbakat
3. Kanakkanak Cacat Emosi
Peranan Guru i. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa
Contoh: Mengadakan aktiviti kerjasama Peranan Ibu Bapa
ii. Ibu bapa meninjau tingkah laku anakanak dalam bentuk gerak balas tertentu setakat yang boleh dibilang. Contoh: Berapa kali kanakkanak itu memukul adiknya dalam jangka masa tertentu. Ibu bapa memberi ganjaran ke atas tingkah laku yang diingini dan jangan mudah memberi hukuman terhadap tingkah laku yang tidak dikehendaki.
4. Murid tidak Bermotivasi § Malas § Tidak berminat
datang ke sekolah
§ Lambat menerima perubahan
3. Peranan Guru i. Proses kaunseling ii. Kem motivasi iii. Perkhemahan iv. Kolaboratif bersama ibu bapa v. Kolaboratif bersama rakan sejawat vi. BBM yang menarik vii. Kaedah P & P pelbagai viii. Dorongan ibu bapa
5. ADHD i. Semasa di dalam kelas, jauhkan daripada sebarang gangguan dengan guru lain semasa waktu keluar.
ii. Murid dibawa ke bilik lain bagi menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan
2.3.2 Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model
Strategi pengurusan tingkah laku dilaksanakan berasaskan model pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral dan persekitaran
§ Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat
32
makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut
§ Psikodinamik Model psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi reality, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal. Manakala teknik tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignore) mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya. Model psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti terjadi semasa kanakkanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).
§ Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor luaran di sekelilingya. Pengurusan tingkah laku berasaskan model ini berteraskan teoriteori tingkah laku yang melibatkan rangsangan, ganjaran dan sebagainya.
§ Persekitaran Intervensi tingkah laku berasaskan model ini termasuklah persekitaran strategi yang berpusatkan kanakkanak, berpusatkan persekitaran, berpusatkan. Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahliahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanakkanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.
2.4 Tugasan
2.4.1 Anda diminta membuat rujukan tentang:
§ Definisi pengurusan tingkah laku yang dilakukan oleh tokohtokoh dalam bidang behaviourisme, humanistik, dan sosial
§ Kajian pengurusan tingkah laku berasaskan model tingkah laku yang berteraskan tiga elemen penting; rangsangan, tindak balas, kesan/akibat
2.4.2 Di bawah ini diberikan beberapa contohcontoh tingkah laku yang dominan terdapat pada muridmurid di kawasan pendalaman. Anda dikehendaki yang mencatat tindakan yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang guru bagi menguruskan tingkah laku tersebut. Catat tindakan anda di dalam ruangan yang disediakan. Anda dikehendaki menyediakan jusifikasi yang menyokong tindakantindakan yang anda cadangkan itu.
33
Bil Tingkah laku yang perlu diurus oleh
guru Punca/sebab Tindakan Justifikasi
tindakan
1 Ibu bapa melibatkan anak dalam aktiviti menuai hasil tanaman
Tenaga buruh
2 Kerap ponteng sekolah
Jarak sekolah yang jauh dari rumah
3 Tidak menumpukan perhatian dalam kelas
Kurang tumpuan
4 Keupayaan pemikiran yang tidak berdaya saing
Kurang zat makanan
5 Tidak cerdas Persekitaran tidak mencabar minda
6 Kanakkanak ADHD Ibu bapa/guru tidak dapat mengenal pasti murid bermasalah pembelajaran
7 Penampilan diri tidak kemas
Ketidakupayaan mendapatkan kemudahan asas yang terhad
8 Pergaulan yang terbatas/tidak luas
Rasa rendah diri
9 Komunikasi terhad Penguasaan bahasa yang lemah
10 Adab makan tidak teratur
Kurang pendidikan & pendedahan etika makan
2.4.3 Anda telah ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman, tugas pertama anda adalah mengenal pasti muridmurid di bawah tanggungjawab anda dari segi latar belakang, budaya dan pengaruh persekitaran bagi membantu anda mengurus tingkah laku muridmurid anda.
Sediakan satu prosedur untuk membantu muridmurid anda supaya dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini sebagai seorang murid sekolah yang berkesan. Pelaksanaan pelan tindakan anda hendaklah merangkumi aspek aspek berikut:
§ Perkara § Strategi § Tindakan § Penunjuk prestasi dan § Peneraju
34
Rujukan:
Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanakkanak istimewa. Kuala Lumpur PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Hamidah Sulaiman. 2007. “Modul HBSE2203 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak Berkeperluan Khas”. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Hasnah Udin. 1988. Bimbingan kanakkanak luar biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sandra F.Rief. 2007. Bagaimana mendekati dan mendidik kanakkanak ADD/ADHD. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Bahagian Pendidikan Guru. 2007. ”Modul 1/3 Pengurusan tingkah laku.” dalam Pendidikan Pemulihan. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
35
UNIT 3: PENGURUSAN AKTIVITI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM
3.1 Pengenalan Kelas Bercantum
3.1.1 Latar belakang dan konsep kelas bercantum
Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Bilangan murid di sekolah sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. Walau bagaimanapun, sekolah kurang murid tidak boleh ditutup oleh kerana setiap kanakkanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Di samping itu, bilangan guru di sekolahsekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masamasa tertentu.
Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.
Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelaskelas di sekolah rendah yang mengandungi muridmurid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.
3.1.2 Definisi kelas bercantum
Kelas yang mana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai muridmurid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama.
3.1.3 Ciriciri kelas bercantum
i. Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
ii. Muridmurid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan iii. Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak
membolehkan satu kelas biasa dibuka. iv. Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan
guru mengikut bilangan kelas. v. Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.
36
3.1.4 Kepentingan kelas bercantum
Kelas bercantum yang diwujudkan di sekolahsekolah kurang murid khususnya dapat mengatasi masalah bilangan muridmuridnya tidak mencukupi untuk dijadikan satu kelas tunggal. Sehubungan itu, semua murid yang tinggal di kawasan pedalaman mendapat peluang untuk bersekolah di tempat sendiri walaupun sekolah berkenaan mempunyai bilangan murid yang terlalu sedikit.
Sekolahsekolah di pedalaman mempunyai hambatan daripada aspek kemudahan asas, infrastruktur dan kewangan. Oleh yang demikian, kelas bercantum boleh meminimumkan kekurangan berkenaan dengan perkongsian penggunaan yang maksimum.
3.2 PENGELOLAAN DAN PENGURUSAN KELAS BERCANTUM
3.2.1 Komposisi Dalam Kelas Bercantum
Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar muridmurid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988). Maka komposisi dalam kelas bercantum hanya berlaku dalam situasisituasi berikut:
i. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.
ii. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum. iii. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang
atau kurang, kelas perlu dicantum. iv. Seelokeloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. v. Umur muridmurid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan
dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.
Walau bagaimanapun mungkin terdapat juga percantuman yang berlainan: misalnya di sekolahsekolah yang mana bilangan gurunya mencukupi, darjah satu dan darjah enam sengaja tidak dicantumkan kerana difikirkan darjah satu itu memerlukan perhatian seorang guru khas untuk menanam pelajaran asas yang kukuh dan darjah enam pula perlu diberi persediaan yang sistematik untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
3.2.2 Penyusunan Bilik Darjah Kelas Bercantum
Kerjakerja mengelola dan mengurus kelaskelas bercantum memerlukan banyak persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Sebagaimana kita sedia maklum, satusatu kelas bercantum itu mempunyai muridmurid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Bagi menjamin wujudnya suasana pembelajaran yang menggalakkan adalah mustahak bagi guru memberi pertimbangan sewajarnya kepada aspek pengurusan bilik darjah. Bilikbilik darjah yang terdapat di sekolahsekolah bukanlah dibina khas untuk mengajar muridmurid dalam situasi “bercantum”. Guruguru yang mengajar di kelas bercantum bolehlah
37
menggunakan kebijaksanaan mereka memikirkan caracara yang sesuai dan praktikal bagi menyediakan bilik darjah kelas bercantum. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspekaspek pengelolaan dan pengurusan kelas bercantum yang dipertimbangan supaya boleh menimbulkan suasana pengajaranpembelajaran yang berkesan.
3.2.3 Penyusunan Bilik Darjah Untuk PengajaranPembelajaran
Satusatu kelas bercantum itu mengandungi muridmurid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Situasi ini memerlukan guru kelas tersebut mengajar dengan menggunakan pendekatanpendekatan dan kaedahkaedah yanlg berbagai corak misalnya, ada masanya beliau terpaksa mengajar muridmurid secara kelas, ada masanya secara kumpulan, ada masanya perlu diberi bimbingan secara perseorangan, dan ada masanya pula beliau menggabungkan kesemuanya. Oleh yang demikian, penyusunan kerusimeja dalam satusatu kelas bercantum itu perlulah diubahsuaikan dengan kaedah pengajaran yang berbezabeza dan yang boleh memberi peluang kepada muridmurid menyertai berbagaibagai aktiviti pembelajaran.
Beberapa contoh penyusunan kerusi meja telah diberi dalam Buku Panduan Guru Kelas Bercantum PPK. Walau bagaimanapun, perlulah difikirkan bahawa contoh contoh ini tidaklah menyeluruh dan mungkin ada lagi penyusunan lebih sesuai yang boleh dipertimbangkan. Dalam penyusunan bilik darjah beberapa garis panduan bolehlah dirumuskan untuk panduan guru:
i) Kerusi meja hendaklah disusun dengan sempurna supaya guru dapat melihat muridmurid dari manamana tempat dalam bilik darjah. Ini juga dapat membantu guru mengawal semua yang berlaku dan memberi panduan dan bimbingan kepada muridmurid bila perlu.
ii) Sudutsudut tertentu hendaklah disediakan untuk semua mata pelajaran dan juga untuk aktiviti pemulihan, bacaan, rehat, permainan dan sebagainya.
iii) Kerusimeja elok disusun semula dari semasa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan situasi pengajaranpembelajaran yang berlainan.
iv) Selain daripada itu, perlulah difikirkan juga kemungkinan mengadakan kemudahankemudahan lain seperti : a. Papan flenal, b. Papan tulis bergerak, c. Tikar / linolium d. Bilik setor untuk penyimpanan barang, e. Dawaidawai yang diregang untuk menggantung bahanbahan / hasil
kerja murid f. Tempat penyimpan / pameran beroda.
3.2.4 Penyimpanan Rekod
Dalam situasi kelas bercantum yang mana muridmurid terlibat dalam aktiviti yang berlainan, rekod murid yang teratur dan kemas kini hendaklah disediakan. Antara lain rekod tersebut hendaklah menunjukkan:
38
i) Kedudukan muridmurid dalam tiaptiap kumpulan dan aktivitiaktiviti yang telah dikendalikan oleh kumpulan tersebut;
ii) Aktivitiaktiviti yang telah dikendalikan oleh muridmurid secara individu; iii) Rekod kemajuan muridmurid dalam bentuk markah dan / atau gred; iv) Rekod pemindahan muridmurid satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.
3.3 PENGURUSAN KURIKULUM
3.3.1 Pengelolaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
Kerjakerja mengelola kelaskelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspekaspek pengelolaan kelas bercantum yang perlu dipertimbangkan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di sekolahsekolah yang ada kelas bercantum mungkin terdapat seorang dua guru yang tidak terlatih. Dalam keadaan yang demikian perlulah dipastikan kelaskelas bercantum dipertanggungjawabkan kepada guruguru terlatih dan berpengalaman sahaja.
3.3.1.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
Kebanyakan kerjakerja di sekolah rendah dijalankan di dalam bilik darjah dan kebanyakan masa belajar muridmurid dihabiskan bersama gurunya. Ini sudah tentu memerlukan arahanarahan daripada guru darjah setiap masa untuk membolehkan muridmurid memahami dan mengikut pengajarannya. Dalam situasi pengajaran secara kelas, muridmurid tidak dapat peluang belajar sepenuhnya, kerana tiaptiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbezabeza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu muridmurid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulankumpulan kecil. Prinsipprinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut:
i. Kumpulan Sama Kebolehan ii. Kumpulan Pelbagai Kebolehan iii. Kumpulan Tahun Persekolahan iv. Kumpulan Sosial v. Kumpulan Individu
3.3.1.2 Kumpulan Sama Kebolehan
Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian muridmurid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhatihati membahagikan muridmurid pada kumpulankumpulan tertentu. Pembahagian muridmurid kepada kumpulankumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada muridmurid
39
dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.
CANTUMAN KELAS: CANTUMAN TAHUN2 DAN 3
KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN
PETUNJUK:
TAHUN2
A B
C
KUMPULANA Tahun 2 dan 3yang lambat KUMPULANB Tahun 2 dan 3yang sederhana KUMPULANC Tahun 2 dan 3yang cerdas
PAPAN TULIS
SUDUT PEMBELAJARAN SUDUT BACAAN
SUDUT PEMBELAJARAN SUDUT PAMERAN
Meja Guru
TAHUN3
3.3.1.3 Kumpulan Pelbagai Kebolehan
Kumpulan ini terdiri daripada muridmurid yang pelbagai kebolehan. Kalau muridmurid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiaptiap kumpulan itu nanti terdiri daripada muridmurid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerjakerja praktikal. Murid yang cerdas dapat
40
membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satusatu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.
3.3.1.4 Kumpulan Tahun Persekolahan
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
§ lambat § sederhana § cerdas
Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.
3.3.1.5 Kumpulan Sosial
Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanakkanak itu sendiri. Di sini kanakkanak diberi peluang memilih kumpulankumpulannya sendiri. Jenisjenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.
3.3.1.6 Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.
3.3.2 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum
G U R U
T A H U N 2 T A H U N 3
g u r u m e n g a j a r s e c a r a b e r g i l i r
k u m p u l a n k u m p u l a n
A B C A B C
P e n g e n d a l i a n P e n g e n d a l i a n K e l a s K e l a s s e c a r a s e c a r a K a e d a h K a e d a h D a r j a h D a r j a h / / T a h u n T a h u n P e r s e k o l a h a n P e r s e k o l a h a n
41
3.3.2.1 Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Guruguru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid murid dalam kelas bercantum.
Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi keduadua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)
Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip prinsip kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.
GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK MATEMATIK
2 2
Tahun 3 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 2 Tahun 1 Tahun 1
Nombor Nombor kurang 700 kurang 700
Nombor Nombor kurang 300 kurang 300
Nombor 1 Nombor 1 10 10 1 1
KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA Bil. Bil.
PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN
MASA TAHUN 2 TAHUN 3
15 minit Guru Mengajar Kerja sendiri
15 minit Kerja sendiri Guru Mengajar
42
3.3.2.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana:
i. ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian. ii. ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata
pelajaran. iii. ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid. iv. dapat menyemak tugasantugasan yang sudah atau belum selesai
dalam rancangan untuk setahun. v. sebagai panduan dan membantu guruguru lain yang mengambil alih
mengajar sesuatu darjah.
Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.
43
CONTOH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS BERCANTUM
MATEMATIK TAHUN 1 DAN 2
Mata Pelajaran : MATEMATIK
Cantuman Kelas : Tahun 1 dan Tahun 2
Bilangan murid : Tahun 1 – 10 orang Tahun 2 – 10 orang
Masa : 60 minit
Kaedah : Kelas dan Tahun
Tajuk : Tambah dalam lingkungan 100
Kemahiran : Tahun 1 Menambah sebarang dua nombor dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Tahun 2 Menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Objekti : Pada akhir pembelajaran muridmurid dapat
a. menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
b. menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Objektif KBKK : Menyusun atur digit nombor mengikut rumah dalam proses penambahan.
Nilai Murni : Mengamalkan semangat bekerjasama, teliti
PSA : Tahun 1 Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula.
Tahun 2 Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50, dengan mengumpul semula.
44
Langkah (Masa)
Aktiviti Catatan
Tahun 1 Tahun 2
Set Induksi (5 minit)
Guru bersoaljawab dengan murid tentang
(2 jumlah muridmurid Tahun 1 ii) jumlah murid Tahun 2
iii) jumlah keseluruhan murid Tahun 1 dan Tahun 2 (dengan cara membilang/guna operasi “+” dalam bentuk lazim)
Kaedah kelas
Langkah 1
(15 minit)
Guru menunjukkan bagaimana menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semuladan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100. Contoh:
(3 63 + 5 = ////////// //////////
////////// //////////
////////// //////////
////////// + ///// = //////////
////////// //////////
////////// //////////
//// /////////
Berdasarkan contoh di atas guru menunjukkan cara menulis dalam bentuk lazim
Pu Sa
6 4 6 4
+ 5 atau + 5
_______ _______
Guru menekankan setiap pengiraan dalam bentuk lazim dimulakan dari rumah Sa.
Guru beri 1 contoh serupa lagi.
Guru memilih murid secara rawak untuk membuat latihan di papan tulis.
1) 82 + 6 8 2
+ 6
Muridmurid Tahun 1 dan Tahun 2 belajar bersama secara kelas.
45
______
2) 88 + 5 8 8
+ 5
_______
Langkah II
(15 minit)
Muridmurid membuat lembaran kerja
Guru mengajar bagaimana menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula, hasil tambah tidak lebih daripada 100
contoh:
46 + 5 =
////////// //////////
////////// //////////
////////// + ///// = //////////
////////// //////////
////// //////////
/
tunjuk cara pengiraan dalam bentuk lazim.
Pu Sa
2 7 3 6
+ 5 + 6
_______ ______
guru ulang dengan contoh serupa.
Langkah III
(20 minit)
Guru dan murid hasil kerja bersama.
Beri pengayaan (lembaran kerja)
Murid membuat kerja dalam kumpulan kebolehan
(lembaran kerja) Guru semak bersama murid.
Kaedah darjah
Kaedah kelas
Penutup
(5 minit)
Guru menanyakan murid apakah yang dipelajari hari ini untuk rumusan
46
Bagi satu contoh penambahan dalam bentuk lazim
3.3.2.3 Pengurusan Jadual Waktu
Jadual waktu hendaklah disusun mengikut masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran. Sebaikbaiknya gabungan 23 waktu untuk satu mata pelajaran secara berterusan terutama mata pelajaran teras. Sebaik baiknya hanya 5 mata pelajaran sehari.
Jadual waktu disusun pada waktu yang sama bagi mata pelajaran yang sama mengikut kelas yang dicantumkan. Jadual waktu boleh juga disusun bagi mata pelajaran yang berlainan tetapi pendekatan dan kaedah pengajaran guru perlu diubahsuai mengikut aktiviti yang hendak dikemukakan.
Tumpuan perlu diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi SK/SRK, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi SRJK, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. (Rujuk Lampiran 6 : Jadual Waktu)
3.3.3 Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum
Guruguru yang mengajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahanbahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam kelas bercantum. Hal ini penting kerana muridmurid boleh menggunakan bahanbahan yang disediakan bila guru mereka mengajar kelompok tahun persekolahan yang lain.
3.3.3.1 Garis Panduan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Kelas Bercantum
i. Tajuktajuk yang dipilih hendaklah sesuai dijadikan bahanbahan pengajaran sendiri.
ii. Bahanbahan disediakan secara bersiri yang disusun mengikut turutan supaya murid boleh menggunakan berdasarkan kebolehan dan tahap penguasaan masingmasing.
iii. Bahasa yang digunakan perlu diselaraskan dengan kebolehan murid murid.
iv. Bahanbahan boleh digunakan tanpa pengawasan guru.
3.3.3.2 Jenisjenis dan sumber bahan bantu mengajar
Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk kelas bercantum ialah kad kerja, kit pembelajaran dan bahanbahan pengajaran guru sendiri.
Kad kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan dalam bentuk kad atau kertas yang seragam saiznya. Guru boleh menyediakan sendiri atau mendapatkan bahan tersebut dari Pusat Kegiatan Guru sekiranya ada. Terdapat juga syarikatsyarikat penerbitan yang menghasilkan kadkad berkenaan untuk dijual ke sekolahsekolah. Kad kerja hendaklah diletakkan di tempat atau sudut yang mudah diakses oleh muridmurid setiap masa.
47
Kit pembelajaran terdiri daripada satu kit yang mengandungi kadkad kerja, pita kaset, carta, gambar slaid, radas dan bahanbahan berkaitan. Kit dibekalkan oleh syarikatsyarikat tertentu atau agensiagensi kerajaan. Guruguru dapat menggunakan kit ini dengan mudah berdasarkan modul atau manual penggunaan yang disertakan.
Selain daripada keduadua bahan bantu di atas, guru juga dapat menggunakan inisiatif dan kreativiti masingmasing bagi menyediakan bahan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, guru perlu peka kepada aspekaspek seperti tajuk pengajaran, bahasa dan lembaran kerja yang bersesuaian dengan kebolehan muridmurid mereka dan berpandukan sukatan pelajaran.
