HADISHALAL DAN HARAM
2
HADIS
anuar2u.com
• Daripada Abu Abdullah al-Nukman bin Basyar RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan
yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia.
Maka barangsiapa memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan
barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah, bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya.
Ketahuilah, bahawa larangan Allah ialah segala yang haram. Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan
keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya.Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.
• Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
MAKSUD HADISanuar2u.com
HALAL
• Maksud halal ialah setiap perkara yang tiada dalil menunjukkan perkara itu haram dan setiap perkara yang sememangnya ada dalil yang menerangkan halalnya.
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
HARAM• Maksud haram ialah setiap perkara yang ada
dalil yang mengharamnnya. Contoh ; memakan bangkai, membuka aurat dll
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
• Halal adalah sesuatu perkara yang boleh dilakukan, manakala haram pula adalah perkara yang ditegah untuk melakukannya. Contoh; memakan haiwan yang disembelih, memakai pakaian menutup aurat dll
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
SYUBHAH
• Syubhah ialah sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan halal atau haram.
• Contoh : makanan yang tiada logo halal yang diiktiraf.
• Kita perlu menghindarkan diri daripada melakukan perkara syubhah,
bagi mengelakkan diri melakukan perkara haram tanpa disedari.
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada perkara syubhah
• Mempelajari dan mendalami ilmu agama.• Mengambil berat perkara-perkara berkaitan halal
dan haram dalam sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh : membeli barangan yang ada logo halal daripada JAKIM.
• Melaporkan kes-kes yang diragui kehalalannya kepada pihak yang berkuasa.
• Sentiasa mengingati azab yang bakal diterima apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
anuar2u.com
anuar2u.com
Keburukan melakukan perkara syubhah
• Melahirkan sikap tidak peka terhadap hukum hakam Islam.
• Mendedahkan diri kepada fitnah, kehinaan dan menjatuhkan maruah diri.
• Menghalang diri daripada mendapat hidayah Allah SWT.
• Mudah terjebak dan terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat dan perkara negatif.
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
Peranan hati dalam diri manusia
• Hati berperanan sebagai pembentuk cara hidup seseorang. Sekiranya hati itu baik dan terbimbing maka seluruh jasad dan amalan menjadi baik dan berakhlak mulia, begitu juga sebaliknya.
anuar2u.com
anuar2u.com
Peranan hati dalam diri manusia• Hati adalah raja bagi seluruh
anggota dan terletaknya segala punca kebaikan dan keburukan.
• Hati menjadi rosak kerana dipengaruhi nafsu dan maksiat.
• Iman adalah berkait rapat dengan hati kerana ia merupakan punca penerimaan dan penafian mengenai sesuatu kebenaran.
anuar2u.com
anuar2u.com
anuar2u.com
PENGAJARAN HADIS• Kita wajib melaksanakan perkara yang disuruh dan
meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.• Kita wajib peka terhadap hukum hakam agama
supaya tidak terjerumus dalam syubhah.• Orang yang sengaja melanggar perintah Allah SWT
boleh menyebabkan kemudaratan terhadap diri, keluarga dan masyarakat di dunia dan di akhirat.
• Kita perlu mendidik hati dengan amalan zikir dan sentiasa mengingati Allah SWT.
anuar2u.com
CARA MENDIDIK HATI
anuar2u.com
Prihatin dalam memilih makanan, barangan dan urusan muamalat
• Memastikan memilih makanan, barangan dan perkhidmatan yang diyakini halal.
• Mengetahui produk-produk yang halal menggunakan logo halal Malaysia atau logo yang diiktiraf d laman web JAKIM.
• Sentiasa peka dan berhati-hati dalam memilih sesuatu produk atau perhidmatan.
anuar2u.com
anuar2u.com
Top Related