Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU:
PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA
KARTINI ABD WAHAB
Universiti Kebangsaan Malaysia
SA’ADIAH MA’ALIP
Universiti Kebangsaan Malaysia
MASLIDA YUSOF
Universiti Kebangsaan Malaysia
KARIM HARUN
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan ilmu teras
dan aplikasi dalam bidang kajian linguistik Melayu. Walau bagaimanapun perkembangan
mutakhir telah mencetuskan cabaran kepada bidang pengajian ini dari kerelevanan dan
sumbangannya. Antara persoalan yang timbul, “Adakah pengajian bahasa Melayu pada masa ini
mampu menyerlahkan kebitaraannya dari segi pengisian ilmu dan prospek kerjaya kepada
mahasiswa?” Sehubungan itu, satu kajian dijalankan dengan tujuan untuk meneliti apakah
persepsi dan harapan mahasiswa terhadap kualiti ilmu dan potensi bidang pengajian bahasa
Melayu. Soal selidik dijalankan ke atas 155 responden yang mengikuti Program Pengajian
Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden menunjukkan persepsi yang positif atau keyakinan yang tinggi terhadap kualiti ilmu
yang ditawarkan oleh program ini. Hal ini menunjukkan potensi kebitaraan Program Pengajian
Bahasa Melayu sebagai program bidang linguistik yang mampu menyediakan mereka dengan
kepakaran dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun dari aspek harapan, dapatan kajian
menunjukkan bahawa harapan responden terhadap prospek kerjaya yang berkaitan bidang
linguistik Melayu adalah rendah pada tahap pengajian Tahun 3. Justeru, usaha di peringkat
program dan juga kalangan mahasiswa dalam menangani cabaran ini harus dipertingkatkan bagi
menjamin kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu, sesuai dengan perkembangan semasa
dan prospek bidang ini yang sebenarnya amat luas dan tanpa sempadan.
Kata kunci: Program Pengajian bahasa Melayu; persepsi; harapan; Universiti Kebangsaan
Malaysia, kebitaraan
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
177
EXCELLENCE OF MALAY LANGUAGE STUDIES PROGRAMME:
STUDENTS’ PERCEPTIONS AND EXPECTATIONS
ABSTRACT
Malay Language Studies Program in National University of Malaysia offer core and applied
knowledge in Malay linguistics studies. However, the recent developments have post challenge
to its relevance and contributions to this field of study. Among the questions that arise, “Does
the current study of Malay language is capable of highlighting the excellence of Malay study in
terms of knowledge and career prospects for the students?” Thus, a study was carried out to
investigate the perceptions and expectations of students on the quality and potential of the study
of the Malay language. 155 respondents from the in Malay language Studies Program at the
National University of Malaysia participated in this research. The findings show that the
respondents indicated a positive perception or confidence in the quality of knowledge offered by
this program. This proofs the potential excellence of the Malay Studies Program as a linguistics
program that can provide expert knowledge in this field. However in terms of expectations, the
findings show that the respondents' expectation towards career prospects in line with the Malay
linguistics is low amongst the third year students. Thus, efforts at the program and also among
the students in addressing these challenges should be enhanced to ensure that the excellence of
Malay Language Studies Program is in accordance with the current development and prospect of
this field which is vast and borderless.
Keywords: Malay Language Studies Program; exceptions; expectations; National University of
Malaysia; excellence
PENGENALAN
Pengajian Melayu adalah pengajian peradaban atau pengajian wilayah yang bertujuan untuk
menyelami dan memahami sesuatu kelompok manusia (Mohd Taib, 2004). Tiga teras utama
dalam bidang ini iaitu bahasa, budaya dan sastera. Pada awalnya, bidang ini bukan sahaja
dirintis tetapi dikuasai oleh para pegawai kolonial yang mentadbir negara ini misalnya Raffles,
Marsden, Crawford, Swettenham, Shellabear, Wilkinson, Winstedt dan lain-lain lagi (Roosfa,
2011). Nama-nama pegawai British ini dikatakan sudah cukup sinonim dalam hampir kesemua
bidang Pengajian Melayu, sama ada dalam bidang bahasa, antropologi, sejarah, kebudayaan,
kesusasteraan, kesultanan mahupun keagamaan. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu sebagai
salah satu komponen dalam bidang Pengajian Melayu telah menjadi bidang pengajian yang
tersendiri dan menjadi tumpuan kajian, pada zaman kolonial. Menurut Awang Sariyan (2006),
pada zaman tersebut, pertumbuhan awal kajian bahasa dan linguistik Melayu giat dilakukan
dalam rangka penjajahan politik dan ekonomi.
Sejajar dengan itu, beberapa institusi yang mempunyai kaitan dengan Pengajian Melayu
telah ditubuhkan di Eropah. Sebagai contoh di Leiden, Belanda, Royal Netherlands Institute of
Southeast Asian and Carribean Studies (KITLV) telah didirikan pada tahun 1851, manakala di
London, England pula, School of Oriental and African Studies (SOAS) telah didirikan pada
tahun 1916. Kedua-dua institut ini memainkan peranan penting dalam usaha mengkaji dan
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
178
mengumpul bahan-bahan tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Seterusnya, kedua-dua
institut ini menjadi model kepada pembentukan Pengajian Melayu di Malaya. Institusi pertama
yang mengkhusus dalam bidang Pengajian Melayu ditubuhkan pada tahun 1953 di Universiti
Malaya, Singapura. Jabatan Pengajian Melayu ini ditubuhkan hasil daripada Laporan
Suruhanjaya untuk pendidikan universiti di Malaya. Pada tahun yang sama, Za’ba telah dilantik
menjadi ketua jabatan Pengajian Melayu yang pertama sehingga tahun 1958. Jabatan Pengajian
Melayu kemudiannya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan R.
Roolvink dilantik sebagai ketua jabatan bermula pada tahun 1959 sehingga tahun 1963.
Penubuhan Pengajian Melayu bertujuan untuk menjadi pusat penggemblengan kebudayaan
Melayu, memupuk dan menyambung kesarjanaan kesusasteraan serta tradisi rakyat Melayu dan
memodenkan bahasa Melayu (Mohd. Taib, 2004). Pada waktu itu, bahasa pengantar bagi
pengajian Melayu ialah bahasa Inggeris. Dengan kata lain, kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam bidang ilmu Pengajian Melayu masih disangsikan. Namun dengan
semangat perjuangan dan semangat kebangsaan yang berkobar-kobar dalam kalangan pejuang
bahasa Melayu telah sedikit demi sedikit mengubah kedudukan bahasa Melayu sama ada dalam
perlembagaan termasuklah dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, peranan Pengajian Melayu adalah
untuk melahirkan para mahasiswa yang dapat mengisi keperluan yang mendesak dalam bidang
pendidikan. Di samping itu, Pengajian Melayu turut menangani pelbagai aspek perancangan
bahasa Melayu. Dengan perancangan yang rapi, bahasa Melayu berjaya menjadi bahasa
pengantar dalam bidang pendidikan di sekolah-sekolah hingga ke peringkat pendidikan yang
lebih tinggi. Walau bagaimanapun satu hal yang perlu disedari oleh setiap pihak bahawa
pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara bukanlah
semata-mata berkaitan dengan bangsa Melayu. Sebagaimana pandangan Awang Sariyan (2016),
manfaat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan berkait rapat dengan
kepentingan negara untuk semua bangsa sebagai wahana perpaduan. Sebagai perbandingan,
senario ini dapat dilihat jelas dalam konteks varian bahasa Melayu di Indonesia, yang mana
bahasa Indonesia merupakan bahasa nasional, bahasa rasmi atau bahasa negara bangsa Indonesia
dalam kalangan masyarakatnya yang multi etnik (Hassan Ahmad, 2004) dan bukannya untuk
kepentingan pihak atau etnik yang tertentu sahaja.
PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU DI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA DAN CABARANNYA
Program Pengajian Bahasa Melayu sebagai salah satu bidang yang berkembang daripada
Pengajian Melayu, menjadi salah satu daripada program pengajian yang ditawarkan di
universiti-universiti tempatan. Program ini ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program-program ini ditawarkan atas nama Program
Bahasa Melayu atau Program Linguistik Melayu.
Di UKM, Program Pengajian Bahasa Melayu ditubuhkan pada tahun 2001, yang mana
sebelumnya pengajian yang melibatkan bahasa berada di bawah Jabatan Linguistik. Dengan
penstrukturan Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (FSKK) yang kemudiannya
menjadi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK) pada tahun 2001, maka Program
Pengajian Bahasa Melayu turut ditubuhkan di bawah Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
179
dan Kebudayaan Melayu, bersama dengan Program Persuratan Melayu, dan Program
Kebudayaan Melayu yang kini dikenali juga sebagai Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU)
bermula pada Oktober 2016. Program Pengajian Bahasa Melayu menitikberatkan tiga aspek
utama iaitu bahan kajian, pendekatan dan sumbangan ilmu (Karim Harun et al., 2015). Dari segi
bahan kajian, bahannya memfokuskan bahasa Melayu dan juga dialek-dialeknya mahupun
bahasa serumpunnya. Dalam hal ini, Program Pengajian Bahasa Melayu menumpukan kajian
atau penelitian ke atas bahasa Melayu standard, bahasa Melayu Kolokial dan dialek-dialek
Melayu serumpunnya. Dari aspek pendekatan pula, Program Pengajian Bahasa Melayu
mengarah kepada penerapan teori-teori mahupun pendekatan linguistik terkini dalam
menganalisis atau menangani isu dan persoalan yang berkaitan bidang bahasa Melayu, sama ada
dari segi teoretisnya mahupun aplikasinya. Aspek yang ketiga ialah dari segi sumbangan ilmu.
Untuk mencapai ketiga-tiga aspek tersebut, Program Pengajian Bahasa Melayu telah
menawarkan kursus yang bukan sahaja menumpukan aspek pengetahuan atau penguasaan ilmu
linguistik. Malah, kursus-kursus yang mengarah kepada bidang pekerjaan juga telah ditawarkan.
Hal ini dapat dilihat daripada semakan atau perubahan kurikulum yang berlaku pada sesi
pengajian 2011/2012, yang mana selain menawarkan kursus-kursus teras linguistik seperti
sintaksis, morfologi, fonologi, semantik dan lain-lain, program ini juga telah menawarkan
kursus-kursus aplikasi misalnya pengeditan teks, bahasa dan media massa, penterjemahan dan
leksikografi. Kursus-kursus tersebut diharap mampu menyumbang kepada kebolehpasaran dari
segi mewujudkan peluang pekerjaan kepada setiap graduannya misalnya kerjaya yang berkaitan
dengan pendidikan seperti pensyarah/guru bahasa, pegawai bahasa, guru, penyunting, wartawan
dan pentadbir dan lain-lain. Hal ini juga selaras dengan matlamat yang dan hala tuju yang
tetapkan oleh fakulti dan juga Pusat Penyelidikan Bitara Melayu yang salah satunya adalah
untuk melahirkan graduan yang berkebolehan dan berdaya saing untuk pasaran tenaga kerja
(FSSK, 2016:132). Walau bagaimanapun, perkembangan mutakhir telah mencetuskan cabaran
baharu kepada Program Pengajian Bahasa Melayu khususnya dalam usaha menangani ketiga-
tiga aspek tadi iaitu, bahan kajian, pendekatan dan juga sumbangan ilmu. Antara persoalan yang
timbul, adakah Program Pengajian Bahasa Melayu pada masa kini mampu menyerlahkan
kebitaraannya dalam ketiga-tiga aspek tersebut?
Menyentuh tentang kata kebitaraan, ‘kebitaraan’ bersinonim dengan beberapa perkataan
iaitu ‘keunggulan’, ‘kekhususan’, ‘keunikan’, ‘keistimewaan’ dan ‘ketiadataraan’
(http://ekamus.dbp.gov.my/katadetail.aspx?ktid=12851). Ditinjau dalam konteks pendidikan
bahasa Melayu, persoalan kebitaraan program ini pernah dibincangkan oleh Zulkifley (2004).
Beliau menjelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kebitaraan program pendidikan
bahasa Melayu dalam konteks pemboleh ubah bangsa/etnik dan faktor persekitaran sekolah.
Menurut Zulkifley, faktor etnik dilihat dalam konteks kesedaran bahawa penutur bahasa pertama
dan kedua seharusnya dibezakan apabila mereka mengikuti program pendidikan bahasa Melayu.
Hal ini disebabkan penutur bahasa pertama telah menguasi pengetahuan bahasa sejak kecil
dalam persekitaran semulajadi, sedangkan penutur bahasa kedua pula biasanya menguasai
pengetahuan bahasa kedua mereka menerusi proses pendidikan yang bersifat formal. Faktor
persekitaran pula dilihat dalam konteks bagaimana faktor persekitaran boleh mewujudkan kesan
positif ataupun kesan negatif dalam proses pengajaran dan pempelajaran program pendidikan
bahasa Melayu.
Dalam hal ini program pendidikan bahasa yang bitara ialah program yang dapat
memanfaatkan persekitaran untuk memangkin proses penguasaan pengetahuan bahasa dan
seterusnya meminimakan pengaruh negatif daripada persekitaran. Dalam konteks perbincangan
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
180
kajian ini, persoalan kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu, dilihat dalam konteks
sejauhmanakah kebitaraan program pengajian ini pada masa kini, daripada konteks kaca mata
para mahasiswa. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan dengan objektif untuk
meneliti persepsi dan harapan mahasiswa terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ialah set soalan bercetak yang
digunakan untuk memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada responden kajian
(David et al., 2010). Set borang soal selidik yang mengandungi sejumlah 10 item pernyataan
yang berkaitan dengan persepsi dan harapan, diedarkan kepada 155 responden yang merupakan
mahasiswa Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, yang mengikuti Program Pengajian Bahasa Melayu
di UKM bagi Semester 1 Sesi 2016/2017. Responden diminta mengisi penilaian mereka
terhadap 10 item pernyataan yang berkaitan. Setiap item pernyataan tersebut diberikan 5 pilihan
penilaian atau respon berdasarkan lima Skala Likert iaitu 5 Sangat Setuju, 4 Setuju, 3 Tidak
Pasti, 2 Tidak Setuju dan 1 sangat tidak setuju. Data soal selidik dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Penginterpretasian terhadap data
dipaparkan dalam bentuk jadual dan dihuraikan secara deskriptif statistik dalam bentuk
peratusan (%).
DAPATAN DAN ANALISIS
Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan demografi responden dari segi tahun atau tahap pengajian yang terlibat
dalam soal-selidik ini. Daripada keseluruhan jumlah 155 responden atau mahasiswa Program
Pengajian Bahasa Melayu tersebut, sejumlah 58 orang atau 37.4% merupakan mahasiswa Tahun
1, 56 orang atau 36.1% mahasiswa Tahun 2 dan 41 orang atau 26.5% ialah mahasiswa daripada
Tahun 3.
