Elak Kecederaan Semasa Bersukan

3
ELAK KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN HOKI Bermain dan bersukan merupakan salah satu daripada cara kanak- kanak menerokai kehidupan keliling mereka di samping membina kemahiran bersosial di kalangan rakan sebaya. Dengan bersukan mereka bukan saja dapat bergaul, bahkan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan diri. Begitupun, bagi kebanyakan kanak-kanak yang aktif mereka lazim memilih aktiviti atau sukai lasak yang mendedahkan mereka dengan kecederaan. Kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak dan bersukan sedikit sebanyak akan membataskan pergerakan kanak-kanak. Walaupun impaknya mungkin kecil, namun kecederaan semasa bersukan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana sesetengah keadaan ia mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak menderita seumur hidup. Di Amerika Syarikat contohnya lebih 30 juta kanak-kanak terbabit dalam kejohanan sukan dan hampir 1.9 juta daripada mereka yang berumur di bawah 15 tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana kecederaan semasa bersukan. Selalunya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kejang iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon. Antara sukan yang biasanya boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak ialah bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya.

description

kecederaan dalam sukan

Transcript of Elak Kecederaan Semasa Bersukan

Page 1: Elak Kecederaan Semasa Bersukan

ELAK KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN HOKI

Bermain dan bersukan merupakan salah satu daripada cara kanak-kanak menerokai

kehidupan keliling mereka di samping membina kemahiran bersosial di kalangan rakan

sebaya. Dengan bersukan mereka bukan saja dapat bergaul, bahkan berkomunikasi

dengan rakan-rakan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan diri. Begitupun, bagi

kebanyakan kanak-kanak yang aktif mereka lazim memilih aktiviti atau sukai lasak yang

mendedahkan mereka dengan kecederaan.

Kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak dan bersukan sedikit sebanyak

akan membataskan pergerakan kanak-kanak. Walaupun impaknya mungkin kecil,

namun kecederaan semasa bersukan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana

sesetengah keadaan ia mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak menderita seumur

hidup.

Di Amerika Syarikat contohnya lebih 30 juta kanak-kanak terbabit dalam

kejohanan sukan dan hampir 1.9 juta daripada mereka yang berumur di bawah 15

tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana kecederaan semasa bersukan.

Selalunya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang

menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kejang iaitu kecederaan sama ada

pada otot atau tendon. Antara sukan yang biasanya boleh menyebabkan kecederaan

kepada kanak-kanak ialah bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya.

Begitu juga, pemain-pemain hoki mungkin mengalami kecederaan pada wajah,

kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bermain.

Semasa bermain hoki mereka biasanya lincah melakukan pelbagai bentuk pergerakan.

Ini sudah pastinya membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai kecederaan fizikal.

Salah satu kecederaan yang biasa dialami oleh pemein hoki adalah kecederaan lutut.

Page 2: Elak Kecederaan Semasa Bersukan

Cara paling selamat untuk mencegah kecederaan lutut semasa bermain hoki ini

ialah dengan memakai alat yang boleh melindungi lutut . Ia penting bagi mengelakkan

kecederaan lutut. Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan

sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang

sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil. Brace lutut berengsel - Ia mempunyai

lapisan penguat pada kedua-dua sisi lutut yang dibuat daripada besi dan boleh

dibengkokkan pada engselnya. Jenis ini mampu memberi sokongan yang baik kepada

lutut. Selain itu, pemakaian kasut yang sesuai seperti kasut sukan boleh

menanganinya.

Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan hoki

melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan. Keadaan otot yang kuat

dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin

kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan

menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang

menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.

Latihan senaman dan panduan jurulatih yang betul mengurangkan risiko

kecederaan dalam sukan hoki. Latihan yang rapi juga adalah sangat penting,

mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat

mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting

bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan

keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain.

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak

dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada

ACL.