8/14/2019 Hadis-hadis Lemah dan Palsu Fadilat Surah Yasin
1/2
Hadis-hadis TentangFadilat Surah Yasin
SemuaLemahdanDusta
Oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surah Yasin, baik pada
malam Jumaat, ketika setiap kali menghadapi peperiksaan (UPSR, PMR, SPM -pent), meraikan kematian, ziarah kubur, memperingati ulang tahun kematian ke 40
hari, dan tahunan, membuka atau menutup majlis taklim, ketika ada atau setelah
kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.
Saking seringnya surah Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehinggaorang merasakan bahawa Al-Quran itu hanyalah berisi surah Yasin saja. Dan kebanyakan orangmembacanya memang kerana terngiur oleh fadilah atau keutamaan surah Yasin dari hadis-hadisyang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka.
Al-Quran yang diwahyukan Allah terdiri daripada 30 juz. Semua surah dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya. Oleh kerana itusangat dianjurkan agar umat Islam sentiasa membaca Al-Quran. Dan kalau sanggup hendaknyamenghatamkan Al-Quran setiap minggu sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekaliatau khatam setiap bulan sekali. [1]
Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahasmasalah ini bukan bererti penulis melarang atau mengharamkan membaca surah Yasin.
Sebagaimana surah-surah Al-Quran yang lain, surah Yasin juga harus kita baca. Akan tetapi di sinipenulis hanya ingin menjelaskan kesalahan mereka yang menyandarkan tentang fadilat dankeutamaan surah Yasin kepada Nabi.
Selain itu, untuk menegaskan bahawa tidak ada contohnya dari Nabi saw membaca surah Yasinsetiap malam Jumaat, setiap memulai atau menutup majlis ilmu, ketika dan setelah kematian,persediaan menghadapi peperiksaan dan lain-lain.
Mudah-mudahan keterangan berikut ini tidak membuat patah semangat, tetapi malah memotivasiuntuk membaca dan menghafalkan seluruh isi Al-Quran serta mengamalkannya.
Kebanyakan umat Islam membaca surah Yasin kerana -sebagaimana dikemukakan di atas- fadilatdan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukankajian dan penelitian tentang hadis-hadis yang menerangkan fadilat surah Yasin, penulis dapati
semua hadis berkaitan dengannya adalah lemah dan palsudan tidak boleh diamalkan.
Mengamalkannya serupa dengan berdusta atas nama Nabi.
Penjelasan Tentang Kedudukan HadisAdapun hadis-hadis yang semuanya dhaif (lemah) dan atau mauduk (palsu) yang dijadikan
dasar tentang fadilat surah Yasin di antaranya adalah sebagai berikut:
[1]. Siapa yang membaca surah Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagihari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat makaketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya". [2]
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini PalsuIbnul Jauzi mengatakan, hadis ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam
Daruquthni berkata: Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadis ini adalah tukang
memalsukan hadis. [
3
]
1Hadis-hadis sahih dari Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya
2Ibnul Jauzi Al-Maudhu'at 1/247.
3Lihat Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944.
" Man kazaba a'laiya
muta'ammidanfalyatabawwa maq'adahu
minannaar".
Dari Abi Hurairah, ia
berkata. Telah bersabda
Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang
berdusta atasku (yakni
atas namaku) dengan
sengaja, maka hendaklah
ia mengambil tempat
duduknya (yakni tempat
tinggalnya) di neraka.[H.R. Imam Bukhari (1/36)
dan Muslim (1/8) dll.]
Dari Abi Hurairah, ia
berkata. Telah bersabda
Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang
membuat-buat
perkataan atas (nama) ku
yang (sama sekali) tidak
pernah aku ucapkan,maka hendaklah ia
mengambil tempat
duduknya di neraka".[H.R. Ibnu Majah (No. 34)
dan Imam Ahmad bin
Hambal (2/321)]
Dari Salamah bin Akwa,
ia berkata. Aku telah
mendengar Nabi SAW
bersabda: "Barangsiapayang mengatakan atas
(nama)ku apa-apa
(perkataan) yang tidak
pernah aku ucapkan,
maka hendaklah ia
mengambil tempat
duduknya di neraka".[H.R. Imam Bukhari (1/35)
dll, diriwayatkan juga oleh
Imam Ahmad (4/47)
dengan lafaz yang sama]
"Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dengan yang batil
dan janganlah kamu sembunyikanyang hak itu sedangkan kamu
mengetahuinya."(Al-Baqarah: 42)
8/14/2019 Hadis-hadis Lemah dan Palsu Fadilat Surah Yasin
2/2
[2]. Siapa yang membaca surah Yasin pada malam hari
kerana mencari keridhaan Allah, niscaya Allahmengampuni dosanya".Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini Lemah
Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamulAusath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalamsanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari,ia munkarul hadis. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). [4]
[3]. Siapa yang terus menerus membaca surah Yasin
pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia matisyahid".Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini Palsu
Hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jamShaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id binMusa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh IbnuHibban sering memalsukan hadis. [5].
