ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN muka surat
Pendahuluan 3
Rukun Nikah 4
Wali 5
Wali Ijbar 5
Wali Ikhtiar 6
Perempuan Menjadi Wali Untuk Dirinya 7
Masalah 1 : Tanpa Izin Wali 9
Masalah 2 : Dengan Izin Wali 9
Masalah 3 : Hakim Mengesahkan Perkahwinannya 10
Masalah 4 : Tiada Wali dan Hakim 11
Takrif Menegah 11
Hukum Wali Menghalang Perempuan Berkahwin 13
Tiada Wali Qarib atau Wali Menghalang 15
Pandangan Abu Hanifah , Muhammad dan Ahmad Rahimahullah 16
Janda 17
Takrif Janda 17
1
KANDUNGAN muka surat
Hukum Wali Bagi Janda 18
Masalah 5 19
Penutup 20
2
KAHWIN TANPA PERSETUJUAN WALI
MENURUT PANDANGAN ULAMA’
Pendahuluan
Sesungguhnya kewajipan menjadi wali sama seperti kewajipannya terhadap
dirinya dan keatas perempuan yang diwalinya kerana ianya bertujuan untuk membina
rumah tangga yang sesuai kepada perempuan yang diwalikannya. Ianya amat penting
untuk kemaslihatan umat dan sangat dituntut bagi seorang perempuan dan walinya
juga , namun disana terdapat segelintir masalah yang walinya tidak mahu menikahkan
atau bersetuju dengan pilihan perempuan yang diwalikannya.
Keadaan ini sering berlaku khususnya di Negara kita Malaysia , saban kali kita
mendengar kisah kahwin lari ke Negara “ Thailand” . Hal ini berlaku kerana ibu bapa
enggan mengahwinkan anak-anak mereka yang telah sampai kepada hukum wajib
kahwin . Ada segelintir ibu bapa yang mahu anak mereka berkahwin dengan pemuda
pilihan mereka atas dasar persahabatan, perniagaan dan lain-lain lagi , akibatnya anak-
anak menjadi wadah matlamat ibu bapa tanpa memikirkan masa depan anak mereka
dan ada segelintir ibu bapa yang enggan mengahwinkan anak mereka dengan pilihan
mereka kerana menyangkakan anak mereka tidak sepadan dengan pasangan yang
dipilih .
Kebanyakan anak-anak muda yang terlibat dengan situasi sedemikian
mengambil jalan mudah dengan berkahwin melalui wali hakim . Namun disana terdapat
beberapa perbahasan di kalangan ulama’ yang timbul ekoran hukum kahwin wali hakim
tanpa persetujuan wali mujbir.
3
Rukun Nikah
Akad nikah merupakan salah satu proses yang wajib sebelum bergelar suami
isteri , ia juga mempunyai beberapa rukun dan syarat yang perlu diketahui oleh setiap
pasangan1. Terdapat lima rukun nikah yang perlu dipatuhi :
1. Siqah ( lafaz ijab dan qabul )
2. Bakal suami
3. Bakal isteri
4. Dua orang saksi
5. Wali
Ini merupakan matan ( transkrip asal ) yang telah disebut didalam kitab nihayah muhtaj
“dan iaitu lima , suami , isteri , wali , dua orang saksi dan siqah”2 . Sekiranya salah satu
rukun nikah di atas tidak dapat di penuhi dalam majlis akad nikah , akad nikah yang di
lafaskan dikira tidak sah di sisi syara’.
1 Dirasah fi fiqh as syafie ms 2 Nihayah Muhtaj jilid 6 ms 205
4
Wali
Hak syara’ yang telah diberikan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu
perintah yang telah ditetapkan atas seseorang secara hak iaitu dinisbahkan kepada
perkahwinan dan wali terbahagi kepada dua jenis iaitu waji ijbar dan wali ikhtiar.
Wali Ijbar
Wali ijbar ialah wali yang diharuskan mengahwinkan perempuan yang diwalikannya
dengan redha perempuan itu atau tidak. Wali bahagian ini merupakan wali asal iaitu
ayah dan datuk bagi perempuan.
