JABATAN BANTUAN GUAMAN
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT
JABATAN BANTUAN GUAMAN
CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
SEBUT HARGA JBG BIL. 3/2017
2
BAHAGIAN 1 - PENGENALAN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT CAWANGAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN
PERDANA MENTERI.
(SEBUT HARGA JBG BIL. 3/2017)
PERINGATAN :
1. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir
dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.
2. Pastikan dokumen sebut harga adalah lengkap di semua muka surat. Sekiranya
terdapat maklumat yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebut
harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Unit Khidmat Pengurusan,
Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.
TUJUAN PEROLEHAN
Dokumen sebut harga ini bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada penyebut
harga yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod
bidang 221001 (Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Pejabat). Penyebut
harga dijemput untuk memberi cadangan perkhidmatan pembersihan dan pencucian
untuk kegunaan pejabat JBG Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tujuan
perolehan ini.
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
3
BAHAGIAN 2 - ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
2.1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau
mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan
sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2.2. TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran ini dibuka kepada semua penyebut harga yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan yang masih sah laku di bawah kod bidang 221001
(Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Pejabat) bagi tempoh dua belas
(12) bulan.
2.3. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
2.3.1 Cadangan sebut harga kecil boleh dihantar melalui surat dan dokumen
cadangan sebut harga kecil perlulah dimasukkan ke dalam sampul surat
dan dimeterai dengan rapi dan ditandakan “SULIT – SEBUT HARGA
JBG BIL. 3/2017 – SEBUT HARGA KECIL PERKHIDMATAN
PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN PEJABAT CAWANGAN WILAYAH
PERSEKUTUAN LABUAN JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN
PERDANA MENTERI” pada penjuru atas kiri dan dialamatkan dengan
jelas kepada:
PENOLONG PENGARAH
JABATAN BANTUAN GUAMAN
TINGKAT 9(A), BLOK 4
MENARA PEJABAT UJANA KEWANGAN
JALAN MERDEKA
87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4
2.3.2 Cadangan tersebut hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen
berikut:
a) LAMPIRAN Q yang ditandatangani;
b) LAMPIRAN A - Jadual Harga;
c) LAMPIRAN B – Pematuhan speksifikasi dan skop kerja;
d) LAMPIRAN C – Pengalaman syarikat;
e) LAMPIRAN D – Bilangan pekerja syarikat;
f) LAMPIRAN E – Salinan Sijil Pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan yang mana tempoh pendaftarannya
masih sah;
g) LAMPIRAN F – Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya
Syarikat Malaysia;
h) LAMPIRAN G – Salinan penyata bulanan akaun bank bagi
tiga (3) bulan terakhir;
i) LAMPIRAN H – Profil Syarikat;
j) LAMPIRAN I – Surat akuan pembida; dan
k) LAMPIRAN J - Senarai Semak Cadangan Kewangan yang
ditanda oleh penyebut harga.
2.3.3 Tawaran tersebut hendaklah dikemukakan sebelum waktu dan tarikh tutup
yang ditetapkan. Cadangan sebut harga yang telah lengkap diisi
hendaklah dikemukakan kepada Penolong Pengarah Jabatan Bantuan
Guaman, Tingkat 9(A), Blok 4, Menara Pejabat Ujana Kewangan, Jalan
Merdeka, 87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN pada atau sebelum
jam 12.00 tengah hari pada 11 Oktober 2017 (Isnin).
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
5
2.4 FI PERKHIDMATAN eP
2.4.1 Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang dijana
melalui sistem eP akan dikenakan kepada pembekal/syarikat yang
dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 bagi setiap
transaksi yang melebihi RM1.2 juta atau kontrak yang melibatkan hanya
sekali bayaran (one-time payment); atau
2.4.2 Kadar Fi perkhidmatan 0.4% bagi setiap transaksi kepada had maksimum
berjumlah RM 4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM 1.2
juta atau lebih yang melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment)
sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian
Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment)
atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam
tempoh kontrak.
2.4.3 Penyebut harga mestilah menanggung semua kos berkaitan dengan
penyediaan dan penghantaran sebut harga. Kerajaan tidak akan
bertanggungjawb ke atas kos-kos tersebut.
