2
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Muhammad Azam b Jamaluddin
Tarikh : 25 Februari 2013
Tandatangan :
Nama Penulis : Muhammad Sukardi b Misraeh
Tarikh : 25 Februari 2013
2
PENGHARGAAN
Setinggi – tinggi ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, kami telah berjaya melaksanakan dan sekaligus menyiapkan tugasan
kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ( EDU 3107 ) dengan baik. Tanpa
rahmat dan izin dari-Nya pasti kami tidak mampu untuk menyiapak tugasan ini.
Di ruangan ini, kami ini mendedikasikan penghargaan kepada mereka ynag
telah memberi sumbangan yang tidak terhingga di dalam membantu kami untuk
menjayakan hasrat kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pengajar , Tuan Haji Hassan Bin Kudus yang telah banyak mencurahkan
ilmu dan juga berkongsi pengalaman beliau. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
daripada beliau pasti kami seperti ‘ perahu yang tiada pendayung di lautan ’ yang
terumbang-ambing di lautan.
Kedua, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga sekolah
Sekolah Kebangsaan Batu 24 , terutamanya guru kaunseling Puan Masniza Binti
Abdul Rahman dan juga klien Wan Shao Kang, yang telah memainkan peranan
penting di dalam memastikan objektif tugasan ini tercapai.
Tidak lupa kepada kedua ibubapa kami, yang telah mendidik dan
membesarkan kami dari kecil hinggalah sekarang. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga dari kami kerana jasa dan pengorbanan yang terlalu besar dan tidak
mampu kami balas.
Akhir sekali, ucapan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sentiasa di sisi menghulurkan bantuan yang termampu dan juga
mereka yang terlibat secara tidak langsung di dalam membantu kami melaksanakan
dan juga menyiapkan tugasan ini.
2
PENGENALAN
Bimbingan dan Kaunseling adalah satu perkhidmatan yang semakin
mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat . Ini mendorong perkhidmatan ini
semakin berkembang pesat selari dengan perkembangan dunia yang semakin
moden. Perkembangan ini disebabkan kesan daripada wujudnya pelbagai cabaran
yang semakin ekstrem kesan daripada dunia globalisasi.
Bimbingan dan Kaunseling membawa dua pengertian berbeza. Bimbingan
membawa maksud sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri
mereka dan dunia mereka. Individivu dibantu oleh pembimbing menyedari segala
kekuatan dan kelemahan diri mereka. Ini akan membantu mereka menentukan aras
aspirasi yang lebih realistik sesuai dengan kebolehan dan minat mereka ( Shertzer
dan Stone , 1974 ). Kaunseling pula ditakrifkan sebagai suatu proses interaksi yang
membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan
membantu individu membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada
tingkah lakunya di masa hadapan ( Shertzer dan Stone , 1974 ).
Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu khidmat yang diuruskan oleh
individu yang professional. Ini kerana perkhidmatan ini memerlukan etika kerahsiaan
yang tinggi. Ini kerana maklumat klien adalah menjadi rahsia dan hanya diketahui
antara kaunselor dan klien sahaja. Selain itu, tugas kaunselor adalah seorang
pendengar yang baik dan membantu para klien untuk mengalakkan perkembangan
dan perubahan pada diri klien. Ini semua menuntut kesabaran yang tinggi daripada
seorang individu yang bergelar kaunselor. Kaunselor juga adalah seorang yang
mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan juga seorang yang tidak bersifat
menghukum.
Kaunseling dan Bimbingan diperkenalkan di Negara ini bertujuan menangani
kesan-kesan yang negatif hasil daripada cabaran yang dihadapi. Tidak hanya
menumpukan kepada menangani kesan negatif, bimbingan dan kaunseling
membantu individu yang mengalami masalah menemui jalan keluar agar dapat
menemui kesejahteraan dan menangani sendiri yang akan dihadapi pada masa
yang mendatang. Perkhidmatan ini semakin penting kepada Negara di dalam
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan juga cabaran Wawasan 2020
untuk membantu masyarakat Malaysia menjadi celik akal dan kesejahteraan hidup.
2
1. Pengenalpastian Masalah
Untuk melaksanakan tugasan ini, kami memerlukan seorang sahaja klien
untuk membantu kami mencapai objektif tugasan. Oleh itu, kami telah berjumpa
dengan guru kaunseling, Sekolah Kebangsaan Batu 24, Puan Masniza Abdul
Rahman untuk membantu kami mengenalpasti murid yang sesuai dengan kehendak
kami dan seterusnya membantu kami untuk menjalankan tugasan kami. Ciri – ciri
murid yang kami mahukan adalah mempunyai masalah tingkahlaku dan juga emosi
di sekolah.
Guru Kaunseling dimana kami meminta pertolongan untuk mencari klien yang
kami kehendaki memberikan tiga orang nama murid. Kami telah membuat
perjumpaan terhadap ketiga-tiga orang murid tersebut sebelum sesi bimbingan dan
kaunseling dijalankan. Tujuan kami adalah untuk memilih calon yang paling sesuai
untuk menjadi klien kami. Selepas sesi perjumpaan tersebut dijalankan, kami telah
memilih murid bernama Wan Shao Kang, murid berbangsa Cina untuk menjadi klien
kami.
Hasil perbualan pendek yang telah kami lakukan terhadap klien kami, klien
mempunyai masalah di sekolah dan di rumah. Pada mulanya, agak sukar untuk
berkomunikasi dengan klien. Kami membuat andaian, klien masih belum mempunyai
rasa kepercayaan yang tinggi dan juga malu untuk menceritakan masalah yang
dihadapinya. Namun setelah beberapa ketika, klien menceritakan masalah beliau.
Klien mempunyai masalah perhubungan di sekolah dan juga di rumah. Di
sekolah beliau sering di ejek oleh rakan – rakan murid yang lain. Oleh itu, klien
berasa dipulaukan dan orang sekeliling beliau tidak dapat menerima beliau sebagai
sebahagian daripada komuniti yang terdapat di sekolah tersebut. Klien hanya
mempunyai seorang rakan yang rapat sahaja di sekolah tersebut. Manakala di
rumah pula, klien mempunyai seorang adik yang sering membulinya. Klien hanya
membiarkan perlakuan adiknya tersebut atas dasar kasih sayang terhadap adiknya.
Bapa beliau balik kerja pada waktu malam dan ibunya adalah suri rumah sepenuh
masa. Ibunya sering memarahi beliau apabila melakukan kesalahan tetapi ianya
tidak berlaku kepada adiknya. Klien merasakan orang di sekelilingnya melayan klien
dengan tidak adil.
