8/10/2019 kajian tindakann
1/29
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam usaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
menyahut cabaran Wawasan 2020, perkembangan diri murid secara seimbang dan
bersepadu perlu dilakukan dengan memberi tumpuan kepada keperluan diri secara
menyeluruh yang melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Usaha tersebut bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu
dan berpelajaran tinggi dalam menghadapi cabaran di alaf baru ini. Bagi
mencapai hasrat tersebut, proses pembelajaran dan pengajaran perlu dititik
beratkan agar dapat memenuhi kehendak FPK.
Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993)
Perkataan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) adalah berasal daripada satu kata
dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang
lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau
mengajarkan (seperti caranya, sistemnya dan lain-lain). Pembelajaran pula ialah
suatu gerak balas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu
perubahan.
Bagaimana pula dengan pengajaran yang berkesan? Pengajaran berkesan boleh
ditafsirkan satu proses pembelajaran yang mengggunakan rangsangan-rangsangan
yang sesuai bagi membawa kepada tindak balas murid ke arah mencapai objektif
8/10/2019 kajian tindakann
2/29
P&P. Rangsangan yang dimaksudkan adalah aktiviti-aktiviti dan pendekatan yang
digunakan oleh guru untuk mengajar suatu pengajaran. Maka, bagi memastikan
murid mendapat pengajaran yang diajar oleh guru, aktiviti dan pendekatan yang
diambil oleh seseorang guru itu haruslah bertepatan dengan objektif yang
ditetapkan yang merangkumi keseluruhan pengalaman yang sesuai dengan isi
kandungan pembelajaran. Sebagai contoh, jika belajar operasi tambah dalam
Matematik, guru boleh meminta menggunakan batu sebagai mewakili nombor
supaya murid faham konsep tambah. Maka pengalaman yang diberikan adalah
sesuai.
Seseorang guru yang baik perlulah merancang proses pembelajaran dan
pengajarannya (P&P) dengan teliti dalam menyampaikan ilmu kepada muridnya.
Ianya termasuklah daripada aspek pendekatan, strategi, aktiviti dan alat bantu
mengajar (ABM). Bahan atau alat yang digunakan perlulah bersesuaian dengan isi
kandungan pembelajaran yang hendak disampaikan supaya dapat disampaikan
kepada murid dengan berkesan.
Oleh itu, pembelajaran yang berkesan perlu menitik beratkan setiap aspek dalam
proses P&P itu sendiri. Setiap langkah dan strategi yang diambil perlu dilihat
kesannya terhadap murid. Ianya juga mencakupi perancangan satu set aktiviti
yang dapat memberi pengalaman dan membina pengetahuan yang bersesuaian
dengan isi kandungan pembelajaran. Maka setiap komponen di dalam sesebuah
8/10/2019 kajian tindakann
3/29
P&P perlu diambil berat dan dirancang dengan teliti bagi menjamin P&P yang
berkesan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid.
Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang diajar di sekolah untuk
menjana perkembangan menyeluruh melalui aspek psikomotor, kognitif dan
afektif. Oleh itu, P&P Pendidikan Jasmani ini perlu dirancang dengan rapi agar
dapat mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Setiap rangsangan perlu
diteliti agar tindakbalas yang dilakukan oleh murid selari dengan objek P&P.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah membentuk satu rangsangan yang dapat
membantu murid dalam mempelajari kemahiran sepakan leret menepati sasaran.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 4 yang telah digubal, salah
satu tajuk yang perlu diajar adalah mengenai permainan bola sepak. Murid-murid
perlu diajar tentang permainan bola sepak merangkumi kemahiran dan teknik asas
permainan. Antara kemahiran asas permainan bola sepak seperti tendangan leret,
menanduk, menendang bola jauh dan menggelecek.
