Kahwin Lari

23
Tajuk : Kahwin Lari Pengerusi : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian terutamanya yang berada di studio bersama dengan pernerbit kita iaitu Dr.Rojanah. Pada hari ini kami akan membincangkan isu mengenai kahwin lari dalam rancangan Wanita Hari Ini dalam segmen keluarga yang dipengerusikan oleh saya sendiri Nabilah. Baiklah sebelum saya mulakan dengan lebih lanjut saya ingin memperkenalkan ahli panel kita pada hari ini disebelah saya Dr Jessica Jenai merupakan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dato’ Khairul Afza merupakan pengarah Jabatan Psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Datin Shuhaily Eliana merupakan pengawai di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Siti Syaikah merupakan peguam syarie dari Mahkamh Syariah Shah Alam dan akhir sekali Ustazah Siti Hajar merupakan penceramah bebas. Apakah khabar semua ahli panel kita hari ini?Baiklah hadirin sekalian isu yang bakal kami bawakan pada hari ini bertajuk Kahwin Lari. Penonton semua pada hari ini isu atau masalah kahwin lari ini tidak lagi asing dalam masyarakat kita. Isu ini boleh dikatakan isu yang tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas. Masalah ini berlaku tanpa mengira umur

description

Forum

Transcript of Kahwin Lari

Page 1: Kahwin Lari

Tajuk : Kahwin Lari

Pengerusi : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian

terutamanya yang berada di studio bersama dengan pernerbit kita iaitu Dr.Rojanah. Pada hari ini

kami akan membincangkan isu mengenai kahwin lari dalam rancangan Wanita Hari Ini dalam

segmen keluarga yang dipengerusikan oleh saya sendiri Nabilah. Baiklah sebelum saya mulakan

dengan lebih lanjut saya ingin memperkenalkan ahli panel kita pada hari ini disebelah saya Dr

Jessica Jenai merupakan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dato’ Khairul

Afza merupakan pengarah Jabatan Psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Datin

Shuhaily Eliana merupakan pengawai di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato

Siti Syaikah merupakan peguam syarie dari Mahkamh Syariah Shah Alam dan akhir sekali

Ustazah Siti Hajar merupakan penceramah bebas. Apakah khabar semua ahli panel kita hari ini?

Baiklah hadirin sekalian isu yang bakal kami bawakan pada hari ini bertajuk Kahwin Lari.

Penonton semua pada hari ini isu atau masalah kahwin lari ini tidak lagi asing dalam masyarakat

kita. Isu ini boleh dikatakan isu yang tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas. Masalah ini

berlaku tanpa mengira umur pangkat dan latar belakang individu itu sendiri. Masalah ini amat

membimbangkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai kesan yang negatif kepada masyarakat

kita.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai isu ini. Saya ingin Dr Jessica untuk

menjelaskan apakah kahwin lari? Dipersilakan Dr.

Panel pertama : Istilah ‘kahwin lari’ yang dimaksudkan bukanlah berkahwin sambil berlari-lari.

Merujuk kepada KamusDewan ‘kahwin’ ialah penyatuan satu ikatan yang sah di antara lelaki

dan perempuan menjadi suami isteri.‘Lari’ pula mempunyai maksud yang pelbagai. Antara yang

Page 2: Kahwin Lari

terdekat ialah yang pertama bermaksud satu pergerakan yang lebih cepat daripada berjalan,

kedua ialah tindakan melepaskan dan menyelamatkan diri dan yang ketiga ialah tindakan untuk

meninggalkan sesuatu tempat tanpa kebenaran. Maka, dapat disimpulkan di sini definisi kahwin

lari menurut Kamus Dewan ialah perkahwinan satu pasangan yang dilakukan di tempat lain

tanpa disaksikan atau direstui kaum keluarga.Dalam konteks undang-undang pula, kahwin lari

dimaksudkan dengan pernikahan yang dijalani oleh satu pasangan dalam keaadaan mereka

melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.Biasanya pasangan ini akan memilih

untuk lari ke Negara jiran untuk bernikah. Dalam kes tertentu khususnya kes ingin berpoligami,

terdapat pasangan yang kahwin lari dengan membawa lari bersama wali dan saksi.

