1. Hubungan Etnik (WAJ 3106) Aznal Sharul Erma Farah
2. Soalan 1 Cabaran perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia
dan cara-cara untuk mengatasinya.
3. Perpaduan Perpaduan merupakan aspek yang paling utama jika
sesebuah negara itu menginginkan keharmonian terpelihara sampai
bila-bila. Kemantapan dari aspek ekonomi dan pelbagai industri yang
menyumbang kepada arus kemodenan dan ketamadunan tidak akan
terhasil jika unsur perpaduan dalam kalangan rakyat sesebuah negara
itu tidak diperhebatkan.
4. Malaysia telah menempuhi pelbagai pengalaman pahit bagi
mencapai kemerdekaan disaluti dengan semangat perpaduan. Bermula
penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian
Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Jadi,
bagaimana kita bina perpaduan?
5. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada
tahun 1826 di Naning, Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga
Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875
di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan
menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah.
6. Cabaran-Cabaran Perpaduan Ekonomi Nilai Etnik Yang
Berbeza
7. Ekonomi Penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas
bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian
yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi
rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih
maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi
moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan
di estet getah dan kelapa sawit.
8. Melayu-sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan unsur kemiskinan. India-
harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan
ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu
baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
9. Cina- terus mencari peluang-peluang keemasan dalam
perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum
Bumiputera atau Melayu. Timbulnya persoalan di lubuk pemikiran
mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan
perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
10. Perbezaan Pekerjaan Perbezaan pekerjaan ini sebenarnya
wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan
British semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British
telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan
tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di
kawasan kampung dan luar bandar sebagai petani atau nelayan.
11. Orang india pula kebanyakan menjadi buruh di estet- estet
dan ladang-ladang manakala orang cina berada di bandar sebagai
pelombong dan peniaga. Ini juga telah mewujudkan perasaan curiga
antara kaum dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum serta
polarisasi antara kaum. Unsur perpaduan sekaligus akan terhakis
sedikit demi-sedikit dan tidak mustahil ianya akan hilang serta
merta.
12. Cara Mengatasinya Memperkenalkan Revolusi Hijau bagi
menambahkan pengeluaran beras berasaskan pengenalan penanaman padi
dua kali setahun dengan menggunakan benih yang berhasil tinggi,
bahan kimia, sistem pengairan dan alat jentera. Para petani di
kawasan Revolusi Hijau tanpa mengira jenis kaum telah mendapat
faedah daripada projek ini seperti di kawasan pengairan Muda di
Kedah dan Perlis. Antara tahun 1965 dan 1975, pendapatan petani di
kawasan ini telah meningkat sebanyak 2.4 kali ganda (Jomo,
1991).
13. Kerajaan negeri menjayakan projek-projek sosioekonomi PPRT
melalui agensi negeri masing-masing seperti DARA, KEJORA, KESEDAR,
KETENGAH, PERDA, KEDA dan JENGKA bagi membantu masyarakat tnpa
mngra kaum & agama. Mohd Taib (2000) menjelaskan bahawa tiga
agensi kerajaan yang aktif memberi bantuan ialah KEMAS (Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
dan Baitulmal.
14. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1975) yang menyatakan salah satu objektifnya ialah
pembasmian kemiskinan dan untuk menyamaratakan bidang ekonomi
rakyat sekaligus mengurangkan perbezaan pekerjaan. Proses
pelaksanaan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan dan
kesamarataan sektor pekerjaan lebih banyak melalui proses
melibatkan perancangan dan pelaksanaan agensi pusat seperti Unit
Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
kementerian-kementerian dan agensi- agensi di bawahnya. Usaha
tersebut sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang perbezaan
pekerjaan dan kemisikinan setiap kaum di Malaysia.
15. Perbezaan Nilai Etnik Cabaran yang kedua adalah cabaran
nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama,
bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum
Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus
menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.
16. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih
sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah
menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah
walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali
pun.
17. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat akan berlaku.
Masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka
melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh
mereka. Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya
dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya
memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.
18. Cara Mengatasinya Laksanakan aktiviti yang berunsurkan
perpaduan. Wajibkan semua kaum. Program seperti Program 1 Malaysia,
program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program- program
yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka
bagi perayaan- perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara
kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara. Program-program
seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta
akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan
menghormati adat-resam kaum lain.
19. Program-program seperti ini dapat memupuk semangat cinta
akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan
menghormati adat- resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan
hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Ibu bapa perlu mendorong anak- anak untuk bergaul
sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita
juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan
masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan
keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh
memecah belahkan kesepakatan.
20. Kesimpulannya.. Sebagai bangsa Malaysia, Harus kuasai
bahasa ibunda. Saranan Ibu Bapa Program Dan Polisi Perpaduan Tidak
Harus Dipolitikkan Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri
setiap kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh
anasir luar melalui pemikiran mahupun secara langsung. Negara yang
maju dari segi ekonomi dan sosial mestilah bertulang belangkang
rakyat yang bersatu.