Oleh yang demikian pengkaji telah merancangan dengan teliti aktiviti yang sesuai
untuk dilaksanakan bagi memastikan responden yang diambil dapat menguasai
segala kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak ini khususnya
kemahiran tendangan leret agar mereka dapat meningkatkan prestasi mereka dan
menjadi salah seorang pemain bola sepak yang berjaya suatu masa nanti. Demi
8/10/2019 kajian tindakann
4/29
menjayakannya pengkaji telah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang
sesuai bagi memastikan objektif pengajaran pengkaji tercapai.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Pengkaji merupakan guru yang diberikan amanat untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani bagi tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara,
Johor Bahru. Pengkaji telah menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah-
demonstrasi dalam sesi pengajaran teknik sepakan leret ini. Pengkaji memberi
penerangan diikuti dengan tunjuk cara yang betul semasa menendang bola leret
kepada murid. Murid-murid pula memberi tumpuan dengan teliti terhadap aktiviti
yang dijalankan. Setelah pengkaji melakukan aktiviti tendangan leret secara
berturut-turut maka murid melakukan aktiviti seperti yang telah diajar dan
pengkaji telah membuat permerhatian terhadap apa yang dilakukan oleh murid
tersebut. Apa yang berlaku sepanjang P&P berlangsung diperhatikan oleh
pengkaji amat menyedihkan apabila murid masih tidak dapat melakukan
tendangan leret dengan betul walaupun diulang beberapa kali setelah
diperbetulkan oleh pengkaji.
Oleh yang demikian, pengkaji mendapati masih terdapat ramai murid dari kelas
tahun 4 Dinamik khususnya murid-murid perempuan tidak dapat melakukan
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke arah sasaran dengan teknik
yang betul berbanding dengan lelaki. Ini dapat diperhatikan apabila murid ini
8/10/2019 kajian tindakann
5/29
tidak dapat menggunakan bahagian kaki yang betul untuk menyepak bola leret
malah arah pergerakan bola terlalu jauh dari arah kawan menyebabkan mereka
terpaksa berlari untuk mendapatkan bola yang bergerak jauh dari kedudukan
mereka. Selain itu juga, pengkaji juga telah membuat catat hasil dapatan
pemerhatian yang telah dijalankan pengkaji di dalam borang senarai semak yang
telah disediakan seperti dalam lampiran. (Borang Senarai Semak S1)
Daripada maklumat pemerhatian yang telah dicatat oleh pengkaji dalam senarai
semak, saya dapati murid-murid perempuan langsung tidak dapat melakukan
sepakan leret jika dibandingkan dengan murid lelaki. Berdasarkan situasi ini
menyebabkan saya berfikir di mana punca masalah ini dan mencari kaedah baru
bagi menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa
kaedah kuliah-demonstrasi yang saya lakukan tidak dapat memberikan impak
yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran sepakan
leret. Maka pengkaji telah mencari satu kaedah baru yang dapat meningkatkan
keberkesanan P&P kemahiran sepakan leret iaitu dengan menggunakan kaedah
video pelbagai arah.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
a.) Kaedah video pelbagai arah dapat meningkatkan kemahiran tendangan leret
menggunakan bahagian dalam kaki ke sasaran.
8/10/2019 kajian tindakann
6/29
1.4 PERSOALAN KAJIAN
a.)
Adakah kaedah video pelbagai arah dapat meningkatkan kemahiran tendangan
leret menggunakan bahagian dalam kaki ke sasaran?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap keberkesanan pembelajaran
menggunakan kaedah video pelbagai arah dalam membantu pembelajaran
tendangan bola leret menggunakan bahagian dalam kaki bagi murid tahun 4
Dinamik, Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor Bahru. Selain itu, kajian ini
akan dapat mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran guru melalui
kaedah yang digunakan. Tambahan lagi, kaedah ini akan dapat membantu
meningkatkan kemahiran dan keyakinan murid dalam permainan bola sepak
khususnya dalam kemahiran tendangan leret. Di samping itu, kaedah ini juga
boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi guru dan pihak yang memerlukan
pada masa akan datang.
1.6 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan 24 orang murid Tahun 4 Dinamik di Sekolah
Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor Bahru sebagai sampel kajian. Oleh yang
demikian, dapatan kajian tidak melibatkan semua murid tahun empat yang lain di
8/10/2019 kajian tindakann
7/29
sekolah ini kerana ianya adalah kes terpencil dan bukan semua murid mempunyai
masalah tendangan leret. Ianya juga terhad bagi sekolah yang mempunyai
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sukar dijalankan bagi
sekolah yang tiada kemudahan ICT. Oleh yang demikian pengkaji merasakan
kajian ini sesuai dirancang dan dijalankan di sekolah ini memandangkan
terdapatnya kemudahan yang akan digunakan dalam kajian ini.
