7/18/2019 Encore 5 (New)
http://slidepdf.com/reader/full/encore-5-new 1/2
Encore 5 adalah satu program muzik yang digunakan untuk mengarang
skor lagu muzik serta merupakan salah satu program muzik yang diaplikasikan
dalam program window. Contohnya perisian program muzik yang terkenal
termasuklah Digital Pro Orchestra, Finale 2007, dan sebagainya.
Oleh sebab Encore 5 merupakan perisian program muzik yang paling
senang dan mudah untuk diguna bagi sesiapa yang baru belajar muzik serta
jumlah bytes program sedikit sehingga tidak membutuhkan banyak ruang dalam
komputer, maka Encore 5 merupakan pilihan yang amat sesuai kepada semua
pelajar.
Jika membandingkan antara perisian Encore 5 dengan Finale 2007,
fungsi-fungsi yang terdapat di dalam kedua-dua perisian tersebut adalah agak
sama tetapi Encore 5 lebih mudah diguna dan diaplikasi. Sebagai contohnya,
apabila hendak mengarang sebuah lagu yang baru, dalam Encore 5, kita cuma
hanya klik “File” dan “New” sahaja untuk mendapat skor lagu yang baru
manakala dalam Finale 2007, bukan klik “File” sahaja tetapi kena memilih dan
menentukan fungsi-fungsi lain bagi mendapat skor lagu yang baru.
Selain itu, dengan menggunakan Encore 5, banyak masa dapat dijimatkan
oleh sebab fungsi yang tidak rumit seperti Finale 2007. Fungsi untuk
memasukkan lirik lagu juga terdapat di dalam Encore 5 dan mudah sahaja untuk
mengguna. Terdapat juga fungsi “Play” atau “Stop” di dalam program supaya
dapat mendengar lagu yang dikarang dan dapat mengelakkan daripada
membuat kesalahan.
Format untuk menyimpan skor lagu terdapat pelbagi jenis, tetapi dengan
menggunakan Encore 5, muzik kita turut dapat disimpan dan ditukar kepada
format MIDI yang dapat terus dimainkan dalam keyboard. Walaupun program
Finale 2007 terdapat lebih banyak format yang dapat digunakan untuk
menyimpan lagu, tetapi kebanyakan format itu perlu dibuka dengan
menggunakan perisian yang tertentu dan agak susah dan rumit diaplikasikan
oleh mereka yang baru belajar mengarang skor lagu.
7/18/2019 Encore 5 (New)
http://slidepdf.com/reader/full/encore-5-new 2/2
Sebelum membuat skor lagu, pemilihan lagu yang sesuai amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut tahap
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, lagu yang anggap amat sesuai kepada
kanak-kanak yang berada dalam tahap prasekolah lagu “Chan Mali Chan”
kerana rentak lagu yang diulangi beberapa kali dan senang diikuti oleh kanak-
kanak serta lirik lagu yang mudah untuk difahami.
Di samping itu, Encore 5 juga mempunyai fungsi “Insert lyric” yang amat
memudahkan untuk memasukkan lirik mengikut lagu dengan serentak. Salah
satu kelebihan pada Encore 5 adalah teks atau lirik dapat dimasukkan ke dalam
skor lagu di mana-mana sahaja. Lirik atau teks yang dimasukkan boleh dialih ke
tempat lain sekiranya terdapat perubahan pada lagu kami.
Langkah yang terakhir adalah simpan ke dalam fail dengan klik “Save as”
dan simpan adakah dalam bentuk .ENC yang dapat diubahsuai atau mengedit
skor lagu pada bila-bila masa sahaja ataupun dalam bentuk .MID yang berfungsi
untuk dibaca dan dimainkan oleh MIDI pada keyboard.
Banyak hal yang tidak dapat dilakukan secara manual seperti memainkan
lagu yang dikarang sekiranya seseorang itu tidak tahu main alat muzik., tetapi
dapat kita kerjakan dengan Encore 5. Latihan yang lebih banyak dan lanjut perlu
dijalankan secara intensif agar semakin mahir dalam menggunakan perisian
tersebut.