Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah. [5m]F1 dikuasai oleh kerajaan Saljuk
F2 pengasasnya ialah Uthman Ertughrul
F3 menaluki Anatolia
F4 Bursa sebagai ibu negeri
F5 Orhan I telah melakukan perluasan kuasa
Terangkan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke benua Eropah. [10]F1 penalukan Constantinople
F2 akhlak yang tinggi
F3 semangat kepahlawanan
F4 sistem ketenteraan yang tersusun
F5 tentera infantri yang kuat
F6 mempunyai armada yang kuat
F7 politik Eropah tidak stabil
F8 usaha para pendakwah
F9 dasar diplomasi dan toleransi
F10 dasar sosial Islam yang berdasarkan kecemerlangan indivindu
Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan Turki Uthamaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. [5m]F1 mampu meneroka bidang baru
F2 ada kecerdasan fizikal dan mental
F3 pengamalan akhlak mulia
F4 mengamalkan budaya hidup sihat
F5 mengekalkan kestabilan politik
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam di Eropah. [8m]
F1 kota Constantinople ditaluki oleh tentera Islam
F2 orang Islam mempunyai akidah yang kukuh
F3 orang Islam mempunyai akhlak yang tinggi
F4 tentera Islam mempunyai semangat Ghazi/semangat pahlawan yang tidak
gentar berkorban jiwa demi penyebaran ajaran Islam
F5 mempunyai tentera elit Janissari/tentera yang terlatih dalam selok-belok
peperangan
F6 sistem ketenteraan yang tersusun
F7 tentera Islam mempunyai peralatan senjata moden
F8 mempunyai tentera darat yang kuat
F9 memiliki armada laut yang kuat
F10 keadaan politik yang tidak stabil di Eropah
F11 kejatuhan kerajaan Byzantine
F12 institusi gereja di Eropah tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat
F13 kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar berteraskan diplomasi/toleransi
F14 penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan
F15 usaha para pendakwah menyebarkan Islam
Terangkan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap perkembangan Islam. [8m]F1 pembinaan empayar Islam
H1a Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam
F2 bidang perundangan
H2a Sulaiman I memperkenalkan sistem perundangan
F3 Sistem organisasi
H3a jawatan kadi/mufti dijadikan sebagai sebahagian organisasi agama Islam
F4 sumbangan dalam bidang ekonomi
H4a Istanbul menjadi pusat pertemuan perdagangan Timur dan Barat
F5 memperkenalkan dasar sosial
H5a menggalakkan kecemerlangan individu
F6 bidang ilmu pengetahuan
H6a membina sekolah pengetahuan akademik/sekolah satera/kolej perubatan
F7 bidang seni bina
H7a seni bina masjid
Sekiranya anda seorang mubaligh yang menyebarkan Islam di Eropah pada abad ke-14 Masihi, apakah ciri-ciri yang mesti anda miliki bagi melaksanakan misi tersebut ? [4m]F1 memiliki sifat berhemah semasa berdakwah
F2 memiliki sifat mahmudah/sifat terpuji
F3 memiliki sifat siddiq/berkata benar
F4 memiliki sifat amanah/dipercayai
F5 memiliki sifat fatanah/bijaksana
Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
1- Sistem Organisasi dan Perundangan Islam• Kanun Suleiman - perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa,
harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama
• mewujudkan jawatan Kadi dan Mufti
• memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam/Ketua Ulama bagi mengeluarkan
fatwa
2- Ekonomi• Istanbul - pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara Timur dan Barat
dan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam
3- Sosial• memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu
• pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu
4- Ilmu Pengetahuan
• perkembangan sistem pendidikan islam melalui sistem madrasah
• penubuhan institusi pendidikan - sekolah pengetahuan akademik, sekolah
sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan
• penulisan ensiklopedia sains Islam yang dijadikan rujukan bagi keperluan
praktikal
• pembinaan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul
Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye;
Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: العثمانية ,الدولة al-Dawlaṭ
al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari
keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang
masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah
pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine,
terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13.
Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali
sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk
menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau
kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki
yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah
universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah
"penyatuan kebudayaan".[7]
Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung
Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa
kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria.
Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan
kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar
wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan
Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan
melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa
Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan
Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga melanjutkan
peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan
bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat,
kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka
menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang
menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di
Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan
oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan
"dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu
penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai
terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di
tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula
menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa
Rusia.
Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam
perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyyah harus mempersetujui penyerahan
wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian,
mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah,
termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan
Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya
yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan
Perancis ke atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi " the
sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan
mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang
dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun
1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan
Uthmaniyyah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul
meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke
Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah
menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniyyah pada 1922 dan diganti dengan
Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang
kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
Sejarah
Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan
Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan
kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah.
[sunting]
Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)Rencana utama: Penubuhan Turki Uthmaniyyah
Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik
empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam
sejarah ketamadunan manusia.
Sultan Muhammad al-Fatih
Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi
wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika
Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Pertempuran Chaldiran,
di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514,
tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran
menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah
di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada
bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta
pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah
Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera
Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan
Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).
Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana
kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan
sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan
serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan
kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.
Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang
atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople
(Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar
digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini
diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini
menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan
lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini
kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya.
Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat
"kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan
banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.
[sunting]
Perkembangan (1453-1683)Rencana utama: Perkembangan Turki Uthmaniyyah
Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683
Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua
zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan
perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada
tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the
Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman
kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan
kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566
sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.
Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman
perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air
yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak
lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan
menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka
juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera
laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan
rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-
kuasa Eropah di Lautan Hindi. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera
lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan
Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping
mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar
Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam,
selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin
sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-
meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki
Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu
perjuangan pihak Protestan Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan
golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak
pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang
dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini
kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.
Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar
Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah
ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary.
Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap
Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan
sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin
melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar
Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen
politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan
terhadap Empayar Utmaniyyah.
[sunting]
Genangan (1683-1827)Rencana utama: Genangan Empayar Uthmaniyyah
Sultan Murad IV
Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun
1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar
di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar
Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan
sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya
sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak
sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.
Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah
dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya
menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary.
Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah
semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia
merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang
berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di
antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam
Perang Lepanto pada tahun 1571.
Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-
1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota
sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya
peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan
seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki
kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun,
Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan
musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.
Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah
ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan
mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan
Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini,
bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk
memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh
pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki
Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan
Janissari yang pada masa ini telah menjadi rasuah. Walaupun tentera elit
Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat
tentangan.
[sunting]
Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)
Rencana utama: Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah
Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh
pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar
Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu
dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan
yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu
kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara
Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang
nyata ialah semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan
Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Rusia.
Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi
dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan
juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari
struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran
membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi
ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki
kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki
British pada 1876, dll.).
Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti
nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan
Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa
pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar
Uthmaniyyah.
Pembukaan İttihat ve Terakki Cemiyeti
Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak.
Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem
kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai
pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat
mengurangkan tekanan di dalam negara. İttihat ve Terakki Cemiyeti
(Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa
dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki
Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap
institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan
ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk
menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai
masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat
baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur
pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda
mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan
ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Krimea.
Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar
Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk
membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar
Turki Uthmaniyyah.
[sunting]
Pembubaran (1908-1922)Rencana utama: Pembubaran Turki Uthmaniyyah
Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk
demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya
menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja
berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa
manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali
sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.
Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad
kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari
kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang
berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Rusia,
beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912)
dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan
Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang
Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.
Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam
kekuasaan Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang
Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai
Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan
dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. [8]Empayar Uthmaniyyah
mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak
bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan
Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah
tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia
bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah
bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan
mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.
Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di
Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk
memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada
awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau
bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan
Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini
mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru
Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.