Kewajipan wali ijbar keatas perempuan yang berikut :
1. Anak dara : kecil atau dewasa berakal atau gila
“ dan bagi ayah mengahwinkan anak dara yang kecil atau dewasa tanpa
izinnya dan sunat meminta izinnya”3
Oleh itu ayah atau datuk yang merupakan wali mujbir berhak menikahkan
anak daranya tanpa izinnya bertepatan dengan hadis :
" والبكر وليها من بنفسها أحق الثيب
صمتها" وفي واذنها نفسها في تستأذن
أبوها يزوجها "البكر رواية "“Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya dan anak dara
minta izin dari dirinya dan tanda izinnya adalah diamnya” dan dalam
riwayat lain “ anak dara dikahwinkannya oleh bapanya”
3 matan al minhaj
5
Hadis ini menunjukkan wali harus mengahwinkan anak dara secara umum
kecil atau besar dengan izin atau tanpa izinnya. Dalam masa yang sama
hadis membezakan antara janda dan dara, janda lebih berhak keatas
dirinya dalam berkahwin. Ini menunjukkan hukum anak dara berbeza
dengan janda bahawa minta izin anak dara bukanlah hakikat yang wajib.
Hal ini ditetapkan kerana anak dara tidak mengetahui suasana
perkahwinan sehingga mereka baligh dan berakal, maka anak dara ini
terdedah kepada tersilap memilih caloh yang sesuai baginya.
2. Kecil : maka bagi ayah dan datuk mengahwinkannya tanpa izinnya
3. Gila : sama ada anak dara atau janda , kecil atau dewasa maka harus bagi bapa
dan datuk untuk mengahwinkannya dengan syarat jelas kemaslihatan bagi
mereka
Wali ikhtiar
Wali ikhtiar merupakan golongan lelaki yang layak menjadi wali untuk menikahkan
perempuan setelah mendapat keizinan dan persetujuan perempuan , bermakna wali
tidak boleh bersendirian dalam perkahwinan selain diizinkan perempuan yanmg
diwalikannya bahkan sempurnanya pilihan suami setelah mendapat redha wali dan
perempuan bersama. Kemudian bersendirian wali ketika akad nikah.
Wali ini perlu mengikut tertib yang telah ditetapkan seperti berikut :
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. Saudara lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
7. Bapa saudara seibu sebapa
6
8. Bapa saudara sebapa
9. Anak bapa saudara seibu sebapa
10.Anak bapa saudara sebapa
11.Sultan
Hikmah daripada susunan ini supaya dapat mengurangkan malu untuk proses
perkahwinan.
Perempuan menjadi wali untuk dirinya
Abi Hanifah : harus bagi perempuan untuk mewaliakn akad nikah4
Jumhur ulama’ : Tidak sah seorang perempuan mewalikan dirinya bahkan mesti
diwalikan oleh golongan lelaki5. Sekiranya perkahwinan itu tidak diwalikan oleh seorang
wali maka perkahwinan itu dianggap tidak sah seperti seorang perempuan mewalikan
dirinya untuk berkahwin, tanpa izin wali dan arahan hakim maka perkahwinan itu batal
mengikut kesepakatan ulama’ fiqh As-Syafie berdasarkan dalil berikut :
1. Firman Allah S.W.T :
النساء على قوامون الرجال
“Adalah lelaki itu pemimpin keatas perempuan”
Makna pemimpin keatas perempuan iaitu ketua ke atas kemaslihatan perempuan,
maka perkahwinan merupakan salah satu daripada kemaslihatan iaitu kebaikan bagi
perempuan.
4 fathul qadir jilid 2 ms 3535 al muqni jilid 7 ms 227
7
2. Rasullullah bersabda :
نفسها المرأة تنكح وال المرأة المرأة تنكح ال
“Tidak menikahkan perempuan akan perempuan dan tidak menikahkan perempuan
akan dirinya”
3. Perempuan tidak aman atau selamat dalam pernikahan kerana kurang akalnya
dan cepat tertipu mengenainya maka tidak harus melaksanakan perkahwinan
bagi dirinya seperti keadaan mereka membazir pada harta.
