1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2012
HBAE 1203
PERKEMBANGAN SENI
DAN KANAK-KANAK
NAMA : ARFIZAH BT ARIFIN
NO. MATRIKULASI : 751212105056001
NO. KAD PENGENALAN : 751212105056
NO. TELEFON : 0139231075
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Kreativiti 3
1.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak 4
2.0 LIMA TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN
KREATIF FISHER (1943)
2.1 Peringkat Rangsangan 6
2.2 Peringkat Penerokaan 7
2.3 Peringkat Perancangan 8
2.4 Peringkat Aktiviti 8
2.5 Peringkat Kajian Semula 9
3.0 IMPLIKASI PEMIKIRAN KREATIF FISHER(1943) KEPADA 10
PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN INDIVIDU
4.0 KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13
3
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Kreativiti
Kreativiti sememangnya wujud di dalam diri setiap insan yang diciptakan Tuhan.
Kreativiti merupakan salah satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak disedari secara langsung
oleh seseorang. Kreativiti ialah kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia, dan tidak
seorang pun manusia di dunia ini dilahirkan tidak kreatif. Cuma mungkin kecenderungan
seseorang itu berkreatif banyak bergantung kepada diri sendiri, persekitaran dan jenis masalah
yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul
melalui pendekatan yang sesuai dan bersistematik terutama bagi kanak-kanak di peringkat pra
persekolahan. Walaupun, kreativiti adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan semenjak azali,
sekiranya tidak dipupuk dan dibajai oleh persekitaran dan diri sendiri, kreativiti yang berkualiti
tidak mungkin dapat dicapai. Secara umumnya konsep kreativiti dapat dilihat dalam dua
perspektif yang luas. Pertama dari sudut emperikal atau ilmiah dan yang kedua pula dilihat dari
sudut praktikal. Kedua-dua konsep kreativiti ini tidak jauh berbeza cuma perspektif yang
pertama lebih menekankan aspek pengkajian tentang kreativiti manakala yang kedua pula lebih
menjurus kepada amalan dan metode berkreativiti seperti berkomunikasi, aktiviti perniagaan,
pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Masyarakat umum sebenarnya masih kabur dengan pengertian atau apa yang di
maksudkan dengan kreativiti. Jika diajukan soalan, pastinya sesuatu yang terlintas di fikiran
mereka adalah merujuk kepada aktiviti seni dan kesenian seperti nyanyian, berlakon, kraf tangan
dan melukis. Oleh itu, ada baiknya kita membincangkan maksud “Kreativiti” itu dari sudut
pandangan beberapa tokoh akademik, penyelidik, atau sarjana yang mengemukakan beberapa
konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang
mereka miliki. Antara definisi yang diberikan adalah :-
1. Menurut kamus Webster‟s (1976), pemikiran kreatif ialah “the ability to bring
something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti adalah kebolehan mewujudkan
sesuatu yang baru sama sekali. Ia juga seolah-olah melambangkan suatu pemikiran manusia yang
hebat untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.
4
2. “ …diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1973 dalam Mohd Azhar b. Abd. Hamid, 2001).
3. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu “kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli.”
4. “ …melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum
difikirkan oleh orang lain.” (Torrance, 1974).
5. “Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia
mencipta sesuatu baginya.” (Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001)
Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapatlah dikatakan bahawa Kreativiti ialah
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan
asli. Konsep pemikiran kreatif itu pula berkisar kepada beberapa entiti iaitu seseorang dapat
melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Selain itu, seseorang juga dikatakan dapat berfikir di
luar kotak pemikiran biasa atau bebas daripada pola yang sama. Melihat sesuatu dari perspektif
baru di samping menggabungkan idea yang sedia ada untuk membentuk idea yang baru. Melalui
pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, seseorang itu berupaya mencari pelbagai input idea
bagi mewujudkan hasil yang baru lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity
involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”
1.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak
Pada umumnya, perkembangan dan pembesaran kanak-kanak pada peringkat umur
bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Ini kerana di
usia itulah minda kanak-kanak mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti
agar ianya tumbuh dan bisa menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Kanak-kanak
sememangnya berminat dengan aktiviti seni dan kreatif terutama bagi peringkat 4 hingga 6
tahun. Ini kerana aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
5
merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara termasuklah melukis, mewarna, membuat
kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya. Berdasarkan tersebut,
bidang pengasuhan di TASKA, TABIKA atau TADIKA memerlukan kaedah dan teknik yang
bersistematik dalam usaha melahirkan kumpulan generasi baru yang kreatif.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan ia merujuk kepada keupayaan seseorang
untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh
dilihat daripada penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Oleh itu, penglibatan
kanak-kanak dalam aktiviti seni sememangnya amat penting untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan seperti mewarna, melukis, membentuk, saiz,
bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah melalui aktiviti seni juga dapat membantu kanak-
kanak menggunakan pengalaman deria mereka ketika merasa struktur, menghidu bau bahan dan
mendengar bunyi. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk mengetahui pelbagai jenis
media dan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya atau aktiviti seni.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah suatu sistem simbol yang boleh digunakan
untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk
kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan atau tanpa
bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Aktiviti
kreativiti dan estetika sememangnya berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini
kerana aktiviti ini memberi peluang kepada mereka menyampaikan perasaan, karya dan
keupayaan mereka dalam pelbagai cara malah turut menggalakkan mereka berfikir. Sebagai
contoh, selepas melukis kanak-kanak cenderung untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
Mereka belajar untuk membuat keputusan terutama dalam memilih lukisan mana yang harus
mereka pamerkan, bagaimana cara ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil
kerja mereka. Teori perkembangan kreativiti Fisher (1943) turut menerangkan bahawa kanak-
kanak digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu
bentuk refleksi diri.
