1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. MARY KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
GEOGRAFI
TINGKATAN DUA
ARAHAN: Jawab soalan 1 hingga 60. Tiap-tiap satu mengandungi 4 pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih SATU jawapan sahaja. Soalan 1 hingga 6 berdasarkan peta di bawah.
Peta 1
1. Kedudukan Pulau Dayang dari Hutan Lipur Bukit Indah ialah
A. timur laut
B. barat laut
C. barat daya
D. tenggara
GEOGRAFI 1 ½ JAM
OKT 2010
2
2. Apakah simbol yang digunakan untuk menunjukkan kemudahan penginapan kepada pelancong?
A. Simbol huruf
B. Simbol angka
C. Simbol lukisan
D. Simbol bergambar
3. Aktiviti berenang dan sukan air boleh dilakukan di
A. Pantai Damai
B. Sungai Anggun
C. Gua Ceria
D. Air terjun
4. Berapakan bearing sudutan jeti dari Hutan Lipur Bukit Indah?
A. 400
B. 1450
C. 2450
D. 3250
5. Pelancong boleh mendapatkan maklumat mengenai kawasan pelancongan dan tempat-tempat menarik di
A. hotel
B. pusat kraftangan
C. rumah persinggahan
D. pusat penerangan pelancongan
6. Ciri fizikal yang manakah diwakili oleh symbol bergambar?
I. Gua Ceria
II. Air terjun
III. Pantai Damai
IV. Rumah persinggahan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Rajah 1
7. Berdasarkan Rajah 1, kawasan yang berlorek merujuk kawasan
A. penanaman nanas
B. penanaman padi
C. penanaman getah
D. penanaman kelapa sawit
3
Rajah 2
8. Apakah faktor utama berlakunya migrasi seperti dalam Rajah 2?
I. Dasar kerajaan
II. Kestabilan politik
III. Peluang pekerjaan
IV. Kekurangan infranstruktur
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Tujuan pembinaan terowong di atas adalah untuk mengatasi masalah
A. banjir kilat
B. pencemaran
C. setinggan
D. kesesakan lalu lintas
10. Waktu tempatan di Bandar P dalam Jadual 1 ialah….
Bandar Longitud Waktu
Q 300B 6.00 pagi
P 1050T ?
Jadual 1
A. 3.45 pagi
B. 8.15 pagi
C. 3.00 petang
D. 9.00 malam
11. Bandar Y terletak di Garisan Meridian Pangkal dan waktu tempatannya adalah pukul 2.30 petang.
Apakah waktu tempatan di bandar X yang terletak di 600B?
A. 9.30 pagi
B. 10.30 pagi
C. 11.30 pagi
D. 12.30 tengah hari
12. Kawasan yang manakah mempunyai taburan penduduk paling padat di Malaysia?
A. Lembah Kinta
B. Lembah Klang
C. Dataran Kelantan
D. Dataran Kedah-Perlis
13. Kawasan yang manakah mempunyai taburan penduduk jarang di Malaysia?
A. Taiping
B. Tasik Chini
C. Kerteh
D. Kinta
Encik Yamaha (Jepun)
Encik Michael (Jerman)
