8/7/2019 galakan membaca
1/24
PERANAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DALAM
GALAKAN PEMBACAAN DAN PENGGUNAAN BUKU KANAK-KANAK
oleh
SITI AISHAH SHEIKH KADIR
dan
HARLEEZA ABU HUSIN
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
PENGENALAN
Masyarakat Malaysia belum boleh dianggap sebagai masyarakat yang gemar
membaca atau yang mempunyai minat membaca yang tinggi. Kajian Profil
Membaca Rakyat Malaysia yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) pada tahun 1996 mendapati bahawa kadar literasi masyarakat
Malaysia adalah sebanyak 93% tetapi hanya 87% sahaja yang mengamalkan
membaca. Dari Laporan Kualiti Hidup Malaysia tahun 2002 yang diterbitkan oleh
Unit Perancang Ekonomi, kadar literasi sehingga tahun 2002 adalah sebanyak
93.8%. Berdasarkan penemuan Kajian Profil Membaca tersebut, rakyat Malaysia
membaca secara purata dua (2) buah buku setahun. Kajian itu juga mendapati
jenis bahan yang dibaca berbentuk bacaan ringan seperti surat khabar (79%),
buku (52%), majalah (47%) dan komik (32%). Di antara sebab-sebab utama
yang diberi mengapa tidak membaca ialah tidak berminat dan tidak mempunyai
masa lapang.
Hasil kajian pakar-pakar pendidikan asas jelas menunjukkan amalan membaca
menduduki tempat teratas dalam membantu perkembangan minda anak kecil.
Membudayakan membaca perlu bermula dari rumah. Dari kata lain, ibu bapa
adalah bertanggungjawab dalam memupuk semangat mencintai ilmu dalam diri
anak masing-masing dan sebaiknya dimulakan sejak mula pasangan berkenaan
mendirikan rumahtangga.
8/7/2019 galakan membaca
2/24
2
Dari Kajian Profil Rakyat Malaysia 1996 didapati juga bahawa kanak-kanak
rakyat Malaysia menunjukkan keupayaan memulakan membaca pada peringkat
umur dua tahun. Bilangan kanak-kanak yang boleh membaca dengan baik
meningkat beransur-ansur sehingga umur 4 tahun dan selepas itu ia meningkat
dengan pantas sehingga umur 7 tahun. Pada tahun 1996 seramai 2.4 juta kanak-
kanak Malaysia berumur 5-9 tahun yang mewakili 12% jumlah penduduk
Malaysia. Dari jumlah ini sebanyak 79% yang boleh membaca manakala yang
mengamalkan membaca hanyalah 56%. Dari segi kumulatif didapati bahawa
78% kanak-kanak boleh membaca dengan baik dan 94% boleh membaca secara
sederhana pada umur 7 tahun. Ini bermakna kanak-kanak berkemungkinan lebih
berkembang dalam kebolehan dan amalan membaca sekiranya mereka
dibacakan cerita sama ada sebelum tidur atau dimasa-masa lain, jika mereka
mendapat buku sebagai hadiah dan jika buku didedahkan kepada mereka
sebelum mereka bersekolah. Jenis bahan bacaan utama yang disukai oleh
kanak-kanak berumur 5-9 tahun adalah komik (41%), buku (26%), suratkhabar
(10%) dan majalah (6%).
Menurut statistik Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan, kini terdapat seramai 1.5 juta kanak-kanak pada
peringkat pra-sekolah dan 3,086,065 juta pada peringkat sekolah rendah yang
membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi pembaca kanak-kanak yang
mencecah hampir 4.5 juta.
TERBITAN BUKU KANAK-KANAK DI BAWAH AKTA PENYERAHAN BAHAN
PERPUSTAKAAN 1986
Pusat Penyerahan Terbitan Negara yang merupakan salah satu bahagian yang
penting di Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab menguatkuasakan
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Akta tersebut
mewajibkan setiap penerbit di negara ini menyerahkan 5 naskah bahan bercetak
8/7/2019 galakan membaca
3/24
3
dan 2 naskah bahan tidak bercetak kepada Perpustakaan Negara Malaysia
untuk pemuliharaan sebagai khazanah koleksi negara dan rujukan.
Penguatkuasaan akta ini telah memantapkan koleksi Perpustakaan Negara
Malaysia, khususnya koleksi Malaysiana, bagi menyokong usaha penyelidikan.
Sehingga Disember 2002, terdapat sebanyak 38,114 judul buku kanak-kanak
yang telah diterima dan didaftarkan bawah Akta Pemeliharaan Buku 1966 dan
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) seperti di Lampiran I.
