Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBIS 1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
TAJUK TUGASAN :
KAEDAH DAN TEKNIK INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN
NAMA PELAJAR : RAHMATIAH MOHD JUDA
NO. MATRIKULASI : 75121212126962001
NO. KAD PENGENALAN : 751212-12-5962
NO. TELEFON : 0138862023
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU
NAMA E- TUTOR : ZARADI BIN SUDIN
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
01. Pendahuluan ...4
02. Institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia
2.1 Sekolah Kiblah Dengkil Selangor &
Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor ...5
2.1.1 Sejarah Penubuhan ...6
2.1.2 Visi Dan Misi ...9
2.1.3 Bilangan Pelajar ...10
2.1.4 Sistem Pengajian
2.1.5 Sumber Kewangan ...14
2.1.6 Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran ...14
2.1.7 Hala Tuju Pelajar ...18
2.1.8 Kakitangan Sokongan ...19
2.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan
2.2.1 Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz ...21
2.2.2 Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ...22
2.2.3 Visi Dan Misi MTAS ...23
2.2.4 Bilangan Pelajar ...23
2.2.5 Sistem pengurusan Akademik ...24
2.2.6 Sumber kewangan ...24
2.2.7 Kaedah Pengajaran Yang Digunapakai ...24
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
3
2.2.8 Hala Tuju Pelajar ...25
2.2.6 Kakitangan Sokongan ...26
03. Kekuatan, Kelemahan dan Perbandingan Kaedah Pengajaran Yang Digunakan
3.1 Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor ...27
3.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan ...29
3.3 Perbandingan Dan Kesimpulan Penggunaan Kaedah ...30
04. Teknik Yang Boleh Diaplikasikan Di Bilik Darjah
4.1 Teknik At-Tikrar ( Ulangan ) ...32
4.2 Teknik Berpasangan ...33
4.3 Teknik Keywords ...33
05. Kesimpulan ...35
Rujukan ...36
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
4
1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran ialah wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada manusia melalui Rasulullah
SAW. Ia diturunkan untuk menjadi panduan dan peraturan hidup manusia samada dalam
bidang akidah, syariat, akhlak dan muamalah. Manusia dijanjikan oleh Allah SWT dengan
keselamatan, keamanan dan ketenteraman hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat
sekiranya mereka menurut segala panduan dan peraturan yang terkandung dalam al-quran.
Rasulullah menerima wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril
dan Allah memberi jaminan bahawa Allah pasti mampu mengumpulkan wahyu tersebut ke
dalam dada baginda. Setiap kali baginda selesai menerima wahyu ayat Al-Quran baginda
akan menyampaikan kepada para sahabatnya. Baginda membacakannya dengan tekun dan
tenang sehingga para sahabat dapat membacanya semula dengan baik, menghafal lafaz-
lafaznya serta mampu memahami makna dan rahsia-rahsianya.
Kesucian al-Quran masih dapat dipertahankan selepas kewafatan Rasulullah
seterusnya pada zaman Khalifah Abu bakar dan Umar Al-Khattab. Selepas tempoh tersebut
negara-negara Islam pun terus berkembang dan berlaku percampuran bangsa dan kebudayaan
di kalangan orang Arab pada masa itu. Keadaan ini sangat menimbulkan kesrisauan akan
kesucian al-quran daripada dicemari. Sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah
Uthman Bin Affan beliau memerintahkan supaya seluruh ayat al-quran dikumpul dan
diselaraskan dalam satu mushaf dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Penambahbaikan
bertambah dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ini di sebut sebagai Al-Quran Al-Karim
dan kesuciannya terus terpelihara.
Sesungguhnya Allah telah menjamin kesucian Al-Quran hingga ke hari kiamat dan
tidak akan dapat diubah walau satu huruf sekali pun. Untuk memelihara kesinambungan itu
lah perlu ada generasi Islam yang menjadi Huffaz Al-Quran. Dewasa kini terdapat banyak
institusi-institusi tahfiz al-Quran yang ditubuhkan di seluruh Malaysia. Kesedaran masyarakat
Islam sekarang adalah optimis sejajar dengan penetapan KBSR dan KBSM di sekolah yang
mewajibkan pendidikan Islam dan Al-Quran di semua peringkat pendidikan di Malaysia.
Semoga kesedaran ibubapa pada masa kini dan masa akan datang semakin bertambah
dengan menghantar anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz untuk menjadi pada Huffaz yang
akan menjadi salah seorang penjaga kesucian Al-Quran. Semoga umat Islam akan sedar dan
berusaha agar dapat memenuhi matlamat “1 Rumah 1 Huffaz”, insyaallah.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
5
2.0 INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA
Di setiap negeri di Malaysia terdapat institusi-institusi hafazan yang diasaskan oleh kerajaan
atau pun swasta atau orang perseorangan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz Kiblah dan
Sekolah Kiblah di Negeri Selangor dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Negeri Sembilan.
2.1 SEKOLAH KIBLAH DENGKIL SELANGOR & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
BANGI SELANGOR
Sekolah Kiblah telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) no. Ruj :
B2C4(Sel/IPS/153297). Selain mendapat kelulusan daripada kementerian ini, Sekolah Kiblah
juga diberi kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), Bahagian
Imegresen dan Pendaftaran Negara (no.ruj KDN(S)100/855/1 Jilid. 7-(48)) untuk mengambil
pelajar-pelajar antarabangsa.
Manakala Maahad Tahfiz Kiblah ditubuhkan pada Tahun 1996 dan didaftarkan
dengan Jabatan Agama Islam (JAIS) no: S(010197) KJ di bawah enakman No 2 Tahun 1998.
