Geografi 23/2
Kerja Kursus
Nama calon : Ameer Azizi Bin Zulkarnain
Tingkatan : 3 Jaya
No. Kad Pengenalan : 970617146657
Angka Giliran :
Nama dan alamt sekolah : Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, 62520
Putajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tajuk Kerja Kursus : Ekosistem Hutan Belukar Terganggu Berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah
Guru Penilai : Puan Masni Binti Khamis
Bil. Aspek MarkahPenuh
MarkahDiperolehi
1 Tajuk 12 Senarai Kandungan 13 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif Kajian 26 Kawasan Kajian 87 Kaedah Kajian 28 Dapatan Kajian 259 Rumusan 210 Lampiran 211 Rujukan 212 Penilaian Umum 1
Aspek 1 – 7Aspek 9 – 12
25
Aspek 8 25Jumlah 50Tahap Pencapaian
...............................................
Tandatangan
Ekosistem Hutan Belukar Terganggu Berhampiran
Sekolah Sultan Alam Shah
Senarai Kandungan
Bil. Isi Kandungan Halaman Mukasurat
1 Tajuk
2 Penghargaan
3 Pendahuluan
4 Objektif Kajian
5 Kawasan Kajian
6 Kaedah Kajian
7 Dapatan Kajian
8 Rumusan
9 Lampiran
10 Rujukan
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan dapat juga saya
menyelesaikan kerja folio saya yang bertajuk Perkembangan Sistem Perhubungan
(Telekomunikasi) di Presint 15, Putrajaya. Folio ini penting buat saya kerana perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek Geografi.
Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak yang banyak membantu saya sepanjang
saya menyediakan folio saya ini. Pertamanya kepada Encik Ahmad Rosidi bin Ramli,
K.M.N.,A.M.N. merangkap Tuan Pengetua Sekolah Sultan Alam Shah, kerana beliau telah
memberi kebenaran untuk kami keluar untuk menyoal selidik dan bertemu ramah dengan
penduduk sekitar Presint 15, Putrajaya.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya Encik Zulkifli bin Aman kerana memberi
tunjuk ajar kepada saya menyiapkan folio ini. Jasa guru subjek saya amat dihargai kerana
memberi bimbingan serta nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari
semasa ke semasa.
Ribuan terima kasih juga kepada Rosliza binti Hanafi dan Zulkarnain bin Yop Nadzri
selaku ibu bapa saya kerana memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan
folio ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan
dari segi kewangan untuk tambang bas pergi dan kembali ke sekolah, dan sebagainya.
Kepada rakan-rakan saya iaitu Muhammad Adib bin Sulaiman dan Muhammad Shahrul
Akmal bin Jamaluddin kerana berhempas-pulas dalam menyiapkan projek ini. Bantuan mereka
dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi baik mereka yang
sanggup meluangkan masa bersama untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya hilang
dalam ingatan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan. Jasa anda amat saya hargai dan diingati
sepanjang masa.
Pendahuluan
Saya merupakan seorang daripada murid Tingkatan 3 di Sekolah Sultan Alam Shah,
Putrajaya. Saya telah memilih tajuk Ekosistem hutan belukar terganggu di Presint 1,Wilayah
Persukutuan Putrajaya adalah kerana kawasan ini terletak berdekatan sekolah saya. Sehubungan
dengan itu, kawasan ini memudahkan saya menjalankan kajian ini.
Tempoh yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan saya bermula dari Februari
sehingga Julai. Dalam tempoh masa itu, guru-guru telah memberi kebenaran kepada kami untuk
keluar ke kawasan kajian untuk mengambil serba sedikit maklumat penting .
Kajian Kursus Geografi ini diaplikasikan bagi memenuhi dan menepati syarat yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 3
pada tahun 2012.
Objektif Kajian
Antara objektif-objektif saya lakukan ketika membuat kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti konsep ekosistem hutan belukar
2. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
3. Menghuraikan kepentingan ekosistem hutan
4. Menghuraikan kesan ekosistem hutan terganggu
5. Mengenal pasti cadangan untuk mengurangkan kesan ekositem hutan terganggu
6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian dan dalam diri pelajar
Kawasan Kajian
Hutan belukar sekitar Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,Wilayah Persekutuan Putrajaya
terletak di bahagian tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi kawasan kajian tersebut
sangat dekat dengan Sekolah Sultan Alam Shah. Kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-
pokok renek dan lalang. Terdapat sebuah lebuhraya berdekatan dengan kawasan kajian tersebut.