4. Tidak sesuai dari segi adat seorang perempuan berurusan secara langsung
tentang perkahwinan kerana tujuannya untuk menjaga malu pada diri.
5. Perempuan itu tidak bercampur sesama lelaki dalam kehidupannya , maka dia
akan tertipu dengan lelaki yang tidak sekufu’ dengannya dan ia akan memberi
kesan buruk kepada perkahwinannya kelak.
6. Kata Imam As-Syafie tentang dalil :
“Maka janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya
kembali” - Surah al-baqarah ayat 2326
Dalam dalil diatas secara jelas ditujukan kepada wali, jika tidak , tiada faedah
didatangkan perkataan “larang” didalam ayat7 .
Masalah
1. Tanpa izin wali 6 Tafsir Quran Karim Prof. Dr. H.Mahmud7 asni tolib jilid 3 ms 125
8
Dikhususkan lagi dalam masalah ini, sekiranya tetap dilakukan pernikahan dan
persetubuhan berlaku maka wajib bagi suami membayar mahar misli bukan mahar
musamma yang disepakati kerana rosaknya pernikahan, dan kerana pilihan
perempuan untuk berkahwin tanpa izin walinya. Maka nikahnya batal dan apabila telah
bersetubuh, suami perlu membayar mahar kerana telah menghalalkan faraj perempuan
tersebut dan gugur hukum hudud sama ada akad haram atau syubhah “tersilap isteri”.
Ulama’ berselisih pandangan tentang sah nikah atau tidak , tetapi telah sepakat atas
haramnya kerana berturut-turut melakukan yang haram dan tidak dikenakan hukum
hudud dan kafarah.
2. Dengan izin wali
Pandangan Asoh
Sekiranya wali mengizinkan perempuan untuk menikahi dirinya, maka pada
pandangan yang lebih tepat ‘asoh’ ianya tidak harus baginya.
Pandangan Abu Sor
Sesunggunhnya perkahwinan pada situasi ini sah, kerana perempuan
merupakan " التصرف ahli "اهل yang sah untuk jual beli dan sebagainya, pada
hartanya selain dari akad nikah. Sesungguhnya menghalang dari akad nikah
adalah hak wali, maka apabila wali mengizinkan gugurlah penghalang seperti
sahnya hukum akad jual beli.
Imam Syafie
Imam syafie telah menyalahkan pandangan Abu Sor , katanya “ pandangan ini
salah dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda :
نفسها المرأة تنكح وال المرأة المرأة تنكح ال
9
“Tidak menikahkan perempuan akan perempuan dan tidak menikahkan perempuan
akan dirinya”.
Imam al-Zarkashi telah menambah seperti apa yang telah dinaqalkannya
daripada Ibnu Majah “ maka sesungguhnya penzina perempuan ialah mereka yang
menikahkan dirinya sendiri”8.
3. Perempuan mewalikan dirinya dan hakim mengesahkan perkahwinannya.Ulama’
berselisih pandangan atas dua gambaran :
Pernikahannya batal dan batal hukum sah yang dijatuhkan hakim kerana
bercanggah dengan hadis rasullullah s.a.w :
فنكاحها وليها اذن بغير نكحت امرأة أيما
ال من ولى فالسلطان اشتجروا فاذا باطل
استحل بما مهرها اصابهافلها فان له ولى
فرجها من“Mana-mana perempuan yang bernikah tanpa izin walinya, maka
nikahnya terbatal, maka apabila mereka dihalang maka sultan wali bagi
siapa yang tiada wali baginya, maka jika berkahwin ia, maka baginya
maharnya kerana menghalalkan farajnya”.
Pernikahannya sah, tidak batal hukum hakim atas sahnya, ada pun ulama’
yang berhujah dengan hadis maka nas hadis tidak tetap pada hukum
kerana ianya perlu di ta’wil.
4. Sekiranya perempuan ditempat yang tiadanya wali keatasnya dan tiada wali
hakim, ulama’ berselisih pandangan :
1. Perempuan itu tidak boleh mengahwinkan dirinya
2. Perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya kerana darurat
8 hasyiah umairah jilid 3 ms 221
10
3. Bakal suaminya menjadi walinya9
Sebelum kita mengetahui hukum berkahwin tanpa persetujuan wali, kita harus
mengetahui apakah pandangan ulama’ mengenai keengganan wali untuk menikahkan
siapa yang dibawah waliannya.