Ia adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta yang berorientasikan Pengajian Menghafal Al-
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
6
Quran, Bahasa Arab & Kefahaman Agama Islam. Maahad Tahfiz Kiblah dikelolakan
sepenuhnya oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).
Mulai Ogos 2004, pengurusan Maahad ini telah membuat satu perubahan dan
menyusun semula sistem pengajian Al-Quran dengan hasrat pada masa hadapan nanti
Maahad ini mampu bertaraf peringkat Diploma (Pengkhususan Qiraat) serta berdaya saing
tinggi dengan institut-institut Tahfiz tempatan yang lain. Untuk itu satu penilaian terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran telah dilakukan.
Hasil daripada penilaian itu, tiga aspek utama dalam proses berkenaan mesti diberi
penekanan iaitu pengukuhan hafalan (Tahfiz) dan pemantapan tajwid secara talaqqi.
Kesemua aspek ini dikenali sebagai “Kaedah 3T”.
Antara matlamat penubuhan Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfiz Kiblah ini adalah
melahirkan generasi muda Al-Quran sebanyak 30 juzuk dengan dhabit (mantap) dan
bertajwid serta memiliki pengetahuan dan kefahaman asas agama dan Bahasa Arab. Jangka
masa bagi peringkat sijil ialah selama 5 tahun dan 3 tahun bagi Diploma (Pengkhususan
Qiraat).
2.1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah Kiblah & Maahad Tahfiz Kiblah
Sekolah Kiblah merupakan sebuah Institusi Pengajian Swasta Berasrama Penuh. Pada
awalnya Sekolah Kiblah beroperasi pada Tahun 1993 di Tanjung Kling dengan nama Institut
Kiblah, 17 km daripada Melaka Bandaraya Bersejarah.Setahun kemudian Sekolah Kiblah
telah berpindah ke Pedas, Negeri Sembilan. Pada akhir tahun 1995 Sekolah Kiblah mula
berpindah ke Sungai Merab Jaya Bangi Selangor.
Tanjung Kling Melaka (1993 – 1994) Pedas Negeri Sembilan (1994 – 1995)
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
7
Bangi Selangor (1996 – 2010) Dengkil Selangor (2010 – kini)
Setelah 14 tahun beroperasi di Sungai Merab, Sekolah Kiblah sekali lagi berpindah ke
tapak Asrama Bestari milik Yayasan Selangor yang terletak di Ampar Tenang, Dengkil pada
26 Julai 2010. Lokasi baru ini agak strategik kerana ianya terletak di antara KLIA, Putrajaya
dan Cyberjaya.
Sementara itu operasi di Sungai Merab Bangi Selangor diteruskan dan menggunakan
nama Maahad Tahfiz Kiblah dengan jawatankuasa pentadbiran yang berasingan daripada
Sekolah Kiblah di tapak baru tetapi tetap berada dalam satu pengurusan yang sama.
Pelan Lokasi Sekolah Kiblah Dengkil Selangor
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
8
Peta Lokasi Maahad Tahfiz Bangi Selangor
Ustaz Mohd. Zaharuddin Bin Hussain Ustaz Jaafar Bin Salleh
Pengetua Sekolah Kiblah Dengkil Selangor Pengetua Maahad Tahfiz Kiblah.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
9
2.1.2 Visi Dan Misi
Visi Sekolah Kiblah & Maahad Tahfiz Kiblah:
Cemerlang Dan Bermanhaj
Misi Sekolah Kiblah :
1. Berusaha meningkatkan prestasi akdemik iaitu KBSM, MKSK dan Pengajian Al-
Quran.
2. Menerapkan kefahaman dan penghayatan Manhaj dalam diri seluruh warga Sekolah
Kiblah
3. Membina dan memantapkan akhlak, ketrampilan dan jati diri setiap pelajar.
4. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar Sekolah Kiblah setiap tahun.
Misi Maahad Tahfiz Kiblah :
1. Berusaha meningkatkan prestasi hafazan.
2. Menerapkan Kefahaman & Penghayatan Manhaj dalam diri Seluruh Warga KIBLAH.
3. Membina & memantapkan akhlak, Ketrampilan & jati diri setiap pelajar.
4. Meningkatkan Kualiti & Kuantiti pelajar setiap Tahun.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
10
2.1.3 Bilangan Pelajar
Pada tahun 2012 jumlah pelajar Maahad Tahfiz Kiblah ialah seramai 140 orang iaitu 100
orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Sebilangan besar pelajar tinggal di
asrama yang disediakan pihak Maahad dan hanya 10% sahaja pelajar yang tinggal di luar
asrama.
Pakaian Rasmi Pelajar Sekolah Tahfiz
Pakaian Rasmi Pelajar Maahad Tahfiz Kiblah
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
11
2.1.4 Sistem Pengajian
Program Kurikulum yang dijalankan di Sekolah Kiblah adalah berdasarkan Kurikulum
Bersepadu 3 Dimensi iaitu :
1. Program Akadaemik
2. Program Syahsiah
3. Program Penghayatan Islam
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
12
Bahagian akademik dipecahkan kepada dua bahagian iaitu KBSM dan MKSK.
KBSM adalah teras pendidikan di Malaysia dan pelajar Sekolah Kiblah akan menduduki
pepriksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu PMR dan
SPM. Pelajar Tingkatan 1 – 5 akan mengikuti matapelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi dan mata pelajaran
tambahan lain seperti Ekonomi Asas, Perdagangan, Kimia, Fizik, Biologi dan sebagainya
mengikut aliran.