MALAYSIA
Terowong SMART
4
14. Faktor utama kepadatan penduduk yang tinggi di Lembah Klang ialah
A. tanah pamah yang luas
B. tanih aluvium yang subur
C. bebas daripada bencana alam
D. pusat perdagangan dan perindustrian
15. Impak terhadap alam sekitar akibat pertambahan penduduk ialah
A. kesuburan tanih dikekalkan
B. kawasan tadahan hujan terjamin
C. spesis flora dan fauna terancam
D. struktur tanah di cerun bukit stabil
Peta 2
16. Apakah faktor yang menggalakkan migrasi penduduk ke kawasan berlorek dalam Peta 2?
I. Peluang pekerjaan
II. Kemudahan sosial
III. Melanjutkan pelajaran
IV. Kos hidup yang renda
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
17. Negara-negara membangun menghadapi masalah untuk membangunkan sumber semulajadi kerana
A. tahap teknologi rendah
B. kekurangan tenaga buruh
C. penduduk kurang
D. pasaran terhad
18. Pernyataan manakah menepati konsep penduduk optimum?
A. Daya tampung penduduk rendah
B. Saiz penduduk kurang daripada sumber semulajadi yang ada
C. Jumlah penduduk dapat menerokai sumber dengan sepenuhnya
D. Sumber yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduk
5
19. Faktor budaya manakah yang mempengaruhi pelancong asing melawat ke negara Malaysia dalam Rajah 3?
Rajah 3
I. Tempat bersejarah
II. Politik yang stabil
III. Air laut yang jernih
IV. Tanah tinggi yang nyaman
E. I dan II
F. I dan IV
G. II dan III
H. III dan IV
20. Kombinasi manakah benar tentang kawasan dan faktor tumpuan penduduk?
Kawasan Faktor Tumpuan Penduduk
I Tanjung Karang Pertanian
II Lembah Klang Perindustrian
III Lembah Kinta Perkilangan
IV Dataran Kelantan Perdagangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Jalan raya berturap awal telah dibina untuk mengangkut hasil pertanian dan bahan mineral ialah dari Kuala
Lumpur ke
A. Port Weld
B. Teluk Anson
C. Port Swettenham
D. Tanjung Ketapang
22. Bangladesh mengalami kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi kerana
I. kekurangan modal
II. peluang pekerjaan terhad
III. kekurangan bekalan tenaga buruh
IV. banyak sumber semula jadi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Sebab-sebab Pelancong Asing Suka Melawat ke Negara Malaysia
Kemudahan pelancongan Pusat peranginan tanah tinggi
Keadaan politik yang stabil
Gua batu kapur yang menarik Pantai berpasir dan berair jernih
Tempat bersejarah
6
The
Mines
Bandar Puchong
23. Huraian di atas boleh menyebabkan sesebuah negara mengalami keadaan kadar
A. kematian menurun
B. kelahiran menurun
C. kematian meningkat
D. kelahiran meningkat
24. Rajah 4 menunjukkan persamaan perkembangan ketiga-tiga kawasan.
Rajah 4
Maklumat di atas mempunyai persamaan dari segi
A. pembukaan rancangan tanah
B. pemuliharaan tanah bekas lombong
C. penambakan laut untuk pembangunan
D. penebusgunaan kawasan paya air tawar
25. Pembukaan kawasan tanah rancangan bagi penanaman kelapa sawit telah mewujudkan petempatan
A. berkelompok
B. berselerak
C. berpusat
D. berjajar
26. Apakah faktor utama yang menyebabkan penduduk berpindah ke bandar?
A. Budaya
B. Keselamatan
C. Galakan kerajaan
D. Peluang pekerjaan
27. Pernyataan yang manakah benar mengenai negara-negara di atas?
I. Kadar pengangguran tinggi
II. Peratus penduduk warga tua tinggi
III. Sumber semula jadi yang mencukupi
IV. Ramai penduduk tinggal di kawasan bandar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Batang
Berjuntai
Perancangan keluarga
Tahap pendidikan yang tinggi
Kanada
Australia
7
28. Maklumat di atas dikaitkan dengan negara
A. Australia
B. Jepun
C. Ethiopia
D. Singapura
29. Pengangkutan udara penting di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana dapat meningkatkan
A. migrasi penduduk
B. pendapatan negara
C. pengangkutan kargo
D. darjah ketersampaian
30. Kesan-kesan negatif proses pembandaran ialah
I. kesesakan lalu lintas
II. pencemaran udara
III. kadar jenayah tinggi
IV. taraf hidup penduduk meningkat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Soalan 31 hingga Soalan 33 berdasarkan Peta 3
