Download - Guling Sisi (Tahap 1)

Transcript
Page 1: Guling Sisi (Tahap 1)

Tajuk Kemahiran : Guling Sisi (Pola Pergerakan Putaran)Alatan : Tilam 8’ x 4’, Kon, pundi kacang

Fasa Butiran Mengajar Gambarajah

Permulaan( 5 minit )

Aktiviti Warm Up : Wakenabeb- Murid bergerak secara bebas dalam kawasan yang ditandakan.- Murid-murid dikehendaki melakukan mana-mana imbangan yang telah

dipelajari, sekiranya gagal, murid tersebut akan didenda.

Perkembangan( 16 minit )

Ansur Maju 1 : Peringkat Bayi- Murid duduk secara melutut, kedua-dua tangan diatas lutut, dan badan

dirapatkan ke lutut.- Murid meggerakkan badan dari sisi sebelah kanan ke kiri secara perlahan

dan kembali semula ke posisi permulaan.- Ulang aktiviti dalam arah yang bertentangan.

Ansur Maju 2 : Peringkat Kanak-kanak- Murid berada dalam keadaan melutut (kedua-dua tangan didepakan)- Murid memulakan pergerakan daripada sisi sebelah kanan ke kiri secara

perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal.- Ulang aktiviti dalam arah yang bertentangan.

Kemuncak( 5 minit )

Permainan ‘We Are The Champion’

- Murid diagihkan kepada 4 kumpulan.- Setiap murid dikehendaki melakukan kemahiran guling sisi yang dipelajari

dalam setiap bahagian tanpa menjatuhkan pundi kacang yang dipegang.- Kumpulan yang mengumpul pundi kacang terbanyak dikira sebagai

pemenang.

Penutup( 4 minit )

Aktiviti Penyejukan badan : Rest and Relax

- Membuat pergerakan kelonggaran- Guru mengulang kembali kemahiran yang telah dipelajari pada hari

tersebut.