Takrif menegah “ العضل ”
Bahasa :
Menghalang melakukan sesuatu ,cegahan yang bersangatan . mencegah ke
atas seseorang beserta nyata situasinya beserta nyata kehendaknya . Menghalang
perempuan : menghalangnya berkahwin dengan zalim10.
Maksud menghalang wali pada istilah fuqaha’ :
1. Hambali : Menghalang siapa yang diwalinya untuk berkahwin apabila
diminta oleh perempuan yang diwalinya dalam keadaan sekufu’11
2. Syafie : Terjadinya tegahan wali apabila diminta oleh perempuan yang
diwalinya yang telah baligh, berakal lagi bijak atau bodoh untuk berkahwin
dengan yang sekufu’, wali yang tidak mujbar menghalang perkahwinan12
3. Hanafi : Wali mencegah perempuan yang kecil untuk mengahwini lelaki
yang sekufu’ dengan mahar misli " المثل atau lebih mahal13 "مهر
4. Maliki : terdapat beberapa penjelasan mengenai keenggana wali :
9 raudoh at tolibin jilid 7 ms 5010 almukjam alwasit jilid 2 ms 61311 kashful qina’ jilid 3 ms 3012 muqni al muqtaj jilid 3 ms 153-15413 ahkammussiqarr jilid 1 ms 227
11
Wali tidak mujbar : sekiranya wali tidak mujbar enggan mengahwinkan
perempuan
yang diwalinya yang sekufu’ dengan redhanya atau mahu perempuan
yang diwalinya mengikut pilihan yang sekufu’ mengikut pandangannya,
maka adalah sekufu’ disisi perempuan yang diredhainya atau yang
dituntut daripadanya lebih utama dari sekufu’ disisi wali iaitu wajib
mengikut sekufu’ disisi perempuan .
apabila keadaan ini berlaku hakim perlu meminta wali menyatakan
penjelasan tentang penegahannya, sekiranya wali gagal mengemukakan
alasan yang betul dan boleh diterima maka perwakilan wali akan terus
berpindah kepada hakim tanpa berpindah kepada wali yang lebih jauh
dahulu.
Wali mujbir : sekiranya wali ini menghalang maka halangannya tidak dikira
sebagai hukum penghalang “عاضل” dengan keengganannya bagi lelaki
yang sekufu’, sekiranya tegahan itu berulang-ulang sehingga nyata
tegahannya dan kemudharatannya walaupun menegahnya lelaki yang
sekufu’ disisi anaknya sekali sahaja , yang demikian itu mengetahui bapa
akan kelembutan dan kasihan belas atas anaknya dan kejahilannya
(anak) iaitu mengetahui kebaikan bagi anaknya, mungkin ayah
mengetahui hal yang sebenar bagi anaknya atau keadaan tunang
anaknya yang yang tidak sesuai dan tidak menghasilkan kebahagiaan
dengan mengahwininya maka ayahnya tidak dikira sebagai penghalang “
.sehingga jelas apa yang dihalangnya tidak sesuai14 ”عاضل
5. Zaidiah : hakikat "العضل" iaitu wali menghalang perempuan yang merdeka ,
baligh, dan berakal dari mengahwini lelaki disisinya sekufu’ pilihannya15.
14 ash syarhu alkabir oleh dardir dan hasyiah addesuki jilid 2 ms 231-23215 syarhu alazhar jilid 2 ms 227
12
Kesimpulannya mengenai pendapat fuqaha’ tentang menegah wali “ عضل الولي ” iaitu
halangan daripada pihak wali keatas perempuan untuk berkahwin dengan lelaki yang
sekufu’ pilihannya16.
Hukum wali menghalang perempuan berkahwin
Syara’ menegah wali daripada menghalang perkahwinan perempuan yang hendak
dinikahinya yang sekufu’ baginya.