Sementara MKSK pula adalah ciri utama Kurikulum Sekolah Kiblah. Ia dapat
mengimbangi pendidikan KBSM dan perkembangan sakhsiah dalam membentuk intelek,
emosi, rohani dan jasmani pelajar. MKSK tiada peperiksaan awam tetapi tetap diuji di
peringkat sekolah-sekolah Kiblah. Setelah mengikuti pelajaran Khas Kiblah pelajar dapat
menguasai bahasa Arab dengan baik dan memungkinkan pelajar untuk membaca kitab-kitab
asal dalam tulisan Arab. Matapelajaran MKSK adalah Usuluddin, Qowaid, Feqah, Tajwid,
Mutalaah, Tafsir, Ulum Hadith, Ulum Quran dan Usul Fiqh. Mata pelajaran Akademik
MSKS ini terbahagi kepada peringkat Menengah Rendah dan Peringkat Menengah Atas.
Pelajar-pelajar yang berkemampuan dalam program Tilawah akan dikembangkan
untuk mengikuti program Tahfiz Al-Quran di Maahad Tahfiz Kiblah yang bertempat di
Bangi. Pelajar lelaki dan perempuan daripada Sekolah Kiblah berpeluang untuk meneruskan
pengajian di Maahad Tahfiz Kiblah. Di Maahad Tahfiz Kiblah pelajar akan lebih
menumpukan terhadap pengajian hafazan Al-Quran mengikut tahap dan sukatan yang telah
ditetapkan. Pelajar akan mengikuti pengajian hafazan sekurang-kurangnya 3 tahun pengajian
dan tidak melebihi 5 tahun untuk khatam hafaz Al-Quran. Mata pelajaran KBSR hanyalah
pilihan kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti peperiksaan awam PMR dan SPM.
Selepas tamat di Maahad Tahfiz Kiblah pelajar akan dihantar semula ke Sekolah Kiblah
untuk menumpukan bidang mata pelajar akademik dan mengambil peperiksaan SPM. Berikut
adalah carta yang menunjukkan sistem pendidikan di Maahad Tahfiz Kiblah :
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
13
Kajian dan perbahasan seterusnya hanya tertumpu kepada sistem pengajian Maahad
Tahfiz Kiblah sahaja bersesuaian dengan matlamat tugasan iaitu pengkajian kaedah
pengajaran dan pembelajaran hafazan Al-Quran.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
14
2.1.5 Sumber kewangan
Sumber kewangan Maahad Tahfiz Kiblah adalah yuran bulanan pelajar sebanyak RM1215.00
setahun bagi pelajar baru dan RM1065 setahun bagi pelajar lama. Di samping dana yang
telah disediakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). Selain itu sumbangan orang
perseorangan membantu dalam dana Maahad ini. Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri Selangor
telah menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000.00 kepada Maahad ini. Adakalanya pihak
Maahad menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan secara tidak berkala.
Senarai bayaran yuran tahun 2012
Namun atas inisitiatif pihak pengurusan Maahad mereka sentias memohon bantuan
daripada kerajaan supaya dapat menyalurkan bantuan. Dijangka dalam tempoh 2 tahun lagi
tapak baru akan dibuka bagi Maahad tahfiz Kiblah yang terletak di Jenderam Selangor.
2.1.6 Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran
Penekanan kepada kaedah 3T (kaedah yang berorientasikan pengukuhan hafalan (Tahfiz),
pemantapan Tajwid secra Talqqi dalam setiap tahap pengajian. Tajwid/ Tartil dan Talaqqi
adalah 2 kaedah dasar dalam pengajian Al-Quran samada secara hafalan atau tanpa hafalan.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
15
Pengukuhan hafalan (Tahfiz) dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan
penjagaan dengan penekanan kepada kaedah-kaedah :
1) Kaedah Tashih Tilawah
2) Kaedah Tahfiz
3) Kaedah Tasmi’
4) Kaedah Murajaah
Kaedah Hafazan Maahad Tahfiz Kiblah
Penekanan kepada KAEDAH 3T KIBLAH (Kaedah yang berorientasikan pengukuhan
hafazan (TAHFIZ),
i. pemantapan TAJWID secara TALAQQI dalam setiap Hafazan. TAJWID / TARTIL
dan TALAQQI adalah kaedah dasar dalam pengajian Al-Quran (Sama ada secara
hafazan atau tanpa hafazan.
ii. Pengukuhan hafazan dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan penjagaan
mengikut TAHAP-TAHAP yang telah ditetapkan dengan memberi penekanan kepada
kaedah-kaedah berikut :
TAHAP SATU (HAFAZAN)
(Dikhususkan kepada pelajar yang telah mahir membaca Al-Quran tanpa bantuan guru).
