PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 1/37
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PANDUAN PENDAFTARAN
Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 01 - 03
Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS
Menarik Diri CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2018/2019
Carta alir proses pendaftaran Universiti
Carta alir proses pendaftaran secara online (E-daftar)
Carta alir semasa lapor diri
04 - 07
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI 08 - 14
Dokumen yang perlu disediakan
Borang yang perlu dilengkapkan
Proses Pembayaran Yuran Pengajian
Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar
Biasiswa / Tajaan / Pinjaman
Pemeriksaan Kesihatan
Keperluan Peribadi
SEMASA LAPOR DIRI 15 - 17
Maklumat semasa ketibaan
Dokumen yang perlu dibawa
Sahsiah rupa diri SELEPAS LAPOR DIRI 18-19
Program Minggu Suai Mesra (MSM)
Pakaian Minggu Suai mesra
Pendaftaran Kursus SENARAI SEMAK 20 - 23 BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI 24 MAKLUMAT UMUM 25 - 28 SOALAN-SOALAN LAZIM 29 - 32 MAKLUMAT DAN PERTANYAAN 33 - 35
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 2/37
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON
1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa Pendaftaran Universiti.
2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaranmelalui talian (Online E-Daftar) dalam tempoh 17 hari
(01 – 17 Ogos 2018) daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima sebarang
pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran tersebut. Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman pihak Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini
kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak boleh lagi dipinda.
Penolakan tawaran pada sesi ini tidak memberi kesan kepada permohonan anda untuk sesi akan datang.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UMS
1. Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i. Saudara/i diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS yang
dibuka bermula 01 sehingga 17 Ogos 2018.
ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.
iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati maklumat kelayakan masuk adalah
tidak benar / manipulasi maklumat.
v. Tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-mana pihak.
vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pendaftaran adalah tidak
dibenarkan dan perlu memohon semula untuk kemasukan pada masa akan datang.
viii. Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat
kelayakan masuk.
ix. Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Malaysia
Sabah.
x. Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti
Malaysia Sabah.
xi. Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh Universiti Malaysia
Sabah.
xii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil STPM / STAM / Diploma dan Transkrip, Slip Keputusan
MUET, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada)) semasa lapor diri.
xiii. Saudara/i diwajibkan lulus ujian Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya mendapat Band 3 atau
purata Gred C dalam Kursus Bahasa Inggeris sebagai syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 3/37
2. Calon yang terdiri daripada kakitangan kerajaan perlu menunjukan surat kebenaran dan pelepasan melanjutkan pelajaran dari
majikan. Surat Kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya
walaupun pelajar telah mendaftar sebagai seorang pelajar Universiti jika gagal menunjukkan surat kebenaran majikan.
3. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB :
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU);
ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Prasiswazah, Peraturan Asrama Universiti, Peraturan Perpustakaan serta
peraturan-peraturan lain Fakulti / Pusat yang berkenaan;
iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;
iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh
sesiapa juga;
v. Menghormati para Pegawai Universiti;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan
yang dianjurkan oleh Universiti dan Negara;
vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
viii. Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti;
ix. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;
4. Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Universiti;
5. Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-syarat tersebut di atas.
MENARIK DIRI
1. Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan melapor diri tetapi kemudiannya menarik diri dari pengajian, bayaran yang layak
dituntut (rujuk muka surat 13).
2. Resit bayaran ASAL, surat tawaran, surat permohonan dan surat kelulusan menarik diri daripada pengajian hendaklah
dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 5/37
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
UNIVERSITI SESI 2017/2018
Portal Kementerian Pelajaran Malaysiaupu.mohe.gov.my atau http://jpt.ums.edu.my
Semak Status Kemasukan
BERJAYA
Laman Semakan Keputusan
31 Julai 2018Melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
TIDAK BERJAYAE-Rayuan
Pengesahan Setuju Terima
YA
TIDAKData akan
digugurkan
Cetak Surat Tawaran Online
01 -17 Ogos 2018Calon jaya membuat pengesahan setuju terima / tolak
tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
[ Calon hendaklah memberi maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan ]
Pendaftaran Universiti Secara Online
Lapor Diri Kolej Kediaman
01 – 30 Ogos 2018Calon jaya boleh cetak surat tawaran online melalui
laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
01 - 30 Ogos 2018Sila rujuk Carta Alir Pendaftaran Secara Online Sesi
20187/201 di muka surat 6
Catatan : Calon yang tidak dapat membuat pendaftaran secara online wajib menyelesaikan
pendaftaran sebelum minggu MSM bermula
03-04 September 2018Calon jaya melapor diri di Kolej Kediaman
yang telah ditetapkan seperti di dalam surat tawaran
MULA
TAMAT
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 6/37
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
UNIVERSITI SECARA ONLINE (E-DAFTAR)
Login
Langkah 1 : Perakuan Pelajar
Kemaskini MaklumatKemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, ibu bapa, kesihatan dan
maklumat bankLangkah 2-5: Mengemaskini Maklumat
Langkah 7 : Muat Naik Gambar
Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad:i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.iii. Kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.
