ELAK KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN HOKI
Bermain dan bersukan merupakan salah satu daripada cara kanak-kanak menerokai
kehidupan keliling mereka di samping membina kemahiran bersosial di kalangan rakan
sebaya. Dengan bersukan mereka bukan saja dapat bergaul, bahkan berkomunikasi
dengan rakan-rakan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan diri. Begitupun, bagi
kebanyakan kanak-kanak yang aktif mereka lazim memilih aktiviti atau sukai lasak yang
mendedahkan mereka dengan kecederaan.
Kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak dan bersukan sedikit sebanyak
akan membataskan pergerakan kanak-kanak. Walaupun impaknya mungkin kecil,
namun kecederaan semasa bersukan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana
sesetengah keadaan ia mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak menderita seumur
hidup.
Di Amerika Syarikat contohnya lebih 30 juta kanak-kanak terbabit dalam
kejohanan sukan dan hampir 1.9 juta daripada mereka yang berumur di bawah 15
tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana kecederaan semasa bersukan.
Selalunya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang
menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kejang iaitu kecederaan sama ada
pada otot atau tendon. Antara sukan yang biasanya boleh menyebabkan kecederaan
kepada kanak-kanak ialah bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya.
Begitu juga, pemain-pemain hoki mungkin mengalami kecederaan pada wajah,
kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bermain.
Semasa bermain hoki mereka biasanya lincah melakukan pelbagai bentuk pergerakan.
Ini sudah pastinya membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai kecederaan fizikal.
Salah satu kecederaan yang biasa dialami oleh pemein hoki adalah kecederaan lutut.
Cara paling selamat untuk mencegah kecederaan lutut semasa bermain hoki ini
ialah dengan memakai alat yang boleh melindungi lutut . Ia penting bagi mengelakkan
kecederaan lutut. Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan
sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang
sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil. Brace lutut berengsel - Ia mempunyai
lapisan penguat pada kedua-dua sisi lutut yang dibuat daripada besi dan boleh
dibengkokkan pada engselnya. Jenis ini mampu memberi sokongan yang baik kepada
lutut. Selain itu, pemakaian kasut yang sesuai seperti kasut sukan boleh
menanganinya.
Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan hoki
melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan. Keadaan otot yang kuat
dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin
kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan
menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang
menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.
Latihan senaman dan panduan jurulatih yang betul mengurangkan risiko
kecederaan dalam sukan hoki. Latihan yang rapi juga adalah sangat penting,
mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat
mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting
bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan
keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain.
Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak
dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada
ACL.
Top Related