1. Kaedah TALAQQI bersama Guru (MUSHAFAHAH-Sebelum Mengahafaz)
2. Kaedah HAFAZAN ( Selepas Maghrib dan Isyak)
3. Kaedah TASMI' (Memperdengarkan Hafazan bersama Guru)
4. Kaedah MURAJAAH (Mengulang hafazan yang telah dihafaz bersama Guru)
5. UJIAN PENILAIAN
TAHAP DUA (NAZIROH)
Dikhususkan kepada pelajar yang baru atau yang tidak pandai membaca Al-Quran dan perlu
mendapat bimbingan dari guru melalui kaedah berikut :
1. Kaedah Bacaan IQRA'
2. Kaedah Bacaan Al-Quran secara Tartil (Bantuan dari Guru)
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
16
Berikut adalah jadual rutin harian bagi pelajar Maahad Tahfiz Kiblah :
Masa Aktiviti Kaedah
4.30 a.m – Solat Subuh Menghafaz Al-Quran K. Hafazan
6.30 am – 7.30 am Memperdengarkan hafazan baru K. Tasmik
8.30 am – 9.30 am Bersama-sama guru memperbetulkan bacaan
dan tajwid sebelum menghafaz
K. Talaqqi
Musyafahah
9.30 am – 11.30 am Menghafaz Al-Quran ( Bacaan yang diberi hari
ini)
K. Hafazan
11.30 am – 1.30 pm Pelajar rehat, tidur, solat zohor dan makan
2.30 pm – Solat Asar Kelas Pelajaran Agama (MKSK)
4.30 pm – 7.30 pm Riadah, rehat mandi dan makan
7.30 pm – 9.30 pm Solat Magrib dan Isyak
9.30 pm – 11.30 pm Menghafaz Al-Quran K. Hafazan
Nota - Tanda oren menunjukkan peruntukkan masa hafazan adalah sebanyak 70% daripada
jadual rutin harian.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
17
Berdasar carta di atas, para pelajar dimulakan dengan pengenalan bacaan Al-Quran
peringkat asas dan akan menjalani ujian khas untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian
tahfiz di Maahad Tahfiz Kiblah selama lebih kurang 3 tahun dan tidak melebihi 5 tahun.
Sekiranya pelajar layak mengikuti pengajian tahfiz mereka akan menumpukan
sebanyak 70% pengajian dengan hafazan Al-Quran. Mata pelajaran agama (MKSK) akan
mereka jalani setiap hari pada pukul 2.30 pm – 4.30 pm. Manakala mata pelajaran akademik
KBSM pula diajarkan pada hari sabtu sabtu sahaja bagi pelajar yang berminat.
Kebanyakan pelajar khatam hafazan Al-Quran dalam tempoh 3 tahun bermula dari
umur 15 tahun. Rekod terbaik pencapaian khatam tahfiz ialah selama 2 tahun sahaja. Selepas
itu pelajar etrsebut akan kembali semula ke Sekolah Kiblah untuk meneruskan pengajian
formal dan menumpukan kepada peperiksaan SPM.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
18
2.1.7 Hala Tuju Pelajar
Peluang pengajian lanjutan terbuka luas kepada pelajar Maahad Tahfiz Kiblah dan Sekolah
Kiblah. Bagi graduan Maahad Tahfiz Kiblah dan sekolah Kiblah mereka boleh melanjutkan
pengajian ke Universiti Luar Negara seperti Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Islam
Madinah, Universiti Jordan, Kolej Islam Yala, Universiti Al-Andalus Yaman dan lain-lain.
Selain itu mereka juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti
luar negara (seperti di atas) dan tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Uneversiti Sain
Malaysia dan lain-lain lagi. Manakala Kolej tempatan pula seperti KUIS, UNISEL, MARA,
LEGENDA, KLIUC dan lain-lain.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
19
2.1.8 Kakitangan Sokongan
CARTA ORGANISASI 2012 / 2013
YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA (YAKIN)
Penasihat Kehormat : Tan Sri Ainuddin Bin Abdul Wahid
Pengerusi : Tan Sri Dato' Hashim Bin Meon
BARISAN TEKNIK SDN. BHD. (BATEK)
Pengarah Urusan : Ismail Bin Omar
PENGURUSAN MAAHAD
Mudir AM : Ustaz Zaharuddin Bin Hussain (Sekolah Kiblah)
Mudir : Ustaz Jaafar Bin Salleh ( Maahad Tahfiz Kiblah )
Timbalan Mudir : (KOSONG)
Penolong Kanan Akademik : Ustaz Sulaiman Bin Ahmad Jamaluddin
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar : Ustaz Zundullah Bin Syaifullah
TENAGA PENGAJAR : Ustaz Sulaiman Bin Ahmad Jamaluddin
Ustaz Zundullah Bin Syaifullah
Ustaz Muhammad Nazim Bin Siham
Ustaz Fakrul Aiman Bin Che Aziz
Ustaz Tengku Ibrahim Helmi Bin Tengku Mohammad
Ustaz Hawary Rosul
Ustaz Saifulloh Bin Rahmat
Ustaz Abdullah Khabiburrohman Bin Muhtar
Ustaz Fuad Saeed Jabir Saeed
Ustaz Ibrahim Fahad Sulaiman
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
20
Ustazah Asnavy Bin Zaly
Ustazah Zaleha BInti Abdullah
Ustazah Khaulah Binti Abdul Halim
Ustazah Syaadiyatussolihah Binti Muhammad Harias
Ustazah Asma Lateh
KAKITANGAN SOKONGAN
Pegawai Kewangan : Encik Muhd Ekhram Bin Musa
Kerani : Puan Khairun Nadiyah Binti Minghat
Pembatu Kerani : Encik Abdul Rahim Bin Ahmad Jamaluddin
WARDEN : Ustaz Fakrul Aiman Bin Che Aziz
Ustazah Khaulah Binti Abdul Halim
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
21
2.2 MAAHAD TAHFIZ AS-SAIDIYYAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Pada sekitar tahun 1934 - 1950 Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Mohd. Sa'id (bekas
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan) pernah mendirikan sebuah Institusi Pendidikan Islam yang
dikenali sebagai Madrasah As - Sa'idiyyah di Pondok Rasah, Negeri Sembilan.
