Faktor Faktor yang Mempengaruhi Komunikasi Interpersonal ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti...
Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR
MELAYU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (E,A,J)
DI UTM SKUDAI
PUSPA A/P KULATHURAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR
MELAYU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (E,A,J)
DI UTM SKUDAI
PUSPA A/P KULATHURAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : PUSPA A/P KULATHURAN
Tarikh : 18 APRIL 2006
iii
Khas buat ayah dan ibu yang tersayang,
Kulathuran A/L Pachappan,
Marimah A/P Narayanasamy,
Buat abang dan kakak-kakak yang dikasihi,
Shanmugam A/L Kulathuran,
Deviki A/P Kulathuran,
Wenie A/P Kulathuran,
Setah A/P Kulathuran,
Vimala A/P Kulathuran,
Rakan-rakan seperjuangan......
Terima kasih atas doa, nasihat, dan sokongan moral yang diberikan sepanjang
saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian, moga jumpa lagi.....
iv
PENGHARGAAN
Dengan bersyukur kepada Tuhan dan merasa gembira kerana laporan kajian ini
dapat disiapkan dengan baik dan sempurnanya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Kandar Bin Selamat selaku
pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar
dan sokongan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan projek penulisan ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar Melayu Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam dan Jentara) yang telah memberikan
kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan
idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang amat penting dan
ianya memainkan peranan yang utama dalam bidang sains dan teknologi kini. Tujuan
utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam, dan Jentera) di Universiti Teknologi
Malaysia. Faktor-faktor yang termasuk dalam kajian adalah faktor minat, faktor teknik
mengajar pensyarah, faktor personaliti pensyarah, dan faktor alat bantu mengajar.
Seramai 62 orang pelajar Melayu diambil sebagai responden. Instrumen kajian yang
digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang menggunakan skala lima
mata. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Packages for Social Science) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan dan min. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor teknik mengajar
pensyarah sangat mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu bagi mata pelajaran
Matematik Kejuruteraan. Sebagai kesimpulan, cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.
vi
ABSTRACT
Engineering Mathematics is a vital subject, which plays a major role in this
science and technology field. The main purpose for this research is to identify factors
influencing achievement in Engineering Mathematics subject among Malay students of
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam,dan Jentera) in Universiti
Teknologi Malaysia. The factors that are included in this research are interest factor,
lecturer’s teaching technique factor, lecturer’s personality factor and teaching aided
factor. There were 62 Malay student taken as respondent. A set of questionnaire which
uses five point scales is used as the study instrument. Data from the questionnaire is
being analyzed with using the SPSS (Statistical Packages for Social Science) software of
version 12.0 to obtain the frequency, percentage and mean value. The results of the
study shows that the lecturer’s teaching technique factor which is most influences
achievement of Malay student’s in Engineering Mathematics subject. As a conclusion,
suggestions were included to improve student’s achievement in Engineering
Mathematics subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN PERTAMA
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
vii viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Pihak Pensyarah 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Terminologi (Definisi Istilah) 9
1.8.1 Faktor 9
1.8.2 Mempengaruhi 10
1.8.3 Pencapaian Pelajar 10
1.8.4 Pembelajaran 10
1.8.5 Pelajar Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Elektrik, Awam
dan Jentera) 11
1.8.6 Matematik Kejuruteraan 11
1.8.7 Pengajaran 11
1.8.8 Minat 12
1.8.9 Teknik Mengajar 12
1.8.10 Personaliti Pensyarah 12
1.8.11 Alat Bantu Mengajar (ABM) 13
1.9 Kesimpulan
BAHAGIAN KEDUA
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah Perkembangan Matematik 15