[sunting]
Sejarah kebangsaan
Artikel sejarah berkaitan di Wikipedia.
Perang Uthmaniyyah di Eropah Sejarah Albania Uthmaniyyah
Sejarah Balkan Sejarah Algeria Uthmaniyyah
Sejarah Cyprus Uthmaniyyah
Sejarah Bulgaria Uthmaniyyah
Sejarah Serbia Uthmaniyyah
Uthmaniyyah Sarajevo Awal
Uthmaniyyah Sarajevo Akhir
Uthmaniyyah Yunani
[sunting]
Sejarah ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne
(Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara
Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-bandar ini pusat komersial dan industri,
dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru. [9]
Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi
puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul
dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi
Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur
Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk
memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah satu cara untuk
mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan
menjadikan kelas produktif berkembang. [10] Matlamat paling penting adalah
untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa
merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan
memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.
Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar
Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-
17, Empayar Uthmaniyyah adalah organisasi peneraju berbanding yang lain.[11]
Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana
ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.[11]
[sunting]
Negeri
Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana
tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama.
Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan
dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain
masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah
satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan
sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya;
perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada
masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada
negara..
Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai
علی ,Bâb-i-âlî باِب atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap
pintu besar Istana Topkapı di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-
duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut
berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri
Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat
seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun
Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.
[sunting]
SultanRencana utama: Dinasti Uthmaniyyah dan Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah
Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir
zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.
Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak.
Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu
mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I
ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan
tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin
menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan
Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar
dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima
orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.
[sunting]
Undang-undang
Rencana utama: Undang-undang Uthmaniyyah
Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu
bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi
perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang
Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah.
Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa
pusat dan tempatan.[12]
Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-
Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang
lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.
Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah
undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di
sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan
oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
[sunting]
Ketenteraan
Rencana utama: Ketenteraan di Turki Uthmaniyyah
Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera
Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera
Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini
menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti
yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi
tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama
menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit
tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal
peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi
mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi
dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun
1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar
Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.
Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan
pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama
mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk
menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata
baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan
tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan
angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat
menandingi kuasa-kuasa Barat.
[sunting]
Kebudayaan
Rencana utama: Kebudayaan Uthmaniyyah
Taman Istanbul
Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya
dengan kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam
kebudayaan orang-orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan
kebudayaan Parsi dan Byzantine dalam kehidupan harian mereka. Apabila
melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka
mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya
Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki
dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan
Byzantine.
Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan
lain-lain lagi kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang
dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di
empayar ini.
[sunting]
Kronologi Empayar Uthmaniyyah
Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.
• 1243 M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia
Kecil.
• 1299 M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk
ditubuhkan di barat Anatolia.
• 1301 M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya
Empayar Turki Uthmaniyyah.
• 1345 M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
• 1389 M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
• 1402 M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah
di Ankara.
• 1451 M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
• 1453 M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
• 1520 M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
• 1526 M- Perang Mohacs
• 1529 M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
• 1571 M- Perang Lepanto berlaku.
• 1641 M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
• 1683 M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
• 1687 M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
• 1703 M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
• 1774 M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
• 1792 M- Perjanjian Jassy.
• 1793 M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
• 1798 M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
• 1804 M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
• 1815 M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
• 1822 M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
• 1826 M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera
laut Uthmaniyyah di Navarino.
• 1829 M- Perjanjian Adrianople.
• 1830 M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
• 1841 M- Konvensyen Selat.
• 1853 M- Bermulanya Perang Krimea.
• 1856 M- Berakhirnya Perang Krimea.
• 1876 M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
• 1878 M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria
diberi kuasa autonomi.
• 1908 M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai
Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan.
Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
• 1912 M- Perang Balkan pertama.
• 1913 M- Perang Balkan kedua.
• 1914 M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu
kuasa tengah.
• 1919 M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
• 1923 M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah
Republik.
• 1924 M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyyah.
