S I D A N G R E D A K S I
PENAUNG PKPjB ABDUL RAZAK BIN MUDA PENASIHAT PPjB MOHD ZAHAR BIN ABDULLAH
KETUA PENGARANG PgB MOHD NAIM BIN MAT JAAFFAR
PENGARANG PN AZLIZA BINTI MUHAYADIN, PKPgB MOHD SYAHRIL BIN P RAMLI, PPgB AZRUL ANUAR BIN HUSAIN, PBK II AZIZAN BIN JUSOH
JURUFOTO PBK II AHMAD NOZLAN BIN ZAKARIA, PB MOHD. HANIZAM BIN ZAKARIA, PB MUHAMMAD SYAFIQ BIN OMAR ,
PB RAMZURIE BIN RAMLE, PB MASNUR FADILLAH BIN RAILIE
BARISAN PENGADIL ACARA KAWAD KAKI BIL NAMA
1 PKPgB MUSTAFA BIN ISHAK (KAWAD KAKI)
2 PBT MOHD ZAZULI BIN BADRU
3 PBK II RODIAH BINTI ABDUL MOKTI
4 PBK II MOHD NAZRI BIN ABIDIN
5 PB MD ROSLI BIN ISMAIL
6 PB AHMAD MUZAMMIL BIN AZMI
7 PBK II MUHAMAD FAIRUS BIN IBRAHIM
8 PB MAZSHAH FAISAL BIN MAZLAN
9 PBK II MOHD HAFIZAKHAN BIN HASSAN
BIL ARAHAN KAWAD
1 PERBARISAN MASUK KE MEDAN
2 PARADE KOMANDER MELAPOR
3 PERGERAKAN STATIK
3.1 KE KIRI PUSING
3.2 KE KANAN PUSING
3.3 KE BELAKANG PUSING
3.4 MENGHADAP KE HADAPAN
4 CEPAT JALAN
5 TUKAR LANGKAH DALAM MASA BERJALAN
6 HORMAT KE KANAN
7 PERLAHAN JALAN
8 MARA MENGHADAP
Jitra - 19 April 2018 Pertandingan Kawad Kaki (Campuran)
bertempat di Padang Kawad, POLIMAS Jitra, Kedah. Sebanyak
16 kontinjen menyertai pertandingan ini. Para peserta dapat
memupuk semangat berpasukan daya juang yang berterusan,
kepatuhan mengikut arahan ketua platun serta disiplin yang
tinggi di kalangan pelajar.
Pertandingan kawad kaki adalah acara yang pertama yang
berlangsung dalam pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba
dan Penyelamat Malaysia Kali Ke 28 Tahun 2018.
Pertandingan ini dimulai dengan pergerakan masuk ke medan
dari kontijen Melaka dan diakhiri kontijen Selangor.
Jawatankuasa pengadilan terdiri daripada 9 orang pegawai yang
diketuai oleh PKPgB Mustaffa Bin Ishak dari Akademi Bomba
Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur. Jawatankuasa
teknikal bagi acara kawad kaki ini diketuai oleh PKPgB Mohd
Ashmar Bin Mohd Mazlan.
Pertandingan berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 9.30
pagi dan berakhir 13.30 petang.
Teachers Challenge merupakan acara baru yang
diperkenalkan pada Perkhemahan Kadet Bomba dan
Penyelamat Malaysia Kali-28. Acara ini melibatkan guru-guru
pengiring lelaki dan perempuan bagi setiap 16 kontijen. Guru-
guru ini akan diberi peluang merasai pengalaman
menggunakan overtrouser, glove dan kasut tektikal dan
melakukan gerak kerja pemadaman kebakaran. Acara ini telah
di sertai oleh 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan
bagi setiap kontijen. Penentuan pemenang diadakan secara
pengambilan masa yang terpantas bagi setiap kontijen.