Pengerusi : Setelah kita mendengar apa itu kahwin lari saya rasa hadirin semua dapat memahami

definisi kahwin lari dan gambaran mengenainya. Terima kasih kepada Dr. Jessica dan kita

teruskan lagi dengan faktor-faktor atau punca mengapa sesetengah pasangan mengambil

tindakan untuk kahwin lari. Di jemput Dato’ Khairul untuk menerangkan perkara ini.

Panel kedua : Terima kasih kepada saudari pengacara. Assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada penonton di studio dan tidak lupa penonton di rumah. Secara amnya, Senario kahwin lari

sangat sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Pelbagai punca yang menyebabkan perkara

ini berlaku. Antaranya ialah suami mahu berpoligami. Hal ini berlaku kerana suami ingin

Page 3: Kahwin Lari

berkahwin lebih dari seorang tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh

undang-undang dan tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama kerana isteri

pertama tidak mahu berpoligami dalam berumahtangga. Sebagai contoh, si suami A berjumpa

kembali dengan buah hati yang lama senjak sekolah dulu melalui facebook. Facebook

merupakan satu medan yang boleh meruntuhkan institusi keluarga. Maka si suami tersebut

berkenalanlah dengan wanita tersebut,setelah lama berkenalan menyunting bunga di taman lalu

mereka bercinta dan mahu berkahwin. Jadi, si suami pun mencari inisiatif untuk berkahwin dgn

perempuan terssebut di Siam supaya tidak dapat dihidu oleh isteri pertama.

Punca kedua ialah pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua. Hal ini berlaku apabila wali atau

ayah enggan membenarkan anaknya bernikah dengan pilihannya. Maka anaknya berhak

membawa perkara tersebut ke makhamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara ini ke

makhamah, hubungan anak dengan ayah akan menjadi teramat buruk mungkin tidak dapat

dibaiki lagi. Membawa kes ini ke mahkamah adalah bukan penyelesaian yang baik. Terdapat

beberapa pendapat bahawa bernikah di Siam dalam kes wali enggan adalah tidak adil kerana

perkara ini akan menghapuskan hak wali. Saya mengulas sedikit kata-kata Ketua Hakim Syarie

Kelantan, Datuk Daud Muhamad, beliau berkata, walaupun terdapat bapa yang tidak merestui

perkahwinan dan tidak mahu menjadi wali, mereka sepatutnya tahu yang mahkhamah boleh

memberikan kebenaran bergantung kepada situasi.

Tambahan pula,berkahwin dengan warga asing. Kes yang melibatkan trend kahwin lari dalam

kalangan wanita muda tempatan dengan warga asing semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan

ini. Mereka sanggup meredah Laut China Selatan semata-mata untuk membuktikan cinta sejati

kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi pada kemudian hari. sikap wanita

tempatan yang cenderung untuk mencari kelainan dalam memilih pasangan hidup turut menjadi

Page 4: Kahwin Lari

punca mereka terjebak dengan kes kahwin lari ini. Kebanyakan mereka ini berasa bangga dengan

rakan-rakan jika dapat memikat hati pasangan warga asing terutama dari Pakistan, Afrika dan

Indonesia. Apa yang lebih penting bagi mereka, mereka sudah menemui kekasih hati yang

anggup menghulurkan cinta dan menjadi tempat untuk mereka mengadu. Di sini saya ingin

mengaitkan faktor berkahwin dengan warga asing dengan bait-bait lagu C.I.N.T.A yang pernah

dipopularkan oleh kumpulan XPDC suatu ketika dahulu. C iaitu cinta yang satu. Cinta yang satu

merujuk kepada cinta hanya untuk pasangannya. Orang lain tidak boleh kacau daun. I pula

impian yang nyata. Impian yang nyata merujuk kepada impian remaja tersebut telah tercapai

iaitu dapat bercinta dgn mamat bangla, Mamat indon dan pak arab. Impian pasangannya pula

ialah mendapatkan status penduduk tetap. Manakala N pula ialah nikmat yang berbeza. Nikmat

yang berbeza di sini dapat saya simpulkan iaitu nikmat berkahwin dgn wrga asing ni seronok.