3.3.4 Penilaian
Penilaian untuk muridmurid kelas bercantum adalah penting untuk mengukur pencapaian muridmurid berkenaan. Sehubungan itu, guruguru yang mengajar kelas bercantum dapat mengenalpasti kekuatan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Berikut ialah caracara menilai muridmurid kelas bercantum ;
a. Pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah. b. Semakan untuk tugasan kumpulan / individu boleh dlakukan dengan kerjasama
murid di dalam kelas. c. Ujianujian formal untuk menguji pencapaian muridmurid berkenaan. d. Ujian diagnostik yang dapat mengenalpasti kelemahan/ penguasaan murid
murid.
3.4 Tugasan / Latihan
Dalam kumpulan berdua, pelajar dikehendaki melaksanakan salah satu tugasan berikut:
Tugasan 1:
Antara bentuk tingkah laku adalah seperti berikut. Catatkan hasil perbincangan anda seperti grafik yang disediakan di bawah mengenai tindakan guru serta justifikasi tindakan.
Bil. Bentuk tingkah laku di dalam kelas bercantum
Tindakan guru Justifikasi tindakan
1. Murid mengganggu aktiviti pengajaran–pembelajaran kumpulan lain
2. Masalah kebisingan
3. Murid tidak mengambil bahagian
4. Pelajar hiperaktif
Tingkah laku yang lain
48
Tugasan 2:
Anda akan mengajar satu topik untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kelas bercantum Tahun 4 dan Tahun 5. Anda perlu menyediakan bahan atau sumber pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk kelas tersebut. Senaraikan bahan sumber serta contoh yang sesuai untuk pengajaran topik yang anda pilih serta cara penggunaannya. Gunakan contoh grafik berikut:
Jenis bahan P&P Bahan untuk Tahun 4 dan cara penggunaan
Bahan untuk Tahun 5 Dan cara penggunaan
Tugasan 3:
Pelajar dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk sebuah kelas bercantum untuk muridmurid dua tahun yang berbeza. Nyatakan dengan jelas langkahlangkah pengajaran dan pembelajaran serta alat ABM yang digunakan untuk kelas tersebut.
RUJUKAN
Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.
Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.
Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.
Mok Soon Sang, (1994), Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran: Siri Pendidikan Perguruan Kumpulan Budiman sdn. bhd. Kuala Lumpur.
Siri Pendidikan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (1992), Jilid 5 Pengurusan Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
____________ ( 1982), Small Group Work in the Classroom, (Curriculum Branch Education Department of Western Australia).
49
Unit 4: Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4. Apa itu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)?
4.1 PBL Berasaskan Kurikulum dan Sukatan Pelajaran
PBL memainkan peranan penting dalam memenuhi tuntutan sukatan pelajaran. Dalam PBL proses inkuiri bermula dengan membentuk soalan pencetus idea yang membantu pelajar menghasilkan projek secara kolaboratif merentasi pelbagai mata pelajaran berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
4.2 PBL Pembelajaran Secara Mendalam dan Bermakna
Ø PBL memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengamalan secara handson melalui aktiviti: o Lawatan lapangan o Eksperimen o Penghasilan model o Penghasilan Poster o Persembahan multimedia
Ø Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan hasilan masingmasing melalui pelbagai cara.
4.3 PBL – Meneroka Isu dan Tajuk untuk Menyelesaikan Masalah Kehidupan Sebenar dengan Merentasi Kurikulum Pelbagai Mata Pelajaran
Ø Dalam P&P tradisional, pelajar mempelajari sesuatu secara berasingan berdasarkan mata pelajaran tertentu.
Ø Dalam PBL, pembelajaran berlaku dengan merentasi kurikulum pelbagai mata pelajaran
Ø Pelajar mempelajari sesuatu secara holistik. Ø Pelajar diminta untuk meneroka sesuatu tajuk secara mendalam yang
berkaitan rapat dengan kehidupan sebenar Ø Menarik minat pelajar kerana pembelajaran menyentuh kehidupan atau
pengalaman sebenar masingmasing
4.4 PBL – Menggalakkan Penerokaan Isuisu Kompleks secara Intelektual Melalui Tugasan yang Diberi
Ø PBL Menggalakkan penguasaan pengetahuan secara autentik Ø Pelajar meneroka isu / masalah à menilai maklumat yang diperoleh à
membuat interpretasi à mensintesiskan maklumat secara bermakna.
4.5 Kepentingan PBL
Ø PBL membantu membina kemahiran berasaskan pengetahuan dan masyarakat berteknologi tinggi
Kehidupan di abad ke21 memerlukan pelajar memiliki keduadua kemahiran iaitu kemahiran asas (3M) dan kemahiran era digital (kolaborasi, menyelesaikan masalah, ‘research gathering’, pengurusan masa, mensintesiskan maklumat, menggunakan peralatan berteknologi tinggi).
50
Ø Kemahiran Abad ke21 (oleh Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS)) • Tanggungjawab personal dan sosial • Merancang, berfikir secara kritis dan kreatif, dan penaakulan • Kemahiran berkomunikasi yang mantap untuk memenuhi keperluan
interpersonal dan persembahan • Kefahaman merentasi budaya • Membuat keputusan • Penggunaan teknologi
o Bagaimana o Bila o Apa
Ø Laporan SCANS – SCANS Workplace Know – How
5 Kompetensi Kualiti Kemahiran dan personal
Sumber
Kemahiran Interpersonal
Maklumat
Sistem
Teknologi
Kemahiran Asas: membaca, menulis, mengira, bertutur dan mendengar
Kemahiran Berfikir: kreativiti, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, penaakulan dan mengetahui cara belajar
Kualiti Personel: tanggungjawab, pengurusan diri, penghargaan diri, bersosial, integriti
Ø Maklumat untuk mencapai Kemahiran Abad Ke21
5 Kompetensi untuk Pekerja Produktif dan Efektif
Sumber Kebolehan untuk merancang peruntukan masa, kewangan, bahan, ruang, dan sumber lain
Kemahiran Interpersonal Kebolehan untuk bekerja dan berkomunikasi dengan ahli pasukan dan pihak lain
Maklumat Kebolehan untuk meneroka, mengumpul dan memproses data dalam bentuk maklumat dan membuat pembentangan tentang keputusan
Sistem Kebolehan untuk bekerja dan meningkatkan prestasi sistem organisasi, sosial dan teknologi
Teknologi Kebolehan untuk memilih secara efektif, mengguna, menyenggara, dan membaik pulih peralatan dan kemudahan
51
Ø Kemahiran dan Keperluan SCANS
a. Sumber Peruntukan masa, kewangan, bahan, ruang, dan sumber manusia
Aktiviti PBL:
Pelajar merancang aktiviti untuk setiap projek PBL. Melalui pelaksanaan aktiviti mengikut perancangan projek , pelajar dapat memperoleh kemahiran dan pengetahuan menggunakan sumber yang terhad dalam masa yang suntuk.
b. Kemahiran Interpersonal Bekerja dalam pasukan, mengajar orang lain, melayan pelanggan, memimpin, berunding, dan bekerja secara harmoni dengan individu yang berlainan latar belakang dan budaya.
Aktiviti PBL
Pelajar bekerja dalam kumpulan kecil. Guru membahagikan kumpulan tersebut mengikut ciriciri seperti kaum, budaya, jantina, dan gaya pembelajaran. Usaha tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk mengusai kemahiran interpersonal dalam situasi pembelajaran yang diwujudkan.
c. Maklumat • Menggunakan komputer untuk memproses dan menguruskan
maklumat • Memperoleh dan menilai maklumat à membuat interpretasi à
mensintesiskan maklumat secara bermakna
Aktiviti PBL
Pelajar menguasai kemahiran mengurus maklumat kehidupan sebenar melalui kitaran proses PBL: Menerokai à Menyelesaikan à Mencipta à Berkongsi.
d. Sistem Memahami sistem sosial, organisasi dan teknologi, memantau dan menambah baik prestasi, mereka bentuk dan meningkatkan sistem.
Aktiviti PBL
PBL memberi penekanan kepada pembelajaran secara holistik dan pengalaman kehidupan sebenar dalam proses P&P. Guru dan pelajar mendapat pendedahan dan mempelajari sistem sosial, organisasi dan teknologi yang terdapat dalam komuniti.
Ø PBL dan penggunaan ICT
Kurikulum melalui PBL menggunakan ICT dalam konteks kehidupan sebenar menggalakkan pelajar menjadi pekerja berpengetahuan, pemikir yang kritis
52
dan pelajar sepanjang hayat. PBL bukan sekadar satu cara pembelajaran juga satu cara bekerja sepasukan. Pelajar mengambil tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka menyediakan asas untuk mereka bekerja dengan pihak lain untuk masa depan.
Ø PBL menawarkan penilaian autentik
Melalui penilaian autentik, perkembangan dan pencapaian pelajar didokumentasikan secara sistematik. PBL menggalakkan ini berlaku melalui:
• Guru boleh menjalankan pelbagai peluang penilaian • Pelajar boleh mempamerkan kebolehan mereka melalui tugasan yang
diberikan • Pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran seperti melakukan penyelidikan • Membina kemahiran bekerja secara kolaboratif dan sepasukan dengan
rakanrakan • Guru lebih mengenali pelajar • Membantu guru berkomunikasi dalam pelbagai isu secara berkesan
dengan pelajar secara individu dan kumpulan.
Ø PBL menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
PBL menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui:
• PBL dan penggunaan ICT membolehkan pembelajaran berlaku dengan lebih meluas bukan hanya di sekolah;
• Pelajar menghayati budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat; dan • Guru membimbing pelajar mengurus pembelajaran mereka sebagai asas
pembelajaran sepanjang hayat
ICT membantu pelajar mencapai pakar dan kajian dari sumber primer dalam usaha mereka memperoleh pengetahuan baru.
Ø PBL menampung perbezaan pelajar dan kepelbagaian gaya pembelajaran mereka
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan belajar berdasarkan pengalaman dan latar belakang masingmasing. PBL mengambil kira perbezaan dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam tugasan yang disediakan. Pelajar akan berusaha memberikan yang terbaik jika melakukan sesuatu yang mereka minati.
53
4.6 Prinsip Mereka Bentuk Projek
Ø Menetapkan Hasil
Langkahlangkah merancang projek seperti berikut: • Membangunkan idea • Menentukan skop projek • Memilih standard (Sukatan Pelajaran) • Menggabungkan hasil serentak • Bekerja berdasarkan kriteria reka bentuk projek • Menyediakan persekitaran pembelajaran secara optima
Pertimbangan Sebelum Merancang Projek:
Skop Projek • Projek melibatkan kajian lapangan, temu bual, tinjauan perpustakaan, dan
inkuiri komuniti. Skop aktiviti ditentukan sebelum projek bermula dan berdasarkan kesediaan dan pengalaman pelajar, jadual sekolah, mata pelajaran, tahap kepakaran dan keselesaan anda.
• Guru sering bertanya tentang saiz sesuatu projek yang perlu dilaksanakan. Tiada satu panduan khusus untuk menjawab persoalan ini, namun faktor berikut mungkin relevan untuk membantu anda merancang.
Tempoh • Secara umum, tempoh sesuatu projek tidak kurang dari satu minggu.
Kebanyakannya dilaksanakan dalam tempoh dua ke tiga minggu. Namun guru yang berpengalaman lebih cenderung memilih tempoh enam minggu atau lebih.
54
Koleksi maklumat/data • Umumnya pelajar terlibat aktif di lapangan seperti temu bual, tinjauan
perpustakaan, dan inkuiri komuniti. Aktivitiaktiviti ini memerlukan masa dan sering berlarutan.
Penglibatan Orang Dewasa • Projek yang berkesan lazimnya melibatkan orang dewasa, sama ada
pakar atau wakil komuniti, sebagai rakan kongsi projek. Penglibatan orang dewasa boleh menambahkan kedalaman dan minat terhadap projek, namun perancangan tambahan diperlukan.
Isuisu • Terdapat guru yang memilih soalan terbuka, luas, dan mempunyai
pelbagai penyelesaian sebagai fokus projek. Projek seumpama ini memerlukan masa yang lebih untuk pelajar membuat persediaan dan penyelidikan.
Ø Merangka Soalan Pencetus Idea
Apakah Soalan Pencetus Idea?
Berdasarkan tema atau “idea besar” sesuatu projek, sediakan soalan pencetus idea dalam bentuk permasalahan yang tidak mudah diselesaikan atau dijawab.
Ciriciri Soalan Pencetus Idea • Provokatif • Soalan Terbuka (OpenEnded) • Mendalami sesuatu disiplin atau tajuk • Mencabar • Timbul dari delima kehidupan sebenar yang menarik minat pelajar • Selaras dengan kurikulum dan sukatan pelajar.
1. Soalan Pencetus Idea Provokatif • Adakah penggunaan bag
plastik menggambarkan kesedaran seseorang terhadap pencemaran alam sekitar?
Soalan ini bukan sekadar memaksa pelajar memberi fokus kepada pencemaran alam sekitar, tetapi juga merangsang mereka mengemukakan cadangan penyelesaian tentang masalah yang dihadapi
2. Soalan Pencetus Idea Mendalami sesuatu disiplin atau tajuk • Bagaimanakah air sungai
kita boleh diminum dengan selamat?
Soalan ini memerlukan bukti saintifik dan pertimbangan profesional berdasarkan kriteria dalam bidang biologi, kimia, dan fisiologi. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu mengkaji dan mengusai kriteriakriteria dalam bidang saintifik.
3. Soalan Pencetus Idea – Terbuka (OpenEnded) • Adakah wajar syarikat rokok
menaja dalam bidang
Soalan ini memerlukan pemeriksaan yang mendalam sama ada memihak atau membantah . Di samping itu,
55
sukan? pelajar juga berpeluang untuk memberi pendapat berdasarkan penaakulan sendiri.
4. Soalan Pencetus Idea Mencabar • Apakah hukuman yang
setimpal untuk mencegah tabiat merokok?
Soalan ini menggalakkan pelajar untuk meneliti pelbagai cadangan hukuman yang berkesan walaupun akan melibatkan ahli keluarga sendiri.
5. Soalan Pencetus Idea Timbul dari delima kehidupan sebenar yang menarik minat pelajar • Bagaimana untuk
memastikan penguat kuasa alam sekitar benarbenar menjalankan tugas dengan berkesan?
Soalan ini menarik perhatian pelajar terhadap delima dalam isu penguatkuasaan undangundang alam sekitar yang tidak berkesan di samping mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah ini.
6. Soalan Pencetus Idea Selaras dengan kurikulum dan sukatan pelajar • Bagaimanakah aktiviti
manusia boleh menyebabkan bencana alam sekitar?
Soalan ini membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum mata pelajaran Sains (Tahun 6) sekolah rendah.
Ø Merancang Penilaian
Penilaian dalam sesuatu projek perlu dirancang sebelum projek bermula. Amalan penilaian yang berkesan mempunyai ciriciri berikut: • Pelajar patut dimaklumkan tentang apa yang mereka perlu lakukan • Kriteria yang digunakan untuk menilai pencapaian pelajar
Soalan 1
Sejauh manakah pelajar menguasai isi kandungan tajuk projek?
Isi kandungan utama boleh dinilai melalui persembahan, pameran, atau ujian. Adalah penting untuk pelajar menguasai konsep, prinsip utama dan perbendaharaan kata sesuatu tajuk. Penilaian direka bentuk untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar telah melaksanakan tugasan.
Soalan 2
Sejauh manakah pelajar telah menguasai kemahiran utama dalam projek? Aspek kemahiran memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu projek. Namun kemahiran tidak boleh dinilai melalui ujian bertulis kerana penguasaan kemahiran perlu dipamerkan melalui tingkah laku. Penilaian pencapaian atau rubrik digunakan untuk mengukur kemahiran yang telah dikuasai dalam sesuatu projek.
56
Soalan 3
Sejauh mana pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan hasil tugasan?
Dua aspek yang akan dinilai dalam projek: • Proses
o Contoh: menggunakan rubrik untuk menilai perkembangan projek
• Hasil tugasan o Contoh: bahan bukti atau artifak seperti rekod
kajian, nota temubual, dan dokumen lain yang menunjukkan usaha pelajar dan perkembangan projek.
3 Langkah dalam Merancang Penilaian yang Berkesan:
• Sesuaikan hasil tugasan dan pencapaian dengan hasil pembelajaran • Tahu apa yang hendak dinilai – sediakan kriteria untuk menilai setiap
hasil dan pencapaian projek • Menyediakan rubrik untuk menilai projek
Ø Pemetaan Projek
Pemetaan dalam sesuatu projek merujuk kepada usahausaha mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti, memperuntukkan masa, dan menyediakan sumber. Pemetaan memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan projek. Pemetaan projek terdiri daripada dua aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Bahagian ini memberi fokus kepada tugas pemetaan untuk membantu guru menjadi seorang perancang projek yang berkesan.
Rajah 2: Aspek Pemetaan Projek
Struktur: Merancang pengajaran merupakan amalan biasa bagi seorang guru. Perbezaan di antara rancangan mengajar dan pemetaan projek ialah rancangan mengajar menekankan hasil pembelajaran. Guru merancang mengikut urutan menentukan hasil pembelajaran à merancang aktiviti P&P dan tugasan à menentukan penilaian. Manakala pemetaan projek yang berdasarkan reka bentuk UbD mengikut urutan mengenal pasti hasil pembelajaran à menetapkan bukti hasilan untuk dinilai à merancang aktiviti P&P
Pemetaan Projek
Struktur Haha Tuju dan Sokongan
57
Rancangan Mengajar Pemetaan Projek (Reka Bentuk UbD)
Menentukan hasil pembelajaran
Merancang aktiviti P&P dan tugasan
Menentukan penilaian
Mengenal pasti hasil pembelajaran
Menetapkan bukti hasilan untuk dinilai
Merancang aktiviti P&P
Hala Tuju dan Sokongan
Pemetaan membantu guru mengenal pasti kemahirankemahiran yang perlu dikuasai dan ditunjukkan oleh pelajar, menentukan tempoh masa projek, dan mengumpul sumber yang diperlukan untuk menyokong aktiviti P&P yang kritikal dalam projek.
Langkahlangkah utama dalam menghasilkan perancangan projek yang berkesan • Menguruskan tugasan dan aktiviti • Memulakan projek • Mengumpul sumber • Menyediakan Jadual Pelaksanaan
Ø Mengurus Proses PBL
Pengurusan berkesan sesuatu projek membimbing pelajar mengurus dan bertanggungjawab terhadap kerja mereka. Langkah penting dalam mengurus projek: • Berkongsi matlamat projek dengan pelajar • Menggunakan kit penyelesaian masalah • Memantau projek • Merancang refleksi dan penilaian
Sebagai pemudah cara, peranan guru berubah dari menyampaikan maklumat kepada menguruskan proses pembelajaran. Guru perlu menyediakan kit pengurusan untuk menguruskan PBL supaya projek kekal berfokus dan berjalan lancar.
Kemahiran Mengurus
Guru perlu memiliki kemahiran mengurus supaya boleh merancang dan melaksanakan projek dengan berjaya. Kemahiran fasilitator diperlukan untuk membantu pelajar melaksanakan projek sepanjang proses penemuan dan refleksi. Membiasakan diri dengan proses inkuiri di samping menstrukturkan dan membimbing pelajar melengkapkan projek. Kemahirankemahiran tersebut dimantapkan melalui pengalaman.
58
Apakah Pengurusan Berkesan?
Guru boleh memilih untuk membangunkan projek sendirian tanpa melibatkan pelajar. Namun pelajar yang terlibat bersama dalam membangunkan projek mempunyai keyakinan diri yang tinggi seperti autonomi dan daya tahan. Salah satu strategi berkesan untuk melibatkan pelajar ialah berkongsi matlamat dan konteks projek dengan mereka seawal yang mungkin. Sama pentingnya melakukan perkongsian refleksi dan pendapat di akhir projek dalam kalangan pelajar.
Berkongsi Matlamat Projek dengan Pelajar
• Matlamat projek lebih mudah dicapai sekiranya projek tersebut mempunyai kepentingan dan berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.
• Sekiranya guru telah merancang sesuatu projek yang baik, berkongsi matlamat projek tersebut dengan pelajar. Pelajar diberi pendedahan bagaimana projek ini memberi manfaat kepada diri mereka, sekolah, dan komuniti. Lebih baik sekiranya matlamat projek dikaitkan dengan masa depan mereka.
Memurnikan Projek Guru mungkin mempunyai projek yang telah dirancang dengan rapi dan teliti, namun pelajar boleh memurnikan perancangan projek berdasarkan minat mereka. Ini boleh dilakukan melalui perbincangan atau aktiviti yang sediakan.