1.7 RUMUSAN
Secara ringkasnya, bab ini menjelaskan tentang latar belakang kajian, penyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian.
Bab ini menyimpulkan juga bahawa kaedah video pelbagai arah yang akan
digunakan dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret
menggunakan bahagian dalam kaki.
8/10/2019 kajian tindakann
8/29
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Tinjauan literatur adalah aktiviti penting dalam sesuatu kajian atau penyelididkan.
Blaxter, Hughes dan Tight (2003) menegaskan bahawa kebolehan untuk membuat
tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran penting bagi seseorang
penyelidik. Ini dikuatkan oleh Cresswell, 2005 di mana literatur boleh menjadi satu
aktiviti yang mencabar disebabkan oleh kewujudan maklumat yang banyak dari pelbagai
sumber.
Kajian literatur bertujuan menggalakkan amalan penulisan ilmiah secara berhemah di
mana ianya mengkehendaki pengkaji menyelami lebih mendalam tentang bidang kajian
yang dikaji. Ianya meliputi pemahaman tentang konsep-konsep penting, teori-teori yang
berkaitan serta model-model dan prinsip-prinsip yang boleh diamalkan dalam kajian yang
dilakukan.
Melalui kajian literatur juga, pengkaji dapat mengakses dapatan-dapatan kajian lama dan
baru, persoalan-persoalan yang belum dijawab, alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan
panduan kepada pengkaji bagi meneroka ilmu baru.Ianya juga memberi pengetahuan
8/10/2019 kajian tindakann
9/29
kepada pengkaji tentang kaedah kajian yang sesuai untuk digunakan serta masalah-
masalah yang mungkin dihadapi semasa membuat kajian.
2.2 TINJAUAN LITERATUR YANG BERKAITAN
Jean Piaget dalam Noriati, Boon, dan Sharifah. (2012) menerangkan bahawa kanak
kanak akan melalui proses akomodasi secara kognitif apabila skema yang sedia ada tidak
dapat digunakan dalam suatu situasi yang dialami. Akomodasi merujuk kepada proses
kognitif yang mana apabila skema (pengetahuan) yang sedia ada pada seseorang kanak-
kanak tidak boleh digunakan bagi menghadapi situasi baru, maka skema sedia ada perlu
diubah bagi menyesuaikannya dengan situasi baru tersebut. Dalam konteks ini, skema
sedia ada murid merujuk kepada pengetahuan asal murid tentang cara kemahiran
menendang bola. Akan tetapi, situasi yang baru dihadapi ialah murid perlu membuat
tendangan leret dan ianya tidak sama dengan skema asal tendangan yang diketahui murid.
Maka proses akomodasi pengetahuan berlaku bagi mengatasi masalah membuat
tendangan leret. Skema asal tendangan diubah kepada pengetahuan baru iaitu tendangan
leret.
Pengajaran menggunakan media merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan
untuk menyampaikan isi pelajaran secara lebih berkesan. Apa itu media? Media atau
medium bermakna saluran komunikasi. Ianya berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud perantara. Berdasarkan itu ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa
maklumat daripada penyampai kepada penerima. Antara contoh media ialah filem,
8/10/2019 kajian tindakann
10/29
televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
Media digunakan untuk mebantu suatu proses komunikasi.
Percival dan Elington (1984) dalam modul HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran
(2011) membahagikan media kepada dua:
i. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
- Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan
kombinasi di antaranya.
ii. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa
- Ini termasuklah suratkhabar, radio dan televisyen.
Reiser dan Gagne (1983) dalam modul HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran (2011)
pula mendefinisikan media adalah apa sahaja cara fizikal yang membenarkan mesej
pengajaran disampaikan. Maka, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid
suara dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dikategorikan
sebagai media.