Dapat suami hidung mancung, badan berbulu, kalau dapat anak nanti anak kacukkan..muka putih

melepak, kalau kahwin dengan mamat negro nanti rmbut kerinting boleh buat tocang..T pula

merujuk kepada tiada bandingannya. Tiada bandingan bermaksud psangannya tersebut

merupakan pasangan yang paling banyak mengerti hidupnya padahal sebaliknya. Akhir sekali

ialah A iaitu antara kau dan aku. Aku disini merujuk kepada pasangannya manakala aku ialah

dirinya sendiri. Percintaan hanya berlaku antara mereka sahaja.

Page 5: Kahwin Lari

Pengerusi : Terima kasih kepada Dato’Khairul dengan penjelasannya yang begitu mendalam

dan jelas. Baiklah penonton sekalian kita teruskan lagi dengan kesan-kesan yang bakal dihadapi

oleh pasangan kahwin lari. Saya menjemput Datin Shuhaily untuk memberi penjelasan.

Dipersilakan Datin.

Panel ketiga : Kahwin merupakan perkara yang penting kerana melibatkan nasab keturunan dan

zuriat. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kahwin lari seolah-olah menjadi ikutan

masyarakat. Pasangan yang kahwin lari adalah mereka yang mengambil jalan mudah untuk

untuk mendapat kepuasan dalam hidup. Antara implikasi yang timbul akibat kahwin lari ialah

menyebabkan berlakunya perpecahan dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Seperti yang

Page 6: Kahwin Lari

kita ketahui, matlamat perkahwinan adalah untuk mencapai kebahgiaan dan merapatkan

hubungan silaturahim dan kegembiraan kepada semua pihak seperti yang telah disyariatkan oleh

sunnah Rasullulah s.a.w. Oleh sebab itu, apabila pasangan berkahwin tanpa restu keluarga atau

kahwin lari, ini akan dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pepecahan dalam kedua-dua belah

keluarga.

Selain itu, kesan daripada kahwin lari akan menyebabkan Sijil perakuan perkahwinan yang

dikeluarkan oleh Negara luar tidak diiktiraf oleh undang-undang Negara Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, sijil perakuan nikah adalah sangat penting bagi setiap pasangan yang

berkahwin. Sebagai contoh, apabila pasangan kahwin lari yang ingin memohon penceraian,

mereka memerlukan sijil perakuan pernikahan yang sah. Tetapi apabila mereka tidak dapat

untuk mengemukakan sijil perakuan tersebut, maka banyak tuntutan-tuntutan yang tidak dapat

dipenuhi seperti tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, tuntutan anak dan sebagainya.

Secara tidak langsung, ini akan memberi kesan yang negatif kepada mangsa terutamanya bagi

pihak wanita.

Anak-anak terpinggir hak sebagai anggota masyarakat juga merupakan antara implikasi yang

wujud akibat kahwin lari. Walaupun daripada sudut hukum, perkahwinan tersebut sah, tetapi

apabila mereka tiada dokumen yang diakui oleh undang-undang negara , maka secara tidak

langsung perkahwinan tersebut tidak diakui oleh undang-undang. Oleh sebab itu, anak-anak yang

lahir daripada perkahwinan tersebut akan menerima tempias yang sama akibat tindakan ibu bapa

mereka. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tidak dapat dibuat apabila ibu

bapa mereka tiada dokumen yang diperlukan seperti perkara yang melibatkan kesihatan,

persekolahan dan tabungan di bank.