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
Pelajar 16
2.3.1 Jantina 16
2.3.2 Pencapaian Matematik Peringkat
Terdahulu 17
viii ix
2.3.3 Faktor Minat 18
2.3.4 Teknik Mengajar 20
2.3.4.1 Objektif Pengajaran Yang
Hendak Dicapai 24
2.3.4.2 Jangka Masa Pengajaran 25
2.3.4.3 Bahan-bahan Pengajaran
Yang Sedia Ada 25
2.3.4.4 Latar Belakang Pelajar 25
2.3.4.5 Jumlah dan Susunan Pelajar 26
2.3.5 Personaliti Pensyarah 26
2.3.6 Alat Bantu Mengajar (ABM) 31
2.4 Kesimpulan 36
BAHAGIAN KETIGA
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 39
3.5.1 Bahagian A 40
3.5.2 Bahagian B 40
3.6 Keesahan Soal Selidik 42
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Prosedur Kajian 43
3.9 Analisis Data 44
3.10 Kesimpulan 46
ix x
BAHAGIAN KEEMPAT
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A-Analisis Maklumat Latar
Belakang Responden 48
4.2.1 Jantina 49
4.2.2 Kursus 49
4.2.3 Keputusan Matematik dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 50
4.2.4 Pencapaian Gred Peperiksaan Akhir
Tahun Bagi Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Matematik Kejuruteraan 51
4.3 Bahagian B- Analisis Data Berkaitan Dengan
Persoalan Kajian 52
4.4 Persoalan Kajian 1 54
4.5 Persoalan Kajian 2 58
4.6 Persoalan Kajian 3 62
4.7 Persoalan Kajian 4 66
4.8 Kesimpulan 70
BAHAGIAN KELIMA
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Tahap Pencapaian Pelajar Dari Segi
Pengaruh Jantina 72
x xi
5.2.2 Pencapaian Matematik Dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 73
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1 73
5.2.4 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2 75
5.2.5 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 3 77
5.2.6 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 4 78
5.3 Rumusan 79
5.4 Cadangan 80
5.4.1 Pihak Pensyarah 80
5.4.2 Pihak Pelajar 81
5.4.3 Kajian Lanjutan 81
5.5 Kesimpulan 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN A - C 89
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah keseluruhan pelajar yang telah mengambil
mata pelajaran Matematik Kejuruteraan 38
3.2 Taburan item-item soalan selidik 41
3.3 Skala Pemeringkatan Likert 42
3.4 Pekali Alpha Cronbach 43
3.5 Pemarkahan Skala Likert 45
3.6 Penentuan tahap penilaian jumlah peratus 45
3.7 Penentuan tahap min 46
4.1 Taburan responden mengikut jantina 49
4.2 Taburan responden mengikut kursus 49
xiii
4.3 Taburan responden mengikut gred keputusan
Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 50
4.4 Taburan responden mengikut pencapaian gred
peperiksaan akhir tahun mata pelajaran
Matematik Kejuruteraan 51
4.5 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi
persoalan kajian 1. 54
4.6 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi
persoalan kajian 2. 58
4.7 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi
persoalan kajian 3. 62
4.8 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi
persoalan kajian 4. 66
4.9 Taburan purata min mengikut faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu yang
mengambil Matematik Kejuruteraan 69
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN DEFINISI
A Awam
ABM Alat Bantu Mengajar
E Elektrik
J Jentera
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPE Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPA Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPJ Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
S Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 89
B Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia 94
C Maklumat Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 95
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dikaitkan dengan
perkara-perkara yang berkaitan dengan nombor dan biasanya dilakukan secara formal
ataupun tidak formal. Pengajaran dan pembelajaran formal merujuk kepada
pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas, manakala pembelajaran tidak formal ialah
pembelajaran yang berlaku di luar kelas.
Pembelajaran Matematik sebenarnya bermula sejak kita bayi lagi. Kita telah
didedahkan kepada angka-angka atau nombor, malah barang permainan juga telah
diterapkan dengan nilai-nilai berunsur Matematik. Matematik mengikut Kamus Dewan
Edisi ke 3 (2002), ialah ilmu hisab. Ilmu hisab merujuk kepada perkara-perkara yang
memerlukan operasi penghitungan dan pengiraan. Pengajaran Matematik pula merujuk
kepada pengajaran yang berkaitan dengan kiraan atau hitungan.