Maka, apakah media pengajaran? Heinich et al. (2002), dalam modul HBEF3103 Prinsip
Teknologi Pengajaran (2011) menyatakan jika media itu membawa mesej tentang
pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994)
dalam modul HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran (2011) pula menyatakan media
pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang
8/10/2019 kajian tindakann
11/29
berfungsi dalam perlaksanaan suatu pengajaran. Maka boleh ditafsirkan media
pengajaran adalah suatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada
pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasan, perhatian, minat
serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Dalam konteks kajian ini, video berfungsi sebagai media pengajaran bagi menyampaikan
pengajaran tentang kemahiran sepakan leret kepada pembelajaran teknik sepakan leret
yang betul kepada murid. Guru bertindak sebagai pengirim, menggunakan media video
sebagai saluran untuk menyampaikan ilmu tentang teknik sepakan leret yang betul
kepada penerima iaitu murid dalam satu proses P&P.
Situasi Pendidikan kini amat memerlukan guru-guru pendidikan Jasmani yang kreatif
dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka efektif. Kreatif bermaksud
kebolehan seseorang untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu
yang baru samada dalam bentuk kaedah,sistem pendekatan dan sebagainya. Menurut
Agnew, P.W & Killerman (1996), multimedia ialah kombinasi dua atau lebih jenis media
untuk mewujudkan satu jujukan aturcara yang lebih berkesan dalam menyampaikan
sesuatu idea. Lazimnya dengan bantuan kedua-dua bunyi dan visual. Secara tipikal,
penerbitan multimedia dibangunkan dan dikawal oleh komputer. Ini disokong oleh kajian
Perzylo pada tahun 1993 dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia
mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan
yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah
persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran.
8/10/2019 kajian tindakann
12/29
Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap
peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu
walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kaeadah
multimedia juga memberi persembahan maklumat yang dapat dilihat serta menarik
dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya
peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan
kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran.
Kajian yang dilakukan oleh Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, Hamdan Mohd. Ali dan Subahan
M.Meeran (2002) berkaitan dengan meningkatkan penguasaan kemahiran permainan bola
tampar melalui penggunaan multimedia jelas menunjukkan bahawa pembelajaran
menggunakan multimedia adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran yang
menggunakan sepenuhnya teknologi terkini seperti penggunaan lama web tertentu, web
televisyen dan sebagainya. Manakala pembelajaran secara tradisional pula merupakan
pembelajaran yang hanya berfokus kepada guru sahaja. Hasil kajian mendapati
penggunaan multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran sesuatu permainan,
malahan setiap perisian yang terdapat pada multimedia juga menarik dan jelas.
Perancangan guru yang merangkumi aspek kaedah, teknik, dan pendekatan akan
mempengaruhi keberkesanannya terhadap perubahan kognitif dan fizikal murid. Sharifah
Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Ini turut disokong oleh
8/10/2019 kajian tindakann
13/29
Hasan Langgulung (1981) yang mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Oleh itu, kaedah ialah apa saja cara yang digunakan oleh
guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran.
Teknik pengajaran dan pembelajaran pula merujuk kepada kemahiran atau perkara-
perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah pengajaran. Menurut Azman Wan
Chik (1987), teknik itu ialah apa sahaja yang dilihat dalam bilik darjah. Ini bermaksud,
sekiranya guru mengajar menggunakan bantuan alat dan bahan bantu mengajar, maka itu
dikatakan sebagai teknik. Dalam erti kata yang lain, dalam suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah
mengajar.
Antara kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak ialah kemahiran tendangan
leret, tendangan tinggi, menanduk, menahan dan mengawal bola, dan lain-lain lagi. Salah
satu elemen kemahiran yang banyak digunakan dalam padang ialah tendangan leret. Ini
kerana pergerakkan dalam padang banyak melibatkan hantaran bola leret kerana mudah
dikawal dan memastikan penguasaan bola di dalam permainan di samping memudahkan
pergerakkan untuk menghasilkan gol.
The ability to make short pases within a confined space is an important skill for
successful players. Acurate passing is important for maintain possession and for
setting up goal scoring opportunities.
(Ermano Rampinini, 2008)
8/10/2019 kajian tindakann
14/29
Kemahiran paling asas dalam permainan bola sepak adalah tendangan leret. Kebolehan
mempraktikkan kemahiran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dengan baik
dan betul akan membantu murid melakukan hantaran dengan tepat.
The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate
distance. This pass is the most important pass and should be used often, so give
your players plenty of opportunities to practice it
frequently.