JADUAL 1. Tahun/Tahap Pengajian
Bil. Tahun/Tahap Pengajian Bilangan Peratus (%)
1 Tahun 1 58 37.4%
2 Tahun 2 56 36.1%
3 Tahun 3 41 26.5%
Total 155 100%
Sumber: Soal Selidik 2016
Jadual 2 menunjukkan demografi responden dari segi jantina. Keseluruhannya, soal selidik ini
melibatkan 132 orang pelajar perempuan/mahasiswi atau 85.%, manakala jumlah pelajar lelaki
yang terlibat pula ialah 23 orang atau 14.8%.
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
181
JADUAL 2. Jantina
Bil. Jantina Bilangan Peratus (%)
1 Lelaki 23 14.8%
2 Perempuan 132 85.2%
Total 155 100%
Sumber : Soal Selidik 2016
Dari aspek bangsa atau kaum pula, jadual menunjukkan sejumlah 142 orang responden atau
91.8% ialah mahasiswa daripada kaum Melayu, 2 responden atau 1.3% daripada kaum Cina, 3
responden atau 1.9% ialah mahasiswa daripada kaum India, 5 responden atau 3.2% ialah
mahasiswa daripada Bumiputera Sabah/Sarawak dan lain-lain bangsa sejumlah 3 responden atau
1.9%.
JADUAL 3. Bangsa
Bil. Bangsa/Kaum Bilangan Peratus (%)
1 Melayu 142 91.8%
2 Cina 2 1.3%
3 India 3 1.9%
4 Bumiputera
Sabah/Sarawak
5 3.2%
5 Lain-lain 3 1.9%
Total 155 100%
Sumber: Soal Selidik 2016
Jadual 4 menunjukkan demografi dari segi kelayakan responden memasuki Program Pengajian
Bahasa Melayu di UKM. Sebahagian besar responden yang memasuki program ini adalah
berdasarkan kelayakan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), iaitu sejumlah 92 orang atau
59.4%. Ini diikuti oleh kelayakan diploma sejumlah 53 orang atau 34.2%, matrikulasi sejumlah
9 orang atau 5.8% dan lain-lain kelayakan sejumlah 1 orang atau 6%.
JADUAL 4. Kelayakan Masuk
Bil. Tahap Pendidikan Bilangan Peratus (%)
1 STPM 92 59.4%
2 Diploma 53 34.2%
3 Matrikulasi 9 5.8%
4 Lain-lain 1 6%
Total 155 100%
Sumber : Soal Selidik 2016
Pemilihan responden ke atas Program Pengajian Bahasa Melayu di peringkat UPU, dapat dilihat
menerusi jadual 5 yang terbahagi kepada lima pilihan iaitu pilihan pertama, pilihan kedua,
pilihan ketiga, pilihan keempat dan pilihan kelima. Sejumlah 100 orang responden atau 64.5%
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
182
memilih Program Pengajian Bahasa Melayu sebagai pilihan pertama, manakala sejumlah 41
responden atau 26.5% memilih program ini sebagai pilihan kedua. Ini diikuti oleh 36 atau 3.9%
responden memilih program ini sebagai pilihan ketiga, manakala sebagai pilihan keempat dan
kelima, masing-masing diwakili oleh 5 responden atau 3.2% dan 3 responden atau 1.9%.
JADUAL 5. Pemilihan Program Pengajian Bahasa Melayu di UPU
Bil. Pilihan Bilangan Peratus (%)
1 Pilihan Pertama 100 64.5%
2 Pilihan Kedua 41 26.5%
3 Pilihan Ketiga 36 3.9%
4 Pilihan Keempat 5 3.2%
5 Pilihan Kelima 3 1.9%
Total 155 100%
Sumber: Soal Selidik 2016
Jadual 6 menunjukkan demografi dari segi sumber maklumat mengenai program pengajian.
Daripada jadual tersebut, didapati bahawa pihak guru merupakan sumber utama kepada para
responden untuk mengetahui maklumat tentang Program Pengajian Bahasa Melayu. Hal ini
diwakili oleh 80 orang responden atau 51.6%. Ini diikuti oleh laman web pusat
pengajian/fakulti/universiti, iaitu sejumlah 49 orang atau 31.9% responden yang mendapatkan
maklumat daripada sumber ini atas talian ini. Selanjutnya, sumber maklumat mengenai Program
Pengajian Bahasa Melayu juga diperolehi daripada rakan, iaitu sejumlah 16 orang responden
atau 10.3%. Sumber maklumat lain yang diperolehi oleh responden adalah daripada saudara-
mara iaitu sejumlah 6 responden atau 3.9% dan akhir sekali lain-lain sumber maklumat,
sejumlah 4 orang responden atau 2.6%.
JADUAL 6. Sumber Maklumat Mengenai Program Pengajian
Bil. Sumber Bilangan Peratus (%)
1 Rakan 16 10.3%
2 Guru 80 51.6%
3 Saudara-mara 6 3.9%
4 Laman Web Pusat
Pengajian/Fakulti/
Universiti
49 31.6%
5 Lain-lain 4 2.6%
Total 155 100%
Sumber : Soal Selidik 2016
Analisis Soal Selidik
Untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi dan harapan mahasiswa yang mengikuti
Program Pengajian Bahasa Melayu, di UKM, sejumlah 10 item pernyataan yang berkaitan telah
dilampirkan di dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Dapatan soal
selidik tersebut dikemukakan mengikut tahun pengajian iaitu mahasiswa yang mengikuti
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
183
pengajian pada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Dapatan analisis tersebut dikemukakan dalam
perbincangan yang berikutnya.
Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 1 Terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu
Soal selidik mengenai persepsi dan harapan terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu di
UKM, dijalankan ke atas sejumlah 58 orang responden iaitu mahasiswa Tahun 1. Dapatan soal
selidik tersebut dikemukakan menerusi jadual yang berikut:
JADUAL 7. Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 1 Terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu
Item
Pernyataan
Sangat
Setuju
(SS)
Setuju
(S)
Tidak
Pasti
(TP)
Tidak
Setuju
(TS)
Sangat
Tidak
Setuju
(STS)
1 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu menjadikan saya seorang yang
berwibawa dalam bidang bahasa Melayu.
55.2%
43.1%
1.7%
-
-
2 Program Pengajian Bahasa Melayu
melahirkan graduan yang berkualiti.
58.6%
39.7%
1.7%
-
-
3 Program Pengajian Bahasa Melayu
mempunyai reputasi yang baik dalam
kalangan masyarakat.
36.2%
44.8%
13.8%
3.4%
1.7%
4 Program Pengajian Bahasa Melayu
menyediakan peluang pekerjaan yang
cerah.
31.0%
44.8%
22.4%
1.7%
-
5 Program Pengajian Bahasa Melayu
memenuhi kehendak pasaran semasa.
19.0%
44.8%
31.05%
5.2%
-
6 Saya berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sarjana dalam
Program Pengajian Bahasa Melayu.
56.9%
31.0%
12.1%
-
-
7 Saya menggalakkan adik-adik/saudara-
mara/rakan-rakan untuk menyambung
pengajian di Program Pengajian Bahasa
Melayu.
36.2%
55.2%
3.4%
-
5.2%
8 Saya berharap untuk mendapat
pekerjaan yang sesuai dalam bidang
kerjaya yang berkaitan dengan bidang
Program Pengajian bahasa Melayu.
