FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MEROKOK : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU
ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MEROKOK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU
ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
iii
DEDIKASI
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya
terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.
Khas buat, Ayahanda & Bondaku yang tercinta
Zakaria Bin Jaafar & Zaharah Binti Abdul Rahman Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah
Tiada kata-kata yang mampu menafsir.... Menafsir segala pengorbananmu
Doa dan nasihatmu menjadi sumber inspirasi perjuanganku Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.
Kekanda yang disayangi, Abang Fendy dan Kak Za & Abang Nazree dan Kak Ta
Kata-kata mu sumber inspirasiku Semangat dan dorongan yang diberikan amat kuhargai
Terima kasih di atas segalanya Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga
Sahabat Seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian...
Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur al-Hamdulillah, dengan limpah kurnia serta hidayah-Nya akhirnya
dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi
sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam).
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
ikhlas dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Kilani Bin Mohamed selaku
penyelia projek ini di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak ketinggalan juga kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi kelulusan kepada saya untuk
menjalankan projek ini. Tidak lupa juga kepada emak dan ayah serta sahabat-sahabat
yang sering memberi sokongan dan galakan kepada saya. Jutaan terima kasih saya
ucapkan. Begitu juga dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya,
Johor Bahru kerana mengizinkan saya menjalankan kajian ke atas sebilangan pelajar
di sekolah tersebut.
Akhirnya, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung didoakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah
dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah mengenai faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah
menengah merokok. Kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Tingkatan 4
yang terdiri daripada lelaki dan perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Permas Jaya. Kajian ini adalah berbentuk deskrptif dan ditafsir secara kuantitatif.
Pengkaji mendapat maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada
responden yang di pilih secara rawak. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah yang berkaitan
dengan latar belakang responden. Manakala bahagian B pula menghendaki
responden menjawab soalan berdasarkan Skala Likert iaitu Sangat Setuju (SS),
Setuju (S), Kurang Setuju (KS), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).
Berdasarkan analisis dapatan kajian, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca
pelajar sekolah menengah merokok seperti faktor keluarga, rakan sebaya dan diri
sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharap semua pihak yang terbabit dapat
memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini agar tidak
berleluasa.
vi
ABSTRACT
This research is about smoking habit for the secondary school’s students.
This research was conducted 95 girls and boys students from form four of Sekolah
Menengah Kebangsaan Permas Jaya, Johor Bahru. It was conducted by
descriptively and data’s collected was interpreted quantitatively. The data was
obtained by answering the questionnaire. The questionnaires have two parts, Part A
and Part B. Part A is about respondent’s personal data. Then Part B, respondents
must answer the Likert Scale. There area Very Not Agree, Not Agree, Not So Much
of Agree, Agree and Very Agree. From the analysis, there are varieties of factor’s
smoking, such as family factor, friends and also personalizes. Hopefully, from this
research, all people must take a part to solve this problem before it becomes the
worst.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Konsep Dan Istilah 9
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Apakah Itu Rokok 13
2.3 Pandangan Islam Tentang Rokok 14
2.4 Bahaya Merokok Kepada Pelajar 19
2.5 Faktor Keluarga 22
2.6 Faktor Rakan Sebaya 27
2.7 Faktor Diri Sendiri 31
2.8 Kesimpulan 33
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Analisis Data 39
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Bahagian A 41
4.3 Bahagian B
4.3.1 Faktor Keluarga 45
4.3.2 Faktor Rakan Sebaya 52
4.3.3 Faktor Diri Sendiri 59
4.4 Kesimpulan 61
ix
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 62
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 63
5.2.2 Faktor Keluarga 64
5.2.3 Faktor Rakan Sebaya 66
5.2.4 Faktor Diri Sendiri 67
5.3 Rumusan 68
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
SENARAI RUJUKAN 75
LAMPIRAN 80
x
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 : Tingkatan 41
4.2.2 : Jantina 41
4.2.3 : Bangsa 42
4.2.4 : Agama 42
4.2.6 : Pekerjaan Bapa 43
4.2.7 : Pendapatan Bapa 43
4.2.8 : Pekerjaan Ibu 44
4.2.9 : Pendapatan Ibu 44
4.3.1.1: Saya suka menghabiskan masa lapang bersama keluarga 45
4.3.1.2 : Ayah saya adalah seorang perokok 45
4.3.1.3: Kebanyakan ahli keluarga saya merokok 46
4.3.1.4 Ibu bapa saya tahu saya merokok 46
4.3 1.5 : Ibu bapa saya tidak melarang saya merokok 47
4.3.1.6 : Saya membeli rokok menggunakan wang yang 47
` diberi oleh ibu bapa saya
4.3.1.7: Hubungan saya dengan keluarga rapat 48
4.3.1.8 : Kesibukan ibu bapa bekerja tidak menghalang kami 49
menghabiskan masa bersama
4.3.1.9 : Ibu bapa sering meluangkan waktu apabila saya memerlukan 49
xi
4.3.1.10 : Ibu bapa sentiasa memberi nasihat dan kasih sayang 50
kepada saya
4.3.1.11: Ibu bapa tidak mengambil endah/tahu setiap 51
pergerakan saya
4.3.1.12 : Saya suka berkongsi masalah dengan ibu bapa saya 51
4.3.2.1 : Saya suka menghabiskan masa lapang bersama rakan-rakan 52
4.3.2.2 : Kebanyakan rakan saya adalah perokok 52
4.3.2.3 : Saya mula belajar merokok kerana ajakan rakan 53
4.3.2.4 : Apabila saya bersama-sama rakan, mereka akan 53
mengajak saya merokok
4.3.2.5 : Saya dipaksa merokok oleh rakan 54
4.3.2.6 : Saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan 54
4.3.2.7 : Saya tidak suka berkawan dengan rakan yang merokok 55
4.3.2.8 : Saya akan menegur/menasihati rakan saya yang merokok 55
4.3.2.9 : Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan 56
4.3.2.10 : Saya berasa seronok setiap kali berkumpul 56
bersama rakan-rakan
4.3.3.1 : Saya pernah mencuba-cuba untuk merokok 57
4.3.3.2 : Saya merokok sekadar suka-suka 58
4.3.3.3 : Saya merokok bila saya tension/stress 58
4.3.3.4 : Saya merokok setiap hari 59
4.3.3.5 : Saya mengeluarkan belanja sendiri untuk membeli rokok 59
4.3.3.6 : Saya tahu merokok membahayakan kesihatan 60
4.3.3.7 : Saya berasa seronok bila merokok 60
4.3.3.8 : Saya tidak merasakan merokok boleh 61
merugikan diri sendiri
xii
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
Borang Soal Selidik 80
Surat kebenaran mengadakan kajian dari Kementerian 85
Pendidikan Malaysia
Surat kebenaran mengadakan kajian dari Jabatan 87
Pendidikan Negeri Johor
Surat kebenaran mengadakan kajian dari Fakulti 88
Pendidikan, UTM, Skudai
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di
tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan
melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru.
Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di
bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk
merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis
dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin
merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam
daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003,14) dari sudut psikologi, masa remaja
adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan
mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi,
perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami
krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara-
perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa
2
merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau
orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok
walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika
dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan
disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja
merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta
memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan
negatif bermula dari peringkat awal lagi.
1.2 Latar Belakang Kajian
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya
boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan
kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh
menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu
kerja dan sebagainya. Namun begitu, menurut Julie Roshana (2003, 37) terdapat
juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti
sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit.
Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan
dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada
kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan
membahayakan diri mereka serta orang lain.
Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak
memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya
meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan
orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said
al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi :
قال ) ص(عن أبي سعد بن مالك بن الخدري رضي اهللا عنه أن رسول اهللا ال ضرر وال ضرار:
3
Bermaksud :
Dari Abi Sa’id bin sa’d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda : “Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan”.
(Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni)
Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak
halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang
mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi
dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan
diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Firman
Allah SWT :
Bermaksud :
“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi
dan janganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya
syaitan itu musuh kamu yang nyata”.
(Surah al-Baqarah 2 :168)
Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh
meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi
kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok.
Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di
perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk
mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah
yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini
berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng
sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.
4
Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan
perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana
pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh
perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-
mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini juga, mereka mudah
terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan
sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan “Apa yang ditegah itulah yang suka
dilakukan”. Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah
menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.
Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu
membimbangkan. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri
Musa Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul
Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut tersebut, beliau telah mendapati
banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar sekolah
tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).
Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit
seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya
masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah
menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan
larangan merokok.
Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri
menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di
dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan
merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini
dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan
pelajar ?
5
Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
di dalam teks ucapan perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau
Kebangsaan 1999 mengatakan bahawa kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun
ke bawah) secara keseluruhannya pada tahun 1996 ialah sebanyak 16.7%. Kadar
merokok di kalangan remaja lelaki ialah 30.7% manakala pelajar perempuan pula
ialah 4.8%. Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah sebuah
sekolah menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar
merokok secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%.
Kadar merokok di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar
perempuan ialah 7%. Berlaku peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki
pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7% berbanding pada tahun 1986. Manakala
peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak 4.8% pada tahun 1996
berbanding pada tahun 1986.
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan
terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula,
ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu
sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari
merokok.
Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis
penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan
sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat
daripada orang yang tidak merokok. Di dalam buku Rokok dan Keharamannya,
Terjemahan ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1), Doktor Hajar b. Ahmad ada
menyatakan bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau berkurang dari 8 hingga
12 tahun.
Di samping itu, ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan
bahawa merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses
kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan
perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk
yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang. Rasulullah SAW
6
bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud
dari Ummu Salamah :
نهي رسول اهللا صلي اهللا عليه وسلم عن آل مسكر ومفترBermaksud :
“Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan
(memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran)”.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti)
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok
dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan.
Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan
memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca
daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak
dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah
penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok
adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian
yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih
90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk
membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan
menjadi trend masa kini.
7
1.4 Objektif Kajian Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian
memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan
kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan
beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:-
1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah
menengah untuk merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana
pengaruh rakan sebaya
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah
menengah merokok
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada
beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan
tersebut adalah :-
1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah
merokok?.
1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah
untuk merokok?
1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan
pelajar sekolah menengah ?
Top Related