Untuk pergi ke kawasan kajian tersebut, saya perlu melalui sebuah pagar yang terletak di
hujung sekolah. Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah yang rata. Kawasan kajian
terletak hampir 1 kilometer dari Pusat Beli Belah Alamanda. Sekolah Sultan Alam Shah terletak
200 meter dari kawasan kajian saya iaitu hutan belukar.
Peta Daerah
Kawasan Kajian
U
Peta Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan dengan beberapa kaedah kajian:
1. Pemerhatian
- Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan
dengan tajuk kajian iaitu ekosistem hutan terganggu di Sekolah Sultan Alam Shah. . Saya dapat
melihat banyak lalang tumbuh di situ dan denai-denai serta pokok-pokok menjalar yang tumbuh
dengan banyak sekali. Di kawasan belukar juga dihuni dengan pelbagai jenis haiwan seperti
monyet, ulat beluncas, burung, ular, kerengga dan lain-lain.
2. Soal selidik
- Saya juga telah mengagihkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada 20 orang responden yang
terpilih. Responden terdiri daripada kakitangan sekolah, guru Sekolah Sultan Alam Shah dan
orang awam. Soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan hutan
belukar dan kesan hutan terganggu.
3. Rujukan
- Saya telah membuat pelbagai rujukan daripada peta fotografi, internet, buku ilmiah dan majalah.
Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi hutan belukar berhampiran
Sekolah Sultan Alam Shah dan jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di situ.
Dapatan Kajian
8.1 - Konsep ekosistem hutan
Ekosistem ialah satu kawasan yang terdiri daripada komponen biotik ( manusia dan
haiwan lain ) dan komponen abiotik seperti cahaya matahari , udara , air , tanih , batu-batan ,
dan galian. Saiz sesebuah ekosistem berbeza-beza. Ekosistem terdapat dalam kolam , paya ,
ladang , hutan , gurun , dan padang rumput . Komponen-komponen ini sentiasa berinteraksi .
Interaksi di kalangan komponen-komponen ini dapat dilihat melalui proses aliran tenaga ,
kitaran udara , dan rantaian makanan . Komponen biotik dalam sistem ini ialah pengeluar
( tumbuhan ) , pengguna ( manusia dan haiwan lain ) , dan pengurai ( mikro-organisma
seperti fungi dan bakteria) . Interaksi antara komponen biotik dan abiotik menghasilkan satu
aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem itu .
Penerokaan sumber secara berleluasa akan mengganggu keseimbangan ekosistem ini .
Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi
sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada
suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.Ekosistem hutan terganggu apabila
terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi
untuk tujuan pembangunan.
8.2 – Kepentingan Ekosistem Hutan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
1. Membekalkan oksigen
Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya
akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis.
2. Zon Penampan mengawal hakisan
Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya
mengurangkan keporosan tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan
mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi
penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.
3.Kawasan Tadahan Air Hujan
Kawasan hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan
air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan. Air
dari sinilah yang akan mengalir ke permukaan sungai-sungai utama.
4. Ekopelancongan dan rekreasi
Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar.
Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi unt uk penduduk sekitarnya seperti dijadikan
kawasan beriadah, berjogging, dan merehatkan minda bagi penduduk bandar.
5. Menyerap karbon dioksida
Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang
dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan
karbon dioksida di udara.
Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya
generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
8.3 - Faktor Yang Mempengaruhi Ekosistem Hutan Terganggu di Sekolah Sultan Alam
Shah
1. Pembinaan petempatan
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian
saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan
permintaan rumah menyebabkan hutan yang tinggal sedikit dimusnahkan. Ini menyebabkan
ekosistem hutan semakin pupus.
2. Pembinaan jalan raya
Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu.
pembinaan jalan raya telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah
membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan ditebang.
Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.
3. Pertambahan penduduk
Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan
meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan
petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan
kawasan hutan yang sangat luas.
4. Pembinaan sistem perparitan
Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit
konkrit dibina di kawasan hutan. Pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan
kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan
yang berdekatan terganggu.
Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem kawasan tempat
tinggal saya terpelihara .
8.4 Kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan kajian.
1. Rantaian makanan terjejas
Hutan belukar di kawasan kajian mempunyai banyak hidupan flora dan fauna. Salah satu
kesan yang akan berlaku iaitu rantaian makanan akan berkurang.Sekiranya tumbuhan utama
seperti lalang dihapuskan,maka banyak haiwan akan kehilangan sumber utama .Banyak
binatang yang akan mati dan ini akan menjurus kepada kehilangan flora dan fauna di
kawasan kajian.