6
2.0 LIMA TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
Kreativiti sebenarnya banyak melibatkan proses menggunakan daya berfikir atau kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan Seni Visual dikatakan mampu mengembangkan
daya kreativiti di kalangan pelajar. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih
berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Kreativiti juga
dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu seperti lima tahap perkembangan kreativiti yang
diperkenalkan oleh Fisher (1943). Oleh itu, guru-guru pendidikan seni visual amat perlu
menguasai tahap-tahap tersebut bagi merancang aktiviti seni visual. Setiap aktiviti perlu
dirancang terlebih dahulu agar bertepatan dengan objektif dan tahap kebolehan pelajar bagi
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Peringkat Rangsangan
Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan fitrah semulajadi yang memiliki sifat-sifat
kreatif dalam jiwa masing-masing. Perbezaannya mungkin hanya lebih satu atau kurangnya sifat
tersebut dalam diri seseorang individu itu. Pada peringkat permulaan sesuatu topik pengajaran,
guru-guru akan memulakan dengan set induksi bagi merangsang pemikiran kreatif pelajar. Pada
peringkat set induksi guru mungkin boleh bersoal jawab dengan murid tentang tajuk serta
perkara-perkara yang berkaitan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Soalan yang
dikemukakan seharusnya mempunyai kaitan dengan minat, pengetahuan, dan pengalaman
pelajar. Sebagai contoh, guru memilih kegiatan membentuk dan membuat binaan iaitu jenis
aktiviti membuat topeng muka haiwan. Berdasarkan tajuk „Saya ada memelihara…(kucing,
arnab, ayam, dan lain-lain), guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan berbentuk
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian berdasarkan aras Taksonomi
Bloom seperti contoh berikut :-
7
Contoh soalan berdasarkan peringkat Taksonomi Bloom
Peringkat Contoh soalan
1. Apa
(peringkat pengetahuan)
Apakah haiwan yang mempunyai bulu yang halus ?
(kucing, arnab, anjing)
*soalan pengetahuan yang dikemukakan hendaklah mempunyai
kaitan dengan tajuk yang diajar.
2. Mengapa
(peringkat analisis)
Mengapakah harimau mempunyai kuku yang tajam ?
(kuku yang tajam digunakan untuk menangkap mangsa)
*soalan memerlukan fikiran kritik dan bukan mengulang
pengetahuan yang dipelajari.
3. Siapa
(peringkat aplikasi)
Siapakah di antara kamu yang pernah melihat haiwan liar seperti
gajah, harimau, singa atau beruang?
*soalan mempunyai kaitan dengan pengalaman murid.
4. Bagaimana
(peringkat aplikasi)
Bagaimanakah kamu hendak memilih bahan untuk membuat topeng
muka?
(dengan menggunakan kad manila, gunting, gam, dan lain-lain)
2.2 Peringkat Penerokaan
Menurut Fisher (1943), pada peringkat ini, kanak-kanak amat memerlukan latihan dan
pendedahan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan berpemikiran ke hadapan. Oleh itu, guru-
guru perlu memikirkan pelbagai bentuk aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan berfikir
agar pelajar bebas dari kotak pemikiran biasa. Pelbagai bentuk latihan seperti eksperimentasi,
kajian dan latihan menyelesaikan masalah amat perlu bagi meningkatkan daya kreativiti pelajar.