Pecahan statistik dari tahun 1966-2002 adalah seperti di jadual berikut:
Jadual 1 : Statistik Terbitan Buku Kanak-kanak Bawah Akta 331Tahun Jumlah
1966 1991 12,9741992 1,446
1993 1,720
1994 1,844
1995 2,913
1996 2,503
1997 2,383
1998 3,085
1999 1,193
2000 2,382
2001 2,471
2002 3,200
JUMLAH KESELURUHAN 38,114
PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
o Penubuhan
Perpustakaan Negara Malaysia merupakan sebuah jabatan kerajaan di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta
8/7/2019 galakan membaca
4/24
4
Perpustakaan Negara (Akta 80) yang diluluskan pada 1 September 1972.
Akta ini kemudiannya dipinda pada tahun 1987 selaras dengan
pembangunan dan perkembangan perkhidmatan maklumat di Malaysia.
Hakikat kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia adalah untuk menjadi
jambatan antara masyarakat dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.
Perpustakaan Negara Malaysia berdiri teguh sebagai wadah maklumat,
pendidikan dan penyelidikan yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Perpustakaan
Negara Malaysia juga mempunyai peranan yang penting dalam menyelaras
program galakan membaca di seluruh negara.
o Objektif
Objektif Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang tertakluk dalam Akta
Perpustakaan Negara(Pindaan) 1987(Akta A667) Bahagian II Seksyen 3 ialah:
a) Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan
koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan.
b) Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber
perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negara.
c) Mengadakan kepimpinan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
perpustakaan.
o Fungsi
Di antara fungsi Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang
diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667)
Bahagian II Seksyen 4(2) m ialah:
menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca
8/7/2019 galakan membaca
5/24
5
o Bahagian Gerakan Literasi Maklumat
Di bawah penyusunan semula struktur organisasi Perpustakaan Negara
Malaysia yang diluluskan pada tahun 2002, program gerakan membaca dan
literasi maklumat peringkat kebangsaan dimantapkan dengan tertubuhnya
Bahagian Gerakan Literasi Maklumat. Bahagian ini mempunyai
tanggungjawab yang besar ke arah usaha merealisasikan hasrat kerajaan
untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya masyarakat Malaysia.
Justeru itu, antara fungsi Bahagian Gerakan Literasi Maklumat adalah seperti
berikut:
a) Merancang dan menyelaras program gerakan membaca dan literasi
maklumat di seluruh negara.
b) Merancang dan menyelaras serta melaksana program Bulan Membaca di
peringkat kebangsaan.
c) Menyelaras projek gerakan membaca dan literasi maklumat yang
dijalankan di peringkat negeri/zon supaya berjalan lancar.
d) Memberi khidmat kepakaran dan latihan dalam bidang galakan membaca
dan literasi maklumat.
o Bahagian Pinjaman
Bahagian Pinjaman di bawah penyusunan semula struktur organisasi
Perpustakaan Negara Malaysia yang diluluskan pada tahun 2002, ia telah
dibahagikan kepada 3 unit iaitu Unit Pinjaman Dewasa, Unit Pinjaman Kanak-
kanak dan Unit Pinjaman Kelompok. Objektif Bahagian Pinjaman adalah:
a) Melaksanakan sistem pinjaman, sistem pembaharuan dan tempahan
bahan pinjaman dengan lancar
b) Mempastikan ketersediaan pinjaman berkelompok ke arah menyokong
budaya membaca dan
c) Melaksanakan aktiviti galakan membaca (dalaman) untuk galakguna
bahan bacaan PNM serta menyokong kempen Gerakan Membaca.
8/7/2019 galakan membaca
6/24
8/7/2019 galakan membaca
7/24
8/7/2019 galakan membaca
8/24
8
membaca serta menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan
pembacaan dan menjadikannya sebagai satu gaya hidup. Pada tahun 2003
strategi sambutan Bulan Membaca Kebangsaan adalah berkonsepkan
karnival yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
terutamanya golongan belia dan remaja bahawa membaca bukan sahaja
untuk menimba ilmu tetapi juga menyeronokkan. Sambutan berkonsepkan
karnival ini bertujuan untuk menggamit lebih ramai anggota masyarakat
menyertai acara dan aktiviti yang disajikan.