Rujukan:
McTighe, J., & Wiggins, G. (2004). Understanding by design professional development workbook. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
National Center on Education and the Economy. (2007). Tough Choices or Tough Times: The Report of the New Commission on the Skills of the American Workforce.Washington, DC: Author.
Partnership for 21st Century Skills. (2007). Beyond the Three Rs: Voter Attitudes Toward 21st Century Skills. Tucson, AZ: Author.
The Buck Institute for Education. (2003). Project based learning: A guide to standards focused project based learning for middle and high school teachers (2nd, Ed.). Oakland, CA: Wilsted & Taylor.
Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by design (2 nd ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
59
UNIT 5: PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH PEDALAMAN
5.1 Pengenalan
Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman bermaksud Pendekatan atau kaedah pengajaran yang disesuaikan dengan muridmurid yang belajar bahasa Melayu di daerah daerah pedalaman. Pedalaman bermaksud daerahdaerah yang terpencil, jauh daripada bandarbandar atau pekanpekan yang kemudahan infrastruktur terhad. Masalah kemudahan infrastruktur kerap dikaitkan dengan masalah pembelajaran muridmurid di daerah pedalaman.
Guruguru di pedalaman menghadapi masalah pengajaran bahasa Melayu berpunca daripada guru bukan opsyen mengajar bidang tersebut. Kebanyakan muridmurid di pedalaman pula adalah terdiri daripada mereka yang bukan penutur bahasa bahasa Melayu. Sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah, mereka wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Memandangkan permasalahan yang dihadapi, maka adalah perlu guruguru pelatih dalam pelbagai opsyen yang sedang menuntut di IPGM Sabah dan Sarawak dibekalkan ilmu tambahan sebagai persediaan sebelum ditempatkan di sekolah pedalaman.
5.2 Aplikasi Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman
Pedagogi bahasa Melayu Sekolah Pedalaman perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam ketigatiga aspek Kemahiran Bahasa Melayu iaitu kemahiran Lisan, membaca dan menulis. Guruguru haruslah sedar bahawa kemahiran asas yang perlu diajar dan dikuasai oleh muridmurid pedalaman ialah kemahiran bertutur, manakala kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang sukar dan perlu diajar dengan pendekatan yang sesuai.
5.2.1 Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran
a. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Strategi dalam P&P sekolah pedalaman perlu dijuruskan ke arah keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di sekolah pedalaman dengan memberi pertimbangan kepada perkaraperkara berikut.
• Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pengajaran • Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang
ditentukan • Menyusun pendekatan kaedah dan teknik mengajar • Pengagihan masa setiap langkah • Penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan kaedah dan teknik • Pengurusan kelas mengikut pendekatan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran sekolah pedalaman memberi penekanan kepada penguasaan kemahirankemahiran asas bahasa iaitu:
• Lisan (Mendengar dan bertutur) • Membaca • Menulis
60
Lisan (Mendengar dan bertutur) Muridmurid sekolah pedalaman perlu dibimbing supaya dapat memahami apa yang didengar dan memberi maklum balas/menjawab dengan betul dan tepat. Sewaktu mereka berlisan atau bertutur mereka sepatutnya dapat menggunakan perbendaharaan kata yang tepat dengan sebutan yang betul.
Membaca: Muridmurid pedalaman seharusnya dapat menguasai bacaan secara mekanis dengan cara dapat membunyikan sebutan vokal dan konsonan, sebutan suku kata, frasa, dan ayat dengan betul. Kemahiran asas membaca ini boleh membantu kanak kanak pedalaman untuk membaca dan memahami ayat atau petikan yang diberikan.
Menulis: Muridmurid pedalaman perlu diajar teknik menulis dengan cara yang betul supaya setiap huruf yang ditulis menunjukkan konsonan dan vokal yang sebenar. Murid murid perlu menguasai kemahiran pra tulisan dan penulisan mekanis.
b. Pendekatan Pengajaran Pembelajaran
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Pendekatan untuk mengajar mendengar bertutur, membaca dan menulis
Pendekatan mengajar bahasa Melayu sekolah pedalaman perlulah mengambil kira latar belakang kehidupan muridmurid di sekolah dan alam sekitar perkampungan mereka. Ini adalah sesuai dengan amalan pedagogi iaitu belajar daripada dekat kepada jauh dan daripada mudah kepada yang sukar.
c. Kaedah Pengajaran Pembelajaran
Kaedah ialah cara atau peraturan untuk melaksanakan sesuatu. Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkahlangkah penyampaian yang tersusun.
Definisi Kaedah
Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan, terbentuk dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih.
Secara keseluruhannya, kaedah merupakan satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang pendek.
Kaedah mengajar bahasa melayu juga perlu disesuaikan mengikut keperluan murid murid di sekolah pedalaman. Kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang boleh diaplikasikan adalah seperti berikut:
61
Kemahiran Lisan: Kaedah AudioLingual Kaedah Dengar dan Sebut Kaedah Askar/tentera Kaedah OralAural (dengar tutur) Kaedah terus
Kemahiran Membaca: Kaedah Abjad Kaedah Fonik Kaedah Pandang Sebut Kaedah Campuran
Kemahiran Menulis: Dalam kemahiran menulis di sekolah pedalaman, muridmurid hendaklah didedahkan dengan kemahiran Pra tulisan. Untuk membolehkan muridmurid itu mempunyai kesediaan menulis, guruguru haruslah melaksanakan aktivitiaktiviti fizikal. Kemahirankemahiran dalam penulisan mekanis dimulakan apabila murid murid telah melalui latihan intensif dalam kemahiran pra tulisan.
d. Teknik Pengajaran Pembelajaran
Teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk mengelola dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah pedalaman.
Antara teknikteknik pengajaran ialah: • Teknik simulasi: main peranan dan lakonan antara penduduk kampung dalam
aktiviti harian mereka. • Teknik tunjuk cara : Demonstrasi berkaitan membuat pekerjaan seni pertukangan
dan anyaman kepada rakan • Teknik perbincangan : Membincangkan masalahmasalah kampung dengan
rakanrakan • Teknik kerja kumpulan: perbincangan menyiapkan pekerjaan di kampung • Teknik penyelesaian masalah : masalahmasalah yang dihadapi semasa musim
kemarau atau musim banjir. • Teknik lawatan sambil belajar : Melawat kebun atau dusun di sekitar kawasan
kampung.
5.3 Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis
5.3.1 Kemahiran Lisan
Konsep kemahiran mendengar
Proses melibatkan dua peringkat i. Peringkat menerima dan membezakan bunyibunyi bahasa yang hampir sama
Contohnya, menyebut bahasa Melayu dengan bahasa tempatan.
ii. Peringkat memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa tempatan dan bahasa Melayu.
62
Peringkat Pertama • Pelajar dapat menerima dan membezakan bunyibunyi bahasa yang hampir
sama bunyinya. Contoh: Muridmurid dari suku Dusun di Sabah kerap menyebut huruf z sebagai j dalam (Zainal – Jainal), u sebagai o dalam pulau – pulou), c sebagai s dalam kacang – kasang) dan masalah penyukuan seperti : karabau untuk suku kata kerbau.
Peringkat Kedua • Pemahaman bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya
masyarakat setempat. • Untuk memahami bunyi bahasa setempat , perlu memiliki unsurunsur
kefahaman berikut: o Pengetahuan yang ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa
setempat yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan o Pengetahuan tentang bahasa tempatan berlakunya pertuturan yang didengar
dan pengetahuan tentang sistem bahasa.
5.3.1.1 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar dan bertutur sekolah pedalaman dibahagikan kepada beberapa kaedah, iaitu;
a. Kaedah Audiolingual
Pengenalan: • Kaedah ini berdasarkan kaedah terus dengan pembaharuan dari segi teknik,
bahan dan teknologi. • Alatalat mengajar moden seperti alat rakaman digunakan. • Lebih mementingkan penggunaan bahasa daripada huraian bahasa.
Prinsipprinsip : • Bahasa adalah pertuturan bukan penulisan. • Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. • Pelajar diajar untuk menggunakan bahasa dan bukan diajar tentang
pengetahuan bahasa. • Bahasa ialah apa yang dipertuturkan oleh penutur natif. • Bahasa berbeza antara satu sama lain.
Kaedah Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
Kaedah Dengar dan Sebut
Kaedah Audio lingual
Kaedah Oral / Aural (dengar
tutur)
Kaedah Terus
Kaedah Askar / Tentera
63
Objektif: • Membolehkan muridmurid memperkembangkan keempatempat kemahiran
bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis tetapi keutamaan lebih kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
• Membolehkan muridmurid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa.
Cara Pelaksanaan di sekolah pedalaman: • Kaedah ini dimulakan dengan aktiviti mendengar dialog dalam bahasa
Melayu yang disampaikan oleh penutur natif. • Dialog yang diperdengarkan itu perlu dipelajari oleh muridmurid melalui
proses meniru dan menghafal. • Setelah menguasai sebutan, muridmurid dilatih tubi untuk berdialog. Aktiviti
latih tubi polapola ayat dijalankan selepas aktiviti berdialog.
Kelebihan: • Kaedah ini berjaya menghasilkan muridmurid yang mahir dalam kemahiran
lisan bahasa Melayu. • Sesuai untuk muridmurid pedalaman kerana pada dasarnya mereka suka
meniru dan menghafal bahasa.
b. Kaedah Dengar dan Sebut
Pengenalan: • Dicipta berdasarkan teori bahasa yang berpendekatan empirisis yang
diutarakan oleh Leonard Bloomfield. • Pada tahun 1964 Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut lebih
konkrit dan memasukkan teori Skinner (khususnya dalam aspek pelaziman dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul.
Pelaksanaan: • Pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan. • Guru bahasa harus peka tentang aspekaspek gangguan daripada bahasa
ibunda dan dialek tempatan muridmurid pedalaman. • Bagi mengatasi gangguan tersebut, guru perlu mengadakan latihan tubi
fonologi dan polapola ayat. • Mengadakan aktiviti bahasa yang sebenarbenarnya sama ada bahasa
harian di sekolah, dan di rumah . • Murid diajar dan digalakkan menggunakan bahasa dengan betul melalui
model atau contoh yang baik.
Prosedur Pengajaran seperti dalam langkahlangkah berikut: • Muridmurid belajar bertutur dengan betul menurut contoh yang
diperdengarkan. • Muridmurid kemudian membaca dan menulis tentang perkara yang didengar
dan dibaca.
Pada tahap pertama kaedah ini adalah untuk melatih kefahaman mendengar dan bertutur dalam bahasa sasaran, manakala pada tahap kedua adalah untuk latihan membaca dan menulis dan hanya dilakukan apabila murid sudah menguasai bahasa lisan.
64
c. Kaedah Askar / Tentera
Pengenalan • Dalam kaedah ini, kemahiran lisan adalah menjadi tumpuan utama. Pelajaran
hendaklah mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan penggunapengguna dan penutur jati bahasa itu, baik dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Tulisan tidak dipentingkan.
• Kaedah yang digunakan adalah sama dengan kaedah terus di mana latih tubi dipergunakan dengan sehabishabisnya melalui instruktor yang terdiri dari penutur jati.
• Kaedah ini menggunakan teori behavioris atau tanggapan bagaimana kanak kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi.
Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman: • Latih tubi, mimik dan hafazan. • Menyediakan kumpulan 10 orang, mendengar pembacaan, menggunakan
soalansoalan mudah, menggunakan skrip. • Senarai yang disediakan diulang beberapa kali secara beramairamai. • Kelas dibahagikan kepada dua dan masingmasing menyoal di antara satu
sama lain. • Pelajar berpasangpasangan, menyoal antara satu sama lain. • Penyelia latih tubi berjalan ke tiaptiap kumpulan dan membetulkan atau
membaiki bunyi setiap sebutan.
Kebaikan • Kaedah ini adalah kaedah ‘semula jadi’ atau ‘natural method’. • Ia menekankan ‘oral skill’ dan baik pada permulaan pelajaran. • Kaedah ini menjadikan pelajarpelajar patuh mengikut atau meniru guru. • Kaedah ini amat sesuai untuk mengenalkan nahu dan perbendaharaan kata.
d. Kaedah Oral – Aural (dengar – tutur)
Pengenalan • Kaedah ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti ‘mimicry’
(ajukan).Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. • Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara realistik dengan perhatian
terhadap intonasinya yang betul. • Objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. • Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebihlebih lagi jika
gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.
Tujuan • Untuk membolehkan pelajarpelajar memperkembangkan keempatempat
kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis). • Kaedah ini juga membolehkan pelajarpelajar untuk memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.
65
Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman: • Pelajaran dimulakan dengan dialog tertentu. • Guru mendengar sebutan penutur jati atau sebutannya sendiri melalui pita
rakaman, kemudian muridmurid diminta menyebut rangkai kata selepas model sehingga sebutan mereka menjadi lancar.
• Di peringkat awal mereka berlatih bersamasama, kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.
• Kalau terdapat kesalahankesalahan yang dilakukan, muridmurid akan diperbetulkan dan mereka diminta mengulang sebutan yang betul itu.
• Bila muridmurid telah mencapai kebolehan untuk menghasilkan sesuatu struktur, baharulah mereka diberi teks yang merupakan kesimpulan am daripada polapola struktur yang telah diubah.
e. Kaedah Terus
Pengenalan • Kaedah yang mengutamakan prinsipprinsip psikologi kanakkanak. • Membolehkan kanakkanak menguasai keempatempat kemahiran
berbahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat berkenaan.
Asas Kaedah Terus • Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat
dengan fikiran atau di sebaliknya. • Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman yang telah
sedia ada. • Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanakkanak melalui soalansoalan
yang telah dirancang. • Pengajaran berpandukan kepada lunaslunas kanakkanak mempelajari
bahasa kandung mereka iaitu : o Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului
kemahiran bertutur. o Muridmurid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar. o Tidak mempelajari sebarang undangundang tentang bahasa yang
hendak dipelajari. o Sebutan yang betul diutamakan dan oleh kerana itu kaedah ini
memerlukan pengetahuan ilmu fonetik. o Ulangan dan Pengukuhan harus diperbanyakkan. o Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan. o Harus mempelajari sesuatu yang mudah terlebih dahulu dan kemudian
bergerak kepada yang lebih rumit.
Kebaikan • Kaedah ini sangat sesuai untuk mempelajari bahasa kerana sifatnya sama
dengan cara kanakkanak menguasai bahasa kandung mereka. • Pengajaran secara terus memudahkan pencapaian tingkatan serta merta dan
muridmurid dapat menggunakan bahasa itu secara aktif dan seterusnya membolehkan mereka cepat dapat bertutur dengan lancar dan fasih.
Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman • Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan muridmurid terus
kepada bahasa Melayu.
66
• Segala makna perkataan yang tidak difahami oleh muridmurid dijelaskan oleh guru dengan cara berikut : o Mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar. o Mengaitkan perkataanperkataan atau ayatayat dengan gambar, rajah
rajah, lukisan atau sebagainya. o Menggunakan perkataan seerti atau berlawan. o Dengan menggunakan aksi atau lakonan. o Memberi huraian atau cerita. o Dengan menjelaskannya dalam ayatayat.
f. Peringkat mendengar bagi muridmurid sekolah pedalaman
i. Mendengar Secara Intensif • Dilakukan melalui latihan dan aktiviti formal dengan pengawasan
guru. • Dibahagikan kepada dua jenis;
a. Berpusatkan kefahaman makna secara terperinci b. Menekankan latihan mendengar bahasa Melayu yang dituturkan
Latihan berpusatkan kefahaman • Mendengar arahan • Menjawab soalan kefahaman • Mendengar mendapatkan maklumat • Membuat ringkas • Menyelesaikan masalah
ii. Mendengar Secara Ekstensif • Bertujuan meluaskan penguasaan keseluruhan bahasa Melayu. • Dilakukan melalui aktiviti mendengar secara kritis dan logis. • Mampu melatih murid memberi pandangan dan pendapat.
iii. Mendengar Secara Aktif • Mendengar dengan melakukan tindak balas dan bersifat dua hala. • Muridmurid dapat menguasai sistem bahasa yang didengarnya. • Tindak balas berlaku mengikut bentuk dan jenis ujaran yang
didengar.
iv. Mendengar dengan beremosi • Murid mahir dalam bahasa yang dituturkan • Mereka boleh mendengar, memahami dan bertindak balas • Berlaku kerana ujaran itu membawa makna
v. Mendengar secara berhatihati • Mendengar dengan teliti dan bersungguhsungguh • Perlu menumpukan kepada kata, rangkai kata dan ayat dalam
pertuturan • Bertujuan agar setiap butiran kata difahami dengan tepat dan betul • Dapat dicapai dengan banyak latihan mendengar.
vi. Mendengar secara kritikal • Kemahiran mendengar tahap tinggi • Berupaya memilih dan menentukan perkara yang benar dan palsu
67
• Dapat menentukan kesahihan fakta dan menyedari kelemahan bahasa
• Perlukan berfikir secara kritis dengan memberi latihan secara intensif
vii. Mendengar dengan pengamatan • Berlaku kepada muridmurid yang mencapai tahap berfikir secara
kritikal • Mendengar dengan berasaskan pengalaman • Ujaran perlu ada kaitan dengan pengalaman pendengar
g. FaktorFaktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
1. Fizikal 2. Jantina 3. Status Sosioekonomi 4. Gangguan Bunyi 5. Mental
h. Prinsipprinsip pengajaran kemahiran mendengar
1. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama kemahiran yang lain, murid tidak diminta mendengar sahaja tanpa memberitahu apa yang didengar. Kemahiran ini dikaitkan dengan kemahiran yang lain seperti bertutur, membaca dan menulis. Peruntukan masa yang lebih diberikan kepada aspek lisan.
2. Kemahiran mendengar adalah latihan adalah kemahiran yang dianggap dinamik dan aktif. Latihan yang dirancang berteraskan sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti tertentu. Aktiviti mendengar diikuti oleh aktiviti lain seperti melakukan sesuatu, menunjukkan aksi, membuat sesuatu dan sebagainya.
3. Muridmurid mempunyai kebolehan memahami lebih tinggi berbanding kemahiran bertutur atau menulis. Sesetengah murid mungkin memahami sesuatu petikan tetapi sukar menjawab soalan yang dikemukakan dalam ayat yang gramatis. Sebahagian pula, memahami apa yang didengar tetapi tidak mengaitkan isi penting yang ada dalam petikan. Guru perlu berfikir bagaimana cara membolehkan murid bertindak balas seperti aksi, iaitu kemahiran lain yang lebih berkesan.
4. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan berperingkatperingkat dan dirancang dengan baik. Pada awal pengajaran, kemahiran mendengar haruslah dijalankan dengan memberi latihan mendengar secara keseluruhan dahulu. Setelah murimurid dapat mendengar dan menanggapi apa yang didengar baru mereka dibawa mendengar bahagianbahagian tertentu lebih kursus dan terperinci.
5. Guru perlu ingat supaya jangan terlalu ghairah untuk menjalankan aktiviti mendengar sehingga boleh membebankan murid. Pilih aktiviti yang menarik, sesuai serta memberi kesan yang lebih baik.
6. Motivasi adalah penting untuk meningkat minat mendengar dalam kalangan murid. Pelbagai tugasan yang mencabar perlu disediakan. contohnya tugasan itu biar berupa beberapa masalah dan murid diminta
68
mendengar dan menyelesaikannya. Tugasan yang berbentuk latihan kefahaman memerlukan murid menjawab soalan daripada petikan tidak begitu digalakkan.
7. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menyoal murid setelah mereka mendengar rakaman. Berikan murid soalan terlebih dahulu sebelum mereka mendengar rakaman tersebut. Arahan dan soalan diberi sebelum murid mendengar supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diperlukan.
8. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyaksebanyaknya untuk mewujudkan keyakinan.
9. Bahan yang digunakan oleh guru untuk mengukuhkan kemahiran mendengar muridmurid hendaklah daripada bahan sedia ada. Bahan seperti ini boleh dijadikan bahan penggalak. Murid berasa puas jika dapat menggunakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
5.3.1.2 Kemahiran Bertutur Di Sekolah Pedalaman
a. Konsep bertutur
Sebagai seorang guru haruslah melatih muridmurid di sekolah pedalaman untuk berkomunikasi dengan baik. Ini sebagai persediaan murid–murid menghadapi masyarakat luar dan berurusan rasmi. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyibunyi yang dilahirkan daripada alatalat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi.
Beberapa konsep pertuturan; • Pertuturan ialah gabungan bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. • Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. • Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya.
• Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
• Kemahiran menyebut atau mengajuk bunyi dan suara. • Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral. • Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan
individu. • Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan
pengamatan secara lisan dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
• Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di samping
• mempertikaikan pendapat orang lain secara serentak. • Aspekaspek penting dalam kemahiran bertutur;
69
(a) Sebutan (b) Tekanan (c) Mora (panjangpendek) (d) Jeda (persendian) (e) Intonasi (f) Nada (g) Tatabahasa (h) Kelancaran (i) Kefasihan (j) Laras bahasa
b. Tujuan bertutur
Kemahiran bertutur diajarkan di sekolah pedalaman untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan rakan, guru, ibu bapa.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan muridmurid pedalaman boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid; • Menyebut dengan jelas perkataan bahasa Melayu standard. • Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi berdasarkan perkara atau
peristiwa di sekitar mereka. • Menunjukkan arah tempattempat menarik di sekeliling mereka dengan
mudah. • Bertemu ramah dengan penduduk kampung. • Membina soalan untuk mencari maklumat berkaitan sekeliling mereka. • Bertutur secara bertatasusila dengan rakan dan orang di sekeliling mereka. • Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi.
c. PeringkatPeringkat Kemahiran Bertutur Aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat awal ialah: • Mengajuk perkataan dan ayatayat yang didengar. • Menyoal untuk mendapatkan maklumat. • Menyoal soalansoalan mudah berdasarkan situasi tertentu. • Bertindak terhadap soalansoalan mudah. • Memberi arahan. • Membuat ayatayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. • Membuat ayatayat daripada gambar sekitar sekolah atau kampung.
Aktiviti bagi peringkat pertengahan: • Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. • Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri • Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. • Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. • Memberi ucapan pendek dan mudah. • Memberi komen secara mudah. • Menyoal dan menjawab soalansoalan berhubung dengan peribadi
seseorang • bersekolah, persekitaran, di rumah.
70
Soalan Tugasan
Muridmurid pedalaman didapati menghadapi masalah dalam kemahiran Lisan bahasa Melayu. 1. Bagaimana mengesan daerahdaerah kelemahan lisan muridmurid? 2. Nyatakan caracara memperbaikinya. 3. Nyatakan bahan bantu Mengajar (BBM) yang sesuai digunakan dalam
pengajaran lisan (mendengar dan bertutur). 4. Nyatakan teknikteknik yang sesuai dan bahan bantu yang digunakan dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
5.3.2 Kaedah Membaca Sekolah Pedalaman
Sesunggguhnya bukan semua kanakkanak pedalaman dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Terdapat juga ramai kanakkanak yang tidak boleh membaca, yang susah membaca, tidak mahir membaca dan tidak suka membaca. Situasi inilah akan menyulitkan pengajaran guru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar kanakkanak pedalaman membaca antaranya ialah; kaedah pandang dan sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik.
a. Kaedah Abjad • Kaedah abjad merupakan satu kaedah yang telah lama diamalkan oleh
kebanyakkan guru bahasa di sekola. Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah huruf dan kaedah mengeja.
• Mengikut kaedah ini muridmurid diperkenalkan dengan hurufhuruf yang ada di dalam sistem ejaan bahasa Melayu, iaitu hurufhuruf kecil a hingga f ,g hingga k,l hingga p, dan r hingga z.
• Menganal dan menghafal huruf kecil dan besar serta menghafal nama namanya.
• Setelah murid diperkenalkan huruf vokal asas a,i dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan menggabungkan hurufhuruf konsonan, misalnya:
ba bi bu
ca ci cu
da di du
ha hi hu
ja ji ju
• Daripada suku kata itu dibentuk perkataan mudah seperti baca, babu, cucu, dada, dahi, budi dan sebagainya.
• Perkataanperkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut perkataannya.
• Mengeja perkataanperkataan itu, iaitu secara huruf satu demi satu, misalnya disebut;
b,a, t, u = batu,
b, a, b, u = babu,
71
b, u, d, i = budi
atau secara suku kata, iaitu
cu, ci = cuci
ba, ca = baca
sa, ya = saya
• Kebaikannya ialah, kemahiran membaca dalam kalangan muridmurid diasaskan pada pengenalan huruf dan suku kata. Oleh kerana sistem ejaan bahasa Melayu bersifat fonemik, iaitu setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi yang tertentu dan keadaannya pula tetap, maka apabila murid murid bertemu dengan apa jua suku kata (gabungan beberapa bunyi/ huruf), mereka akan dapat menyebutnya dengan sebutan yang betul.
• Dengan demikian mereka akan boleh membaca apa sahaja perkataan atau ayatayat yang dihadapkan kepada mereka walaupun mereka tidak memahami makna perkataanperkataan.
• Apabila mereka sudah menguasai kemahiran ini dengan baik, masalah membaca tidak lagi.
b. Kaedah Fonik • Muridmurid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukan nama huruf. • Menggabungkannya bunyi hurufhuruf yang lain untuk membentuk suku kata
dan perkataan. • Sebagai contoh, lambang “S” diperkenalkan dengan bunyinya “sss”, lambang
“a” dengan bunyi “aaaa”, lambang “t” dengan bunyi “teeh”, lambang “b” dengan bunyi “beh” dan seterusnya.
• Lambanglambang itu tidak diperkenalkan bunyinya sahaja. • Bunyibunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan,
misalnya “satu” (gabungan bunyi “sa” dan “tu”) “batu”, “susu” dan sebagainya. • Gambargambar disediakan juga bagi kaedah ini dengan padanan huruf. • Murid pada mulanya diajarkan dengan bunyibunyi yang tidak bermakna
tetapi ia boleh menanamkan asas yang kukuh kepada kanakkanak untuk mengenali bunyibunyi yang dilambangkan oleh hurufhuruf dalam sistem ejaan.
• Kanakkanak membunyikan sukukata yang diwakili oleh dua lambang bunyi seperti “ng”, “ny”, “kh”, “gh” dan “sy”.
• Begitu juga dengan bunyi [ә] dan [e] yang di dalam tulisan, hanya dilambangkan oleh huruf “e”.
• Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang, = batang.
• Membunyikan hurufhuruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya,
b (beh), a (ah) = ba
t (teh), u (uh) = tu
ba + tu = batu
72
Kebaikannya • Membaca dengan kaedah ini sesuai dengan bahasa Malaysia kerana suku
suku kata yang hampir tetap bunyinya. • Membolehkan kanakkanak membaca perkataanperkataan baharu walaupun
perkataanperkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.
c. Kaedah Pandang Sebut • Dikenali sebagai kaedah “seluruh perkataan”. • Perkataan ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari pecahan tiap
tiap hurufnya. • Menjadi asas untuk mengajar muridmurid mula membaca. • Perkataan seiring dengan gambar.
Cara menggunakan Teknik Pandang dan sebut. • Muridmurid cuba mengenal keseluruhan lambanglambang itu untuk
membaca. • Mengenal beberapa puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca
ayatayat. • Muridmurid diajar mengeja tiaptiap perkataan. • Murid diajar mengenal hurufhuruf.
Cara pelaksanaan • Menyebut perkataan. • Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. • Membaca ayat. • Muridmurid disuruh menyebut perkataanperkataan itu dengan mengenali
gambarnya sekali. • Murid cuba mengenali lambanglambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu
lambanglambang yang membentuk sesuatu perkataan dan untuk boleh membaca sebuah ayat pendek,
• Hanya setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat, barulah mereka mengenali satu demi satu akan abjadabjad yang membentuk perkataanperkataan itu.
• Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad, yang dianggap tidak bermakna kerana menekankan penghafalan hurufhuruf dan suku kata pada peringkat awal pembelajaran.
• Kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu secara tersendiri memang bermakna. Dengan kata lain, muridmurid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan.
• Walau bagaimanapun, kaedah ini ada juga kelemahannya. • Kemahiran mengenal lambanglambang yang membentuk perkataan tidak
muncul dengan cepat. Kanakkanak membaca bukan berdasarkan lambang lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Jadi, mereka sebenarnya menyebut nama gambar (kerana mereka mengenali benda dalam gambar) bukan membaca apa yang tertulis mengenai gambar itu.
Kaedah ini mementingkan dua perkara: • Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar. • Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
73
Prosesnya • Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya
dan terus menyebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
• Seterusnya kanakkanak diminta mengecam ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satusatu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanakkanak diminta terus membaca.
• Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Kelebihannya • Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanakkanak kerana mereka mempelajari
sesuatu secara keseluruhan kepada bahagian kecil dan menarik minat murid murid.
• Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanakkanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
• Guru dapat melatih kanakkanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.
d. Kaedah Campuran • Kaedah campuran yang memberatkan cerakinan. • Kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal. • Melibatkan pendengaran dan penglihatan. • Selepas kanakkanak menguasai kecekapan asas ini, kanakkanak akan
didedahkan pada bahan bacaan, iaitu menguasai kecekapan yang mudah kepada mereka.
• Selepas itu barulah bacaan mekanis. • Kaedah suku kata dan kaedah bunyi juga diperlukan sebagai sokongan bagi
menguatkan pengecaman bunyibunyi huruf dan suku kata, serta bentuk bentuknya.
• Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf konsonan awal sahaja yang ditekankan dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokal yang mengikutinya, seterusnya hingga menjadi perkataan.
• Dalam pengenalan hurufhuruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu, dan pengenalan kepada nama huruf dibuat secara tidak langsung, dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
• Tatacara pendekatan ini bolehlah dirajahkan seperti berikut:
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT (ayat/perkataan)
KAEDAH SUKU KATA
KAEDAH HURUF/ BUNYI
Kaedah Sokongan
74
Ciriciri • Bahan yang akan dibaca harus difahami dan sebutannya dibetulkan. • Seluruh perkataan didahulukan untuk mengaitkan lambang dan konsep. • Pengecaman simbol hurufhuruf diberatkan melalui penggunaan kaedah suku
kata dan kaedah huruf/ bunyi untuk pengecaman yang lebih teliti. • Bahan bacaan diperingkatkan mengikut senang susah. • Pemilihan perkataan dan bendabenda di sekeliling yang diketahui oleh
murid. • Aktiviti pengukuhan yang mirip kepada bahan yang dibaca untuk setiap murid
dijalankan.
Bahan • Daripada segi bahan bacaan, perlu mengikut prinsip daripada senang kepada
susah. • Peraturan berikut adalah sesuai bagi menentukan prinsip pemilihan bahan
bacaan itu.
1.1. Dua suku kata terbuka bermula dengan vokal: i + bu 1.2. Dua suku kata terbuka: ba + ju 1.3. Dua suku kata
1.3.1. Terbuka + tertutup: bu + lan 1.3.2. Tertutup + terbuka: lam + pu
1.4. Dua suku kata tertutup: sam + pah 1.5. Tiga suku kata terbuka: ke + ru + si 1.6. Dua suku kata:
1.6.1. Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh: nya + nyi 1.6.2. Terbuka + tertutup: kha + mis
1.7. Dua suku kata bermula dengan vokal: 1.7.1. in + tan 1.7.2. em + pat 1.7.3. un + tung
1.8. Suku kata campuran: 1.8.1. ber + la + ri 1.8.2. me + lu + kis 1.8.3. mem + ba + ca 1.8.4. me + nga + nga 1.8.5. pe + rem + pu + an
1.9. Dua vokal berganding termasuk diftong: 1.9.1. Main, kain 1.9.2. Laut, taat 1.9.3. Buih, amboi
Pengelolaan • Tunjukkan gambar (baju) dan minta murid menamakan, kemudian berbual
mengenainya dengan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran alam dan manusia.
• Tunjukkan kad perkataan baju dan minta murid sebut perkataan itu. • Gandingkan kad perkataan baju pada gambar tadi, dan minta murid sebut
perkataan tersebut. • Ketepikan kad gambar, minta murid menyebut (membaca) kad perkataan itu.
Begitulah seterusnya dengan perkataanperkataan lain. • Tanpa menggunakan gambar, guru tunjukkan kadkad perkataan dan minta
murid membacanya. • Tunjukkan kadkad suku kata satu persatu bagi perkataan tadi.
75
• Gandingkan suku kata ba + ju pada kad perkataan baju dan minta murid menyebutnya dengan meneliti persamaan perkataan itu.
• Cantumkan dengan segera dan minta muridmurid membacanya. Tunjukkan semula kad perkataan baju dan minta muridmurid membacanya.
• Pecahkan suku kata tadi pada hurufhuruf dengan menggunakan kad lain dan minta kelas membunyikan hurufhuruf itu –
a(a), b(beh), u(u), j(jeh) = ba(ba), ju(ju) sebut ( baju)
e. JenisJenis bacaan
i. Bacaan Mekanis
Tujuan Bacaan Mekanis Membolehkan membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta jelas. Selain itu, membolehkan murid membaca dengan irama bacaan yang betul. Membolehkan murid tahu menggunakan tandatanda baca serta tahu berhenti pada tempattempat berhenti yang betul. Seterusnya membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca mekanis/bersuara.
Cara Melaksanakan Bacaan Mekanis • Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
sesuai dengan kebolehan dan umur murid. • Bersoal jawap dan membantu muridmurid dengan perkataan dan
rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
• Guru membaca sebagai contoh dan muridmurid pula menyemak bacaan guru.
• Guru membaca dan muridmurid mengikut. • Guru berbincang dan bersoal jawap dengan muridmurid tentang isi
bacaan untuk menguji kefahaman mambaca mereka (dilakukan secara lisan dan bertulis).
• Guru membaca sebagai contoh dan murid mengikut. • Guru memandu murid membaca secara individu bergilirgilir. • Bersoal jawab dan membantu murid murid dengan perkataan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. • Guru memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan dgn
kebolehan dan umur murid.
ii. Bacaan Mentalis Tujuan Bacaan Senyap adalah untuk melatih murid murid supaya boleh membaca dengan sendiri . Selain itu untuk melatih murid murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya dan melatih murid murid membaca senyap dan pantas untuk mendapatkan pengetahuan.
76
Cara Melaksanakan Bacaan Senyap
• Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman • Bahanbahan yang diajar mestilah berperingkatperingkat daripada
bahan bahan yang sedikit dan senang kepada bahan bahan yang banyak dan susah
• Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran diadakan guru membantu dan membimbing murid murid yang lemah.
• Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.
Soalan Tugasan
1. Nyatakan aktivitiaktiviti pembelajaran membaca yang sesuai dengan kaedah kaedah pengajaran membaca berikut: a. Kaedah Abjad b. Kaedah fonik c. Kaedah Pandang Sebut d. Kaedah Campuran
2. Bilakah masanya guru boleh menggunakan Kaedah bacaan mekanis dan bacaan Mentalis dalam pengajaran kemahiran membaca?
3. Senaraikan tujuantujuan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan?
5.3.3 Kemahiran Menulis Sekolah Pedalaman
Selain kemahiran membaca, muridmurid di sekolah pedalaman juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah kemahiran menulis. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi harus melatih muirdmurid supaya mahir menulis dengan cantik , kemas dan teratur.
Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.
Menurut Kamaruddin Hj Husin, (1988:178):
Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkairangkai kata dan ayatayat.
Menurut Walshe, R.D. (1981) menyebut:
Proses memilih, menyatukan, menyusun dan mengembangkan idea ke dalam ayat dan perenggan yang efektif.
77
Menurut Don Bryne, (1979:1):
Kita menggunakan simbolsimbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan hurufhuruf atau gabungan hurufhuruf yang berkaitan dengan lambanglambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
a. Matlamat penulisan • Menulis dan megarang merupakan satu kemahiran. Oleh itu matlamat utama
dalam penulisan adalah : ü Untuk mengenal pasti subsub kemahiran tersebut. ü Muridmurid diajar oleh guru mengenai subsubkemahiran tersebut. ü Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran murid menulis dan
mengarang. ü Untuk menguji kemahiran menulis dan mengarang murid bagi
mengenal pasti masalah supaya kelemahan mereka dapat diperbaiki.
b. Peringkatperingkat penulisan
Terdapat 3 peringkat dalam proses menulis atau mengarang,
1. Peringkat pertama : Prapenulisan
Mengikut Wilma dan David Ebbitt (1978:5):
Prewriting is discovering what you think and feel about your subject, it’s finding the perspective from which you’ll write about it. It includes whatever goes on before you make the purposeful effort to produce a first draft.
∗ Berdasarkan daripada pernyataan tersebut, antara kegiatan prapenulisan yang boleh dijalankan di dalam kelas ialah; i. ‘Brainstorming’ atau sumbang saran berdasarkan isi sesuatu tajuk. ii. Perbincangan di dalam kelas. iii. Membuat rangka kasar mengenai topik yang hendak ditulis. iv. Mencari pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan isi / idea.
2. Peringkat kedua : Menulis
∗ Pada peringkat ini, kerja menulis dengan terperinci berdasarkan perancangan / rangka isi yang telah dibuat.
∗ Murid hendaklah menulis apa sahaja isi atau idea yanhg telah dirancang atau dirangkakan tadi.
∗ Secara ringkasnya, kerja penulisan dalam peringkat ini melibatkan perkaraperkara berikut ; i. Membina / mengembangkan isi / idea yang telah dirancang. ii. Memberi bukti / alasan yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang
dibuat. iii. Membentuk ayat yang jelas untuk mengambarkan isi / idea. iv. Memberi tanda baca yang bersesuaian bagi memperjelaskan maksud.
78
c. Latihan awal penulisan bagi muridmurid sekolah pedalaman
• Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan beberapa aktiviti, seperti : i. Peringkat menyediakan murid. ii. Peringkat mendirikan asas. iii. Peringkat latihan menulis.
i. Peringkat menyediakan murid Peringkat ini memerlukan persediaan seperti: • Melakukan aktiviti pergerakan tangan. • Menguasai gerak tangan yang besar agar boleh menulis dengan selesa dan
sempurna. • Melakukan latihan pergerakan mata. • Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata.
Aktiviti latihan menulis boleh dilakukan dalam beberapa cara, seperti: • Latihan membentuk corak. • Latihan mewarna bentuk. • Latihan bentuk menyerong dan menegak. • Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya. • Latihan membentuk atau melukis bentuk yang berkaitan dengan bulatan.
Aktiviti tersebut dapat dibentuk dalam pelbagai jenis sama ada dengan cara membesarkan atau mengecilkan saiz, dimensi dan susunan melalui aktiviti seperti: • Menekap. • Menyalin kembali huruf / bentuk. • Membentuk huruf / bentuk dengan menggunakan tanah liat, adunan tepung
dan sebagainya untuk melatih kordinasi tangan dan mata. • Menggunting / membentuk huruf atau corak.
ii. Peringkat mendirikan asas • Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan. • Murid diperkenalkan dengan lambang huruf yang bersesuai dengan gambar,
seterusnya menulis ayat pendek. • Semasa menulis, murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan
itu. • Buku tulisan pada peringkat ini sebaiknya tidak mempunyai garisan. • Apabila tulisan murid beransur baik, mereka boleh menulis dalam buku
latihan bergaris.
iii. Peringkat latihan menulis • Pada peringkat ini, murid menulis ayatayat yang dicontohkan oleh guru. • Bahasa tulisan haruslah sama dengan bacaan yang diajarkan kepada murid. • Latihan ini bertujuan membolehkan murid menulis dengan jarak yang sesuai
dengan perkataan dalam ayat, menulis dengan kemas, serta dengan kepantasan yang sesuai.
• Cara ini mempunyai kelebihannya, iaitu; ü Ia lebih cepat ditulis. ü Keindividuan dalam tulisan mudah dilihat. ü Tulisan ini biasanya digunakan dalam surat menyurat.
79
d. Tujuan Mengajar Menulis Muridmurid Sekolah Pedalaman
1. Tujuan Semerta ∗ Untuk mendirikan asas yang kukuh seperti kanakkanak boleh menulis
dengan baik, cekap, dan pantas. ∗ Membolehkan kanakkanak mengeja perkataanperkataan dengan
pantas dan menyusun ayatayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
∗ Kanakkanak boleh mengulangi pelajarannya menerusi membaca tulisantulisan yang tercatat atau membaca bukubuku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.
∗ Membolehkan kanakkanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
∗ Membina minat suka menulis atau mengarang. ∗ Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan. ∗ Menyediakan kanakkanak untuk menghadapi peperiksaan.
2. Tujuan Lanjut ∗ Untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan
matlamat menerusi penulisan. ∗ Dapat memberikan kepuasaan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan. ∗ Menyediakan kanakkanak dengan pengetahuan ini supaya dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang lain
e. Jenisjenis penulisan karangan
1. Karangan terkawal ∗ Merupakan karangan peringkat asas / pertama yang harus dilalui oleh
setiap murid. ∗ Karangan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh
guru. ∗ Susunannya dikawal ketat dan sedikitsedikit dipimpim ke arah karangan
bebas. ∗ Karangan jenis ini menitikberatkan kelancaran dalam penggunaan
bahasa dan mengeluarkan fikiran dengan tidak diganggu oleh soal bahasa.
