SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
1.0 PENGENALAN
Tiap-tiap masyarakat moden mestilah mempunyai kerajaan, dan tugas kerajaan bukan sahaja
untuk menjaga dan memelihara keamanan, tetapi juga untuk menjalankan beberapa
pentadbiran demi kesenangan dan kebahagiaan rakyat. Dalam menjalankan tugas atau
kewajipan ini, sudah tentu kerajaan akan diberikan kuasa dan kuasa ini pula akan menyentuh
dan mengurangkan kebebasan rakyat. Misalnya, rakyat bebas memiliki harta, tetapi harta
tersebut diuruskan oleh beberapa orang sahaja. Yang demikian jika undang-undang telah
memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil atau mencukai harta-harta itu, sudah tentu
kebebasan rakyat memiliki harta adalah tersentuh dan berkurangan.1
Kebebasan adalah sebahagian daripada hak‐hak manusia yang bersifat asasi. Hak
asasi atau yang lebih dikenali dengan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai
sekumpulan hak‐hak yang dianggap asas dan penting; yang tidak boleh dinafikan: ia dianggap
sebagai sesuatu yang mendasar. Tanpa hak‐hak ini manusia mungkin tidak dapat
mengembangkan potensi kemanusiaannya. Hak‐hak asasi ini merangkumi segenap aspek; baik
jasmani mahupun rohani. (Tunku Sofeah Jiwa, 1996). Di Malaysia sebahagian daripada hak-
hak tersebut termaktub di dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan yang merupakan
undang-undang tertinggi di Malaysia.
Walau bagaimanapun, hanya beberapa hak sahaja yang benar‐benar dapat diamalkan
dengan sempurna kerana wujud beberapa sekatan bagi menghalang kebebasan atau hak itu
daripada digunakan demi menjaga keselamatan dan keharmonian Malaysia. Hal ini demikian
kerana meskipun sekatan tersebut dibenarkan oleh Perlembagaan, namun pada hakikatnya
undang‐undang yang berkenaan telah menafikan hak‐hak yang sangat asasi dan penting dalam
menjayakan sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Keadaan sebegini telah
menimbulkan tanggapan bahawa perlembagaan yang wujud sebagai undang-undang tertinggi
di Malaysia hanyalah sekadar teori semata-mata dan tidak dipraktikkan dengan sebaiknya. Oleh
itu, perbincangan ini akan berkisar tentang sejauhmana hak-hak dan kebebasan yang
termaktub dalam Perlembagaan dipraktikkan dalam sistem undang-undang di Malaysia.
1 Mohd Salleh Abas. 1988. Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 39
1
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN HAK ASASI DI MALAYSIA
Hak asasi manusia dikatakan berpunca daripada dua punca iaitu kebudayaan dan logik akal.
Hak asasi melalui kebudayaan dapat dilihat dari aspek adat resam, tatasusila dan agama yang
diamalkan. Sebagai contoh, konsep hak asasi dalam Islam berasal daripada Al-Quran dan As-
Sunnah. Maka daripada sumber-sumber ini, konsep hak asasi dapat diketengahkan sebagai
aspek yang paling penting dalam kehidupan manusia. Logik akal pula boleh dilihat melalui
pembentukan ilmu tentang hak asasi manusia seperti hak untuk hidup dan hak untuk makan
dibentuk bukan kerana hak itu diwarisi secara turun-temurun tetapi hak itu lahir dalam diri
manusia itu sendiri yang mewujudkan atau mencipta hak tersebut.
Konsep hak asasi manusia dipercayai mula berkembang sejak zaman Tamadun Greek.
Konsep ini mula diketengahkan oleh ahli falsafah Greek seperti Aristotle dan Plato. Aristotle
melalui karyanya The Athenian Constitution menjelaskan tentang falsafah hak berpolitik
menerusi aktiviti pentadbiran badan perhimpunan, badan majlis dan badan kehakiman
manakala Plato dalam karyanya The Republic pula memperincikan tentang kehidupan
masyarakat Athens dan turut membincangkan tentang konsep hak asasi apabila wujud
kewajaran untuk mewujudkan hak keadilan bagi memastikan kehidupan masyarakat
berkembang dan kepentingan bersama terpelihara. Pemikiran falsafah Greek ini kemudiannya
mula tersebar kepada orang-orang Rom, England dan seterusnya ke seluruh dunia setelah
berlakunya Revolusi Perindustrian dan membolehkan idea tentang hak asasi manusia tersebar
dengan cepat.
Di Malaysia, konsep ini mula hebat diperkatakan sejak tahun 1990-an apabila Malaysia
bergiat aktif dalam Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United
Nation Commission for Human Rigth) pada tahun 1993. Dalam Bahagian 2 Perlembagaan
Persekutuan, terdapat 9 seksyen yang menyentuh tentang hak asasi manusia iaitu kebebasan
diri (Perkara 5); kesamarataan (Perkara 8); kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
(Perkara 10); kebebasan beragama (Perkara 11) dan hak mendapatkan pendidikan yang
sempurna (Perkara 12) serta hak terhadap harta (Perkara 13). Antara badan yang
bertanggungjawab memastikan hak asasi manusia terpelihara adalah Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang ditubuhkan pada tahun 2000.
2
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
3.0 KEBEBASAN ASASI
3.1 KEBEBASAN DIRI
Kebebasan diri ini merupakan aspek kebebasan yang asas. Ia menekankan seseorang
itu tidak boleh diambil nyawanya atau dihapuskan kebebasannya melainkan seperti
dikehendaki oleh undang-undang. Misalnya, jika terbukti seseorang terbukti bersalah
oleh mahkamah maka dia boleh dipenjarakan malah boleh dihukum mati sekiranya
peruntukan undang-undang bagi kesalahan itu hukumannya adalah hukuman mati
seperti dalam kes pengedaran dadah yang telah ditetapkan hukuman mati mandotori.
Dalam situasi sebegini, semua tindakan haruslah mengikut proses undang-undang yang
telah ditetapkan. Di peringkat awal seseorang yang ditahan mestilah diberitahu sebab-
sebab dia ditangkap. Kemudian dia perlulah diberi peluang membela dirinya.
Peruntukan kebebasan diri ini termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan:
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan
menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat
pengaduan itu dan melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah disisi
undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke
hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa
segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan
berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan
dibela oleh pengamal undang-undang itu.
(4) Jika seseorang itu ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah
dibawa ke hadapan seorang majistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa
sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh
3
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak
boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu:
Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa setiap individu di Malaysia mempunyai hak
asasi dan terpelihara dengan hak-hak tersebut seperti yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Melalui kes Ahmad Raduan Awang Bol lwn Public
Prosecutor, Perkara 5 (1) digunakan dalam perbicaraan kerana kes tersebut dilihat telah
diambil nyawa dan menghalang hak individu untuk terus menjalani kehidupan.
3.1.1 Kes Ahmad Raduan Awang Bol lwn Public Prosecutor
Kes ini berkenaan dengan satu kes pembunuhan iaitu Ahmad Raduan Awang
(tertuduh) yang telah membunuh Awang Jamli bin Awang Sani (mangsa). Kes ini
adalah bertentangan dengan Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan:
(1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
Dalam kes ini, tertuduh didapati bersalah kerana telah membunuh
mangsa dan telah melanggar Perkara 5 (1) dan seterusnya telah disabitkan
dengan hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Seseorang individu tidak
mempunyai kuasa untuk membunuh individu lain. Semua rakyat Malaysia
mempunyai hak kebebasan diri masing-masing dalam menjalankan aktiviti harian
mereka. Jika terdapat masalah atau perbalahan ianya harus diselesaikan
dengan menggunakan langkah yang rasional.
4
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Tindakan tertuduh membunuh mangsa walaupun dalam pembelaan
dirinya menyatakan pembunuhan itu berlaku tanpa niat namun tindakan tersebut
telah menyebabkan kematian. Oleh itu, tertuduh telah didapati bersalah dan
telah dijatuhkan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 32 Kanun
Keseksaan. Pembunuhan adalah berpunca daripada perbalahan yang berlaku di
Kampung Tutus Hilir Mukah, Sarawak pada 25 November 1994. Dengan
membunuh mangsa, tertuduh telah menghalang kebebasan diri mangsa untuk
terus menjalankan kehidupannya.
Selain itu, hak kebebasan diri ini yang termaktub dalam Perkara 5 (3) juga turut
terpakai dalam kes Kam Teck Soon lwn Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia Ors.
