Download - Gerhana Matahari

Transcript
Page 1: Gerhana Matahari

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebahagian atau se-

luruh cahaya Matahari samaada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya

matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari

yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

JENIS GERHANA

Gerhana penuh berlaku apabila beba-

yang bentuk gelap bulan mnyelubungi

dengan sepenuhnya cahaya matahari

Gerhana anulus/cincin berlaku apabila

matahari dan bulan betul-betul sebaris,

akan tetapi saiz bulan kelihatan kecil

daripada saiz matahari

Gerhana hibrid berubah antara gerhana

penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti

gerhana penuh di beberapa tempat pada

permukaan bumi sementara di tempat

lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana

anulus.

Gerhana separa berlaku apabila

matahari dan bulan tidak tepat sebaris

dan bulan hanya melitupi matahari den-

gan separa.

GERHANA DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

- Salah satu sejarah gerhana matahari yang paling penting adalah gerhana

matahari anulus pada 27 Januari 632.

- Ia boleh dilihat di Madinah semasa hayat Nabi Muhammad dan bertem-

bung dengan kematian anak kecil baginda, Ibrahim. Nabi menyatakan den-

gan jelas dan pasti bahawa gerhana matahari dan bulan bukanlah petanda

buruk, tetapi kejadian alam semesta yang menunjukkan betapa besar ke-

kuatan dan ilmu Allah Yang Maha Agung.

- Sejak menerima risalah kenabian pada Ogos 610 M sehinggalah kewafa-

tan baginda pada 12 Rabiul awal 11 H (Jun 632 M), hanya ada terdapat

lima kali gerhana matahari yang berlaku berhampiran Semenanjung Arab

PPPG 2962 PENGANTAR ASTROFIQH DAN KOSMOFIQH

PENSYARAH :

- PROF. MADYA DR. IBNOR AZLI IBRAHIM

- EN. MOHD HAFIZ SAFIAI

NAMA :

NURUL IZATI MOHD KHAIRI A154430

NUR LIYANA ABD KARIM A154460

NABILAH ABD ROUB A155136