Muat Naik GambarSila muat naik gambar yang bersesuaian mengikut garis panduan
yang diberikan
MULA
TAMAT
Sistem Pendaftaran UniversitiMasukkan no. matrik sebagai username dan nombor kad pengenalan
sebagai passwordhttp://smp.ums.edu.my/edaftar
Langkah 8 : Cetak Slip Pengesahan
Langkah 6 :Pembayaran Yuran Pengajian
CATATAN : SILA BAWA SLIP PENGESAHAN ANDA SEMASA HARI PENDAFTARAN
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 7/37
CARTA ALIR SEMASA LAPOR DIRI
LALUAN A BAGI CALON YANG TELAH MELENGKAPKAN E-DAFTAR
LALUAN B
BAGI CALON YANG BELUM MELENGKAPKAN E-DAFTAR
7. SELESAI
6. TERIMA KUNCI BILIK ASRAMA
5. KAUNTER GAMBAR
4. TERIMA PAKEJ MSM
3. KAUNTER SERAHAN MAKLUMAT KESIHATAN
2. KAUNTER WEB CHECKIN
1. MULA
4. TERUSKAN SEPERTI DI LALUAN A
3. KAUNTER BPA
2. KAUNTER BENDAHARI
1. MULA
ARAHAN : Bagi calon yang TELAH melengkapkan
pendaftaran e-daftar (langkah 1 hingga 8), calon boleh terus membuat self check in; atau
ARAHAN : Bagi calon yang BELUM melengkapkan
pendaftaran e-daftar, calon perlu membuat semakan di Kaunter Bendahari dan BPA,
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 9/37
Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;
1. MENYEDIAKAN BAHAN / DOKUMEN BERIKUT:-
i. Salinan Surat Tawaran
ii. iii.
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kelahiran
iv. v.
vi.
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan
Salinan Sijil Keputusan MUET
CATATAN : SILA MASUKKAN SALINAN DOKUMEN TERSEBUT KE DALAM FAIL PELAJAR YANG
DIBERIKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
2. Lengkapkan semua borang / dokumen berikut yang boleh dimuat turun melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS atau dalam Buku Panduan Pendaftaran dan bawa semasa lapor diri.
i. UMS/HEP/01 Ikrar
ii. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
iii. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
iv. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar
v. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
3. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
i. Yuran pengajian hendaklah DIJELASKAN sebelum pelajar membuat proses pendaftaran Universiti melalui e-Daftar
secara online.
ii. Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui Bil Pelajar dan Buku Panduan Pendaftaran (muka surat 12).
iii. Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.
iv. Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membuat bayaran secara TUNAI di Kaunter Jabatan Bendahari,
Universiti Malaysia Sabah.
v. Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari menerima pengesahan
Terimaan bayaran daripada pihak bank.
vi. Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum, pengesahan bayaran hanya
akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
vii. Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Bendahari sebelum
tarikh tutup proses pada 30 Ogos 2018.
viii. Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari pendaftaran.
ix. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS seperti berikut:
Salinan sijil perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara / Cawangan.
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon / Pesuruhjaya Sumpah / Ketua Kampung
Sila muat turun borang
pada laman web
bpa.ums.edu.my/Semakan
UMS
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 10/37
Kampus Induk K.K Kampus Antarabangsa Labuan
(KAL)
Fakulti Pertanian
Lestari (FPL)
Emel [email protected] [email protected] [email protected]
m
No. Telefon
088-320000
(Samb. 1019/1060/1116/1120/1432/1855)
087-466915 089-248100
(Samb. 8120/8121)
No. Faks
088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar) 087-465152 089-220703
Kaunter
i. Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan
Canselori.
ii. Anjung Siswa,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Aras 4, Bangunan Menara. Zon Operasi Kewangan
Sains.
4. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
i. Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di
seluruh Malaysia.
Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
ii. Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:
Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.
Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.
Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam
Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.
5. BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN
i. Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman, DIWAJIBKAN untuk mengemukakan surat tawaran tajaan
tersebut kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah semasa hari pendaftaran atau pada bila – bila masa
setelah mendapat tawaran daripada pihak penaja.
ii. Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) untuk mengelakkan
sebarang kesulitan yang timbul.
6. AKAUN BANK ISLAM
i. Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit
minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan pengaktifan akaun tersebut.
ii. Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian
melalui kaedah:
Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)
Pindahan Wang melalui Perbankan Internet
iii. Pelajar yang memohon PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Bank Islam bagi tujuan kemasukan duit
pembiayaan PTPTN.
iv. Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini
maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan menyatakan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 11/37
memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.
7. PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
i. Pelajar WAJIB menjelaskan Yuran Pengajian sepenuhnya sebelum TARIKH LAPOR DIRI.