Melalui kes ini dapat dilihat hak seseorang untuk diberitahu tentang sebab-sebab
penangkapan adalah termaktub dalam Perlembagaan dan seharusnya dipatuhi.
3.1.2 Kes Kam Teck Soon lwn Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Ors [2003] 1 MLJ 32
Kes ini adalah mengenai penangkapan Kam Teck Soon (plaintif) dan tujuh orang
rakan-rakannya oleh pihak Polis. Dalam dakwaannya, pihak plaintif ingin
mengetahui alasan tangkapan berserta dengan afidavit-afidavit yang disediakan
oleh pihak berkuasa selaku defenden iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Plaintif mendakwa penangkapan yang dibuat ke atas dirinya adalah tidak sah
dan bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan:
(3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan
seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia
5
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-
undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang
itu.
Plaintif telah ditangkap di bawah Seksyen 3 (1) dan ditahan di bawah
Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah,
1969) pada 8 Julai 1999. Keterangan menunjukkan bahawa plaintf tidak
dimaklumkan tentang alasan penangkapan. Oleh itu, ianya telah melanggar
Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana walaupun peruntukan Ordinan
tersebut menafikan tentang perlunya pemberitahuan alasan penangkapan, ia
seharusnya bersandarkan pada Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Dengan mengkaji dari sudut autoriti, fakta kes serta hujah-hujah yang konkrit
maka jelaslah bahawa Perkara 5 (3) Perlembagaan telah tidak dipatuhi dalam
mengadili kes ini. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif dibebaskan
daripada tuduhan.
Walau bagaimanapun, terdapat sekatan-sekatan yang dibuat bagi menyekat hak
kebebasan tersebut daripada dipraktikkan bagi menjaga kepentingan orang ramai. Jika
sesuatu tindakan itu, walaupun pada dasarnya adalah satu peruntukan kebebasan,
namun jika tindakan itu dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman orang ramai, ia boleh
dibantah atau dinafikan. Pembatalan kebebasan diri ini dilakukan mengikut peruntukan
Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Dibawah kuasa inilah Akta Keselamatan
Dalam Negeri diluluskan oleh Parlimen.
Akta ini memperuntukkan kuasa untuk menahan seseorang tanpa bicara jika
difikirkan ia wajar dilakukan demi keselamatan awam dan negara. Undang-undang ini
boleh dibuat oleh Parlimen walaupun akan bertentangan dengan hak asasi atau kuasa
negeri. Undang-undang ini akan terhenti kuatkuasanya jika kedua-dua Majlis Parlimen
meluluskan usul untuk membatalkan undang-undang itu. (Mohd Salleh Abas, 1988) 6
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Walaupun sekatan terhadap kebebasan ini diwujudkan, Perlembagaan Persekutuan
masih menjamin hak kebebasan diri daripada teraniaya dengan mewujudkan Perkara
151 yang memberikan perlindungan terhadap seseorang yang telah ditahan di bawah
Akta Keselamatn Dalam Negeri. Hal ini dapat dilihat melalui kes berikut iaitu Ketua Polis
Negara lwn Abdul Ghani Haroon.
3.1.3 Kes Ketua Polis Negara lwn Abdul Ghani Haroon [2001] 2 MLJ 689.
Hak di bawah Artikel 5 (3) juga terpakai di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Abdul Ghani bin Haroon dan Gobalakrishnan a/l Nagappan telah
secara berasingan ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 (AKDN). Penahanan pemohon-pemohon tersebut telah dilanjutkan
dua kali berikutan tangkapan mereka. Polis telah menafikan mereka berjumpa
dengan ahli keluarga, peguam dan ahli SUHAKAM (Suruhajaya Komisen Hak
Kemanusiaan Malaysia').
Isteri Abdul Ghani dan abang Gobalakrishnan masing-masing telah
memohon terhadap isu writ habeas corpus. Responden di dalam kedua-dua
permohonan adalah Ketua Polis Negara. Kedua-dua permohonan tersebut
didengar bersama dengan kebenaran. Berdasarkan isu awalan, Mahkamah
Tinggi memerintahkan bahawa kedua-dua pemohon tersebut mempunyai hak
untuk hadir di mahkamah pada masa perbicaraan permohonan-permohonan
tersebut. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan atas permohonan responden,
telah menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi ini.
Berdasarkan merit-merit, Mahkamah Tinggi perlu mempertimbangkan
sama ada pemohon-pemohon tersebut yang telah ditahan secara tidah sah.
Mahkamah kemudian memutuskan bahawa penahanan kedua-dua pemohon
tersebut adalah tidak sah dan telah memerintahkan bahawa kedua-dua pemohon
dihadapkan ke mahkamah untuk dibebaskan. Menurut perkara 5 (2)
Perlembagaan Persekutuan hak-hak untuk memohon satu writ habeas corpus
kepada Mahkamah Tinggi bukan hanya satu hak di sisi undang-undang tetapi
7
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
juga satu hak perlembagaan kepada mana-mana orang yang mempercayai
bahawa beliau telah ditahan secara tidak sah.
(2) Jika Pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana
hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan
dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah
menyiasat pengaduan itu dan melainkan berpuas hati bahawa tahanan
itu adalah sah disisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah
memerintahkan orang itu di bawa ke hadapan mahkamah itu dan
melepaskannya.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan, penahanan kedua-dua pemohon
tersebut adalah tidak sah kerana pegawai yang membuat tahanan telah gagal
untuk menjustifikasikan tangkapan tersebut. Afidavit-afidavit mereka bersifat
kabur dan tidak cukup untuk menunjukkan bahawa terdapat pematuhan dengan
keperluan-keperluan Seksyen 73 (1) dibaca bersama dengan Seksyen 8 AKDN
tersebut. Seorang pegawai yang membuat penahanan mestilah dengan jelas
menyatakan alasan-alasan penahanan di dalam afidavit beliau.
Seorang pegawai yang membuat tahanan bukan hanya mengemukakan
semula perkataan-perkataan Seksyen 73 (1) (a) malah afidavit pegawai yang
membuat tahanan mesti mengemukakan butir-butir yang mencukupi. Pegawai
yang membuat tahanan tersebut mesti memasukkan dalam afidavit beliau, butir-
butir yang sepatutnya atau tidak terperinci asalkan dalam jumlah yang
munasabah. Butiran tersebut bukan hanya bagi tujuan memuaskan mahkamah
bahawa beliau mempunyai asas untuk tangkapan tersebut tetapi juga untuk
membolehkan pemohon membela diri.
8
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Afidavit-afidavit pegawai-pegawai yang membuat tahanan tersebut tidak
menunjukkan dengan cukup bahawa terdapat pematuhan dengan perkara 5 (3)
Perlembagaan. AKDN tersebut tidak mengecualikan pegawai-pegawai yang
membuat tahanan daripada memaklumkan pemohon-pemohon tentang alasan-
alasan penangkapan mereka. Berdasarkan fakta tersebut dapat dilihat bahawa
berlaku satu pelanggaran terhadap perkara 5 (3) Perlembagaan dan
pelanggaran tersebut menyebabkan penangkapan dan penahanan tersebut tidak
sah.
3.2 KEBEBASAN BERGERAK
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Rakyat bebas
melakukan aktiviti harian mereka serta boleh bergerak secara bebas seterusnya boleh
bermastautin dan mencari rezeki di seluruh negara. Hal ini selaras dengan Perkara 9
yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan:
(1) Tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk
ke dalam Persekutuan.
Semua warganegara Malaysia diberi hak kebebasan bergerak dan bermastautin
di seluruh kawasan dalam negara. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang
akan menghadkan kebebesan bergerak kepada rakyat iaitu untuk ketenteraman awam.
Contohnya, jika sesebuah kawasan itu mempunyai masalah ketenteraman awam seperti
sedang berlaku tunjuk perasaan, kawasan tersebut akan dikawal dan orang awam akan
dilarang memasukinya. Jika berlakunya masalah kesihatan awam seperti sesebuah
kawasan itu diserang penyakit yang berpunca daripada virus seperti selesema burung
kawasan itu juga akan dikawal dari dimasuki orang awam dan hukuman kepada
pesalah-pesalah iaitu pesalah telah diberi hukuman buang negeri. Oleh itu, pesalah
tersebut tidak boleh memasuki negeri tersebut. Hal ini sudah termaktub dalam Perkara
9 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan.
9
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang
mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagianya,
ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-
tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh
Persekutuan dan bermastautin dimana-mana bahagianya.