2.5 DENDA LEWAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
2.5.1 Penyebut harga yang berjaya hendaklah menyempurnakan kontrak
perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak.
2.5.2 Kerajaan berhak mendenda atau memotong sebahagian daripada
bayaran yang dipersetujui (Nilai Perjanjian) kerana bilangan pekerja tidak
mencukupi seperti mana yang dipersetujui termasuk pekerja tidak hadir
bekerja atau mutu pencucian yang tidak memuaskan.
6
2.6 KESALAHAN RASUAH
2.6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke
pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di
bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.6.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada
barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah
Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.7 PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
2.7.1 Integrity Pact dilaksanakan bertujuan untuk :
a. Mengelak penyebut harga daripada menawar atau memberi rasuah;
7
b. Menghendaki penyebut harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah
kepada Pihak Berkuasa; dan
c. Memastikan KERAJAAN tidak menanggung “unnecessary costs” dalam
pelaksanaan urusan perolehan.
2.7.2 Unsur-unsur Integrity Pact
a. Integrity Pact dalam perolehan Kerajaan terdiri daripada unsur-unsur
penting seperti berikut:
i. Penyebut harga menerima pelawaan rasmi untuk menyertai
sebut harga bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja;
ii. Penyebut harga membuat akuan bahawa ia tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana pihak untuk
mendapatkan atau mengekalkan sesuatu kontrak berkaitan
perolehan Kerajaan;
iii. Penyebut harga mewujudkan “Code of Conduct” bagi
membanteras gejala rasuah dan perlakuan tidak beretika di
kalangan kakitangan syarikat serta mengadakan program
pematuhan “Code of Conduct” untuk semua kakitangan
syarikat;
iv. Penyebut harga yang berjaya mestilah mematuhi perjanjian
kontrak yang mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam
Perolehan Kerajaan seperti yang diedarkan oleh Jabatan
Peguam Negara.
b. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact
i. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran
oleh penyebut harga.
Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut
harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida
8
(LAMPIRAN E) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi
rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil
syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida
hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak syarikat. Agensi hendaklah
memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai
dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen
tawaran penyebut harga.
ii. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju
Terima oleh penyebut harga berjaya.
Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani
Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi
rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil
syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida
Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Agensi
hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga
dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan
bersama Surat Setuju Terima.
2.8 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT
2.8.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan
jaminan ke atas perkhidmatan yang dibekalkan.
2.8.2 Pembida yang berjaya hendaklah melaksanakan perkhidmatan
pembersihan yang memuaskan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Sepanjang tempoh kontrak, semua perkhidmatan penyelenggaraan,
baik pulih dan bekalan alat pembersihan hendaklah ditanggung
oleh penyebut harga yang berjaya.
9
2.9 KONTRAK
2.9.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-
mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga
ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan
ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan penyebut harga yang
berjaya. Pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak
dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak
memenuhi syarat-syarat kontrak.
2.9.2 Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila
masa apabila penyebut harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi
kontrak mengikut perjanjian.
2.10 PEMBAYARAN
2.10.1 Pembayaran bagi perkhidmatan pembersihan pejabat ini akan dibuat
dalam Ringgit Malaysia (RM) pada tiap-tiap bulan setelah pihak
Kontraktor mengemukakan bil yang telah diperakukan oleh Pengarah
Negeri/ Ketua Cawangan, Jabatan Bantuan Guaman Cawangan
Wilayah Persekutuan Labuan dan urusan pembayaran akan dibuat oleh
Jabatan Bantuan Guaman secara terus kepada Kontraktor.
2.10.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan
invois berdasarkan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam
jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran. Jumlah yang
tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar
akan ditentukan oleh kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan
(termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika berkaitan).
10
2.11 HARGA
2.11.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja yang ditawarkan mestilah
dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Harga ini mestilah sah laku
dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tutup sebut harga.
2.11.2 Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangka masa sah laku sebut
harga tidak akan dilayan.
BAHAGIAN 3: SKOP KERJA
Penyebut harga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-
3.1 SPESIFIKASI
3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi
dan Jadual Kerja.
