Bincangkan faktor dan langkah-langkah dalam
menangani masalah gangguan emosi kanak-kanak dalam bilik darjah.
Apakah Gangguan Emosi?
• Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.
Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi
Aspek emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut: empati iaitu memahami orang lain secara mendalam mengungkapkan dan memahami perasaan mengendalikan amarah (kemarahan) kemandirian iaitu berdikari
Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi
kemampuan untuk menyesuaikan diri
disukai oleh orang lain
kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan
masalah social sekelilingnya
semangat setiakawan
sikap hormat-menghormati
Tanda-tanda Gangguan Emosi
Kebiasaannya seseorang yang emosinya terganggu
menunjukkan tanda seperti yang berikut;
Kecemasan dan marah
Sukar tunjukkan emosi tertentu
Alami kesulitan
Konflik
Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
sentiasa kelihatan letih
kerap sakit perut
mudah diserang penyakit
duduk dalam keadaan yang tidak selesa
pencapaian akademik yang semakin merosot
sering berasa cemas, takut dan benci
konsep kendiri yang lemah
Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
suka bergaduh
kerap berbohong
bertindak liar untuk menarik perhatian
tindak balas kurang matang
berperawakan ganjil
membela diri secara tidak menentu
menunjukkan perasaan dengki
mengkritik secara keterlaluan
suka termenung atau berkhayal
Faktor
Persekitaran sekolah
Gaya pengajaran
guru
Peristiwa dalam
keluargaPengaruh keluarga
Pengaruh rakan sebaya
Tindakan guru
Langkah-langkah
Kepimpinan guru
Aktiviti Kumpulan
Tindakan GuruUnit BnK
Penerapan Nilai
Peranan Ibu bapa
Kepimpinan Guru
• Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.
• Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
• Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
• Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain.
• Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.
• Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri ke hadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan.
Tindakan Guru
• Mengesan murid yang dikenal pasti mengalami gangguan emosi
• Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya.
• Mebawa murid kepada ahli psikologi, kaunselor atau personel yang bertauliah bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling serta khidmat bimbingan yang diperlukan murid.
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
• Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku.
• Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
Penerapan Nilai
• Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan murid
• Peneguhan positif diberi kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini serta menetapkan hukuman yang adil dan bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.
Peranan Ibu Bapa
• Ibu bapa perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah.
• Perbincangan antara ibu bapa dan guru berkaitan anak yang mempunyai masalah hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa bagi menangani masalah anak secara bersama.
• Ibu bapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gangguan emosi. Ibu bapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.