2
2. Teori Kaunseling
Di dalam melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling , kami telah
memilih satu teori kaunseling untuk dijadikan panduan di dalam melakukan tugasan
ini. Kami telah memilih Teori Rasional – Emotif ( RET ).
Teori Rasional – Emotif ( RET )
Teori ini dikembanngkan oleh Albert Ellis dalam tahun 1950-an. Terapi ini
berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya
membetulkan fikiran yang tidak rasional.
Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional.
Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak
rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Di dalam teori ini, Ellis
mengemukakan teori A – B – C – D - E, dimana :
Rajah 1 : Teori Rasional – Emotif oleh Albert Ellis.
2
Menurut Ellis lagi, idea – idea tidak rasional yang biasa terdapat pada
seseorang individu adalah seperti berikut ;
1. Adalah perlu bagi saya untuk digemari dan disayangi oleh setiap orang.
2. Adalah lebih senang untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah-
masalah.
3. Perlakuan orang lain adalah amat penting bagi kita dan kita hendaklah
berusaha mengubah perlakuan orang lain mengikut kehendak kita.
4. Tingkah laku yang salah mesti dikenakan hukuman berat.
5. Adalah amat menyedihkan kalau saya melakukan sesuatu kesilapan.
6. Kekecewaan disebabkan oleh faktor-faktor luar, orang-orang lain dan
peristiwa-peristiwa luar.
7. Jika sesuatu itu menakutkan, seseorang itu mesti menghadapi masalah-
masalah.
8. Seseorang memerlukan sesuatu yang lebih kuat daripada diri untuk
bergantung.
9. Seseorang hendaklah cekap, cerdas dan berpencapaian tinggi pada
setiap masa.
10.Kebahagiaan hidup boleh dicapai bukan dengan bertindak.
11.Seseorang individu tidak berupaya mengawal emosi.
Ini adalah antara-antara yang dinyatakan oleh Albert Ellis tentang idea-idea
tidak rasional yang biasa terdapat pada seseorang individu. Ellis mencadangkan
idea-idea yang tidak rasional perlu digantikan dengan idea yang rasional agar ianya
dapat mengubah sistem kepercayaan individu yang berpegang akan idea-idea yang
tidka rasional. Ini akan dapat membantu individu membuat perubahan ke arah yang
lebih positif.
Daripada sesi bimbingan dan kaunseling yang telah dilakukan bersama klien,
beberapa masalah yang dihadapi oleh klien dapat kami cungkil. Klien mempunyai
masalah ketika berada di rumah dan juga ketika berada di rumah. Ini membuatkan
klien cuba mengasingkan diri dari komuniti yang besar. Klien cuba hidup di dalam
dunia sendiri dan tidak cuba untuk bersosial secara aktif dengan rakan-rakan yang
lain. Ini kerana klien cuba membuat sempadan antara dunia realiti dan dunia yang
dicipta klien sendiri.
2
Di rumah, klien menghadapi masalah dengan adik klien. Klien merupakan
anak sulung. Klien hanya mempunyai seorang adik yang berusia 11 tahun. Adik
klien sering menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada klien ketika berada di
rumah. Adik klien sering membuli dengan cara memukul klien apabila berlaku
pertengakaran. Klien sebagai abang beranggapan sebagai abang beliau hendaklah
menngalah dengan adiknya. Klien tidak mahu menyakiti adiknya kerana mempunyai
kepercayaan dalam diri yang tindakan yang dilakukannya adalah sebagai tanda
kasih saying klien terhadap adiknya. Mungkin pada permulaan, klien menerima
tindakan adiknya adalah suatu yang ringan dan tidak memberikan kesan yang
berpanjangan kepada klien. Namun apabila perkara ini berterusan, ia memberi
kesan kepada psikmotor dan juga emosi klien.
Klien juga seolah-olah mempunyai masalah kepada kedua orang tuannya.
Apabila ditanya tentang ibubapanya, klien menyatakan ibunya hanyalah seorang suri
rumah manakala, bapanya bekerja sebagai seorang tukang kasut. Klien
menyatakan, ibunya sering memarahi klien apabila berlaku pertengkaran dengan
adiknya tanpa membuat usul periksa. Ini akan membuatkan klien mencipta idea
yang tidak rasional di dalam pemikirannya. Klien turut menyatakan ayahnya selalu
balik pada waktu malam. Kami menjangkakan, klien mungkin tidak mendapat kasih
saying yang mencukupi daripada seorang ayah yang menjadi harapan klien untuk
membela nasibnya ketika di rumah.
Namun itu semua tidak terjadi, seperti mana yang diharapkan oleh klien.
Justeru itu, klien cuba membina idea – idea yang tidak rasional di dalam
kepercayaannya sehingga cuba untuk mencipta dunia sendiri dimana klien boleh
mendapatkan apa yang dihajati tercapai.
Namun tanpa klien sedari, ia akan membuatkan klien menunjukkan
tingkahlaku yang berbeza seperti mereka yang sebaya dengan mereka. Antaranya ,
klien mungkin lebih kerap berkhayal berada di dalam sendiri. Klien juga cuba untuk
mengasingkan diri daripada ahli keluarganya sekerap yang mungkin dan mencari
kebebasan dan juga keadilan hidup mengikut kepercayaan yang dicipta oleh klien
sendiri. Ini kerana klien merasakan apa yang dicarinya tidak dijumpai di rumah klien
sendiri. Kesannya , klien semakin berasa tertekan dengan dunia sebenar yang
dilaluinya.
2
Di sekolah pula, klien turut menghadapi masalah. Masalah yang memberi
kesan kepada klien adalah sering di ejek oleh rakan – rakannya. Rakan – rakan klien
sering mengajak nama klien. Ini membuatkan klien berasa tidak selasa dan takut
untuk mendekati rakan – rakan yang berada di sekolah. Di dalam pada yang sama,
kemungkinan klien akan mencipta idea yang tidak rasional dengan menganggap
mereka yang menimbukan suasana yang tidak selesa adalah musuh klien.
Suasana yang sama turut berlaku apabila klien mengikuti mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Klien menyatakan beliau sering tidak mendapat apa yang
dihajati. Sebagai contoh, apabila guru mengarahkan mereka bermain bola, klien
tidak diberi keutamaan di dalam memilih posisi bermain seperti yang klien mahukan.
Lebih membuatkan klien berasa tidak seronok, apabila klien hanya diberikan posisi
sebagai penjaga gol yang bukan menjadi kegemaran klien.
Oleh itu, klien cuba untuk mencari rakan yang dapat membantunya berasa
selasa di sekolah. Hasil temubual, klien menyatakan hanya mempunyai seorang
rakan baik yang membantu klien berasa selasa. Ini terjadi kerana, rakan tersebut
tidak bertingkahlaku seperti rakan-rakan klien yang lain.
