Info kantin mudah letih dan lesu

2
Mudah Letih Dan Lesu? Tips Mengekalkan Tubuh Sihat Di Bulan Ramadan ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI GAS Menurut doktor dari Bahagian Gastroenterologi RSCM-FKUI, Dr. H. Ari Fahrial Syam, bahan makanan yang banyak mengandung gas dapat merangsang pengeluaran asid perut dan hal ini sangat ditegah, apalagi bagi mereka yang mempunyai penyakit. Makanan yang banyak mengandung gas antara lain: makanan berlemak, sayur-sayuran seperti sawi dan kubis, buah nangka, kedondong dan pisang , serta minuman bersoda. ELAKKAN MAKANAN BERLEMAK Makanan yang banyak mengandungi lemak, akan membuat makanan lebih lambat untuk diproses. Hasilnya, badan menjadi cepat kehilangan tenaga kerana tubuh lebih lambat untuk memproses makanan. MAKANAN BERSERAT BAIK UNTUK KESIHATAN Makanan berserat ini sangat berguna apalagi sedang menjalani ibadah puasa kerana makanan ini mampu membuat tubuh menahan rasa lapar. “Tubuh kita memerlukan masa yang lebih lama untuk mencerna makanan yang banyak mengandung serta, sehingga rasa lapar juga datang lebih lama,” ujarnya. MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK Sebelum puasa itu dilakukan baik sebelum ataupun sesudahnya, sangat digalakkan untuk minum air yang cukup banyak agar tidak terjadi dehidrasi pada tubuh. Bagi

Transcript of Info kantin mudah letih dan lesu

Page 1: Info kantin mudah letih dan lesu

Mudah Letih Dan Lesu?Tips Mengekalkan Tubuh Sihat Di Bulan Ramadan

ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI GAS 

Menurut doktor dari Bahagian Gastroenterologi RSCM-FKUI, Dr. H. Ari Fahrial Syam, bahan

makanan yang banyak mengandung gas dapat merangsang pengeluaran asid perut dan hal ini

sangat ditegah, apalagi bagi mereka yang mempunyai penyakit. Makanan yang banyak

mengandung gas antara lain: makanan berlemak, sayur-sayuran seperti sawi dan kubis, buah

nangka, kedondong dan pisang , serta minuman bersoda.

ELAKKAN MAKANAN BERLEMAK

Makanan yang banyak mengandungi lemak, akan membuat makanan lebih lambat untuk

diproses. Hasilnya, badan menjadi cepat kehilangan tenaga kerana tubuh lebih lambat untuk

memproses makanan.

MAKANAN BERSERAT BAIK UNTUK KESIHATAN

Makanan berserat ini sangat berguna apalagi sedang menjalani ibadah puasa kerana makanan

ini mampu membuat tubuh menahan rasa lapar. “Tubuh kita memerlukan masa yang lebih lama

untuk mencerna makanan yang banyak mengandung serta, sehingga rasa lapar juga datang

lebih lama,” ujarnya.

MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK

Sebelum puasa itu dilakukan baik sebelum ataupun sesudahnya, sangat digalakkan untuk

minum air yang cukup banyak agar tidak terjadi dehidrasi pada tubuh. Bagi mereka yang susah

untuk makanan nasi atau makanan berat semasa bersahur, anda digalakkan untuk minum susu

supaya rasa lebih cepat kenyang.

MAKANAN YANG SESUAI SEMASA BERBUKA PUASA

Page 2: Info kantin mudah letih dan lesu

Setelah berpuasa atau istilahnya berbuka bagi umat Islam, maka pilihlah makanan yang ringan,

berserat, manis serta mengandungi cukup mineral, vitamin, dan karbohidrat. Kerana itu, kurma

merupakan salah satu makanan yang memenuhi standard tersebut. Menurut Dr Ari, tiga buah

kurma sudah cukup untuk berbuka. Jika anda bukan penggemar kurma, makanlah kuih ataupun

minum air manis yang panas supaya perut tidak terkejut!