[4]. Siapa yang membaca surah Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semuahajatnya".
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini LemahIa diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin
Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadis ini tidakpernah bertemu Nabi. Sebab lahir sekitar tahun 24H danwafat tahun 114H. [6]
[5]. Siapa yang membaca surah Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Quran dua kali". [7].
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini Palsu [8]
[6]. Siapa yang membaca surah Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Quran sepuluh kali". [9]
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini Palsu [10]
[7]. Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hatidan hati (inti) Al-Quran itu ialah surah Yasin. Siapa yangmembacanya maka Allah akan memberikan pahalabagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Quransepuluh kali".
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini PalsuHadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi (No. 3048) dan
Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil binSulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata: Aku mendapatihadis ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil binSulaiman. Dan ini adalah hadis batil, tidak ada asalnya. [11]Imam Waqi' berkata: Ia adalah tukang dusta. Kata ImamNasa'i: Muqatil bin Sulaiman sering dusta. [12]
[8]. Siapa yang membaca surah Yasin di pagi hari makaakan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai petang. Dan siapa yang membacanya di awal malam(petang hari) maka akan dimudahkan urusannyamalam itu sampai pagi".
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini LemahHadis ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr
bin Zararah. Dalam sanad hadis ini terdapat Syahr binHausyab. Kata Ibnu Hajar: Ia banyak memursalkan hadisdan banyak keliru. [13]
[9]. Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang akanmati di antara kamu".
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini LemahDi antara yang meriwayatkan hadis ini adalah Ibnu Abi
Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadis inilemah kerana Abu Utsman, di antara perawi hadis iniadalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikianpula dengan ayahnya. Hadis ini juga mudtharib (goncangsanadnya/tidak jelas).
4Lihat Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I: 464-465.
5Lihat Tuhfatuz Zakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II: 159-160, LisanulMizan III: 44-45.
6Lihat Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177,Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahzib II:22.
7 Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman.8
Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syeikh Al-Albani.9
Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman.10
Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5798 oleh Syeikh Al-Albani.11
Lihat Silsilah Hadis Dha'if No. 169, hal. 202-203.12
Lihat Mizanul I'tidal IV:173.13
Lihat Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283.
[10]. Tidak seorangpun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang nazak) melainkan Allahakan memudahkan (kematian itu) atasnya".
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini PalsuHadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab
Akhbaru Ashbahan I:188. Dalam sanad hadis ini terdapatMarwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'iberkata, ia tidak boleh dipercaya. Imam Bukhari, Muslimdan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadis. Kata Abu'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadis. [14]
[11]. Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya
atau salah seorang dari keduanya pada hari jumaat,kemudian membacakan yasin, maka akan diampunkandosanya.
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini Palsu dan tiada asal Terdapat dalam sanadnya seorang yang bernama
Amar. Amar adalah seorang pemalsu hadis.[15]
[12] Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sebanyak seribu kali, maka sesungguhnyaa ia telahmembebaskan dirinya dari api neraka
Penjelasan Ulama Hadis: Hadis ini palsu
Penjelasan daripada Ulama Salaf
Abdullah bin Mubarakberkata:
Aku berat sangka bahawa orang-orang zindiq
(yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-
riwayat itu (hadis tentang fadilat surah-surah tertentu)[16]Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata:
Semua hadis yang mengatakan, barangsiapa
membaca surah ini akan diberikan ganjaran begini dan
begitu SEMUA HADIS TENTANG ITU ADALAH
PALSU. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukanhadis-hadis itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata,
tujuan kami membuat hadis-hadis palsu adalah agar
manusia sibuk dengan (membaca surah-surah tertentu dari Al-Quran) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Quran yang
lain, juga kitab-kitab selain Al-Quran. [17]
KhatimahDengan demikian jelaslah bahawa hadis-hadis tentang fadilat
dan keutamaan surah Yasin, semuanya LEMAH dan PALSU. Oleh
kerana itu, hadis-hadis tersebut tidak dapat dijadikan hujah
untuk menyatakan keutamaan surah ini dan surah-surah yang
lain, dan tidak boleh pula untuk menetapkan ganjaran atau
penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surah ini.
Memang ada hadis-hadis sahih tentang keutamaan surah Al-Quran selain surah Yasin, tetapi tidak menyebut soal pahala.
(JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA NABI)
AllahTa'ala berfirman:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilahapa yang telah diturunkan Allah'. Mereka menjawab :'(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telahkami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'.'(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenekmoyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun,dan tidak mendapat petunjuk"[18]
14Lihat Mizanul I'tidal IV: 90-91.
15Lihat Kitab Al-Maudhuat, Juz 3, hal. 239, dan kitab Al-Inatut Tolibin,Juz 2, hal. 146.
16Lihat Al-Manarul Munffish Sahih Wadh-Dha'if, hal. 113-115.
17Ibid.
18Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 170.