Masalah ini akan membantu klien mempercayai kepercayaan yang telah dia
buat. Selain itu juga, ia membuatkan klien tidak berusaha menyelesaikan masalah
yang dihadapi sebaliknya cuba menjarakkan diri dan mencipta suasana yang selesa.
Apabila dunia sebenar yang dilalui tidak dapat memberikan apa yang klien
kehendaki, klien akan cuba masuk ke dunia ciptaan sendiri dan menjumpai suasana
selesa.Apabila ini terus berlaku, klien akan menujukkan tingkahlaku yang negatif
dengan lebih kerap. Antaranya , tidak bergaul dan berkomunikasi dengan mereka
yang terdapat di sekeliling. Kesannya , orang sekeliling akan turut mengasingkan diri
daripada klien.
Kesimpulanya , masalah yang wujud tidak diselesaikan oleh klien dengan
baik. Sebaliknya mencipta sistem kepercayaan sendiri dan ini membuatkan klien
berasa rendah diri dan mudah tersinggung. Tekanan yang dilalui dihadapi sendiri
oleh klien tanpa motivasi diri yang mencukupi untuk menghalang idea-idea yang
tidak rasional terus memerangkap diri klien sendiri dan seterusnya menjebakkan diri
klien ke dalam dunia ciptaan sendiri.
2
3. Transkripsi Temubual
Sesi Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan di Perpustakaan Sekolah
Kebangsaan Batu 24. Kami memilih perpustakaan kerana pada masa tersebut,
perpustakaan lengang dan tidak digunakan oleh mana-mana kelas untuk apa-apa
program. Di bawah hasil temubual yang telah dijalankan bersama dengan klien. Sesi
temubual telah dijalankan sebanyak 3 sesi dan berlangsung selama 10 minit. Setiap
sesi, kami mengunakan teknik intervensi yang berlainan.
SESI 1
Guru : Selamat pagi ,Shao Kang . Hari cikgu akan menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling. Segala apa yang kita bualkan pada sesi ini
adalah rahsia antara cikgu dan Shao Kang. Cikgu harap dapat Shao
Kang dapat beri kerjasama yang baik dengan Cikgu. Cikgu akan
mulakan sesi kita ini dan harap Shao Kang telah bersedia.
Shao Kang : Baiklah , Cikgu.
Guru : Kamu sudah bersarapan ?
Shao Kang : Belum , Cikgu.
Guru : Kenapa ?
Shao Kang : Saya sudah biasa tak bersarapan.
Guru : Pukul berapa kamu datang ke sekolah dan siapakah yang
menghantar kamu ke sekolah ?
Shao Kang : Pukul 7.10 pagi. Saya datang dan pulang ke sekolah menaiki van
sekolah.
Guru : Siapakan kawan baik kamu di sekolah ini ?
Shao Kang : Saya hanya ada seorang kawan baik. Namanya, Asyraf. Dia satu
kelas dengan saya.
Guru : Kamu hanya ada seorang kawan baik. Adakah Shao Kang
bermaksud rakan kamu yang lain bertingkahlaku tidak baik.
Shao Kang : Bukan begitu Cikgu, Saya bukan bermaksud begitu, rakan – rakan
yang lain baik juga, tapi Asyraf lebih baik dari mereka.
Guru : Baiklah, Kalau begitu, kamu selalu mendapat nombor berapa di
dalam kelas ?
2
Shao Kang : Saya selalu mendapat nombor tiga atau empat. Saya tak pernah
mendapat tempat pertama di dalam kelas.
Guru : Mata pelajaran apakah yang kamu minati dan siapakah yang
mengajar mata pelajaran tersebut ?
Shao Kang : Saya meminati mata pelajaran Sains. Saya selalu mendapat markah
85. Cikgu Suryati yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Guru : Kamu mempunyai masalah di sekolah ataupun di rumah ?
Shao Kang : Ada cikgu. Rakan – rakan saya selalu mengejek nama saya. Mereka
mengejek nama saya “ Longkang ”.
Guru : Apakah tindakan yang kamu lakukan apabila diejek oleh rakan kamu.
Shao Kang : Saya tak buat apa – apa . Saya hanya bersabar. Rakan – rakan lelaki
yang selalu mengejek saya. Bukan rakan – rakan di kelas saya sahaja
mengejek saya, malah ada dari kelas yang lain juga cikgu.
Guru : Adakah kamu rasa tertekan dan marah ?
Shao Kang : Ya, cikgu.
Guru : Kamu ada simpan perasaan benci dengan sesiapa di sekolah ini ?
Rakan ? Guru ?
Shao Kang : Tiada cikgu. Saya hanya kecewa akan sikap rakan – rakan saya
sahaja.
Guru : Cikgu mengajar di kelas kamu. Cikgu lihat pada minggu lepas ketika
cikgu menyuruh kelas kamu membuat aktiviti, cikgu perhatikan rakan-
rakan kamu tidak memberi kamu peluang untuk turut serta member
sumbangan di dalam menyiapkan projek tersebut. Betul ?
Shao Kang : Ya, cikgu.
Guru : Kamu sihat ?
Shao Kang : Ya, cikgu.
Guru : Cikgu faham apa yang kamu rasakan. Cikgu tahu, kamu datang ke
sekolah ini untuk mempunyai ramai kawan. Kamu mahukan rakan-
rakan kamu menerima kamu sebagai kawan yang dapat di ajak
bermain bersama-sama, belajar bersama-sama, saling toleransi. Apa
yang kamu inginkan adalah perasaan gembira apabila datang ke
sekolah tanpa ada rasa tekanan.
Shao Kang : Ya , cikgu.
2
Guru : Kita tidak boleh membuat persepsi sendiri terhadap orang di
sekeliling kita tanpa usul periksa. Mungkin mereka masih tidak matang
dan tidak berniat untuk menyakiti hati kamu. Cikgu dapat rasakan,
rakan-rakan kamu hanya berniat untuk bergurau dengan kamu. Cikgu
harap kamu tidak mengambil serius perkara sebegini. Apa yang
penting adalah kamu fokus dengan pelajaran kamu. Apa berlaku
kepada kamu sekarang, anggaplah ianya motivasi untuk kamu
berusaha bersungguh – sungguh mencapai kecemerlangan dalam
hidup.
Shao Kang : Baiklah, cikgu.
Guru : Adakah rakan-rakan kamu mengejek kamu dengan kerap? Selain
mengejek apakah perbuatan lain yang kamu tidak suka dengan rakan-
rakan kamu lakukan terhadap kamu ?
Shao Kang : Mereka mengejek saya setiap hari. Hanya perbuatan mengejek yang
mereka lakukan terhadap saya, perbuataan lain tiada.