Dalil naqli surah al baqarah ayat 232 :
“Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis idahnya, maka
janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya kembali”17
Hadis:
فطلقها رجل من لي أختا : زوجت يسار بن معقل قال
يخطبها جاء عدتها انقضت اذا حتى16 mufassal fi ahkam marah wa baitul muslim jilid 8 ms 36
17 Tafsir quran karim Prof.Dr.H.Mahmud Yunus
13
ثم فطلقها أكرمتك و أفرشتك و : زوجتك له فقلت
ال رجال وكان أبدا اليك تعود ال الله و ال تخطبها جئت
الله فأنزل اليه ترجع أن تريد المرأة وكانت له بأس
االية هذه
( البقرة ) (فقلت2/232 ) يا أفعل : االن
اياه : فزوجها قال الله رسول
Telah berkata Ma’qal bin Yasar:
“Telah berkahwin kakak bagiku daripada seorang lelaki maka telah menalaknya ,
sehingga apabila selesai eddahnya, telah datang lelaki itu meminanginya, maka kataku
baginya : engkau mengahwininya, memuliakannya maka kau ceraikannya kemudian
datang untuk meminangnya, tidak, demi Allah, tidak dia kembali kepada engkau
selamanya , dan adalah tidak terkesan dengannya , dan adalah perempuan itu hendak
untuk kembali semula kepadanya , maka turunlah ayat “dan jangan engkau
menghalangnya” maka kataku : sekarang aku melakukannya wahai Rasullullah s.a.w.
Dia berkata maka kahwininya”.
(Hadis sohih riwayat Al-Bukhari)
Seorang wali yang menghalang perkahwinan perempuan dibawah waliannya adalah
fasiq sekiranya mengulanginya kerana ia adalah maksiat yang kecil. Apabila wali
menghalang pernikahan maka berpindahlah hak wali kepada wali yang jauh disisi Imam
Ahmad kerana keuzuran untuk mengahwinkan daripada wali yang hampir. Maka milik
pewalian kepada wali yang jauh, seperti sekiranya wali yang hampir gila, seperti minum
arak semua walinya maka mereka menegah kahwinnya maka menjadi wali akan hakim.
14
Tiada wali qarib atau wali menghalang
Seperti yang diketahui sekiranya terdapat wali yang hampir maka wali yang jauh akan
di batalkan , tetapi apakah hukum sekiranya tiada wali hampir " األقرب seperti ? "الولي
seorang lelaki ingin mengahwini seorang perempuan yang sekufu’ serta perempuan
tersebut setuju untuk dinikahi tetapi tiada wali maka perwalian ketika itu berpindah
kepada sultan tetapi terdapat sedikit perbincangan mengenainya :
1. Sekiranya tiada wali ketika itu kerana bermusafir yang mengharuskan qasar solat
dan dia (wali) tidak mewakilkan kapada sesiapa untuk menjadi wali sepanjang
pemergiannya , maka ketika itu harus bagi sultan atau naib sultan negeri
perempuan tersebut untuk menikahkannya kerana tiada wali bagiannya dan
berkahwin adalah hak baginya , apabila sultan tidak dapat melaksanakannya
akan diganti oleh hakim. Harus sultan mengahwinkannya kerana susah untuk
minta izin dari wali maka jadilah ia seperti hukum wali yang hilang.
2. Adapun sekiranya tiada wali kerana bermusafir yang dekat iaitu jarak yang tidak
mengharuskan qasar solat , sesungguhnya pada keadaan ini terdapat khilaf di
kalangan ulama’
Pandangan yang asoh pada mazhab As-Syafie : tidak harus bagi hakim
mengahwinkan perempuan tersebut kecuali diizinkan oleh walinya kerana
wali ini dihukumkan seperti ada dengan dalil bahawasanya tidak harus
baginya berbuka puasa dan solat qasar dalam tempoh musafirnya.
Sekiranya hakim mengahwinkan perempuan tersebut kemudian kembali
walinya dan berkata wali itu “aku berada dekat dengan negeri ini ketika
akad nikah” sesungguhnya dalam keadaan ini akadnya tidak sah.
