KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN
MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1
UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI
Universiti Teknologi Malaysia
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����
JUDUL : KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK
PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK
PECAHAN TINGKATAN1
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh : 13 Mei 2011 Tarikh : 13 Mei 2011 Catatan * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau
TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda
(PSM).
(HURUF BESAR)
ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM
(NAMA PENYELIA) NO. 13 KAMPUNG SRI BUNTAR
28300 TRIANG
PAHANG
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM
Tarikh : …………………………………………….
KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN
MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1
UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2011
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI
Tarikh : 13 Mei 2011
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi keperluan
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).
Dikesempatan ini terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada saya khasnya kepada En. Shahrin Bin Hashim selaku
Penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Segala ilmu, nasihat dan bimbingan yang
diberikan amatlah bermakna dan membantu saya dalam menyempurnakan Projek
Sarjana Muda sehingga selesai.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya serta
adik beradik saya kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang saya
berada di sini. Terima kasih juga buat Puan Sabariah Binti Kasan dan Puan Nik Maznah
Binti Nik Abdullah diatas kesudian mereka melibatkan diri secara langsung dalam
menyempurnakan dan melengkapkan proses mendapatan dapatan kajian.
Terima Kasih juga diucapakan kepada semua pelajar SMK Seri Tangkak yang
juga telah terlibat dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung
penghargaan turut saya tujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang
terlibat kerana sudi memberikan kerjasama sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Sekian, terima kasih.
DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI
Khas buat mak dan abah yang disayangi dan dirindui
Puan Eliza Binti Amiruddin & Encik Zulkapli Bin Mohd Yusof
Saudara-saudara kandungku yang disayangi
Mohd Nashrun Zulkapli, Umi Far-ain Zulkapli, Mohd Anuar Solihin Zulkapli, Umi
Noor Syafiqah Zulkapli & Muhammad Hadi Zulkapli
Istimewa buat
En. Shahrin Hashim serta semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar diri ini,
semua teman-teman seperjuangan di UTM & teman-teman baik.
sesungguhnya, berkat dan restu kalian, sokongan dan semangat yang diberikan
menguatkan lagi iktizam diri ini untuk terus berada pada tahap ini
terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan
semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan teknik Pembelajaran Masteri (PM)
terhadap pencapaian dan sikap murid apabila guru menggunakan PM dalam
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi
eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada sekumpulan murid
berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian sederhana. Kajian ini telah
melibatkan seramai 29 orang murid yang berpencapaian tinggi dan 31 orang murid yang
berpencapaian sederhana daripada SMK Seri Tangkak. Ujian sikap dalam bentuk soal
selidik dan ujian pencapaian telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data.
Instrumen soal selidik yang digunakan telah dibina dan diuji darjah
kebolehpercayaannya. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan ialah
0.85. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Sciences
Version 15.0 for Windows (SPSS). Pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan telah
menunjukkan peningkatan setelah menerima rawatan. Minat dan keyakinan murid
terhadap matapelajaran matematik juga telah meningkat setelah menerima rawatan.
Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
antara pencapaian dan sikap pelajar dengan penggunaan teknik PM dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
ABSTRACT
The aim of this study to explore the effectiveness of Mastery Learning techniques on the
achievement and attitudes when teachers use Mastery Learning techniques during
learning and teaching process in the classroom. This study based on a quasi
experimental study using pre-post test to a group of students with high achievement and
to a group of students with medium achievement. This study involve total of 29 students
that high achievement and 31 students that low achievement from SMK Seri Tangkak.
Attitude test in questionnaires and achievement test were used in this study to obtain
data. The instrument that was used in this study, were built and were tested tested the
degree of reliability. The Alpha Croncbach for the instrument in this study was 0.85.