(3) Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah
Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh
dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan
Negeri-negeri yang lain, keatas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan
dengan bergerak dan bermastautin.
Perkara 9 ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi berdasarkan kepada kes yang di bawa
ke mahkamah. Contohnya seperti kes Datuk Syed Kechik b. Syed Mohd lwn
Government of Malaysia [1979] 2 MLJ 101.
3.2.1 Datuk Syed Kechik b. Syed Mohd lwn Government of Malaysia
[1979] 2 MLJ 101.
Plaintif berasal dari Kedah dan telah dihantar untuk bertugas di Sabah pada
tahun 1965. Beliau telah merasa selesa di Sabah dan telah berkeluarga dan turut
menyekolahkan anaknya di negeri tersebut. Di samping itu, beliau juga telah
menjalankan perniagaan di Sabah kerana kemudahan-kemudahan yang
dinikmati ketika bermastautin di sana. Pada tahun 1971, plaintif telah memohon
kepada Mahkamah Negeri untuk mendapatkan keistimewaan menjadi anak
negeri Sabah dan permohonan tersebut telah diterima.
10
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Merujuk kepada kes tersebut, Perkara 11(2) telah diterima pakai dalam
memutuskan permohonan Datuk Syed Kechik.2 Mahkamah Negeri Sabah telah
memberikan hak asasi kepada Datuk Syed Kechik berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan berhubung dengan kebebasan bergerak bagi setiap warganegara.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit konflik apabila berlaku pergolakan dalam
sistem politik di Sabah.
Pada tahun 1976 telah diadakan satu pilihanraya dan parti BERJAYA
turut bertanding bagi merebut kerusi tersebut. Peristiwa tersebut telah
menimbulkan satu konflik kepada permohonan Datuk Syed Kechik untuk
bermastautin di Sabah. Hal ini kerana manifesto yang dibawa oleh parti
BERJAYA adalah untuk mengahlau keluar Datuk Syed Kechik jika parti tersebut
berjaya dalam pilihanraya yang diadakan. Oleh yang demikian, Datuk Syed
Kechik telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Rayuan beliau telah
diterima oleh Mahkamah Persekutuan dan Datuk Syed Kechik tidak dibuang
negeri dan berhak untuk bermastautin di Sabah.
Secara tidak langsung, larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
dijadikan garis panduan kepada mahkamah dalam membuat keptusan berhubung
dengan kes Datuk Syed Kechik. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang demokrasi kerana mengadili sesuatu perkara dengan
menggunakan undang-undang dan tidak bersifat berat sebelah. Oleh yang demikian,
Perlembagaan Persekutuan harus dijadikan asas kepada setiap perkara yang
melibatkan rakyat Malaysia terutamanya bagi kes-kes berkaitan hak-hak asasi manusia
sebagai warganegara.
2 Tertakluk kepada Fasal(3) dan mana-mana undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin dimana-mana bahagiannya.
11
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
3.2.2 Kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah lwn Sugumar Balakrishnan [2002]
3 MLJ 72
Sugumar Balakrishnan selaku responden adalah warganegara Malaysia yang
berasal dari Negeri Sembilan yang untuk pertama kalinya pergi ke Sabah pada
tahun 1975 untuk bekerja sebagai guru. Pada tahun 1995 responden telah
memohon permit masuk dan permit tersebut telah diberikan kepada beliau pada
27 Disember 1995 bagi tempoh dua tahun. Walau bagaimanapun, pada 12
November 1997 beliau telah diberikan notis pembatalan permit.
Apabila permit itu telah dibatalkan ianya bermaksud untuk tidak
membenarkan lagi responden tinggal atau bermastautin di kawasan tersebut
dalam afidavitnya responden menyatakan beliau telah kehilangan punca
pendapatan akibat daripada pembatalan permit tersebut, diarahkan untuk keluar
daripada negeri Sabah atau dalam erti kata lain tidak dibenarkan bermastautin di
negeri Sabah walhal responden telah lama menetap di negeri itu. Ini telah
bertentangan dengan Perkara 9 dalam Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan:
(1) Tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan
masuk ke dalam Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang
mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagianya,
ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-
pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan
bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin dimana-mana
bahagianya
12
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Seperti yang sedia maklum negeri Sabah dan Sarawak menikmati
kedudukan khas. Rakyat semenanjung yang ingin berkunjung atau bermastautin
di dua buah negeri ini harus mematuhi seksyen 59 Akta Imigresen 1959/63.
Tujuan diadakan syarat itu adalah untuk memastikan bahawa cabaran terhadap
Perlembagaan tidak boleh dilakukan terhadap negeri-negeri ini berhubung
dengan penggunaan kuasa khas Imigresen iaitu digunakan untuk mengawal
kemasukan dari Semenanjung Malaysia.
Oleh kerana Pihak Berkuasa Negeri Sabah telah mengeluarkan notis
pembatalan permit responden sebelum teempoh tamat permit maka pembatalan
permit tersebut adalah sah. Namun begitu, responden masih boleh memohon
untuk permit yang baru agar dapat terus tinggal dan bermastautin di negeri
tersebut.Pihak Berkuasa Negeri Sabah berhak untuk membatalkan pada bila-bila
masa sahaja permit yang telah dikeluarkan oleh pihak mereka.
Kebebasan gergerak dan bermastautin yang diberikan kepada
warganegara Malaysia adalah benar namun ianya juga tertakluk kepada Akta
Imigresen yang memperuntukkan keistimewaan khas pada negeri Sabah dan
Sarawak. Sebagai warganegara yang berasal dari Semenanjung Malaysia
responden harus mematuhi segala prosedur dna undang-undang untuk
bermastautin di begeri Sabah.
Walaupun, Perkara 9 (1) (3) telah menyatakan tentang hak kebebasan
bergerak kepada seluruh warganegara Malaysia namun ianya ada idak sekatan
yang telah dibuat iaitu Perkara 9 (3). Oleh itu, pembatalan permit responden
adalah sah dan tidak melanggar perkara-perkara yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan khususnya tentang hak kebebasan diri.
(3) Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah
Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen
boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara
13
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, keatas hak-hak yang diberi
oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.
3.3 KEBEBASAN BERCAKAP
Kebebasan bersuara tidak hanya terhad kepada kebebasan bercakap dan melahirkan
perasaan tetapi juga terhadap kebebasan berakhbar.3 Kebebasan bersuara merupakan
kebebasan yang secara kolektif diiktiraf oleh masyarakat madani sebagai sebahagian
daripada pelaksanaan proses demokrasi. Kepentingannya boleh dianggap sebagai
mengatasi kebebasan-kebebasan lain yang dijamin oleh undang-undang. Kelebihan
kebebasan ini kerana ia membolehkan pencarian dan penyataan kebenaran,
penyampaian maklumat dan pembetulan kepada kepincangan dalam pemerintahan.
Namun hak ini bukanlah satu-satunya hak yang perlu dipertahankan dan perlu
diimbangkan dengan keperluan lain masyarakat dan negara.4
Bahagian II Perlembagaan Persekutuan mengandungi hak mengenai Kebebasan
Hak Asasi. Perkara 10 dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan
kepada warganegara Malaysia. Mengenai kebebasan bersuara (freedom of speech),
hak ini jelas dinyatakan melalui Perkara 10 (1) (a) yang menyatakan tiap-tiap
3 Rennet Coleman v Union of India AIR 1973 SC 107 dan diiktiraf oleh Mahkamah Agong dalam kes Pendakwa Raya v Pung Chen Choon [1994] 1 MLJ 566 melalui Faridah Jalil. Kebebasan Bercakap – Sebebas Mana? The Journal of Malaysian Bar. (2002)XXXI No.24 Faridah Jalil. Kebebasan Bercakap – Sebebas Mana? The Journal of Malaysian Bar. (2002)XXXI No 2.
14
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Namun ianya tertakluk
kepada Perkara 10 (2) yang turut menyatakan bahawa:
“Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang
diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu
dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan.”