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PRASISWAZAH MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN
YURAN
BIDANG SAINS &
TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIDANG SASTERA
BIDANG KEJURUTERAAN
BIDANG PERUBATAN
(RM) (RM) (RM) (RM)
(l) Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh
Pengajian Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu
515.00 490.00 515.00 515.00
(Pendaftaran Kemasukan)
(ll) Bayaran Setiap Semester
Yuran Pengajian 960.00 865.00 1,040.00 1,240.00
- 18 minggu / Semester
Yuran Asrama 665.00 665.00 665.00 665.00
(2 Semester Setahun)
Yuran Akreditasi - - 50.00 -
Jumlah 1,625.00 1,530.00 1,755.00 1,905.00
(lll) Bayaran Setiap Permulaan Sesi
(Tahunan)
Yuran Insuran Kelompok 25.00 25.00 25.00 25.00
Yuran Keahlian Persatuan Mahasiswa
5.00 5.00 5.00 5.00
Jumlah 30.00 30.00 30.00 30.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,170.00 2,050.00 2,300.00 2,450.00
(PELAJAR BAHARU)
JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN PENGAJIAN 6,365.00 5,770.00 - 8,045.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN SETENGAH
PENGAJIAN
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
- 6,665.00 - -
JUMLAH YURAN UNTUK 4 TAHUN PENGAJIAN 8,315.00 7,530.00 9,355.00 10,555.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
JUMLAH YURAN UNTUK 5 TAHUN PENGAJIAN - - - 13,065.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 12/37
Sains
Sastera
Kejuruteraan
Perubatan
i. Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian
• Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu
ii. Bayaran Setiap Tahun / Sesi
• Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Pelajar
• Yuran Keahlian Persatuan Mahasiswa
iii. Bayaran Setiap Semester
• Yuran Pengajian Per Semester
Termasuk yuran pengajian (jumlah bayaran bergantung kepada program), bayaran perkhidmatan Universiti, bayaran kebajikan
pelajar dan lain-lain yang berkaitan.
• Y u r a n A s ra m a
• Yuran Akreditasi (Bagi pelajar di bidang Kejuruteraan)
iv. Pembayaran Balik Yuran Bagi Pelajar Yang Menarik Diri Dari Pengajian
Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan mendaftar tetapi kemudiannya menarik diri daripada pengajian,bayaran yang layak
dituntut adalah seperti berikut:-
2 minggu sebelum sesi
kuliah bermula
Minggu Pertama hingga
ke-8 selepas
sesi kuliah bermula
Selepas minggu
ke-8 sesi kuliah
bermula
(I)
Bayaran Sekali
Sepanjang Tempoh Pengajian
(Pendaftaran Kemasukan)
Luput Luput
Luput (II)
Bayaran Setiap Semester
-18 minggu/ Semester
(2 Semester Setahun)
65% dari jumlah
bayaran / yuran*
40% dari jumlah
bayaran / yuran*
(III)
Bayaran Setiap Permulaan Sesi
(Tahunan)
Luput Luput
HC / HG / HS / HY
HA / HE / HP / HT
HK
HM
BIDANG KOD PROGRAM
*Yuran Pengajian (mengikut program) dan Bayaran Perkhidmatan (RM30) SAHAJA.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 13/37
Pengiraan Kadar Pemulangan Pelajar Tempatan
(a)Bidang Sains &Teknologi
Maklumat (b)Bidang Sastera
Yuran Kadar Yuran
Pemulangan 65%
Pemulangan 40%
Kadar Yuran
Pemulangan 65%
Pemulangan 40%
Yuran Pengajian (per program)
620.00 403.00 248.00 550.00 357.50 220.00
Bayaran Perkhidmatan
30.00 19.50 12.00 30.00 19.50 12.00
Jumlah Keseluruhan
650.00 422.50 260.00 580.00 377.00 232.00
(c)Bidang Kejuruteraan (d)Bidang Perubatan
Yuran Kadar Yuran
Pemulangan 65%
Pemulangan 40%
Kadar Yuran
Pemulangan 65%
Pemulangan 40%
Yuran Pengajian (per program)
700.00 455.00 280.00 900.00 585.00 360.00
Bayaran Perkhidmatan
30.00 19.50 12.00 30.00 19.50 12.00
Jumlah Keseluruhan
730.00 474.50 292.00 930.00 604.50 372.00
*Perbezaan yuran yang tidak dipulangkan adalah disebabkan kos – kos yang telah terlibat semasa penerimaan tawaran.
8. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
i. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta / Poliklinik UMS dengan tanggungan sendiri
sebelum melapor diri sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki
mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan.