56.9%
39.7%
3.4%
-
-
9 Program Pengajian Bahasa Melayu akan
terus berkembang seiring dengan
peredaran masa.
51.7%
37.9%
8.6%
1.7%
-
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
184
10 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu mencapai status program
pengajian linguistik yang disegani di
peringkat antarabangsa.
51.7%
44.8 %
3.4 %
-
-
Sumber : Soal Selidik 2016
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas mahasiswa Tahun 1 yang mengikuti
Program Pengajian Bahasa Melayu, di UKM, didapati sejumlah 55.2% responden sangat
bersetuju dan 43.1% bersetuju dengan pernyataan dalam Item 1, sementara 58.6% responden
sangat bersetuju dan 39.7% bersetuju dengan pernyataan dalam Item 2. Dengan kata lain, secara
puratanya responden menunjukkan harapan dan persepsi yang positif bahawa Program
Pengajian Bahasa Melayu mampu melahirkan individu yang berwibawa dalam bidang bahasa
Melayu dan mampu menghasilkan graduan yang berkualiti. Sehubungan dengan Item 3
mengenai reputasi Program Pengajian Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pula,
meskipun terdapat 13.8% responden yang tidak pasti mengenai hal ini, namun peratusan 36.2%
bagi responden yang sangat bersetuju, dan 44.8 % bagi responden yang bersetuju dengan aspek-
aspek tersebut, menunjukkan bahawa secara puratanya responden mempunyai persepsi dan
keyakinan yang tinggi bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu mempunyai reputasi yang
baik dalam kalangan masyarakat.
Item 4 dan 5, masing-masing diwakili oleh 31.0 % responden yang sangat bersetuju
bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu berupaya menyediakan peluang pekerjaan yang
cerah, manakala 19.0% pula sangat bersetuju bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu memenuhi kehendak pasaran semasa. Hal ini turut disokong oleh sejumlah 44.8%
responden yang masing-masing bersetuju dengan kedua-dua pernyataan dalam Item 4 dan 5
tersebut, meskipun terdapat 22.4% dan 31.05% responden yang masing-masing tidak pasti
dengan kedua-dua hal ini. Sehubungan dengan Item 6, iaitu harapan responden untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam Program Pengajian Bahasa Melayu,
sejumlah 56.9% responden sangat bersetuju, 31.01% bersetuju dan 12.1% tidak pasti tentang hal
ini. Sementara itu, sejumlah 55.2% responden bersetuju dengan Item 7, iaitu menggalakkan
adik-adik/saudara mara dan rakan-rakan untuk menyambung pengajian dalam Program
Pengajian Bahasa Melayu, manakala 36.2 % pula memilih sangat bersetuju, 3.4% tidak pasti,
manakala selebihnya 5.2% tidak bersetuju. Meskipun terdapat perbezaan antara Item 6 dan 7
dari segi peratusan, namun dapat dirumuskan bahawa keyakinan dan harapan responden
berhubung kedua-dua Item tersebut adalah masih positif.
Dapatan bagi Item 8, 9 dan 10, menunjukkan keyakinan dan harapan yang tinggi dalam
kalangan responden berhubung kesesuaian kerjaya berkaitan bidang Program Pengajian Bahasa
Melayu dan masa depan Program Pengajian Bahasa Melayu. Dalam hal ini, sejumlah 56.9%
responden sangat bersetuju dan 39.9% bersetuju dengan Item 8, bahawa bidang kerjaya yang
diharapkan adalah yang berkaitan dengan Program Pengajian Bahasa Melayu, manakala 3.4%
selebihnya memilih tidak pasti berhubung hal ini. Sebilangan besar responden juga percaya
bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu akan berkembang seiring dengan peredaran masa
iaitu sejumlah 51.7% sangat bersetuju dengan hal ini, 37.9% bersetuju, manakala sebilangan
kecil responden tidak pasti iaitu 8.6% dan 1.7% tidak bersetuju dengan hal ini. Akhir sekali Item
10, responden menunjukkan harapan yang tinggi bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu mencapai status program pengajian linguistik yang disegani di peringkat antarabangsa
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
185
yang diwakili oleh sejumlah 51.7% responden yang sangat bersetuju dengan hal ini, 44.8%
bersetuju manakala baki 3.4% tidak pasti tentang hal ini.
Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 2
Terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu
Soal selidik mengenai persepsi dan harapan terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu di
UKM, dijalankan ke atas sejumlah 56 orang responden iaitu mahasiswa Tahun 2. Dapatan soal
selidik dikemukakan menerusi jadual yang berikut:
JADUAL 8. Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 2 Terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu
Item
Pernyataan
Sangat
Setuju
(SS)
Setuju
(S)
Tidak
Pasti
(TP)
Tidak
Setuju
(TS)
Sangat
Tidak
Setuju
(STS)
1 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu menjadikan saya seorang yang
berwibawa dalam bidang bahasa
Melayu.
33.9%
64.3%
1.8%
-
-
2 Program Pengajian Bahasa Melayu
melahirkan graduan yang berkualiti.
32.1%
62.5%
5.4%
-
-
3 Program Pengajian Bahasa Melayu
mempunyai reputasi yang baik dalam
kalangan masyarakat.
21.4%
66.1%
10.7%
1.8%
-
4 Program Pengajian Bahasa Melayu
menyediakan peluang pekerjaan yang
cerah.
12.5%
42.9%
37.5%
7.1%
-
5 Program Pengajian Bahasa Melayu
memenuhi kehendak pasaran semasa.
5.4%
42.9%
44.6%
5.4%
1.8%
6 Saya berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sarjana dalam
Program Pengajian Bahasa Melayu.
37.5%
41.1%
17.9%
1.8%
1.8%
7 Saya menggalakkan adik-adik/saudara-
mara/rakan-rakan untuk menyambung
pengajian di Program Pengajian
Bahasa Melayu.
26.8%
57.1%
14.3%
-
1.8%
8 Saya berharap untuk mendapat
pekerjaan yang sesuai dalam bidang
kerjaya yang berkaitan dengan bidang
Program Pengajian bahasa Melayu.
55.4%
37.5%
3.6%
3.6%
-
9 Program Pengajian Bahasa Melayu
akan terus berkembang seiring dengan
peredaran masa.
42.9%
42.2%
8.9%
-
-
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
186
10 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu mencapai status program
pengajian linguistik yang disegani di
peringkat antarabangsa.
51.8%
48.2%
-
-
-
Sumber: Soal Selidik 2016
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas mahasiswa Tahun 2 yang mengikuti Program
Pengajian Bahasa Melayu di UKM, didapati sejumlah 33.9% responden sangat bersetuju dan
64.3% bersetuju dengan pernyataan dalam Item 1, iaitu Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu menjadikan mereka graduan yang berwibawa dalam bidang bahasa Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa secara puratanya responden mempunyai persepsi dan keyakinan yang
tinggi bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu meskipun terdapat 1.8% responden yang tidak
pasti mengenai hal ini. Seterusnya berhubung dengan Item 2, sejumlah 62.5% responden
bersetuju bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu mampu melahirkan graduan yang
berkualiti. Hal ini ini diikuti oleh 32.1% responden yang sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut, manakala selebihnya iaitu sejumlah 5.4% responden tidak pasti mengenai hal ini.