PROGRAM GALAKAN PEMBACAAN PERINGKAT KEBANGSAAN
m Perpustakaan Keluarga
Program Perpustakaan Keluarga merupakan satu program gerakan
membaca yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan oleh Perpustakaan
Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri. Perpustakaan Negara
Malaysia memberi sumbangan kepada setiap negeri untuk menganjurkan
Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri bermula pada tahun
2000. Ini diikuti dengan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat
Kebangsaan yang diadakan sekali dalam tempoh dua tahun bermula pada
tahun 2001. Mulai tahun 2003, Perpustakaan Negara Malaysia mula memberi
peruntukan untuk pelaksanaan Bengkel Perpustakaan Keluarga oleh setiap
negeri. Program Perpustakaan Keluarga ini memberi fokus kepada
masyarakat luar bandar dalam memastikan kesinambungan masyarakat yang
berilmu dan bermaklumat. Objektif Perpustakaan Keluarga ialah:
a) Untuk menanam minat membaca secara berterusan di kalangan ahlikeluarga.
b) Memberi anak-anak pendedahan kepada buku dan ilmu di peringkat umur
yang masih muda.
c) Menjadikan kegiatan membaca sebagai aktiviti lazim keluarga.
8/7/2019 galakan membaca
9/24
9
d) Menanam sikap menghargai dan menilai bahan bacaan dan ilmu di
kalangan keluarga.
e) Membantu ahli keluarga dalam proses pembelajaran semasa di rumah.
f) Menggalakkan bahan bacaan dan ilmu dikumpul dan disusun dengan
teratur agar ia senang dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
m Bacaan Kegemaran Saya
Program ini telah diadakan buat pertama kalinya di Perpustakaan Negara
Malaysia pada tahun 2000 sebagai projek perintis. Pada tahun 2001, program
ini telah diperluaskan ke peringkat negeri. Program ini kemudiannya telah
didokumentasikan dalam bentuk buku bertajuk Bacaan Kegemaran Saya:
Program Perintis / My Favourite Read: Pilot Programme dan juga dalam
bentuk CD Multimedia bertajuk Bacaan Kegemaran Saya / My Favourite
Read. Objektif program ini adalah:
a) Mempopularkan pembacaan di kalangan rakyat Malaysia.
b) Melibatkan orang ramai di dalam program membaca.
c) Menggalakkan pembacaan melalui bacaan-bacaan yang digemari.
d) Mengadakan saluran perkongsian ilmu mengenai pembacaan.
e) Mengumpul dan menerbitkan Bacaan Kegemaran Rakyat Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan aktiviti Bacaan
Kegemaran Saya khusus kepada para pelajar tahap 2 (tahun 4 hingga 6)
pada bulan September 2003. Ini merupakan usaha pertama Perpustakaan
Negara Malaysia untuk menerapkan program ini kepada kanak-kanak.
Perbezaan program ini hanyalah buku-buku yang akan dipersembahkan
adalah buku kanak-kanak yang akan disampaikan oleh kanak-kanak itu
sendiri. Ini tentunya dapat menjadi ruang perkongsian di antara kanak-kanak
dengan buku-buku tersebut.
8/7/2019 galakan membaca
10/24
10
m Sumbangan Bahan Bacaan
Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan
bermula dari Rancangan Malaysia ke Tujuh bagi pembelian bahan bacaan
untuk disumbangkan kepada institusi luar bandar dan golongan kurang
bernasib baik. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada institusi luar
bandar dan golongan kurang bernasib baik tentang kepentingan pembacaan
demi memantapkan tahap pembacaan di kalangan institusi dan golongan
kurang bernasib baik. Institusi-institusi terpilih ini merupakan institusi yang
tidak mempunyai peruntukan bagi pembelian bahan bacaan untuk
ditempatkan di pusat-pusat bacaan institusi tersebut. Antara institusi yang
telah menerima faedah dan sumbangan ini adalah FELDA (Pusat
Penempatan Rancangan), Agensi Dadah Kebangsaan (Pusat Serenti),
Jabatan Penjara (Pusat Penjara), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pusat
Pemulihan dan Pusat Perlindungan termasuk Rumah Anak-anak Yatim,
Sekolah Tunas Bakti, Pertubuhan Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-
kanak Di Dera dan Kompleks Penyayang Bakti.
m Bengkel Galakan Membaca
Perpustakaan Negara Malaysia turut menjalankan bengkel galakan membaca
kepada penggalak pembaca di luar bandar sebagai salah satu usaha untuk
mengalakkan masyarakat Malaysia terutamanya bagi masyarakat luar bandar
mengamalkan membaca sebagai gaya hidup seharian. Ia juga sebagai usaha
yang berterusan untuk melatih penggalak pembaca yang mengendalikan
aktiviti galakan membaca untuk memupuk minat membaca di kalangan
masyarakat luar bandar.