Menurut Gardner (1993), Sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan
peluang untuk merangsang aktiviti. Salah satu cara pendekatan yang lebih mencabar kreativiti
kanak-kanak ialah berinteraksi dalam kumpulan. Sebagai contoh, guru mempelbagaikan bahan
pengajaran bagi setiap kumpulan untuk satu tajuk yang sama iaitu membuat topeng muka dari
pelbagai bahan seperti kad manila, polisterene, perca kain, plastik, papier mache dan sebagainya.
Untuk meningkatkan keupayaan berfikir, guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan
kritikal yang mencabar minda pelajar. Bagi kanak-kanak yang berfikiran kreatif sudah pasti akan
8
berusaha untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.
Antara soalan-soalan yang boleh mencabar minda pelajar adalah :-
i. Bagaimanakah kamu menggunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan topeng muka?
ii. Bagaimanakah kamu hendak menghasilkan topeng muka dalam bentuk 3 dimensi?
iii. Cubalah kamu ciptakan wajah haiwan yang tidak pernah kamu lihat sebelum ini.
2.3 Peringkat Perancangan
Setelah melalui beberapa peringkat seperti rangsangan dan penerokaan, aktiviti
dilanjutkan lagi menerusi peringkat perancangan iaitu menggalakkan pemikiran kreatif kanak-
kanak melalui kegiatan merancang dan memetakan semua aktiviti yang ingin dilakukan. Dalam
peringkat ini kaedah inkuiri-penemuan dalam bentuk kumpulan amat sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses mengingat kembali, memerhati, mendengar, menyoal, menyiasat, melakar, menyelidik,
menganalisis, membanding serta menaakul. Para pelajar secara tidak langsung akan berbincang,
berinteraksi dan membuat pemerhatian sesama mereka tentang urutan tugas seperti langkah-
langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan satu topeng muka. Selain itu, perancangan
secara visual juga turut dilakukan seperti lakaran kerja, imej lukisan, lakaran bahan dan
sebagainya.
2.4 Peringkat Aktiviti
Setelah aktiviti dirancang dengan penuh ketelitian, tiba pula masanya untuk
melaksanakan aktiviti itu atau bertindak untuk menghasilkan tugasan yang diberikan. Pada
peringkat ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis media dan teknik.
Sebagai contoh, bagi membuat topeng muka haiwan, pelajar-pelajar akan memilih media atau
bahan yang sesuai seperti kertas, polisterene, kad manila, gam gunting, atau papier mache.
9
Manakala dari segi teknik pula, pelajar mungkin menggunakan teknik lipatan, origami,
guntingan, lukisan dan sebagainya. Guru-guru pula boleh membimbing murid dengan
mengemukakan beberapa persoalan seperti :-
i. Apakah bahan-bahan yang sesuai untuk kamu gunakan bagi membuat topeng seekor
harimau?
ii. Bagaimana kamu mengambil tindakan di atas perancangan yang telah kamu fikirkan tadi?
2.5 Kajian Semula
Menurut Fisher (1943), peringkat ini amat penting di mana penilaian dilakukan untuk
melihat keberkesanan tindakan atau aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar
akan melihat apakah kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada topeng muka yang dihasilkan.
Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan membenarkan mereka mengkritik atau memberi
komen terhadap hasil kerja mereka atau kumpulan yang lain. Ianya bertujuan untuk
meningkatkan improvisasi di mana penambahbaikkan boleh dilakukan. Guru-guru juga boleh
membuat penilaian secara positif untuk meningkatkan motivasi pelajar. Pelbagai soalan boleh
diajukan seperti :-
Peringkat Contoh soalan
1. Analisis Pada pendapat kamu, apakah bahan yang digunakan itu sesuai
dengan topeng muka yang dihasilkan?
2. Sintesis Bolehkah kamu berikan cadangan untuk memperbaiki topeng
muka ini supaya menjadi lebih baik?
10
3.0 Implikasi Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Kepada Perkembangan dan Pembangunan
Individu
Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker,
Beghetto dan Dow, 2004). Oleh itu, guru harus menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran
kreatif pada peringkat individu mahupun kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang
dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya
membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa
pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru perlu menggalakkan motivasi dalaman,
memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek kreatif. Fisher (1943), telah
menjelaskan tentang lima tahap pemikiran kreatif yang perlu dikuasai oleh setiap guru
khususnya bagi guru-guru pendidikan seni untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif
terutama di peringkat kanak-kanak lagi. Peringkat-peringkat tersebut ialah rangsangan,
penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.