Berhubung dengan Item 3, sejumlah 66.1% responden bersetuju bahawa Program
Pengajian Bahasa Melayu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan masyarakat. Walau
bagaimanapun didapati bahawa hanya 21.4% responden yang sangat bersetuju dengan
pernyataan ini, manakala 10.7% responden tidak pasti dan 1.8% selebihnya, tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Bagi Item 4, berhubung dengan kemampuan Program Pengajian
Bahasa Melayu dalam menyediakan peluang pekerjaan yang cerah, hasil soal selidik
menunjukkan bahawa 42.9% responden bersetuju dengan pernyataan ini, diikuti oleh 37.5%
responden yang tidak pasti mengenai pernyataan ini, manakala yang sangat bersetuju sejumlah
12.5% sahaja dan selebihnya 7.1% tidak bersetuju. Dari aspek kemampuan Program Pengajian
Bahasa Melayu dalam memenuhi kehendak pasaran semasa pula (Item 5), didapati sejumlah
42.9% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Walau bagaimanapun, dapatan analisis
menunjukkan bahawa sejumlah 44.6% responden yang tidak pasti mengenai pernyataan ini,
manakala yang sangat bersetuju sejumlah 5.4% responden sahaja dan begitu juga dari segi
responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut sejumlah 5.4%. Selebihnya ialah
responden yang tidak bersetuju iaitu 1.8% responden.
Selanjutnya berhubung dengan Item 6, sejumlah 41.1% responden bersetuju dengan
bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu mampu mengerakkan hasrat responden untuk
melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Hal ini diikuti oleh sejumlah 37.5% yang juga turut
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut, diikuti oleh 17.9% yang tidak pasti, manakala
1.8% masing-masing diwakili oleh responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju
dengan pernytaan tersebut. Bagi Item 7 berhubung dengan kesediaan responden dalam
menggalakkan saudara/adik-beradik/rakan-rakan untuk menyambung pengajian dalam Program
Pengajian Bahasa Melayu, didapati sebahagian besar responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut iaitu sejumlah 57.1%. Walau bagaimanapun dapatan menunjukkan bahawa hanya
26.8% responden yang sangat bersetuju dengan hal ini, manakala 14.3% pula tidak pasti dan
selebihnya 1.8% sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Berhubung dengan Item 8, iaitu harapan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dalam
kerjaya yang berkaitan dengan bidang kerjaya yang ditawarkan dalam Program Pengajian
Bahasa Melayu pula, sejumlah besar responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini iaitu
55.4%. Ini diikuti oleh sejumlah 37.5% responden yang bersetuju dan diikuti oleh 3.6 % yang
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
187
masing-masing diwakili oleh responden yang tidak pastu dan tidak bersetuju. Seterusnya
berhubung dengan Item 9 iaitu tentang keyakinan bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu
akan terus berkembang seiring dengan peredaran masa, sejumlah 48.2% responden bersetuju
dengan pernyataan ini, diikuti oleh 42.9% responden yang sangat bersetuju dengan hal tersebut,
manakala responden yang tidak pasti mengenai hal ini diwakili oleh 8.9%. Akhir sekali Item 10
berhubung kemampuan Program Pengajian Bahasa Melayu mencapai status sebagai program
linguistik yang disegani di peringkat antarabangsa, sebahagian besar responden sangat bersetuju
dengan pernyataan tersebut iaitu sejumlah 51.8%, dan diikuti oleh 48.2% bersetuju.
Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 3 Terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu
Soal selidik mengenai persepsi dan harapan terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu di
UKM dijalankan ke atas sejumlah 41 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Tahun 3.
Dapatan soal selidik dikemukakan menerusi jadual yang berikut:
JADUAL 9. Persepsi dan Harapan Mahasiswa Tahun 3 Terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu
Item
Pernyataan
Sangat
Setuju
(SS)
Setuju
(S)
Tidak
Pasti
(TP)
Tidak
Setuju
(TS)
Sangat
Tidak
Setuju
(STS)
1 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu menjadikan saya seorang yang
berwibawa dalam bidang bahasa Melayu.
29.3%
61.0%
7.3%
-
2.4%
2 Program Pengajian Bahasa Melayu
melahirkan graduan yang berkualiti.
36.6%
48.8%
12.2%
-
2.4%
3 Program Pengajian Bahasa Melayu
mempunyai reputasi yang baik dalam
kalangan masyarakat.
26.8%
39.0%
19.5%
14.6%
-
4 Program Pengajian Bahasa Melayu
menyediakan peluang pekerjaan yang
cerah.
17.1%
48.8%
31.7%
-
2.4%
5 Program Pengajian Bahasa Melayu
memenuhi kehendak pasaran semasa.
7.3%
46.3%
41.5%
4.9%
-
6 Saya berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sarjana dalam
Program Pengajian Bahasa Melayu.
26.8%
29.3%
28.8%
14.6%
2.4%
7 Saya menggalakkan adik-adik/saudara-
mara/rakan-rakan untuk menyambung
pengajian di Program Pengajian Bahasa
Melayu.
26.8%
46.3%
9.8%
17.1%
-
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
188
8 Saya berharap untuk mendapat
pekerjaan yang sesuai dalam bidang
kerjaya yang berkaitan dengan bidang
Program Pengajian bahasa Melayu.
43.9%
43.9%
9.8%
2.4%
-
9 Program Pengajian Bahasa Melayu akan
terus berkembang seiring dengan
peredaran masa.
36.6%
51.2%
9.8%
2.4%
-
10 Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu mencapai status program
pengajian linguistik yang disegani di
peringkat antarabangsa.
41.5%
43.9%
12.2%
2.4%
-
Sumber : Soal Selidik 2016
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas mahasiswa Tahun 3 yang mengikuti
Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM, sejumlah 61.0% responden bersetuju dengan
pernyataan dalam Item 1, iaitu bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu mampu menjadikan
mereka graduan yang berwibawa dalam bidang bahasa Melayu. Hal ini diikuti oleh sejumlah
29.3% responden sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut, manakala selebihnya tidak pasti
iaitu 7.3% dan 2.4% diwakili oleh responden yang sangat tidak bersetuju. Seterusnya berhubung
dengan Item 2, sejumlah 48.8% responden bersetuju bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu
mampu melahirkan graduan yang berkualiti. Hal ini ini diikuti oleh sejumlah 36.6% responden
yang sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut, manakala selebihnya 12.2% responden tidak
pasti mengenai hal ini dan 2.4% responden sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Berhubung dengan Item 3 bahawa Program Pengajian Bahasa Melayu mempunyai
reputasi yang baik dalam kalangan masyarakat, sejumlah 39.0% responden bersetuju dengan
pernyataan tersebut diikuti oleh 26.8% yang sangat bersetuju. Walau bagaimanapun dapatan
menunjukkan bahawa terdapat 19.5% responden yang tidak pasti tentang hal tersebut manakala
selebihnya 14.6% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dari segi keyakinan terhadap
Program Pengajian Bahasa Melayu dalam menyediakan peluang pekerjaan yang cerah (Item 4),
sebahagian besar responden bersetuju dengan hal tersebut iaitu sejumlah 48.8%, diikuti oleh
31.7% responden yang tidak pasti, 17.1% responden sangat bersetuju, sementara selebihnya
memilih sangat tidak bersetuju iaitu 2.4%.