2
Mata pelajaran Matematik telah diterapkan dalam diri kita sejak kita di sekolah
lagi. Menurut Mohd Nashuha (1997), Matematik dapat memperkembangkan pemikiran
manusia berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta kebolehan menggunakan
ilmu Matematik dalam kehidupan seharian. Ianya meningkat mengikut aras kesukaran
mengikut umur. Kesukaran yang dibuat adalah untuk mendapatkan hasil kefahaman
yang optimum berdasarkan peringkat umur. Menurut Omar (1998), Matematik
merupakan satu mata pelajaran yang kompleks dan berturutan dari konsep mudah
kepada rumit. Bagi memahami konsep yang diajar, pelajar memerlukan penumpuan
sepenuhnya dan usaha yang bersungguh-sungguh supaya konsep yang difahami dapat
digunakan dalam penyelesaian yang berkaitan. Pengajaran Matematik yang berkesan
harus memberi perhatian kepada strukturnya (Frank, 1982).
Matematik Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran baru pada sesi
tahun 2003/2004 yang diwajib bagi semua pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Elektrik, Awam dan Jentera (A, E dan J) di bawah jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan sekarang ditukar kepada Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan (PTK). Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata
pelajaran baru yang dilaksanakan pada sesi tahun 2003/2004. Matematik Kejuruteraan
bertujuan meningkatkan kecekapan dan kefahaman pelajar dalam fungsi beberapa
pembolehubah iaitu takrif dan tatanda, domain dan julat, lengkuk searas, permukaan dan
permukaan searas, terbitan separa, petua rantai, kadar perubahan, pembeza seluruh,
tolokan kecil, ekstremum fungsi dua pemboleh ubah. Kamiran ganda dua iaitu kamiran
ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan menukar tertib kamiran,
kamiran ganda dua dalam koordinat kutub, mengira luas rantau dan isipadu bongkah,
menentukan jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia lamina. Kamiran ganda tiga
iaitu kamiran ganda tiga dalam koordinat kartesan, menentukan batas kamiran, mengira
isipadu, jisim pusat graviti, momen dan momen inersia bongkah; kamiran ganda tiga
dalam koordinat silinder, kamiran ganda tiga dalam koordinat sfera. (Buku Panduan
Akademik Ijazah Sarjana Muda Sesi Tahun 2003/2004, 2003).
3
1.2 Latar belakang Masalah
Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran sangat penting di
dalam kehidupan kita. Setiap hari kita akan berhadapan dengan perkara-perkara yang
berkaitan dengan Matematik. Matematik juga memainkan peranan yang utama dalam
pembangunan bidang sains dan teknologi di dalam perkembangan dunia. Seseorang
pelajar perlu mengetahui dan mempelajari Matematik untuk mengendalikan dunia
teknologi yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kegagalan dalam mata
pelajaran Matematik akan menyebabkan kelemahan pelajar di dalam mengendalikan
urusan-urusan dalam kehidupan, dan masa depan mereka.
Sejak kebelakangan ini, isu tentang penguasaan mata pelajaran Matematik yang
lemah di kalangan pelajar-pelajar Melayu sering kita dengar di akhbar dan bahan bacan
ilmiah. Walau bagaimanapun, tanggapan jika tiada asas atau bukti yang kukuh tidak
akan membawa sebarang makna.
Mengikut D’Augustine (1973), ramai pelajar yang mempunyai pandangan yang
negatif terhadap mata pelajaran Matematik dan tidak berani menghadapi “tekanan
Matematik”. Hasilnya , semakin ramai pelajar yang gagal, benci, atau takut kepada
Matematik dan matlamat pendidikan Matematik itu sendiri gagal (Nik Aziz, 1989).
Kemerosotan dalam penguasaan mata pelajaran Matematik adalah berterusan dan
menurut laporan prestasi pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
setiap tahun yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Kuala Lumpur
(2002) mendapati pencapaian mata pelajaran Matematik adalah tidak memuaskan dan
mengecewakan.