Kini dua orang anak Tuan Sheikh Haji Ahmad iaitu Dato' Haji Mohd. Murtadza bin
Sheikh Haji Ahmad ( mantan mufti Negeri Sembilan ) dan Al -Hafiz Ustaz Muhamad Muhsin
bin Sheikh Hj Ahmad meneruskan usaha murni tersebut.
2.2.1 Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz
Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah adalah lanjutan daripada sebuah sekolah agama rakyat yang
ditubuhkan pada tahun 1985. Ia pada mulanya dinamakan sebagai Darul Falah sebelum
dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS). Penubuhan SRIAS adalah
bagi merealisasikan hasrat sekumpulan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka dididik
dengan konsep pendidikan Islam yang bersepadu.
Ia bermula hanya dengan sebuah kelas yang mengandungi tidak sampai 10 orang
murid dan seorang guru di rumah salah seorang daripada pengasas SRIAS di Golf Height,
Seremban. Pada tahun 1992, selepas beberapa kali berpindah, SRIAS telah membina
bangunan sementara di atas sebidang tapak yang disewa dari Sekolah Agama Rakyat
Ampangan, di Gedung Lalang.
Akhirnya, pada tahun 1999, selepas 14 tahun ditubuhkan, SRIAS berjaya membina
bangunannya sendiri di atas sebidang tanah wakaf di Taman Rashidah Utama, Jalan
Senawang - Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, Maahad Tahfiz As-
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
22
Sa'idiyyah (MTAS) ditubuhkan dengan pendaftaran pelajar seramai 10 orang dan tahun
berikutnya lebih 15 orang dan kini tahun 2012, jumlah keseluruhan pelajar ialah 195 orang.
Pelajar Batch 1 dan 2 Tahun 2000, 2001
2.2.2 Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah
Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ialah Ustaz Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad.
Bertugas sebagai Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah sejak tahun 2000 sehingga
sekarang. Dilahirkan pada 31hb Mei 1948. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah
di Sekolah Arab Al-Attas, Johor Bahru dan Sekolah Arab Al-Mashor, Pulau Pinang.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran
JAKIM.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
23
Beliau memperolehi Ijazah dalam bidang Syariah dan Al-Quran dari Universiti Al-
Azhar di Mesir sebelum memperolehi Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Islam pada
tahun 1981. Beliau telah berkhidmat dengan pelbagai institusi kerajaan dan swasta sejak
tamat pengajian, antaranya ialah sebagai guru di Selangor, Penolong Pendaftar di Universiti
Islam Antarabangsa (UIA), Guru dan Penyelaras Unit Tilawah Al-Quran UIA dan Pensyarah
Tahfiz Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran di Brunei Darussalam.
2.2.3 Visi Dan Misi Maahad Tahfiz As-Saidiyyah
MOTTO :
“AL-QURAN SUMBER KEHIDUPAN”
VISI :
Menjadi sebuah Maahad Tahfiz yang cemerlang di Negeri Sembilan Menjelang tahun 2020
MISI :
Memartabatkan Pendidikan Islam bersepadu dengan melaksanakan perkara berikut :
1. Meningkatkan potensi pelajar dalam bidang Al-Quran, Akademik dan Sahsiah
2. Mewujudkan biah solehah sebagai asas pembinaan sekolah cemerlang
3. Menjadikan sekolah yang menyumbangkan ke arah pembinaan masyarakat Islam.
2.2.4 Bilangan Pelajar
Maahad Tahfiz As-Saidiyyah terbahagi kepada 2 pengurusan iaitu Maahad Tahfiz As-
Saidiyyah Lelaki dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Perempuan). Kedua-dua Maahad ini
berlainan lokasi tapi dalam satu daerah yang sama. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Lelaki)
mempunyai seramai 100 orang pelajar dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Perempuan)
mempunyai seramai 50 orang pelajar.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
24
2.2.5 Sistem Pengurusan Akademik
Maahad Tahfiz As-Saidiyyah menyediakan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 5 iaitu mata
pelajaran akademik KBSM dan akademik agama Islam dan ko-kurikulum. Semua pelajar
diwajibkan mengikuti pembelajaran Hafazan Al-Quran. Dalam Maahad ini penguasaan
pembelajaran hafazan disasarkan sebanyak 6 juzuk bagi setiap tingkatan. Dijangkakan
sehingga tingkatan 5 pelajar akan selesai menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
Namun begitu, sasaran yang ditentukan ini adalah bergantung kepada kebolehan dan
kemampuan seseorang pelajar itu. Terdapat pelajar yang berjaya menghafaz sebanyak 6 juzuk
setahun tetapi ada juga pelajar yang tidak dapat mencapai kepada jumlah sasaran itu.
Terdapat juga pelajar yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran dalam masa 3 tahun.
2.2.6 Sumber kewangan
Sebuah pusat pendidikan Tahfiz swasta di Seremban, Negeri Sembilan. Yang
menggabungkan pendidikan Tahfiz & Akademik disamping mempunyai kegiatan Ko-
Kurikulum seperti sukan, kawad kaki, memasak, perkhemahan dan lain-lain aktiviti.
Sumber dana utama Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ini ialah yuran pelajar sebanyak
RM400.00 sebulan atau pun lebih kurang RM4400.00 setahun. Selain itu sumbangan orang
perseorangan juga membantu dalam dana Maahad ini.