Peta 3: SEMENANJUNG MALAYSIA
31. Jenis migrasi penduduk dalam Peta 3 dikenali sebagai migrasi….
A. bandar ke luar bandar
B. luar bandar ke bandar
C. luar bandar ke luar bandar
D. bandar ke bandar
Pendapatan per kapita tinggi
Saiz penduduk kecil
Teknologi tinggi
8
32. Antara yang berikut, yang manakah kesan pergerakan penduduk seperti dalam Peta 3?
I. Mengurangkan kadar kemiskinan
II. Memajukan perindustrian
III. Menambahkan infranstruktur
IV. Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
33. Kawasan X mungkin sekali
A. Felda Air Tawar
B. Felda Taib Andak
C. Felda Palong Timur
D. Felda Jengka
34. Pernyataan manakah merupakan kesan negatif pembandaran di Tokyo?
A. Banjir
B. Setinggan
C. Harga tanah mahal
D. Pengangguran
Rajah 5
35. Apakah kebaikan utama penggunaan pengangkutan di atas?
A. Menjimatkan kos
B. Mengurangkan kesesakan lalu lintas
C. Memudahkan pengangkutan barangan
D. Menghubungkan kawasan luar Bandar
36. Antara kesan yang berikut, yang manakah mungkin sekali kesan yang dialami petempatan bandar pada masa
kini?
I. Nilai hartanah merosot
II. Pencemaran alam sekitar
III. Kemudahan asas bertambah
IV. Tempat kediaman bertambah
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
9
37. Pernyataan manakah menerangkan kedua-dua empangan di atas?
I. Membekalkan tenaga elektrik
II. Sumber air untuk pertanian dan perindustrian
III. Bekalan air domestik
IV. Membekalkan sumber protein
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
38. Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan sistem telekomunikasi ialah
A. penjimatan kos
B. permintaan pengguna
C. perkembangan teknologi
D. bekalan buruh mencukupi
Soalan 39 dan Soalan 40 berdasarkan peta di bawah.
Peta 4: DUNIA
39. Kawasan yang manakah yang mempunyai ciri-ciri penduduk seperti Negara X?
A. I
B. II
C. III
D. IV
40. Sumber semula jadi di Negara X melebihi keperluan penduduknya. Negara X dikatakan mengalami
A. kurang penduduk
B. penduduk optimum
C. penduduk seimbang
D. penduduk berlebihan
Empangan Muda
Empangan Klang Gate
10
41. Kombinasi manakah yang benar tentang pola petempatan dan contohnya?
Pola Petempatan Contoh
A Berselerak Tanah rancangan
B Berjajar Landasan kereta api
C Berpusat Kebun kelapa
D Berkelompok Kawasan benteng
42. Keperluan pengangkutan kereta api dari Taiping ke Port Weld pada awalnya dikaitkan dengan
A. kayu balak
B. batu kapur
C. bijih timah
D. getah
43. Sumbangan utama pembinaan landasan kereta api di atas ialah
A. penduduk bertambah pesat
B. kegiatan ekonomi berubah
C. harga tanah sekitar meningkat
D. kawasan pantai menjadi tumpuan penduduk
44. Penumpuan penduduk ke bandar-bandar berikut adalah disebabkan fungsinya sebagai pusat
A. perindustrian
B. pelancongan
C. pentadbiran
D. kebudayaan
45. Kawasan di atas menjadi tumpuan penduduk kerana
A. aktiviti pertanian
B. berhampiran dengan pelabuhan
C. kegiatan perlombongan
D. petempatan awal
46. Apakah sumbangan sistem satelit kepada negara?
I. Mempercepatkan perjalanan
II. Meningkatkan perdagangan antarabangsa
III. Menyampaikan maklumat dengan segera
IV. Membolehkan penyiaran secara langsung
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Kuching
Shah Alam
Kota Kinabalu
Seremban Port Dickson
Kuala Lumpur Port Swettenham
Tanjung Karang, Selangor
Dataran Kelantan, Kelantan
11
47. Lebuh raya Utara – Selatan di Semenanjung Malaysia melalui bandar-bandar berikut kecuali
A. Ipoh
B. Raub
C. Alor Setar
D. Seremban
48. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan perkhidmatan rel bersepadu?
