SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR
MELALUI PENDEKATAN KAEDAH SILANG BILANG
Oleh :
Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Zainab (2)
15150 Kota Bharu, Kelantan
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mendarab
nombor sehingga tiga digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula dalam
kalangan murid-murid Tahun 4 Kreatif melalui pendekatan KAEDAH SILANG BILANG.
Kemahiran mendarab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai sepuluh
orang murid Tahun 4 Kreatif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian
pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mendarab nombor dengan
nombor dua digit. Kesukaran mengingat fakta asas darab dan kelemahan dalam
melaksanakan teknik mendarab dalam bentuk lazim menyebabkan murid-murid mengambil
masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu
perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mendarab ini. Murid telah
didedahkan kepada Kaedah SILANG BILANG selama 60 minit dan kajian ini telah
diselesaikan selama dua minggu. Dapatan daripada pemerhatian dan temu bual
menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam
Matematik. Keputusan ujian menunjukkan peningkatan prestasi murid. Secara
keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran
guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit
dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sebagai seorang guru matematik, saya dapati sepuluh orang murid daripada Tahun 4
Kreatif tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan
yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang
mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa
2
mereka kurang faham tentang apa yang dipelajari dalam bab pendaraban nombor dengan
dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Jawapan murid yang saya terima ini
memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan
penyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan
kepada mereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak
langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang
diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti
dan penekanan berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik
darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila
mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah
yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini?
Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha
dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi
masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji
permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat menyelesaikan pendaraban
nombor dengan nombor dua digit dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan yang
berkaitan dengan darab. Mereka masih termenung dan lambat membuat pengiraan jika
soalan yang berkaitan operasi darab diberikan kepada mereka. Jika ia tidak dapat dikuasai
oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan
soalan-soalan yang berkaitan. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, murid
akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi
topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan
peperiksaan sekolah. Oleh itu, saya menggunakan pendekatan Kaedah Silang Bilang dalam
kajian ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab
3
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit
dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula
3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran mendarab
3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sepuluh orang murid perempuan dari Tahun 4
Kreatif yang didapati mempunyai masalah mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-
murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 10 tahun.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya
dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan
adalah berdasarkan kepada beberapa cara:
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini
dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui
respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.
5.1.2 Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan
secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini
secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat
menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit
dengan mengumpul semula.
4
5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang
tepat.
5.1.4 Ujian Pra
Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam
tajuk “Pendaraban Nombor Bulat Hingga 100 000”. Ujian Pra dijalankan sebelum
sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan
murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian
tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.
5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kaedah mendarab menjadi masalah kepada sepuluh orang murid Tahun
4 Kreatif .Teknik bentuk lazim darab berbeza-beza antara seorang murid dengan
murid yang lain. Lima orang (50%) daripada mereka salah menyusun kedudukan
nilai tempat manakala tiga orang (30%) lagi salah konsep darab dengan dua digit
nombor. Pada pendapat saya, kaedah SILANG BILANG merupakan jalan terbaik
kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka
mencapai gred yang baik dalam Matematik. Selain itu juga, didapati mereka
lemah dalam fakta asas darab.
5.2.2 Temu Bual
Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. Tiga orang (30%) meminati tajuk
‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 100 000’. Lima orang (50%) mengatakan
mereka tidak berupaya mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit
dengan alasan susah, (banyak sangat dan mudah lupa. Dua orang (20%)
mengatakan teknik bentuk lazim yang mereka buat membosankan.
5
5.2.3 Soal Selidik
Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mendarab Nombor
Tiga Digit Dengan Dua Digit Dengan Mengumpul Semula.
