5/19/2018 Isu Bilik Darjah
1/8
Pendahuluan
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan
seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang
yang mengajar muridmurid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan
pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah
antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang
sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalampelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
2/8
orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan
suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan
murid serta tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan
guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar
berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru
dan masyarakat.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran guru
dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.
Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini
kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila
tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan
pembelajaran akan terjejas.
Isu dalam bilik darjah
Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah
berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku
semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru,
membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,
tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.
Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak
berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah
tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah.
Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya
dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong
kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan
baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahapkebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
3/8
menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di
dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti
pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga
berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar
mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat
terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup
terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan
aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa
subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada
setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai
contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang
pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah
komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun
mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapatmemadankan bahanbahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru
terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah
kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses
interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Implikasi masalah dalam bilik darjah
Implikasi masalahmasalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah
displin di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan
sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan
masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru
mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan
aspek pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek mata pelajaran tersebut..
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
4/8
Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan kredibiliti
sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil jika
tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar.
Contohnya seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah
pula apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini.
Tambahan pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan
salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi
kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai
agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan
berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah
disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah
dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak
berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang
berkesan serta menyeluruh.
Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan
pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga memberikan
perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya bilik darjah
pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang tercabut
menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan menganggap
tiada bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka kerusi meja
yang baru dan mencukupi.
Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak mempunyai ruang
yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah. Selain itu mereka akan
berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja berkumpulan. Tahap
kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan pelajar akan memandang
rendah terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat pelajar kurang pandai merasa
rendah diri. Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang unntuk
memboloskan diri seperti ponteng kelas.
Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus danminat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
5/8
kelemahan diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan
guru. Selain itu ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka
kurang bekerjasama dan lebih kepada ahli kongsi tidur. Gangguan dalam proses interaksi
juga boleh berlaku apabila sesetengah murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap
dan menyuarakan pendapat mereka dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan
terdapat pelajar yang tidak suka bercakap dan lebih suka mendengar daripada bercakap.
Cara mengatasi
Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif , maka dia
akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan
pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat
mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa
yang diajar oleh guru.
Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah
disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah
tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid
yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurangtegas. Sifat-sifat guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental
yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai
kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif,
imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib,
bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar,
jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang
positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas
perguruan.
Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah
satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif
akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada
pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan
antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara
kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan
persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
6/8
memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah
pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.
Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah arah semula perhatian
pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit, perhati ataubergerak ke arah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan.
Akhir sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan
peraturan di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar
tersebut.
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin
pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang
menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan
dua hala yang mesra.
Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi yang
berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami
oleh pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag
mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi
(verbal dan bukan verbal) dengan berkesan. Guru boleh memberikan peneguhan positif
dalam bentuk verbal (Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). Kecekapan
komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti
mendapat mesej atau arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat.
Antara amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti
mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah
perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Guru perlu menggunakan alat
Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.
Seseorang guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan
mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan.Konflik di antara kedua - dua pihak iaitu
guru dan pelajar akan berlaku sekiranya maksud guru tidak difahami oleh pelajar.
Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif
yang guru dapat berkomunikasi dengan berkesan, guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
7/8
yang seperti berusaha untuk mendengar cadangan pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada
halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya dan berusaha membuka minda para
pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Antara amalan
komunikasi yang berkesan ialah bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah
dan mesra, hormat terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar
yang aktif, tunjuk mimik muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami,
arahan yang jelas, jitu, ringkas dan dapat difahami oleh pelajar.
Selain itu guru perlulah mempelajari nama pelajar dan mengingatinya ketika berinteraksi.
bersemangat tinggi dalam pengajaran, galakkan pelajar supaya memberi idea atau
pandangan, gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
dan akhir sekali amalkan pembelajaran kontekstual iaitu kaitkan pelajaran di sekolah dengan
pengalaman harian pelajar dan kaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah
diketahui oleh pelajar. Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan
pihak atau individu lain dengan ihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.
Kepimpinan Dalam Bilik Darjah
Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar
atau tidaksifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dandiperhalusibagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.
Pemimpinyang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat
mewujudkanhubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin
badanbegitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan
ketokohandi dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah
corakkepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman .Maka di
peringkatsekolah sudah tentulah guru besar yang dipertanggungjawabkan sebagai
pemimpinkepada semua komuniti samada pendidik, pentadbir serta murid-murid. Bilik darjah
pulasebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan
tempatyang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan
utamakerjaya dan kepimpinan seorang guru. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan
tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam bilik darjah. Kepimpinan guru dalam
kurikulum bilik darjah dianggap sebagai himpunan kemahiran seseorang guru yangselain
daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilikdarjahnya,
sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan murid-murid
bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
5/19/2018 Isu Bilik Darjah
8/8
Tambahan pula tuntutan masyarakat memaksa para guru sebagai pemimpin untuk
melakukan pelbagai strategi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulan
Masalah masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru
supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan dihargai
oleh pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk melahirkan
insan yang cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah keadaan di bilik
darjah yang tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani dengan baik
oleh guru.Terdapat pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan untuk
mendapatkan pengurusan bilik darjah, kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan.
Jadilah guru yang mengajar dan mendidik pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu
demi masa depan negara, agama dan bangsa.
Dua ribu tiga ratus dua belas ribu patah perkataan sahaja
Top Related