15
Harus bagi hakim untuk mengahwinkannya dalam keadaan itu kerana
susah untuk mendapat keizinan wali supaya tidak memudaratkan
pasangan18
Pandangan Ibnu Khas : Kuasa wali berpindah kepada wali yang jauh, ini
bukanlah pandangan yang masyhur.
Sunat bagi hakim sekiranya tiada wali bagi menjalankan perkahwinan untuk meminta
izin kepada siapa yang dipindahkan proses pewalian kepadanya untuk menikahkan
perempuan tersebut19.
Pandangan Abu Hanifah, Muhammad dan Ahmad Rahimahullah
“Sekiranya tiada wali (ayah) ketiadan yang pasti, harus bagi datuknya
mengahwinkannya dan sekiranya ketiadaannya tidak pasti atau tetap, tidak harus bagi
datuknya untuk mengahwinkannya”
Ulama’-ulama’ Abu Hanifah tetang had ketiadaan yang pasti :
1. Sebahagian mereka berpendapat jarak musafirnya bermula dari Raqqah hingga
ke Basrah
2. Sebahagian lain berpendapat jaraknya bermula dari Baqdad hingga ke Rayyi
3. Pandangan Imam Muhammad : Apabila bermusafir daripada satu daerah ke satu
daerah seperti bermusafir dari Kufah ke Baqhdad maka menjadi ia ketiadaan
yang pasti, sekiranya bermusafir hanya dalam satu daerah maka ia merupakan
ketiadaan yang tidak pasti.
Kata Imam As-Syafie Rahimahullahhu Taala : Sekiranya tiada wali, hakim hendak
menjadi wali menikahkan perempuan sunat baginya ( hakim) untuk meminta anak-anak 18 Dirasat fi Fiqh As syafie bi kulliah al azhar oleh doktor Ibrahim soleh Ibrahim ms 67-6819 al muhazzab oleh annawawi jilid 2 ms 37
16
atau saudara-saudara lelakinya yang layak menerima asobah “عصبة” dalam pusaka
untuk menjadi wali terlebih dahulu , sekiranya tiada terus kepada" األرحام 20" ذوي
Janda
Wali mujbir hanya berkuasa penuh terhadap perempuan yang masih dara untuk
menikahkannya tanpa persetujuan permpuan tersebut. perkahwinan dikira sah tanpa
persetujuan perempuan tersebut. hal ini berbeza dengan janda kerana wali wajib
mendapat persetujuannya sebelum menikahkannya dengan lelaki yang sekufu’ .
Takrif janda :
Janda ialah seorang perempuan yang hilang daranya dengan sebab bersetubuh di
kemaluannya sama ada persetubuhan yang halal dari perkahwinan atau persetubuhan
yang haram seperti zina atau persetubuhan yang tidak disifatkan halal atau haram
seperti persetubuhan yang syubhah samada berlaku ketika jaga atau dalam keadaan
tidur. Sekiranya dara hilang tanpa sebab bersetubuh di kemaluannya seperti hilang
kerana memasukkan jari kedalamnya atau gugur kerana dipukul, maka dalam keadaan
ini perempuan itu tetap dihukumkan dara kerana tidak disentuh lelaki dan kerana masih
ada malu yang perlu ada pada seseorang dara, adapun hilang daranya disebabkan
keuzurannya dan kehidupannya. Sebahagian ulama’ berpandangan janda ialah
perempuan yang hilang daranya sama ada dengan bersetubuh atau selainnya.
Hukum wali bagi janda
Wali berkongsi kuasa dalam pernikahan janda , ini bermakna wali seperti ayah atau
datuk perlu meminta persetujuan untuk menikahkannya dengan seorang lelaki .
Pernikahan dikira tidak sah sekiranya tidak mendapat persetujuan dan redha janda
dengan dalil Hadis 1 :
20 al bayan fi mazhab imam as syafie jilid 9 ms 177
17
أن روت األنصرية خزام بنت خنساء أن روى لم
الرسول فأتت ذلك فكرهت ثيب وهى زوجها أباها
نكاحها فرد وسلم عليه الله صلى
“Dari apa yang diriwayatkan bahawasanya Khunsa’ binti Khuzam al-Ansoriah telah
meriwayatkan bahawa bapanya telah mengahwinkannya dan adalah dia seorang
janda, maka menegahnya demikian itu . Maka telah dia datang kepada Rasullullah
S.A.W. maka telah menolak nikahnya”.