BIL PERKARASETUJU TIDAK
SETUJU
BIL. % BIL. %
1 Minat mata pelajaran Matematik 10 100 0 0
2. Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 100 000’ (Tetapi tidak berupaya mendarab)
6 60 4 40
3. Mudah lupa teknik mendarab dalam bentuk lazim.
5 50 5 50
4. Bosan melaksanakan proses mendarab 2 20 8 80
5. Berupaya menjawab hampir tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan.
10 100 0 0
Jadual 1 menunjukkan enam orang (60%) murid saya tidak berupaya mendarab nombor
tiga digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula. Lima orang murid (50%)
mudah lupa teknik menggunakan bentuk lazim. Begitu juga, dua orang murid (20%)
berasa bosan melaksanakan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit.
Oleh kerana mereka tidak berupaya menjawab dengan tepat, maka semua (100%)
murid saya bersetuju dapat menjawab hampir tepat soalan pendaraban sekiranya
tempoh masa menjawab dipanjangkan.
5.2.4 Ujian Pra
Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Bestari Dalam Ujian Pra
GRED UJIAN PRA
BILANGAN %
A 0 0
B 0 0
C 6 60
D 3 30
E 1 10
JUMLAH MURID 10 100
6
Jadual 2 menunjukkan enam orang ( 60%) murid mendapat gred C , tiga orang (30%)
mendapat gred D dan seorang (10%) mendapat gred E. Murid-murid ini dikenalpasti
kurang berupaya mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dengan
mengumpul semula.
Jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut adalah serius jika
tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya akan menyebabkan prestasi
matematik akan menurun.
5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN ; “KAEDAH SILANG BILANG”
5.3.1 Kaedah Pelaksanaan
Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.
Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Murid boleh duduk
dalam kumpulan dan membina model berdasarkan kepada soalan-soalan.
Langkah 2: Selepas murid bermain dengan lidi, guru boleh menyambung
dengan gambarajah Vedic dengan menggunakan model. Guru mengajar kaedah
untuk melukis gambarajah daripada senang kepada susah.
a. Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 3 x 4
4
3
7
4
1
3
51
1
3
2
b. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 13 x 4
c. Pendaraban nombor 3 digit dengan 2 digit, 132 x 15
Langkah 3: Kemudian, memindahkan nombor daripada gambarajah Vedic
kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun, guru perlu menunjukkan hasil
bahagian algoritma dan bukan algoritma tradisional.
8
12 2
1
4
Puluh
Sa
+
5
1. Pendaraban nombor 1 digit dengan 1 digit. Contoh: 3 x 4
4
3
2. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 13 x 4
9
Ra Pu Sa
3
x 4
1 2
Ra Pu Sa
1 3
x 4
1 2
+ 4 0
5 2
Puluh
Sa
Ratus
1 3 + 1 = 14 41
2
1 5 5
+
3
3. Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 15
Langkah 4: Murid diberikan latih tubi dengan mengikut langkah-langkah
daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu murid supaya
dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam bentuk grid. Dalam memastikan
murid dapat memahami kaedah garis silang dalam gambarajah ini, latihan dan
latih tubi diberikan kepada murid-murid.
10
Ri Ra Pu Sa
2 3
x 1 5
1 5
1 3 0
+ 2 0 0
3 4 5
5.4 ANALISA KEBERKESANAN DAN PENILAIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama dua minggu. Kajian ini perlu dilakukan
dalam tempoh yang singkat kerana kemahiran ini ialah kemahiran kecil. Selepas
seminggu saya telah memberikan Ujian Pos menggunakan set soalan yang sama
dengan Ujian Pra. Keputusan ujian tersebut menunjukkan ada peningkatan.
Hasil dapatan dari soal selidik murid didapati lebih berminat, faham dan seronok untuk
belajar. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai keadah “SILANG
BILANG” kepada guru matematik yang lain. Mereka memberi pandangan yang positif
dan ada antara guru yang ingin menggunakan teknik ini mengikut kesesuaian tahun dan
kelas yang di ajar. Berdasarkan pemerhatian saya, keadah “SILANG BILANG” Berjaya
membantu murid meningkatkan pencapaian dalam ujian. Mereka berlumba-lumba
hendak menjawab soalan di papan putih. Saya juga berasa lebih seronok untuk
mengajar dan tidak rasa tertekan.
