27
28
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: PENGGUNAAN WEB
BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.
Pengenalan
Istilah “dunia tanpa sepadan” seringkali disebutkan pada masa kini. Istilah ini sering
dikaitkan dengan perkembangan penggunaan komputer dan internet atau secara ringkasnya di
sebut informasi teknologi maklumat (ICT).
Menurut Herbert (1997) ICT memfokuskan pada maklumat, komunikasi dan teknologi
yang banyak menyentuh aspek-aspek penyimpanan, manipulasi, transmisi atau menerima mana-
mana data digital. Selain itu, ICT juga berkaitan dengan komputer yang digunakan dan peralatan
teknologi maklumat yang membolehkan orang ramai berkongsi ilmu dan maklumat.
Melalui teknologi ini kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana
sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Ia boleh dilaksanakan dengan penggunaan
internet. Internet berfungsi untuk menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas
dan singkat jika hendak dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti
perkhidmatan pos, telefon, telegram dan sebagainya.
Jamaluddin Badusah (2000) menyatakan statistik pengguna internet pada 1990
dan 1995 menunjukkan peningkatan iaitu 18000 dan 778000. Ini menunjukkan penggunaan
internet telah menwujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai
agen perubahan masyarakat dan kurikulum pendidikan negara. Revolusi dalam penggunaan ICT
di sekolah dipelopori dengan penubuhan sekolah bestari dimana internet merupakan salah satu
kemudahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
29
Kementerian Pelajaran Malaysia (1997) menyarankan agar budaya persekolahan diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan saranan ini, pihak kerajaan telah
mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan
perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada
teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan
berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM,
1997 ).
Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui
Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet.
Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah
mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik
menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70
an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang
pendidikan di Malaysia (Jamaludin Badusah 2000).
Kementerian Pelajaran Malaysia secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama
ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan
dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktiviti. Ini bermakna penggunaan ICT bukan sahaja digunakan untuk tujuan pendidikan
sahaja, malah ianya adalah sebagai persediaaan kepada pelajar untuk dunia pekerjaan.
Definisi Blog
Pengunaan internet yang meluas dikalangan pelajar merupakan satu peluang
untuk guru mempelbagaikan teknik pengajarannya. Selain daripada meminta pelajar mencari
maklumat pada laman web yang lain, guru juga boleh menyampaikan maklumat dengan
menggunakan blog.
30
Menurut kamus Wikipedia (2007), “weblog” berasal daripada sebuah website
yang dimiliki oleh Jorn Barger pada tahun 1997. Kemudian nama “blog” mula diberi oleh
seorang pembuat web bernama Peter Merholz pada tahun 1999. Bermula pada tahun 2001, blog
telah digunakan sebagai web untuk menyampaikan maklumat secara peribadi.
Suci Pujiastuti (2009) menyatakan blog terbahagi kepada 16 katagori iaitu blog
politik, blog peribadi, blog bertopik, blog kesihatan, blog sastera, blog perlancongan, blog riset,
blog undang-undang, blog media, blog agama, blog pendidikan, blog kumpulan, blog petunjuk,
blog perniagaan, blog pengejawantahan dan blog penggangu (spam). Ini menunjukkan fungsi
pengunaan blog boleh digunakan secara meluas terutamanya dalam penyampaian p&p.
Peranan Blog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001)
mencadangkan P&P melalui empat kategori iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.
Kaedah tutorial merangkumi pembelajaran ekspositori, demontrasi, dan latihan.
Dengan menggunakan blog, guru boleh memuat turun nota yang telah diajar di dalam kelas dan
menambah nota-nota lain yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Ini membolehkan pelajar
mendapat banyak pengetahuan hasil pembacaan yang telah disediakan oleh guru. Selain itu,
video demonstasi seperti penggunaan alatan boleh ditonton oleh pelajar melalui blog yang
digunakan. Pelajar akan lebih faham dan jelas selain daripada demonstrasi yang dilakukan oleh
guru di dalam kelas. Dengan menggunakan blog juga, pelajar juga bebas berkomunikasi dengan
guru pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang persoalan dengan syarat guru hendaklah
sentiasa memeriksa blog nya.