2.2.7 Kaedah Pengajaran Yang Digunapakai
Pengukuhan hafalan (Tahfiz) dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan penjagaan
dengan penekanan kepada kaedah-kaedah seperti berikut :
1) Kaedah Tashih Tilawah
2) Kaedah Tasmi’
3) Kaedah Murajaah
Dari segi pelaksanaan pembelajaran hafazan dalam kelas, pelajar dibahagikan kepada
beberapa firqah (kumpulan) mengikut aras pembelajaran pelajar. Pelajar yang mempunyai
kemahiran membaca Al-Quran dengan baik akan diletakkan dalam kumpulan Tahfiz.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
25
Manakala pelajar yang belum dapat membaca dengan baik akan diletakkan dalam kumpulan
Nazirah.
Dari segi jadual pembelajaran Maahad Tahfiz sesi P&P bermula pada pukul 7.30 pagi
sehingga 1.00 tengahari. Semua pelajar tinggal di asrama dan mengikuti jadual yang telah
ditetapkan oleh pengurusan asrama. Berikut adalah jadual P&P dan rutin seharian pelajar
Maahad Tahfiz As-Saidiyyah.
Masa Aktiviti
7.30 – 9.00 pagi P&P dimulakan dengan pembelajaran hafazan. Pelajar akan
memperbetulkan dahulu bacaan dihadapan guru hafazan
sebelum menghafal sesuatu surah.
9.00 – 1.00 tengahari Pelajar akan menjalani sesi P&P pelajar akademik KBSM.
Antara Zohor dan Asar
Dan antara Magrib dan
Isyak
Pelajar akan menghafaz sekurang-kurangnya 1 muka surat
sehari.
Selepas Isyak hingga
10.30 malam
Sesi pembelajaran ulangkaji (Asrama)
Nota : Tanda oren menunjukkan 50% peruntukan masa rutin harian dalam penumpuan
hafazan Al-Quran
2.2.8 Hala Tuju Pelajar
Beberapa alumni menyambung pengajian di Darul Quran ataupun ke luar negara
seperti mesir, Jordan, Syria,UK dan Morocco serta tidak lupa juga di institut pengajian di
Malaysia seperti KUIS, UITM, UPM, USIM, KUIN, dan banyak lagi.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
26
2.2.9 Kakitangan Sokongan
Guru-guru Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
27
03. Kekuatan, Kelemahan dan Perbandingan Kaedah Pengajaran Yang Digunakan
Hasil daripada temubual bersama kakitangan kedua-dua Maahad Tahfiz dan juga temubual
beberapa orang pelajar mendapati antara kaedah pengajaran yang lazim digunakan hampir
sama antara kedua-duanya iaitu Kaedah Tajwid melalui Talaqqi dan Musyafahah, Kaedah
Tasmik dan Tartil serta Kaedah Murajaah.
Daripada pihak pelajar pula mereka mengaplikasikan beberapa teknik hafazan Al-
Quran yang berlainan mengikut kemudahan dan kesesuaian dengan diri pelajar itu sendiri.
Berikut adalah jenis-jenis teknik yang digunakan oleh pelajar :
3.1 Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor
Teknik hafazan Penerangan Teknik /Contoh /Kebaikan /Kelemahan
Teknik Chunking
Memisahkan satu ayat yang panjang kepada beberapa bahagian ayat
yang sesuai mengikut tunjuk ajar guru. Pelajar yang menguasai
Bahasa Arab dengan baik tidak menghadapi maslah kerana dapat
memisahkan ayat mengikut jalan cerita dan terjemahan ayat Al-Quran.
Kelebihan :
Pelajar dapat menghafaz di samping memahami makna dan jalan
cerita. Hafazan ayat Al-Quran bersifat lebih kekal di minda pelajar.
Kelemahan :
Bagi pelajar yang kurang menguasai Bahasa Arab adalah kurang
sesuai untuk cuba memisahkan ayat yang panjang tanpa bantuan guru.
Dibimbangi pelajar akan memutuskan ayat pada kalimah “Laa” dan
menjejaskan makna ayat Al-Quran.
Teknik Mengulang
(At-Tikrar)
Membaca secara berulang-ulang satu ayat sekurang-kurangnya 5 kali.
Selepas itu pelajar akan menghafal ayat tersebut. Apabila ayat tersebut
telah dihafal pelajar akan mengulanginya lagi sebanyak 5 kali.
Seterusnya pelajar akan menghafal ayat yang kedua pula dengan
teknik yang sama. Sebelum menghafaz ayat ketiga pelajar mengulang
semula ayat 1 dan 2 sebanyak 5 kali. Begitulah seterusnya hingga
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
28
sampai kepada ayat yang berada di pertengahan muka surat al-Quran
(contohnya ayat ke 10). Apabila telah hafaz separuh muka surat
pelajar akan mengulang semula hafazan semua ayat hingga separuh
muka surat. Pelajar seterusnya melanjutkan ke separuh muka surat
lagi dengan teknik yang sama hinggalah hafazan sampai kepada 1
muka surat.
Kebaikan :
Pelajar dapat melazimi dan mendalami bacaan ayat sebelum
menghafaz dan hafazan akan kekal dalam minda pelajar.
Kelemahan :
Pelajar mengambil masa yang panjang untuk proses hafazan dan
sesetengah pelajar akan merasa letih dengan teknik ulangan ini.
Tenik Keywords /
Kata kunci
Teknik ini sesuai digunakan bagi pelajar yang ingin mengukuhkan
hafazan yang telah diselesaikan. Pelajar akan menyenaraikan kalimah
setiap permulaan ayat sebagai keywords dalam sekeping kertas.