(Lindsay Blom & Tim Blom, 2009)
8/10/2019 kajian tindakann
15/29
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki menggunakan kaedah video
pelbagai arah terhadap murid tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Bukit
Mutiara, Johor Bahru. Bab ini membincangkan bagaimana kajian ini dijalankan
daripada mengenalpasti sampel hinggalah kepada kaedah menganalisis data. Bab
ini dihuraikan kepada 5 peringkat iaitu rekabentuk kajian, sampel, instrumen dan
prosedur pengumpulan data. Pada akhir bab ini, dinyatakan tatacara pemerolehan
dan tatacara penganalisaan data yang dikumpulkan dari markah ujian murid-
murid.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian rekabentuk praujian-pasca satu
kumpulan di mana ianya menggunakan satu kumpulan eksperimen bagi mengkaji
8/10/2019 kajian tindakann
16/29
kesan olahan pembolehubah tak bersandar. Selepas satu sesi pengajaran ujian pra
telah diberikan bagi menentukan tahap pencapaian kumpulan eksperimen.
Seterusnya pengajaran dan pembelajaran kaedah baru pula dijalankan terhadap
kumpulan eksperimen. Selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah baru dijalankan maka ujian pos diberikan sama seperti ujian
pra. Tujuannya bagi menentukan tahap pencapaian kumpulan eksperimen.
Dalam konteks kajian tindakan ini, pengkaji telah menjalankan kajian untuk
mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran tendangan bola leret menggunakan
bahagian dalam kaki menggunakan kaedah video pelbagai arah bagi murid-murid
tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor Bahru. Seramai 24
orang sampel iaitu kumpulan eksperimen telah menjalani sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah pengkaji dan akan menjalankan ujian pra
selepas sesi pengajaran kemahiran tendangan leret menggunakan bahagian dalam
kaki. Data ujian pra telah diambil dan direkodkan. Selepas itu rawatan telah
diberikan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tendangan leret
menggunakan bahagian dalam kaki menggunakan kaedah video pelbagai arah. Ini
diikuti dengan ujian pos bagi mendapatkan data tentang pencapaian murid selepas
rawatan diberikan. Data yang telah diperolehi telah direkodkan dan dianalisis
menggunakan borang dalam Microsoft Word. Prestasi murid-murid ditentukan
menggunakan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan.
8/10/2019 kajian tindakann
17/29
Gambarajah 1Rekabentuk Kajian
3.3 SAMPEL KAJIAN
Subjek kajian yang telah dilibatkan dalam kajian ini terdiri daripada 24 orang
murid tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Murid terdiri daripada 14 orang lelaki dan 10 orang perempuan iaitu kumpulan
eksperimen. Pengkaji mengambil semua murid dalam kelas tersebut sebagai
populasi penyelidikan dan mereka merupakan murid dalam kelas tercorot dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah ini.
8/10/2019 kajian tindakann
18/29
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian amat penting bagi mencapai objektif sesebuah kajian. Pengkaji
bergantung kepada instrumen kajian untuk mengukur sesuatu kajian. Alat kajian
yang digunakan dalam kajian kuantitatif ialah:-
i. Borang pemerhatian/senarai semak yang telah diubahsuai
ii. Borang ujian pra (pre-test)
iii. Borang ujian pos (post test)
Semua murid tahun 4 Dinamik telah melakukan ujian pra berdasarkan bateri ujian
dan borang ujian (Lampiran 1) untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran
sepakan leret mereka. Seterusnya, kumpulan eksperimen ini telah mengikuti
pembelajaran secara kaedah video pelbagai arah. Setelah tamat sesi pembelajaran
dan pembelajaran semua murid diberi ujian pos (Lampiran 2) untuk menilai
prestasi kemajuan, samada meningkat atau sebaliknya. Perbezaan markah ujian
pra dan ujian pos menggambarkan peningkatan penguasaan murid terhadap
kemahiran yang diajar.
Bagi mentadbir ujian pra dan ujian pos, pengkaji menggunakan bateri ujian dari
yang diperoleh daripada Mor-Christian General Soccer Ability Skill Test Battery
(Mor & Christian, 1979).