4
Dalam kajian Muhamad Nazam (2004), pengkaji telah membuat satu temu bual
awal kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar mata pelajaran dan mendapati, lebih
20% pelajar Melayu aliran Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) gagal dan
mengulang semula mata pelajaran Matematik yang mereka ambil. Ini menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar Melayu kurang menguasai mata pelajaran ini. Tiada lagi data
atau kajian yang menunjukkan kelebihan pelajar bukan Melayu berbanding pelajar
Melayu.
Faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan ada hubungannya dari segi
pertumbuhan dan perkembangan individu. Oleh itu, ia juga mempengaruhi pencapaian
pembelajaran individu. Di kalangan kanak-kanak, perbezaan jantina dapat dilihat dari
segi pertumbuhan fizikal, akil baligh, emosi, kemahiran, bakat, hobi, aspirasi dan
kebolehan dalam bidang tertentu (Abdul Rahim,1992).
Menurut Syarifah Alwiyah Al Sagoff (1994), menyatakan bahawa minat adalah
daya penggerak kepada seseorang untuk memberi perhatian pada seseorang, sesuatu
perkara atau kegiatan. Selain dari kenyataan itu Abu Zahari (1987), pula ada
merumuskan bahawa minat dan kecenderungan dapat mempengaruhi pencapaian
pembelajaran.
Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang
sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Pemilihan teknik mengajar
yang sesuai perlu dipertimbangkan dan diubahsuai agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya
dan berkesan. Menurut Abdul Rahim (1992), menyenaraikan 5 (lima) faktor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. Faktor tersebut ialah objektif pengajaran
yang hendak dicapai, jangka masa pengajaran, bahan-bahan pengajaran yang ada, latar
belakang pelajar dan jumlah serta susunan pelajar.
5
Menurut Faridah (1999), dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM),
pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelajaran tersebut. Isi pelajaran dan
konsep penting akan dapat difahami dengan lebih mudah kerana ABM dapat
memberikan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang disampaikan oleh pensyarah.
Tajuk yang baru juga boleh diperkenalkan dengan cara yang lebih menarik melalui
ABM. Cara yang sesuai adalah memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran
dan mempengaruhi pencapaian pelajaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran baru yang dilaksanakan
pada sesi tahun 2003/2004 bagi semua pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Elektrik, Awam dan Jentera (A, E, J) atau disebut (SPE,
SPA dan SPJ) di bawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK).
Maka di dalam kajian ini penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian Matematik Kejuruteraan ini bagi mengelakkan kegagalan
dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.
Berikutan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik
Kejuruteraan. Faktor-faktor yang ditekankan dalam kajian ini adalah faktor latar
belakang dari segi jantina, keputusan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
faktor minat, faktor teknik mengajar, faktor personaliti pensyarah dan faktor alat bantu
mengajar (ABM).
6
Maka perlu bagi pelajar Melayu untuk mengetahui apakah faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik
Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk:-
1.4.1 Mengenalpasti faktor jantina dan pencapaian Matematik dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik
Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.
1.4.2 Mengenalpasti faktor minat yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran
Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan
SPJ.
1.4.3 Mengenalpasti faktor teknik mengajar pensyarah yang mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu
dari kursus SPA, SPE dan SPJ.
1.4.4 Mengenalpasti faktor personaliti pensyarah yang mempengaruhi pencapaian
mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus
SPA, SPE dan SPJ.
7
1.4.5 Mengenalpasti faktor alat bantu mengajar (ABM) yang mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu
dari kursus SPA, SPE dan SPJ.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat 5 (lima) perkara yang menjadi persoalan di dalam kajian ini iaitu:-
1.5.1 Apakah faktor jantina dan pencapaian Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di
kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.
1.5.2 Apakah faktor minat mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik
Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.
1.5.3 Apakah faktor teknik mengajar pensyarah mempengaruhi pencapaian mata
pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA,
SPE dan SPJ.
1.5.4 Apakah faktor personaliti pensyarah mempengaruhi pencapaian mata pelajaran
Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan
SPJ.
1.5.5 Apakah faktor alat bantu mengajar (ABM) mempengaruhi pencapaian mata
pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA,
SPE dan SPJ.