Item 5 berhubung dengan kemampuan Program Pengajian Bahasa Melayu memenuhi
kehendak pasaran semasa, sejumlah 46.3% responden bersetuju dengan hal tersebut. Walau
bagaimanapun didapati bahawa terdapat 28.8% responden yang tidak pasti mengenai hal ini,
manakala terdapat 26.8% responden yang sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Selebihnya ialah 4.9% yang diwakili oleh responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Berhubung dengan Item 6, sejumlah 29.3% responden bersetuju dengan bahawa
Program Pengajian Bahasa Melayu mampu mengerakkan hasrat responden untuk melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana. Hal ini diikuti oleh sejumlah 26.8% responden yang sangat
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Walau bagaimanapun analisis data menunjukkan bahawa
terdapat 28.8% responden yang tidak pasti mengenai hal ini, manakala selebihnya iaitu 14.6%
dan 2.4%, masing-masing diwakili oleh responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak
bersetuju.
Bagi Item 7 berhubung dengan kesediaan responden dalam menggalakkan saudara/adik-
beradik/rakan-rakan untuk menyambung pengajian dalam Program Pengajian Bahasa Melayu,
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
189
didapati sebahagian besar responden bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu sejumlah 46.3%.
Hal ini diikuti oleh 26.8% responden yang sangat bersetuju dengan hal tersebut, manakala
selebihnya 17.1% responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selebihnya 9.8%
diwakili oleh responden yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Berhubung dengan Item 8,
iaitu harapan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang
kerjaya yang ditawarkan dalam Program Pengajian Bahasa Melayu pula, didapati responden
sangat bersetuju dengan pernyataan ini, iaitu 43.9% responden. Responden yang sangat
bersetuju dengan pernyataan Item 8 juga diwakili oleh sejumlah 43.9%. Selanjutnya, terdapat
9.8% responden yang tidak pasti dengan hal tersebut, sementara responden yang tidak bersetuju
adalah sejumlah 2.4%.
Seterusnya berhubung dengan Item 9 iaitu tentang keyakinan bahawa Program Pengajian
Bahasa Melayu akan terus berkembang seiring dengan peredaran masa, sejumlah 51.2%
responden bersetuju dengan pernyataan ini, diikuti oleh 36.6% responden yang sangat bersetuju
dengan hal tersebut. Responden yang tidak pasti mengenai hal ini diwakili oleh sejumlah 9.8%,
manakala selebihnya 2.4% diwakili oleh responden yang tidak bersetuju dengan penyataan
tersebut. Akhir sekali Item 10 berhubung kemampuan Program Pengajian Bahasa Melayu
mencapai status sebagai program linguistik yang disegani di peringkat antarabangsa, sebahagian
besar responden sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu sejumlah 43.9%, diikuti oleh
41.5% responden yang bersetuju, 12.2% tidak pasti, sementara 2.4% lagi merupakan responden
yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
PERBINCANGAN
Kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu
Bahagian ini membincangkan kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM, menerusi
tinjauan ke atas persepsi dan harapan mahasiswa terhadap program pengajian ini. Persepsi
didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan atau
pandangan tentang sesuatu (Kamus Dewan, 2005:1193). Kata ‘harapan’ pula dikonsepsikan
sebagai sesuatu/seseorang yang diharapkan (Kamus Dewan, 2004: 513). Dalam kajian ini
tanggapan atau persepsi mahasiswa terhadap program pengajian yang diikuti dan juga harapan
mahasiswa terhadap program tersebut merupakan dua aspek yang difokuskan untuk melihat
kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM.
JADUAL 10. Persepsi Mahasiswa Terhadap Kualiti Ilmu
Program Pengajian Bahasa Melayu
Pernyataan Sangat Setuju Setuju
1. Program Pengajian Bahasa
Melayu mampu menjadikan
saya seorang yang berwibawa
dalam bidang bahasa Melayu.
29.3%
61.0%
2. Program Pengajian Bahasa
Melayu melahirkan graduan
yang berkualiti.
26.8%
39%
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
190
Berdasarkan dapatan soal selidik ini, didapati bahawa mahasiswa yang mengikuti
Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM mempunyai persepsi positif terhadap ilmu
linguistik Melayu yang diikuti sepanjang pengajian mereka. Malahan, mereka juga didapati
masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap peluang serta prospek kerjaya melalui ilmu
yang diikuti dalam pengajian mereka. Hal ini jelas terbukti menerusi rumusan dalam jadual 10
berikut, yang mewakili tahap keyakinan mahasiswa terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu
yang diikuti oleh mereka.
Daripada jadual tersebut jelas bahawa mahasiswa tidak meragui kualiti ilmu yang
diterima sepanjang mengikuti pengajian mereka dalam program ini. Keyakinan ini menunjukkan
bahawa kebitaraan bidang ilmu linguistik Melayu adalah setaraf dengan pengajian yang sama di
universiti-universiti lain sama ada di dalam dan luar negara. Seperti yang telah disebutkan dalam
pengenalan awal makalah ini, Program Pengajian Bahasa Melayu menitikberatkan tiga aspek,
iaitu bahan kajian, pendekatan dan sumbangan ilmu. Daripada segi bahan kajian bahasa,
bahannya masih sama, iaitu bahasa Melayu dan dialek-dialeknya. Daripada segi pendekatan,
penelitian bahasa sudah terkehadapan dalam menggunakan teori-teori linguistik terkini dan dari
segi sumbangan ilmu, program bahasa Melayu turut melibatkan pihak industri dan komuniti
agar nilai ilmu mahasiswa relevan dalam arus semasa. Dengan kata lain, Program Pengajian
Bahasa Melayu menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam kajian linguistik Melayu. Adunan
yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini sesungguhnya berkemampuan melahirkan
pakar dalam kajian linguistik Melayu dan sekaligus berupaya melahirkan graduan yang
berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki daya tahan kemelayuan yang tinggi. Dengan pengisian
ilmu yang bersifat kesemasaan, kepakaran tenaga pengajar serta penglibatan pihak industri dan
komuniti berupaya menjadikan para mahasiswa sangat yakin dengan kualiti ilmu linguistik yang
diterima oleh mereka. Justeru kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu dalam hal ini
sememangnya tidak diragukan lagi.
Walaupun bidang Pengajian Melayu sering dikelaskan sebagai bidang yang tidak
mempunyai masa depan kerjaya yang kompetetif; tidak seperti bidang perubatan, kejuruteraan,
undang-undang dan perakaunan, namun persepsi para mahasiswa masih tinggi dengan menaruh
harapan tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dalam bidang yang berkaitan dengan
bidang berkaitan bahasa Melayu. Hal ini terbukti apabila sejumlah 43.9% mahasiswa Tahun 3,
55.4% mahasiswa Tahun 2 dan 56.9% mahasiswa Tahun 1 menjawab soal selidik yang mahukan
kerjaya mereka dalam bidang pengajian bahasa Melayu.