Melalui bengkel ini, para penggalak pembaca mendapat lebih pengetahuan
dan kemahiran bagi mengendalikan Pusat Literasi Kanak-kanak di sesebuah
kawasan luar bandar khususnya bagi masyarakat FELDA. Pusat Literasi ini
menempatkan kanak-kanak pra sekolah yang dilatih dan dibimbing untuk
membaca. Selain itu, para penggalak pembaca juga dapat mengaplikasikan
8/7/2019 galakan membaca
11/24
11
ilmu yang diperolehi untuk mengadakan pelbagai aktiviti khususnya aktiviti
bercerita, kraftangan dan boneka bagi menggalakkan kanak-kanak sekolah
rendah tahap 1 dan 2 untuk datang ke perpustakaan.
m Pembelajaran Elektronik
Pusat Hipermedia Perpustakaan Negara Malaysia yang merupakan gerbang
dunia informasi hipermedia berperanan meningkatkan kesedaran literasi
maklumat dengan penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat.
Pusat Sumber Hipermedia Kanak-kanak ditempatkan di Perpustakaan
Kanak-kanak Perpustakaan Negara Malaysia. Pusat ini telah memulakan
perkhidmatannya pada 1 September 1994. Syarikat Esso di Malaysia telah
memberi sumbangan bagi penubuhan pusat ini sempena 100 tahun
penubuhan Syarikat Esso.
Pusat Sumber Hipermedia Kanak-kanak adalah tempat mengasah, melatih,
menarik minat dan mengembangkan kreativiti kanak-kanak serta
mendedahkan mereka kepada penggunaan teknologi maklumat dalam
bidang perkomputeran. Melalui pusat ini, kanak-kanak didedahkan kepada
pelbagai media sambil berinteraksi menerusi sentuhan jari (hands-on-
experimentation). Terdapat 5 sudut utama iaitu Sudut Bercerita, Sudut
Rakaman Kreatif, Sudut Muzik, Sudut Sains dan Sudut Seni. Sudut Seni
umpamanya merupakan sudut yang paling mendapat sambutan daripada
pengguna kanak-kanak. Ia menyediakan program yang membolehkan kanak-
kanak belajar membuat dan mewarnakan lukisan. Melalui daya imaginasi dan
kreativiti, kanak-kanak digalakkan untuk mencipta karya sendiri dengan
mengarang cerita atau karangan yang menarik dengan menggunakan
perisian yang berkaitan.
Mulai tahun 2001, Pusat Sumber Hipermedia telah bertukar wajah apabila
perisian Macintosh digantikan dengan perisian Windows. Melalui perisian
Windows, lebih banyak CD yang menarik dapat disediakan bagi memenuhi
8/7/2019 galakan membaca
12/24
12
keperluan kanak-kanak yang semakin aktif menggunakan pusat ini seperti di
rajah berikut:
Rajah 1 : Penggunaan Pusat Hipermedia Kanak-kanak PNM
TAHUN JUMLAH
2000 23,671
2001 22,903
2002 26,661
AKTIVITI GALAKAN PEMBACAAN PERINGKAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Secara amnya, adalah amat penting bagi kita untuk mengenali dan memikirkan
keperluan kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti galakan membaca. Ini
kerana galakan pembacaan dan penggunaan buku perlulah sesuai dengan
pertumbuhan mental dan keperluan asasnya seperti berikut :
23,67
1
26,661
22,903
2 1 , 0 0 0
2 2 , 0 0 0
2 3 , 0 0 0
2 4 , 0 0 0
2 5 , 0 0 0
2 6 , 0 0 0
2 7 , 0 0 0
2 0 0 0 2 0 0 1 2 0 0 2
8/7/2019 galakan membaca
13/24
13
a) Kanak-kanak 1-6 tahun
Imaginasi terhad
Bersifat ingin tahu
Amat mementingkan diri
Suka menyoal dan mengembangkan kebolehan memberi alasan
Sense of humour
Meniru perlakuan yang akan membentuk tabiat
Masa tumpuan yang singkat
b) Kanak-kanak 6-8 tahun
Imaginasi yang lebih jelas dan berkembang
Sudah mula belajar bergaul dan bekerjasama
Masa tumpuan tidak lama
c) Kanak-kanak 9-10 tahun
Daya imaginasi yang tinggi
Ingin merasa bebas dalam pemikiran dan perbuatannya
d) Kanak-kanak 10-12 tahun
Penuh imaginasi dan khayalan
Sudah agak bebas
Kuat, sukakan cabaran dan aktif
Kanak-kanak yang masih berada di dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun
mudah meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapanya kerana otaknya
sedang berkembang dengan baik. Hakikatnya, adalah tidak sukar untuk melatihanak kecil sayang dan cinta kepada membaca seperti dengan membelikan buku-
buku cerita yang menarik dan boleh memberikan teladan kepada anak-anak.