∗ Antara tujuan karangan terkawal, ialah; i. Mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid. ii. Menjadi asas kepada karangan bebas. Murid dipimpin sedikit demi
sedikit ke arah karangan bebas yang menitikberatkan soal isi dan bahasa.
iii. Membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh masalah masalah berbahasa.
2. Karangan separa terkawal ∗ Pada peringkat ini, murid masih diberikan kawalan walaupun tidak
sepenuhnya.
80
∗ Muird diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.
Contohnya, guru membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian muridmurid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataanperkataan lain yang disediakan.
i. Karangan berpandu ∗ Pada peringkat ini, muridmurid menerima sedikit kawalan sahaja
dimana seolaholah mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut.
∗ Pada peringkat ini juga, kemungkinan muridmurid akan melakukan kesalahankesalahan yang lebih besar.Tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima latihanlatihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat terkawal dan separa terkawal. Contohnya, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan.Kemudian muridmurid diminta menuliskan semula perengganperenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi guru.
∗ Pada peringkat ini, guru masih memberikan bimbingan kepada muridmurid.
ii. Karangan bebas ∗ Karangan bebas hanya akan dapat dijalankan setelah murid
murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.
∗ Di peringkat ini, muridmurid diberi tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
∗ Jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu karangan bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.
∗ Bentuk karangan bebas ini dapat diperlihatkan dalam rajah di bawah;
f. Kecekapan Berbahasa Untuk Latihan Menulis
• Pelajar dapat melahirkan secara bertulis fikirannya, perasaan dan pengalaman dengan jelas, tersusun, logik, dan menggunakan tatabahasa yang betul.
• Mengembangkan daya cipta untuk menulis sesuatu yang kreatif atau kritis seperti cerpen, cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan syarahan.
• Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam bahasa Malaysia Baku dengan memelihara makna asalnya.
• Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa. • Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau
rakan sebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan. • Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran menulis di kalangan pelajar:
81
• Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau perenggan yang dipilih.
• Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan tepat.
• Latihan menyusun semula bahagianbahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul tatabahasanya.
• Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan logik.
• Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri.
• Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat. • Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk
pelbagai tujuan. • Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya. • Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk
perbendaharaan kata, ejaan, tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.
• Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi. • Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan
sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi. • Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya. • Mengenal teknikteknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik
termasuk teknik membuat pendahuluan, penyampaian, dan kesimpulan. • Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa. • Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa
menjejaskan makna asalnya.
g. Prinsipprinsip Penulisan
• Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.
• Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat ayatayat yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.
• Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik.
• Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat terpimpin atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau kandungan.
• Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.
• Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru patutlah mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada pelbagai sumber termasuk bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.
82
Soalan Tugasan
1. Huraikan matlamat, peringkatperingkat, dan latihan awal menulis yang perlu diketahui oleh seseorang guru dalam pengajaran bahasa Melayu?
2. Kemahiran dalam penulisan mekanis dimulakan apabila muridmurid telah melalui latihan intensif dalam kemahiran pratulisan. Nyatakan beberapa aktiviti penulisan mekanis kepada muridmurid yang telah bersedia untuk menulis.
3. Terdapat beberapa cara menulis karangan seperti karangan terkawal, separa terkawal, berpandu, dan bebas. Bilakah masanya guru mengajar jenisjenis karangan tersebut kepada muridmurid?
5.3.4 Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman
Pendidikan pemulihan perlu diambil perhatian serius oleh guruguru di sekolah pedalaman. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan bertambahnya bilangan murid murid yang buta huruf apabila tamat persekolahan peringkat rendah. Keadaan ini akan membebankan guruguru di sekolah menengah. Pendidikan pemulihan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu muridmurid sekolah pedalaman yang menghadapi masalah pembelajaran. Pemulihan peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa iaitu selepas kelemahan menguasai satu kemahiran berbahasa (focus utama/sampingan) dikesan melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid itu masih gagal dalam pemulihan yang dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan ditempatkan dalam bilik pemulihan khas dan akan menjalankan aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan khas.
a. Rasional pendidikan pemulihan di sekolah pedalaman. • Murid mempunyai pelbagai perbezaan • Guru mengajar menggunakan kaedah keseluruhan kelas • Muridmurid tidak dapat menguasai kemahiran asas • Masalah pembelajaran diharap tidak berhimpun sehingga akhir persekolahan • Murid lemah memerlukan perhatian dan bimbingan • Program pemulihan harus disediakan bagi membantu menghadapi masalah
pembelajaran
b. Tujuan pemulihan • Membantu murid menghadapi masalah pembelajaran • Membantu murid menguasai kemahiran mengikut aktiviti • Layanan yang sesuai dengan kebolehan dan kognitif • Mengembangkan potensi dan minat murid • Peluang pendidikan yang sama dan aktiviti sosial yang baik • Menanam sikap positif serta keyakinan diri, berdikari • Meneruskan pembelajaran dalam persekolahan biasa.
c. Pendidikan Pemulihan dalam KBSR • Dalam Buku Panduan Asas KBSR, guru disarankan merancang aktiviti P&P
berdasarkan kebolehan dan perbezaan murid. • Muridmurid dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan
lemah. • Semasa kumpulan cerdas dan sederhana menjalankan pengayaan kumpulan
lambat menjalankan aktiviti pemulihan dan akan dinilai semula • Murid yang berjaya dipulihkan akan diberi aktiviti/pelajaran seterusnya
83
• Murid yang masih belum menguasai kemahiran itu akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas
• Dalam rancangan KBSR, semua program pemulihan tertumpu kepada kemahiran asas iaitu lisan, membaca, menulis dan mengira.
Sumber Rujukan:
Juriah Long dan rakanrakan,(1990),Perkaedahan Pengajaran bahasa Malaysia, Fajar Bakti Sdn Bhd Petaling Jaya , Selangor.
Kamaruddin Hj Husin, (1986), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Selangor: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997), Penguasaan Kemahiran Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1996.
Mok Song Sang,(1994), Asas Pedagogi 1 dalam Pengajaran Pembelajaran,Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor.
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, (1987), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti Sdn Bhd , Selangor.
http://www.djz.edu.my/kecheng/malay/drafsukatan.htm
84
UNIT 6:ENGLISH LANGUAGE PEDAGOGY FOR SCHOOLS IN THE INTERIOR AREAS
6.1 An Introduction to the English Language Pedagogy for Schools in the Interior Areas
6.1.1 Reflection (Group work: 4 groups) Each group is assigned a question and allowed three minutes discussion time. Group representatives share the contents of their discussion.
a) Describe the terms below. You may use an example in your description:
Strategy: ………………………………………………………………………………
Approach: ……………………………………………………………………………..
Method :………………………………………………………………………………..
Technique: ……………………………………………………………………………
b) What is “language”? What are the main components/skills of the English Language that you are required to teach to pupils at the primary school level?
………………………………………………….………………………………………
………………………………………………………………….………………………
……………………………………………………………….…………………………
………………….………………………………………………………………………
c) What pedagogical skills/knowledge have you learnt/gained while undergoing the teacher training programme? List a few challenges that you encountered while undergoing the practicum.
………………………………………………….………………………………………
………………………………………………………………….………………………
……………………………………………………………….…………………………
………………….………………………………………………………………………
d) Which area of the English Language was the most challenging to teach to the pupils during the practicum? Which pedagogical skill/knowledge did you apply to overcome that particular challenge?
………………………………………………….………………………………………
………………………………………………………………….………………………
……………………………………………………………….…………………………
………………….………………………………………………………………………
85
6.1.2 Brainstorming
a) List some challenges that you think you will encounter when you are posted to a remote school in the interior areas of Sabah/Sarawak to teach the English Language.
1. …………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………
4. …………………………………………………………………………………
b) Suggest some means to overcome these challenges.
1. …………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………
4. …………………………………………………………………………………
c) List some advantages of teaching in the interior/remote areas of Sabah/Sarawak.
1. …………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………
4. …………………………………………………………………………………
d) Suggest how you would prepare yourself personally and professionally should you be posted to a remote school
Personal Preparation Professional Preparation Rationale
1.
2.
3.
4.
86
6.1.3 Points to Ponder.
Strategy: Manage all activities to achieve objectives. Approach: Choosing the correct approach in order to deliver what is to be
delivered to the pupils e.g. Inductive approach Method: Procedures (teaching steps/ stages of implementation: teaching
models) Technique: e.g.drill, repetition, reading aloud
The Integrated Language System
Understanding Language
Language is a symbolic system created to communicate ideas, experiences, emotions and anything else wished to be conveyed. Communication is successful when the party that wants to convey a message is able to produce the necessary symbolic codes for the message using the correct rules and the receiving party can understand the codes to get the message.
The Communication Process
Writing Integrated Language
System
Listening
Speaking
Reading
87
A lot of children with learning difficulties often have problems related to language. Most of these are the result of inadequate mastery of the skills related to the language components. In general pupils’ learning are affected by psychological, biological and environmental factors.
Psychological factors: Intelligence and emotional health. Biological factors: Physical health and Neurological function Environmental factors: Language formation and school practice
(Suggested reference: Pendidikan Pemulihan, Jais Sahok & Mat Nor Husin 1990)
Some problems faced by trained teachers teaching in the remote areas in Sabah/Sarawak (Are these current issues? Are these problems the teacher’s or the pupil’s?) 1. Lacking/Having superficial knowledge of pupils’ cultural background, pupils’
mother tongue, social taboos 2. Code switching / Using the 1 st language to teach English 3. Lack of resource & material, no teacher support 4. Inability to adapt to living conditions in the unfamiliar rural area leading to inability
to teach in the unfamiliar rural environment 5. Inability to apply pedagogical skills / Training did not prepare the teacher to face
the reality/challenges in the teaching profession 6. Maslow’s hierarchy of self actualisation concept 7. The majority of pupils are children with learning difficulties/pupils are not ready to
learn/pupils unable to bridge communication with teacher
Teaching in Different Communicational Contexts
The English syllabus for the special education programme for students with learning difficulties focuses on the English Language usage in different communicational contexts. Teachers teaching the English Language to these students have to create situations that will provide the platform for the English Language to be used appropriately to achieve the purpose of communication.
Creating numerous situations that will allow pupils to speak the English Language is a task that a capable and competent teacher can accomplish. These situations should be able to trigger pupils’ interest to speak the English Language. However, it is essential that the language appropriate to the communicational situation will have to be taught to the pupils first. It is best to remember that input precedes output, therefore one must be equipped with the necessary language knowledge and skills in order to be able to carry out any communicational task.
The teacher needs to provide pupils the opportunity to acquire language via language activities in a pupil friendly environment. This should contain elements of fun, be nonthreatening (accommodating, motivating, encouraging, rewarding) and provide plenty of room for success (achievements on the part of the pupils). Language activities should include creative and practical drills to help the pupils to acquire language items therefore enabling them to use the language appropriately and relevant to situations.
Teachers can source for ideas from any books on the teaching of the English Language. Any idea/situation can be modified/adapted to suit/cater to the learner’s needs. Therefore it is essential that the teacher find out the cognitive and language
88
ability as well as the specific needs of the pupils to successfully plan teaching strategies and activities.
CULTURALLY EFFECTIVE COMMUNICATION Communication is an essential skill utilized by any teacher. It is important to be a culturally competent communicator. It is also important to identify the belief systems of both the student and teacher to spot blocks to communication.
ETHNOCENTRISM inability to accept another’s culture world view, “my way is the best”
DISCRIMINATION Differential treatment of an individual due to minority status, actual and
perceived, e.g. “we just aren’t equipped to serve people like that”
STEREOTYPING Generalising about a person while ignoring presence of individual
difference, e.g. “she’s like that because she’s Asian – all Asians are nonverbal”
CULTURAL BLINDNESS Differences are ignored and one proceeds as though differences did not
exist, e.g. “there’s no need to worry about a person’s culture – if you’re a sensitive teacher, you do okay”
CULTURAL IMPOSITION Belief that everyone should conform to the majority e.g. “we know what’s
best for you, if you don’t like it you can go elsewhere”
CONCEPTS RELATED TO BRIDGING CULTURAL DIFFERENCES (ETHNIC)
E Everyone has a culture
T Take time to collect relevant cultural information
H Hold all judgements, i.e. be careful about interpreting the culturally different student’s behaviour, especially if unfamiliar with the culture
N Notice and negotiate differences in understanding of teaching and learning
I Involve cultural resources as appropriate
C Collaborate to develop objectives and educational strategies
89
6.2 Pedagogical Application
6.2.1 Teaching & Learning Strategies (Group work)
a) List a few teaching and learning strategies.
1. ………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………
4. ………………………………………………………………………………
b) List a few teaching aids that would be accessible in the primary school in a remote area e.g. electrical appliances
1. ………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………
4. ………………………………………………………………………………
c) Suggest ways to teach in schools labeled “SKM”(low enrolment schools)?
1. ………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………
d) Suggest some language activities that are fun, nonthreatening and could encourage pupils participation.
1. ………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………
4. ………………………………………………………………………………
90
e) Suggest some activities for the teaching of the following: Skill Activities Justification
Listening and Speaking Reading Writing Grammar
6.2.2 Points to Ponder 6.2.2.1 Teaching and Learning Strategies
1. Classroom teaching 2. Individual teaching (onetoone) 3. Group teaching 4. Inductive approach / Inductive teaching strategies 5. Deductive approach / Deductive teaching strategies
6.2.2.2 Teaching aids accessible in the primary schools in some remote areas: 1. Radio 2. Television 3. Computers (Internet access i.e. school net) 4. Longman Dictionary of Contemporary English (LDOCE)
6.2.2.3 Combined class: a means of teaching in “SKM” schools (Adapted from Asas Pedagogi dalam PengajaranPembelajaran, Mok Soon Sang 1994)
6.2.3 Some examples of activities: 1. Songs / Action songs 2. Jazz chants
Action Song: This is the way
1. This is the way I brush my teeth, brush my teeth, brush my teeth, This is the way I brush my teeth, early in the morning.
2. This is the way I comb my hair…. 3. This is the way I go to school……
Action Song: I Am Eating (to the tune of Are You Sleeping) I am eating, I am eating. Can’t you see? Can’t you see? I can see you eating, I can see you eating. So can I. So can I.
He is walking (2X) I can see him walking (2X) She is reading (2X) I can see her reading (2X) It is raining (2X) I can see it’s raining (2X) We are singing (2X) I can see you’re singing (2X) They are standing (2X) I can see them standing (2X) You are jumping (2X) I can see I’m jumping (2X)
Noriza Ibrahim, Madiah Musa, Zaharim Yusof.
91
Ten Tiny Ants (to the tune of EnjitEnjit Semut)
Ten tiny ants, Take away one, There will be nine.
Nine tiny ants, Take away one, There will be eight.
Eight tiny ants, Take away one, There will be eight.
Seven tiny ants, Take away one, There will be six.
Six tiny ants Go walking on a little branch. Six tiny little ants Go walking on a little branch. Six tiny ants, Take away one, There will be five.
Five tiny ants, Take away one, There will be four.
By Saiful Adli & Muhamad Musa
The Coconut Tree (to the tune of Mulberry Bush)
Here we go round the coconut tree The coconut tree The coconut tree
Here we go round the coconut tree Early in the morning.
The durian tree The rambutan tree The mango tree The soursop tree The langsat tree The banana tree
The grapefruit tree The lemon tree The papaya tree The mangosteen tree The longan tree The guava tree
The starfruit tree The orange tree The lime tree The pulasan tree The bacang tree The ciku tree
Siti Rosmizan Ibrahim, Noraida Abdull Khalid, Sharifah Suliman, Yee Mei Ling
92
Jazz Chant: Dear Children
Dear children, dear children How are you today? How are you today?
We are fine today, Thank you!
Have you eaten your breakfast? Yes we have.
What did you have for breakfast? What did you have for breakfast?
I had bread with butter. I had tosei and tea. I had nasi lemak and coffee.
Saravanan, Tan Lee Lee, Noor Shahira.
Raining, Raining
It was raining raining raining hard
It was falling on the sun It was falling on the stars It was falling on my head It was falling on my shoes
I got soaking wet I got soaking wet I got soaking, soaking, soaking wet.
Soft rain . . . . . raining, raining Sweet rain . . . . . raining, raining
I got the flu Couldn’t go to school I got the flu Couldn’t go to school
I went to bed And slept instead I went to bed And slept instead
Soft dream . . . . . raining, raining Sweet dream . . . . . raining, raining
Amiza, Vejaya, Yong Yoke Lian
93
I’m Going To School
I’m going to school tomorrow morning I’m going to school tomorrow morning
With my friends With my friends
I’m going to school tomorrow morning With my friends
Rafedah Md Nayan, Siti Asmidah Abd Aziz & Norzaini Abd Kadir .
What’s Your Name?
Student A Student B What’s your name?
My name is Dayang. What’s your name?
My name is Dayang. Are you Dayang?
Yes, I am So you’re Dayang?
Yes, I am. Yes, I am.
Norhalizah Hussain & Dayang Saftuyah bt. Awang Hidup. (Taken from New Songs & Jazz Chants © Malaysian Schools CfBT English Language Project
Curriculum Development Centre Ministry of Education and CfBT (M) Sdn Bhd)
The ones who will be really happy are those who have sought and found how to serve Albert Schweitzer
More man fail through lack of purpose than lack of talent Billy Sunday
Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall. Oliver Goldsmith
6.3 Workshop (2 hours)
Mr. Joseph is from Kuala Lumpur. He is assigned to teach in a remote school in Sabah/Sarawak. The area gets electricity supply via a generator that runs from 6am to 10pm daily. Based on your knowledge of areas in Sabah/Sarawak where only general basic facilities are available, state the type of language activities that would be possible for Mr. Joseph to employ to teach English. State how English teachers can teach without having to code switch to pupils’ first language to define/explain/elaborate/demonstrate/exemplify/emphasize. You may use the LDOCE. You may apply First Steps materials. You may refer to any activity as a teaching strategy. Use the table below to present your assignment.
( Rise to challenges, address problems)
94
Scenario Strategy Action Justification
e.g.
Reserved pupils, shy to speak English
Motivate pupils to speak
Ask question by providing stimulus to trigger interest to speak based on familiar surroundings e.g. leaf, stone, lizard, leech
Pupils’ familiarity with existing surroundings (culture, environment) allow pupils to relate new language experience with existing experiences.
(Jean Piaget)
Presentation (2 hours)
Group presentation. Course participants assess the content of every presentation and give feedback in the form of constructive comments or adding to ideas/ sharing of experience.
95
UNIT 7: PEDAGOGI SAINS (SEKOLAH PEDALAMAN)
7.1 Pengenalan Konsep Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman):
Sejajar dengan matlamat negara iaitu “Pendidikan untuk Semua” menjelang tahun 2015, KPM berusaha untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak kanak dan remaja. Justeru itu orang Asli di Semenanjung, Bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak juga tidak terus terpinggir daripada arus pendidikan global.
Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, prinsip utama kita ialah berasaskan kepada pengalaman murid, pemerhatian, budaya dan persekitaran mereka. Pedagogi pribumi perlu mempertimbangkan tentang sistem dan ilmu yang berasaskan warisan mereka (intellectual properties) seperti tanah, hutan dan sistem social serta budaya dan amalan biasa murid. Maka aktiviti pengajaran pembelajaran mestilah bersifat konteksual dan disesuaikan dengan pengalaman murid setempat.