Namun begitu, dalam konteks keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu pada masa
sekarang, adalah sesuatu yang sukar untuk memenuhi harapan tersebut sekiranya ia cuma
sekadar harapan. Para graduan sepatutnya boleh menjana karier mereka tanpa perlu terikat
kepada bidang pengajian yang diikuti semasa di universiti. Pendek kata, mahasiswa masa kini
harus bijak untuk membekalkan diri mereka dengan nilai-nilai tambahan untuk bersaing dengan
graduan dalam bidang lain. Para graduan tidak harus membataskan diri mereka untuk
berkecimpung dalam bidang yang berkait dengan bidang bahasa seperti menjadi guru,
penyunting atau pegawai perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Mahasiswa
dengan ilmu yang ada tidak seharusnya menceburi bidang yang dimahasiswai namun dengan
ijazah yang dimiliki boleh dijadikan tiket untuk menceburi apa sahaja bidang lain seperti
menjadi seorang usahawan, wartawan, dan lain-lain lagi. Bagi menyediakan mahasiswa yang
boleh berdikari, kini kursus-kursus keusahawanan mula diperkenalkan oleh universiti untuk
menyediakan mahasiswa dengan asas keusahawanan. Langkah Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT) melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2016-
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
191
2020, membuktikan betapa kerajaan memandang serius keperluan melahirkan graduan tempatan
yang bercirikan keusahawanan yang unggul. Ia adalah satu dokumen strategik yang bakal
meletakkan batu asas yang kukuh dalam membentuk modal insan yang mampu menjana peluang
pekerjaan bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk keseluruhan masyarakat.
Antara intipati penting yang terkandung dalam pelan tindakan bertempoh lima tahun
tersebut iaitu pelaksanaan yang bermatlamat untuk menganjakkan minda bakal graduan daripada
menjadi ‘pencari pekerjaan’ kepada ‘penjana pekerjaan’ setelah bergraduasi kelak
(http://www.utusan.com.my/rencana/graduan-perlu-ubah-mentaliti-1.277266). Sejajar dengan
hasrat KPT untuk menghasilkan graduan yang bercirikan usahawan, maka Program Pengajian
Bahasa Melayu turut menyahut hasrat tersebut. Program yang telah melalui proses semakan
semula kurikulum pada tahun 2008 dan 2015 telah menyemak semula struktur kursus. Bagi
menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada mahasiswa maka terdapat beberapa kursus
disemak semula dan diperbaharui dengan penambahan input-input keusahawanan. Antara kursus
yang memenuhi ciri keusahawanan ialah kursus Penyuntingan Teks dan Penterjemahan. Kursus
Bahasa Melayu Profesional pula merupakan kursus baharu yang bakal ditawarkan pada sesi
2017-2018. Kursus ini akan menyediakan mahasiswa ke arah bidang pengacaraan, bidang
penyampaian dan pengucapan awam seperti penceramah, pakar motivasi, perunding, moderator,
fasilitator, instruktor dan lain-lain lagi. Di samping itu, untuk bersaing dengan graduan lain pula,
mahasiswa haruslah mempunyai nilai tambah yang lain seperti memiliki personaliti menarik dan
mempunyai sikap yang sentiasa positif. Malah kebolehan berkomunikasi juga merupakan nilai
tambah yang sangat penting yang dapat memperlihatkan sisi berbeza antara graduan bidang
bahasa dengan antara graduan daripada bidang yang lain. Sebagaimana pandangan Zulkifley
Hamid (2012:231), aspek kecekapan berbahasa seseorang pengguna bahasa itu akan menjadikan
seseorang pengguna bahasa itu yang cemerlang atau sebaliknya, di samping aspek pengetahuan
bahasanya. Justeru kecemerlangan dalam berkomunikasi di sini pastinya turut berakar daripada
kecekapan berbahasa dalam konteks lisan mahupun penulisan dalam kalangan mahasiswa atau
graduan.
Dalam pada itu, walaupun para mahasiswa menyakini nilai ilmu yang diperolehi dan
menaruh harapan yang tinggi untuk menjawat jawatan dalam bidang yang berkait dengan bidang
ilmu yang dipelajari, namun apabila dikaitkan dengan bidang kerjaya yang sebenar, mereka
didapati agak sangsi berhubung dengan perkara tersebut. Hal ini terlihat daripada hasil soal
selidik apabila ditanyakan soalan yang dikaitkan antara bidang pengajian dengan kerjaya. Hal
ini dapat dilihat menerusi rumusan dapatan soal selidik yang dipaparkan dalam jadual yang
berikut.
JADUAL 11. Harapan Mahasiswa Terhadap Kerjaya
Pernyataan Tahun 1 Tahun 3
1. Program Pengajian Bahasa
Melayu menyediakan peluang
pekerjaan yang cerah.
31.0%
17.1%
2. Program Pengajian Bahasa
Melayu memenuhi kehendak
pasaran semasa.
19.0%
7.3%
Pada tahap peringkat awal pengajian, mahasiswa khususnya Tahun 1 yang menerima
tawaran mengikuti pengajian dalam program ini secara keseluruhannya tidak begitu memikirkan
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
192
apakah jenis kerjaya mereka selepas mengikuti pengajian kelak. Pada peringkat awal ini juga,
mahasiswa Tahun 1 juga mempunyai harapan dan jangkaan yang sangat besar untuk mendapat
pekerjaan apabila mengikuti program ini. Hal ini kerana pada tahap awal, mahasiswa hanya
ingin menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi selepas menamatkan
pengajian mereka pada peringkat tingkatan enam atau lepasan diploma. Dengan kata lain,
kebanyakan pelajar tingkatan enam dan diploma hanya berharap untuk mendapat tawaran yang
sesuai dengan kelulusan mereka. Mereka juga lebih bermatlamat untuk menjadi seorang
mahasiswa di intitusi pengajian tinggi, tanpa begitu memikirkan apakah bidang kerjaya yang
sesuai dengan kelulusan mereka. Walau bagaimanapun apabila mereka memasuki Tahun 3 iaitu
tahap akhir pengajian, harapan dan jangkaan awal tersebut didapati mula merosot sebagaimana
yang tergambar dalam jadual 11 tersebut. Hal ini memperlihatkan bahawa mahasiswa mula
sedar bahawa mengikuti program pengajian ini tidak bermakna bahawa mereka akan
memperoleh jawatan atau kerjaya mengikut bidang yang diceburi. Mereka mula berpijak di
bumi yang nyata. Dengan kata lain apabila mahasiswa mula memasuki tahun akhir iaitu tahun
ketiga, fasa memikirkan alam kerjaya mula bermain di dalam benak fikiran mereka.
Realitinya pada hari ini peluang pekerjaan baik dalam sektor awam mahupun swasta,
secara relatifnya masih sedikit dan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan bilangan graduan
yang dikeluarkan oleh 20 universiti awam dan universiti serta kolej swasta di samping institusi
kemahiran yang lain. Memang sukar untuk pasaran kerja tempatan menawarkan peluang
pekerjaan kepada semua graduan, apatah lagi dengan kadar gaji yang setaraf dengan kelayakan
masing-masing. Walaupun pahit untuk ditelan tetapi inilah senario sebenar yang sedang
dihadapi sekarang. Diharapkan agar para graduan akan memahami situasi ini dan bertindak
secara bijak demi masa depan mereka (http://www.utusan.com.my/rencana/graduan-perlu-ubah-
mentaliti-1.277266). Maka itu, pada tahap inilah para mahasiswa harus mula menilai semula
ilmu yang diikuti dengan permintaan kerjaya yang menanti mereka. Jika 10 tahun dahulu,
graduan bidang bahasa Melayu mendapat peluang yang mudah untuk menceburi bidang
perguruan atau pendidikan, menyertai perkhidmatan di sektor kerajaan terutamanya di lapangan
profesional seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Pegawai Tadbir Awam (PTA),
Pegawai Tadbir Negeri (PTN), Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai Penerbitan, Pegawai
Penyiaran, namun graduan bahasa Melayu kini tidak lagi mudah untuk mendapat peluang yang
sedemikian.