ii. Pelajar adalah digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di Poliklinik UMS dan butiran perhubungan untuk
tempahan temujanji adalah seperti berikut:-
No. Tel. : 088-435281/435317 (waktu pejabat)
Emel : [email protected]
Alamat : Poliklinik UMS,
Lot 45-47, Ground Floor, Block F Riverside Plaza, Kingfisher Park,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
iii. Pakej Pemeriksaan Kesihatan yang ditawarkan di Poliklinik UMS adalah seperti berikut:-
BIL. BUTIRAN PAKEJ HARGA TAWARAN (RM)
1. PAKEJ UMUM
Konsultasi Perubatan
Pemeriksaan Fizikal
Urine for Albumin and Sugar
Chest X-Ray
Catatan : Semua pelajar hanya perlu membuat pemeriksaan kesihatan seperti
yang disenaraikan dalam pakej umum kecuali pelajar Diploma Kejururawatan,
Doktor Perubatan dan Pelajar Antarabangsa)
60.00
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 14/37
2. PAKEJ PELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN
Konsultasi Perubatan
Pemeriksaan Fizikal
Urine for Albumin and Sugar
Chest X-Ray
HIV
Hepatitis B
Hepatitis C
Urine Pregnancy Test
120.00
3. PAKEJ PELAJAR DOKTOR PERUBATAN
Konsultasi Perubatan
Pemeriksaan Fizikal
Urine for Albumin and Sugar
Chest X-Ray
HIV
Hepatitis B
Hepatitis C
100.00
4. PAKEJ PELAJAR ANTARABANGSA
Konsultasi Perubatan
Pemeriksaan Fizikal
Urine for Albumin and Sugar
Chest X-Ray
Urine For Drugs
HIV
Hepatitis B
Hepatitis C
Urine Pregnancy Test
VDRL / TPHA
Malarial Parasite
Rubella Serology
250.00
iv.
Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan
tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh lapor diri.
v. Sila muat turun borang pemeriksaan pada laman web semakan ums (bpa.ums.edu.my/semakanUMS)
9. Keperluan Peribadi
Persiapan keperluan peribadi adalah seperti berikut:
i. Pakaian sukan dan kasut sukan
ii. Pakaian formal dan kasut
iii. Kelengkapan solat (sejadah dan lain-lain)
NOTA : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 16/37
1. LAPOR DIRI
Pelajar dikehendaki melapor diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor
diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:
• Lapor diri di Kolej Kediaman
• Mendapatkan pakej Minggu Suai Mesra
• Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisi lengkap seperti yang dikehendaki
Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa melapor diri. Pelajar adalah
digalakkan untuk membuka akaun di Bank Islam. Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah
PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan pengaktifan
akaun tersebut.
Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter Sambutan Pelajar Universiti Malaysia
Sabah disediakan pada 03 dan 04 September 2018 kepada pelajar sahaja. (sila rujuk mukasurat 26)
2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KAMPUS
Dokumen Asal
Semasa melapor diri, pelajar WAJIB membawa dokumen asal seperti berikut:
i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Salinan Surat Tawaran
iv. Sijil SPM
v. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip
vi. Sijil Keputusan MUET
vii. Slip Pembayaran Yuran (Bank Islam) / Dokumen Bukti Bayaran
viii. UMS/HEP/01 Borang Ikrar
ix. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
x. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
xi. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada).
xii. Salinan Bil elektrik / air atas alamat pelajar yang yang terkini
NOTA:
• Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf. Nota : Perkara 1 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampun Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 17/37
3. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MELAPOR DIRI DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
i. Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian
melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i UMS.
ii. Pelajar DILARANG berpakaian tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut:
• Berselipar
• Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
• Berbaju T tanpa kolar
• Berbaju tanpa lengan
• Berseluar terlalu ketat
• Berpakaian nipis
iii. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak
berkuasa universiti mengenali pelajar.
iv. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang
dikuatkuasakan.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 19/37
1. PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)
Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) yang bermula pada tarikh lapor diri.
Sebarang urusan peribadi seperti mengurus cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan perubatan,
perlu dilakukan sebelum atau selepas Minggu Suai Mesra (MSM).
Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/ bapa/ penjaga TIDAK
DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.
2. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA
Pelajar Lelaki
2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim
• 2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua)
• Tali Leher (warna bebas)
• 2 pasang track bottom
• Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam)
Pelajar Wanita
• 2 pasang baju kurung berwarna putih/ krim
• Kain berwarna gelap (hitam/ biru tua)
• Tudung (hitam/ biru tua) bagi beragama Islam
• 2 pasang track bottom
• Baju T lengan panjang berwarna gelap
Para pelajar juga diingatkan supaya membawa keperluan asas yang lain seperti cadar, sarung bantal, selimut, dan
sebagainya.
3. PERTANDINGAN ’SELFIE’ DAN VIDEO TERBAIK
Syarat Pertandingan
Terbuka kepada pelajar baharu Sesi 2018/2019 sahaja
Caranya mudah dengan hanya memuatnaik gambar atau video dengan membuat #MSMUMS2018 di laman
sosial Facebook
Penyertaan tidak terhad. Pelajar boleh memuatnaik seberapa banyak gambar ’Selfie’ atau Video
Pemenang diadili berdasarkan jumlah ’Like’ terbanyak dan keputusan akan diumumkan pada Malam Bakat & Kebudayaan,
sempena Program Minggu Suai Mesra (MSM) Sesi 2018/2019
Tunggu apa lagi. Hantarkan gambar ’selfie ’ dan video menarik anda SEKARANG. Hadiah menarik menanti anda.
