PENGENALAN
Anatomi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga
dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun
dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada
perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk
melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti
anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh
yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.
Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.
Fisiologi
Fisiologi ialah mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki
yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan
kita.
Organisasi Struktur Manusia
Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan
berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung
sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan
benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut
nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2
daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang
menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia
iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau
lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal
dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang
berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori.
Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua
aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan
Sistem-sistem Tubuh Manusia
Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus :
1. Sistem Integumen(Kulit) 2. Sistem Rangka 3. Sistem Peredaran Darah
4. Sistem Pencernaan 5. Sistem Respiratori 6. Sistem Otot
7. Sistem Endokrin 8. Sistem Reproduktif 9. Sistem Saraf
10.Sistem Limpa 11.Sistem Urinari
Sistem Integumen(Kulit)
Seluruh permukaan tubuh kita terbungkus oleh lapisan tipis yang sering kita
sebut kulit. Kulit merupakan benteng pertahanan tubuh kita yang utama karena
berada di lapisan anggota tubuh yang paling luar dan berhubungan langsung
dengan lingkungan sekitar.
FUNGSI KULIT :
Mengeluarkan peluh
Pelindung kepada tubuh badan
Menyimpan lebihan lemak
Mengatur suhu badan
Tempat pembuatan vitamin D dari pro vitamin dengan bantuan sinar
matahari yang mengandungi ultraviolet.
Sistem Rangka
Suatu sistem yang disusun oleh sejumlah tulang (bones/osseous) dan sedikit rawan
(cartilage) yang membentuk tubuh manusia.
Fungsi Tulang :
a. Membentuk rupa dan ketegapan
b. Melindungi organ-organ
c. Sebagai penegak tubuh
d. Sebagai pembentuk tubuh
e. Sebagai tempat melekatnya otot (otot rangka)
e. Sebagai pelindung bagian tubuh yang penting
f. Sebagai tempat pembentukkan sel darah merah
g. Sebagai alat gerak pasif
Sistem Peredaran Darah
Terdiri daripada jantung dan salur-salur darah.
Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.
Ia adalah sihat jika:
1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan
2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat
3. darah tidak melekit atau pekat
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon
2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu
Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:
1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem
pembiakan
2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:
a. penyakit jantung koronari
b. strok
c. hipertensi
d. aterosklerosis- penyakit pada arteri
Sistem Pencernaan
Terdiri daripada mulut, esofogus, hati, perut dan usus.
Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus.
Fungsi asasnya adalah:
1. penguraian makanan secara fizikal dan kimia
2. memproses makanan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan
3. membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh sebagai
najis
4. bergantung kepada pemangkin enzim untuk menggalakkan aktiviti enzim pencernaan
untuk pencernaan yang sempurna
Akibat sistem pencernaan yang lemah:
1. pedih hulu hati
2. kembung
3. ketidakhadaman
4. Sindrom Rengsa Usus
Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:
1. sistem saraf yang tidak sihat
2. stres
3. kerisauan
4. diet tidak sihat
5. kualiti makanan
Sistem Respiratori
Terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru.
Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu
dan ke tisu tubuh.
Fungsi asasnya adalah:
Untuk membekalkan darah beroksigen melalui paru-paru.
Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:
1. Asma
2. Gannguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD)
3. Bronkitis
4. Pneumonia (Paru-paru berair)
5. Tuberkulosis (TB) atau batuk kering
6. Kanser paru-paru
7. Kekurangan oksigen
Sistem Otot
Terdiri daripada sistem otot dan rangka.
Membentuk tisu yang berfungsi dengan sistem rangka.
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengawal pergerakan badan
2. untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman
3. untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh
Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:
1. Osteoporosis
2. Osteoartritis (OA)
3. Reumatiod artritis (RA)
4. Kekakuan bahu
5. sakit belakang & bahagian bawah belakang
Sistem Endokrin
Terdiri daripada hipotalamus, pituitari (no 2 dalam gambarajah), tiroid (no 3), paratiroid,
adrenal (no 5), pankreas (no 6) dan testis (lelaki-no 8, kiri dalam gambarajah)/ ovari
(wanita-no 7, kanan dalam gambarajah).
Fungsi asasnya adalah:
1. metabolisme
2. pertumbuhan
3. homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman)
4. untuk menyokong sistem organ yang lain
Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:
1. Tekanan darah tinggi (atau hipertensi)
2. Paras kolestrol tinggi
3. Penyakit kencing manis
Sistem Reproduktif
Wanita:
Terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus.
Ia berkait rapat denga sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopous.
Ia adalah sihat apabila:
1. tiada masalah PMS
2. rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang
3. tiada jangkitan kandidiasis
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk menghasilkan ovum(telur)
2. untuk mengadakan hubungan seksual
3. untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehingga ia matang
4. untuk melahirkan anak
Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:
1. kemandulan
2. sindrom prahaid (PMS)
3. masalah berkaitan dengan kehamilan
4. kandidiasis (jangkitan yis)
Lelaki:
Terdiri daripada vesikel, kelenjar prostat, uretra, zakar, testis.
Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang menghasilkan sperma dan hormon seks.
Tidak berfungsi sepenuhnya sehingga akil baligh.
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk menghasilkan sperma
2. untuk memindahkannya kepada wanita
Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:
1. mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)
ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi
2. prostatik hipertrofi benigna (BPH)
Sistem Saraf
Terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan
badan.
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh
2. untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh
3. untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain
dan fungsi tubuh
Akibat sistem sarah yang tidak sihat:
1. Kemerosotan ingatan berperingkat
2. Kecacatan kognisi (disfungsi proses mental)
3. Penyakit Alzheimer
Sistem Limpa
Terdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik dan ia adalah sistem
pertahanan tubuh kita.
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk melawan jangkitan
2. untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar dan
penyakit
3. untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya
Akibat sistem imun yang tidak seimbang
1. sistem imun terlampau aktif
a. penyakit autoimun (contohnya Lupus)
b. alahan
2. Keimunan tersekat/ rendah
a. mudah jatuh sakit
b. lambat pulih daripada penyakit
Sistem Urinari
Terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon.
Ia merupakan pelindung terhadap racun.
Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, sistem peredaran dan endokrin
untuk membebaskan tubuh daripada toksin.
Ia adalah sihat apabila:
1. bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dalam usus)
2. mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria berbahaya
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mencegah pengumpulan toksin
2. untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian
3. terutamanya terletak di:
a. paru-paru- untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuh
b. kolon- untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinya
c. buah pinggang- untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogen
d. kulit- untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik
Akibat kolon yang tidak sihat:
1. sembelit
2. mempercepat penuaan
3. penyerapan nutrien lemah
4. kanser kolon
NAMA : NURZALIHA NADZIRAH BT MADRUS
TINGKATAN : 6 ATAS AMANAH
NAMA GURU : EN. ROSDEH UYUN
SUBJEK : SAINS SUKAN