MESIR
Sekilas tentang Mesir. Sebuah
negara yang masyhur dengan
tamadun lamanya. Berkeluasan
lebih sejuta kilometer persegi
dan mempunyai penduduk
sekitar 78.7 juta orang. Untuk
perbandingan, Malaysia hanya
berkeluasan kira-kira 330,000
km² dan mempunyai penduduk
sekitar 28 juta. Jauh bezanya.
Majoriti penduduk tertumpu
pada kawasan subur sekitar
Sungai Nil, menjadikan Mesir
sebuah negara yang padat. 90%
daripada mereka adalah Muslim.
Selebihnya beragama Kristian.
Mesir dibahagikan kepada 29
buah negeri. Antara negeri-
negeri yang terkenal ialah Arish,
Aswan, Damanhur, Dumyat,
Fayyum, Giza, Helwan,
Iskandariah, Ismailiyyah,
Kaherah, Luxor, Mansurah,
Matruh, Port Said, Shibin El-
Kom, Suez, Tanta dan Zaqaziq.
Mesir menggunakan matawang
Pound Mesir (Egyptian Pound)
atau lebih dikenali oleh
masyarakat tempatan dengan
gelaran Genih. Kadar tukaran
semasa (17 Ogos 2020)
menunjukkan RM1 = LE1.79.
Kadar ini berubah dari semasa ke
semasa. Not matawang yang
biasa digunakan ialah LE200,
LE100, LE50, LE20, LE10, LE5,
LE1, LE0.50 dan LE0.25.
Pastikan anda tidak terkeliru
dengan not LE50 dengan LE0.50.
Besar bezanya.
Suhu di sini bergantung kepada
musim. Pada musim panas, suhu
adalah antara 27°C hingga 43°C.
Manakala pada musim sejuk,
suhu adalah antara antara 13°C
hingga 21°C. Anda semua
dinasihatkan memakai pakaian
yang sesuai dengan musim bagi
mengelakkan jatuh sakit. Juga
banyakkan memakan buah-
buahan dan sayur-sayuran.
Kod telefon Mesir adalah +20.
Manakala zon masanya adalah
UTC +2 dan UTC +3 (Daylight
Saving Time).
Bahasa utama yang digunakan di
sini ialah Bahasa Arab. Bahasa
asing yang turut digunakan adalah
Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis,
Bahasa Jerman dan Bahasa Itali.
Namun, Bahasa Arab yang
digunakan dalam pertuturan
berbeza dengan apa yang kita
pelajari di Malaysia. Di Malaysia,
kita didedahkan dengan Bahasa
Arab Fusha, sedangkan yang
digunakan secara meluas di sini
adalah Bahasa Arab Ammiyyah.
Berikut adalah beberapa contoh
perkataan yang banyak digunakan
dalam kehidupan seharian:
Izayyak? = Apa khabar?
Kways = Baik
‘Aiz = Nak
Musy ‘aiz = Tak nak
Lahzah = Sebentar
Mesyi = Baiklah
Maalish = Maaf
Eih da? = Apa ini?
Kam da? = Berapa ini?
Ruh fin? = Mahu ke mana?
Pengangkutan awam sangat mudah
didapati di sini. Yang paling
popular adalah tramco. Atau nama
lainnya mikrobas. Iaitu van yang
digunakan sebagai pengangkutan
awam. Selain itu turut terdapat bas,
metro, teksi dan kereta api yang
menyediakan perkhidmatan dengan
harga yang berpatutan. Sebelum
menaiki teksi di sini, seeloknya
anda sepakat harga dengan
pemandu untuk elak terasa tertipu
ketika sudah tiba di destinasi.
Terdapat tiga syarikat
telekomunikasi yang menyediakan
perkhidmatannya di Mesir iaitu
Etisalat, Vodafone dan Mobinil.
Setiap satunya ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing.
Terdapat beberapa perkara yang
signifikan sebagai budaya rakyat
Mesir. Antaranya sikap mereka
boleh menahan siapa saja tanpa
usul periksa atas alasan
keselamatan.
Rakyat Mesir sangat meminati bola.