Perkara 10 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan Parlimen,
melalui undang-undang, boleh mengenakan had dan sekatan ke atas kebebasan
bersuara jika diperlukan dan mustahak. Perkara ini juga memperuntukkan tujuh dasar
iaitu kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
perhubungan keselamatan dengan negara-negara lain; ketenteraman awam; melindungi
keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau Dewan Negeri; penghinaan terhadap
mahkamah; fitnah; perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.5
Menerusi peruntukan ini pelbagai alasan disediakan untuk menyekat hak-hak
yang tersebut. Hal ini kerana walaupun Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi yang menjadi dasar kepada undang-undang dan tindakan
pihak-pihak berkuasa, namun perlembagaan juga telah memberi ruang dan keizinan
kepada parlimen untuk mengenakan sekatan ke atas pelbagai alasan. Justeru
kebanyakkan hak yang diisytiharkan sebagai hak asasi hanya tinggal nama sahaja.6
Undang-undang yang mempunyai batasan atas alasan untuk menjaga
keselamatan dan ketenteraman awam boleh digunakan untuk menyekat kebebasan
5 Mohd Safar Hasim. Kebebasan Akhbar dan Kebebasan Bersuara: Satu Tinjauan dari Sudut Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia. Jurnal Komunikasi, Jilid 17, 2001.6 Abdul Aziz Bari. Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya. Jurnal Syariah, 10:1 (2002J53-70).
15
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
untuk bersuara. Akta Hasutan antara contoh, digunakan untuk melarang ulasan awam
terhadap isu-isu yang dianggap sensitif seperti hal-hal yang berkaitan dengan
perkauman dan keagamaan.7 Bagi menyekat dan mencegah penyampaian ucapan
politik, kerajaan menggunakan antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, 1960),
Akta Hasutan (1948), Akta Rahsia Rasmi (OSA, 1972), Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan (1984), Akta Fitnah (1957), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta
undang-undang lain berkaitan jenayah fitnah. Walaupun pihak kerajaan
menguatkuasakan akta-akta yang membolehkan menyekat kebebasan bersuara serta
mengambil tindakan terhadap pihak yang mengkritik, terdapat segelintir pihak dan
individu-individu yang masih mengkritik pihak kerajaan sama ada secara terbuka atau
sebaliknya.
Kawalan melalui akta-akta dan undang-undang tertentu mencerminkan
pegangan, kepercayaan dan amalan budaya serta agama sebuah masyarakat timur
yang tidak bersifat liberal, sekular dan individualistik seperti yang diamalkan di negara
Barat. Kebebasan bercakap di Malaysia memerlukan pertanggungjawaban dan
membolehkan ia dihalang jika menyentuh mengenai hal-hal yang sensitif seperti hal-hal
yang melibatkan agama, budaya, keturunan, bahasa, hak istimewa orang Melayu,
mengganggu privasi seseorang dan yang lebih berat ialah sesuatu yang berunsurkan
hasutan dan fitnah.
Namun jika sekatan yang dikenakan oleh akta-akta, undang-undang dan
perintah eksekutif ke atas sesuatu perkara dilihat sebagai menghalang kebebasan
bercakap, pihak yang terlibat dibolehkan untuk menggunakan saluran mahkamah bagi
mendapatkan hak mereka. Hal ini yang dilakukan dalam kes Mark Koding v Pendakwa
Raya [1982] 2 MLJ 120.
3.3.1 Kes Mark Koding v Pendakwa Raya [1982] 2 MLJ 120.
7Laporan Hak Asasi Manusia 2009: Malaysia.16
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Mark Koding merupakan seorang ahli Parlimen dari Sabah. Dalam ucapan
pertama di Dewan Rakyat, beliau telah dikatakan menghasut atau ada unsur-
unsur hasutan dalam ucapannya. Ucapan beliau mengandungi perkara seperti
menuntut agar sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil ditutup dan juga
menghapuskan papan-papan tanda jalan raya di negeri tersebut yang
menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Mendengar kepada ucapan beliau, ahli-
ahli Parlimen lain yang berbangsa India dan Cina telah membuat laporan polis
dan menyebabkan beliau telah ditahan.
Mark Koding telah ditahan kerana mengeluarkan kata-kata yang berbaur
hasutan dalam ucapan beliau dalam Bahasa Melayu di Dewan Rakyat pada
tanggal 11 Oktober 1978.
“Keadaan eksklusif dalam negara kita di masa ini adalah hasil
daripada baik hati kaum bumiputra membiarkan sekolah-
sekolah China dan India menggunakan bahasa mereka
selepas merdeka. Sekiranya tokoh-tokoh kita yang awal
dapat meramalkan keadaan yang berlaku pada masa ini dan
tidak bertolak ansur untuk menghapuskan pelajaran China
dan Tamil sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah
yang kita hadapi sekarang ini. Bagaimanapun, masih ada lagi
masa untuk kita untuk kita membaiki keadaan ini.
Tindakan kita bukanlah mencerminkan tujuan dan
kepercayaan tokoh-tokoh kita yang lalu oleh sebab mereka
telah bertindak berdasarkan kepada keadaan yang wujud
pada masa itu dan mereka dengan ikhlas mempercayai
bahawa mereka telah dapat menyelesaikan isu tersebut.
Mereka tidak dapat disalahkan dengan apa yang terjadi pada
hari ini oleh sebab cabaran-cabaran yang kita terima hari ini
17
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
bukanlah datang dri zaman mereka. Cabaran yang kita
hadapi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk
mengatasinya.
Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan
yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus
membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-
bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di
negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita
harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat
sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-
bahasa itu. Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak
bertentangan dengan Artikal 152 Perlembagaan maka kita
harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan
rakyat dan negara.
Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita
menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan
juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita
yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti
orang asing. Adakah kita mahu mengwujudkan identiti kita
atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan. Saya rasa
sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak
ada alternatif yang lain demi survival negara kita.”8
Di mahkamah, hakim telah menyemak sama ada perkara tersebut benar-
benar berlaku berdasarkan kepada Hansard Parliament iaitu catatan yang
diambil dalam Dewan Rakyat. Kata-kata Mark Koding telah tercatat dalam
Malaysian Hansard yang bertajuk “Parliamentary Debates of Dewan Rakyat” Vol
8 Public Prosecutor v Mark Koding. 1982. High Court of Malaya. 18
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
1 No. 3 dalam mukasurat 223 hingga 238 bertarikh 11 Oktober 1978.9 Hal ini
telah dijelaskan lagi oleh Yahya Manap, Ketua Editor Malaysian Hansard yang
menerangkan bagaimana sesuatu ucapan di dalam Parlimen dirakam verbatim,
disemak termasuklah disemak oleh speaker, dan diterbitkan. Salinan ucapan
yang telah disampaikan oleh Mark Koding juga turut diserahakan oleh tertuduh
kepada Yahya Manap sehari selepas ucapan disampaikan.
Tertuduh telah merayu kepada mahkamah atas alasan sebagai seorang
ahli Parlimen, beliau berhak untuk memberi ucapan dan tidak boleh dikenakan
sebaranga tindakan di bawah artikel 63. Para sarjana undang-undang juga
berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh tertuduh adalah tidak
bertentangan dengan undang-undang kerana Mark Koding telah mengeluarkan
kata-kata tersebut di dalam Parlimen.
Oleh itu, kata-kata beliau adalah bersifat Parlimentary Privillages yang
merujuk kepada kata-kata yang disampaikan dalam Parlimen menpunyai
kekebalan undang-undang. Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati
bahawa tertuduh tetap bersalah kerana ucapan beliau telah terarah kepada
hasutan dan telah disabitkan di bawah Akta Hasutan. Penghakiman yang
dilakukan oleh Hakim Mohamed Azmi dengan menjatuhkan hukuman penjara 2
tahun dan denda sebanyak $2,000 dan berkelakuan baik di bawah seksyen
137A Criminal Procedure Code.10 Kes telah dimenangi oleh pihak pendakwaraya
yang diwakili oleh DPP Mohamed Shafee bin Abdullah.
Kelangsungan daripada keputusan mahkamah terhadap kes Mark Koding
v Pendakwa Raya, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan
memasukkan artikel 63(4) yang tidak memberi pengecualian kepada ahli
Parlimen yang berucap melanggar Akta Hasutan. Oleh yang demikian, setiap
perkara yang melangkaui Akta Hasutan , sebarang Parliamentary Privillages iaitu
9 Ibid10 Public Prosecutor v Mark Koding. 1982. High Court of Malaya.
19
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
kata-kata dalam Parlimen mempunyai kekebalan undang-undang adalah tidak
lagi boleh diterima pakai.