8/10/2019 kajian tindakann
19/29
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah kajian kuantitatif yang menggunakan
alat kajian seperti ujian pra dan ujian pos untuk pengumpulan data. Data kajian
kuantitatif, langkah pertama adalah membina alat kajian iaitu ujia pra dan ujian
pos yang bersesuaian dengan objektif kajian.
Penerangan ringkas telah dijalankan sebelum ujian dijalankan tentang tujuan ujian
dan bagaimana ujian ini dijalankan. Murid-murid diminta menjalankan ujian dan
mematuhi semua arahan yang ditetapkan seperti pada bateri ujian.
Ujian pra dilakukan terhadap responden. Ujian pra digunakan untuk mengkaji
sejauh mana pencapaian prestasi murid-murid terhadap topik yang diajar.
Keputusan ujian yang dijalankan tidak dimaklumkan kepada murid terlebih
dahulu memandangkan kemahiran ini telah dipelajari. Data yang diperoleh diisi di
dalam borang yang telah disediakan (Lampiran 1).
Seterusnya, responden telah mengikuti kaedah pembelajaran menggunakan
kaedah video pelbagai arah. Selepas menjalani sesi pembelajaran mereka telah
menjalani ujian pos menggunakan bateri ujian yang sama seperti ujian pra. Ujian
pos dilaksanakan untuk melihat pencapaian atau penguasaan responden setelah
kaedah baru digunakan. Skor markah dicatat pada borang markah (Lampiran 2)
Perbezaan peratusan markah ujian pra dan peratusan markah ujian pos dalam
kalangan responden dalam kajian dikenalpasti. Perbezaan min yang signifikan
8/10/2019 kajian tindakann
20/29
menunjukkan terdapat peningkatan prestasi responden hasil daripada penggunaan
kaedah video pelbagai arah yang diaplikasikan dalam topik kemahiran tendangan
leret menggunakan bahagian dalam kaki.
Pentaksiran tahap pencapaian pelajar merujuk kepada markah dalam peratus ujian
pra dan ujian pos berdasarkan penggiraan menggunakanMicrosoft Excell.
3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA
Analisis data telah dijalankan sebagai satu usaha untuk menyusun,
mempertimbangkan dan penghasilan penerangan berhubung data supaya makna
yang berkaitan dapat diwujudkan. Data dikumpulkan di dalam borang data yang
disediakan menggunakanMicrosoft Word.
Data dikumpulkan untuk membandingkan antara dua skor ujian pra dan ujian pos
untuk melihat samada perbezaan yang signifikan atau tidak bagi tahap penguasaan
murid-murid sebelum dan selepas pembelajaran menggunakan kaedah video
pelbagai arah.
Tahap pencapaian skor responden adalah berdasarkan skala markah yang dibuat
oleh pengkaji menggunakan borang yang telah disediakan.
8/10/2019 kajian tindakann
21/29
3.7 RUMUSAN
Bab ini membincangkan beberapa perkara tentang metodologi kajian antaranya
rekabentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data
dan analisis data. Secara amnya kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan
untuk mengkaji keberkesanan sepakan leret menggunakan bahagian dalam kaki
menggunakan kaedah video pelbagai arah untuk murid tahun 4 Dinamik di
Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Pengkaji telah menggunakan prosedur yang dipilih untuk memastikan setiap data
yang diperoleh adalah betul dan menyumbang kepada dapatan kajian yang tepat.
Oleh itu dalam melaksanakan ujian pra dan ujian pos, pengkaji melalui proses
pembinaan bateri ujian, menyemak kualiti bateri ujian dan mengumpul serta
menganalisis menggunakan kaedah yang sesuai sebelum, semasa dan selepas
ujian dijalankan. Aktiviti-aktiviti dalam bab ini ditadbir dengan teliti dan
sistematik agar mendapat hasil yang sempurna. Dengan itu, kaedah kajian yang
tepat dan alat kajian yang sesuai adalah sangat penting dalam menjalankan kajian
penyelidikan ini.
8/10/2019 kajian tindakann
22/29
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PROFIL RESPONDEN
4.2 LAPORAN DAPATAN KAJIAN
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 RUMUSAN HASIL KAJIAN
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
5.4 CADANGAN
8/10/2019 kajian tindakann
23/29
SENARAI RUJUKAN
Agnew, P. W & Kellerman, A. S. 1996. Distributed multimedia, technologies, application and
opportunities in the digital information industry.t.tp.:Addison-Wesley.