Sekiranya pelajar terlupa sesuatu ayat pelajar akan merujuk keywords
ayat tersebut. Ini membantu pelajar melancarkan hafazan terutamanya
bagi pelajar yang mudah lupa.
Kebaikan :
Hafazan menjadi lancar kerana pelajar dapat mengingat keywords
bagi sesuatu ayat.
Kelemahan :
Pelajar akan bergantung kepada keywords untuk menghafal ayat.
Apabila pelajar lupa keywords maka pelajar akan lupa keseluruhan
ayat dan hafazan akan tergantung.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
29
3.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan
Teknik hafazan Penerangan Langkah /Contoh /Kebaikan /Kelemahan
Teknik
Berpasangan
Pelajar memilih seorang rakan yang mempunyai keserasian dan minat
yang sama. Pelajar A akan menghafaz 1,2 atau 3 ayat dengan dipantau
oleh pelajar B. Pelajar B pula menghafaz ayat 1, 2 atau 3 ayat
seterusnya dengan dipantau oleh pelajar A. Secara tidak langsung
kedua-dua pelajar dapat menghafaz keseluruhan ayat dalam masa
yang singkat. Kemudian pelajar akan berganti-ganti memperkukuhkan
secara berselang-seli berulang-ulang kali sehingga hafazan menjadi
mantap.
Kebaikan :
Pelajar mengambil masa yang singkat untuk menghafaz satu muka
surat dan memberi rasa seronok dan bersemangat untuk menghafaz
lagi kerana dapat bekerjasama bersama rakan.
Kelemahan :
Pelajar akan bergantung kepada rakan untuk menghafaz dan pelajar
akan merasa kekok apabila menghafaz sendirian disebabkan keuzuran
rakan yang menjadi pasangannya.
Teknik mendengar
Kaset / CD bacaan
Al-Quran
Pilih bacaan seorang Qari yang baik. Sebelum mula menghafaz
pelajar hendaklah mendengar bacaan yang ingin dihafal berulang-
ulang kali sebaik-baiknya sebanyak 5 kali. Sebaiknya gunakan pemain
kaset / CD yang boleh diprogramkan had bacaan Al-Quran. Pelajar
akan mengamati cara, lagu, tempat berhenti sehingga betul-betul
terpahat di minda. Mulakan menghafaz bersama-sama dengan kaset /
CD. Apabila sudah hafaz pelajar hendaklah menghafaz sendiri
mengikut cara dan gaya bacaan Qari tadi.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
30
Kebaikan :
Pelajar dapat menghafaz dengan gaya bacaan yang menarik seperti
bacaan Qari terkemuka.
Kelemahan :
Proses menghafaz akan etrganggu apabila pemain atau CD mengalami
kerosakan atau kehilangan. Selain itu menyukarkan pelajar merujuk
semula bacaan sekiranya tidak membawa pemain CD tersebut.
3.3 Perbandingan Dan Kesimpulan Penggunaan Kaedah
Terdapat banyak teknik hafazan yang boleh diaplikasikan pelajar yang dapat
mempercepatkan hafazan pelajar. Antaranya ialah :
1. Teknik Chunking
2. Teknik At-Tikrar
3. Teknik Keywords / Kata Kunci
4. Teknik Berpasangan
5. Teknik mendengar Kaset / CD bacaan Al-Quran
Setiap teknik mempngaruhi kecekapan dan membantu pelajar dalam hafazan Al-Quran
kerana setiap kaedah dan teknik mempunyai kelebihan tersendiri. Pelajar hanya perlu
memilih mana satukah teknik yang sesuai dengan kecenderungan, minat dan gaya
pembelajaran masing-masing.
Contohnya pelajar yang minat menggunakan peralatan muzik sesuai menggunakan
“Teknik Mendengar Kaset / CD”. Bagi pelajar yang meminati aspek bahasa sesuai
menggunakan “Teknik Chunking” kerana hafazan lebih kepada penceritaan. Manakala
pelajar yang gemar menggunakan imaginasi dan kreativiti otak kanan sesuai menggunakan
“Teknik Keywords”.
Pelajar yang komitmen akan mencuba setiap teknik hafazan dan melihat hasilnya samada
teknik itu memberi keberkesanan yang baik terhadap penghafazan pelajar atau pun
sebaliknya. Dengan mengenalpasti teknik yang paling sesuai dan berkesan bagi seseorang
pelajar itu seterusnya mengamalkan dalam pembelajaran sudah tentu lah ia memberi impak
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
31
yang terbaik seterusnya membantu pelajar terus maju berbanding pelajar lain. Kemungkinan
tempoh khatam hafazan adalah lebih singkat berbanding tempoh yang dijangkakan bagi
seseorang pelajar.
Kesimpulannya, seorang pelajar itu harus sentiasa berusaha dan bersemangat untuk
meneruskan perjuangan menghafaz Al-Quran seterusnya menjaga hafazan agar tidak terjejas.