Pendidikan Sains Sekolah Rendah merangkumi aspekaspek berikut:
i) Memberi pengetahuan dan konsep asas sains kepada murid; ii) Merangsang sikap ingin tahu murid sekolah pedalaman dan menanam minat
mereka terhadap alam sekeliling mereka; iii) Merangsang kreativiti murid; iv) Memberi peluang kepada murid dengan menggunakan kemahiran yang
dipelajari; v) Untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan vi) Menyedari keperluan untuk mencintai dan menjaga alam sekitar
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Tahap Tema Tajuk
Tahap I
Benda Hidup
1. Diri Kita 2. Haiwan 3. Tumbuhan 4. Benda Hidup dan Benda Bukan
Hidup
Dunia di Sekeliling Kita
1. Deria 2. Tenggelam dan Terapung 3. Terang dan gelap 4. Panjang dan Pendek 5. Bateri 6. Mencampurkan Benda 7. Tolak dan Tarik 8. Magnet 9. Elektrik 10. Spring 11. Serapan 12. Tanah 13. Mencampurkan Bahan
Tahap II Menyiasat Alam 1. Bahan Asli dan Bahan Sintetik
96
Tahap Tema Tajuk
Bahan 2. Pepejal, Cecair dan Gas 3. Asid dan Alkali 4. Pengaratan 5. Pengawetan Makanan
Pengurusan Bahan Buangan
Menyiasat Daya dan Tenaga
1. Kuantiti Fizik 2. Kemagnetan 3. Elektrik 4. Haba 5. Cahaya 6. Bunyi 7. Tenaga 8. Daya dan Gerakan
Menyiasat Alam Kehidupan
1. Kepelbagaian Hidupan Dalam Alam
2. Hidupan dan Proses Hidup 3. Kemandirian Hidupan 4. Interaksi Antara Hidupan
Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
1. Bumi, Bulan dan matahari 2. Fenomena Alam 3. Astronomi
Menyiasat Dunia Teknologi
1. Perkembangan Teknologi 2. Struktur Binaan 3. Mesin
97
7.2 Aplikasi Pedagogi Sains dan Sumber P&P
7.2.1 Kaedah dan Aktiviti Pengajaran Sains (Sekolah Pedalaman)
7.2.1.1 Pembelajaran Berasaskan Budaya
Pembelajaran Berasaskan Budaya merupakan salah satu kaedah P&P di mana murid didedahkan dengan aktivitiaktiviti yang mempunyai hubungan langsung dengan budaya mereka. Pengalaman berasaskan budaya memainkan peranan penting dalam membentuk sikap, nilai dan corak perlakuan murid di pedalaman. Interaksi positif antara murid dengan budaya mereka pada peringkat awal akan membantu mewujudkan rasa takjub, seronok dan hormat muridmurid terhadap budaya mereka.
Melalui kaedah ini muridmurid juga berupaya mengalami sendiri dan seterusnya meningkatkan keupayaan berfikir serta membuat keputusan yang rasional berdasarkan apa yang dialami, contohnya melalui aktiviti “handson” atau kerja lapangan.
Contoh aktiviti:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Tahun : 5
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Topik : Mikroorganisma
Sumber P & P : Beberapa biji ragi, beras pulut, talam, senduk nasi, bekas kedap udara dan kain penutup.
Pengetahuan sedia ada : Muridmurid telah mempelajari tentang jenisjenis mikroorganisma dan ciriciri mikroorganisma
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
a) Melakukan proses penapaian. b) Mengetahui faktorfaktor yang mempengaruhi hasil penapaian. c) Mengetahui mikroorganisma juga berfaedah kepada manusia. Strategi P & P : Pembelajaran Berasaskan Budaya
Prosedur aktiviti:
a) Pilih dan basuh bersih beras pulut. b) Rendamkan pulut ke dalam air semalaman. c) Masak beras pulut tersebut. d) Sejukkan pulut yang telah dimasak pada sebuah bekas/ talam. e) Tabur dan gaulkan ragi sehingga sekata.(1biji ragi untuk 1 kg beras pulut) f) Letak campuran di atas ke dalam sebuah bekas kedap udara yang tertutup
dan balutkan dengan kain. g) Letakkan bekas di tempat yang gelap. h) Peram selama 2 hari pada suhu bilik (proses penapaian lengkap selepas 2
hari).
98
7.2.1.2 Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Experiential Learning)
Pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan salah satu kaedah P&P Sains sekolah rendah di mana murid belajar melalui pengalaman. Mereka didedahkan dengan aktivitiaktiviti Sains yang sesuai dengan keupayaan mereka bagi meneroka sendiri alam Sains. Melalui ‘Experiential Learning’ muridmurid berupaya mengalami sendiri dan seterusnya meningkatkan keupayaan berfikir dan membuat keputusan yang rasional berdasarkan apa yang dialami. Antara contoh pembelajaran melalui pengalaman ialah membuat aktivitiaktiviti di tempat yang sebenar. Contohnya aktiviti “handson” atau penjelajahan aktif (active exploration) serta kerja lapangan (field trips).
Contoh aktiviti:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Tahun : 5
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Topik : Pembiakan Tumbuhan
Sumber P & P : Carta Kitaran Hidup Tumbuhan
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari pembiakan haiwan.
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
a) Menyatakan dengan betul cara bagaimana tumbuhan membiak
Strategi P & P : Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
Prosedur aktiviti:
b) Guru mengenal pasti tempattempat yang sesuai untuk dijadikan kerja lapangan di kawasan / persekitaran sekolah
c) Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid menjawab semasa kerja lapangan seperti Lembaran Kerja A.
d) Guru membawa murid melawat kawasan sekolah untuk mengenal pasti cara cara tumbuhan membiak seperti Bryophyllum, Begonia, pokok jagung, pokok betik, pokok rambutan, pokok pisang, bunga, mengkuang, kangkung, tebu, paku pakis, pokok ubi kayu, bunga seri pagi, lalang, rumput, ubi keladi, ubi keledek dll.
e) Murid menjawab soalan lembaran kerja selepas perbincangan seperti berikut: • Apakah nama tumbuhan ini? ( Guru mengambil gambar digital) • Sekiranya kita ingin menanam tumbuhan ini, bahagian manakah yang
harus kita gunakan? (Guru mengambil gambar bahagian yang menjadi bahan pembiakan)
f) Selepas balik ke bilik darjah guru menyemak jawapan bersama murid. (Sekiranya ada LCD, guru boleh mengimbas kembali gambargambar yang diambil untuk pengukuhan)
g) Guru membuat rumusan terhadap pelajaran.
99
Lembaran Kerja A
Nama : _______________________________
Kelas : _______________________________ Tarikh: _________________
Bilangan Cara pembiakan tumbuhan Contohcontoh
1 Menghasilkan biji benih
a) pokok durian
b)
c)
2 Membiak melalui daun
a) Bryophillum
b)
3 Menggunakan keratan batang
a) Tebu
b)
4 Menggunakan spora
a) Paku –pakis
b)
5 Menggunakan sulur/anak pokok
a) Pokok pisang
b)
a) Rumput
b)
100
6 Menggunakan batang rayap
7 Menggunakan batang bawah tanah
a) Halia
b)
7.2.1.3 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan kumpulan murid yang bekerja sama bagi mencapai suatu matlamat atau tujuan bersamasama dalam keadaan yang berstruktur. Pembelajaran koperatif membolehkan murid pelbagai aras kecerdasan bekerja dalam kumpulan kecil. Melalui pembelajaran koperatif, murid dapat bekerjasama dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mencapai matlamat pembelajaran yang spesifik. Bagi muridmurid sekolah pedalaman, guru memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran proses sains dan sikap dalam pembelajaran sains.
Bagi menjayakan pelaksanaan pembelajaran koperatif, guru perlu memahami dan menggalakkan lima unsur seperti berikut:
a) Saling bergantung secara positif – tiada murid yang dapat melengkapkan tugasan melainkan bekerjasama bersama ahli
b) Interaksi bersemuka – ahliahli kumpulan bekerjasama dalam kumpulan kecil. c) Bertanggungjawab individu – setiap ahli kumpulan bekerjasama dalam
kumpulan kecil. d) Kemahiran interpersonal – ahliahli kumpulan menggunakan kemahiran
interpersonal melalui interaksi dan kumpulan yang berkesan. e) Pemprosesan kumpulan – membuat refleksi, rumusan dan membentang.
Contoh aktiviti:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Tahun : 5
Tema: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Topik : Fasa Bulan
Sumber P & P : Carta Kitaran Fasa, Lembaran Kerja Fasa Bulan dan ciricirinya
101
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari bahawa bulan memantulkan cahaya
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
a) Menamakan 5 fasa bulan dengan betul b) Memadankan fasa bulan dengan ciriciri fasa bulan dengan betul
Strategi P & P : Pembelajaran Koperatif (Student Teams Achievement Division STAD)
Prosedur aktiviti:
a) Murid membentuk kumpulan kecil yang heterogen b) Carta Kitaran Fasa Bulan (Lembaran Kerja B) diedarkan kepada setiap
kumpulan. c) Setiap ahli kumpulan akan mendapat sekurangkurangnya satu nama
fasa bulan dalam sampul surat d) Selepas perbincangan, ahliahli kumpulan meletakkan 8 nama fasa bulan
pada ruangruang yang disediakan dalam masa 10 minit. e) Kumpulan tersebut akan membentangkan hasil dan guru akan menyemak
serta membetulkan nama fasa bulan tersebut. Setiap jawapan yang betul akan diberi satu markah untuk kumpulan berkenaan.
f) Seterusnya setiap kumpulan diberi Lembaran Kerja C yang mengandungi fasa bulan dan ciricirinya.
g) Setiap kumpulan akan membincang dan memadankan fasa bulan yang disediakan pada ruang yang betul dan sepadan dengan ciriciri fasa bulan tersebut.
h) Kumpulan tersebut akan membentangkan hasilnya dan guru akan menyemak serta membetulkan nama fasa bulan tersebut. Setiap jawapan yang betul diberi dua markah untuk kumpulan berkenaan.
i) Jumlah markah kumpulan akan dicatat. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi akan menjadi pemenang.
102
Lembaran Kerja B
(Sila rujuk kepada Lampiran yang disertakan pada muka surat sebelah)
Bulan Separa Baru
Anak bulan Bulan separa Bulan Purnama Bulan Separa Baru
Gibbous Baru Gibbous Lama Bulan Sabit Baru Bulan Sabit Lama
C A H A Y A
103
Lembaran Kerja C
FASA BULAN CIRI CIRI KEJELASAN (VISIBILITI)
• Bulan berada di antara Bumi dan Matahari
• Bahagian gelap Bulan menghadap Bumi
• Maka keadaan ini menyebabkan bulan tidak kelihatan kecuali menggunakan teleskop
Tidak dinampak
• Fasa ini adalah di antara Bulan baru dan Bulan separa
• Bulan berbentuk sabit Bahagian sabit sebelah kanan sahaja nampak
Hanya bahagian kanan sahaja dinampak sebanyak 149%
• Berlaku seminggu selepas anak bulan.
• Lebih kurang separuh Bulan sebelah kanan yang nampak Bulan telah beredar sebanyak satu suku orbitnya.
Hanya bahagian kanan sahaja dinampak sebanyak 50%
• Berlaku di antara Bulan separa dan Bulan purnama
• Lebih daripada separuh Bahagian Bulan menghadap Bumi adalah terang.
Sebelah kanan bulan boleh dilihat sebanyak 51 99%
• Berlaku dua minggu selepas anak bulan.
• Ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari adalah sebaris
• Bahagian terang Bulan menghadap Bumi
Sepenuhnya dinampak
• Fasa ini adalah di antara Bulan Purnama dan suku yang ketiga
• Bulan adalah terang di sebelah kiri Sebelah kiri nampak sebanyak 51 – 99%
• Fasa ini berlaku seminggu selepas Bulan Purnama.
• Separuh di sebelah kiri Bulan adalah di antara Bumi.
Sebelah kiri Bulan nampak sebanyak 50%
• Ini Fasa terakhir bulan sebelum anak bulan muncul.
• Bulan Sabit lama bermaksud bulan ini berkurangan dari segi saiz sebelah kiri untuk membentuk bulan sabit yang baru.
Sebelah kiiri Bulan nampak sebanyak 1 49%
104
A B C D
E F G H
105
7.2.1.4 Inkuiri Penemuan
Pengajaran inkuiri memerlukan guru berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan isi kandungan dan pedagogi saintifik supaya dapat merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar murid bagi membentuk dan mencadangkan soalan, membentuk pembelajaran melalui perbincangan sesama sendiri dan orang lain.
Salah satu cara pendekatan inkuiri ialah menyampaikan pembelajaran sains sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan bukan fakta yang harus dihafal.
Pengajaran inkuiri membimbing murid melalui pengalaman. Murid membina kefahaman berkenaan ideaidea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahanbahan manipulatif, membuat rujukan, dan berbincang sesama sendiri.
Contoh aktiviti:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Tahun : 6
Tema : Menyiasat Daya dan Tenaga
Topik : Pergerakan
Sumber P & P : bola ping pong, kertas pasir (kotak dan pasir), kaca , papan kayu
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari bahawa daya menambahkan
kelajuan objek yang bergerak, menyebabkan objek pegun mula bergerak dan mengubahkan arah gerakan objek
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
a) menyatakan dengan betul kesan geseran terhadap pergerakan objek
Strategi P & P : Inkuiri Penemuan
Prosedur aktiviti:
a) Semua murid diberi satu lembaran kerja untuk dijawab selepas aktiviti. b) Murid membentuk kumpulan kecil ( 56 orang) c) Setiap kumpulan dibekalkan 3 biji bola ping pong dan 3 jenis permukaan
yang berbeza d) 3 orang ahli kumpulan akan melepaskan bola ping pong secara serentak.
Ahli kumpulan yang lain memerhati kelajuan pergerakan bola ping pong tersebut.
e) Murid menjawab soalansoalan dalam Lembaran Kerja D yang disediakan.
106
Lembaran Kerja D:
Arahan:
1. Letakkan 3 papan yang mempunyai permukaan yang berbeza pada satu garisan permulaan.
2. Lepaskan 3 biji bola ping pong secara serentak di bahagian atas papan. 3. Perhatikan bola ping pong yang mana akan sampai di hujung papan dahulu.
Bola Ping Pong
Papan
MEJA
Bil. Jenis permukaan papan Kelajuan Bola Ping Pong 1 Permukaan Berpasir 2 Permukaan kaca 3 Permukaan papan kayu
4. Apakah tujuan penyiasatan ini?
5. Pada pendapat anda permukaan mana yang paling memperlahankan pergerakan?
6. Berikan sebab bagi jawapan anda.
7. Padankan yang berikut dengan betul
Apakah yang dimalarkan? . • Jenis permukaan
Apakah yang diubah . • Jisim Bola Ping Pong
Apakah yang diperhatikan . • Kelajuan pergerakan bola
8. Apakah kesimpulan anda ?
Selain daripada menjalankan eksperimen, teknik berbincang, tunjuk cara, dan pembelajaran kolaboratif juga boleh dilaksanakan.
107
7.2.1.5 Pembelajaran Berasaskan Projek (ProjectBased LearningPBL)
PBL merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid di mana guru memberi satu tajuk masalah untuk dibincangkan oleh murid.
Projek ialah penyiasatan yang teratur, pembinaan atau tugasan yang menuju ke suatu tujuan yang tertentu. Projek boleh dilakukan oleh seorang sahaja atau kumpulan kecil yang terdiri daripada dua atau tiga orang, dengan bimbingan minimum daripada guru. Projek boleh dijalankan untuk menjelaskan, melanjutkan atau mengaplikasikan sesuatu konsep dan menyebabkan muridmurid menggunakan proses sains.
Projek boleh dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar. Selain itu projek boleh diadakan mengikut minat dan keupayaan murid terutama murid bermasalah pembelajaran. Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek yang realistik, memberi garis panduan, mencadangkan bentuk persembahan dan memantau progress pelaksanaan dari semasa ke semasa.
Contoh aktiviti:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Tahun : 4
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Topik : Proses Kehidupan
Sumber P&P: Pita pengukur, masking tape, benang atau tali
Pengetahuan sedia ada:
Pelajar telah mengetahui bahawa setiap benda hidup akan membesar.
Hasil Pembelajaran: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:
a. Mengetahui bagaimana kaedah asas untuk menentukan usia sebatang pokok. b. Mengaplikasikan kemahiran manipulatif.
Strategi P&P: Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah:
a. Kenal pasti pokok untuk ditentukan usianya. Catatkan nama pokok dalam jadual yang dilampirkan.
b. Letakkan sekeping “ masking tape” di batang pokok dengan jarak 2 meter dari tanah. Gunakan pita pengukur.
c. Ukur lilit batang pokok tersebut bermula dari kawasan yang telah diletakkan “ masking tape” dengan menggunakan pita pengukur.
d. Catatkan bacaan dalam jadual. e. Ulang langkah 14 pada pokok yang lain yang hendak ditentukan usianya.
108
Jadual
Nama pokok Diameter Usia pokok
Kawasan:
Analisis:
1. Mengira usia pokok. Dengan menganggap ukur lilit pokok membesar sebanyak 2.5 cm setahun, maka usia pokok boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:
Usia pokok= Ukur lilit batang pokok ( cm) 2.5
2. Kira dan catat semua usia pokok yang telah anda kenal pasti di ruang kanan jadual. 2.1 Berapakah usia pokok yang paling muda dalam aktiviti ini? 2.2 Berapakah usia pokok yang paling tua dalam aktiviti ini? 2.3 Kenalpasti tahun yang paling banyak pokok hidup daripada aktiviti ini? 2.4 Lakukan sedikit kajian, mengapa ukur lilit pokok bertambah setiap tahun?
Nota untuk guru: Aktiviti ini tidak sesuai untuk pokok berkayu keras yang tua.
109
7.2.2 Sumbersumber untuk P&P Sains
Sumber P&P boleh dihasilkan oleh guru sendiri, atau dengan menggunakan peralatan yang terdapat dalam bilik darjah dan bilik sains sekolah. Selain itu guru juga boleh menggunakan sumber komuniti atau menguruskan projek kerja lapangan di luar bilik darjah. Berikut adalah beberapa contoh sumber pengajaran dan pembelajaran sains sekolah pedalaman:
model (contoh benda maujud yang terdapat di sekitar kawasan pedalaman, hutan / kampung)
bahan terbuang (botol, plastic, surat khabar, dll) persekitaran sekolah, dapur, rumah (family science) permainan tempatan lawatan / projek atau kajian lapangan elemen teknologi (Astro, parabola, kenderaan, bot berenjin, generator, dll)
Nota: Guruguru boleh memikirkan contohcontoh lain yang berkaitan dan mudah terdapat di pedalaman.
7.3 Tugasan dan latihan
Tugasan dalam kumpulan kecil)
Berdasarkan kepada pengalaman anda di kawasan pedalaman, rancangkan satu aktiviti P&P dengan memilih satu atau dua hasil pembelajaran dalam Huraian Sukatan Mata pelajaran Sains Sekolah Rendah. Berdasarkan strategi P&P yang sesuai sediakan satu aktiviti P&P untuk pembentangan kumpulan nanti. Penggunaan sumber alam sekitar di kawasan pedalaman amatlah digalakkan. Setiap kumpulan juga digalakkan mengguna strategi P&P yang berbeza. Contoh contoh sumber yang digunakan juga perlu disertakan.
7.4 Pembentangan tugasan / latihan
Setiap kumpulan yang membentang akan dinilai oleh pensyarah serta rakanrakan daripada kumpulan lain dengan menggunakan borang penilaian yang disediakan.
110
Borang Penilaian Kumpulan Sendiri
Nama ahli _________________________________________
Tajuk Tugasan _____________________________________
Tarikh ___________________
Peranan kumpulan anda:
Menghabiskan tugasan tepat pada masa Ya Tidak
Semua ahli bekerja sama Ya Tidak
Berjaya menghabiskan tugasan dengan baik Ya Tidak
Komen:
Sumbangan ______________________________:
111
1.
2.
Komen lain:
112
Borang Penilaian Pembentangan Aktiviti Kumpulan
Nama kumpulan:
1. Kekuatan yang ada pada kumpulan ini? (nyatakan sebab)
2. Apakah unsur P&P yang paling berjaya dalam aktiviti ini?
3. Apakah penambahbaikan yang perlu ada? (nyatakan sebab)
113
Rujukan:
Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah & Nur Huda Faujan. 2008. Nexus Science UPSR. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd. Ali Samsudin. 2005. Kaedah Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Modul Program Pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi untuk Pendidik. 2008. Pusat Sains Negara. Kuala Lumpur.
114
UNIT 8: PEDAGOGI MATEMATIK (SEKOLAH PEDALAMAN)
8.1 Pengenalan Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman (1 jam)
Asas Matematik adalah salah satu pembinaan blok kepada semua bentuk pendidikan rendah. Pembelajaran untuk berfikir secara matematik adalah penting dalam dunia kehidupan kita. Kemahiran ini adalah amat penting dalam dunia pekerjaan. Kuasa matematik begitu besar sekali dan ianya boleh membawa hasil dan kemajuan dalam kehidupan dan juga boleh membawa kemusnahan jika berlaku kesalahan. Demikian juga kebolehan menyoal soalan yang betul dan mengenal pasti kesalahan adalah faktor penting yang akan menentukan masa depan kita.
Matematik asas mengandungi satu set terdiri daripada bahagianbahagian yang digabungkan sebagai asas untuk membentuk kemahiran matematik yang lebih tinggi. Asas matematik dibahagikan kepada dua komponen iaitu komponen perkiraan dan komponen penyelesaian masalah. Perkiraan adalah manipulasi dari nombornombor yang mengikut peraturan preset untuk menentukan ramalan dapatan. Ianya bermaksud hanya satu hasil atau jawapan yang boleh diterima. Ia dibahagikan kepada empat bidang kemahiran iaitu kesediaan, fakta nombor, perkiraan nombor bulat dan pecahan.