4. PENDAFTARAN KURSUS
Bagi membolehkan seseorang pelajar mengikuti program dan menduduki peperiksaan akhir pelajar perlulah membuat
pendaftaran kursus semasa Minggu Suai Mesra seperti ketetapan berikut :
Tarikh Kampus Masa Lokasi
7 September
2018 (Jumaat)
Kampus Kota Kinabalu
8.00 Pagi
–
12.00 Tengahari
a) Pelajar lelaki – Makmal Komputer, JTMK
b) Pelajar Perempuan – Megalab, Perpustakaan
Kampus Antarabangsa Labuan
2.30 petang
–
5.30 petang
Makmal Serbaguna, KAL
Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan
Makmal Komputer, FPL
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 21/37
SENARAI SEMAK SEBELUM LAPOR DIRI
1. Pengesahan tawaran (setuju terima / tolak tawaran) [ http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS ]
2. Melengkapkan Pendaftaran Universiti secara online (E-daftar)
Login
Langkah 1 : Perakuan Pelajar
Langkah 2 : Mengemaskini Maklumat Peribadi
Langkah 3 : Mengemaskini Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
Langkah 4 : Mengemaskini Maklumat Kesihatan
Langkah 5 : Mengemaskini Maklumat Kewangan
Langkah 6 : Membuat Pembayaran Yuran Pengajian [ Rujuk Muka Surat 10 ]
Langkah 7 : Muat Naik Gambar
Langkah 8 : Pengesahan
3. Membuat pemeriksaan kesihatan di poliklinik UMS/klinik kerajaan / swasta
4. WAJIB melabel / memasang tag pada semua beg dengan butiran berikut :
Nama
Nombor telefon
Alamat lengkap
Kolej Kediaman (seperti dalam surat tawaran)
5.
Menyediakan keperluan peribadi :
Keperluan Mandian
Pakaian Formal
Pakaian Sukan
Kelengkapan Solat
Peralatan Kuliah
Sarung Bantal
Cadar
Kasut Formal
Kasut Sukan
2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim
2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua) [Pakaian Minggu Suai Mesra – Lelaki]
Tali leher
2 pasang track bottom
Baju Melayu dan songkok hitam (bagi yang beragama Islam)
2 pasang baju kurung berwarna putih / krim
Kain berwarna gelap (hitam / biru tua) [Pakaian Minggu Suai Mesra - Wanita]
Tudung hitam/biru tua (bagi yang beragama islam)
2 pasang track bottom
Baju T lengan panjang berwarna gelap
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 22/37
6. Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Kewangan / Pinjaman seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip
Salinan Slip MUET
Salinan penyata akaun Bank Islam Malaysia Bhd (pelajar)
Sijil Berhenti Sekolah
Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)
Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)
Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)
Salinan penyata cukai ibu / bapa / penjaga (jika ada)
Surat pengesahan daripada Penghulu / ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah
/Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja);
i. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga
ii. Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan
7. Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Fail Pelajar seperti berikut :
Salinan Surat Tawaran
Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
Salinan Kad Pengenalan Pelajar
Salinan Sijil kelahiran
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan
Salinan MUET
Sila masukkan semua salinan dokumen diatas dalam fail pelajar yang akan diberikan semasa melapor diri
mengikut susunan di bawah dan diserahkan semula ke Fakulti semasa program bersama Fakulti (Rujuk Jadual
Minggu Suai Mesra yang akan diberikan)
NOTA :
dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK /
Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat
Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh LembagaPeperiksaan
Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar / ibu / bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dariPesuruhjaya
Sumpah yang diiktiraf.
Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar / ibu / bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara.
8. Resit Pembayaran Yuran Pengajian
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 23/37
SENARAI SEMAK SEMASA LAPOR DIRI
Daftar masuk di Kolej Kediaman
Terima Pakej MSM
Mengikuti Program MSM
SENARAI SEMAK SELEPAS MINGGU SUAI MESRA
Serahkan dokumen ini di Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori dalam
tempoh 1 bulan dari tarikh lapor diri
Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
Wajib serahkan semua dokumen ini semasa hari pendaftaran Universiti
UMS/HEP/01 Ikrar
UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
Borang Pemeriksaan Kesihatan
Penyerahan Fail Pelajar ke Pejabat Akademik Fakulti yang mengandungi dokumen-dokumen berikut :
Salinan Surat Tawaran
Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
Salinan Kad Pengenalan Pelajar
Salinan Sijil kelahiran
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan
Salinan MUET
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 24/37
SILA MUAT NAIK BORANG-BORANG SEPERTI BERIKUT DAN BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI LAMAN WEB SEMAKAN
KEPUTUSAN UMS http://bpa.ums.edu.my/SemakanUMS
i. UMS/HEP/01 Ikrar
ii. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
iii. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
iv. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar
v. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 26/37
MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN
Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan Universiti Malaysia Sabah
disediakan pada 03 dan 04 September 2018 (Masa 8:00 pagi – 11:00 malam) kepada pelajar baharu sahaja mengikut lokasi
seperti berikut :
TEMPAT MASA Kampus Kota Kinabalu : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 5.00 pagi – 12.00 malam Terminal Bas Inanam 9.00 pagi – 7.00 malam Terminal Bas Bandaran 10.00 pagi – 6.00 petang Terminal Feri, Jesselton Point, Kota Kinabalu 10.00 pagi – 6.00 petang Kampus Antarabangsa Labuan Lapangan Terbang Labuan 7.00 pagi – 10.00 malam Terminal Feri Labuan 7.00 pagi – 5.00 petang Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan : Lapangan Terbang Sandakan 7.00 pagi – 10.00 malam
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 27/37
NOTA PENTING:
Sila pastikan label / tag telah di pasang pada beg anda bagi mengelakkan kehilangan semasa ketibaan. Sila labelkan beg
dengan maklumat berikut :
1. Nama
2. Nombor telefon
3. Alamat lengkap
4. Kolej kediaman (seperti yang dinyatakan pada surat tawaran)
Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal / tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah
bagi mengelakkan kerumitan semasa proses lapor diri Universiti.