5.4.1 Analisa Ujian Pra Dan Ujian Pos
Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah
seperti berikut;
11
GREDUJIAN PRA UJIAN POS
BIL % BIL %
A 0 0 0 0
B 0 0 4 40
C 6 60 6 60
D 3 30 0 0
E 1 10 0 0
JUMLAH MURID 10 10
ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS
A B C D E0
1
2
3
4
5
6
7
Ujian PraUjian Pos
GRED
12
BIL.MURID
Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian murid. Sepuluh orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan. Tiada lagi murid yang gagal menjawab soalan yang diberi.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
5.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar.
Berdasarkan maklumat Ujian Pra dan Ujian Pos, didapati keadah yang baru
diperkenalkan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-
murid meningkatkan kemahiran mendarab nombor dengan nombor dua digit.
Beberapa orang murid begitu teruja untuk menjawab soalan pendaraban. Menurut
mereka, keadah yang diperkenalkan lebih mudah difahami dan seronok untuk
dipelajari.
5.5.2 Refleksi Kajian Terhadap Guru
Berdasarkan pengalaman sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran
Matematik, saya dapati terdapat satu anjakan berlaku di mana proses pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah dijalankan apabila murid-murid memahami kemahiran
mendarab. Hasil dapatan menunjukkan bahawa keadah “SILANG BILANG” banyak
membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap
apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
lebih ceria dan menyeronokkan. Dalam hal ini, apa yang saya risaukan mereka lupa
setelah belajar topic yang lain pula.
5.5.3 Refleksi Kajian Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Setelah menggunakan teknik ini, suasana pengajaran dan pembelajaran sebelum dan
selepas amat berbeza. Saya berpuas hati kerana teknik ini dapat membantu murid-
murid memahami dan menguasai kemahiran mendarab dengan nombor dua digit.
Murid-murid kelihatan lebih seronok mempelajari Matematik di mana mereka lebih
mudah faham tentang pendaraban nombor dengan nombor dua digit.
Teknik yang diperkenalkan menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran
kerana melibatkan interaksi dua hala. Murid-murid berlumba-lumba untuk membuat
pengiraan di papan putih. Murid-murid harus diberi peluang untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan perbelajaran. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan murid
13
adalah satu keadah yang terbaik dan guru hanyalah sebagai mentor yang mendorong
murid.
5.5.4 Refleksi Keseluruhan
Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya
membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mendarab dan seterusnya dapat
menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang
tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat
menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan
keyakinan kepada mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-
murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan
sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mendarab
nombor dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula. Cadangan saya juga, panitia
matematik boleh menyediakan satu modul penggunaan keadah SILANG BILANG dalam
pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang dan teratur.
Semoga hsil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
RUJUKAN
Buku Manual Kajian Tindakan, (2008). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kuala Lumpur; Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi (2012). Bahagian Pengurusan sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah
Rendah (KBSR), Putrajaya; Pusat Perkembangan Kurikulum.
14
Mok Soon Sang. (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat
Sekolah Rendah. Petaling Jaya; Longman Malaysia.
Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2005). Mathematics Teacher’s
Guidebook, Year 4. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
Soal Selidik Berkaitan Kemahiran Mendarab Nombor Dengan Dua Digit Dengan
Mengumpul Semula.
BIL PERKARA YA TIDAK
1 Minat mata pelajaran Matematik
2. Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga
100 000’ (Tetapi tidak berupaya mendarab)
3. Mudah lupa teknik mendarab dalam bentuk
lazim.
4. Bosan melaksanakan proses mendarab.
5. Berupaya menjawab hampir tepat soalan
pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab
15
dipanjangkan.
SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)
JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN.
UJIAN POS
NAMA : ________________________________________ TARIKH : _________________
Answer all the questions.
1. 247 X 43 = 2. 135 X 15 =
16
3. 351 X 23 = 4. 61 X 14 =
5. 27 X 32 = 6. 123 X 41 =
7. 512 X 62 = 8. 412 X 51 =
17
9. 16 X 53 = 10. 542 X 62 =
18