Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti dan Cabaran
#Ini adalah hasil kerja saya bersama siti samihah,zulfa,afrida,dan tohirah
untuk subjek Tamadun Islam Tamadun Asia pada semester yang lepas.Moga
manfaat dapat dikongsi bersama.
HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN
PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan
teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan
canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan
pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan
arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya
dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala
kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan
dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai
bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik,
ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari
kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi
yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di
sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita
menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak
penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan
dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media
cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin
hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia
semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan
kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang
aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun,
kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru
kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara
Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh
islamisasi massaBlog oh blog..
1 year ago
Rau d h ah S o l e h ah
A b o u t M e
NOOR FA TIMA H B INTI MUJA HID
Insan biasa yg punya rasa.Hidup di tengah
sawah ditepi hutan dibawah teratak yang
tidak mewah tetapi menenangkan.
Pendidikan : 1992 PASTI Mulong 1993-
1998 SRK Mulong Satu. 1999-2005 Maahad
Muhammadi Peremmpuan Kota Bharu.
2006-2009 Diploma tahfiz Waddakwah
Darul Quran JAKIM 2009-2012 Ijazah
Sarjana Muda Quran Sunnah DQ-USIM
V I EW MY COMPLETE PROFI LE
M Y B OOS TE R
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan
Islam.Pemimpin yang menaklukinya
adalah sebaik-bak pemimpin dan pasukan
yang berada dibawah komandonya adalah
senaik-baik pasukan"-Hadith Riwayat
Imam Ahmad bin Hanbal
# A l l A b o u t H i s t o r y #~ . . . i a t e r s e d ia u n t u k me n g a ja r . .b e r lak u u n t u k me mb e r i
p e n g a ja r an . . .b e la ja r lah d a r in y a u n t u k me lak a r . . . s e ja r ah ~
dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau
disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni
Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar
dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan
lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa
tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya.
Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak
dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang
selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep
hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan
fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak
pengusasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud
pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud
pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti
politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan,
pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan,
sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap
kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common
sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil
mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral,
politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga
ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai
dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak
dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan
kelompok penguasa
1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan
oleh sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk
kepada tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula
pada sekitar 400M hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M
,yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat
.Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan kepada tiga peringkat
iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai Zaman Gelap
eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan
Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan
Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman
Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana
pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan intelektual yang
pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur.
Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada
tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini
benar-benar telah mengubah corak penghidupan masyarakat Eropah kepada
kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara agak drastik hinggalah ke hari
ini.
1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi
,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat
pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan
sikap dan membuka minda serta membawa fahamn baru .
TE TA M U
Kuching 3
Ipoh 1
TodayTotalOnline
86293
1
Stats $$$ Get widget
P e s an Or an g D u l u -D u l u
'untuk menjadi umat yang berjaya,
kekuatan ekonomi, politik dan
ketenteraan tidak memadai. Benteng
yang paling kental adalah perpaduan
dan kekuatan akidah'.
-Sultan Salahuddin Al-Ayyubi-
Kejayaan Salahuddin membebaskan
Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera
Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan
beliau menyatupadukan umat Islam di
Mesir, Palestin, Syria dan Iraq.
B l o g A r c h i ve
► 2011 (1)
▼ 2010 (2)
► April (1)
▼ March (1)
▼ Mar 13 (1)
Hegemoni Barat dan
Globalisasi:Realiti dan
Cabaran...
► 2009 (7)
S u p p o r t
khazanah tamadun IsLaM
Taman B i c ar a
1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan
terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains ,
sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat
peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke
14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah
merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran
manusia.
1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT
DI ZAMAN PERTENGAHAN
Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke
tamadun Barat di Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman
kegelapan, mundur dalam dalam segala aspek kehidupan dan berada pada
tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada zaman itu, di Eropah
terdapat “hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran Romawi,,dilonggokan
semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede, Isodoe dan
juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas
edarannya”. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel
yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang
persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut
tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya
menjadi penyusun idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani.
Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kelompak gereja dan
penganut pagan yang belum menerima ajaran Kristian. Antara tokoh-tokoh
yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta Kristian yang
agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan
secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek pagan yang
masyhur.
BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI
2.1 Definisi globalisasi
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada
pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi
umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai
proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang
kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan
masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu
unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai
sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas
untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan
teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia
dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan
infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini
bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan.
Asal Usul10 Peristiwa Pertama Dalam Dunia
Otomotif
1 year ago
8 Jul 13, 17:35Abg Superman: RahsiaAbang Tahan Lama!! --->http://kliksini.in/smp2u
2 Jul 13, 04:50
neeqa: salam ukhwah inginmenjual baju raya tapi tak tahubagaimana? sila ke blog saya
1 Jul 13, 11:16Siti Nurhasnita: (Lelaki:Besar Panjang Kuat Wangi) &(Wanita: Cantik Putih GebuMantap Wangi)
[The Dotifier] refresh
name e-mail / url
message Go
help · smilies · cbox
M y B l o g L i s t
s i ap a d an d ar i man a?
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang
asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari
dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada
hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan
teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda
globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh
globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya,
ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.
Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat
dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan
dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-
bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa
seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan
berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC)
adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan
globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia
yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang
tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum
istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan
sebagai gelombang yang melanda dunia.
2.2 Sejarah globalisasi
Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-
20 ini yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal
interaksi dan globalisasi dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada
sejak berabad-abad yang lalu. Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah
tumbuh ketika manusia mulai mengenal perdagangan antarnegeri sekitar
tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para pedagang dari Tiongkok dan India
mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat (seperti misalnya jalur
sutera) maupun jalan laut untuk berdagang
Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia
dan Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain
meliputi Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika
Timur, Laut Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan
dagang, kaum pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya,
nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia.
Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran
oleh bangsa Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah
pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya
revolusi industri yang meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia.
berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar perkembangan
teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu,
berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar
terhadap kebudayaan di dunia.
Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta
pasar juga memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di
Indonesia misalnya, sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan
Eropah membuka berbagai cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari
Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, British Petroleum dari Inggeris
adalah beberapa contohnya. Perusahaan multinasional seperti ini tetap
menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang
dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme
seakan memberi pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik
dalam mewujudkan kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di
D e s i g n b y
dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung
pula dengan perkembangan teknologi komunikasi dan transportasi.
Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur.
BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1 Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi
sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh
kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan
maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada
mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan
mereka khususnya negara-negara Islam.
Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah
mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam
masyarakat Islam dan Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program
di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya
untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi
galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah
dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat
tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh
mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika
Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang
peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat
dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan
terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui
perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan
luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.
3.2 Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang
diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa
kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan
negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek
utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi
berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang
mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan
semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi
asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan
mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata
wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran
modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi
mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga
buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai
ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
3.3 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan
kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu
menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa
didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super
power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang
mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom
telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan
antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir,
Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan
menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika
Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi
adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah
berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika
Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh
ditandingi.
3.4 Sosial
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri
dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan
simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup,
kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran
globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial
budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah
terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat
disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih
mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses
globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi
sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat
multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya
hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak
merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi
kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan
semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti
Coca Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh
dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala
perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia,
Padini, Levi’s menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala
barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat
dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk
rokok yang menajakan budaya hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini
muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland
juga diadakan di luar Amerika.
3.5 Agama
Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan
menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha
memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep
akidah dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga
kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran
mereka.
Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat
Islam. Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja
digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang
kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan
Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang
dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata
berteraskan ideologi Barat.
Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan
Disember 2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha
menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang
menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman
Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh
SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak
berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan
lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4 REALITI-REALITI YANG “MENGKRITIK” DUNIA BARAT
Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun
Barat, bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik
peradaban Barat secara majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili
keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara jelas, bahawa Barat
sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah
manusia.
Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam… Hadharah Al-Ghad,)
mengenai kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah
cukup untuk membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran
(terutamanya dalam aspek kemanusiaan).
Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden,
tergambar dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan
keluarga, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.
Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh
tamadun Barat.
1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa
takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu
alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk
bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan
yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan
keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang
mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.
Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat,
sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat.
Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja.
Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan
turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu.
Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap,
malah punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis.
Mereka saling memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka
sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama
kumpulan budaya-budaya yang berlainan.
Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin
head, hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas.
Lebih menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang
berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan
kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka
Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun
mereka hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia
(iaitu negara-negara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian
mereka.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang
bebas. Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya
melahirkan anak luar nikah merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang
mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah
yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi
teguran.
2.Kemusnahan Keluarga
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di
dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau.
Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak,
tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada
mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu
sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak,
menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa
(untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang
bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam
kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam
melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi
satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat
di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat
dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam
dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan Jiwa
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa
masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping
membentangkan isu-isu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut
mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies dan vagabond juga
merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap
tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis
Barat yang mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam
populariti. Hal ini jelas terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal
seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt
Cobin dan sebagainya.
4.Kecelaruan akal
S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua
penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental
dari masa ke semasa. Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: “Yang
menghairankan, penyakit mental lebih banyak daripada semua pesakit lain
secara keseluruhan”.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti
oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan.
Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat.
Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian
mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka
melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?
Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat
yang terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka
cenderung untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.
33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat
lepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan
jenayah rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang
menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat
lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah rogol.[25]
Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang
terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan
keinginan untuk melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah
tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan
dengan jenayah-jenayah mereka.
5.Jenayah dan Ketakutan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan
masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran
pembunuhan, serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga
bandar-bandar hidup dalam ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut
dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan 31% daripada
warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat
menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang
berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang
diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku
pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah
jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun
pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?
Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat
dunia. Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13%
daripada perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas,
pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya
sekali.” (Kilpatrick et al,1992, p.i)
Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih
malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah
yang paling banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16%
sahaja daripada kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada
2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada
pihak berkuasa.
Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol
yang berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol
yang berlaku dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah
mencecah lebih jutaan kes pada hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang
wanita dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam
keadaan mabuk. 47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah
dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.
Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-
mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-
mahasiswa pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak
dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca
daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat,
seorang perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada
4 orang mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah
dirogol atau hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain
(mengenai kes rogol di Barat),
http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes
rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli
keluarga mangsa sendiri.
Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa
jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29%
daripada keganasan terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang
yang mempunyai kaitan dengan si mangsa, samada suami, bekas suami,
teman lelaki mahupun teman lelaki.
503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-
kenalan rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada
laporan keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual,
melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.
BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP
UMAT ISLAM
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan
tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian
dari (akibat) perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar)
(Ar-Rum 30:41)
4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1 Ketaatan kepada syara’ dan sistem pentadbiran
Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan
syariatnya. Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan
syariat akan membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat
besar.
Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kebaikan (ma’ruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah
swt, Rasul serta ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini
memberikan kepada kita satu kaedah taat kepada ketua atau pemimpin itu
ada had dan batasnya. Sabda Rasulullah saw : ’Tiada ketaatan kepada
makhluk yang menyuruh kepada kemaksiatan’.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah
swt. Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam
(syariat) itu hukum pada sisi Allah swt.
4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada
kejatuhan Islam. Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-
masing mengatakan pendapatnya adalah benar, tiada sikap tolak ansur,
tolong menolong dan bantu membantu di antara umat Islam.
Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama
sendiri. Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran
Islam, tiada lagi bersifat sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah
sebab kenapa umat Islam dibunuh dengan mudah.
Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi
berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.
b) Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah
Islam.
c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan
dijadikan panduan kepada generasi-generasi baru.
d) Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang
diutarakan di anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman
Allah Taala :
Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang
lebih mengetahui. (Surah Yusuf : 76)
4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa
kewangan yang mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan
segala aktiviti dan perancangannya akan tergendala.
Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam
gerakan Islam apabila disalahgunakan.
Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang
goyah, ia mudah mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para
pendakwah Islam. Apabila kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa,
penyalahgunaan kuasa akan berlaku. Lantaran itu akan merosakkan barisan
petugas.
Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan
kekayaan dunia ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam
ini disebabkan oleh pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri.
Kesudahannya umat Islam ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam.
Mereka tidak merasa malu dan bersalah di atas tindakan yang dilakukan
asalkan apa yang di inginkan tercapai.
Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan
Islam dan keruntuhan Islam.
4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1 Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: ”Kita mesti bekerja untuk
merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan
mudah dicapai. Sesungguhnya Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau
akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya
tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemda. Hasilnya
ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu,
akan runtuhlah akhlak mereka”
Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan
akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang
boleh membawa kepada kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued,
seorang Yahudi dari Austria: ”Manusia hendaklah berusaha memuaskan
nafsu dengan cara merungkaikan ikatan akhlak dan halangan daripada
masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua.”
Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk mengalihkan
perhatian pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan
semua perkara.
4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: ”Gelas arak dan pelacur amat
berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang
dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam
cintakan kebendaan dan syahwat.
Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang
diadakan di Baitul Maqdis: ”Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu
generasi yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah
generasi yang mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak
menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh
keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat.
Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat. Mereka menduduki
pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan syahwat.
Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk
mengalih perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan
mempertahankan Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk
berusaha ke arah mencapai kemuliaan dan keagungan.
4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan
daripada menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx:
”Apakah ganti kepada aqidah Uluhiyah?” Beliau menjawab, ”Gantinya ialah
hiburan dan pementasan.”
Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda
apabila ia digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada
Islam dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut
komunis telah berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah
dinyatakan oleh staz ’Akad di dalam bukunya ”Islam dan Komunis”: ’Kita
telah berjaya menyebarkan unsur-unsur yang merosakkan agama di dalam
masyarakat beragama yang terdiri daripada novel, hiburan, pementasan,
kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan yang menyebarkan
fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan
memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-
mata serta menjadikannya sebagai tuhan..’
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan
oleh akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman,
meruntuhkan akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara
Islam....?
BAB 5 : PENUTUP
5.1 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi
cabaran yang mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai
peranan yang perlu dimainkan sebaik mungkin. Antara cadangan strategi
yang boleh dikemukakan ialah :
5.1.1 Menggunakan peluang
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan
barat.Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah
bilhal dan dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif
selepas perjanjian Hudaibiyah berbanding ketika perang sedang memuncak
dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap
perkembangan dakwah yang pesat.
5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan
menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan
intelektual di dunia islam amat memilukan sehinggakan ramai yang menjadi
buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan
keadilan.Akibatnya ramailah ulama dan intelektual yang bisu dalam
pengertian tidak berani menegur pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3 Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan
padu antara ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan
bertambah kuat, ummah akan terbela, negara akan menjadi aman dan
damai.Di Alam melayu sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai,Melaka dan
Aceh membuktikan bahawa wujudnya kesalingan ini telah menjadikan
kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting
dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17.Sebalik nya pula sebaik sahaja
ulama dan umara’ tidak bersatu,ummah tidak terbela ,negara akan hancur
samada kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala
bencana.
5.1.4 Memperbaiki Sistem Pendidikan.
Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem
pendidikan negara memandangkan sistem pendidikan adalah saluran
terpenting untuk mendidik masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada
falsafah pendidikan Islam yang lebih komprehensif .Realiti masyarakat hari
ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem
pendidikan negara.Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih bercorak exam-
oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek kekreatifan
dan daya cipta seseorang pelajar .
5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada
Indnesia pernah berkata, “Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan
aku gegarkan dunia ini”. Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup
berjaya dalam era revolusi. .Saidina Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang
kedua pernah mengimpikan lahirnya ramai generasi muda seperti Abu
Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad Bin Abi Waqas,Ali Abi Talib untuk
membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas muka bumi ini. Dua
tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang berfikiran
futuristic tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Mereka menyedari
betapa pentingnya pemuda dalam sistem sosial manusia.Bagaimana dengan
kita?Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita satu atau dua dekad
akan datang?Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan
memimpin dan mampukah mereka?
Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar
kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri .
Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali
ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali
berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami
dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan
sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah
gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini.
Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik mungkin dari
aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda yang
kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi
akan datang bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh
musuh agama. Sejarah telah menyediakan para pemuda contoh yang
berjaya membentuk arus di zaman mereka. Antaranya ialah :
1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2. Usamah Bin Zaid
3. Zainab Al-Ghazali
4. Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5. Ashaabul kahfi
Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan
kegemilangan zaman mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan
dan diimpikan oleh umat sepanjang zaman.Generasi ini merupakan generasi
yang menekankan aspek zikir, fakir, dan amal soleh kepada Allah . Mereka
memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam, otak yang cerdas, hati
yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan bersemangat serta
berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.Ia
di anggap sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang menegakkan
keadilan ,membanteras kezaliman dan menyelesaikan permasalahan umat
serta kompeten sepanjang masa.
Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan
mengembalikan kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini
diperkenalkan oleh Professor Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi
kemenangan.Generasi yang dibina melalui kekuatan roh dan jasad,
kemudian menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh dirungkaikan
lagi.Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung dalam Jiilun Nasr iaitu
:
1. Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3. Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4. Generasi amal dan membina jama’iy
5. Generasi Rabbani dan ikhlas
6. Generasi yang bernasabkan islam
7. Generasi dakwah dan jihad
8. Generasi gagah dan agung
9. Generasi seimbang dan sederhana
10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan
memperbanyakkan taubat)
Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi
harapan,yang mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan,
pembimbing, intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu
mengembalikan kegemilangan dan memakmurkan sekalian alam.
Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada generasi seperti
ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam selepas
golongan tua tiada.Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah
apabila ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka.
5.3 KESIMPULAN
Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini
jelaslah bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa
menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan
bahawa barat akan selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang
pada tamadun lain untuk mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri
masing-masing.Firman Allah s.w.t telah menjelaskan bahawasanya yang
bermaksud :
“ (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui “
(Surah Al-Anfaal : ayat 53)
Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul
albab. Generasi harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan
dan kemakmuran yang dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan
sekadar mimpi.Harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami
dengan gagasan,berpaksikan kepada keimanan, berupaya mengubah diri,
membangkitkan motivasi,mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan
merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Newer Post Older Post
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi
mereka untuk mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya
generasi yang diharapkan. Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur,
tindakan perlu di mulakan.Siapa tahu barangkali andalah pelakar sejarah
dunia seterusnya.Membentuk arus globalisasi yang baru,yang memenuhi
keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam
sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari
ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda..Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula
dalam keadaan dagang,ia akan kembali dagang.Beruntunglah orang yang
berpegang dengan islam ketika ia dagang.”-hadith riwayat Muslim.
BIBLIOGRAFI
BUKU DAN MAJALAH
Pusat Pengajian Umum UKM,2006,Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.,FULSON TRADING CO,Selangor.
Fathi Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala
Lumpur, Jasmin Enterprise
Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran
Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM
Sabri Mohamad Sharif,2009,Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh
Gagasan ,Karisma Publications
Zaharudin Abd Rahman,Majalah I Bil 81
INTERNET
http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm
www.agink.com
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N
www.berita harian.com.myuroddin
Pos t ed by noor fat imah bint i mujahid at Sat ur day , Mar ch 13, 2010 11:21
AM
0 C OM M EN T S :
P OS T A C OM M EN T
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish Preview
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
P E S AN GU RU
"Aljiddu biljihdi wa laisa biljaddi"-HUKAMAK-
"Laisa alfata man qoola haaza akhi wa haaza abi lakinna alfata man qoola haaza li wa haaza li.."-HUKAMAK-
"anti taktub tariikhuki binafsik"-USTAZ YUSRI MAZLAN.
#All About History#. Sejarah Blogger Template Design by: Evyta Ar on Blogs Tutorial