NAMA : …………………………………………..
NO.TEL :…………………………………………..
ALAMAT : …………………………………………
………………………………………………………
………………………………………………………
KOLEJ KEDIAMAN : ………………………………
SILA LABELKAN BEG ANDA DENGAN MAKLUMAT BERIKUT :
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 28/37
BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN
Pelajar boleh memohon biasiswa / tajaan / pinjaman daripada mana – mana agensi Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan pihak swasta.
Iklan mengenai tawaran biasiswa / tajaan / pinjaman ini biasanya dikeluarkan melalui akhbar – akhbar tempatan, laman web dan juga
lain – lain medium rasmi agensi berkaitan. Pihak Universiti Malaysia Sabah juga akan memaklumkan kepada pelajar sekiranya terdapat
penawaran biasiswa / tajaan / pinjaman daripada agensi-agensi berkenaan.
Bagi memudahkan urusan permohonan biasiswa / tajaan / pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkenaan, pelajar dinasihatkan
supaya menyediakan sekurang-kurangnya 5 salinan sijil / dokumen berikut yang telah disahkan oleh mana-mana pegawai kumpulan A.
Sila simpan salinan tersebut sehingga pelajar memerlukannya.
Surat tawaran masuk ke Universiti Malaysia Sabah
Gambar berukuran pasport (3 keping)
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pengenalan ibubapa/penjaga
Salinan Sijil STPM / Diploma / SPM / PMR dan sijil akademik lain yang berkaitan
Salinan Sijil Berhenti Sekolah
Salinan Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)
Salinan Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)
Salinan Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)
Salinan penyata cukai ibu bapa (jika ada)
Surat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan
A/Wakil Rakyat berkaitan dengan:
a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga
b.Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan
Pelajar yang ingin mendapatkan Surat Pengesahan Penaja / Struktur Bayaran / Bayaran daripada pihak UMS bagi keperluan permohonan
biasiswa / tajaan / pinjaman hanya perlu mengisi Borang Permohonan Surat Pengesahan Penaja / Struktur Bayaran / Bayaran di Kaunter
Jabatan Bendahari semasa Hari Pendaftaran Universiti atau pada bila – bila masa sepanjang berada di Universiti.
PENGELUARAN PENDIDIKAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) IBUBAPA
Pengeluaran ini membolehkan ahli (Ibubapa pelajar) mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak
ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Pelajar hanya perlu mengisi Borang Permohonan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar daripada UMS kepada KWSP di Kaunter
Jabatan Bendahari semasa Hari Pendaftaran Universiti atau pada bila – bila masa sepanjang berada di Universiti.
Sila rujuk maklumat lanjut berkaitan prosedur Pengeluaran Pendidikan KWSP di pautan seperti berikut:
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6356913/Risalah_Pendidikan_words_Maklumat_lanjut_V01052018_BM_
21062018.pdf
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Urusan permohonan PTPTN adalah TANGGUNGJAWAB pelajar sepenuhnya. Sila layari http://www.ptptn.gov.my untuk maklumat
lanjut berkenaan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
Pelajar yang memohon PTPTN adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam untuk tujuan kemasukan bayaran wang
pembiayaan.
TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Tabung Kebajikan pelajar disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar boleh berurusan dengan Unit
Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 30/37
KATEGORI 1 : PENDAFTARAN UNIVERSITI
S1: Bagaimana cara untuk membuat pendaftaran universiti?
J1: Pendaftaran universiti hendaklah dibuat oleh calon pelajar sendiri secara online melalui Sistem Pendaftaran
Universiti di laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Sila rujuk manual pengguna di laman web berkenaan untuk
maklumat terperinci.
S2: Bolehkah saya membuat Pendaftaran Universiti secara online selepas tiba di UMS?
J2: Tidak boleh. Anda perlu membuat pendaftaran universiti dalam tempoh yang ditetapkan.
S3: Saya tidak mempunyai akaun emel. Bolehkah saya membuat proses Pendaftaran Universiti?
J3: Sila gunakan emel rasmi Universiti yang telah diberikan bagi tujuan masuk ke dalam sistem e-daftar UMS.
S4: Saya tidak mempunyai talian internet di rumah. Bagaimana untuk saya mendaftar?