Guru : Baiklah, kita akan berhenti untuk sesi pertama ini kerana masa yang
ditetapkan telah tamat. Kita akan menyambung sesi yang kedua
sebentar sahaja lagi. Cikgu mahu, Shao Kang redakan perasaan kamu
terlebih dahulu.
SESI 2
Guru : Baiklah, kita akan menyambung sesi yang kedua. Ini adalah lukisan
yang telah dihasilkan oleh kamu. Cikgu harap apa yang kamu lukis ini
mengambarkan apa yang terdapat di dalam perasaan kamu. Melalui
lukisan ini, apa yang dapat cikgu lihat adalah kamu melukis situasi di
padang. Dua orang pelajar sedang bermain bola sepak. Seorang
menjadi penjaga gawang manakala seorang lagi pemain yang bermain
di posisi pertahan. Adakah apa yang cikgu cakapkan ini betul ?
Shao Kang : Ya, cikgu.
Guru : Boleh kamu ceritakan kepada cikgu mengapa kamu lukis gambar ini ?
Shao Kang : Ini adalah gambar rakan – rakan saya ketika bermain bola sepak.
Saya lukis lukisan ini sebab saya sukakan suasana ketika berada di
padang. Saya suka bermain bola bersama rakan-rakan saya. Namun
2
saya tak dapat bermain di posisi yang saya sukai. Rakan – rakan saya
selalu meletakkan saya di posisi pertahanan.
Guru : Oh ! begitu. Cikgu pernah melalui zaman seperti kamu. Cikgu suka
waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Cikgu suka sebab waktu itu
kita akan ke padang dan bermain bola. Tapi pada sesi ini, cikgu lebih
ingin tahu tentang masalah kamu di rumah. Boleh cikgu bertanya
tentang keadaan kamu di rumah ?
Shao Kang : Baiklah, cikgu.
Guru : Kamu sayang keluarga kamu?
Shao Kang : Ya, cikgu.
Guru : Cikgu pun ada keluarga seperti kamu. Cikgu ada ayah, ibu , abang ,
kakak dan adik. Boleh Shao Kang ceritakan tentang keluarga kamu ?
Shao Kang : Saya merasakan menjadi abang amat susah. Saya ada adik berumur
11 tahun. Adik saya selalu buli saya. Dia selalu pukul saya. Adik saya
pukul di mengunakan tangan dan kadang gunakan kakinya. Dia pukul
seluruh bahagian badan saya saya kecuali muka. Saya tidak mahu
melaporkan kepada ibu kerana sayangkan adik saya. Ibu saya seorang
suri rumah. Dia selalu berada di rumah. Ayah saya pula bekerja . Saya
tidak tahu pekerjaan ayah saya kerana saya tidak pernah tanya beliau.
Ayah akan keluar bekerja pada waktu pagi dan balik pada waktu
malam. Ibu saya garang. Saya akan dimarahi ibu apabila membuat
kesalahan. Ayah saya tidak begitu garang. Ayah selalu balik kerja pada
pukul lapan malam.
Guru : Adakah kamu selalu berkomunikasi dengan keluarga kamu ?
Shao Kang : Ya, saya selalu bercakap dengan ibu saya.
Guru : Pernahkah kamu bercakap tentang kamu selalu diejek di sekolah ?
Shao Kang : Tak pernah, saya hanya berdiam diri tentang perkara tersebut kerana
tidak mahu ibu datang ke sekolah dan memarahi rakan-rakan saya.
Guru : Cikgu faham akan tindakan kamu tidak memberitahu akan keadaan
kamu di sekolah. Tapi kita tidak boleh terus menyembunyikan perkara
tersebut. Cikgu harap kamu dapat mencari seseorang yang dapat
membantu kamu menyelesaikan masalah diejek di sekolah sebagai
contoh guru displin. Masalah yang kita hadapi, kita tidak boleh terus
2
berdiam diri kerana ianya tidak akan membantu masalah tersebut
selesai.
Shao Kang : Baik, cikgu.
Guru : Baiklah, kita tamatkan sesi kedua ini dan kita akan teruskan sesi yang
ketiga sebentar lagi.
SESI 3
Sebelum memulakan sesi yang ketiga, kami telah meminta
klien untuk melukis sekali lagi kerana tidak berpuas hati tentang
lukisan yang klies hasilkan pada pertama kali. Kami terlalu ingin tahu
masalah yang sebenar dihadapinya .Sambil menghadapa kamera,
saya telah mengatakan sesuatu tentang lukisan klien;
Guru : Baiklah , Shao Kang, kita mulakan sesi yang ketiga dan juga sesi
yang terakhir. Cikgu harap kamu dah bersedia.
Shao Kang : Baik, cikgu.
Guru : Ini adalah lukisan yang dilukis oleh kamu. Di dalam lukisan ini, kamu
melukis tiga orang manusia. Apa yang cikgu dapat rasakan lukisan ini
adalah situasi di pentas. Dimana seseorang sedang menerima
penganugerahan atas kecemerlangan yang telah seseorang itu
lakukan di dalam sesuatu perkara. Boleh kamu beritahu cikgu, apa
yang kamu hendak nyatakan di dalam lukisan ini.
Shao Kang : Majlis penganugerahan sijil.
Guru : Oh !, majlis penganugerahan sijil Jadi, kamu ingin memberitahu guru
yang ini adalah impian kamu. Betul tak apa yang cikgu katakan ?
Shao Kang : Ya , Cikgu.
Guru : Mungkin ini adalah impian kamu untuk kejayaan yang terdekat.
Sekiranya nya, apakah kejayaan yang kamu impikan pada masa yang
terdekat.
Shao Kang : Ya , cikgu. Ini adalah saya untuk masa yang terdekat. Saya
mengimpikan untuk mendapat keputusan 5 A dalam peperiksaan
UPSR nanti. Kemudian saya ingin melanjutkan persekolahan saya ke
sekolah berasrama penuh. Sekolah idaman saya adalah Sekolah
Menengah Sains.
2
Guru : Cikgu faham akan impian kamu. Cikgu percaya semua orang di
dalam dunia ini ada impian masing-masing. Cikgu juga percaya setiap
orang di dunia ini ada masalah. Cuma situasi yang berbeza seperti
mana yang kamu hadapi sekarang. Apa yang cikgu ingin beritahu
kamu disini, tujuan cikgu bukan untuk membantu kamu menyelesaikan
masalah tetapi lebih membantu kamu untuk melihat masalah itu boleh
diselesaikan dengan baik. Di dalam menyelesaikan masalah, terdapat
pelbagai cara atau kaedah. Semuanya terpulang pada diri kamu untuk
membuat keputusan bagaimana kamu menyelesaikan masalah
tersebut.