The finding were analyzed using the Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0
for Windows (SPSS) Students’ achievement for both groups showed improvement after
receiving treatment. Students’ interest and confidence towards mathematics have also
improved after receiving treatment. The finding generally found that Mastery Learning
is effective in improving student’s academic performance and changing students’
attitude towards learning mathematics for both group of students.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
PENGHARGAAN v
DEDIKASI vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN NAMA xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan dan Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pendekatan Pembelajaran 10
1.8.2 Kaedah Pembelajaran 10
1.8.3 Teknik Pembelajaran 10
1.8.4 Strategi Pembelajaran 11
1.8.5 Pembelajaran Masteri 11
1.8.6 Kuasi Eksperimen 11
1.8.7 Pecahan 11
1.8.8 Ujian Pra 12
1.8.9 Ujian Pos 12
1.8.10 Pelaksanaan 12
1.8.11 Keberkesanan 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sukatan Pelajaran Matematik KBSM 15
2.3 Pembelajaran Masteri 17
2.3.1 Modul Pembelajaran Masteri 18
2.3.2 Konsep Pembelajaran Masteri 19
2.4 Masalah Kefahaman Pelajar Terhadap Topik Pecahan 20
2.4.1 Rumusan Berkaitan Topik Pecahan 22
2.5 Sorotan Kajian Pembelajaran Masteri 23
2.6 Hipotesis Kajian 25
2.7 Penutup 26
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.2.1 Proses Rawatan 30
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.4 Instrumen kajian 32
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 34
3.6 Analisis Data 36
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Ringkasan 40
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 42
4.3 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 46
4.3.1 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid
berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan
Pembelajaran Masteri 46
4.3.2 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid
berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan
Pembelajaran Masteri 51
4.3.3 Kumpulan murid berpencapaian tinggi
dan kumpulan murid berpencapaian
sederhana menunjukkan minat dalam
pembelajaran matematik setelah
menggunakan pendekatan pembelajaran
masteri? 56
4.3.4 Kaedah pembelajaran masteri berkesan
dalam meningkatkan keyakinan dan sikap
berdikari kumpulan murid berpencapaian
tinggi dan kumpulan murid berpencapaian
sederhana terhadap matematik 60
4.3.5 Pengujian Hipotesis 64
4.4 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data
Persoalan Kajian 70
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan 73
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 74
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 74
5.3.2 Perbincangan Tahap Pencapaian Murid Dalam
Topik Pecahan Setelah Menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Masteri 76
5.3.3 Perbincangan Minat Murid Terhadap
Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Dilaksanakan
Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri 78
5.3.4 Perbincangan Keberkesanan Pembelajaran
Masteri dalam Meningkatkan Keyakinan Dan
Sikap Berdikari 80
5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 82
5.5 Cadangan kajian Akan Datang 84
5.6 Kesimpulan 85
RUJUKAN 86
LAMPIRAN 90
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan tahap taburan pencapaian
murid berdasarkan analisis markah min 37
3.2 Pengkelasan tahap taburan minat dan
keyakinan serta sikap berdikari murid
berdasarkan analisis markah min 38
3.3 Pekali Alpha Cronbach 39
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Kumpulan Murid 43
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Keputusan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Responden Mengikut Kumpulan Murid 43
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Gred
Pencapaian Matematik dalam Peperiksaan
UPSR Responden Mengikut Kumpulan Murid 44
4.5 Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap
item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid
berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan
selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran
Masteri 46
4.6 Taburan frekuensi dan peratus perubahan
pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan
murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan
Pembelajaran Masteri 50
4.7 Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap
item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid
berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan
Pembelajaran Masteri 51
4.8 Taburan frekuensi dan peratus perubahan
pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan
murid berpencapaian sederhana dalam ujian
sebelum dan selepas menggunakan pendekatan
Pembelajaran Masteri 54
4.9 Taburan min dan sisihan piawai bagi minat
kumpulan murid berpencapaian tinggi dan
kumpulan murid berpencapaian sederhana
dalam pembelajaran sebelum dan selepas
menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 56
4.10 Taburan min dan sisihan piawai bagi keyakinan
dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian
tinggi dan kumpulan murid berpencapaian
sederhana terhadap matematik sebelum dan selepas
menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 60
4.11 Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap
pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan PM
terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi 64
4.12 Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap
pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap
kumpulan murid berpencapaian sederhana 65
4.13 Min dan nilai signifikan minat murid terhadap
matapelajaran matematik sebelum dan selepas
menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan
murid berpencapaian tinggi 66
4.14 Min dan nilai signifikan minat murid terhadap
matapelajaran matematik sebelum dan selepas
menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan
murid berpencapaian sederhana 67
4.15 Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat
berdikari murid terhadap matematik sebelum dan
selepas menggunakan pendekatan PM terhadap
kumpulan murid berpencapaian tinggi 68
4.16 Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat
berdikari murid terhadap matematik sebelum
dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap
kumpulan murid berpencapaian sederhana 69
4.17 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 70
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Modul Pembelajaran Masteri 18
SENARAI SINGKATAN NAMA
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMT - Sekolah Menengah Teknik
PM - Pembelajaran Masteri
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set Borang Selidik
B Surat Kelulusan Bahagaian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia
C Surat kelulusan Jabatan Pelajaran Malaysia Negeri
Johor
D Surat kelulusan mendapatkan maklumat daripada
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
E Borang Kesahan Instrumen
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran Matematik pada masa kini dianggap sebagai salah satu
pembelajaran yang amat sukar dan membosankan dikalangan murid-murid. Ini adalah
kerana proses pembelajaran dan pengajaran pada masa sekarang lebih menekankan
kepada kesegeraan dalam menghabiskan silibus-silibus pembelajaran yang perlu diikuti
oleh setiap murid dalam satu masa. Ini menyebabkan murid-murid tidak berkesempatan
untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran terlebih dahulu sebelum beralih kepada unit
pembelajaran yang baru. Hal ini secara tidak langsung telah membina jurang yang besar
antara murid dan matematik. Dengan ini, adalah penting untuk guru matematik
mempelbagaikan teknik pengajaran bersesuaian dengan topik yang diajar bagi memberi
peluang kepada semua murid untuk belajar dan memahami matematik pada tahap
maksimum kemampuan diri mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah berusaha
bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan bersesuaian
agar dapat membantu murid memahami dan menghayati setiap apa yang mereka
pelajari. Satu daripada pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru
matematik bagi memastikan murid-murid mereka menguasai setiap hasil pembelajaran
adalah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Menurut Bloom (1968),
Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang
berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran
Masteri ini direka berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang bersesuaian dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid
itu menguasai pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pecahan merupakan salah satu topik yang terdapat di dalam silibus KBSM
Matematik tingkatan 1. Topik ini merupakan sambungan daripada topik pecahan KBSR
Matematik. Topik pecahan telah mula diperkenalkan kepada murid-murid semenjak
mereka di sekolah rendah lagi iaitu ketika mereka berada di tahun tiga. Walaupun telah
diperkenalkan semenjak diperingkat awal lagi tetapi masih terdapat ramai di antara
mereka tidak mampu untuk menguasai keseluruhan topik tersebut. Suhaida (2006)
mendapati masih terdapat konsep pecahan yang tidak dapat dikuasai oleh semua
peringkat umur murid antaranya ialah konsep pecahan setara dan konsep pecahan
sebagai nombor. Kurangnya kefahaman terhadap sesuatu konsep dalam topik pecahan
ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pembelajaran murid apabila
mereka berada di peringkat pengajian yang seterusnya. Hal ini adalah kerana topik
pecahan merupakan topik yang agak penting kerana asas perpuluhan dan peratus
melibatkan pecahan. Malah topik-topik lain seperti ukuran panjang, timbang berat,
cecair dan isipadu, serta masa dan waktu juga ada melibatkan topik pecahan.
Murid-murid perlu dibantu agar mereka dapat menguasai ilmu asas berkaitan
pecahan dengan sepenuhnya. Penguasaan ini amatlah penting untuk membantu mereka
meningkatkan kefahaman dan menguasai pengetahuan berkaitan pecahan dengan lebih
baik. Pencapaian murid akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan apabila mereka
dapat menguasai kemahiran matematik dalam sesuatu unit pembelajaran secara
keseluruhannya sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya.
Pendekatan pembelajaran masteri adalah pendekatan pembelajaran yang bersesuaian
dalam membantu murid menguasai setiap unit pembelajaran yang diikuti. Ini adalah
kerana pendekatan masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
memastikan semua murid menguasai unit pembelajaran yang diikuti terlebih dahulu
sebelum beralih kepada unit pembelajaran yang seterusnya. (Baharom Mohamad, 2010)
Proses pembelajaran yang disertakan dengan minat dan keyakinan yang tinggi
akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan. Hal ini
adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang melibatkan tindak balas antara
mental, fizikal dan rohani kepada diri murid-murid. Menurut Shahabuddin, Dr.
Rohizani, dan Mohd. Zohir (2003), pembelajaran adalah proses yang dapat mengubah
sikap dan tingkah laku murid secara berterusan yang dapat mendorong mereka untuk
memajukan diri sendiri hasil daripada ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Oleh yang
demikian keinginan dan minat terhadap pembelajaran matematik adalah antara elemen
penting yang perlu dipupuk dalam diri murid-murid bagi membantu mereka untuk
mencapai kemajuan.
