8/8/2019 Joel a Barker2
1/5
ULASAN VIDEO 2: THE BUSINESS OF PARADIGMS OLEH JOEL ARTHUR BARKER.
Joel A. Barker adalah orang pertama yang mempopularkan konsep anjakan paradigma untuk
dunia korporat. Bermula tahun 1980, beliau memulakan konsep yang kedua iaitu kepentingan
visi. Buku beliau Future Edge telah disenaraikan oleh perpustakaan yang berprestij iaitu
Library Journal sebagai buku yang paling berpengaruh pada tahun itu. Beliau telah banyak
bekerjasama dengan organisasi samada yang berasaskan keuntungan dan yang bukan berasaskan
keuntungan di seluruh dunia termasuklah Singapura , Venezuela , Kanada , Mexico dan Peru .
Berdasarkan pita videonya yang kedua iaitu Discovering The Future, beliau menerangkan
bahawa idea baru biasanya diganggu oleh status quo dan ini akan menyebabkan wujudnya
ketidakpastian. Mereka yang berfikir bahawa masa depan ialah kesinambungan dari masa lalu
akan sukar untuk menerima idea yang baru. Lumrahnya manusia sukar untuk berubah.
Contohnya Swiss terkenal dalam pembuatan jam tangan dan ianya amat terkenal dari satu
generasi ke satu generasi. Walaupun begitu mereka terlupa akan wujud pasaran jam yang baru
dengan pembuatan yang lebih bagus daripada mereka.
Mereka berbangga dengan kejayaan masa lampau dan tidak mencari peluang untuk mencuba
idea yang baru sebaliknya Jepun yang tidak mempunyai kenangan kejayaan lalu untuk dikenang
dalam pembuatan jam telah bangkit dan mencari inovasi yang baru dan akhirnya mereka boleh
berbangga dengan pencapaian mereka. Kini jam buatan Jepun menjadi pilihan ramai orang.
8/8/2019 Joel a Barker2
2/5
Mereka yang berjaya adalah mereka yang sanggup berubah manakala mereka yang gagal
adalah mereka yang kekal dan terkongkong dengan idea dan kejayaan pada masa lampau. Oleh
itu mereka melihat tiada gunanya mencari idea yang baru dan berubah.
Paradigma didefinisikan sebagai satu set undang-undang dan peraturan yang mengandungi 2
perkara iaitu memperkukuhkan sempadan di mana reka bentuk adalah sempadannya dan mereka
menyediakan peraturan untuk berjaya, iaitu bagaimana untuk berjaya dengan menyelesaikan
masalah dalam lingkungan yang tertentu. Persepsi kita akan mempengaruhi pertimbangan dan
cara membuat keputusan. Untuk membuat pertimbangan yang baik tentang masa hadapan kita
seharusnya mengetahui paradigma sedia ada dan bersedia untuk melangkauinya. Menurut Haji
Mohamad Abd Rahman anjakan paradigma merujuk kepada perpindahan dari satu situasi kepada
situasi yang baru yang melibatkan peraturan dan prosedur.
Penemuan paradigma oleh Thomas Khun telah dinyatakan dalam bukunya bertajuk The
structure of scientific revolutions. Beliau telah meneroka bagaimana saintis merubah paradigma
mereka ia membantu menerangkan bagaimana manusia selalu gagal untuk melihat signifikan
dalam pembangunan yang baru. Ia juga dapat membantu manusia berurusan dengan perubahan
secara lebih efektif. Apa yang ditemui oleh beliau ialah berkaitan titik positif dan titik negatif.
Titik positif adalah dimana paradigma bertindak sebagai penapis data yang masuk ke fikiran
saintis. Data yang bersetuju dengan pandangan saintis akan membantu menerangkan pemahaman
saintis tersebut dengan lebih baik. Titik negatif pula ialah dimana data yang masuk tidak seperti
yang diharapkan oleh saintis tersebut dan mereka menghadapi masalah untuk menerimanya.
8/8/2019 Joel a Barker2
3/5
Antara kesan paradigma seperti yang dikemukakan oleh Barker ialah konsep ini benar untuk
sesiapa yang berpegang teguh kepada undang-undang dan peraturan dalam hidup mereka. Oleh
itu hasilnya mungkin ketara bagi individu yang mempunyai satu paradigma dan mungkin tidak
bagi mereka yang mempunyai paradigma yang berbeza. Ia membutakan manusia daripada
melihat peluang yang wujud. Kita melihat masa hadapan menggunakan paradigma masa lampau
kita. Paradigma membuatkan kita melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Manusia melihat keadaan sekeliling mereka dan meletakkan had untuk diri mereka, ataupun
apa-apa yang mereka fikir akan berlaku dalam sempadan tersebut. Apabila seseorang itu
mempunyai persepsi yang kuat keatas apa yang akan terjadi, mereka akan memenjarakan idea
mereka di dalam sempadan tersebut sahaja. Hasilnya susah untuk mencari idea yang baru,
dimana potensi terbatas ke atas had yang telah mereka tetapkan.
Kadang-kala seseorang memilih menggunakan satu cara sahaja untuk melakukan sesuatu.
Apabila berhadapan dengan idea yang lain, idea tersebut akan ditolak. Oleh itu jika seseorang itu
tidak berhati-hati, kejayaan mereka yang lepas akan menjadi penghalang kepada visi mereka
untuk akan datang, keterbukaan menerima idea-idea baru dan kesediaan untuk meneroka
pelbagai cara dalam melakukan sesuatu.
Apabila berlaku anjakan paradigma kita akan bermula dari kosong dan kejayaan masa lalu
sebenarnya tidak menjamin apa-apa. Paradigma adalah sesuatu yang biasa kita temui dalam
aspek kehidupan kita. Paradigma adalah berguna kerana ia menunjukkan kita yang mana lebih
penting. Ia membantu kita mengenalpasti masalah utama dan ia memberikan kita bimbingan
8/8/2019 Joel a Barker2
4/5
dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut. Paradigma membantu memfokuskan
perhatian kita. Kelenturan paradigma membolehkan seseorang menjadikan idea baru sebagai
peluang. Paradigma paralisis akan menyebabkan seseorang merasakan idea baru sebagai
ancaman.
Orang luar biasanya akan mencetuskan paradigma yang baru. Perintis kepada paradigma
perlu lebih bersemangat dan mempercayai penilaian mereka. Mereka boleh memilih sekiranya
mereka ingin menukar undang-undang dan peraturan yang mereka pegang teguh.
Di Malaysia misalnya anjakan paradigma perlu dilihat dalam sistem pendidikan kita pada
hari ini. Misalnya penjenamaan semula tingkatan 6. Pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.
Ianya supaya ia lebih bercirikan sistem universiti. Pendedahan awal ini membolehkan pelajar
terdedah dengan pembelajaran di universiti. Guru perlu membuat anjakan paradigma terhadap
pemikiran dan tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran dan amalan di
bilikdarjah.
Anjakan paradigma yang ada dalam sistem pendidikan hari ini antaranya penggunan
teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan,
dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan. Ia dapat dilihat melalui mata pelajaran Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru dibekalkan komputer riba untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Adanya mata pelajaran ICT bagi pelajar menengah rendah dan
atas juga membolehkan guru dan pelajar menguasai kemahiran ini. Penubuhan sekolah bestari
antaranya dapat mengubah peranan guru. Daripada menjadi penyalur maklumat peranan guru
8/8/2019 Joel a Barker2
5/5
berubah kepada pembimbing. Pengajaran banyak berpusatkan kepada pelajar. Ini akan
menggalakkan pelajar berfikir cara menangani masalah yang diberikan.
Top Related