Menjadi satu kelebihan untuk
bergaul dengan mereka jika anda
arif tentang kelab-kelab bola
mereka. Antara kelab yang popular
ialah Al-Ahly, Az-Zamalek, Ismaily,
Al-Ittihad Al-Iskandarani dan Al-
Masry.
AL-AZHAR
Satu anugerah besar Allah SWT
kepada Mesir ialah Al-Azhar. Ia
ditubuhkan pada tahun 970M di
bawah pemerintahan Fatimiyyah.
Kelas pertama bermula pada
Ramadhan 975M. Pada kurun ke-
12, Salehuddin Al-Ayubi telah
datang ke Mesir dan menukarkan
Al-Azhar menjadi pusat pengajian
Sunni yang sebelum ini menjadi
pusat penyebaran fahaman Syiah.
Sejak daripada itu, ia berkembang
sehingga pada tahun 1961 sistem Al
-Azhar diubah dari sistem
madrasah kepada sistem universiti.
Fakulti-fakulti lain turut
diperkenalkan iaitu Fakulti
Ekonomi, Fakulti Perubatan,
Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti
Pertanian. Pada tahun yang sama
juga kelas bagi mahasiswi
diperkenalkan.
ISMA-MESIR
Ikatan Muslimin Malaysia
cawangan Mesir (ISMA-Mesir)
menyediakan program-program
yang bermanfaat kepada mahasiswa
-mahasiswa Melayu di Mesir
sepanjang tahun. Antaranya,
Perkhemahan Musim Panas ISMA-
Mesir (PMPI), Karnival Sukan
ISMA-Mesir (KSI), Hari Kesenian
Kebudayaan (HK2), Sambutan Aidil
Fitri ISMA-Mesir (SAFI) dan
program-program lain bersempena
dengan peristiwa seperti Program
Isti’dad Ramadhan, Program 10
Akhir Ramadhan, Israa’ Mikraj dan
sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh
layari ismamesir.com.
yang ramah. Tidak sukar untuk
memulakan perbualan dengan
mereka. Cuma anda perlu
memahami budaya mereka. Sebagai
contoh, sekiranya anda tawarkan
sesuatu kepada mereka, pada
awalnya mereka akan tolak.
Sekiranya anda berjaya memujuk,
barulah mereka terima. Bererti,
anda juga perlu lakukan hal yang
sama jika mereka tawarkan sesuatu.
Tolak dahulu. Jika benar
bersungguh-sungguh ingin beri,
barulah terima.
Satu budaya lain yang unik di sini
adalah bakseesh. Dalam kata lain
duit tip. Apa sahaja khidmat yang
mereka tawarkan, mereka
sebenarnya mengharapkan
bakseesh. Walaupun hanya LE0.25.
Secara umum, waktu berurusniaga
di sini bermula jam 10.00am.
Walaupun begitu, terdapat
beberapa kedai yang berurusniaga
24 jam.
Jangan pelik jika anda lihat ramai
orang membaca Al-Quran di merata
-rata tempat di sini. Lebih-lebih lagi
di bulan Ramadhan. Ambil peluang
ini untuk melazimkan diri dengan
membaca Al-Quran setiap hari.
Ada beberapa jenis makanan yang
menarik untuk anda cuba.
Antaranya ful, to’miah, kusyary,
isytoh, ruz bi laban, kuftah, seguk
dan togen. Ini antara makanan-
makanan Mesir yang terkenal dan
unik.
Demi menjaga keselamatan anda,
ada beberapa pantang larang yang
utama yang perlu anda patuhi.
Pertama, jangan sewenang-wenang
mengambil gambar polis, askar dan
yang berkaitan dengan kedua-
duanya seperti bangunan tentera,
kereta polis dan sebagainya. Yang
kedua, jangan zahirkan apa-apa
yang berkaitan dengan IM sama
ada nasyid, kitab dan yang
seumpamanya. Dua pantang ini
sangat penting untuk mengelakkan
apa-apa yang tak diingini berlaku.
Kerajaan Mesir masih dalam
suasana darurat. Ertinya, mereka