Penyelesaian masalah adalah aplikasi kemahirankemahiran pengiraan yang telah dipelajari yang merangkumi cara berfikir bagi memahami beberapa situasi yang tidak diketahui. Masalah ini dapat dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi.
8.1.1 Kajian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah
Kandungan sukatan pelajaran Matematik sekolah rendah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Bil Topik Subtopik Kemahiran
1
NOMBOR
Nombor Bulat
• Perbandingan kuantiti. • Nombor bulat hingga tujuh digit. • Penganggaran dan pembundaran. • Operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi melibatkan nombor bulat. • Gabungan dua operasi termasuk tanda
kurung.
Pecahan
• Pengenalan pecahan. • Pecahan Wajar. • Pecahan Setara. • Pecahan Tak Wajar. • Nombor Bercampur. • Perbandingan nilai pecahan. • Operasi tambah dan tolak melibatkan
pecahan.
115
Bil Topik Subtopik Kemahiran
• Operasi darab pecahan dengan nombor bulat.
• Gabungan dua operasi tambah dan tolak melibatkan pecahan.
Perpuluhan
• Pengenalan perpuluhan. • Penukaran pecahan kepada nombor
perpuluhan dan sebaliknya. • Perbandingan nombor hingga tiga
tempat perpuluhan. • Operasi tambah dan tolak melibatkan
perpuluhan. • Operasi darab dan bahagi perpuluhan
dengan nombor bulat. • Gabungan dua operasi tambah dan
tolak melibatkan perpuluhan.
Peratus
• Pengenalan peratus. • Penukaran pecahan dan nombor
perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.
• Penentuan nilai peratus. • Penggunaan peratus.
2
WANG Wang
• Pengenalan mata wang. • Penentuan nilai wang. • Operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi melibatkan wang. • Gabungan dua operasi tambah dan
tolak melibatkan wang. 3
UKURAN
Masa dan Waktu
• Pengenalan masa dan waktu. • Pernyataan waktu termasuk sistem 12
jam dan 24 jam. • Penentuan tempoh masa. • Operasi tambah, tolak, darab, dan
bahagi melibatkan masa dan waktu.
Panjang
• Pengenalan unit panjang. • Pengukuran dan penganggaran. • Penukaran unit panjang. • Operasi tambah, tolak, darab, dan
bahagi melibatkan panjang.
Timbangan Berat
• Pengenalan unit timbangan berat. • Penimbangan dan penganggaran. • Penukaran unit timbangan berat. • Operasi tambah, tolak, darab, dan
bahagi melibatkan timbangan berat.
Isi padu Cecair
• Pengenalan unit isi padu cecair. • Penyukatan dan penganggaran. • Penukaran unit isi padu cecair. • Operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi melibatkan isi padu cecair. 4 BENTUK Bentuk Dua • Jenis bentuk dua matra: Segi empat
tepat, segi empat sama, segi tiga
116
Bil Topik Subtopik Kemahiran
DAN RUANG
Matra sama kaki, segi tiga sama sisi, segi tiga bersudut tegak dan bulatan.
• Ciriciri bentuk dua matra. • Lukisan bentuk dua matra. • Perimeter segi empat dan segi tiga. • Luas segi empat tepat, segi empat
sama, segi tiga • sama kaki, segi tiga sama sisi dan segi
tiga bersudut tegak.
Bentuk Tiga Matra
• Jenis bentuk tiga matra: kubus, kuboid, pyramid tapak segi empat sama, piramid tapak segi empat tepat, pyramid tapak segi tiga sama sisi, prisma, sfera, silinder dan kon.
• Ciriciri bentuk tiga matra. • Lukisan bentuk tiga matra. • Isi padu kubus dan kuboid.
5
STATISTIK
Purata • Pengenalan purata. • Pengiraan purata.
Perwakilan Data
• Pungutan data. • Piktograf dan carta palang. • Maklumat daripada piktograf dan carta
palang. • Pembinaan piktograf dan carta palang.
8.2 Aplikasi Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman
8.2.1 Pendekatan Kontekstual dan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Sekolah Pedalaman
Pendekatan Kontekstual dan konstruktivisme merupakan dua jenis Pendekatan yang sesuai diamalkan bagi subjek Matematik di sekolah pedalaman. Keduadua pendekatan ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan murid pedalaman kerana ia berasaskan persekitaran murid dan aktiviti yang berpusatkan murid serta sumber pengajaran pembelajaran.
a. Pendekatan Kontekstual
i. Pengenalan
Untuk membantu guru menjelaskan definisi pembelajaran kontekstual, menghuraikan teori pembelajaran kontekstual, membincangkan kaedahkaedah pembelajaran kontekstual dan mengaplikasikan pembelajaran kontekstual ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar murid yang berkualiti dapat dihasilkan.
117
Pembelajaran kontekstual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Pembelajaran kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah.
Pembelajaran kontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak mengikut susunan bukan kontekstual yang berbentuk artifisial.
ii. Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan minds – on.
iii. Teori Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsurunsur berikut:
• Konteks pembelajaran yang pelbagai – budaya, sosial, psikologi, fizikal
• Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah, Makmal, Tempat kerja, Kehidupan harian
• Kepelbagaian disiplin ilmu – Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan
Unsurunsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan kontekstual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.
iv. KaedahKaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedahkaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “REACT” • Relating (Menghubung kait):
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran kontekstual yang biasanya berlaku di kalangan kanakkanak. Apabila kanakkanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran
118
dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
• Experiencing (Mengalami): Pengalaman pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran kontekstual. Walaupun pelajarpelajar boleh dimotivasikan dengan strategi P&P seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajarpelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
• Applying (Mengaplikasikan): Mengaplikasikan konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran kontekstual, aplikasi sering berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
• Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain merupakan strategi P&P yang utama dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran kontekstual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja.
• Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkaraperkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi tiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.
119
v. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Kontekstual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti handson dan tidak yakin mempelajari Matematik secara abstrak.
vi. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual ini memerlukan:
• Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan sebagai motivasi.
• Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkaraperkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian.
• Kemahiran Pengetahuan baru yang diperoleh murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.
• Penilaian Penilaian boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio.
vii. Kesimpulan
Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
120
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
b. Pendekatan Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme penting dalam sistem pendidikan hari ini.
“In the constructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who interacts with objects and events and thereby gains an understanding of the features held by objects or events. The learner, therefore, constructs his/her own conceptualisations and solutions to problems. Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.” (Sushkin, N., 1999)
i. Kelebihan pembelajaran secara konsturktivisme :
• Murid lebih berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran
• Murid lebih faham – kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
• Murid lebih ingat – Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
• Murid lebih Yakin – murid diberi peluang untuk membina kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi and menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
• Murid lebih berkemahiran sosial – murid diberi peluang untuk berinteraksi dengan rakanrakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
121
• Murid lebih seronok – murid diberi peluang untuk berinteraksi dengan rakanrakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
ii. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru konstruktivis adalah seperti berikut :
• menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan kepada soalan yang ditanya.
• menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah .
• menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
8.2.2 Contohcontoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan kontekstual dan konstruktivisme dalam pedagogi sekolah pedalaman seperti yang disenaraikan berikut:
BIL AKTIVITI BAHAN/SUMBER KEMAHIRAN MATEMATIK CATATAN
1 Pertandingan Melastik/ menyumpit
• Kad/daun nombor • Gelang getah/ sumpit/lastik
• Tanah liat
• Mengenal nombor • Operasi penambahan • Operasi tolak
• Pendekatan kontekstual
2 Anyaman • Mengkuang/daun kelapa
• Konsep/rumus luas • Konsep/rumus perimeter • Pecahan • Peratus (10 x 10 grid) • Perpuluhan
• Anyaman tikar • Corak segi empat sama
• Pendekatan konstruktivisme
3 Main lompat lompat (Skiping)/ Sepak bulu ayam
• Tali /rotan • Gelang getah • Bulu ayam
• Membilang • Gandaan • Mengukur masa
• Pendekatan kontekstual
• Kolaborasi
4 Pertandingan Lompat jauh/ parit
• Rotan • Pita ukur/ pembaris meter
• Menganggar jarak • Mengukur jarak dengan unit sebarangan
• Mengukur jarak dengan unit metrik
• Pendekatan kontekstual
5 Garis nombor • Biji getah • Dawai/bambu
• Membilang • Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
• Pendekatan kontekstual
6 Dekakdekak • Biji getah • Dawai/bambu
• Membilang • Operasi tambah dan tolak dengan/tanpa mengumpul semula
• Perpuluhan • Nilai tempat
• Pendekatan kontekstual
122
BIL AKTIVITI BAHAN/SUMBER KEMAHIRAN MATEMATIK CATATAN
7 Tamu Tani • Hasilhasil masyarakat setempat
(buah, sayur, ikan masin, ulam)
• Menyelesaikan masalah harian melibatkan wang
• Mengumpul data (Statistik asas)
• Kontekstual • Main peranan
8 Pertandingan dart
• Bulu ayam • Paku • Gelang getah • plastisin
• Mengenal nombor • Penambahan • Pendaraban
• Kontekstual
9 Pertandingan Main gelang getah
• Gelang getah • Membilang • Ukuran panjang • Mengumpul/Perwakilan data
• Kontekstual
10 Penyelesaian Masalah berbentuk cerita
• Daun • Batu • Biji getah
• Penyelesaian masalah melibatkan 4 operasi asas
• Kontekstual • Simulasi
8.2.3 Contoh Cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pelajaran:
Aktiviti 1: Anyaman Hasil Pembelajaran: Menemui rumus luas segi empat Tahun: 4
Sumber/Bahan: 1. Daun mengkuang/pandan/kelapa 2. Kertas berbentuk L
Prosedur: 1. Guru membekalkan daun mengkuang/pandan/kelapa yang terdapat di persekitaran
murid. Lebar daun hendaklah sama. 2. Dalam kumpulan 2 – 3 orang, murid diminta membina satu anyaman menggunakan
daun tersebut (grid segi empat sama bersaiz 10 x 10 unit persegi) berpandukan tunjuk cara guru.
3. Murid diminta untuk mengira jumlah bilangan unit segi empat sama dalam anyaman mereka.
4. Murid diminta mengira jumlah bilangan unit segi empat sama untuk panjang dan lebar anyaman.
5. Guru mengedarkan jadual seperti berikut;
BENTUK JUMLAH BILANGAN UNIT PERSEGI SEGI EMPAT
SAMA
BILANGAN UNIT SEGI EMPAT SAMA (LEBAR)
BILANGAN UNIT SEGI EMPATSAMA
(PANJANG) 1 100 10 10 2 3 4
123
6. Dengan menggunakan kertas berbentuk L yang disediakan oleh guru, murid diminta menutup sebahagian permukaan anyaman untuk membentuk segi empat pelbagai saiz (sekurangkurangnya tiga bentuk).
7. Untuk setiap segi empat yang dibentuk, murid akan mengulangi langkah 3 dan 4, dan merekodkan kiraan bilangan unit segi empat yang disediakan.
8. Berdasarkan jadual, murid dikehendaki mendapatkan hubungan di antara jumlah bilangan unit segi empat sama, dengan bilangan unit segi empat sama untuk panjang dan lebar bagi setiap bentuk.
9. Guru membuat kesimpulan tentang perkaitan dalam aktiviti 8 dengan memperkenalkan rumus luas segi empat sama dan segi empat tepat seperti berikut;
Luas segi empat sama/tepat = panjang x lebar
Aktiviti 2: Permainan main gelang getah
Hasil Pembelajaran: Membilang
Tahun: 1 2
Sumber/Bahan: 1. Gelang getah 2. Kertas skor 3. Ranting kayu
Prosedur: 1. Dalam kumpulan seramai 3 orang murid, guru membekalkan 20 gelang getah
kepada setiap murid. 2. Guru memacak 2 batang ranting kayu secara selari dan diikat satu gelang getah
menghubungkan keduadua ranting tersebut sebagai palang. 3. Arahan pertandingan;
• Ahli kumpulan membuat persetujuan tentang bilangan gelang getah yang hendak pertaruhkan. Contohnya 10 getah setiap murid.
• Getah dikumpulkan dan disusun di atas palang. • Ahli kumpulan membuat persetujuan untuk menentukan jarak dan
menentukan giliran dengan cara yang kreatif contohnya menghumban gelang getah ke garisan tertentu. Getah yang paling hampir dengan garisan merupakan pemain pertama dan terjauh dari garisan atau terkena garisan sebagai giliran terakhir.
• Dari garisan yang ditetapkan peserta secara bergilir akan melastik gelang getah di atas palang. Getah yang terjatuh akan menjadi miliknya.
• Permainan berterusan mengikut masa yang ditetapkan. Contohnya 10 minit. • Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan gelang getah yang diperoleh.
Rajah:
Garisan Melastik
Ranting kayu
Palang getah
124
Aktiviti 3: Menggunakan Dekakdekak
Hasil Pembelajaran: Operasi tambah dan tolak dengan/tanpa mengumpul semula
Tahun: 2
Sumber/Bahan: Biji getah /warna/Dawai/bambu/buluh /papan/ sepit
Prosedur: 1. Guru membekalkan biji getah dan dawai atau bambu (buluh) terdapat di
persekitaran kampong. 2. Dalam kumpulan 3 orang, murid diminta membina satu dekakdekak berpandukan
tunjuk cara guru seperti Rajah 1. 3. Muridmurid diminta menggunakan dekakdekak untuk membuat operasi tambah dan
tolak dengan/tanpa mengumpul semula seperti jadual berikut:
Bil Operasi ayat matematik Jawapan
1 27+ 12 = 39
2 17 + 5 =
3 45 34 =
4 2517 =
Sepit
Buluh Diraut
Biji Getah
Buluh
Rajah 1 : Dekakdekak
4. Guru memberi lembaran kerja menyelesaikan masalah yang berkaitan operasi tambah dan tolak.
Getah gelang
tens ones
Tambah biji getah pada tiang dekak mengikut nilai tempat
125
Aktiviti 4: Penyelesaian masalah berbentuk cerita
Hasil Pembelajaran: Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan/tanpa mengumpul semula
Tahun: 2
Sumber/Bahan: 1. Biji getah berwarna 2. Buahbuahan 3. Bunga / daun/ batu kecil / lidi
Prosedur: 1. Guru membekalkan pembilang seperti yang disenaraikan oleh guru yang boleh
diperoleh di persekitaran kampong. 2. Guru memberi satu situasi masalah berdasarkan suasana kehidupan seharian.
Ah Lek seorang pekebun buahbuahan. Dia mengutip 3 biji buah durian pada awal pagi. Kemudian dia mengutip lagi sebanyak 5 biji pada sebelah petang. Berapakah jumlah biji durian dikutip oleh Ah Lek ?
3. Dengan menggunakan bahan yang disediakan, guru menunjukkan proses menyelesaikan masalah melalui simulasi. ( contoh : sehelai daun = sebiji durian )
4. Guru menunjukkan penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya seperti berikut: Langkah 1: Apakah maklumat yang diberi? Langkah 2: Apakah operasi yang digunakan? Langkah 3: Selesaikan Langkah 4: Semak Jawapan.
5. Guru menunjukkan contoh lain yang melibatkan operasi tolak.
Basru ada 9 ekor ayam. 4 ekor ayam telah dicuri orang. Berapakah ekor ayam Basru yang tinggal ?
6 Dengan menggunakan bahan yang disediakan, guru menunjukkan proses menyelesaikan masalah melalui simulasi. ( contoh : sebiji batu = seekor ayam)
126
7 Guru menunjukkan penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya seperti dalam langkah 4 di atas.
Kaedah “ takeaway”
8. Muridmurid diminta menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang disediakan oleh guru dalam lembaran kerja seperti jadual berikut:
Bil Masalah berbentuk cerita Penyelesaian/ Ayat matematik
1 Emak beli dua biji nenas. Bapa beli tiga biji nenas. Berapakah biji nenas semuanya?
2 Bobie mahu memelihara 5 ekor arnab. Pakciknya telah berinya 2 ekor arnab. Berapakah ekor arnab lagi yang perlu Bobie beli?
3 Zubaidah beli lima biji kobis. Zainab beli dua biji kobis. Berapakah biji kobis Zubaidah lebih daripada kobis Zainab?
9. Guru memberi lembaran kerja menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang berkaitan operasi tambah dan tolak.
8.3 Tugasan/latihan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Pedalaman
Perbincangan kumpulan tentang aplikasi pendekatan Kontekstual dan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah pedalaman.
Arahan : Teliti senario di bawah ini untuk membuat tugasan / latihan bagi unit ini.
Kebanyakan muridmurid sekolah rendah di kawasan pedalaman menghadapi masalah pembelajaran matematik seperti berikut;
• Tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di bilik darjah • Mengingat fakta asas • Memahami sesuatu konsep • Memadankan kuantiti suatu objek dengan angka • Tidak menyiapkan kerja rumah • Murid pasif
Berdasarkan senario di atas, anda dalam kumpulan berempat dikehendaki merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik dengan memilih satu atau dua hasil pembelajaran matematik sekolah rendah seperti yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran matematik sekolah rendah. Aktiviti tersebut hendaklah disesuaikan dengan persekitaran muridmurid sekolah pedalaman.
Berdasarkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, sediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid murid pedalaman mempelajari matematik dengan baik. Hasil bengkel anda akan dibentangkan mengikut kumpulan
127
8.4 Pembentangan Tugasan / Latihan (2 Jam)
Setiap kumpulan diminta membentangkan tugasan/latihan. Di akhir sesi pembentangan, setiap pelajar perlu membuat refleksi kendiri. Pensyarah dan pelajar bersoal jawab tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibentangkan dan mencatat maklum balas berdasarkan pemerhatian terhadap tugasan/latihan kumpulan lain di dalam jadual mengikut format yang disediakan seperti berikut.
Borang penilaian pembentangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan
Nama Kumpulan: ___________________________
Topik: ___________________________
Perkara Komen
Kelebihan
128
Kelemahan
Cadangan penambahbaikan
129
Rujukan:
Buku Konsep Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah (1998), Published By BPG
L.W. Downes & D. Paling (1963). The Teaching Or Arithmetic In Tropical Primary Schools. Oxfor University Press:London
Pukal Latihan Penggunaan Bahan Manipularif Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah, BPG
Troutman A.P., Lichtenberg B.K. (1982). Mathematics : A Good Beginning Strategies for Teaching Children ( 2 nd Edition ), Brooks/Cole Publishing Company, Monterey, California.
J.A. Shaw & S.S. Blake (1998). Mathematics for Young Children. Merrill PrenticeHall: Columbus, Ohio
Nik Azis Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur.
Sushkin,N. (1999). [Online] Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html
130
UNIT 9: PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
9.1 KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
9.1.1 Pengenalan
Pentaksiran merupakan bidang untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain. Justeru, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.
9.1.2 Definisi
Menurut Gronlund (1993), pentaksiran merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Pentaksiran juga merupakan proses memerhati dan mencerap pembelajaran serta mengintepretasikan maklumat berhubung pembelajaran seorang murid. Kesimpulannya pentaksiran adalah satu proses mengumpulkan maklumat untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan.
Gay (1985) mengatakan penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah dicapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
9.1.3 Tujuan Pentaksiran dan Penilaian
Tujuan utama pentaksiran ialah:
a) Memberi maklumbalas kepada murid untuk membaiki pencapaian. b) Mendapatkan maklumat yang berkualiti bagi membuat interpretasi yang sah
dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid. c) Mengenal pasti jika murid memahami kurikulum yang diperlukan dan
mengajar semula jika murid tidak memahaminya. d) Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran
anak/ anak jagaan mereka.
Dalam pendidikan khas pula tujuan pentaksiran dan penilaian adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai keupayaan dan pencapaian muridmurid bekeperluan khas. Pentaksiran dan penilaian bagi murid bermasalah pembelajaran seharusnya dijalankan secara individu dengan mengambilkira semua aspek seperti berikut:
a) Kemahiran kognitif § Kecerdasan § Memori
b) Kemahiran motor § Motor kasar § Motor halus
131
c) Kemahiran persepsi § Persepsi visual § Persepsi auditori
d) Pencapaian akademik § Bacaan § Tulisan § Matematik
e) Kemahiran bahasa § Bahasa eskpresif § Bahasa reseptif
f) Tingkah laku g) Keadaan sosial dan emosi h) Kesihatan i) Pemeriksaan penglihatan j) Pemeriksaan pendengaran
9.2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
a) Pentaksiran Alternatif
Pentaksiran alternatif adalah berasaskan pendapat bahawa murid boleh membuat akses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menyemak sendiri perkembangan linguistik dan proses pembelajaran. Satu contoh pentaksiran alternatif ialah pentaksiran pencapaian (performance assessment) seperti bermain alat muzik, menari, mengguna alat sains, menyumpit, memancing ikan dan lainlain.