Selain itu, sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan apabila terdapatnya
perubahan daripada tidak minat kepada minat terhadap sesuatu perkara itu. Ini adalah
kerana telah berlakunya proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku
terhadap diri seseorang. Minat terhadap pembelajaran matematik dikalangan murid-
murid adalah amat penting bagi meningkatkan keinginan dan motivasi mereka untuk
terus menerokai ilmu dan pengetahuan matematik yang ada. Sesuatu pembelajaran itu
akan dapat memberi kesan dalam mengubah tingkahlaku dalaman dan luaran seseorang
disamping dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih sempurna dengan nilai-nilai
yang baik dalam diri mereka. (Noor Azulida, 2003)
Semasa pengkaji menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SMK Seri
Tangkak pengkaji telah mendapati kebanyakkan murid-murid telah menunjukkan
penurunan minat dan keyakinan mereka terhadap matapelajaran matematik. Sepanjang
pemerhatian semasa pengkaji di sana didapati murid-murid kurang yakin dengan
kemampuan diri mereka dan berasa takut untuk mengaplikasikan ilmu matematik yang
telah dipelajari sebelum itu. Apabila pengkaji berkesempatan untuk mendekati mereka
didapati hal ini terjadi kerana kurangnya penguasaan dan pemahaman dalam
pembelajaran sebelumnya menyebabkan murid itu sendiri berasa kurang yakin untuk
menggunakan semula pengetahuan yang telah dipelajari dalam pembelajaran seterusnya.
Hal ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan minat dan keyakinan murid
terhadap matematik akan terus menunjukkan penurunan kesan daripada proses
pembelajaran dan pengajaran yang diikuti sebelumnya adalah tidak berkualiti.
Mempelajari konsep dan kemahiran matematik merupakan satu proses
pembelajaran dan pengajaran yang aktif. Apabila seseorang murid berjaya
menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah mereka pelajari, mereka akan
merasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik. Selain itu,
Noraini Idris (2002) menyatakan bahawa murid juga akan terdedah kepada berfikiran
secara matematik dengan membuat penyemakan semula bagi menetukan dan memilih
strategi penyelesaian yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah matematik yang
diperolehi.
Dalam melahirkan murid yang dapat berfikir secara matematik sikap berdikari
pelajar terhadap matematik perlulah ada. Murid yang berdikari adalah murid yang
sentiasa mencari pengetahuan baru dalam matematik, berani meneroka kemahiran
matematik dengan kemampuan sendiri, tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan
sesuatu masalah matematik, pandai mengaplikasikan kemahiran-kemahiran matemtik
yang dipelajari untuk kegunaan akan datang serta dapat mengasah minda untuk berfikir
secara matematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Aktiviti
pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum mahupun kokurikulum antara guru dan
murid perlulah merangkumi aspek ilmu dan kemahiran agar perkembangan ilmu,
perkembangan kemahiran belajar dan perkembangan kemahiran generik dapat
diterapkan dalam diri murid-murid.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat keberkesanan pembelajaran masteri
yang dilaksanakan kepada dua kumpulan murid tingkatan 1 yang telah dipilih iaitu
kepada sekumpulan murid berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian
sederhana. Kedua-dua kumpulan murid tersebut akan mengikuti proses pembelajaran
dan pengajaran bagi topik pecahan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran
masteri. Beberapa ciri keberkesaan pembelajaran masteri yang akan dilihat oleh
pengkaji dalam kajian ini selepas proses pembelajaran masteri selesai dilaksanakan
terhadap kedua-dua kumpulan murid tersebut. Sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan
apabila murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang
baru. Murid akan dapat mengesan dan mengetahui gaya / teknik pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri mereka setelah melalui satu proses pembelajaran masteri yang
berkesan. Perubahan tingkah laku yang lebih baik dalam diri pelajar juga menunjukkan
sesuatu pembelajaran itu berkesan. Secara jelasnya keberkesanan pembelajaran masteri
itu dapat dikenal pasti apabila pelajar mengalami peningkataan pencapaian dalam
peperiksaan / ujian penilaian yang diambil. Kajian ini secara tidak langsung adalah
bertujuan untuk membantu kumpulan murid yang terlibat agar dapat meningkatkan
kefahaman mereka terhadap topik pecahan dan meningkatkan pencapaian matematik
murid-murid selain dapat memupuk minat, keyakianan dan sikap berdikari mereka
dalam mempelajari matematik.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan menggunaan pendekatan
pembelajaran masteri dalam topik Pecahan Tingkatan 1. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik apabila melaksanakan
pembelajaran masteri bagi topik tersebut. Secara lebih khusus objektif kajian ini adalah
untuk:
i. Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam topik pecahan setelah
menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap kumpulan
murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian
sederhana.
ii. Mengenal pasti minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran yang
dilaksanakan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap
kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid
berpencapaian sederhana.
iii. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri terhadap
kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid
berpencapaian sederhana dalam meningkatkan keyakinan dan sikap
berdikari murid terhadap matematik.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam
ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?
2. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam
ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?
3. Adakah kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid
berpencapaian sederhana menunjukkan minat dalam pembelajaran matematik
setelah menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.
4. Adakah kaedah pembelajaran masteri berkesan dalam meningkatkan keyakinan
dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid
berpencapaian sederhana terhadap matematik.
Top Related