3.1.2 Penyebut harga yang berjaya juga dikehendaki membuat kerja-kerja
pembersihan yang disebutkan dalam kontrak ini seperti mana yang
diarahkan oleh Pegawai yang menjaga dari semasa ke semasa dengan
syarat kerja-kerja yang berkenaan bolehlah diklasifikasikan sebagai
pembersihan biasa.
3.1.3 Kerajaan tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan
harga akibat dari perbezaan antara tafsiran pembida dengan tafsiran
pihak Kerajaan mengenai penentuan spesifikasi teknikal.
11
3.2 PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
3.2.1 Melaksanakan perkhidmatan pembersihan dan pencucian pejabat di
Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran B -
Spesifikasi dan Skop Kerja.
3.3 JAMINAN
Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
perkhidmatan pembersihan dan pencucian pejabat di Jabatan Bantuan
Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.
3.4 PENERIMAAN PERKHIDMATAN
3.4.1 Pegawai Kerajaan yang dilantik berhak membuat penolakan terhadap
perkhidmatan atau kualiti perkhidmatan yang tidak mengikut penentuan
teknikal. Penyebut harga akan bertanggungjawab bagi menggantikan
dengan perbelanjaan sendiri segala kerosakan yang disebabkan oleh
kelalaian atau kecuaian atau agen-agennya semasa menjalankan kerja-
kerja membersih di pejabat ini.
3.4.2 Sepanjang masa kontrak ini berkuatkuasa, Penyebut harga hendaklah
bertanggungjawab menyediakan pekerja-pekerja mahir, bahan-bahan
pencuci dan alat-alat pembersihan yang sesuai serta apa-apa alat lain
yang perlu dengan secukupnya untuk membersih kawasan pejabat
dengan sempurna dan memuaskan kepada Kerajaan.Semua bahan
kimia yang digunakan mestilah bersesuaian dengan jenis kawasan
yang hendak dicuci dan tidak mendatangkan kerosakan pada
permukaan yang dicuci.
12
3.5 PEMERIKSAAN
3.5.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki perkhidmatan
pembersihan dinilai oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya
dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum dan selepas
perkhidmatan dilaksanakan di lokasi yang ditetapkan. Penyebut harga
hendaklah memberi kerjasama dan kemudahan pemeriksaan apabila
dikehendaki.
(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
13
LAMPIRAN Q (Kew.284-Pin. 5/94) Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
KERAJAAN MALAYSIA
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN
Kepada: Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan Oleh:
Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Aras 1, Presint 3 Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62692 PUTRAJAYA.
Tel: Faks:
Tel: 13-88851858 Faks: 03-88851830
No. Pendaftaran Kem. Kewangan:
Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perolehan / pembelian
ini: 221001
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan:-
(i) Jadual Pematuhan : seperti di LAMPIRAN B
(ii) Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan dikehendaki : Sila rujuk Arahan Kepada Penyebut Harga
(iii) Arahan Pengiriman : Sila rujuk Arahan Kepada Penyebut Harga
(v) Sebut harga akan ditutup pada jam 12.00 tengah hari pada 11 Oktober 2017 (Isnin)
(vi) Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Tandatangan : ........................t.t.......................................
Nama Pegawai : NURSHUHADAH BINTI MOHD SHARIF
Tarikh : ........................ Jawatan : PENOLONG PENGARAH KANAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
No. Siri Sebut Harga: JBG Bil. 3/2017
14
i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
ii) Tempoh bekalan ialah ...................... Minggu / Bulan.
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-
syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
Tandatangan Penyebut harga :......................................
Nama :......................................
No. K/P : .....................................
Tarikh:................. Alamat Syarikat : .....................................
.....................................
Cop Syarikat:
.....................................
Mustahak – Lihat syarat-syarat am di belakang
Bil. Perihal barang-barang/perkhidmatan
dan syarat-syarat khas Unit Ukuran Kuantiti
Harga Seunit
(RM)
Jumlah Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut harga
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN
PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN
PEJABAT DI JABATANBANTUAN
GUAMAN CAWANGAN WILAYAH
PERSEKUTUAN LABUAN
SILA LENGKAPKAN JADUAL HARGA
SEPERTI DI LAMPIRAN A
JUMLAH BESAR
15
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu
ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1 KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2 HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan.
