Mudah Letih Dan Lesu?Tips Mengekalkan Tubuh Sihat Di Bulan Ramadan
ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI GAS
Menurut doktor dari Bahagian Gastroenterologi RSCM-FKUI, Dr. H. Ari Fahrial Syam, bahan
makanan yang banyak mengandung gas dapat merangsang pengeluaran asid perut dan hal ini
sangat ditegah, apalagi bagi mereka yang mempunyai penyakit. Makanan yang banyak
mengandung gas antara lain: makanan berlemak, sayur-sayuran seperti sawi dan kubis, buah
nangka, kedondong dan pisang , serta minuman bersoda.
ELAKKAN MAKANAN BERLEMAK
Makanan yang banyak mengandungi lemak, akan membuat makanan lebih lambat untuk
diproses. Hasilnya, badan menjadi cepat kehilangan tenaga kerana tubuh lebih lambat untuk
memproses makanan.
MAKANAN BERSERAT BAIK UNTUK KESIHATAN
Makanan berserat ini sangat berguna apalagi sedang menjalani ibadah puasa kerana makanan
ini mampu membuat tubuh menahan rasa lapar. “Tubuh kita memerlukan masa yang lebih lama
untuk mencerna makanan yang banyak mengandung serta, sehingga rasa lapar juga datang
lebih lama,” ujarnya.
MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Sebelum puasa itu dilakukan baik sebelum ataupun sesudahnya, sangat digalakkan untuk
minum air yang cukup banyak agar tidak terjadi dehidrasi pada tubuh. Bagi mereka yang susah
untuk makanan nasi atau makanan berat semasa bersahur, anda digalakkan untuk minum susu
supaya rasa lebih cepat kenyang.
MAKANAN YANG SESUAI SEMASA BERBUKA PUASA
Setelah berpuasa atau istilahnya berbuka bagi umat Islam, maka pilihlah makanan yang ringan,
berserat, manis serta mengandungi cukup mineral, vitamin, dan karbohidrat. Kerana itu, kurma
merupakan salah satu makanan yang memenuhi standard tersebut. Menurut Dr Ari, tiga buah
kurma sudah cukup untuk berbuka. Jika anda bukan penggemar kurma, makanlah kuih ataupun
minum air manis yang panas supaya perut tidak terkejut!