Acara Teachers Challenge ini diadili oleh pengadil seramai 7 orang
diketuai oleh TPgB Mohd Ridzuan Bin Nut Jamudin yang terdiri
daripada pegawai kanan dan pegawai bomba daripada Ibu
Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Adalah acara-acara seperti ini akan diteruskan lagi pada masa
akan datang dimana memberi pengalaman kepada guru-guru
pengiring setiap kontijen. Pengalaman dan Ilmu yang diperolehi
semasa pertandingan ini boleh digunakan sekiranya jika berlaku
kecemasan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
TEACHER CHALLENGE
MEMBENTANG HOSE 2 ALIRAN,
200 KAKI BERPASUKAN
JOHAN PULAU PINANG
NAIB JOHAN MELAKA
KETIGA KUALA LUMPUR
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
TEACHER CHALLENGE LELAKI
MEMADAM KEBAKARAN 100 KAKI
ALAT PEMADAM API
JOHAN KEDAH
NAIB JOHAN SARAWAK
KETIGA NEGERI SEMBILAN
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
TEACHER CHALLENGE WANITA
MEMADAM KEBAKARAN 100 KAKI
ALAT PEMADAM API
JOHAN KEDAH
NAIB JOHAN MELAKA
KETIGA SABAH
Minum air yang banyak
bagi menggelakkan
dehidrasi
Sepanjang tempoh Perkhemahan Kadet Bomba dan
Penyelamat Malaysia berlangsung di POLIMAS, Jitra Kedah.
Cuaca diramalkan melebihi 35 celcius. Semasa pertandingan
acara kawad kaki diadakan pada hari pertama keadaan
cuaca tidak menentu di mana cuaca pada sebelah pagi
panas dan hujan disebelah petang. Keadaan ini
mengakibatkan 23 orang peserta Perkhemahan Kadet
Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengalami masalah
kesihatan kerana mengalami kekurangan air didalam badan
(Dehidrasi) disamping masalah kesihatan lain seperti:-
-Tergeliat, abression, pengsan, demam, high blood pressure,
low blood pressure, slip disc, gatal-gatal dan bengkak.
Tindakan pantas 7 orang anggota pasukan EMRS, 4 guru dan
6 pelajar PBSM telah memberi bantuan awal kepada peserta
yang mengalami masalah berikut.
Walau bagaimanapun peserta tetap bersemangat untuk
meneruskan setiap acara yang akan dipertandingkan
sepanjang tempoh perkhemahan diadakan. Jabatan ini
mengingatkan kepada semua peserta kontijen agar sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan
pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan kejadian
dehidrasi berlaku kepada peserta.
Statistik Bilangan Pesakit Mengikut
Negeri dan Jantina
Negeri Ggurl Bboy Pahang 2 2
Selangor 1 0
Kedah 4 0
Melaka 0 1
Sarawak 0 1
Perak 1 2
Perlis 1 0
Johor 2 0
Negeri Sembilan 2 0
Putrajaya 1 0
Kejutan Suhu Panas
Pada malamnya telah diadakan pertandingan kebudayaan
yang berlangsung di Dewan Sri Mas pada jam 21.00
malam. Antara tetamu yang hadir, Tuan Haji Marzuki bin
Haji Daud ( Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN
Kedah) Tuan Haji Romli bin Sumali ( Pegawai Perhubungan
Antarabangsa Thailand ) Encik Rahim bin Mat (Penolong
Pensyarah Kanan KoKurikulum JPN Kedah) dan Pensyarah-
pensyarah Kanan Universiti Chaophraya, Thailand.
Persembahan setiap kontijen perlu
bertemakan sketsa wayang kulit dan tarian perpaduan.
Sebanyak 10 kontijen telah membuat persembahan pada
malam ini antaranya:
1. Kontijen Negeri Kelantan
2. Kontijen Negeri Pahang
3. Kontijen Negeri Perak
4. Kontijen Negeri Sabah
5. Kontijen Negeri Johor
6. Kontijen Negeri Selangor
7. Kontijen Negeri Perlis
8. Kontijen Negeri Sembilan
9. Kontijen Wilayah Persekutuan Putrajaya
10. Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Para penonton terhibur dengan persembahan yang telah
disampaikan pada malam ini. Tahniah kepada para peserta
kerana berjaya menyampaikan mesej kebombaan dalam
bentuk persembahan.
Sebanyak 6 kontijen akan membuat persembahan pada
malam esok. Persembahan berdasarkan kreativiti kontijen
dari segi pakaian, aksesori, peralatan dan jalan cerita yang
berbeza setiap negeri. Semoga malam esok persembahan
akan lebih meriah.
Jom Santai…..Sat
Top Related