3 SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga hendaklah ditawarkan bagi semua bilangan item dengan jelas.
4 BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai, dengan syarat
butir-butir penuh diberi.
5 PERSETUJUAN
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebut harga; dan
(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.
6 PEMERIKSAAN
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan
menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain
sebelum penyerahan bekalan tersebut;dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.
16
7 PERLAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang
dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang
dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8 PENOLAKAN
(i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-
barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang
ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia
hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah
dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu; dan
(iii) Fasal – kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan
untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9 PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan
dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua
Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri dahulu.
10 TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut
dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya
kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan
jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.
11 INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
17
BARANG-BARANG EX-STOCK ATAU BARANG-BARANG
KELUARAN MALAYSIA
12 CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13 PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian dan kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penjual.
14 PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat
asal barang-barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15 CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai
adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16 MATA WANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
17 PEMBUNGKUSAN
(i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport
dengan tidak membungkus;
18
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian dan kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga..
19
LAMPIRAN A
JADUAL TAWARAN HARGA
(PERLU DIISI DAN DITANDATANGANI OLEH PENYEBUT HARGA)
BIL. PERKARA HARGA SEBULAN
(RM)
HARGA 1 TAHUN
(RM)
1. Perkhidmatan Pembersihan dan
Pencucian Pejabat Jabatan Bantuan
Guaman Cawangan Wilayah
Persekutuan Labuan
JUMLAH KESELURUHAN
Bilangan pekerja yang ditawarkan (tidak termasuk penyelia) : ___________________orang
Bilangan penyelia : ___________________ orang
Keseluruhan Jumlah Harga Bagi Satu (1) Tahun adalah sebanyak:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar dan semua
harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan
segala skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini.
Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
20
LAMPIRAN B
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
I. SKOP DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT
JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG) CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN.
Kontraktor adalah bertanggungjawab:
a) Menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pencucian di alamat
seperti di berikut:
Penolong Pengarah
Jabatan Bantuan Guaman
Tingkat 9(A), Blok 4
Menara Pejabat Ujana Kewangan
Jalan Merdeka
87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
b) Memastikan semua pekerja (termasuk penyelia) yang diambil bekerja mestilah:
i) mahir dan berpengalaman dalam selok belok kerja-kerja pembersihan dan
pencucian pejabat;
ii) berpakaian seragam, bersih dan mempunyai tanda nama, dan
iii) jujur, amanah, bersopan santun, berdisiplin dan bertanggungjawab.
c) Memastikan pegawai-pegawai peringkat pengurusan untuk membuat lawatan
dan pemeriksaan sekurang-kuranganya sebulan sekali bagi tujuan memastikan
mutu perkhidmatan sentiasa tinggi dan membuat laporan bertulis untuk semakan
dan tindakan Jabatan Bantuan Guaman serta Bahagian Hal Ehwal Undang-
Undang, Jabatan Perdana Menteri.
21
d) Menjalankan perkhidmatan pembersihan dan pencucian dengan teratur,
mengikut jadual yang telah ditetapkan sempurna dan sentiasa mengekalkan
mutu perkhidmatan yang tinggi.
e) Mematuhi segala peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang diberikan oleh
wakil Kerajaan dari semasa ke semasa.
f) Mematuhi waktu perkhidmatan iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari
Isnin hingga Jumaat. Walau bagaimanapun, Kerajaan boleh pada bila-bila masa
yang difikirkan perlu, mengarahkan Kontraktor menjalankan perkhidmatan
tersebut tanpa apa-apa kos tambahan kepada Kerajaan.