Blom, L. B. (2009). Survival guide for coaching youth soccer.
Borhan Yusof, M. @. (2012).HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan
Jasmani.Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Bradford N. Strand, R. W. (1993).Assessing Sport Skills.Unites State of America: Human
Kinetics Publishers.
Dr. David Lim Chong Lim, D.N. (2001).HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.
8/10/2019 kajian tindakann
24/29
Konting, M. M. (1993).Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Mohd. Arif & Mohd. Jasmy. (2002).Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya
pengajaran pendidikan jasmani. Fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar.
Prosiding Seminar Kebangsaan profesion perguruan 2002. Universiti Kebangsaan Malaysia:
hlm. 375391.
Noriati, Boon, dan Sharifah. (2012). Siri pendidikan guru : Murid dan alam belajar.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Prof Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, P. M. (2011). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.
Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Rampinini, E. et all. (2008). Medicine And Science In Sports And Excercise. Effect Of Match-
Related Fatigue On Short-Passing Ability In Young Soccer Players.
Sang, M. S. (2010). Siri Pengajian Profesional : Literatur Dan Kaedah Penyelidikan. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books (Asia), ctk. 4.
Sang, M. S. (2010). Siri Pengajian Profesional : Penyelidikan Dalam Pendidikan :
Perancangan Dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
8/10/2019 kajian tindakann
25/29
BORANG SENARAI SEMAK S1
KRITERIA TEKNIK
BETUL SALAH
KRITERIA 1:Tarik kaki ke belakang.
KRITERIA 2:
Arah hayunan kaki.
KRITERIA 3:
Bahagian kaki yang digunakansemasa menyepak bola.
CATATAN : __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
8/10/2019 kajian tindakann
26/29
LAMPIRAN 1
BORANG UJIAN BATERI TENDANGAN LERET
Ujian Pra
Responden Posisi A Posisi B Posisi C
P1 P2 P3 P4 P1 P2 P3 P4 P1 P2 P3 P4
M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8
M9
M10
M11
M12
M13
M14
M15
M16
M17M18
M19
M20
M21
M22
M23
M24
8/10/2019 kajian tindakann
27/29
BORANG UJIAN BATERI TENDANGAN LERET
Ujian Pos
Responden Posisi A Posisi B Posisi C
P1 P2 P3 P4 P1 P2 P3 P4 P1 P2 P3 P4
M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8
M9
M10
M11
M12
M13
M14
M15
M16
M17
M18
M19
M20
M21M22
M23
M24
8/10/2019 kajian tindakann
28/29
LAMPIRAN 3
Bateri Ujian dan Prosedur Hantaran Leret Ke Arah Sasaran
UJIAN : HANTARAN BOLA DEKAT LERET
Tujuan : untuk menilai tendangan leret dalam bola sepak
Kesahan dan Kebolehpercayaan : .78
Peralatan : bola, pita ukur, 5 biji kon, borang pemarkahan, pensil
Kawasan Ujian : 20 meter persegi
Persediaan : Ujian kemahiran tendangan leret disediakan seperti dalam gambarajah
Pada Lampiran 4. Gol sepanjang satu meter lebar disediakan
menggunakan dua kon berketinggian 18 inci. Dua kon diletakkan pada
sudut 45 dari garisan gol, manakala satu kon diletakkan pada sudut 90
dari garisan gol. Ketiga-tiga kon diletakkan pada jarak 15 meter dari
garisan gol.
Prosedur : Daripada ketiga-tiga kon, murid dikehendaki membuat empat tendanganleret ke arah gol. Murid dibenarkan menggunakan kaki yang biasa
digunakan untuk membuat tendangan. Setiap murid diberi dua kali
percubaan bagi setiap kon.
Pemarkahan : Satu mata diberikan untuk setiap tendangan yang berjaya mengenai kon.
Markah penuh akhir adalah 12 mata.
8/10/2019 kajian tindakann
29/29
LAMPIRAN 4
Gambarajah Bateri Ujian Pra dan Pos
18 inc
1m
15m
15m
15m
1.4m
Top Related