3.3.2 Kes Pendakwa Raya lwn Param Cumaraswamy
Param Cumaraswary telah dituduh mengeluarkan kata-kata yang cenderung
untuk membangkitkan dan menimbulkan ketidakpuasan hait dalam kalangan
orang ramai. Perbuatan tersebut dilakukan pada 24 Julai jam 11:00 pagi di
pejabat Selangor and Federal Territory Bar Committee yang terletak di
Bangunan Lama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau telah dituduh di bawah
seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1969) dan boleh dihukum di bawah
seksyen 4(1) Akta Hasutan.11
Cumaraswamy telah membacakan kenyataan tersebut dihadapan
wartawan-wartawan yang hadir. Selepas itu, beliau telah mengedarkan salinan
ucapan yang telah dibuat bagi rujukan dan kegunaan para wartawan. Hal ini
telah menyebabkan berita mengenai kenyataan yang dibuat oleh beliau
diterbitkan oleh setiap akhbar tempatan pada keesokan harinya. Beliau telah
mengakui bahawa beliau mengadakan sidang akhbar bagi mengeluarkan
kenyataan tersebut serta telah memberikan salinan teks tersebut kepada para
wartawan. Beliau menyatakan niat sebenar beliau mengadakan sidang akhbar
dan mengedarkan salinan teks tersebut adalah bagi makluman kepada
masyarakat kerana beliau amat berharap agar Lembaga Pengampunan dapat
menimbang rayuan beliau bagi membatalkan hukuman bunuh yang dijatuhkan
kepada Sim Kie Chon.
Oleh itu, pihak Pendakwaraya telah memanggil dua orang wakil daripada
akhbar iaitu Cik Lakshmi Natarajan daripada akhbar News Straits Times dan Cik
Chiew Mui Kheng daripada akhbar Nanyang Siang Pau. Kedua-dua wakil
akhbar ini telah menyerahkan kepada mahkamah salinan artikel yang telah
11 Public Prosecutor v Param Cumaraswamy.1986. High Court of Malaya.20
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
diterbitkan di akhbar-akhbar mereka pada tarikh 25 Julai 1985.12 Cik Chiew juga
mendakwa bahawa terdapat beberapa wartawan lain yang turut hadir semasa
sidang akhbar tersebut yang terdiri daripada wakil akhbar The Star, Shin Min,
Thung Pau dan Sin Chew.
Antara kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh defenden dan
menjadi isu besar adalah seperti berikut:
“This is an open appeal to the Pardons Board by the Bar
Council to Re-coonsider the Petition of Sim Kie Chon for
commutation of his deathSentence. Sim loss all his avenues
through the courts. While the courts cannot review his case
the Pardon Boards can. What is disturbing and will be a
source of concern to the people is the manner in which
the Pardons Board exercise its prerogative.
.......................................On records before the courts
Sim’s case certainly was less serious than Mokhtar
Hashim’s case yet the latter’s sentence was commuted.
The people should not be made to feet that in our
society today the severity of the law is meant only for
the poor, the meek, and the unfortunate whereas the
rich, the powerful and the influential can somehow seek
to avoid the same severity. .............................................”13
Melalui penghakiman, hakim NH Chan mendapati bahawa rayuan yang
dibuat oleh Cumaraswamy, selaku peguam kepada defendan, adalah merujuk
12 Ibid.13 Public Prosecutor v Param Cumaraswamy. 1986. High Court of Malaya.
21
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
terus kepada Lembaga Pengampunan dan bukannya merujuk kepada
pemerintah iaitu Yang Di Pertuan Agong. Oleh itu, hakim mendapati kenyataan
yang dikeluarkan oleh Cumaraswamy tidak boleh dipersoalkan dan tidak boleh
dikaitkan dengan kecenderungan untuk membangkitkan atau menimbulkan rasa
tidak puas hati rakyat terhadap Yang Di Pertuan Agong. Hakim telah
memutuskan bahawa Param Cumaraswamy tidak bersalah.
Justeru, berdasarkan kepada penelitian terhadap teks kenyataan yang
dikeluarkan pada sidang akhbar tersebut, terbukti kata-kata Cumaraswary tidak
mengandungi perkataan yang boleh menggerakkan atau menggalakkan orang
ramai supaya tidak taat setia. Perkataan tersebut juga tidak cenderung bagi
menimbulkan rasa penentangan, permusuhan dan tidak taat setia yang
menyebabkan ancaman kepada kerajaan.14 Dalam kes ini, kata-kata tersebut
ditujukan kepada Lembaga Pengampunan. Beliau meminta agar kuasa yang ada
dilaksanakan dengan seragam supaya orang ramai tidak merasa Lembaga
Pengampunan bersikap diskriminasi. Justeru, kata-kata tersebut tidaklah
dikeluarkan untuk Yang Di-Pertuan Agong yang boleh menyebabkan tergugat
taat setia rakyat terhadap baginda.
3.4 KEBEBASAN BERAGAMA
Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan beragama kepada rakyat
Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Bahagian 2, kebebasan asasi. Hal ini jelas
dinyatakan dalam Perkara 11(1) iaitu tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.
Fasal (1) juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan dalam
Fasal (4) tersebut yang menyatakan undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-
14 Faridah Jalil. 2001. Kebebasan Berpolitik Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Aplikasinya. The Malayan Law Journal Articles Vol.4.
22
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrayaja, undang-undang persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan
ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam.
Perkara 11 menjelaskan bahawa setiap individu yang mempunyai kerakyatan
Malaysia bebas untuk mengamalkan agama masing-masing seperti agama Islam,
Buddha dan Hindu (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada
undang-undang dan Syariat Islam). Walau bagaimanapun, terdapat sekatan ke atas
agama lain yang ingin menyebarkan kepercayaan agama mereka kepada penganut
Islam. Hal ini kerana, dalam Perkara 3(1) menyatakan Islam adalah ugama bagi
Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damaidi
mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 160 dalam Perlembagaan pula mentakrifkan orang Melayu sebagai
seseorang yang menganuti agama Islam yang lazimnya bercakap Bahaa Melayu dan
menurut adat istiadat Melayu. Bagi kes-kes berkaitan keluar dari agama Islam, ianya
diletakkan di bawah tanggungjawab Mahkamah Syariah. Akan tetapi mahkamah
tersebut enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Secara
umumnya, undang-undang dan dasar lain yang telah dibuat dikenakan beberapa
sekatan terhadap kebebasan beragama. Hal ini jelas dinyatakan dalam kes Lina Joy
yang telah murtad dengan keluar daripada agama Islam.15
3.4.1 Kes Lina Joy (2004) 6 CLJ 242
Azlina Jelaini atau Lina Joy merupakan seorang yang berbangsa Melayu
berketurunan Jawa. Beliau mendapat pendidikan asas Islam dan dibesarkan
sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Namun beliau bahawa tidak pernah
mempraktikkan Islam sejak lahir dan beragama Kristian sepenuhnya semenjak
15 Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2004) 6 CLJ 24223
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
tahun 1990 dan membuktikannya dengan sijil Baptis yang diperoleh pada 11 Mei
1998. Beliau telah memohon di Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuang
perkataan ‘Islam’ dari kad pengenalannya tetapi ditolak kerana tiada kebenaran
dari Mahkamah Syariah. Kemudian beliau memohon pula di Mahkamah Tinggi
dengan menyatakan kebebasan beragama yang tertakluk dalam Perkara 11(1)
Perlembagaan.
Mengikut undang-undang, hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai
bidang kuasa untuk membicarakan perkara-perkara berkaitan agama. Walaupun
Perlembagaan telah memperuntukan bahawa seorang Melayu merupakan
seorang Muslim kerana Islam adalah sebahagian daripada identiti Melayu.
Namun beliau tetap untuk keluar dari Islam dan telah membuat rayuan di
Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan tetapi rayuannya tetap ditolak
dengan alasan yang sama. Menurut Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh
Abdul Halim menyatakan dalam Perkara 11(1) adalah terbatas iaitu:
“Islam itu bukan satu himpunan dogma dan ritual tetapi satu cara hidup
yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian
dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral, atau
kehakiman. Dan jika diteliti Perkara-perkara 11(1), 74(2) dan Item 1 di
Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan akan ketara Islam itu
meliputi antara lainnya Undang-Undang Islam”.16
Keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes Lina Joy menjelaskan
bahawa jika seseorang individu yang beragama Islam ingin keluar Islam (murtad)
ia perlulah mengikut prosedur atau pengesahan Mahkamah Syariah. Hal ini
kerana Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sama
16 Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & YL [Rayuan Sivil No: 01-2-2006(W) 30 Mei 2007 [2007] CLJ JT 1.