Pembelajaran penerokaan digunakan adalah untuk membolehkan pelajar mencari
maklumat, mempelajari sesuatu secara simulasi dan demonstarasi sesuatu kejadian. Link-link
yang berkaitan dengan satu-satu tajuk boleh dimuatkan didalam blog. Contohnya guru masukkan
beberapa link untuk tajuk Elektronik. Pelajar hanya perlu klik pada link tersebut dimana ianya
siap dengan demonstrasi serta simulasi berkaitan dengan tajuk Elektronok. Pelajar hanya perlu
menonton video dan membaca sedikit maklumat untuk menambah pemahamannya. Selain
31
daripada itu, pelajar yang tidak tahu membaca juga boleh faham kandungan sesuatu topik
sekiranya menonton video yang menunjukkan fungsi bahan dalam tajuk Elektronik dan teknik
memateri yang betul.
Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan blog juga
boleh memantapkan pengaplikasian pelajar terhadap penggunaan teknologi ICT. Pelajar bukan
sahaja membaca bahan yang ada di dalam blog, malah guru juga boleh mengajar pelajar
bagaimana untuk mencari maklumat tambahan berkenaan satu-satu topic dengan menggunakan
search engine. Teknik pencarian maklumat yang betul akan memudahkan pelajar mencari
maklumat yang ditugaskan. Selain daripada itu, pelajar juga boleh mengaplikasi kamahiran
mencari maklumat menggunakan ICT untuk matapelajaran yang lain. Ini membolehkan proses
P&P menjadi lebih luas dan menyeronokkan.
Penggunaan blog juga boleh dijadikan sebagai medium komunikasi antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ini kerana satu blog akan digunakan oleh semua kelas
yang diajar oleh seseorang guru. Contohnya kelas 2C1 akan berkongsi blog yang sama dengan
kelas 2C2, 2C3 dan 2C4. Ini membolehkan mereka berkongsi maklumat dan idea melalui blog
yang diselia oleh guru. Guru juga perlu memantau aktiviti penggunaan blog ini bagi
mengelakkan pelajar melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, pelajar yang
malu bertanya di dalam kelas bebas untuk bertanya soalan di dalam blog yang disediakan oleh
guru.
Kesimpulan
Perkembangan pesat ICT dalam bidang pendidikan memberi kesan dalam
pendidikan. P&p akan menjadi bertambah menarik dan boleh menambah pengetahuan pelajar
dalam menguasai satu-satu topik. Pengunaan blog yang dilihat sebagai medium untuk
menyampaikan pelbagai maklumat boleh dijadikan sebagai salah satu medium yang boleh
digunakan untuk proses p&p. Penggunaan blog yang didalamnya boleh dimuatkan dengan teks,
grafik, animasi, video dan audio menjadikan p&p lebih berkesan untuk pelajar cemerlang,
sederhana dan lemah. Ini kerana pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa boleh melihat
32
grafik, video dan animasi untuk mendapatkan maklumat. Penggunaan blog ni perlu dikawal oleh
guru agar pelajar tidak menyalahgunakan blog ini.
Rujukan
Herbert Crijns. 1997. Informations Technology, Does IT Enhance History Teaching.
Questannaire for EUROCLIO annual Conference in Helsinki Findland March 11-15 1997.
History Teaching and Information and Communications Technology. Bulletin Nr.10, - Summer
1998. 27:31.
Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd, Rasid Johar. 2000. Inovasi dan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selangor: AJM Publishing Enterprise.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1997)." Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana
". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Putra Jaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieve
from. http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul_ssk.html#
Suci Pujiastuti, 2009. Pengajaran Bahasa Jerman dengan menggunakan weblog. Retrieve from :
http://www.blogster.com/sumatranerin/article-1-pengajaran-bahasa-jerman-dengan-
menggunakan-weblog
Wikipedia, 2011. Blog. Retrieve from http://en.wikipedia.org/wiki/Blog
Top Related