Shao Kang : Baik cikgu.
Guru : Pertama sekali, masalah yang kamu hadapi di sekolah. Cikgu tidak
tahu apa perasaan kamu ketika masalah tersebut. Tetapi cikgu boleh
memberi beberapa jalan penyelesaian kepada kamu. Sekiranya kawan
kamu mengejek kamu lagi, cikgu sarankan kamu berdiam atau tidak
membalas balik ejekan mereka. Bukan bermaksud kamu merelakan
diri kamu dibuli, tetapi ia menunjukkan kamu bertindak sebagai
seorang yang matang dan tidak mudah melatah diuji masalah
sebegitu. Adakah kamu faham ?
Shao Kang : Ya cikgu, saya faham.
Guru : Cadangan kedua adalah kamu berjumpa kepada rakan – rakan yang
suka mengejek kamu dan katakan kepada mereka yang kamu tidak
menyukai perbuatan mereka. Cikgu percaya, mereka akan tidak akan
melakukan perbuatan itu lagi. Ini hanya cadangan daripada cikgu dan
terpulang kepada kamu untuk guna atau kamu mempunyai jalan
penyelesaian yang lebih baik. Keputusan itu berada di tangan kamu.
Shao Kang : Baik cikgu.
Guru : Firasat cikgu mengatakan kamu adalah murid yang baik dan
mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kecemerlangan yang
lebih banyak di dalam hidup kamu. Apa yang penting, kamu tidak
mudah mengalah akan masalah yang datang untuk menguji kamu.
Shao Kang : Saya faham cikgu.
Guru : Baiklah, tentang masalah adik kamu di rumah. Cikgu tidak
menyalahkan apa yang kamu lakukan apabila kamu hanya berdiam diri
2
apabila adik kamu memukul kamu. Mungkin itu adalah tindakan yang
terbaik yang dapat kamu lakukan. Namun cikgu ada beberapa
cadangan kepada Shao Kang di dalam menghadapi situasi tersebut.
Pertama sekali, kamu bertindak tegas terhadap kelakuan adik akmu
tersebut. Tegas disini lebih kepada membantu adik kamu agar
berkelakuan lebih hormat kepada kamu. Ianya bukan bertujuan untuk
membalas semula perbuatan adik terhadap kamu. Kamu sebagai
abang mempunyai hak kepada adik kamu untuk mendidik dia supaya
berkelakukan lebih sopan kepada orang yang lebih tua. Bak kata
pepatah “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya ”. Baiklah, setakat ini
sahaja apa yang cikgu dapat bantu kamu. Selebihnya itu adalah
tindakan kamu di dalam menyelesaikan masalah yang kamu hadapi.
Sebelum kita menutup sesi ini, cikgu memberi peluang kepada kamu
untuk memberikan sepatah dua kata.
Shao Kang : Saya ingin mengucapakan terima kasih banyak – banyak kepada
cikgu kerana sudi mendengar masalah yang saya hadapi. Selama ini,
tiada sesiapa yang ingin mendengar luahan hati tentang masalah yang
saya hadapi. Setelah meluahkan masalah yang saya hadapi, saya
tidak berasa tertekan lagi . Saya sudah faham sekarang yang setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya. Semuanya bergantung kepada
kita sendiri untuk memilih bagaimana menyelesaikan masalah tersebut
samaada secara baik ataupun sebaliknya. Terima kasih sekali lagi
cikgu.
Guru : Sama – sama, Shao Kang.
2
4. Kemahiran-Kemahiran Asas Kaunseling
Semasa melaksanakan sesi temubual bersama klien kemahiran melayan dan
mendengar amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru
bimbingan dan kaunseling dan kanak-kanak yang dipertemukan di dalam sesi
kaunseling tersebut. Seperti sesi rakaman yang telah di jalankan guru memberi
tanda awal layanan mesra terhadap klien, guru bimbingan dan kaunseling
menyambut murid berkenaan di pintu masuk bilik bimbingan dan kaunseling dengan
penuh kemesraan, seterusnya memastikan keselesaanya di tempat duduk yang
disediakan.
2
Carta di atas menunjukkan singkatan daripada akronim yang menjelaskan
ciri-ciri tingkahlaku yang menunjukkan kemahiran yang digunakan semasa sesi
temubual bersama murid tersebut.Semasa sesi temubual dijalankan guru bimbingan
memandang terus ke arah klien tersebut bagi menunjukkan bahawa kaunselor sedia
untuk mendengar segala masalah klien.
Selain itu, guru pembimbing ada menganggukkan kepala semasa klien
bercerita tentang masalah mereka. Ia bertujuan bagi menunjukkan guru pembimbing
telah mendengar masalah yang klien luahkan. Guru pembimbing perlu mendengar
setiap masalah yang di ceritakan oleh murid tersebut dan guru perlu bersifat empati
dengan masalah yang di hadapinya. Oleh itu, guru bimbingan telah mendengar
secara aktif dalam sesi bimbingan tersebut dengan memaparkan ciri-ciri tersebut.
Selain itu, semasa sesi temubual percakapan amat penting bagi
mendapatkan maklumat daripada klien tersebut. Semasa prafasa guru pembimbing
telah menerangkan maksud bimbingan kepada murid tersebut dan menyatakan
tujuan ingin melaksanakan sesi bimbingan tersebut. Guru juga ada memberitahu
syarat-syarat yang semasa sesi temubual ini di laksanakan.
Selepas itu, guru memulakan sesi soal jawab dan memberi peluang kepada
klien untuk menyatakan masalah mereka. Semasa klien bercakap tidak boleh
mencelah kerana ia akan menganggu tumpuan mereka untuk bercakap. Posisi
semasa sesi temubual juga amat penting bagi memastikan keselesaan guru
pembimbing dan juga klien tersebut. Di dalam sesi temubual yang di jalankan guru
pembimbing telah menyediakan tempat duduk yang selesa kepada klien dan tempat
yang sesuai untuk sesi bimbingan yang di jalankan.
Kontek mata perlu juga digunakan oleh guru pembimbing semasa sesi
bimbingan di jalankan. Guru pembimbing perlu memandang tepat ke muka klien bagi
menunjukkan yang guru sentiasa menumpukan perhatian tentang apa yang mereka
sampaikan. Antara kepentingan guru menggunakan kontek mata dengan klien ialah
guru secara tidak langsung dapat mengintepretasi tingkahlaku bukan lisan daripada
raut wajah muka murid tersebut. Mimik muka boleh melambangkan perasaan yang
terdapat di dalam diri mereka. Oleh itu, guru bimbingan perlu tahu untuk mentafsir
tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid tersebut.