2. Suhu meningkat
Putrajaya merupakan bandar yang mempunyai suhu yang tinggi. Kebanyakan kawasan di
Putrajaya mempunyai pokok-pokok yang boleh menyederhanakan suhu. Sekiranya kawasan
hutan belukar di kawasan kajian ditrokai, maka secara tidak lansung suhu di sekeliling
kawasan kajian akan menigkat.
3. Perubahan landskap.
Kawasan hutan belukar di kawasan kajian sememangnya indah nian. Sekiranya kawasan
tersebut diterokai, secara keseluruhannya pandang darat dan cirri-ciri fizikal kawasan kajian
akan terjejas dan akan mengubah keindahan kawasan tersebut.
4. Keselamatan nyawa terancam
Sekiranya kawasan kajian tersebut diterokai,pelbagai perkara buruk akan berlaku seperti
kualiti udara terjejas,suhu menigkat.Ini merupakan faktor dimana kesihatan orang awam
yang berada berdekatan dengan kawasan kajian akan terjejas terutamanya pelajar Sekolah
Sultan Alam Shah.Ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa
8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan
kajian.
1. Pembangunan terancang
Pihak kerajaan perlu merancang dengan lebih teliti untuk menorokai kawasan tersebut. Pihak
kerajaan perlu mencari kawasan yang lebih strategik untuk pembinaan sesuatu bangunan.
Pembangunan yang terancang dapat menghasilakan bandar yang kondusif.
2. Kempen alam sekitar.
Kempen kesedaran alam sekitar juga perlu diadakan untuk memberi kesadaran kepada pihak
yang terlibat dalam pembangunan. Remaja juga perlu diberikan pendedahan tentang
kepentingan hutan belukar tersebut.
3. Pendidikan alam sekitar.
Pendidikan tentang alam sekitar juga perlu diterapka dalam sektor pendidikan. Pendidikan
alam sekitar boleh diselitkan dalam matapelajaran geografi. Pendidikan alam sekitar bertujuan
sebagai pendedahan awal untuk generasi akan datang.
4. Penyelidikan dan pembangunan.
Penyelidikan perlu diadakan oleh pihak kerajaan untuk mengkaji tentang cara untuk
mengekalkan kesuburan tanih di kawasan hutan belukar di kawasan kajian. Penyelidikan
adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan kawasan hutan belukar di kawasan kajian
untuk genarasi akan datang.
Bahan grafik
a) Berdasarkan pemerhatian , saya dapat menghasilkan peta minda mengenai Faktor Yang Menyebabkan Ekosistem Hutan Terganggu di Hutan Belukar, Presint 1 , Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Faktor yang menyebabkan
Ekosistem Hutan Belukar
Terganggu Berhampiran
Sekolah Sultan Alam Shah
Pembinaan jalan raya
Pembinaan pembangu
nan
Pertambahan
penduduk
Pembinaan Sistem
Perparitan
b) Berdasarkan pemerhatian, saya dapat menghasilkan carta aliran mengenai antara Kepentingan Ekosistem Hutan Belukar di Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya .
Rumusan
Akhirnya, Kerja Kursus Geografi ini telah dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Ini adalah
kerana maklumat dan data yang terdapat dalam kerja kursus ini telah berjaya memenuhi dan
mencapai objektif kajian dengan sempurna.
Kajian ini telah dijalankan bagi memenuhi syarat Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan
juga bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang ekosistem hutan yamg terganggu di
kawasan petempatan pelajar.
Oleh itu, melalui kajian ini , para pelajar dapat menyedari akan kepentingan menjaga
hutan yang terdapat di Malaysia ini. Maka saya sebagai pelajar akan berasa lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan hutan yang terdapat di Malaysia ini.
Selepas ini, saya tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan sahaja untuk menjaga
ekosistem hutan dan untuk menyelesaikan masalah kekurangan ekosistem hutan.
Sesungguhnya , saya sebagai rakyat Malaysia perlu berasa lebih bertanggungjawab untuk
menjaga hutan kita ini.
Lampiran
Suasana di hutan belukar
Tumbuh-tumbuhan di hutan belukar
Rujukan
Buku Teks:
Abd. Rahim bin Md. Nor, Rozida binti Ismail, Jumaah binti Alias, 2004, Buku
Teks Geografi Tingkatan 3, Shah Alam, Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Buku rujukan :
Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng, 2009, SUCCESS Geografi PMR,Shah Alam,
Selangor, Oxford Fajar,
Internet :
http://www.smktd2geografi.blogspot.com/
http://www.sas.edu.my/portal/kenalisas/pengenalan.html