II. SPESIFIKASI DAN JADUAL KERJA
Arahan: Lampirkan juga sekiranya Kontraktor mempunyai spesifikasi lain atau lebih
baik daripada spesifikasi minimum yang diberikan
22
KADAR PER BULAN PER TAHUN
RM RM RM
1 Mengutip sampah dari semua bakul sampah
2 Mengelap dan membersihkan perabot-perabot pejabat
meja, kerusi, kabinet, permukaan kaunter dan lain-lain
tempat menakung habuk
3 Mengelap dan membersih semua papan nama, cermin
sekatan dalam, cermin pintu, pemegang pintu dan lain-lain
permukaan yang terdedah pada penggunaan yang kerap
4 Mencuci, membersih, menggosok dan mengeringkan sinki,
besin basuh tangan dan peralatan makanan dan minuman
5 Menyapu, mengelap dan membersih semua lantai disetiap
ruang pejabat
6 Membersih badan telefon dan menyembur pewangi yang
bersesuaian
7 Memvakum lantai karpet
8 Membersihan dan mengelap dengan bahan-bahan pencuci
yang bermutu dan bersesuaian penutup lampur, kipas, jam,
kekisi penyaman udara, bingkai gambar dan kelengkapan
lain di dinding dan siling
9 Membersihkan semua habuk, kekotoran sarang labah-labah
di siling-siling, sudut tingkat atau rak fail, bingkai pintu dan
permukaan lain yang berkaitan
10 Mencuci, membersihkan dan mengeringkan birai-birai
tingkap
11 Menjalankan lain-lain kerja yang sepatutunya untuk
menjamin kebersihan pejabat
Nama : Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Jawatan : Tarikh :
Tarikh :
Tandatangan SaksiTandatangan dan Cop Kontraktor
BIL
JUMLAH
BORANG SEBUTHARGA
KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PEJABAT
JABATAN BANTUAN GUAMAN W P LABUAN
JUMLAH
KEKERAPANPERKARA
23
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas semua harga yang
ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan segala
skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini akan saya patuhi.
Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
24
LAMPIRAN C
1. PENGALAMAN
(Berhubung dengan perolehan ini sahaja bagi tahun 2014, 2015 dan 2016. Sila sediakan
lampiran berasingan sekiranya ruang tidak mencukupi)
a) Pengalaman Terdahulu
JENIS
KONTRAK ORGANISASI NILAI TAHUN
JUMLAH KESELURUHAN KONTRAK (RM)
b) Projek Dalam Tangan
JENIS
KONTRAK ORGANISASI NILAI TAHUN
JUMLAH KESELURUHAN KONTRAK (RM)
25
LAMPIRAN D
BILANGAN PEKERJA SYARIKAT
1. LEMBAGA PENGARAH
BIL
NAMA NO. K/P KEWARGANEGARAAN
2. PEKERJA
KATEGORI DI IBU PEJABAT
(BIL. & PERATUS)
DI NEGERI
BERKENAAN
(BIL. & PERATUS)
JUMLAH
Eksekutif
Teknikal
Perkeranian
Lain-lain
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar
Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
26
LAMPIRAN I
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT CAWANGAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN
PERDANA MENTERI
Saya,(Nama Wakil syarikat)nombor K.P ........................................yang mewakili
(Nama Syarikat)nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak
akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama
Kementerian/Agensi) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa
bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam(Nama
Kementerian/Agensi)atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-
tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuatkuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk
27
dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera
melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
(Tandatangan)
(Nama dan No. K/P)
Cop Syarikat :
28
LAMPIRAN J
SENARAI SEMAK
Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
BIL PERKARA / DOKUMEN
UNTUK DITANDA
OLEH SYARIKAT
UNTUK DITANDA OLEH
JAWATANKUASA SEBUT HARGA
1. Borang Sebut Harga - LAMPIRAN Q (diisi dengan lengkap dan ditandatangani)
2. Jadual Harga – LAMPIRAN A
3. Pematuhan Spesifikasi dan Skop Kerja – LAMPIRAN B
4. Pengalaman Syarikat – LAMPIRAN C
5. Bilangan Pekerja Syarikat – LAMPIRAN D
6. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan – LAMPIRAN E
7. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia – LAMPIRAN F
8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir – LAMPIRAN G
9. Profil Syarikat – LAMPIRAN H
10. Surat Akuan Pembida – LAMPIRAN I
11. Senarai Semak – LAMPIRAN J
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan
bahawa saya telah membaca dan
memahami semua syarat-syarat
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jabatan Bantuan Guaman (JBG) mengesahkan
penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil.
...........................................................................
29
dan terma yang dinyatakan di
dalam dokumen sebut harga.
Semua maklumat yang
dikemukakan adalah benar.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
...........................................................................
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Top Related