1.0 Pengenalan
Seni Kraf merupakan salah satu daripada bidang seni selain daripada kesusasteraan,
seni musik, seni bina, kaligrafi, seni lukis dan teater. Apa yang dikatakan Seni Kraf
merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan. Terdapat juga
kraf yang memnggunakan alat bantuan atau peralatan mudah dalam penghasilannya. Antara
contoh barangan kraf yang terdapat di negara kita adalah seperti kain batik, kain songket,
ukiran pada rumah, ukiran pada masjid dan ukiran pada keris. Manusia dikatakan mempunyai
kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.
Definisi Kraf , "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah
apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara
atau kaedah’ (skill, way or method). Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning
of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Nilai-nilai
indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam
kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh dalam bidang logik.
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan
bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu
kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang
cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu,
manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.
Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali
pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang
sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar
untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai
kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi
istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan
yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan
atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.
Perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan
nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni itu sendiri. Seni Islam merupakan sebahagian
daripada kebudayaan bagi kita masyarakat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang
melayu yang beragama Islam. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah
swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui
batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt
lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.
Melihat kepada kenyataan ini jelas hasil kraf yang dihasilkan banyak bercirikan alam
semulajadi yang indah dan melambangkan kekuasaan penciptanya. Manusia dijadikan
sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat
manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar
menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang
cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh
makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam
Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi
aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni
mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak.
Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai
tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang
mantap. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek
estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"
(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak
masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.
Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah
dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan
berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.
2.0 Kraf Kelayu Membincangkan secara terperinci tentang:
Negara kita kaya dengan hasil kraf tersendiri. Antara hasil kraf yang terdapat di
Malaysia adalah seperti batik, ukiran, tenunan, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan. Kraf ini merupakan warisan negara yang telah
diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga
kini. Setiap hasil kraf ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim,
lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan
masyarakat luar seperti pedagang pada masa lampau. Seni kraf Melayu melambangkan
hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Ini amat jelas
jika diteliti hasil kraf yang dihasilkan sehingga kini.
2.1 Batik
Batik merupakan satu hasil kraf yang boleh dibanggakan sehingga kini ia merupakan
hasil yang diwarisi sejak dahulu. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui
kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan
dengan menggunakan alat-alat moden. Biarpun dengan perkembangan masa namun jika
dilihat batik dahulu hingga sekarang masih banyak ciri-ciri yang sama.
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik mula
diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau
menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di
alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di
Kelantan dan Terengganu.
Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan- rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.
Batik boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. Batik blok
ii. Batik conteng atau lukis, dan
iii. Batik skrin
Perbezaan antara jenis-jenis batik ini adalah daripada teknik dan alatan membuat dan
menghasilkan batik itu sendiri. Contohnya, batik blok menggunakan blok tembaga yang
berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap. Pelbagai warna yang
digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih. Biasanya tiga blok yang
berbeza digunakan. Setiap blok mempunyai sarang tertentu. Sarang jenis ini meninggalkan
garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.
Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan melalui kaedah batik
blok ini. Jika dahulu ubi kentang digunakan, kini blok yang lebih tahan dan mudah
digunakan.
(rujuk Rajah 2.6).
Blok penerap batik
Batik lukis / conteng
Bagi batik ini kemahiran melukis amat diperlukan kerana pencanting perlu melukis di atas kain hasilnya. Biasanya batik ini menggunakan kain sutera dan harganya lebih mahal berbanding dengan batuk blok atau batik skrin. Biasanya tidak akan terdapat dua batik yang betul-betl sama kerana ia dihasilkan satu persatu dan campuran warnanya juga akan berlainan antara satu dengan batik lukis yang lain.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Bahan pewarna disapu pada reka corak.Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’ sehingga lilin tanggal. Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.
Proses mencanting kain
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
2.2 Ukiran
Terdapat banyak kraf ukiran dalam masyarakat Melayu sejak dahulu. Antaranya ukiran kayu,
ukiran batu, ukiran logam dan ukiran perak.Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi
Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-
catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi
telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.
2.2.1 ukiran kayu
Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’. Ukiran ialah hasil rupa tradisi Melayu yang terulung.Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.
Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah:
a. Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.
b. Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.
c. Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.
Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan.
Pada kebiasaannya ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.
2.2.2 Ukiran batu
Terdapat banyak kesan-kesan sejarah yang membuktikan bahawa seni ukiran batu telah
lama wujud. Jika disorot kembali, seni ukiran batu merupakan hasil peninggalan sejarah
kebudayaan Megalitik atau Zaman Kebudayaan Batu Hidup. Di Semenanjung Tanah
Melayu, kesan-kesan awal mengenai kedatangan agama Islam yang dapat dipegang
sebagai bukti ialah Batu Bersurat Terengganu bertarikh awal kurun keempat belas. Batu
Bersurat tersebut dapat dianggap sebagai satu bahan seni yang terawal dijumpai
selepas agama Islam menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu. Manakala batu-batu
yang berbentuk kasar dan tidak berukir pula digunakan sebagai batu nisan atau
kegunaan agama. Penggunaan-penggunaan ini boleh disifatkan sebagai bentuk arca
yang awal. Peninggalan warisan ini merupakan karya seni yang tidak ternilai dan menjadi
khazanah negara yang terpenting.
2.1.3 Ukiran logam/ tembaga
Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup
manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam
di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang
tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang
diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan
hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat
yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh
tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah,
perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam
daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.
Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500
kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah.
Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa
bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam
dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi
arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan
gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga
telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son,
Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak
gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak
mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua
pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini
kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.
2.3 Tekat
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang
untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji
timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan
penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain
baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang
di negeri Perak, Pahang dan Johor.
Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
2.4 Tenunan
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
2.5 Anyaman
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil
kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak
menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma
bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan
yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu
dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan
seni anyaman.
Anyaman Buluh
Anyaman Pandan dan Mengkuang
Anyaman Rotan
Anyaman Ribu-ribu
Anyaman Lidi
(b) menjelaskan proses penggarapan motif berasaskan kepada subjek alam iaitu flora, arabes,
geometri dan memberi contoh-contoh yang bersesuaian
Daripada contoh lima kraf diatas boleh dilihat dengan jelas di mana motif alam semulajadi
merupakan motif yang digarap di dalam hasil-hasil tersebut. Bentuk-bentuk motif batik
dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik
berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan
haiwan.
Contoh Motif Organik adalah seperti motif ayam, motif bunga buluh , motif bunga raya, dan
lain-lain lagi.
Ukiran kayuberbentuk wau
Contoh Motif Geometrik pula ialah seperti Motif Pucuk Rebung, Motif Bunga Kotak
Bercampur keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak, banji,
ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.
Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam
semulajadi, motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam/benda, dan motif kuih dan
lain-lain.
Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua
iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan
penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi
pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji
dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak
hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat
dengan rotan atau buluh.
(c) menjelaskan ciri-ciri Seni Islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian Melayu
dari aspek estetik, fungsi dan makna.
C.Analisis secara terperinci dan dibuktikan dengan contoh-contoh yang baik dan jelas dalam
menyatakan keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu.
D.Jenis-jenis kraf dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya
TIGA maklumat sokongan seperti falsafah, makna, konsep sains, matematik dan nilai
terperinci yang diolah secara kreatif. Juga disertakan dengan bukti yang kukuh.
Top Related