24
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
ada seseorang boleh murtad atau sebaliknya. Keputusan Mahkamah
Persekutuan ini tidak bermakna seseorang individu islam tidak dapat terus
mengamalkan agama pilihan mereka atau bertukar agama. Namun mereka
perlulah mengikut prosedur atau tatacara tertentu bagi mengesahkan tindakan
mereka keluar dari Islam. Profesor Dr. Aziz Bari menyatakan:
“...kami tidak pernah memaksa seseorang memeluk Islam, tetpi kalu
sudah masuk, di tidak boleh keluar begitu sahaja. Ada caranya, bukan
keluar masuk seperti tukar baju saja.”17
Berdasarkan penghakiman bagi kes ini jelas bahawa Perkara 11(1) yang
memperuntukkan setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) untuk mengembangkan agamanya.
Peruntukan tersebut tidak wajar dihujah sebagai peruntukan yang memberikan
hak kebebasan beragama yang tiada batasan. Di samping itu, ianya juga tidak
boleh dijadikan landasan untuk menukar agama Islam ke agama lain dengan
sesuka hati atau dengan sendiri tanpa pengesahan dari Mahkamah Syariah.
Tambahan pula hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam
Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri sememangnya bukan
mutlak. Hak kebebasan beragama ini masih tertakluk kepada beberapa perkara
termasuk ketenteraman awam, ksihatan awam dan akhlak.18 Selain itu, dalam
peruntukan Fasal (4), Perlembagaan Persekutuan berkaitan penyekatan
penyebaran agama-agama lain terhadap orang Islam. Perkara 11(1) tidak
seharusnya ditafsirkan secara literal tanpa mengambil kira peruntukan-
peruntukan lain yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-
undang tertinggi negara.
17 Ziauddin Sharuddin dan Hafizah Iszahanid, Wawancara bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Memahami Perkara 121(1A) Perlembagaan, Berita Minggu, 15 Januari 2006.18 Perkara 11(5), Perlembagaan Persekutuan.
25
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Oleh yang demikian, penghakiman Lina Joy secara tuntasnya turut
membuktikan bahawa Mahkamah Persekutuan akur dan patuh dengan
peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan mengenepikan
campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hal ini
kerana Mahkamah Sivil tidak berkuasa mencampuri bidnag kuasa Mahkamah
Syariah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.19 Pengertian tersebut sering
disalah tafsirkan leh sebilangan kecil masyarakat di Malaysia sehingga
berlakunya salah faham seperti dalam kes Lina Joy. Begitu juga berlaku ke atas
kes Meor Atiqulrahman bin Ishak lwn Fatimah binti Sihi.
3.4.2 Kes Meor Atiqulrahman bin Ishak lwn Fatimah binti Sihi (2000) 5 MLJ
375
Responden dan rakannya merupakan pelajar Tahun 5, Tahun 3 dan Tahun yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir (FELDA), Bandar Baru Serting,
Negeri Sembilan. Mereka terikat dengan Peraturan 3 menyatakan bahawa
pakaian seragam seragam sekolah bagi pelajar lelaki terdiri dari seluar panjang
bewarna biru gelap, baju lengan pendek bewarna putih, kasu getah bewarna
putih dan stokin putih.20 Dalam peraturan 3(i)(i) jelas menunjukkan bahawa
semua pelajar adalah dilarang daripada memakai jubah, serban, topi, ketayap
dan purdah.
Setelah diberi amaran oleh pihak sekolah dan Pengarah Pendidikan
Negeri Sembilan kepada penjaganya iaitu Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd
(Syed Ahmad) agar mematuhi Peraturan Sekolah 1997 demi kepentingan dan
kesejahteraan bersama bagi warga sekolah dan masyarakat sekitar tetapi beliau
enggan mematuhinya. Maka, perayu telah dibung sekolah dan berkuatkuasa
pada 10 November 1997. Oleh sebab itu, perayu telah mencabar penyingkiran
19 Perkara 11(1), Perlembagaan Persekutuan.20 Peraturan Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) 1997.
26
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
tersebut di mahkamah. Hakim telah memutuskan dan memihak kepada perayu
dengan menyatakan bahawa Peraturan Sekolah (1997) tidak mengikut
perlembagaan.
Justeru, mahkamah hanya membenarkan rayuan ke atas satu isu sahaja
iaitu sama ada peraturan sekolah memakai yang melarang pelajar sekolah
memakai serban melanggar Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Isu yang
turut dibicarakan bagi kes tersebut adalah dari segi Peraturan Sekolah 1997,
sejauh mana larangan terhadap pemakaian serban seorang pelajar sekolah
sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah semasa waktu
persekolahan adalah mengikut Perlembagaan atau tidak mengikut peruntukan-
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peguam cara perayu berhujah bahawa peraturan yang melarang pelajar
sekolah memakai serban adalah melanggar peruntukkan di bawah Perkara 11(1)
Perlembagaan Persekutuan. Rayuan ini berkaitan hak untuk mengamalkan
ajaran agamanya dan menegaskan perkataan menganuti dan mengamalkan
perlu dibaca bersama-sama. Hak-hak tersebut hanya boleh dihadkan jika
dengan melaksanakan hak-hak berkenaan jika akan mengganggu ketenteraman
awam, kesihatan awam dan moral.21
Keputusan Mahkamah Tinggi Malaya Seremban pada 10 November 1997
telah memihak plaintif dengan membatalkan keputusan guru besar yang
mengambil tindakan membuang ekolah tiga orang muridnya kerana memakai
serban ke sekolah. Hal ini kerana guru besar tidak mempunyai bidang kuasa
untuk melarang semua murid memakai serban. Guru Besar usdah melampaui
kuasanya dengan menentukan dasar yang haknya terletak kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia sahaja.
Walau bagaimanapun, Kementerian tidak melarang pakaian itu dalam
Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983. Oleh yang demikian, larangan tersebut
21 Perkara 11(5), Perlembagaan Persekutuan.27
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
menjadi tidak sah terbatal dan tidak berkesan kerana berkaitan dengan dasar
dan percanggahan dalam pelaksanaan di sekolah. Percanggahan terhadap
peraturan kementerian dan Perlembagaan menjadi alasan atau bukti kepada
kekalahan kes ini yang telah memihak kepada pelajar bukan kepada guru dan
sekolah.
Oleh yang demikian, dasar dan Perlembangaan haruslah menjadi rujukan
sebelum apa-apa tindakan atau perlaksanaan yang dilakukan oleh organisasi
bawahan supaya apa yang dilakukan tidak akan dipersalahkan atau
dipertanggungjawabkan. Oleh itu, kes ini secara keseluruhannya berbicara
tentang dasar dan perlembagaan yang menjadi rujukan bagi semua organisasi di
Malaysia. Setiap percanggahan terhadap dasar dan perlembagaan adalah
terbatal, tidak sah dan tidak berkesan terutamanya berkaitan dengan kes ini.22
Hal ini kerana palintif berhak mengamalkan ugamanya selagi tidak mengganggu
ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Kes ini turut dirujuk kepada
kes Hjh. Halimatussaadiah bt. Hj. Kamaruddin v Public Services Commission
Malaysia and Anor [1994].
3.4.3 Kes: Hjh. Halimatussaadiah bt. Hj. Kamaruddin v Public Services
Commission Malaysia and Anor [1994] 3 MLJ 61
Melalui kes ini, dapat dilihat kebebasan beragama yang dijamin di bawah
Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak kerana Perkara 11(5)
tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang
undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam,
atau kemoralan. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk
memakai pakaian yang menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan
hak perlembagaan kepada perayu untuk mengamalkan ugamanya. Pemakaian
purdah tiada kaitan dengan hak perlembagaan perayu untuk menganuti dan
22 Meor Atiqulrahman bin Ishak dan lain lwn Fatimah bte Sihi dan lain-lain (2000) 5 MLJ 61.28
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
mengamalkan ugama Islam. Kemenangan plaintif disebabakan oleh plaintif-
plaintif tidak mendapat kedilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar kes
memakai serban melalui penjaganya. Maka, mahkamah mengarahkan defenden
untuk membayar ganti rugi dan kos.