[sunting]
Nota dan rujukan
• ↑ The Encyclopædia Britannica, Vol.7, Edited by Hugh Chisholm, (1911), 3;
Constantinople, the capital of the Turkish Empire...
• ↑ Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the
capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed
Istanbul in 1930.
• ↑ http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Jews_in_Turkey#Ottoman_era
• ↑ The Treaty of Sèvres (August 10, 1920) afforded a small existence to the
Ottoman Empire. The abolishment of the Ottoman Sultanate on November
1, 1922 did not end the Ottoman State, but only the Ottoasty. The official
end of the Ottoman State was declared through the Treaty of Lausanne
(July 24, 1923). It recognized the new "Ankara government", and not the
old Constantinople-based Ottoman government, as representing the
rightful owner and successor state. The Istanbul-based government was
practically headless after the sultan left the capital. The TBMM declared
the successor state to be the "Republic of Turkey" (October 29, 1923).
• ↑ Peter Turchin, Thomas D. Hall and Jonathan M. Adams, "East-West
Orientation of Historical Empires", Journal of World-Systems Research
Vol. 12 (no. 2), pp. 219-229 (2006).
• ↑ Dündar, Orhan; Dündar, Erhan, 1.Dünya Savaşı, Millî Eğitim Bakanlığı
Yayınları, 1999, ISBN 975-11-1643-0
• ↑ H. Inaicik "Perkembangan Empayar Uthmaniyyah" di P.M. Holt, A.K. S.
Lambstone, dan B. Lewis (eds), "Sejarah Islam Cambridge" (Universiti
Cambridge). muka surat 295-200
• ↑ Jastrow, Peperangan dan Landasan Kereta Api Baghdad (1917) ASIN:
B0006D8OSQ
• ↑ Halil inalcik, Pengajian sejarah ekonomi Timur Tengah : dari kebangkitan
Islam sehinggalah pada masa kini / disunting oleh M. A. Cook. London
University Press, Oxford U.P. 1970, p. 209 ISBN 0-19-713561-7
• ↑ Halil inalcik, Pengajian sejarah ekonomi Timur Tengah : dari kebangkitan
Islam sehinggalah pada masa kini / disunting oleh M. A. Cook. London
University Press, Oxford U.P. 1970, p. 217 ISBN 0-19-713561-7
• ↑ 11.0 11.1 Antony Black, "Negara Dinasti Osman (devlet-i al-i Osman)" dalam
Sejarah Pemikiran Politik Islam: Dari Zaman Nabi Sehingga Kini, ms199
• ↑ Lauren A. Benton, Kebudayaan Kolonial dan Undang-Undang: Sejarah
Dunia, 1400–1900", ms109–110
[sunting]
SOALAN 3
Huraikan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada
dunia Islam.
Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
Kepada Dunia Islam
Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah
berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah
kerajaan yang
menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak
menyumbang
kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Ia termasuk aspek perundangan,
ekonomi,
sosial, pendidikan, dan seni bina.
Dalam aspek perundangan, Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman
untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, srta kehormatan individu
pelbagai
bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian
daripada
organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua
ulama’ )
telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah
menjadi
aspek penting dalam perundangan Islam masa kini.
Dari segi aspek ekonomi, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan
Perdangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerna,
kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sbuah bandar
perdagangan
antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan
Turki
Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut
Merah, Laut
Hindi , dan Laut Mediterranean.
Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telah
memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum
kedatangan
Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis
masyarakat telah
diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem
yang
menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat
Eropah
bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan
mobiliti sosial
yang lebih luas dalam masyarakat Eropah.
Di samping itu, dalam bidang pendidikan, Turki Uthmaniyah banyak memberi
sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah pengenalan sistem madrasah.
Sistem
pendidikan lain ialah seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera,
maktab
tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan.
Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam
bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni
bina
terkenal adalah Mimar Sinan. Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau
yang
paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan
Ahmed
yang terletak di Istanbul.
Nyataka
Top Related