I. Mengurangakan kesesakan lalu lintas
II. Mengurangkan pencemaran udara
III. Mengangkut barangan pukal
IV. Memendekkan masa perjalanan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
49. Antara berikut, yang manakah tindakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan masalah setinggan di Bandar?
A. Merendahkan harga rumah
B. Memaksa penghuninya berpindah
C. Memberikan pinjaman perumahan
D. Menambak pinggir laut
50. Pernyataan yang manakah dapat dikaitkan dengan maklumat di atas?
A. Taraf hidup menurun
B. Kadar kelahiran menurun
C. Peluang pekerjaan berkurangan
D. Migrasi penduduk berkurangan
51. Mengapakah negara-negara Kanada dan Australia mengalami kadar kelahiran yang rendah?
A. Kurang kemudahan perubatan
B. Perumahan yang sempurna
C. Pengamalan perancangan keluarga
D. Kurang peluang pekerjaan
52. Eksploitasi sumber terbatas di negara kurang penduduk kerana
A. tahap teknologi rendah
B. tahap pendidikan rendah
C. kurang tenaga pekerja
D. kos penerokaan tinggi
53. Faktor-faktor yang manakah yang menyebabkan penurunan kadar kelahiran di negara Malaysia sejak tahun
1990?
I. Kemudahan perubatan
II. Pengamalan perancangan keluarga
III. Kaum wanita melanjutkan pelajaran
IV. Pemakanan seimbang dan berkhasiat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Wanita berpendidikan tinggi
Amalan perancang keluarga
12
54. Huraian dalam senarai di atas berkaitan dengan
A. kerajaan elektronik
B. tele-sidang
C. sekolah bestari
D. tele-perubatan
55. Stesen satelit bumi Malaysia terletak di
A. Kuantan
B. Pasir Gudang
C. Petaling Jaya
D. Seremban
56. Apakah faktor X?
A. Suhu sederhana
B. Petempatan awal
C. Tempat bersejarah
D. Pusat membeli-belah
57. Persamaan kedua-dua sekolah berikut ialah….
A. pendidikan teknik dan vokasional
B. pendidikan berteraskan alam sekitar
C. pendidikan berteraskan sains pertanian
D. pendidikan berteraskan penggunaan ICT
58. Jaluran Koridor Raya Multimedia (MSC) merangkumi kawasan…
I. KLIA
II. Putrajaya
III. Johor Bahru
IV. Seremban
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Grass Roots Twin School, Kanada
Sekolah Bestari, Malaysia
Faktor X Pelancong Singapura Tanah Tinggi Genting
Tanah Tinggi Cameron
Bukit Fraser
Pengajaran melalui internet
Interaksi pelajar dengan pensyarah secara langsung
13
Negara X
Jangka hayat Lelaki: 75 tahun
Perempuan: 81 tahun
Kadar pertambahan penduduk 5.3 peratus
59. Negara X mungkin sekali…
A. India
B. Kanada
C. Malaysia
D. Bangladesh
60. Apakah sumbangan sistem satelit kepada negara?
I. Mempercepatkan perjalanan
II. Meningkatkan perdagangan antarabangsa
III. Menyampaikan maklumat dengan segera
IV. Membolehkan penyiaran secara langsung
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
(CIK NORAZIMAH BT ABD
TALIB)
(PN. NORHUDA BT ABDUL)
Ketua Panitia Geografi
SMK St. Mary
(PN. NG. SAU CHAN)
Guru Kanan Kemanusiaan
SMK St. Mary