Pentaksiran pencapaian adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan sesuatu aktiviti tingkah laku serta berinteraksi dengan orang lain. Pentaksiran pencapaian juga dikenali sebagai pentaksiran autentik kerana ia menilai kebolehan murid untuk melakukan sesuatu tugas dalam keadaan atau situasi yang sebenar (real life task/ situation). Pentaksiran jenis ini memberi peluang untuk mentaksir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dengan orang lain.
Pentaksiran alternatif boleh dilaksanakan dengan menggunakan senarai semak dan rubrik.
b) Ujian Saringan
• Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanakkanak yang berisiko menghadapi masalah.
• Satu alat pengukuran yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah.
• Untuk mengasing dan menentukan kumpulan murid • Dilaksanakan melalui ujian formal atau tidak formal sama ada secara individu
atau kumpulan
132
• Dalam pendidikan pemulihan ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahirankemahiran asas oleh murid pemulihan secara individu untuk mengikuti sesuatu program. Ianya dapat mengenal pasti muridmurid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan.
c) Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik adalah satu instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara spesifik yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuannya adalah untuk: • Mengenal pasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. • Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. • Mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut Kebolehan dan kawasan
kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. • Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus individu
atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. • Membantu guru merancang objektif pengajaran. • Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.
d) Analisis Tugasan
Bagi sebilangan murid, sesuatu tugasan yang diberi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri darpada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya sebelum menguasai tugasan atau kemahiran yang lebih berat. Murid mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut.
Untuk mengajar murid menjalankan sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. Guru perlu mengenal pasti apakah kemahirankemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu tugasan, dan kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. Guru akan mengajar murid kemahirankemahiran kecil yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid.
e) Portfolio
Pentaksiran portfolio merupakan satu cara pentaksiran yang amat popular digunakan dalam kalangan guru. Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara pentaksiran ini ialah sampelsampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampelsampel kerja tersebut boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya.
f) Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu alat yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat khususnya yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekod hasil pemerhatian. Pemerhatian juga sesuai digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai tingkah laku dan kemahiran sosial murid.
133
g) Senarai semak Senarai semak merupakan instrumen pengumpulan maklumat yang berstruktur. Soalansoalan spesifik dikemukakan dan responden hanya memilih jawapan mengikut pandangannya.
h) Temu bual Kaedah temu bual sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan murid dengan cara menemu bual ibu bapa, guruguru yang lain serta rakan sebaya murid.
i) Skala Pengkadaran
Bentuk skala pengkadaran hampir sama dengan senarai semak. Jika senarai semak memerlukan respon “ya atau tidak”, skala pengkadaran memerlukan satu skala persetujuan diberikan dan responden perlu memilih darjah persetujuannya.
9.3 CARA MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
9.3.1 Analisis Tugasan
Contoh aktiviti: Analisis Tugasan memberus Gigi
a) Picit tiub ubat gigi untuk mengeluarkan amaun yang wajar di atas berus b) Membuka pili air c) Berkumur d) Menggosok gigi dengan cara yang betul e) Membersihkan mulut dengan air selepas gigi diberus f) Menutup tiub ubat gigi g) Menyimpan berus gigi
9.3.2 Portfolio
Untuk memastikan supaya portfolio tidak menjadi tempat simpanan bagi semua hasil kerja murid, pembinaan portfolio mesti dirancang dengan teliti oleh guru. Di peringkat awal, guru perlu merancang apakah yang harus dimasukkan dalam portfolio dan sediakan satu garis panduan.
Garis panduan untuk membina portfolio adalah seperti berikut:
a) Senarai Isi Kandungan b) Penilaian guru terhadap kerja murid
o Contohnya : • Dalam bentuk jurnal • Dalam bentuk senarai semak • Dalam bentuk rakaman audio
c) Sampelsampel kerja murid yang terpilih o Contohnya:
• Sampel kerja di peringkat permulaan • Sampel kerja selepas pengajaran dijalankan • Hasil kerja yang terbaik • Hasil kerja yang paling tidak memuaskan • Sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan
d) Penilaian kendiri oleh murid e) Soal selidik tentang aspekaspek tertentu berkaitan murid
134
9.3.3 Skala Pengkadaran
Laporan Kemajuan Murid
1. Menunjukkan kemajuan 2. Masih perlu tunjuk kemajuan 3. Tidak tunjuk kemajuan 4. Belum diajar
Bil Kesediaan Membaca 1 2 3 4
1 Dapat membezakan persamaan dan perbezaan objek
2 Dapat membezakan persamaan dan perbezaan dalam gambar
3 Membaca dari kiri ke kanan
4 Mengenal warna
5 Dapat melihat dan mengingat objek dalam gambar
6 Dapah menghafal alamat dan nombor telefon
7 Mengetahui nama sendiri
8 Mengetahui hari lahir
9 Dapat menulis nama dengan tulisan yang tepat
10 Dapat memadan perkataan nama warna dengan warna
11 Dapat menggunakan gunting
135
9.3.4 Senarai Semak
Contoh Senarai Semak Untuk Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku Murid
Nama Murid : Umur : Alamat Rumah : Telefon : Alamat Sekolah : Telefon : Tarikh dan waktu dijalankan :
Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
Bil Keterangan Ada Tiada Catatan
1) Perlakuan Agresif 1.1 Merosakkan harta benda sendiri/ orang lain 1.2 Selalu bergaduh/bertumbuk 1.3 Cepat marah/ meradang 1.4 Mengacau orang lain 1.5 Mencederakan diri 1.6 Panas baran 1.7 Perlakuan negatif berlaku dengan tibatiba (abrupt
behavior) 1.8 Hiperaktif
2) Perlakuan Pasif 2.1 memencilkan diri 2.2. sugul 2.3 terlalu pendiam 2.4 Terlalu malas 2.5 mudah terganggu perhatian 2.6 terlalu malu
3) Perlakuan Negatif Sosial 3.1 Mengusik 3.2 Bercakap bohong 3.3 Tidak menepati janji 3.4 Tidak menurut perintah 3.5 Berbahasa kasar 3.6 Terlalu suka bercakap 3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah 3.8 Suka membuat bising 3.9 Mengambil sesuatu barang tanpa izin
4) Permasalahan Emosi 4.1 Gelisah 4.2 Menipu/ berbohong 4.3 selalu mengadu sakit 4.4 Menangis dalam kelas 4.5 Memerlukan perhatian yang lebih 4.6 Risau 4.7 Mengkhayal
136
9.4 PENTAKSIRAN INSTRUMEN
9.4.1 Ujian Diagnostik
KEMAHIRAN 3 : Suku kata V
Arahan Guru : Tulis suku kata V berdasarkan gambar.
Ujian Diagnostik Bahasa Melayu ( Bertulis )
_____lar _____kan
___mak ___pi
___tik ___tak
137
9.4.1 Pemerhatian
Contoh melaporkan hasil pemerhatian:
a) Kemahiran Sosial
Murid A merupakan seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul, berbual dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra dengan sesiapa yang baru dikenalinya.
b) Kemahiran Tingkah Laku
Pemerhatian terhadap tingkah laku murid A memberi gambaran kepada saya bahawa murid A merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan yang sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan suka bercakap tetapi kadangkala dia menjadi seorang yang pendiam, menyendiri dan lebih suka memerhati.
9.5 Pentaksiran Murid Bekeperluan Khas
9.5.1 Kemahiran Pengurusan Diri
a) Keupayaan menguruskan diri sendiri (membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air.
b) Supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain
9.5.2 Kemahiran Sosial Dan Emosi
a) Tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat.
b) Keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain.
c) Aspek dalam kemahiran sosialkemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah.
d) Tujuan pentaksiran adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial.
e) Membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. f) Membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat
dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.
9.5.3 Pentaksiran Pengamatan Penglihatan
a) Pentaksiran Ketajaman Visual
Alat yang digunakan untuk menguji ketajaman penglihatan ialah Carta Snellen. Carta ini terdiri daripada nombor atau huruf ‘E’ yang ditunjukkan pada berbagai bagai arah atau gambar tertentu yang ditulis dalam saiz yang berbezabeza.
138
Biasanya pesakit diminta membaca carta dari jarak 20 kaki (6 meter). Dan huruf terkecil yang dapat dibaca daripada carta tersebut direkodkan.
Hasil yang diperoleh akan dinyatakan dalam 6/6 menunjukkan ketajaman penglihatan yang baik. Nilai ini menunjukkan mata pesakit dapat melihat dari jarak enam meter pada carta yang memang dapat dilihat oleh orang normal. Jika mata pesakit yang berdiri enam meter dari carta dapat melihat hurufhuruf nombor penyebut bagi jarak 18m, skor bagi pesakit tersebut ialah 6/18. Semakin besar nombor penyebut, (nombor pada carta) semakin kecil ketajaman penglihatan. Penting untuk difahami bahawa ujian ketajaman penglihatan adalah untuk setiap mata.
CARTA SNELEN
b) Pentaksiran Kepekaan Warna
Seseorang itu dikatakan buta warna jika dia tidak dapat mengenal warna. Mata yang normal memerlukan kon merah, biru dan hijau untuk membolehkannya melihat keseluruhan spectrum warna. Bagi menguji masalah buta warna satu kaedah iaitu Carta Isihara. Carta ini berupa plat yang tercetak di atasnya angka yang ditulis dengan titiktitik berwarna. Angka ini ditulis di atas latar belakang yang terdiri daripada titiktitik berwarna yang serupa bentuk. Angka itu terdiri daripada warna hampir serupa dengan latar belakang bagi individu yang buta warna.
139
9.5.4 Pentaksiran Pendengaran
a) Pendengaran biasa Murid boleh mendengar semua bunyi pertuturan walaupun pada peringkat perbualan yang perlahan.
b) Kehilangan pendengaran minima Murid bermasalah untuk mendengar pertuturan yang perlahan atau tidak jelas. Perbualan oleh murid lain dan arahanarahan guru yang diberi secara pantas, terutama di dalam sebuah kelas yang bising berkemungkinan besar mengakibatkan maklumat yang diberi tidak sampai.
c) Ringan Murid tidak dapat mendengar dengan baik sehingga 50% daripada perbincangan kelas terutamanya jika tahap pertuturan digunakan agak perlahan di dalam persekitaran yang bising.
d) Sederhana Perbincangan kelas dari jarak 3 hingga 5 kaki boleh difahami sekiranya struktur dan penggunaan perkataan dikawal.
9.5.5 Pentaksiran Kemahiran Motor
a) Motor Kasar Keupayaan muridmurid melaksanakan aktiviti yang memerlukan penglibatan otot otot besar. Contohnya, berjalan, berlari, melontar, melompat, berdiri sebelah kaki, berenang dan sebagainya. Keupayaan mengimbangi kedudukan tubuh adalah elemen yang perlu dipertimbangkan dalam membuat pentaksiran kemahiran motor kasar.
b) Motor Halus Kemahiran motor halus melibatkan otototot halus seperti tangan, kaki, lidah, bibir, otot muka yang digunakan semasa melakukan tugasan yang lebih susah ataupun tugasan yang memerlukan kehalusan (delicate task). Contohnya; kemahiran menulis, melukis, mencantum puzzle, meniru mimic muka, menjahit, menyebut perkataan, meniup buih, bersiul dan sebagainya. Kebanyakan muridmurid yang mempunyai masalah dalam motor halus biasanya bermasalah dalam membunyikan perkataan tertentu.
9.5.6 Pencapaian Akademik
a) Kemahiran Lisan
Ujian diagnostik lisan merupakan satu cara untuk mengetahui aras pencapaian muridmurid. Hasil ujian akan membantu guru mengetahui tahap pencapaian murid dalam penguasaan huruf, suku kata, dan bacaan ayat mudah. Ujian diagnostik yang dicadangkan ialah:
• Mengenal huruf besar secara rawak • Mengenai huruf kecil secara rawak • Mengenal suku kata mengikut pemeringkatan KV, KVK, KVKK, VK,
KVVK, KVV, KKV, KKVK, KVVV (KKonsonan; V vokal)
140
b) Kemahiran menulis
Murid yang bermasalah dalam penulisan biasanya membuat kesilapan seperti berikut:
• bentuk huruf tidak konsisten saiznya • jarak huruf atau perkataan yang tidak seimbang • kecondongan huruf atau perkataan tidak selari • salah ejaan • Tulisan kotor – kerap dipadam dengan getah pemadam
c) Kemahiran Mengira
Keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas matematik seperti nombor dan operasi mudah.
Ujian diagnostik matematik digunakan untuk mengenal pasti secara khusus kekuatan dan kelemahan dalam kemahiran tertentu. Kemahiran yang terkandung dalam Ujian Diagnostik Matematik ialah:
• Kuantiti dan nilai • Angka bulat • Mengenal nombor • Operasi tambah dan tolak
9.6 Tugasan Pelajar
Sebagai seorang bakal guru anda perlu menghasilkan alatalat pentaksiran dan penilaian untuk mengumpul maklumat bagi membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
a) Bina satu set ujian diagnostik (mengikut mata pelajaran) b) Kenal pasti satu masalah yang dihadapi oleh murid anda, kemudian laksanakan satu
analisis tugasan untuk membantu murid menguasai kemahiran tersebut. c) Bina satu senarai semak untuk mengesan minat murid terhadap mata pelajaran yang
anda ajar. d) Kelab Bahasa telah melaksanakan satu pementasan drama. Sebagai guru penasihat,
anda dikehendaki untuk menilai pencapaian setiap murid dalam drama tersebut. Bina satu alat pentaksiran untuk tujuan tersebut (contoh; senarai semak, rubrik).
Nota: Setiap kumpulan hanya dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Tugasan perlu dibentangkan semasa tutorial.
141
RUJUKAN
Gay, L.R. 1985. Educational and Evaluation and Measurement. Competencies for Analysis and Application. 2 nd .Ed. Ohio: Charles E. Merrill.
Gronlund, N.E. 1993. How to Make Achievement Tests and Assessments. 5 th . Ed. New York: Macmillan Co.
Owen, R.E Jr. 1991. Language Disorders: A Functional Approach to Assessment and Internention. Boston: Allyn & Bacon.
Pierangelo, R., & Giuliani, G. 2006. The Special Educator’s Comprehensive Guide to 301 Diagnostic Tests. Rev. and expanded ed. San Francisco: JosseyBass.
Rief, Sandra F., 2007. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanakkanak ADD/ADHD: teknik dan strategi praktikal untuk membantu kanakkanak yang menghadapi masalah penumpuan dan hiperaktif. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
http://www.nclrc.org/essentials/assessing/alternative.htm
http://www.aurbach.com/alt_assess.htm/
http://www.projectappleseed.org/index.htm/
http://jonathan.faculty.noctrl.edu.toolbox/whatisit.htm/
142
4.0 CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN
MINGGU 1:
MASA
HARI 8.00 – 9.00 9.00 – 10.00
10.00 –
10.30 10.30 – 11.30 11.30 – 12.30 12.30
– 2.00 2.00 – 3.00 3.00 – 4.00
ISNIN Pengenalan
Kanakkanak di Kaw. Pedalaman
(Unit 1.1)
Kepelbagaian KK*
Kanakkanak di Kaw. Pedalaman (Unit 1.2 – 1.3)
R
E
H
A
T
Tugasan/Latihan: Bengkel Pengenalan Kanakkanak di
Kaw. Pedalaman (Unit 1.4)
R
E
H
A
T
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 1)
SELASA Pengenalan Pengurusan Tingkah Laku (Unit 2.1)
Puncapunca Salah Laku (Unit 2.2)
Strategi Pengurusan Tingkah Laku (Unit 2.3)
Tugasan/Latihan: Bengkel
Pengurusan T.L (Unit 2.4)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 2)
RABU Pengenalan, Pengelolaan & Pengurusan KB* (Unit 3.1 – 3.2)
Pengurusan Kurikulum KB*
(Unit 3.3)
Pengurusan Kurikulum KB*
(Unit 3.3)
Tugasan/Latihan: Bengkel
Pengurusan KB* (Unit 3.4)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 3)
KHAMIS Pengenalan
PBL* (Unit 4.1)
Kepentingan PBL*
(Unit 4.2)
Tugasan/Latihan: Perancangan Unit P&P
(Unit 4.3)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 4)
JUMAAT
Konsep Pentaksiran & Penilaian (Unit 9.1)
Instrumen Pentaksiran & Penilaian (Unit 9.2)
Caracara Membina
Instrumen & Mentaksir
(Unit 9.3 9.4) Petunjuk:
KK* : Keperluan Khas PBL* : Pembelajaran Berasaskan Projek KB* : Kelas Bercantum
143
MINGGU 2:
MASA
HARI 8.00 – 9.00 9.00 – 10.00
10.00 –
10.30 10.30 – 11.30 11.30 – 12.30 12.30
– 2.00 2.00 – 3.00 3.00 – 4.00
ISNIN Pengenalan Pedagogi BM:
SP* (Unit 5.1)
Aplikasi Pedagogi BM
SP* (Unit 5.2)
R
E
H
A
T
Tugasan/Latihan: Bengkel Aktiviti P&P BM SP*
(Unit 5.3)
R
E
H
A
T
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 5)
SELASA Pengenalan Pedagogi BI
SP* (Unit 6.1)
Aplikasi Pedagogi BI
SP* (Unit 6.2)
Tugasan/Latihan: Bengkel Aktiviti P&P BI SP*
(Unit 6.3)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 6)
RABU Pengenalan
Pedagogi Sains SP*
(Unit 7.1)
Aplikasi Pedagogi Sains
SP* (Unit 7.2)
Tugasan/Latihan: Bengkel Aktiviti P&P Sains SP*
(Unit 7.3)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 7)
KHAMIS Pengenalan Pedagogi
Matematik SP* (Unit 8.1)
Aplikasi Pedagogi
Matematik SP* (Unit 8.2)
Tugasan/Latihan: Bengkel Aktiviti P&P Matematik SP*
(Unit 8.3)
Pembentangan Tugasan/Latihan (Unit 8)
JUMAAT Tugasan/Latihan:
Membina Instrumen (Unit 9.5)
Tugasan/Latihan: Membina Instrumen (Unit 9.5)
Pembentangan Tugasan/Latihan
(Unit 9)
Petunjuk:
SP* : Sekolah Pedalaman
144
Panel Penggubal Modul KPLI SR Sekolah Pedalaman
Penyelaras: Pn. Fatimah binti Daud
Unit 1 : Pengenalan Kanakkanak Pedalaman 1. Pn. Ramlah binti Alias IPGM Kampus Kent 2. En. Halik Wang IPGM KampusTun Abdul Razak
Unit 2 : Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak
1. En. Arun b. Daud IPGM Kampus Kent 2. Pn. Norhayati binti Idris IPGM Kampus Keningau
Unit 3 : Pengurusan Aktiviti PengajaranPembelajaran Kelas Bercantum
1. En. Zulkarnain bin Mohd Noor IPGM Kampus Batu Lintang
Unit 4 : Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1. Tn. Hj. Mustaffar bin Abd. Majid IPGM Kampus Perempuan Melayu 2. Cik Lim Siew Geck IPGM Kampus Ilmu Khas
Unit 5 : Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman
1. En. Arun bin Daud IPGM Kampus Kent 2. Pn. Norhayati binti. Idris IPGM Kampus Keningau 3. En. Jawing Dongkok IPGM Kampus Gaya
Unit 6 : Pedagogi Bahasa Inggeris Sekolah Pedalaman
1 En. Jausip @Joseph Yabai IPGM Kampus Keningau 2 Pn. Anne Anthony Lajinga IPGM Kampus Batu Lintang
Unit 7 : Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman
1. Tn. Hj. Ali bin Abu Bakar IPGM Kampus Gaya 2. Pn. Choy Sau Kam IPGM Kampus Batu Lintang 3. Pn. Raiti btinti Naiman IPGM Kampus Keningau
Unit 8 : Pedagogi Sains Sekolah Pedalaman
1. En. Ling Hau Ching IPGM Kampus Rajang 2. Cik Khaw Ai Guat IPGM Kampus Tun Abdul Razak 3. En. Ruslan bin Mapeala IPGM Kampus Tawau
Unit 9 : Pentaksiran dan Penilaian Pencapaian Kanakkanak Pedalaman
1. Cik Angie Garet IPGM Kampus Tun Abdul Razak 2. Pn. Jovinia Lajiwin Kudun IPGM Kampus Kent 3. En. Sukran Nelamin IPGM Kampus Tawau