Berdasarkan kes-kes yang dibicarakan berhuhung dengan Kebebasan
Beragama seperti yang termaktub dalam Bahagian 2, Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan telah dijadikan garis panduan dalam keputusan mahkamah. Begitu
juga yang berlaku ke atas kes Lina Joy, walaupun kemenangan tidak memihak
kepada beliau namun kebebasan beragama seperti yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan tetap menjadi asas utama dalam menetukan hak
asasi beliau. Pada umumnya, orang Islam tidak boleh keluar daripada agama
Islam dan bertukar kepada agama lain, tetapi penganut agama lain boleh
memeluk agama Islam. Justeru, keputusan mahkamah tidak boleh memihak
kepada Lina Joy kerana beliau merupakan seorang muslim sejak lahir. Selain itu,
peruntukan Perlembagaan Persekutuan turut menjadi garis panduan dalam kes
Meor Atiqulrahman yang telah memenangi kes berkaitan pemakaian serban. Hal
ini kerana seseorang itu bebas mengamalkan ugamanya seperti yang termaktub
dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, berdasarkan beberapa contoh kes yang dikemukakan
menunjukkan badan penghakiman negara tidak menindas mana-mana pihak jika
mereka benar-benar tidak bersalah dan tidak melanggar undang-undang. Hak
asasi manusia bagi warganegara Malaysia masih terus terjamin berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas undang-undang negara. Justeru,
Perlembagaan Persekutuan telah menjadi undang-undang tertinggi dan sebagai
tunjang keamanan negara dalam memastikan setiap individu mendapat hak yang
sama rata. Hal in kerana peruntukan-peruntukan mengenai hak asasi telah
adalah sah seperti termaktub dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan.
29
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
3.5 HAK KEPADA HARTA
Hak terhadap harta bagi setiap individu di Malaysia adalah termaktub dalam Perkara 13
Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:
(1) Tiada seorang pun yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-
undang;
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan
harta dengan paksa tanpa pampasan yang cukup.
Di bawah peruntukan ini dapat dilihat bahawa rakyat Malaysia diberikan hak
untuk memiliki harta dan jika hartanya itu diambil oleh kerajaan dengan sebab
kepentingan awam maka pampasan yang memadai hendaklah diberikan kepadanya.23
Menurut Mohd Salleh Abas (1988), Akta Mengambil Balik Tanah 1960 menyatakan
23 Nazaruddin Hj. Mohd, Ma’rif Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid. 2001. Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya: Prentice Hall. Hlmn 178
30
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
bahawa tiap-tiap undang-undang yang membuat peruntukan bagi mengambil balik harta
tidaklah sah jika tidak mempunyai peruntukan untuk membayar pampasan yang
memadai.24 Hal ini demikian dapat menjelaskan bahawa undang-undang yang ada telah
mematuhi Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah ditetapkan. Hal ini
dapat dilihat dalam kes Adong bin Kuwau and Ors v Kerajaan Negeri Johor and Anor
(1998) 2 MLJ 158.
3.5.1 Kes Adong bin Kuwau and Ors v Kerajaan Negeri Johor and Anor
(1998) 2 MLJ 158.
Melalui kes ini, seramai 52 plaintif yang merupakan ketua keluarga yang
mewakili sekumpulan orang asli di kawasan tadahan Sungai Linggiu (Lembah
Linggiu) telah memohon relief terhadap defendan iaitu Kerajaan Negeri Johor
dan Pengarah Tanah dan Galian, Johor. Antara permohonan relief yang dibuat
adalah pengisytiharaan bahawa semua tanah yang diambil oleh defendan untuk
tujuan mendirikan Empangan Sungai Linggiu dekat Kota Tinggi, Johor sebagai
kawasan asli atau simpanan asli dan memohon defendan secara bersama atau
berasingan membayar segala pampasan dengan jumlah yang difikirkan adil oleh
mahkamah.
Mahkamah kemudian memutuskan bahawa hak yang diberikan kepada
Orang Asli oleh common law dan undang-undang statutory adalah hak
keempunyaan dalam lingkungan mengikut Perkara 13 (1) Perlembagaan
Persekutuan dan apabila hak ini dirampas maka plaintif harus dibayar pampas
an menurut perkara 13 (2). Dalam kes ini, Hakim telah merujuk Seksyen 11 Akta
Orang Asli yang menjamin pampasan mencukupi untuk tanah yang mempunyai
24 Akta Mengambil balik tanah 1960 – no.34 t. 1960 memaksa kerajaan membayar ‘harga pasaran’ apabila tanah yang dimiliki telah diambil balik untuk maksud awam.
31
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
poko, buah-buahan atau pokok getah yang dituntut oleh Orang Asli yang
diberimilik.
Oleh itu, pampasan yang mencukupi dalam kes ini haruslah dibayar
untuk kehilangan mata pencarian plaintif dan bukan untuk kehilangan tanah.
Dengan itu, Mahkamah telah memutuskan bahawa 26 juta harus dibayar kepada
Adong bin Kuwau akibat tindakan mengambilalih tanah tersebut.
Selain itu, undang-undang juga memberikan kebebasan kepada pekerja-pekerja
untuk menubuhkan persatuan pekerja dalam usaha memperolehi harta dan bagi tujuan
menjaga kepentingan mereka di sepanjang tempoh pekerjaan berlangsung. Menurut
Mohd Salleh Abas (1988), Bahagian VIII Akta Perusahaan 1967 menyatakan bahawa
mereka boleh mengadakan piket sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah atau
pertelingkahan yang berlaku dengan pihak majikan. Sekiranya, pertelingkahan yang
wujud tidak dapat diselesaikan maka langkah yang boleh diambil adalah melalui cara
perdamaian (conciliation). Sekiranya langkah tersebut juga gagal, cara keputusan
Mahkamah Perusahaan perlu diambil.
Di samping itu, setiap warganegara juga diberikan kebebasan untuk bekerja bagi
tujuan mencari nafkah dan mengumpul harta selagi kerja yang dilakukan adalah tidak
melanggar undang-undang yang ditetapkan di Malaysia. Sesetengah kerja yang
terdapat di Malaysia memerlukan kelayakan yang tertentu seperti peguam, jurubina,
juruukur, doktor dan lain-lain. Golongan ini digelar golongan profesional kerana
tertakhluk kepada undang-undang prifesion masing-masing. Oleh itu, individu yang tidak
mempunyai kelayakan atau tidak tergolong dalam ahli pertubuhan profesion itu, tidak
boleh melakukan kerja-kerja tersebut.
Undang-undang khas yang ditetapkan untuk profesion ini dilihat dari satu sudut
sebagai menghalang kebebasan asasi individu atau warganegara untuk memiliki harta
tetapi sekiranya dilihat dari satu aspek yang lain dapat dilihat bahawa undang-undang ini
melindungi individu atau rakyat Malaysia yang lain daripada teraniaya oleh individu-
32
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
individu yang mengaku dirinya sebagai golongan profesional. Hal ini demikian dapat
dilihat melalui kes Selangor Pilot Association v. Govt. of Malaysia (1977) 1 MLJ 133.
3.5.2 Kes Selangor Pilot Association v. Govt. of Malaysia (1977) 1 MLJ
133.
Selangor Pilot Association merupakan organisasi yang menjalankan
perkhidmatan jurumudi atau perkhidmatan pemandu kapal kecil di Pelabuhan
Klang. Namun setelah akta Lembaga Pelabuhan 1963 dipinda, mereka telah
dihalang daripada menjalankan perniagaan dan ia telah merugikan mereka. Akta
yang dipinda telah memasukkan 2 bahagian baru yang memberi kesan kepada
responden terhadap sempadan perlabuhan dan mereka tidak lagi dibenarkan
menjalankan tugas demikian.
Selain itu, Selangor Pilot Association juga merayu supaya pihak Lembaga
Perlabuhan Klang supaya membayar pampasan terhadap kerugian ke atas
‘goodwill’ dan kerugian terhadap keuntungan perniagaan pada masa hadapan.
Rayuan dibuat dengan menyatakan tindakan tersebut melanggar artikel 13 iaitu
hak sama rata mengenai harta dan pengambilan harta dengan pampasan
mencukupi kerana tindakan tersebut menjelaskan perniagaan mereka masa
hadapan.
Mahkamah memutuskan bahawa ‘goodwill’ tidak boleh dikatakan sebagai
harta Selangor Pilot Association kerana tidak wujud unsur pemerolehan. Hal ini
demikian adalah kerana kawasan Pelabuhan Klang bukanlah milik mereka dan
pihak kerajaan tidak boleh dituduh sebagai mengambil harta mereka. Oleh itu,
mahkamah memutuskan bahawa permohonan yang dibuat ditolak.25
25 Diperolehi daripada laman web http://arifomar.blogspot.com/2009/01/ringkasan-kes-kes-di-
bawah-keunggulan_17.html pada 17 Oktober 2010. 33
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Daripada huraian kes di atas dapatlah dilihat bahawa Perlembagaan Malaysia
menetapkan peruntukan kebebasan asasi dalam keadaan yang seimbang dan wajar
dari segi tuntutannya di satu pihak dan tanggungjawabnya dari satu segi yang lain.