2
Guru pembimbing juga berada dalam keadaan relaks semasa sesi temubual
tersebut dijalankan. Semasa sesi bimbingan dijalankan guru dan klien perlu berada
di dalam keadaan yang tenang. Tempat juga memaikan peranan kepada guru dan
klien supaya tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan sesi
bimbingan tersebut seperti bunyi bising daripada murid-murid lain. Guru pembimbing
juga mempunyai kemahiran memberi tindakbalas semasa sesi temubual dijalankan.
Kemahiran ini memerlukan beliau memberi perhatian kepada perasaan dan
pernyataan lisan klien sepanjang sesi kaunseling. Apabila kemahiran ini di
gabungkan dengan kedua-dua kemahiran lain, klien akan terdorong untuk
meneruskan perkongsian masalah dan pendedahan kendiri.
Kesimpulan yang dapat kami nyatakan tentang kemahiran asas kaunseling ini
adalah membantu kaunselor membantu klien untuk berkomunikasi dengan lebih
berkesan. Perancangan dan persediaan rapi kaunselor amat diperlukan di dalam
memastikan kemahiran asas ini dapat digunakan dengan berkesan. Selain itu,
kemahiran kaunseling dapat menimbulkan suasana yang selesa dan juga membantu
klien untuk mewujudkan hubungan kepercayaan pada aras yang lebih tinggi.
Hubungan kepercayaan yang rendah akan menyebabkan kesukaran kepada
kaunselor untuk mengetahui masalah kaunselor dengan lebih jauh. Oleh itu, sebagai
kaunselor, kemahiran asas ini perlu dikuasai dengan baik agar ianya membantu sesi
bimbingan dan kaunseling dengan lebih berkesan bersama klien.
5. Penggunaan Teknik Intervensi Dalam Mengendalikan Sesi Temubual
Semasa saya dan rakan menjalankan sesi temubual bersama klien, kami
telah menggunakan dua teknik intervensi iaitu terapi seni dan terapi muzik . Terapi
seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang menggunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas klien atau pesakit untuk menghasilkan produk
sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,
kerisauan dan pertelingkahan
Kebiasaannya terdapat tiga jenis lukisan yang digunakan di dalam terapi seni
iaitu potret diri, lukisan bebas dan spontan dan juga lukisan keluarga. Sebelum kami
menjalankan terapi seni kepada klien kami, kami berdua telah membuat persediaan
iaitu dengan menyediakan sehelai kertas A4 dan sebatang pensil supaya klien kami
mudah untuk menjalankan terapi seni apabila sesi temubual dijalankan
2
Selain itu kami juga telah menyediakan satu ruang yang selesa dan kondunsif
supaya klien kami dapat menjalankan terapi seninya tanpa diganggu oleh orang
lain . Sebelum menjalankan terapi seni, rakan sekumpulan saya yang bertindak
sebagai penemubual akan memberitahu klien kami berkenaan tujuan kami
menjalankan sesi ini kepada beliau .
Hal ini bertujuan supaya klien kami tahu apa yang sedang dilakukan terhadap
beliau dan ini membolehkan kerjasama dapat dijalankan antara kami dengan klien
dan sesi temubual ini dapat dijalankan dengan lancar .
Pada sesi terapi seni yang pertama kami telah memasang muzik instrumental
yang dipasang secara perlahan bunyinya supaya memberikan suasana yang tenang
dan klien dapat meluahkan setiap perasaan yang terbuku ataupun masalah yang
dihadapinya melalui lukisan yang akan dilukis .
Rakan saya yang menjadi penemubual telah memberitahu klien kami untuk
melukis apa yang beliau suka lakukan sewaktu berada di sekolah . Kami telah
memberi sedikit ruang masa untuk klien kami untuk membuat lukisannya .
Semasa klien melaksanakan terapi tersebut guru harus memastikan bahawa
tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan klien. Klien
harus tenang semasa melukis supaya klien dapat memindahkan segala apa yang
terpendam didalam lukisan tersebut. Pada mulanya klien kami berasa malu untuk
melukis ketika kami berada di situ, kemudian kami keluar daripada bilik tersebut
supaya klien tidak malu dan dapat melukis lukisan tanpa diganggu oleh sesiapa.
Hasil daripada lukisan yang klien kami lukiskan , beliau telah melukis gambar
berkaitan bola sepak . Di dalam lukisan beliau, klien kami telah melukis dua orang
sedang bermain bola sepak . Berdasarkan pemerhatian kami terdapat maksud yang
tersirat di sebalik lukisan yang dilukis oleh klien kami .
Rakan saya telah bertanyakan kepada klien kami sebab beliau melukis
sedemikian . Rakan saya telah bertanya apa kaitannya gambar ini dengan sekolah .
Klien saya telah memberitahu bahawa beliau sangat suka pada mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan bermain permainan bola sepak .
2
Rakan saya cuba untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkaitan
sebab beliau melukis gambar tersebut . Rakan saya cuba bertanya klien dan beliau
menyatakan bahawa dia suka bermain bola sepak bersama rakan-rakan yang lain
dan posisi yang selalu diberikan kepada beliau adalah posisi pertahanan .
Di sebalik gambar yang dilukis tersebut , tiba – tiba klien saya berdiam diri
sekejap dan menangis selepas itu . Rakan saya cuba menenangkan klien dan cuba
bertanya mengapa beliau tiba-tiba menangis .
Klien saya memberitahu bahawa beliau menangis kerana dia selalu diejek
oleh rakan-rakannnya ketika di sekolah . Mereka selalu memanggil nya dengan
panggilan tertentu yang kadangkala menyebabkan klien sedih dan emosinya
terganggu .Disebabkan dia baru sahaja masuk ke sekolah tersebut pada tahun
lepas, jadi klien saya adalah pelajar baru dan hal ini menyebabkan dia selalu berasa
terasing dan tidak mempunyai ramai rakan .
Apabila tibanya waktu Pendidikan Jasmani , waktu itulah klien saya akan
berasa seronok dan gembira kerana pada waktu itulah beliau dapat bersama – sama
pelajar yang lain menjalankan aktiviti permainan dan melupakan seketika hal
pelajaran di kelas .
Pada sesi terapi seni yang kedua adalah lukisan juga . Di sini kami telah
memainkan muzik instrumental dan membiarkan klien kami melukis sesuatu.
Seperti biasa kami memberikan kertas A4 dan memberi tempoh masa yang tertentu
untuk klien kami untuk cuba luahkan sesuatu melalui lukisan .
Hasil lukisan yang dijalankan beliau kami telah mengenalpasti bahawa beliau
cuba melukis gambar dia mendapat sijil. Rakan saya cuba bertanyakan apa yang
ingin klien tunjukkan melalui lukisan tersebut . Dia menyatakan bahawa dia ingin
berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapinya pada bulan September
nanti ..
