Download - Faktor-faktor Pencemaran Udara Di Pekan Pasar Pendang

Transcript
Page 1: Faktor-faktor Pencemaran Udara Di Pekan Pasar Pendang

FAKTOR-FAKTOR PENCEMARAN UDARA DI PEKAN PASAR PENDANG

Kajian telah dilakukan tentang faktor-faktor berlakunya pencemaran udara di Pekan Pasar Pendang. Asap kilang yang mempunyai 45 peratus disebabkan oleh banyak kilang perindustrian yang membebaskan asap setiap hari lalu mencemarkan alam sekitar. Faktor asap kenderaan yang sebanyak 30 peratus juga menyumbang kepada pencemaran udara kerana semakin banyak penduduk menggunakan kenderaan sendiri dan asap kenderaan-kenderaan mencemarkan udara. Selain itu, faktor pembakaran terbuka mempunyai 15 peratus. Terdapat sebahagian daripada penduduk yang melakukan pembakaran terbuka dan kempen-kempen kesedaran tidak dihiraukan. Faktor-faktor lain seperti angin monsun dan pembakaran hutan di negara jiran yang menyebabkan berlakunya jerebu dan pecemaran udara mempunyai 10 peratus. Kesimpulannya, semua orang perlulah berganding bahu menangani masalah pencemaran udara.

(99 patah perkataan)

Petunjuk

Ayat 1 (Pendahuluan)

Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat 6 (Penutup)