Mungkin pada peringkat permulaan, usaha ini tidak menampakkan kesan yang
memberangsangkan tetapi dalam jangka panjang usaha berterusan ini pasti
akan memberi kesan yang amat baik.
8/7/2019 galakan membaca
14/24
14
Antara satu kaedah galakan pembacaan di kalangan kanak-kanak adalah
dengan read-aloud. Penyelidikan menunjukkan bahawa sekiranya kita
membaca kepada kanak-kanak pada peringkat awal, masalah pembacaan akan
lebih berkurangan apabila mereka mula memasuki sekolah.
Perkhidmatan untuk kanak-kanak keseluruhannya diberi perhatian dan
dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam
Negeri. Perpustakaan Negara Malaysia mengadakan aktiviti gerakan membaca
secara berterusan yang berjadual di mana aktiviti-aktiviti tersebut dikendalikan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama institusi swasta, pelajar-
pelajar dan sukarelawan-sukarelawan yang berminat. Contoh aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia adalah seperti di Lampiran 2.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia kepada golongan sasaran kanak-kanak ialah:
/ Pinjaman Berkelompok
Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan pinjaman berkelompok
yang bermula pada bulan Mac 1979. Perkhidmatan ini diberi kepada bilik-bilik
bacaan dan perpustakaan-perpustakaan kecil di bawah pengendalian
pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan dan institusi-institusi tertentu
yang menitikberatkan perkhidmatan kepada orang ramai di kawasan-
kawasan yang jauh dan terpencil dari pusat bandar.
Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk memberi galakan dan sokongan
kepada pertubuhan, persatuan dan institusi dalam usaha menyediakan
kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat membaca di kalangan
masyarakat. Perkhidmatan ini juga dapat menampung koleksi sumber-sumber perpustakaan yang sedia ada di bilik-bilik bacaan dan perpustakaan-
perpustakaan kecil yang tidak mempunyai peruntukan buku yang lengkap.
Sebanyak 300 naskah buku boleh dipinjam pada tiap-tiap satu masa bagi
tempoh 3 bulan. Sebanyak 24 buah sekolah rendah telah menjadi ahli bagi
pinjaman berkelompok di bawah Program NILAM.
8/7/2019 galakan membaca
15/24
15
/ Penerbitan buku audio untuk golongan cacat penglihatan
Projek perintis ini merupakan usaha Perpustakaan Negara Malaysia dengan
kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan ditaja oleh Golden Arches
Restaurants Sdn. Bhd. (McDonalds Malaysia) pada tahun 1995. Sebanyak
10 judul buku dalam Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
bagi peringkat umur 10-17 tahun telah dipilih. Judul yang telah dipilih untuk
kanak-kanak ialah Merdeka! Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah, Ibu Yang
KuSayang karya Sharifah Hasnah Abdullah, Peristiwa di Rumah Api karya
Sikala dan Sayang Di Sayang karya Khairuddin Ayip.
/ Kem Komputer
Kem Komputer diadakan bermula pada tahun 1995 apabila Pusat Hipermedia
Kanak-kanak memulakan perkhidmatannya pada 1 September 1994. Kem
Komputer ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan
ExxonMobil yang telah memberi sumbangan setiap tahun untuk menjayakan
Kem Komputer ini. Para peserta adalah terdiri dari para pelajar tahap dua dan
sehingga kini kanak-kanak dari masyarakat luarbandar termasuk kanak-
kanak orang asli telah diberi peluang untuk mengikuti program ini setiap
tahun.
/ Bengkel Black Theatre
Bengkel Black Theatremerupakan teater yang dijalankan di dalam suasana
gelap yang mempunyai peralatan yang khusus. Bengkel ini diadakan dengan
mesej tertentu yang bertujuan untuk menghibur, menyampaikan maklumat
dan memberi teladan kepada penonton kanak-kanak. Bengkel ini diadakan
kepada pegawai dan kakitangan dari Perpustakaan Negara Malaysia dan
Perpustakaan Awam Negeri untuk memberi pendedahan kepada mereka
sebagai salah satu aktiviti galakan pembacaan yang menarik dan
bersesuaian kepada kanak-kanak.