Hadis 2 :
أمر الثيب مع للولى ليس
“tidaklah bagi wali bersama janda itu suruhan”
Adapun sekiranya janda itu masih kecil tidak harus mengahwinkannya sehingga dia
sampai umur baligh dan perlu meminta izin darinya dikirakan seperti ketika besarnya.
maka tidak harus melampaui atasnya ketika kecilnya .
Masalah 5
18
Sekiranya seorang lelaki meminang seorang janda , tetapi bapanya enggan menerima
pinangannya dalam keadaan janda bersetuju , maka janda tersebut lari dan bernikah
dengan lelaki tersebut, kemudian dalam masa yang sama bapa janda tersebut
mengahwinkan janda tersebut dengan lelaki lain tanpa izin janda itu. Sekiranya suami
yang pilihannya belum bersetubuh dengannya, maka sah nikah bapanya dan sekiranya
telah bersetubuh, maka tidak sah nikah bapanya kerana janda telah bersetubuh
dengan persetubuhan yang syubhah21.
Penutup
21 dirasat fiqh syafie oleh Ibrahim
19
Masalah perkahwinan tanpa persetujuan wali dapat dielakkan sekiranya
persefahaman diantara dua pihak khususnya pihak anak dan bapa dapat dipupuk
melalui ilmu. Ini bermakna kedua – dua pihak perlu memastikan hidup mereka sentiasa
berada di dalam keadaan menimba ilmu . Dengan cara ini anak akan mengetahui cara
menghormati bapa dan bapa akan lebih teliti melakukan sebarang keputusan
khususnya berkaitan perkahwinan anak.
Ibu bapa juga perlu untuk menjadikan anak sebagai rakan agar anak dapat
menjadikan rumah sebagai medan terbaik untuk menyelesaikan segalah masalah yang
timbul . Sekiranya suasana ini gagal dibentuk di rumah , anak akan mencari ruang yang
lain khususnya teman istemewa untuk meluahkan masalah yang dihadapi , ekoran itu
mereka akan lebih mempercayai teman istemewanya sehingga ingin menjadikannya
teman hidup walaupun lelaki tidak sekufu’. Akibatnya mereka akan ingin berkahwin
walaupun tanpa persetujuan wali. Oleh itu ibu bapa perlulah memastikan anak mereka
dijaga dengan kaedah yang betul mengikut panduan syara’.
20
BIBLIOGRAFI
Doktor Abdul Karim Zaidan, 2000, Mufassal fi Ahkam Marah wa Baitul Muslim (Jilid 8), Muassasah Ar-Risalah : Beirut Lubnan
Doktor Wahbah Zuhaili, 2006, Fiqh Islami wa Adillatuh (Jilid 9), Darul Fikr : Damsyik
Ibnu Qudamah, 1995 , al-Mughni (Jilid 7) , Darul Hadis: Kaherah
Ibrahim Mustafa , 1980, al-Mukjam al-Wasit (Jilid 2), Dar al-Dakwah : Istanbul
Ibrahim Soleh Ibrahim, 2003, Dirasah fi Fiqh as-Syafie, Maktabah Mansourah: Mesir
Imam al-Imrani, al-Bayan fi Mazhab Imam as-Syafie (Jilid 9), Darul Minhaj : Jeddah
Imam Al-Ramli, Nihayah Muhtaj ala Syarh al-Minhaj (Jilid 6), Mesir
Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad Syaukani, 1992, Fathul Qadir (Jilid 2), Darul Hadis: Kaherah
Prof. Dr. H.Mahmud, 1969, Tafsir Quran Karim ,P.T. Hidakarya Agung : Djakarta
Shamsudin Muhammad bin Muhammad Khatib Sharbini , Mughni al-Muhtaj (Jilid 3), Aktabah Taufiqiah : Kaherah
Shihabuddin Ahmad, 2005, Hasyiah Umairah (Jilid 3) , Darul Fikr: Lubnan
21
Top Related