Download - gelaran l1

Transcript
Page 1: gelaran l1

Baca dialog tersebut dengan sebutan yang jelas dan kesan kata gelaran yang

digunakan.

Auni : Hai, apa khabar Mia?

Mia : Khabar baik. Adakah awak tahu tentang pencemaran alam sekitar?

Auni : Ya, sudah tentu saya tahu, pencemaran berlaku di sana sini dan

pelbagai jenis pencemaran seperti udara, air dan bunyi.

Mia : Betul. Justeru, saya ingin mengajak awak menyertai kempen alam sekitar.

Adakah awak setuju dengan pelawaan saya ini?

Auni : Saya amat berminat dengan pelawaan awak. Walau bagaimanapun, saya

perlu mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam kempen

tersebut terlebih dahulu.

Mia : Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang kempen itu.

Antaranya ialah gotong-royong, ceramah alam sekitar dan aktiviti menanam

pokok hiasan di sekitar taman sekolah.

Auni : Menariknya! Baiklah Auni. Saya bersetuju untuk menyertai kempen alam

sekitar ini. Saya juga akan mencuba untuk mengajak adik saya menyertai

kempen ini.

Mia : Awak ada adik di sekolah ini? Oh, baguslah kalau begitu.

Auni : Ya, adik saya berada di Tahun 5.

Mia : Nanti saya akan daftarkan nama awak sebagai peserta kempen ini. Jika adik

awak berminat, awak boleh beritahu saya semula. Selamat tinggal, Auni.

Auni : Baiklah, selamat tinggal.