Justeru pada tahap inilah munculnya fikiran-fikiran tentang kerelevanan ilmu mulai
dipersoalkan. Antaranya timbul persoalan bahawa graduan yang dihasilkan oleh bidang bahasa
Melayu dikatakan tidak memenuhi kehendak pekerjaan atau dengan kata lain tidak market
driven. Hakikatnya, persepsi bahawa bidang bahasa atau bidang linguistik sukar untuk
menyediakan peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman adalah
tidak tepat dan tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan segera. Hal ini adalah kerana bidang
bahasa seperti lulusan bahasa Melayu, mempunyai potensi dan prospek yang luas di dalam
pasaran kerja di Malaysia, dan bukannya sekadar menjadi guru atau pensyarah bahasa sahaja
seperti mana yang lazim mejadi tanggapan tipikal selama ini. Bagi lulusan bahasa dan linguistik
Melayu, peluang pekerjaan di pasaran semasa masih terbuka luas dan tidak pernah tertutup sama
sekali kerana bidang ini begitu unik, konstruktif dan relevan dengan realiti pekerjaan dan
perkhidmatan semasa (http://mohamadsofee.blogspot.my/2007/12/potensi-prospek-kerjaya-
bahasa.html).
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
193
KESIMPULAN
Makalah ini membincangkan kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu di UKM, menerusi
tinjauan ke atas persepsi dan harapan mahasiswa terhadap program ini. Pada keseluruhannya,
persepsi mahasiswa terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu didapati amat positif. Program
ini bukan sahaja diiktiraf dari segi ilmu dan kepakaran, malah program ini juga telah diterima
pada peringkat antarabangsa. Dari aspek harapan, Program Pengajian Bahasa Melayu yang
merupakan sebahagian daripada bidang Pengajian Melayu akan terus relevan dan mampu
bersaing dengan bidang-bidang yang lain. Walau bagaimanapun aspek harapan mahasiswa
terhadap bidang kerjaya, perlulah diubah. Mahasiswa atau graduan seharusnya menyedari
bahawa universiti bukanlah semata-mata satu pusat yang berfungsi untuk menyediakan peluang
pekerjaan kepada mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian. Sebaliknya universiti hanya
menyediakan peluang untuk menimba ilmu pengetahuan serta membuka ruang kepada
mahasiswa untuk mengasah bakat dan kemahiran yang diperlukan bagi meneruskan survival
kehidupan mereka setelah bergraduasi kelak. Justeru masa depan adalah berada di tangan
graduan itu sendiri dan mereka seharusnya berani menyahut cabaran tersebut.
Sehubungan dengan itu, usaha untuk menjalankan penyelidikan berkaitan prospek dan
harapan graduan terhadap Program Pengajian Bahasa Melayu perlu dilakukan kerana ianya
sejajar dengan senario masa kini yang melihat bahawa pihak universiti bukan sahaja berfungsi
sebagai pusat yang membekalkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diambil, tetapi ia juga
haruslah menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan dunia pekerjaan. Untuk itu, sebagai
nilai tambah kepada graduan bidang bahasa bagi mempersiapkan diri di dalam dunia yang serba
mencabar pada masa kini, adalah disarankan agar mereka mengikuti kursus-kursus yang
berkaitan ataupun mengambil sijil, diploma dan ijazah lanjutan dalam bidang yang ingin
diceburi, sebagai langkah awal membuat anjakan paradigma dan melonjakkan nilai bidang
bahasa di tahap yang sewajarnya. Kita tidak lagi mahu mendengar kata-kata yang boleh
melemahkan semangat dan minat mahasiswa atau graduan institusi pengajian tinggi, bahawa
bidang bahasa Melayu atau Program Pengajian Bahasa Melayu hanya sesuai untuk mereka yang
menjadi guru sahaja, sedangkan peluang dan prospek bidang ini sebenarnya amat luas dan tiada
sempadan. Justeru, kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu bukan sahaja terletak pada
kekuatan bidang ilmu linguistik yang ditawarkan mahupun bergantung pada kursus-kursus yang
mempunyai prospek pasaran. Sebaliknya kebitaraan program ini juga harus dilihat dari segi
kemampuannya untuk melahirkan graduan yang benar-benar positif dan mampu bersaing serta
berani mengharungi arus cabaran ekonomi masa kini yang kompetetif.
RUJUKAN
Awang Sariyan. 2016. Mencari Makna Diri Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
Awang Sariyan. 2016. Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia: Perkembangan dan
Hala Tuju Masa Hadapannya. In. Fritz Schulze & Holger Warnk (Eds.). Insular
Southeast Asia: Linguistics and Cultural Studies in Honour of Bernd Nothofer.
Wiesbaden: Otto Harrasowitz GmbH & Co, pp. 53-64.
David C.L. Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md. Yassin, Mohd Kidin Shahran, Alias Mohd Yatim
& Abdul Razak Habib. 2011. Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
194
Hassan Ahmad. 2004. Bahasa Melayu dan Minda Melayu: Satu Tinjauan Kritis. Jurnal
Melayu, Bil. 1, 19-52.
http://ekamus.dbp.gov.my/katadetail.aspx?ktid=12851
Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat.
Karim Harun, Maslida Yusof, Sa’adiah Ma’alip & Kartini Abd. Wahab. 2015. Pemerkasaan
Modal Insan dalam Program Bahasa Melayu. Dlm. Maslida Yusof, Mohammmed
Azlan Mis, Yusmilayati Yunos & Mohamad Rodzi Abd. Razak. Malaysia-Indonesia:
Bahasa, Sastera dan Budaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.
141-149.
Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd Wahab. 2016. Melahirkan Warga yang
Berketrampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan
Komunikatif dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Geografia Malaysian Journal of
Society and Space, Volume 12 (9), 32-45.
Mohd Sofee Razak. Potensi Prospek Kerjaya Bahasa. 2007. Muat turun 10 Disember 2016
dari http://mohamadsofee.blogspot.my/2007/12/potensi-prospekerjayabahasa.html).
Mohd. Taib Osman. 2004. Budaya Bahasa dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Noor Mohamad Shakil Hameed. 2016. Graduan Perlu Ubah Mentaliti. Dlm. Utusan Online, 19
April (Atas talian). Muat turun 10 Disember 2016, dari
http://www.utusan.com.my/rencana/graduan-perlu-ubah mentaliti-1.277266).
Roosfa Hashim. 2011. Perkembangan Jurnal Ilmiah Melayu dalam Kalangan Melayu Watan.
Jurnal Melayu, (6), 137-152.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Panduan Prasiswazah: Sesi Akademik 2016/2017. Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Zulkifley Hamid. 2012. Keupayaan Berbahasa Melayu dalam Kerangka Satu Malaysia. e-Bangi,
Vol. 7, 224-234.
Zulkifley Hamid. 2014. Kebitaraan Program Pendidikan Bahasa Melayu: Faktor-Faktor yang
Menyumbang. Jurnal Melayu, Bil. 1, 101-113.
Biodata Penulis:
Kartini Abd Wahab
Penulis merupakan pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkhususan beliau ialah
bidang sintaksis.
Sa’adiah Ma’alip
Penulis merupakan pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau
ialah bidang sosiolinguistik.
Maslida Yusof
Penulis merupakan Profesor Madya di Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah
semantik dan pragmatik.
Jurnal Melayu
Bil. 15(2) 2016
ISSN 1675-7513
195
Karim Harun
Penulis merupakan Profesor Madya di Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah
leksikografi, psikolinguistik dan sejarah bahasa Melayu.
Top Related