Friedrich August Kekule von Stradonitz
BIODATADilahirkan : 7 September 1829
Tempat Lahir : Darmstadt, Grand Duchy of Hesse
Meninggal Dunia : 13 July 1896 ( 67 tahun )
Warganegara : Jerman
Institusi : Universiti Heidelberg Universiti Geissen Universiti Bonn
Ciri – ciri : Ramah, cerdas dan mempunyai bakat imaginasi.
Bahasa ; Perancis, Itali dan Inggeris.
Dikenali : Teori struktur kimia Tetravalens karbon Teori struktur benzena
Nama Bapa : Ludwig Karl Emil Kekulé (penasihat tentera)
Nama Ibu : Margarethe
Isteri : Stéphanie Drory
Anak : Stephan Kekulé von Stradonitz
Semasa kuliah di Universiti Geissen, sebuah keputusan besar telah merubah kehidupan Kekulle.
Beliau memilih untuk bertukar ilmu arkitek kepada ilmu kimia, walaupun ditentang oleh keluarganya.
Keluarganya beranggap ilmu kimia tidak mempunyai masa depan.
Walau bagaimanapun, semangat Kekule tidak luntur kerana Kekule mengangap tidak ada perbezaan antara arkitek dan kimia sebab kimia juga merupakan arkitektur molekul.
Keberaniannya mengambil keputusan ini tidak terlepas dari pengaruh yang diberikan oleh Justus Von Liebig yang menciptakan imaginasi yang menarik tentang ilmu kimia.
Pada tahun 1851, Kekule telah lulus dan melanjutkan
pelajarannya ke Paris untuk mendapatkan gelar Doktor
(1851-1852), di Chur, Switzerland (1852-1853) dan di London (1853-1855), di mana
beliau dipengaruhi oleh Alexander Williamson.
Pada tahun 1856, Kekule kembali ke Jerman dan di ambil sebagai guru besar kimia di Universiti
Heidelberg.
Sewaktu itu Kekule tertarik pada teori valensi yang dikembangkan oleh Frankland.
Setiap atom mempunyai kemampuan untuk bergabung dengan atom lain.
Kekule mengemukakan gagasannya mengenai struktur molekul.
Struktur ini kemudian lebih dikenal sebagai struktur Kekule.
MIMPI
Pada suatu malam , pada tahun 1865, Kekule tertidur di sebelah unggun api. Kekule melihat ular bergerak menari-nari. Tiba-tiba bahagian ekor ular itu bersambungan dengan kepalanya, maka terjadilah gelang rantai yang terus berputar-putar. Mimpi inilah yang menemukan Kekule pada struktur Benzena.
Mimpi ini diceritakan kepada ahli kimia yang lain. Mereka menganggap bahawa mimpi
tersebut hanyalah bunga tidur yang tidak ada
hubungan dengan ilmu kimia.
Akhirnya Kekule berusaha menghubungkan mimpinya dengan struktur benzena yang masih misteri itu.
Tetapi Kekule tetap berpendapat bahawa ini
bukan mimpi yang biasa kerana mimpi
tersebut selalu bermain dalam benaknya.
Misteri tersebut dibuktikan setelah
Kekule mengeluarkan hipotesisnya yang menggambarkan bahawa struktur
benzena berupa enam atom karbon.
Di sudut-sudut heksagon terdapat satu atom hidrogen
melekat pada setiap atom karbon,
seperti penggambaran
pada mimpi Kekule.
Setiap atom karbon mempunyai empat valensi yang menyarankan ikatan tunggal dan ganda dua berselang di sekeliling cincin, yang sekarang lebih dikenal sebagai ikatan ganda dua.
Kekule menyarankan ikatan tunggal dan ganda dua bertukar posisi di sekeliling dengan cepat sehingga reaksi-reaksi khusus pada alkena tidak dapat terjadi.
Pada tahun 1895, Maharaja Wilhelm II menambahkan Von Stradonitz kepada namanya merujuk
kepada milik nenek moyang di Stradonice,
Bohemia.
PENCAPAIAN
Tiga hadiah Nobel
dimenangi oleh pelajar
beliau, Van’t Hoff pada
1901, Fischer pada 1902
dan Baeyer pada 1905.
Adolf von BaeyerHemann Emil
Fischer
Jacobus Henricus van’t Hoff
1859 - Lehrbuch der Organischen Chemie(Textbook of Organic
Chemistry)
PENGHARGAAN
Monumen Kekule dibina dan terletak di
depan Universiti Bonn
Setem kenangan
Kekule telah dihasilkan
Monumen Kekule di Universiti Bonn
Setem Jerman Timur yang menghargai Kekule pada tahun 1979 yang
menghormatinya satu setengah abad kelahiran.
Setem Jerman Barat untuk penemuan formula molekul ben
zena pada tahun 1964.
Setem kenangan Kekule
Sisa hidup Kekule dihabiskan di Universiti Bonn sebagai guru besar kimia.
Setahun kemudian Kekule akhirnya meninggal dunia pada 13 July 1896 tetapi hasil karyanya sampai
sekarang menjadi kontribusi utama pada kemajuan ilmu kimia terutama penemuan
struktur benzena.
TAMAT