J4: Sistem Pendaftaran Universiti boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan talian
internet, contohnya siber kafe dan sebagainya.
S5: Saya menghadapi masalah semasa membuat Pendaftaran Universiti secara online. Siapa perlu saya
hubungi untuk bantuan?
J5: Sebarang masalah berkaitan Pendaftaran Universiti secara online boleh dikemukakan melalui talian
Hotline iaitu (masa 8.30 pagi – 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat)
Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320 193
Jabatan Bendahari : 088-320 194
S6: Bolehkah saya melapor diri jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J6: Tidak Boleh.
S7: Apakah kesannya jika saya tidak lapor diri pada tarikh lapor diri yang ditetapkan?
J7: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan
munasabah dan mendapat kebenaran daripada Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik
UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.
S8: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Universiti dibenarkan?
J8: Penangguhan pendaftaran universiti untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan
akan menjadi luput/ terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh rasmi
pendaftaran Universiti.
S9: Adakah permohonan pertukaran Fakulti/Program dibenarkan?
J9: Tawaran Program Pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Fakulti / Program adalah
TIDAK DIBENARKAN.
S10: Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit?
J10: Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan boleh
dirujuk dalam Kaedah Pengajian Prasiwazah UMS (Muat turun di Lama Sesawang http://bpa.ums.edu.my).
S11: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk lapor diri?
J11: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh lapor diri.
S12: Sebagai pelajar baharu, bolehkah saya membawa kenderaan sendiri?
J12: Pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN untuk membawa kenderaan sendiri.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa lapor diri?
J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.(Rujuk Muka Surat 18 & 20)
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 31/37
S14: Saya mewakili negara dalam bidang olahraga, adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani latihan?
J14: Ada, di samping itu terdapat juga kemudahan sukan yang lain disediakan.
S15: Ibu/Bapa saya tidak mempunyai borang J, bagaimanakah saya hendak mengesahkan pendapatan
Ibu/bapa saya?
J15: Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawal / Penghulu /
Ketua Kampung.
S16: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM?
J16: MSM bermaksud Program Minggu Suai Mesra. MSM adalah program wajib diikuti oleh semua pelajar baharu.
Bertujuan untuk mengenali Universiti Malaysia Sabah (Fakulti/Jabatan/Pusat/Institut/Unit/Program Pengajian) dengan lebih
dekat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan kakitangan.
KATEGORI 2 : YURAN PENGAJIAN
S17: Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian?
J17: Tidak boleh. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lapor diri.
S18: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti?
J18: Pihak Universiti menyediakan 3 pilihan bagi tujuan pembayaran Pendaftaran Universiti iaitu :
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
S19: Apakah MEPS FPX?
J19: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda untuk
membuat pembayaran secara online melalui akaun simpanan atau akaun semasa anda. Anda cuma memerlukan talian internet,
akaun bank dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX. Ia adalah satu proses yang mudah, senang dan selamat.
S20: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS FPX?
J20: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma perlukan akaun
Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk menggunakan kemudahan ini.
S21: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai semasa lapor diri?
J21: Tidak boleh. Kaunter bayaran hanya akan menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, Cek dan Deraf Bank sahaja.
S22: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?
J22: Tidak perlu, pelajar boleh mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP).
KATEGORI 3 : ASRAMA
S23: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman?
J23: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
S24: Jika saya sampai selepas waktu bekerja semasa hari lapor diri ke mana harus saya tuju?
J24: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman di talian +6088- 320666 ataupun Bahagian Keselamatan
088-320111.
S25: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari lapor diri. Di manakah penginapan yang
terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?
J25: Banyak tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan kampus UMS di bandaraya Kota Kinabalu.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 32/37
Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com
KATEGORI 4 : KESIHATAN / KECEMASAN
S26: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?
J26: Ada, Pusat Rawatan Warga di Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan
yang diketuai oleh petugas perubatan terlatih.
S27: Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat?
J27: Anda boleh berhubung dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Penyelia Asrama atau Bahagian
Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.
S28: Boleh kah saya membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti
J28: Boleh. Anda boleh membuat pemeriksaan kesihatan di Poliklinik UMS, Kota Kinabalu
S29: Boleh kah saya mendapatkan rawatan susulan di Pusat Kesihatan Universiti
J29: Sila hubungi Pusat Kesihatan Universiti dan membawa semua dokumen kesihatan yang berkaitan.