Peruntukannya menguatkuasakan peraturan ke atas seseorang dilakukan bertujuan
untuk menjaga kepentingan awam dan keselamatan negara. Selain itu, pada masa yang
sama, ia juga dikuatkuasakan bagi menjamin rakyat tidak teraniaya, diadakan pula
klausa-klausa perlindungan bagi menjamin keadilan dalam menguatkuasakan peraturan
dan undang-undang itu. Perlu ditegaskan bahawa Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan juga ada peruntukan yang mengharamkan tindakan pilih kasih atau
layanan yang berbeza atas sebab agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir.
4.0 PERBINCANGAN
Hak asasi di Malaysia adalah merangkumi sembilan Perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan. Berdasarkan contoh-contoh kes yang telah dibincangkan jelasla bahawa
kebebasan diri di Malaysia amat dijaga serta diberi perhatian secara serius agar anggota
masyarakat mendapat hak-hak mereka secara adil. Ianya dapat dilihat melalui contoh-contoh
kes kebebasan diri, kebebasan bercakap dan berhimpun, kebebasan bergerak serta
kebebasan beragama. Walaupun, negara kita telah menyatakan semua rakyat Malaysia adalah
bebas melakukan aktiviti namun terdapat sekatan-sekatan yang telah dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sekatan-sekatan tersebut adalah bertujuan untuk menjaga
ketenteraman negara serta menjaga hak-hak rakyat. Individu dan masyarakat Malaysia harus
mematuhi larangan-laranga yang telah termaktub kerana jika mereka melanggar setiap
larangan tersebut tindakanserta hukuaman undang-undang akan dikenakan.
Secara realitinya, walaupun terdapat kebebasan dalam bercakap dan berhimpun namun jika
seseorang individu atau masyarakat telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman
serta boleh menggugat keamanan dan kedaulatan negara individu atau masyarakat tersebut
akan di dakwa bersalah mengikut akta serta undang-undang yang telah diwujudkan seperti Akta 34
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Hasutan 1948 dan sebagainya. Dengan itu, dapat dilihat disini tiada kebebasan kepada
seseorang individu atau masyarakat untuk mengeluarkan pandangan mahupun rasa tidak puas
hati mereka tentang sesuatu perkara terutamanya tentang hal-hal politik, kaum dan sebagainya
kerana di khuatiri ianya akan menjadi satu kesalahan yang bertentangan dengan Perlembagaan
serta undang-undang. Oleh itu, individu atau masyarakat tidak bebas mengeluarkan pendapat
serta pandangan mereka walaupun hak kebebasan bercakap telah termaktub dalam
Perlembagaan.
Selain itu, walaupun terdapat hak kebebasan bergerak namun ianya tetap wujud sekatan.
Ianya dapat dinyatakan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan yang membenarkan
semua warganegara diberi hak kebebasan untuk bergerak dan bermastautin di semua negeri
serta kawasan di seluruh negara. Terdapat hak keistimewaan serta undang-undang imegresen
di Sabah dan Sarawak yang menyekat hak kebebasan bergerak yang telah diberikan. Pada
dasarnya kita melihat Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan kedua-
dua negeri tersebut adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Oleh itu, tiada sebab untuk
wujudnya sekatan kepada warganegara Malaysia untuk pergi melawat serta bermastautin di
kedua-dua negeri tersebut. Namun, oleh kerana terdapat hak-hak keistimewaan kedua-dua
buah negeri sekaligus ianya menjadikan sekatan kepada masyarakat daripada semenanjung
tanah air untuk datang berkunjung serta menetap di negeri-negeri tersebut. Jelaslah disini hak
kebebasan bergerak adalah tidak praktikal di seluruh negara.
Hak kebebasan beragama adalah salah satu isu yang amat sensitif untuk diiperbincangkan
oleh masyarakat mahupun golongan-golongan profesional dan akademik. Sudah termaktub
bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara dan agama lain bebas di amalkan tanpa
ada sekatan. Namun begitu, agama Islam mempunyai undang-undang atau hukum-hukumnya
yang tersendiri. Individu yan telah menganuti agama Islam iaitu dilahirkan daripada keturunan
yang beragama Islam mereka tidak boleh atau dilarang menukar agama kepada agama lain.
Setiap penganut agama masing-masing diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup serta
budaya agama yan dianuti tanpa larangan atau sekatan. Namun, berdasarkan contoh-contoh
kes jelas dapat dinyatakan tiada kebebasan bergerak kerana ianya telah dihalang dengan
beberapa perkara yang telah terkandung di dalam undang-undang negeri.
35
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
Secara kesimpulanya, kebebasan hak asasi di Malaysia mengandungi beberapa sekatan
yang mengahalang rakyat untuk melakukan aktiviti mereka serta menghalang rakyat untuk
meluahkan ketidakpuasan hati serta masalah yang melibatkan negara. Sekatan-sekatan ini
diwujudkan demi untuk menjaga keadilan serta perpaduan rakyat dan keamanan serta
kesejahteraan negara. Walaupun, pada dasarnya ianya mempunyai kebebasan tetapi realiti
yang dapat dilihat setiap perkara yang telah diperuntukkan terdapat sekatan yang harus
dipatuhi oleh semua warganegara. Setiap pelanggaran yang dibuat adalah menjadi satu
kesalahan dan ianya akan dikenakan hukuman undang-undang yang telah diperuntukan. Telah
menjadi keutamaan para pentadbir negara untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan
damai serta rakyat hidup dalam kesejahteraan dan bersatu padu. Oleh itu, hak kebebasan
manusia di Malaysia adalah dijaga dengan baik dan segala sekatan-sekatan yang diwujudkan
adalah bertujuan positif iaitu untuk keamanan dan kesejahteraan negara dalam usaha negara
menuju kepada sebuah negara maju pada tahun 2020.
5.0 KESIMPULAN
Di Malaysia, hak-hak asasi seperti kebebasan bercakap, hak memiliki harta, kebebasan
beragama, kebebasan untuk bergerak, hak dibicarakan secara adil, dan hak untuk diberitahu
alasan jika seseorang individu ditangkap diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak-hak ini harus melindungi dan dinikmati oleh rakyat. Namun secara realitinya, kewujudan
hak-hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan adakalanya tidak menjamin dan dinikmati
oleh rakyat tanpa sebarang sekatan dan halangan. Halangan ini wujud akibat daripada
beberapa faktor antaranya kewujudan pelbagai undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang secara jelas telah menghakis dan memansuhkan hak asasi tersebut
misalnya melalui Perkara 5(1) iaitu hak untuk tidak dilucutkan kehidupan dan kebebasan.
Perkara 5(1) ini secara tidak langsung telah dimansuhkan oleh penggunaan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA). Kewujudan beberapa akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta
Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Hasutan juga dilihat turut mempengaruhi kebebasan
rakyat untuk bersuara seperti yang termaktub melalui Perkara 10(1).
Justeru, badan kehakiman dilihat sebagai satu medium untuk menegakkan dan
mendapatkan hak-hak asasi yang sepatutnya diperolehi oleh setiap rakyat di negara kita. Hal ini
36
SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (LNK 2023)
kerana mahkamah berperanan untuk melindungi kebebasan dan hak asasi rakyat. Oleh itu,
amat wajar sekali badan kehakiman diberi kebebasan agar peranan badan tersebut benar-
benar wujud dan disedari oleh rakyat. Walau bagaimanapun, wujud kelemahan dalam badan
kehakiman yang diragui dapat menjamin kebebasan dan mendokong hak asasi rakyat
Malaysia.
Terdapat kelemahan yang memperlihatkan mahkamah kurang meneliti dan memeriksa
kuasa eksekutif menurut skop Persekutuan. Hak mentafsir Perlembagaan diberikan kepada
hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, realitinya
tidak semua hakim mempunyai kapasiti secara intelektual untuk memahami isu-isu
Perlembagaan dan hak-hak asasi kerana kurang pendedahan dalam perkara-perkara tersebut.
Jika terdapat golongan hakim yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi dan pengalaman
yang mencukupi dalam isu-isu hak asasi, namun adakalanya mereka dilihat gagal menghargai
kepentingan hak-hak asasi ini.
37
Top Related