Page 7: Kahwin Lari

Akhir sekali, apabila pasangan yang sudah berkahwin ingin berpoligami tetapi tidak mendapat

persetujuan daripada isteri pertama, akan menyebabkan suami mengambil jalan pintas untuk

berkahwin lari di Thailand. Keadaan ini menyebabkan suami tidak berlaku adil terhadap isteri

dan anak-anaknya. Apabila suami telah bertindak untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri

pertama, maka secara tidak langsung akan memberi kesan kepada isteri dan anak-anak apabila

suami tidak boleh berlaku adil kepada isteri pertamanya. Natijahnya, kebajikan isteri dan anak-

anak akan terabai disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab suami tersebut.

Pengerusi : Itu dia serba sedikit mengenai mengapa perkara ini berlaku. Kita dapat lihat kesan

itu tidak hanya dihadapi oleh pasangan itu sendiri. Malah anak-anak dan mereka akan menjadi

mangsa akibat daripada keputusan dan tindakan mereka.. Kita jemput pula peguam syarie kita

iaitu Dato Siti Syaikah untuk menjelaskan isu ini dalam konteks hukum dan undang-undang.

Dipersilakan Dato.

Panel keempat : Islam merupakan agama yang sempurna serta lengkap dari segenap aspek.

Islam meletakkan peraturan dan tatacara tersendiri untuk memelihara kualiti sesebuah

rumahtangga yang dibina untuk mendapat keredhaan Allah. Adalah menjadi kewajipan setiap

bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlulah mematuhi hukum-hukum yang

Page 8: Kahwin Lari

ditetapkan oleh perundangan syara’. Terkandung dalam kitab Fiqh, telah menyentuh tentang

perkaitan wali. Wali merupakan komponen penting dalam rukun nikah seperti yang terkandung

dalam kitab Sahih Al-Bukhari dalam bab Man Qala La Nikah Illa Bi Wali dan Kitab Kifayah al-

Akhyar karangan Imam Taqi al-din Abu Bakr. Pandangan majoriti ulama’ seperti Umar, Ali, Ibn

Masud, Ibn Abbas, Abu Hurairah telah menegaskan berkenanaan masalah ini bahawa perempuan

tidak dibenarkan berkahwin melainkan mendapat persetujuan daripada walinya. Sarjana Islam

seperti Imam Malik dan Imam Syafie’ menyokong bahawa wali merupakan satu keperluan dalam

perkahwinan.

Sabda Nabi Muhammas S.A.W yang bermaksud, “Setiap wanita yang berkahwin tanpa

kebenaran walinya, maka nikahnya itu tidak sah (sebanyak tiga kali), dan jika wanita itu

disetubuhi, maka wanita itu berhak mendapat mas kahwin dan jika selepas penyempurnaan

perkahwinan, kedua-duanya berselisihan faham, maka Sultan atau Raja menjadi wali bagi

wanita yang tidak mempunyai wali lain”, (Sunan Abu Daud).

Rasionalnya dengan perlunya peranan wali dalam perkahwinan adalah untuk memastikan

seseorang wanita bukan tujuan untuk menunjukkan wali itu mempunyai kuasa eksekutif yang

tidak boleh berkompromi. Tetapi untuk melindungi kedudukan dan hak dalam institusi

masyarakat. Disamping untuk memastikan tiada penganiyaan terhadap perempuan yang bakal

dikahwini. Syarak’ tidak tidak menafikan hak-hak wanita dalam kebebasan untuk memilih

pasangan, tetapi bentuk kebebasan wanita bukanlah bersifat eksklusif. Jadi, ada baiknya sebelum

diputuskan jodoh pasangan, wali perlulah mengambil kira pandangan anak perempuan dalam

membuat keputusan masa depannya.Dalam kes tertentu, bidang kuasa perwalian boleh

dipindahkan kepada wali hakim seperti wali asal ghaib, wali enggan mengahwinkan anaknya

tanpa sebab yang munasabahatau wali berada dalam jarak 60 batu atau 2 marhalah. Biasanya

Page 9: Kahwin Lari

apabila pasangan tidak mendapat restu daripada keluarga akan menggunakan alasan wali nasab

perempuan berada jauh dari tempat berlangsungnya pernikahan di luar Negara seperti Thailand.