Selain itu dia juga memberitahu kepada rakan saya bahawa perhubungan
beliau dengan adik-adiknya baik dan cuma adik-adiknya selalu membuli beliau .
Rakan saya cuba memberi kata-kata semangat kepada klien saya supaya sentiasa
bersabar dan bertolak ansur dengan adik-beradiknya kerana beliau merupakan
abang dan anak sulung yang perlu sentiasa menjaga adik-adiknya . Selain itu rakan
2
saya juga menyuruh klienkami untuk sentiasa bersikap tegas tetapi pada masa yang
sama sentiasa mendidik adik-adiknya supaya berkelakuan baik dan tidak
membulinya sewenang-wenangnya . Apabila adiknya membuat membuat kesalahan,
klien sebagai seorang abang haruslah menegur kelakuan adiknya .
Selain menggunakan terapi seni , kami juga menggunakan terapi muzik .
Sepanjang klien menjalankan sesi tembual dan terapi seni, kami telah memainkan
bersama alunan muzik yang mempunyai melodi yang sungguh menenangkan jiwa
dan membuatkan klien bersa selesa semasa sesi temubual dijalankan.
Terapi muzik ini juga berperanan dalam membantu penemubual untuk
menimbulkan ‘mood’ yang sedih dan menyebabkan klien mudah untuk meluahkan
apa yang terbuku dihatinya baik daripada lukisan mahupun apabila ditemubual .
6. Refleksi Kesan Penggunaan Teknik Intervensi Dalam Temubual
Setelah melaksanakan terapi seni semasa sesi temubual bersama klien apa
yang saya dapati ialah terapi ini sangat berkesan tetapi perlu dilakukan untuk
beberapa kali supaya klien akan lebih yakin dengan hasil lukisan mreka .
Seperti yang kita ketahui bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni merupakan
mata pelajaran yang disukai oleh murid . Melalui pelaksanaan terapi seni ini ia amat
sesuai dengan jiwa pelajar yang kebanyakkan mereka suka melukis .
Apabila mereka diberi peluang untuk meluahkan masalah mereka dengan
melukis, perkara ini tidak mendatangkan masalah kepada pelajar kerana ia adalah
perkara yang mudah dan pernah mereka buat semasa di sekolah mahupun di rumah
Selain itu kesan penggunaan teknik intervensi iaitu terapi seni yang dilakukan
oleh terhadap klien juga sangat berkesan untuk membuka peluang kami untuk
mengetahui masalah dan apa yang terbuku di hati klien . Klien yang kami jalankan
ini memupunyai perwatakan yang agak senyap dan pasif .
Hal ini amat menyukarkan kami untuk berkongsi masalah beliau secara lisan
dan di sinilah terapi seni ini digunakan dalam mengcungkil masalah yang dihadapi
oleh klien supaya kami dapat berusaha untuk menolongnya .
2
Apabila klien kami menjalankan terapi seni ini, beliau telah melukis sesuatu
tentang apa yang ingin diluahkan dan cara ini telah berjaya membuatkan kami untuk
memahami klien dan mengaitkan masalah yang dihadapi daripada lukisan yang
dilukis .
Selain itu, teknik intervensi yang lain yang kami gunakan dalam sesi temubual
ini ialah penggunaan terapi muzik di mana ia membantu dari segi memberi suasana
yang tenang dalam situasi supaya klien dapat berfikir dan mudah untuk beliau
meluahkan kepada penemubual dalam sesi temubual yang dijalankan .
Saya merasakan klien mudah untuk meluahkan masalah dihadapi apabila
beliau berada dalam keadaan di mana muzik yang dipasang itu tenang dan disitu
kami melihat sedikit demi sedikit rakan saya yang bertindak sebagai penemubual
berjaya membuatkan klien meluahkan masalah yang dihadapinya baik di sekolah
mahupun di rumah dan mengaitkan dengan lukisan yang telah dilukisnya .
Secara kesimpulanya teknik intervensi ini boleh dilaksanakan untuk sesi
bimbingan dan kaunseling di sekolah dan mengikut kesesuaian masalah yang di
hadapi oleh klien. Apa yang kami harapkan semasa melaksanakan sesi temubual
tersebut ialah kami dapat membantu dan memberi dorongan kepada klien tersebut
cuba bersikap positif dalam menyelesaikan masalah dihadapi .
Selain itu teknik interensi ini juga merupakan satu teknik yang menarik dan
membuatkan klien tidak menghadapi tekanan semasa sesi temubual. Kami berasa
berpuas hati dengan dengan terapi yang kami laksanakan dan melalui terapi
tersebut kami berjaya mendapatkan maklumat yang kami perlukan untuk tugasan ini.
2
Refleksi
Nama : Muhammad Azam b Jamaluddin
No Kad Pengenalan : 901106-08-5945
Kelas : 7 PISMP RBT / PJ / BM 2
Pada semester ini, saya dikehendaki menyediakan satu sesi temubual
bersama dengan murid seperti yang diperlukan dalam tugasan kerja kursus subjek
EDU 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Kanak – Kanak. Perincian tugasan tersebut
adalah saya dikehendaki melakukan sesi temubual bersama dengan pelajar di
sekolah yang saya menjalankan program Amalan Professional ataupun Praktikum
Fasa 3 iaitu Sekolah Kebangsaan Batu 24 secara berpasangan. Temubual yang
dijalankan perlu direkodkan sebagai bukti tugasan dilakukan dan juga transkripsi
temubual perlu disediakan.
Saya bersama – sama dengan rakan praktikum saya iaitu Sukardi b Misraeh,
bersetuju supaya dia memainkan peranan sebagai guru pembimbing manakala
saya memainkan peranan sebagai jurukamera. Semasa saya melakukan temubual
bersama dengan murid yang telah saya pilih, saya merakamkan sesi temubual saya
bersama dengan murid itu dan telah mengambil beberapa keping gambar .
Sebelum menjalankan tugasan ini, saya telah berjumpa dengan guru
kaunseling di sekolah saya . Kami berjumpa dengan beliau supaya beliau dapat
memberi pandangan kami untuk mengambil pelajar untuk menjadi klien kami dalam
porses kami menjalankan tugasan ini . Guru kaunseling tersebut telah
mencadangkan kami membuat temubual dengan pelajar Tahun 6 A iaitu Way Shao
Kang .
Setelah saya menjalankan tugasan ini banyak perkara yang telah saya
pelajari . Antaraya termasuklah saya dapat mengetahui cara-cara serta teknik untuk
menjalankan sesi kaunseling dengan cara yang betul dan berkesan .Sebelum ini
saya tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan aktiviti kaunseling .