8/7/2019 galakan membaca
16/24
16
/ Bengkel Wayang Kulit Melalui Pembacaan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memelihara seni persembahan wayang
kulit yang kian dilupakan oleh masyarakat hari ini khususnya golongan kanak-
kanak dan remaja. Bengkel yang diadakan ini adalah untuk menarik minat
golongan kanak-kanak dan remaja dan mengajak mereka untuk
mengaplikasikan hasil pembacaan dalam bentuk wayang kulit atau
penceritaan semula melalui wayang kulit.
/ Fun Learning
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pembacaan dan meningkatkan
penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak. Ia telah diadakan
bermula dari tahun 2002 dan telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memberi pendedahan
kepada kanak-kanak terhadap sesi pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Antaranya seperti Fun Learning With Colour Shadow Play, Fun Learning With
Water and Sand, Fun Learning With Mental Maths dan Giant Storybook.
Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kepada buku dan amat
berkaitan dengan pelbagai bahan bacaan di Perpustakaan Kanak-kanak
Perpustakaan Negara Malaysia.
/ Jejak IT
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada
kanak-kanak bahawa komputer boleh diguna untuk mengakses maklumat,
memberi kesedaran bahawa multimedia dapat memberi sumbangan dalam
pendidikan dan mendedahkan kepada senario semasa bahawa sumber
maklumat dapat diperolehi dengan cepat dan mudah melalui penguasaan
teknologi IT.
/ Kempen Keahlian
Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan kempen keahlian yang
telah diperluaskan dan melibatkan semua perpustakaan awam negeri yang
8/7/2019 galakan membaca
17/24
8/7/2019 galakan membaca
18/24
18
n Bookathon
Program ini telah dilaksanakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Objektif
program ini adalah seperti berikut:
a) Untuk menyemai minat membaca supaya ia boleh dijadikan gaya
hidup untuk diamalkan oleh semua keluarga.
b) Sebagai modul menggalak minat membaca.
c) Menyedarkan kepada masyarakat terutama kepada peserta program
bahawa membaca merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
d) Melalui pendekatan kaunseling berkelompok diharapkan dapat
meneroka sebab dan punca kurang minat membaca di kalangan
peserta supaya kesedaran ini dapat mengubah persepsi diri.
Kumpulan sasaran program ini adalah terdiri dari pelajar tahap 2 yang minat
membacanya adalah sederhana dari setiap sekolah rendah di daerah Kerian,
2 orang ahli keluarga yang terdiri dari ayah dan ibu, 64 orang guru-guru Pusat
Sumber Sekolah Rendah Daerah Kerian dan 44 orang pegawai-pegawai dari
PTD, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, JPN serta Ketua-ketua
Jabatan peringkat daerah berkaitan.
n Bookstart
Projek ini telah dijalankan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur. Ia merupakan
projek gerakan membaca untuk keluarga dan anak yang berumur 1 hingga 4
tahun. Keluarga dipilih adalah dari dua kawasan perumahan awam DBKL
iaitu kawasan perumahan Awam Gombak Setia dan Jalan Jelatik. Projek ini
dijalankan dalam masa satu tahun iaitu dari bulan Ogos 2001 sehingga bulan
Ogos 2002. Pada peringkat awal ibubapa akan diberi penerangan mengenai
kanak-kanak melalui beberapa siri ceramah dan bengkel sementara anak-
anak pula akan diberikan pendedahan awal menggunakan perpustakaan
melalui aktiviti-aktiviti di dalam perpustakaan.
8/7/2019 galakan membaca
19/24
19
n Read To Me
Projek ini merupakan projek yang telah dijalankan oleh Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Projek ini merupakan projek untuk
melibatkan orang dewasa (ibubapa dan ahli keluarga) serta anak-anak di
rumah. Projek ini bertujuan untuk menggalakkan seluruh anggota keluarga
berjinak-jinak dengan buku dan bahan-bahan bacaan lain yang dijadikan
sebagai salah satu aktiviti keluarga.
Pelaksanaan program adalah dalam bentuk bengkel kepada fasilitator yang
telah dipilih dan juga peserta-peserta yang terdiri dari ibubapa. Latihan
intensif dalam bentuk ceramah dan bengkel telah diadakan meliputi tajuk-
tajuk kepentingan membaca, proses membaca, pendekatan, kaedah dan
teknik dalam pengajaran membaca para peringkat kanak-kanak.