Bagi kes yang melibatkan keengganan dari pihak wali, keperluan perkahwinan tersebut

hendaklah diperiksa dan sekiranya wali mujbir memenuhi keperluan syarat-syarat yang

ditetapkan oleh syara’, maka pernikahan tersebut tidak mematuhi peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh syara’, maka pernikahan itu tidak sah.Tiada peruntukan khusus berkaitan

“kahwin lari”. Istilah ini hanyalah sebutan dalam kalangan masyarakat.

Dalam aspek perundangan, kesalahan kahwin lari diperuntukan di bawah bab perkahwinan tanpa

kebenaran. Kes ini berlaku apabila seseorang berkahwin di daerah atau di negeri lain tanpa

memohon dahulu kebenaran untuk berkahwin di luar daerah. Ini juga termasuk dalam tafsiran

sindiket nikah palsu. Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b), sekiranya wali enggan

memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan

perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah jalan

penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak timbul

soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi

semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun

seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh

mahkamah.Di wilayah Persekutuan, perkahwinan yang dijalankan tanpa mendapat kebenaran

Pendaftar Nikah akan dikenakan hukuman. Peruntukan ini berdasarkan seksyen 19 Akta

Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang memperuntukkan kesalahan

yang boleh didenda tidak melebihi ringgit Malaysia satu ribu dan penjara tidak melebihi enam

bulan atau kedua-duanya.

Page 10: Kahwin Lari

Pengerusi : Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Syaikah dengan penjelasan beliau berikan

sebentar tadi. Baiklah akhir sekali saya menjemput Ustazah Siti Hajar merupakan penceramah

bebas untuk menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu kahwin lari

ini daripada terus berlaku. Dipersilakan Ustazah Siti Hajar.

Panel kelima : Antara cara untuk mengatasi khawin lari ialah kesedaran dalam diri sendiri.

Sebagai seorang anak kita perlulah menjaga hati ibu bapa dan berusaha untuk tidak menyakiti

hati mereka. Anak-anak seharusnya memikirkan tentang perasaan ibu bapa sebelum mereka

mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Selain itu, juga seharusnya mengetahui

bahawa perkahwinan yang bahagia ialah perkahwinan yang mendapat restu daripada kedua ibu

bapa dan sekiranya perkhawinan yang di bina tanpa restu daripada ibu bapa ianya boleh

medatangkan masalah pada masa akan datang.

Page 11: Kahwin Lari

Cara seterusnya ialah melalui peranan pihak media. Dalam mengatasi masalah ini peranan

media sangat besar. Media masa seperti tv, surat khabar dan radio dapat dijadikan saluran untuk

memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan perbuatan tersebut. Contohnya surat

khabar perlulah menyiarkan cerita atau kisah benar tentang isu khawin lari. Stesen tv pula boleh

menyiarkan pengalaman individu yang pernah terlibat dengan isu ini dan kesan buruk yang

berlaku akibat perbuatan mereka itu. Hal ini dapat dijadikan teladan, panduan, pengetahuan serta

dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agak perkara ini tidak terus berlaku.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengatasi kes ini. Ibu bapa perlulah berusaha

untuk merapatkan hubungan mereka dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya dapat mendalami

dan memahami psikologi anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Pada peringkat ini anak-

anak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa agar tidak terjebat dengan perkara yang negatif.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memahami perasaan anak-anak dan tidak meletakkan

kriteria yang terlalu tinggi kepada calon pilihan anak-anak agar perkara yang tidak diingini dapat

dielakkan. Ibu bapa juga seharusnya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-

anak agar mereka dapat membezakan antara perkara buruk dan baik. Bagi mereka yang

mempunyai didikan agama yang cukup, pastinya mereka tidak akan sanggup untuk menyakiti

hati ibu bapa dengan melakukan perkara yang tidak elok seperti khawin lari yang dapat

memalukan ibu bapa mereka.