Nota: Sila rujuk nombor telefon yang patut dihubungi seperti di halaman Maklumat dan Pertanyaan.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 33/37
SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DAN PERTANYAAN:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU)
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN
No.Tel : 088 - 320000
Samb : 4219/ 4186/ 4207/ 1317
No.Faks : 088 – 320 060
E-mel : [email protected]
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJAR
No.Tel : 088 - 320000
Samb : 4195/ 4224/ 4222/ 4441
No.Faks : 088 – 320 060
BAHAGIAN KEBAJIKAN DAN KEWANGAN
PELAJAR
No.Tel : 088-320 000
Samb : 4205/ 4180
No.Faks : 088-320 060
BAHAGIAN PERUMAHAN PELAJAR
No.Tel : 088 - 320000
Samb : 4150/ 4159/ 4160/ 1679
No.Faks : 088 – 320 155
BAHAGIAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN
No.Tel : 088-320 000
Samb : 4158/ 4201
No.Faks : 088-320 060
BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
No.Tel : 088-320 000
Samb : 4200/ 4182/ 4177
No.Faks : 088-320 060
KOLEJ KEDIAMAN TUN MUSTAPHA
No.Tel : 088 - 320000
Samb : 3701/ 3680/ 3283
No.Faks : 088 - 320371
KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD
No.Tel : 088 - 320000
Samb : 3491/ 3692
No.Faks : 088 - 320656
KOLEJ KEDIAMAN E
No.Tel : 088 - 448202/ 201
No.Faks : 088 - 448203
KOLEJ KEDIAMAN KINGFISHER
No.Tel : 088 – 438890/ 613101
No.Faks : 088 - 438890
KOLEJ KEDIAMAN SRI ANGKASA
No. Tel : 088-613503/ 507/ 508
KOLEJ KEDIAMAN USIA-1B
No. Tel : 613500/ 613101
No. Faks : 088-485156
BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320213 / 088-321259 /
088-320000
Samb: 691350
No.Faks: 088-320090
E-mel: [email protected]
Laman Web: http://bpa.ums.edu.my
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
No.Tel: 087- 460431 / 413 / 551 / 414
No.Faks: 087- 460432
E-mel: [email protected]
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 34/37
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (LABUAN)
SEKTOR HAL EHWAL PELAJAR UMS-KAL
No.Tel : 087 - 460409/ 466751
No.Faks : 087 - 465149
E-mel : [email protected]
SEKSYEN PERUMAHAN PELAJAR
No.Tel : 087-460524/ 455
No.Faks : 087-466745
KOLEJ KEDIAMAN ALPHA (UMS-KAL)
No.Tel : 087- 460455
No.Faks : 087- 460745
KOLEJ KEDIAMAN MUTIARA (UMS-KAL)
No.Tel : 087- 466770
KOLEJ KEDIAMAN BETA (UMS-KAL)
No.Tel : 087- 466752
No.Faks : 087- 460522
FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN, FAKULTI
PERTANIAN LESTARI
No.Tel:089-248100
No.Faks:089-220703
E-mel:[email protected]
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR,
KOLEJ KEDIAMAN LESTARI, FPL, SANDAKAN
No.Tel : 089-248100
Samb : 8191/ 8173
JABATAN BENDAHARI
(BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA
KINABALU
No.Tel: 088 - 320000
Samb: 1019 / 1060 / 1116 / 1120 / 1432 /
1855
No.Faks: 088 – 320235
(u/p: Bahagian Kewangan Pelajar)
E-mel: [email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
No.Tel: 087- 466915
No.Faks: 087- 465152
E-mel: [email protected]
FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN
No. Tel: 089-248100
Samb: 8120 / 8121
No. Faks: 088-220703
E-mel : [email protected]
PERPUSTAKAAN
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088 - 320000
Samb: 2240 / 2325 / 2219
No.Faks: 088 - 329232
E-mel: [email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
No.Tel: 087- 460430 / 515
No.Faks: 087- 465157
E-mel: [email protected]
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 35/37
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320000
Samb: 1310 / 3880
No.Faks: 088 - 320234
E-mel: [email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
No.Tel: 088 - 320000
Samb: 1310 / 3880
No.Faks: 088 - 320234
E-mel: [email protected]
BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320000
Samb : 5136 /5064
No.Faks: 088 – 320392
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
No.Tel: 087 - 460803
No.Faks: 087-466740
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320544/545
E-mel: [email protected]
POLIKLINIK UMS
No.Tel: 088-435281
E-mel: [email protected]
Web Rasmi
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my.
UMS Kampus Antarabangsa Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my.
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320193
Jabatan Bendahari : 088-320194
Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320666
HOTLINE (24 Jam):
Bahagian Keselamatan : 088-320111
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2018/2019 36/37
LAGU UNIVERSITI
Bertekad Cemerlang
UMS lambang puncak jaya
Pancaran perjuangan semangat waja
Pembentuk citra pelindung budaya
Memandu bangsa memaju negara
Di sini dicanai segala fikiran
Di sini dikaji segala wawasan
Ilmu iman sumber pedoman
Bakti curah kasih budiman
Bayu bertiup nafasmu sejati
Bumi terhampar tubuhmu abadi
Samudera biru wajahmu berseri
Suria menyinar tenagamu murni
Kaulah harapan bangsa maju
Kaulah jambatan nusa bersatu
Berdiri megah kekal bermutu
Menunjuk arah bakal dituju
UMS kaulah tunggak negara
Warisan sejati Malaysia tercinta
Bertekad Cemerlang menjadi budaya
Semoga unggul dan sejahtera
Lagu: Prof. Madya Abdul Jamal Abd. Hamid
Lirik: Tuan Haji Salleh Haji Yusof
Top Related