PENGGUNAAN BUKU KANAK-KANAK
Pinjaman buku kanak-kanak merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia untuk menggalakkan minat membaca di
kalangan kanak-kanak. Pada tahun 2002 sebanyak 276,270 naskah telah
dipinjamkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 109,881 naskah adalah dari
koleksi kanak-kanak seperti di rajah berikut:
8/7/2019 galakan membaca
20/24
20
Rajah 2 : Jumlah Pinjaman Buku Kanak-kanak PNM
TAHUN KANAK-KANAK
2000 156,001
2001 127,593
2002 109,881
Sebanyak 215,000 koleksi bahan bacaan terdapat di Perpustakaan Kanak-kanak
Perpustakaan Negara Malaysia. Bidang perkara yang tertinggi penggunaannya
adalah Fiksyen diikuti Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Bahasa.
PERANCANGAN MASA DEPAN
Perpustakaan Negara Malaysia akan meneruskan usaha untuk menggalakkan
pembacaan dan penggunaan buku kepada kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak
perlu diberi pendedahan kepada buku dan bahan-bahan bacaan yang
bersesuaian semasa mereka masih bayi lagi. Bagi memastikan keberkesanan,
usaha ini perlu ditambah dengan program dan aktiviti galakan pembacaan yang
K A N A K -K A N A K
156,001
109,881
127,593
0
2 0 ,0 0 0
4 0 ,0 0 0
6 0 ,0 0 0
8 0 ,0 0 0
1 0 0 ,0 0 0
1 2 0 ,0 0 0
1 4 0 ,0 0 0
1 6 0 ,0 0 0
1 8 0 ,0 0 0
2 0 0 0 2 0 0 1 2 0 0 2
K A N A K -K A N A K
8/7/2019 galakan membaca
21/24
21
bersesuaian. Antara perancangan masa depan Perpustakaan Negara Malaysia
yang melibatkan kanak-kanak adalah seperti berikut:
Pangkalan Data Pembacaan dan Literasi Maklumat Malaysia
Pembinaan Pangkalan Data Pembacaan dan Literasi Maklumat Malaysia
akan dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama
dari Perpustakaan Awam Negeri dan institusi-institusi terlibat. Pangkalan data
ini berasaskan laman web dan berbentuk interaktif bagi membolehkan orang
ramai memberi atau berkongsi pengalaman dan pendapat bagi tujuan
penambahbaikan atau perubahan agar program galakan membaca yang
lebih berkesan dapat dijalankan.
Ia secara asasnya akan mengandungi maklumat-maklumat berkaitan
program atau projek galakan membaca, penerbitan, taburan perpustakaan
awam di Malaysia, penggiat pembacaan, kajian, dasar, kalendar aktiviti,
persepakatan pintar, glosari dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan-perpustakaan awam dan lain-
lain institusi/agensi yang terlibat. Objektif pangkalan data ini ialah:
a) Untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti pembacaan dan literasi
maklumat yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia,
Perpustakaan Awam Negeri dan lain-lain.
b) Untuk menggalak orang ramai menyertai aktiviti-aktiviti galakan membaca
yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan
Awam Negeri dan pihak lain.
c) Sebagai platform untuk melahirkan penggiat pembacaan yang berminat
melakukan aktiviti galakan pembacaan dan literasi maklumat.
d) Sebagai wadah menjalinkan persepatakan pintar dengan pihak swasta,
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.
8/7/2019 galakan membaca
22/24
22
Senarai Bacaan Terpilih Kanak-kanak
Ia merupakan satu projek yang sedang diusahakan yang bertujuan untuk
mengumpul bahan-bahan bacaan kanak-kanak yang terdiri daripada buku
fiksyen, bukan fiksyen serta kamus dan ensiklopedia. Ia adalah penting
kepada masyarakat terutamanya ibubapa untuk mendapatkan pilihan
berkaitan bahan bacaan yang bersesuaian untuk kanak-kanak mengikut
kategori umur. Senarai ini boleh dijadikan panduan atau rujukan kepada
ibubapa, guru, pelajar, pustakawan dan penyelidik tentang bahan bacaan
yang sesuai untuk kanak-kanak. Objektif Senarai Bacaan Terpilih Kanak-
kanak adalah:
a) Memberi maklumat berkaitan senarai bacaan terpilih kanak-kanak kepada
masyarakat umum.
b) Menggalak ibubapa memilih bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-
kanak.
c) Sebagai satu usaha untuk menggalak aktiviti pembacaan kepada kanak-
kanak.