Selain daripada itu, penguatkuasaan undang-undang juga dapat dilakukan untuk mengurangkan

masalah khawin lari. Pihak berkuasa perlulah lebih tegas dalam membendung masalah ini agar

ianya dapat dikurangkan. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada mereka yang

terlibat dengan masalah khawin lari ini . Pihak berkuasa boleh meningkatkan kadar denda

terhadap mereka. Peningkatan kadar denda ini diharap dapat mengelakkan orang ramai dari terus

Page 12: Kahwin Lari

melakukan perbuatan tersebut,Ini kerana kadar denda yang sedia ada mungkin tidak memberi

kesan kepada individu yang berpendapatan tinggi. Peningkatan kadar denda ini diharap dapat

dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara tersebut dan seterusnya

dapat mengurangkan bilangan kes khawin lari.

Seterusnya ialah peranan institusi pendidikan. Dalam menangani masalah ini institusi pendidikan

memainkan peranan yang besar. Institusi pendidikan seperti sekolah perlulah memainkan

peranan dalam membendung masalah ini dengan cara menjalankan kempen kesedaran kepada

pelajar tentang kesan perbuatan khawin lari. Hal ini penting kerana perkara ini perlu diatasi sejak

dari awal lagi. Para pelajar perlu diberi pengetahuan tentang kesan daripada perbuatan tersebut.

Pihak sekolah boleh menjemput penceramah dari luar untuk menceritakkan kisah benar tentang

isu khawin lari ini dan kesan perbuatan tersebut kepada mereka. Diharapkan ianya dapat

memberi kesedaran dan panduan kepada pelajar agar mereka tidak melakukan perkara tersebut.

Selain itu, antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi kahwin lari ialah mengadakan

perbincangan dengan ibu bapa. Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan calon anak-anak, anak-anak

tidak seharusnya terburu-buru mengambil keputusan yang tidak wajar seperti khawin lari.

Sebagai individu yang matang mereka seharusnya mengambil keputusan yang bijak seperti

mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Perbincangan perlulah diadakan dengan hati yang bersih dan tenang. Dalam perbincangan

tersebut kedua-dua belah pihak seharusnya dapat menerima pandangan masing-masing dan jika

ini berlaku insya-Allah keputusan yang terbaik akan dicapai .

Selain daripada itu, salah satu cara untuk mengatasi kahwin lari ialah menghadkan pengambilan

pekerja asing. Hal ini kerana kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat meningkatkan kes

Page 13: Kahwin Lari

kahwin lari. Pergerakan Puteri Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri agar membekukan

pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia. Cadangan ini diberikan kerana banyak kes

kahwin lari yang berlaku antara rakyat tempatan dengan lelaki dari Lombok. Pembekuan

pengambilan pekerja dari Lombok ini diharap dapat mengurangkan kes kahwin lari yang

berlaku.

Pengerusi : Terima kasih kepada Ustazah Hajar dengan penerangan yang begitu bernas sebentar

tadi. Demikianlah pandangan daripada ahli panel jemputan kita pada hari ini. Sebelum saya

akhiri forum kita yang bertajuk kahwin lari ini saya ingin meminta setiap ahli panel untuk

membuat kesimpulan mengenai isu ini sebelum kita tamatkan forum pada hari ini.Itu saja pada

hari. Sekian terima kasih.

Rujukan

1) http://www.serikasih.com/pasangan-%E2%80%98kahwin-lari%E2%80%99-mesti-daftar-semula 2) http://pakarcinta.com/blog/hukum-kahwin-lari-tanpa-restu-ibu-bapa-sah/ 3) http://www.bharian.com.my/articles/peguam syarie menulis.khawin lari undang

penderitaan/Article

4) http://sehijauh o riz o n.bl o gsp o rt.c o m/2010/08/

langkah_mengatasi_gejala_remaja_kahwin_html

5) http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Farticles

%2FPeguamSyarieMenulis_Kahwinlariundangpenderitaan%2FArticle

%2F&h=7AQFE5fzy

Page 14: Kahwin Lari

Lampiran

Page 15: Kahwin Lari
Page 16: Kahwin Lari