IKATAN #27

2
MESIR Sekilas tentang Mesir. Sebuah negara yang masyhur dengan tamadun lamanya. Berkeluasan lebih sejuta kilometer persegi dan mempunyai penduduk sekitar 78.7 juta orang. Untuk perbandingan, Malaysia hanya berkeluasan kira-kira 330,000 km² dan mempunyai penduduk sekitar 28 juta. Jauh bezanya. Majoriti penduduk tertumpu pada kawasan subur sekitar Sungai Nil, menjadikan Mesir sebuah negara yang padat. 90% daripada mereka adalah Muslim. Selebihnya beragama Kristian. Mesir dibahagikan kepada 29 buah negeri. Antara negeri- negeri yang terkenal ialah Arish, Aswan, Damanhur, Dumyat, Fayyum, Giza, Helwan, Iskandariah, Ismailiyyah, Kaherah, Luxor, Mansurah, Matruh, Port Said, Shibin El- Kom, Suez, Tanta dan Zaqaziq. Mesir menggunakan matawang Pound Mesir (Egyptian Pound) atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan dengan gelaran Genih. Kadar tukaran semasa (17 Ogos 2020) menunjukkan RM1 = LE1.79. Kadar ini berubah dari semasa ke semasa. Not matawang yang biasa digunakan ialah LE200, LE100, LE50, LE20, LE10, LE5, LE1, LE0.50 dan LE0.25. Pastikan anda tidak terkeliru dengan not LE50 dengan LE0.50. Besar bezanya. Suhu di sini bergantung kepada musim. Pada musim panas, suhu adalah antara 27°C hingga 43°C. Manakala pada musim sejuk, suhu adalah antara antara 13°C hingga 21°C. Anda semua dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai dengan musim bagi mengelakkan jatuh sakit. Juga banyakkan memakan buah- buahan dan sayur-sayuran. Kod telefon Mesir adalah +20. Manakala zon masanya adalah

description

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir).

Transcript of IKATAN #27

Page 1: IKATAN #27

MESIR

Sekilas tentang Mesir. Sebuah

negara yang masyhur dengan

tamadun lamanya. Berkeluasan

lebih sejuta kilometer persegi

dan mempunyai penduduk

sekitar 78.7 juta orang. Untuk

perbandingan, Malaysia hanya

berkeluasan kira-kira 330,000

km² dan mempunyai penduduk

sekitar 28 juta. Jauh bezanya.

Majoriti penduduk tertumpu

pada kawasan subur sekitar

Sungai Nil, menjadikan Mesir

sebuah negara yang padat. 90%

daripada mereka adalah Muslim.

Selebihnya beragama Kristian.

Mesir dibahagikan kepada 29

buah negeri. Antara negeri-

negeri yang terkenal ialah Arish,

Aswan, Damanhur, Dumyat,

Fayyum, Giza, Helwan,

Iskandariah, Ismailiyyah,

Kaherah, Luxor, Mansurah,

Matruh, Port Said, Shibin El-

Kom, Suez, Tanta dan Zaqaziq.

Mesir menggunakan matawang

Pound Mesir (Egyptian Pound)

atau lebih dikenali oleh

masyarakat tempatan dengan

gelaran Genih. Kadar tukaran

semasa (17 Ogos 2020)

menunjukkan RM1 = LE1.79.

Kadar ini berubah dari semasa ke

semasa. Not matawang yang

biasa digunakan ialah LE200,

LE100, LE50, LE20, LE10, LE5,

LE1, LE0.50 dan LE0.25.

Pastikan anda tidak terkeliru

dengan not LE50 dengan LE0.50.

Besar bezanya.

Suhu di sini bergantung kepada

musim. Pada musim panas, suhu

adalah antara 27°C hingga 43°C.

Manakala pada musim sejuk,

suhu adalah antara antara 13°C

hingga 21°C. Anda semua

dinasihatkan memakai pakaian

yang sesuai dengan musim bagi

mengelakkan jatuh sakit. Juga

banyakkan memakan buah-

buahan dan sayur-sayuran.

Kod telefon Mesir adalah +20.

Manakala zon masanya adalah

Page 2: IKATAN #27

UTC +2 dan UTC +3 (Daylight

Saving Time).

Bahasa utama yang digunakan di

sini ialah Bahasa Arab. Bahasa

asing yang turut digunakan adalah

Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis,

Bahasa Jerman dan Bahasa Itali.

Namun, Bahasa Arab yang

digunakan dalam pertuturan

berbeza dengan apa yang kita

pelajari di Malaysia. Di Malaysia,

kita didedahkan dengan Bahasa

Arab Fusha, sedangkan yang

digunakan secara meluas di sini

adalah Bahasa Arab Ammiyyah.

Berikut adalah beberapa contoh

perkataan yang banyak digunakan

dalam kehidupan seharian:

Izayyak? = Apa khabar?

Kways = Baik

‘Aiz = Nak

Musy ‘aiz = Tak nak

Lahzah = Sebentar

Mesyi = Baiklah

Maalish = Maaf

Eih da? = Apa ini?

Kam da? = Berapa ini?

