gelaran l1

2
Baca dialog tersebut dengan sebutan yang jelas dan kesan kata gelaran yang digunakan. Auni : Hai, apa khabar Mia? Mia : Khabar baik. Adakah awak tahu tentang pencemaran alam sekitar? Auni : Ya, sudah tentu saya tahu, pencemaran berlaku di sana sini dan pelbagai jenis pencemaran seperti udara, air dan bunyi. Mia : Betul. Justeru, saya ingin mengajak awak menyertai kempen alam sekitar. Adakah awak setuju dengan pelawaan saya ini? Auni : Saya amat berminat dengan pelawaan awak. Walau bagaimanapun, saya perlu mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam kempen tersebut terlebih dahulu. Mia : Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang kempen itu. Antaranya ialah gotong-royong, ceramah alam sekitar dan aktiviti menanam pokok hiasan di sekitar taman sekolah. Auni : Menariknya! Baiklah Auni. Saya bersetuju untuk menyertai kempen alam sekitar ini. Saya juga akan mencuba untuk mengajak adik saya menyertai kempen ini. Mia : Awak ada adik di sekolah ini? Oh, baguslah kalau begitu. Auni : Ya, adik saya berada di Tahun 5. Mia : Nanti saya akan daftarkan nama awak sebagai peserta kempen ini. Jika adik

description

bm

Transcript of gelaran l1

Page 1: gelaran l1

Baca dialog tersebut dengan sebutan yang jelas dan kesan kata gelaran yang

digunakan.

Auni : Hai, apa khabar Mia?

Mia : Khabar baik. Adakah awak tahu tentang pencemaran alam sekitar?

Auni : Ya, sudah tentu saya tahu, pencemaran berlaku di sana sini dan

pelbagai jenis pencemaran seperti udara, air dan bunyi.

Mia : Betul. Justeru, saya ingin mengajak awak menyertai kempen alam sekitar.

Adakah awak setuju dengan pelawaan saya ini?

Auni : Saya amat berminat dengan pelawaan awak. Walau bagaimanapun, saya

perlu mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam kempen

tersebut terlebih dahulu.

Mia : Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang kempen itu.

Antaranya ialah gotong-royong, ceramah alam sekitar dan aktiviti menanam

pokok hiasan di sekitar taman sekolah.

Auni : Menariknya! Baiklah Auni. Saya bersetuju untuk menyertai kempen alam

sekitar ini. Saya juga akan mencuba untuk mengajak adik saya menyertai

kempen ini.

Mia : Awak ada adik di sekolah ini? Oh, baguslah kalau begitu.

Auni : Ya, adik saya berada di Tahun 5.

Mia : Nanti saya akan daftarkan nama awak sebagai peserta kempen ini. Jika adik

awak berminat, awak boleh beritahu saya semula. Selamat tinggal, Auni.

Auni : Baiklah, selamat tinggal.