Aktiviti keduniaan yang berlebihan boleh menjejaskan kualiti hafazan seseorang pelajar
tahfiz. Apa yang paling penting ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi salah seorang
penghafaz Al-Quran bagi memastikan Agama Islam dan Al-Quran yang suci akan kekal
terpelihara hingga ke akhir hayat.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
32
04. Teknik Yang Boleh Diaplikasikan Di Bilik Darjah
Hasil daripada kajian dan analisis kaedah dan teknik hafazan pelajar Maahad Tahfiz Kiblah
dan Maahad Tahfis As-Saidiyyah ada beberapa teknik hafazan yang sesuai untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah Sekolah Rendah. Teknik tersebut ialah :
4.1. Teknik At-Tikrar
Contohnya dalam Bidang Hafazan Tahun 1 tajuk Surah An-Nas ayat 1 – 6.
i. Guru membimbing murid membaca surah An-Nas dengan lengkap dan berulang-
ulang sehingga 5 kali.
ii. Guru membimbing murid menghafaz ayat 1 sebanyak 5 kali.
iii. Kemudian menghafaz ayat 2 sebanayk 5 kali.
iv. Sebelum menghafaz ayat 3 murid mengulangi dulu ayat 1 & 2.
v. Begitulah seterusnya hingga ayat yang ke-6.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
33
4.2 Teknik Berpasangan
Contohnya dalam bidang Hafazan Tahun 3 tajuk Surah Al-Humazah ayat 1-9.
i. 2 orang murid pilihan.
ii. Guru membahagikan ayat surah Al-Humazah kepada 2 ayat iaitu :
iii. Murid 1 menghafaz ayat 1&2 dan dibantu oleh murid 2.
iv. Murid 2 pula menghafaz ayat 3&4 dan dibantu oleh murid 1.
v. Begitulah seterusnya hingga selesai ayat 9.
vi. Seterusnya pelajar A & B mrnggabungkan hafazan mereka dan membaca ayat secara
berselang-seli sehingga lengkap 1 surah.
vii. Pelajar A & B bertukar ayat pula dan menggabungkan semual hafazan mereka secara
berselang-seli hingga lengkap 1 surah.
4.3 Teknik Keywords
Contohnya Bidang Hafazan Tahun 5 tajuk Surah Asy-Syarhu ayat 1-8.
i. Guru meminta pelajar membaca surah berulang-ulang kali sebanyak 5 kali mengikut
teknik At-Tikrar.
ii. Guru meminta murid menyenaraikan kalimah bagi setiap permulaan ayat dalam surah
Asy-Syarhu.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
34
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
iii. Guru meminta murid mengukuhkan hafazan mengikut keywords tersebut.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
35
05. Kesimpulan
Dengan mengamati segala aspek kajian bermula daripada isi kandungan maklumat bagi 2
institut tahfiz, penggunaan kaedah dan teknik, melihat keberkesanan dan perbandingan
seterusnya menyerap teknik yang boleh digunapakai dalam bilik darjah dapatlah disimpulkan
beberapa perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Antaranya ialah perbezaan sistem pengajian di antara Maahad Tahfiz memungkinkan
berlakunya perbezaan dari segi penguasaan dan pencapaian pelajar. Sebagai contoh Maahad
Tahfiz Kiblah menunpukan sebanyak 70% daripada kurikulum kepada penumpuan hafazan
Al-Quran. Begitu juga dengan jadual pebelajaran harian pelajar lebih banyak tertumpu
kepada aktiviti hafazan. Daripada tempoh pengajian yang dianjurkan selama 3 – 5 tahun,
pelajar sudah dapat mencapai rekod terbaik selama 2 tahun sahaja untuk khatam hafazan 30
juzuk.
Berbeza dengan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, sistem pengajian yang ditawarkan
mengandungi kurikulum mata pelajaran akademik KBSM, akademik Agama Islam, Hafazan
Al-Quran dan kokurikulum. Penumpuan untuk hafazan hanyalah sebanyak 30% sahaja
daripada jadual pembelajaran harian. Sukatan hafazan yang ditentukan adalah sebanyak 6
juzuk bagi satu tingkatan dan dianggarkan pelajar akan selesai khatam hafazan 30 juzuk
semasa berada di tingkatan 5. Namun hasilnya terdapat juga pelajar yang tidak mencapai
sasaran tersebut bahkan ada yang mampu khatam sebanyak 2 juzuk sahaja dalam setahun.
Walau bagaimana pun segalanya bergantung kepada kebolehan pelajar itu sendiri.
Sekiranya pelajar itu adalah pelajar yang komited sudah pelajar tersebut mampu membuat
yang terbaik. Peranan guru juga adalah penting dalam memastikan pelajar dapat mencapai
target yang ditetapkan dengan memastikan pelajar menggunakan teknik hafazan yang sesuai
dengan kebolehan mereka.
Apa yang paling penting ialah pengkajian ini menyedarkan bahawa betapa pentingnya
pendidikan Al-Quran kepada generasi hari ini dan akan datang bagi memastikan
kesinambungan Al-Quran dalam bidang tahfiz akan terus berlanjutan. Dalam mengharungi
cabaran zaman globalisasi seharusnya umat Islam mengambil peluang untuk memajukan
bidang Al-Quran seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
36
Rujukan
Ahmad Kamarudin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, KhairilAnuar Ahmad (2011). HBQE1103
Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Muhammad Zaini Bin Yahya, Zulhazmi Bin Umar @ Muhammad Salleh, Afendi Bin
Sahi(2008). Pendidikan Islam Tahun 5 KBSR. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Aimi Bin Hamzah, Zulkifli Bin Husin, Muhammad Fauzi Bin Daud, Muhammad Shah Bin
Ujang (2010). Pendidikan Islam Tahun 3 KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka
URL :
http://www.saidiyyah.com (20/06/2012)
http://maahad.tahfizkiblah.com.my (20/06/2012)
http://www.sekolahkiblah.com.my (06/07/12)
http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajaran-dan-pembelajaran-
membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/ 10/6/12
http://ml.scribd.com/doc/25353041/Pendidikan-Islam-Assgmnt-2 (8/7/2012)
Top Related