Pada kebiasaannya, guru akan memberi rangsangan atau lebih dikenali sebagai set
induksi kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu topik. Set induksi ialah bahagian permulaan
sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta minat murid (Mok
Soon Sang, 1992). Soalan-soalan yang diajukan bertujuan membina aliran fikiran murid supaya
mereka lebih bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. Selain itu, rangsangan yang diberi
dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar di samping menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk membina konsep baru dengan lebih mudah. Calvin W Taylor (1915-2000) percaya bahawa
pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Guru-guru
juga dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan
bersesuaian.
Implikasi yang besar juga dapat dilihat pada peringkat penerokaan dalam peringkat
perkembangan kreativiti oleh Fisher (1943) di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan
berkomunikasi dalam kumpulan. Di samping itu, peringkat ini juga mendedahkan pelajar kepada
pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menjadikan mereka lebih kreatif. Mereka akan
menggunakan sepenuhnya keupayaan berfikir untuk meneroka pelbagai media dan bahan yang
11
diberikan. Selain itu, para pelajar juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui
persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru-guru mereka. Kanak-kanak juga akan berusaha
untuk mencari jawapan melalui pelbagai gaya dan teknik yang lebih kreatif.
Melalui peringkat perancangan pula, implikasi pemikiran kreatif pelajar dapat dilihat
menerusi gerak kerja secara berkumpulan. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama
sendiri untuk menghasilkan perancangan kerja secara sistematik. Sebagai contoh, mereka
melakukan pemerhatian, berbincang, melukis lakaran, membuat imej lukisan atau mendapatkan
gambar secara visual. Pada peringkat ini juga dapat dilihat semangat kerjasama yang terjalin di
antara ahli kumpulan. Pemikiran kreatif juga akan mula terangsang melalui persoalan-persoalan
ynag turut dikemukan oleh guru-guru.
Peringkat seterusnya ialah peringkat aktiviti di mana ia banyak membantu perkembangan
murid terutama dari segi psikomotor, kognitif, dan juga afektif. Murid-murid juga berpeluang
untuk menggunakan pelbagai jenis media sama ada media kering mahupun media basah. Mereka
dapat memilih media yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih seperti membuat topeng muka
mengikut kreativiti masing-masing. Peringkat aktiviti juga turut membantu pelajar memiliki
kemahiran-kemahiran seperti membentuk, menggunting, melipat, mencantumkan, melakar,
melukis, mewarna, dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga sedikit banyak
membantu menambahkan keyakinan murid-murid. Semangat menghormati dan sikap toleransi
dapat dipupuk kepada para pelajar. Guru-guru juga digalakkan untuk memberi aktiviti tambahan
bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
Implikasi pada peringkat Kajian Semula dapat dilihat dengan jelas apabila penilaian
dibuat ke atas setiap hasil kerja murid. Guru dan murid-murid berpeluang untuk memberi komen
atau penilaian secara positif demi meningkatkan lagi prestasi atau penambahbaikkan. Sebarang
komen atau penilaian yang dibuat akan mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan yang
sama atau yang biasa dilakukan. Selain itu, hasil kerja mereka juga akan bertambah baik dan
cantik malah mungkin lebih berkesan. Kemahiran secara lisan seperti bercerita dan bertutur
dengan baik juga dapat diperolehi melalui aktiviti ini. Murid-murid juga boleh mengajuk
12
karektor binatang yang direka dengan memakai topeng yang berkaitan. Tambah menarik lagi jika
mereka diberi peluang untuk menyanyi sambil menggayakan watak-watak yang dicipta.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah
amat penting dilakukan oleh seseorang guru dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru-guru dapat melihat aspek-aspek penting yang
perlu diambil kira dan diketengahkan untuk memperkembangkan kreativiti dan pembangunan
modal insan seseorang individu. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan ialah satu
proses berterusan dari peringkat lahir hinggalah ke peringkat kematangan. Atan Long (1980)
pula menyatakan perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan setelah
berlaku kerana sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Oleh itu, guru-guru bukan
sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat
pembimbing pasti dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif yang
penuh dengan nilai-nilai murni dan estetika.
Melalui Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher (1943), guru-guru dapat
memahami dan membantu kanak-kanak merekacipta sesuatu aktiviti dengan menggunakan idea
masing-masing. Pada kebiasaannya, kanak-kanak bermula dengan imaginasi, mengeluarkan idea,
meneroka, melaksanakan aktiviti hinggalah mendapat keputusan daripada proses yang dilakukan.
Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif amat perlu dan penting untuk diterapkan
semasa melaksanakan aktiviti terutama dalam pendidikan seni visual. Guru-guru pendidikan seni
juga perlu lebih kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan
bermakna.
13
RUJUKAN
1. Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
3. Khairuddin Mohamad (2011), Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru, Selangor :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Website :-
1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html
2. http://zulprasekolah.blogspot.com/
Top Related