2
Sepanjang saya menjalankan sesi tembual ini saya melihat pelajar yang
dipilih ini telah memberikan kerjasama yang baik walaupun pada mulanya dia berasa
takut-takut . Saya juga melihat teknik intervensi yang kami berdua gunakan juga
berjaya menyebabkan pelajar ini untuk luahkan perasaan serta masalah yang
dihadapi beliau semasa terapi seni dijalankan ke atas beliau .
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan saya
semasa menjalankan tugasan ini . Antaranya ialah untuk mencari masa terluang
untuk menemubual klien kami . Namun begitu setelah berbincang dengan guru
kaunseling dan guru kelas , kami diberi kerjasma oleh guru untuk menjalankan sesi
temubual dengan klien kami semasa kelasnya sedang dijalankan .
Akhir kata saya merasakan tugasan kerja kursus ini amat bagus dalam
meningkatkan tahap persediaan saya dan rakan saya dalam menjadi seorang guru
kelak . Segala ilmu serta teknik kaunseling yang telah dipelajari dapat digunakan
dalam proses untuk menyelesaikan ataupun memulihkan pelajar yang bermasalah di
sekolah supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dari segi mental ,
rohani dan fizikal . Sekian .
2
Refleksi
Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana atas limpah kurnia dan
izin-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Bimbingan
dan Kaunseling Kanak-Kanak. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada
pensyarah yang mengajar saya pada semester ini, Encik Tuan Haji Hassan Bin
Kudus atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan. Tidak lupa, jutaan terima kasih
kepada ibubapa dan keluarga saya atas sokongan yang tidak berbelah bagi. Akhir
sekali, kepada rakan – rakan dan pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan tugasan ini, ucapan terima kasih saya ucapkan.
Pada semester ini, saya telah ditugaskan untuk melaksanakan tugasan EDU
3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak – Kanak. Tugasan yang perlu saya lakukan
adalah melaksakan satu sesi kaunseling bersama klien yang dipilih sendiri. Tugasan
ini saya laksanakan bersama pasangan praktikum saya, Muhd Azam Bin
Jamaluddin. Tugasan pada kali ini meminta saya untuk melaksanakan satu sesi
bimbingan dan kaunseling. Pada saya, ianya tugasan yang agak rumit kerana ianya
memerlukan persediaan yang rapi di dari segi peralatan, perancangan kerja , fizikal
dan juga mental.
Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan ini adalah selama
sebulan. Ianya satu tempoh masa yang sesuai di dalam melaksanakan tugasan ini.
Walaupun menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling mengunakan masa yang
pendek, namun perancangan dan juga pendokumentasian maklumat memerlukan
masa yang lama bagi memastikan penulisan ilmiah dapat dilakukan dengan teliti.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai pengetahuan dan juga
pengalaman yang dapat saya perolehi. Saya dapat katakan, untuk menjadi seorang
kaunselor yang mahir memerlukan latihan yang banyak. Ini dapat saya rasakan
ketika menjalani sesi temubual bersama klien. Tidak mudah untuk bagi saya
meminta apa lagi memaksa klien bercakap. Mewujudkan suasana komunikasi yang
aktif bersama klien memerlukan masa yang lama. Ini kerana bukan mudah untuk
meminta seseorang itu menceritakan masalah yang dihadapi. Ianya akan lebih sukar
apabila klien yang ditemubual menghadapi masalah peribadi yang boleh membuka
pekung diri sendiri. Menemubual kanak-kanak bukanlah seperti orang dewasa
kerana mereka begitu sukar untuk mempercayai orang di sekeliling mereka. Selain
2
itu, ditambah tekanan yang dihadapi oleh mereka menyebabkan mereka berasa
tertekan kerana mudah untuk mengambil keputusan untuk memendamkan masalah
yang dihadapi. Di dalam sesi temubual, saya sukar untuk membuatkan klien
bercakap. Saya terpaksa membuat andaian-andaian ketika sesi temubual untuk
mengetahui masalah yang dihadapi oleh klien. Klien lebih hanya mengiyakan
andaian saya betul dan mengelengkan kepala untuk menidakkan andaian saya. Apa
yang dapat saya rumuskan , klien lebih banyak mengunakan bahasa tubuh seperti
menangis untuk mengambarkan masalah yang mereka hadapi.
Penguasaan kemahiran asas kaunseling, sememangnya penting. Ini kerana,
ia akan membuatkan sesi bimbingan dan kaunseling berjalan dengan suasana yang
selesa kepada klien. Saya menyediakan suasana yang selesa kepada klien terlebih
dahulu iaitu tempat melakukan temubual. Selepas menyediakan suasana yang
kondusif saya mengunakan kemahiran asas kaunseling untuk membantu
mewujudkan hubungan kepercayaan kepada klien. Antaranya konteks mata dan
suara yang lembut dan tidak memaksa klien untuk berkomunikasi secara formal.
Saya memberikan pensil dan kertas dengan harapan klien yang tidak mahu
berkomunikasi secara formal dapat menyatakan apa yang terpendam di atas kertas.
Namun hasilnya tetap gagal, kerana kanak-kanak lebih selesa untuk mengunakan
bahasa tubuh bagi menyatakan apa yang mereka alami.
Kesimpulannya , saya merasakan tugasan ini amat bermakna kepada saya
untuk menyelami dunia kanak-kanak yang telah lama saya tinggalkan. Bimbingan
dan kaunseling adalah satu bidang yang memerlukan dua perkara yang penting bagi
saya. Pertama pengetahuan tentang bidang yang luas. Keduannya kemahiran diri di
dalam melaksanakan bimbingan dan kaunseling. Ini memerlukan latihan yang cukup
banyak bagi memastikan tahap persediaan kaunselor itu berada di tahap yang
tertinggi. Sebagai guru, mereka perlu memiliki kemahiran bimbingan dan kaunseling
agar dapat membantu mereka meningkatkan kualiti pengajaran dan hubungan
dengan murid dengan lebih berkesan dan harmoni.
MUHD SUKARDI BIN MISRAEH
901012-13-6115
2
Rujukan
Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak - Kanak. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Cik Nad. (n.d.). Retrieved from Diari Cik Nad:
http://nadzulkipli.blogspot.com/2011/12/terapi-seni.html
h4ck3r. (2008, Ogos 27). Kaunseling Online. Retrieved from
http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/definisi-bimbingan-dan-
kaunseling/
Norhaidi Bin Hj.Sarponen. (2012, Ogos 28). Teacher's Department. Retrieved from
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bimbingan-dan-kaunseling/
Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin Murid , K. (n.d.). Retrieved from
http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendang/downloads/Pekeliling
%20B&K100001.pdf
Top Related