Bengkel Bercerita Peringkat KebangsaanPerpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Bengkel Bercerita
Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Bengkel ini bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti bercerita atau story
tellingkepada pustakawan, guru-guru atau mereka yang terlibat dalam aktiviti
pembacaan. Bagi menambahkan keberkesanan bengkel, Perpustakaan
Negara Malaysia akan bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Negeri,
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi lain.
Bengkel ini akan melibatkan pencerita profesional dari luar negara dan
tempatan.
8/7/2019 galakan membaca
23/24
23
CABARAN PERPUSTAKAAN
Peranan perpustakaan adalah amat penting dalam melaksanakan
program/aktiviti galakan pembacaan secara berterusan. Ini kerana pada masa
yang sama perpustakaan perlu memperkukuhkan fungsi dan peranan bagi
menghadapi cabaran ICT. Dunia kanak-kanak kini adalah dunia yang dipenuhi
dengan wajah televisyen, internet, play station, VCD dan pelbagai mainan
berkaitan komputer yang semakin hari semakin canggih. Adalah amat perlu kita
menarik mereka kembali ke dunia buku dengan mempelbagaikan program dan
aktiviti galakan pembacaan. Perpustakaan kini perlu lebih kreatif dan imaginatif
dalam mencari idea dan usaha baru menghasilkan program/aktiviti galakan
pembacaan.
Sejajar dengan itu, perpustakaan sentiasa perlu menjalinkan kerjasama dengan
pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta berganding
bahu melaksanakan program/aktiviti galakan pembacaan dengan lebih berkesan.
Bagi menarik perhatian masyarakat terhadap program/aktiviti galakan
pembacaan, program promosi dan publisiti perlu dijadikan sebagai agenda yang
amat penting. Ini kerana peranan media massa khususnya media elektronik dan
media cetak adalah amat penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan
program/aktiviti yang dijalankan. Tidak dinafikan bahawa, promosi dan publisiti
yang telah dibuat oleh pihak RTM, TV3 dan NTV7 serta akhbar utama seperti
Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, Metro, Star, dan pelbagai
akhbar lain dan majalah telah berjaya menambahkan kepekaan masyarakat
terutamanya masyarakat luar bandar tentang program Bulan Membaca
Perpustakaan Negara Malaysia. Secara perlahan-lahan ia bagaikan suntikan
yang mampu untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pembacaan
dijadikan sebagai satu gaya hidup.
8/7/2019 galakan membaca
24/24
Hakikatnya juga, fenomena Harry Porter boleh dijadikan sebagai satu
cabaran bagi penulis di Malaysia untuk menghasilkan karya yang lebih baik bagi
mengikuti selera kanak-kanak. Sekurang-kurangnya Harry Porter telah berjaya
membawa kanak-kanak kembali ke dunia buku. Sesungguhnya J.K Rowling
telah berjaya mengghairahkan budaya membaca dan secara tidak langsung
meningkatkan minat membaca. Inilah sumbangan terbaik Harry Porter pada
dunia pembacaan. Malah kejayaan besar dua buah filem yang didasarkan dari
dua buku pertama itu telah meningkatkan jualan buku. Adalah menjadi harapan
agar adanya versi Harry Porter Malaysia yang juga mampu untuk memberi
suntikan baru kepada galakan pembacaan dan khususnya penggunaan buku
serta penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia.
KESIMPULAN
Wawasan kerajaan adalah untuk melahirkan komuniti yang berilmu dan
bermaklumat menjelang tahun 2020. Sejajar dengan wawasan tersebut,
Malaysia perlu memupuk masyarakat yang gemar membaca bagi melahirkan
masyarakat yang cintakan ilmu serta sentiasa ghairah mendampingi ilmu.
Masyarakat yang berilmu akan dapat menghasilkan karya yang kreatif untuk
terus memperkayakan ilmu bangsa.
Perpustakaan merupakan komponen yang amat penting dalam perancangan
jangka panjang program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan
kebudayaan negara. Perpustakaan yang mempunyai sumber ilmu yang terkini
dalam pelbagai bidang perkara akan dapat membantu menyediakan ilmu
pengetahuan dan maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan pelbagai sumber ilmu
ini akan menyokong ke arah penganjakan dari ekonomi berasaskan pembuatan
(p-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan ilmu (k-ekonomi).
Top Related