Ruh fin? = Mahu ke mana?

Pengangkutan awam sangat mudah

didapati di sini. Yang paling

popular adalah tramco. Atau nama

lainnya mikrobas. Iaitu van yang

digunakan sebagai pengangkutan

awam. Selain itu turut terdapat bas,

metro, teksi dan kereta api yang

menyediakan perkhidmatan dengan

harga yang berpatutan. Sebelum

menaiki teksi di sini, seeloknya

anda sepakat harga dengan

pemandu untuk elak terasa tertipu

ketika sudah tiba di destinasi.

Terdapat tiga syarikat

telekomunikasi yang menyediakan

perkhidmatannya di Mesir iaitu

Etisalat, Vodafone dan Mobinil.

Setiap satunya ada kelebihan dan

kekurangan masing-masing.

Terdapat beberapa perkara yang

signifikan sebagai budaya rakyat

Mesir. Antaranya sikap mereka

boleh menahan siapa saja tanpa

usul periksa atas alasan

keselamatan.

Rakyat Mesir sangat meminati bola.

Menjadi satu kelebihan untuk

bergaul dengan mereka jika anda

arif tentang kelab-kelab bola

mereka. Antara kelab yang popular

ialah Al-Ahly, Az-Zamalek, Ismaily,

Al-Ittihad Al-Iskandarani dan Al-

Masry.

AL-AZHAR

Satu anugerah besar Allah SWT

kepada Mesir ialah Al-Azhar. Ia

ditubuhkan pada tahun 970M di

bawah pemerintahan Fatimiyyah.

Kelas pertama bermula pada

Ramadhan 975M. Pada kurun ke-

12, Salehuddin Al-Ayubi telah

datang ke Mesir dan menukarkan

Al-Azhar menjadi pusat pengajian

Sunni yang sebelum ini menjadi

pusat penyebaran fahaman Syiah.

Sejak daripada itu, ia berkembang

sehingga pada tahun 1961 sistem Al

-Azhar diubah dari sistem

madrasah kepada sistem universiti.

Fakulti-fakulti lain turut

diperkenalkan iaitu Fakulti

Ekonomi, Fakulti Perubatan,

Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti

Pertanian. Pada tahun yang sama

juga kelas bagi mahasiswi

diperkenalkan.

ISMA-MESIR

Ikatan Muslimin Malaysia

cawangan Mesir (ISMA-Mesir)

menyediakan program-program

yang bermanfaat kepada mahasiswa

-mahasiswa Melayu di Mesir

sepanjang tahun. Antaranya,

Perkhemahan Musim Panas ISMA-

Mesir (PMPI), Karnival Sukan

ISMA-Mesir (KSI), Hari Kesenian

Kebudayaan (HK2), Sambutan Aidil

Fitri ISMA-Mesir (SAFI) dan

program-program lain bersempena

dengan peristiwa seperti Program

Isti’dad Ramadhan, Program 10

Akhir Ramadhan, Israa’ Mikraj dan

sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh

layari ismamesir.com.

yang ramah. Tidak sukar untuk

memulakan perbualan dengan

mereka. Cuma anda perlu

memahami budaya mereka. Sebagai

contoh, sekiranya anda tawarkan

sesuatu kepada mereka, pada

awalnya mereka akan tolak.

Sekiranya anda berjaya memujuk,

barulah mereka terima. Bererti,

anda juga perlu lakukan hal yang

sama jika mereka tawarkan sesuatu.

Tolak dahulu. Jika benar

bersungguh-sungguh ingin beri,

barulah terima.

Satu budaya lain yang unik di sini

adalah bakseesh. Dalam kata lain

duit tip. Apa sahaja khidmat yang

mereka tawarkan, mereka

sebenarnya mengharapkan

bakseesh. Walaupun hanya LE0.25.

Secara umum, waktu berurusniaga

di sini bermula jam 10.00am.

Walaupun begitu, terdapat

beberapa kedai yang berurusniaga

24 jam.

Jangan pelik jika anda lihat ramai

orang membaca Al-Quran di merata

-rata tempat di sini. Lebih-lebih lagi

di bulan Ramadhan. Ambil peluang

ini untuk melazimkan diri dengan

membaca Al-Quran setiap hari.

Ada beberapa jenis makanan yang

menarik untuk anda cuba.

Antaranya ful, to’miah, kusyary,

isytoh, ruz bi laban, kuftah, seguk

dan togen. Ini antara makanan-

makanan Mesir yang terkenal dan

unik.

Demi menjaga keselamatan anda,

ada beberapa pantang larang yang

utama yang perlu anda patuhi.

Pertama, jangan sewenang-wenang

mengambil gambar polis, askar dan

yang berkaitan dengan kedua-

duanya seperti bangunan tentera,

kereta polis dan sebagainya. Yang

kedua, jangan zahirkan apa-apa

yang berkaitan dengan IM sama

ada nasyid, kitab dan yang

seumpamanya. Dua pantang ini

sangat penting untuk mengelakkan

apa-apa yang tak diingini berlaku.

Kerajaan Mesir masih dalam

suasana darurat. Ertinya, mereka